2
REFLEKSI Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus literasi nombor bagi semester ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Norani bt. Abd Bari kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam melaksanakan kerja kursus ini. Kerja Kursus pada kali ini telah banyak memberi saya pengetahuan baru dalam menyelesaikan masalah bukan rutin melalui pelbagai kaedah. Hal ini kerana saya dikehendaki untuk membuat penyelesaian masalah bukan rutin melalui dua kaedah yang berbeza. Melalui pelaksanaan untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak belajar bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah bukan rutin dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga memberi banyak idea-idea bernas bagi menyiapkan tugasan ini. Saya telah menggunakan dua kaedah iaitu dengan membina jadual dan juga melukis gambar rajah. Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terutamanya pensyarah saya kerana banyak memberi sokongan serta memberi komen-komen bernas dalam penambah baikan tugasan ini.

REFLEKSI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

,mknhn.jk

Citation preview

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya saya

telah berjaya menyiapkan kerja kursus literasi nombor bagi semester ini. Ribuan terima

kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Norani bt. Abd Bari

kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam

melaksanakan kerja kursus ini.

Kerja Kursus pada kali ini telah banyak memberi saya pengetahuan baru dalam

menyelesaikan masalah bukan rutin melalui pelbagai kaedah. Hal ini kerana saya

dikehendaki untuk membuat penyelesaian masalah bukan rutin melalui dua kaedah yang

berbeza. Melalui pelaksanaan untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak belajar

bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah bukan rutin dengan menggunakan lebih

daripada satu kaedah.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga memberi banyak idea-idea

bernas bagi menyiapkan tugasan ini. Saya telah menggunakan dua kaedah iaitu dengan

membina jadual dan juga melukis gambar rajah.

Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terutamanya

pensyarah saya kerana banyak memberi sokongan serta memberi komen-komen bernas

dalam penambah baikan tugasan ini. Saya sangat seronok dan berpuas hati setelah dapat

menyiapkan tugasan ini. Disamping itu, saya dapat meningkatkan kecekapan saya untuk

menyelesaikan masalah matematik.

Akhirnya, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya berkaitan dengan

bidang matematik ini bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih sekali

lagi kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberikan kerjasama. Jasa baikmu

akan dikenang.