2
Mohd Hafiz Bin Ramli (900911-11-5305) Alhamdulillah, berjaya juga kami menyiapkan tugasan BMM3163 ini iaitu Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Subjek ini merupakan subjek yang bagus dalam menyemai nilai-nilai estetika sastera dalam diri guru. Pada pandangan saya, subjek ini dapat meningkatkan kesedaran diri guru bahawa pentingnya pengajaran atau penggabungjalinan sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini banyak memberikan maklumat mengenai sastera dan perhubungannya dengan kanak-kanak dan remaja. Kepentingan sastera kepada kanak-kanak dan remaja dapat dilihat melalui pemerolehan ilmu berdasarkan tugasan ini. Sastera boleh membentuk kanak-kanak dalam menjadi murid yang produktif dan aktif jika guru pandai mengaplikasikan sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggabungjalinan sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga boleh melahirkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid melalui penulisan karya seperti menghasilkan buku cerita kanak-kanak atau menjadi penyampai bahan sastera yang hebat seperti penyajak. Kepentingan sastera juga bukan sahaja dilihat dari segi pembentukan murid tetapi dilihat sebagai satu aset dalam memelihara budaya dan warisan yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita. Hal ini dapat mengekalkan warisan kita yang sedia ada di samping mengelakkan generasi baharu kehilangan identiti bangsa dan lupa pada asal usul mereka. Oleh itu, pengajaran sastera dalam pendidikan sekolah rendah sangat bermakna dalam menghidupkan kembali warisan dan budaya kita yang semakin dipinggirkan dan dilupakan masyarakat dek ditelan arus kemodenan. Pengajaran sastera di awal bangku sekolah rendah juga boleh dijadikan pendedahan awal kepada murid dalam menyambung pelajaran ke sekolah menengah. Hal ini kerana Komponen Sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu diwajibkan kepada semua murid. Komsas memainkan peranan yang penting andai seseorang itu mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

QUIGF92Q

Citation preview

Page 1: refleksi

Mohd Hafiz Bin Ramli

(900911-11-5305)

Alhamdulillah, berjaya juga kami menyiapkan tugasan BMM3163 ini iaitu

Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Subjek ini merupakan subjek

yang bagus dalam menyemai nilai-nilai estetika sastera dalam diri guru. Pada

pandangan saya, subjek ini dapat meningkatkan kesedaran diri guru bahawa

pentingnya pengajaran atau penggabungjalinan sastera dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Tugasan ini banyak memberikan maklumat mengenai sastera dan

perhubungannya dengan kanak-kanak dan remaja. Kepentingan sastera kepada

kanak-kanak dan remaja dapat dilihat melalui pemerolehan ilmu berdasarkan

tugasan ini. Sastera boleh membentuk kanak-kanak dalam menjadi murid yang

produktif dan aktif jika guru pandai mengaplikasikan sastera dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, penggabungjalinan sastera dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran juga boleh melahirkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid

melalui penulisan karya seperti menghasilkan buku cerita kanak-kanak atau menjadi

penyampai bahan sastera yang hebat seperti penyajak.

Kepentingan sastera juga bukan sahaja dilihat dari segi pembentukan murid

tetapi dilihat sebagai satu aset dalam memelihara budaya dan warisan yang telah

diperturunkan oleh nenek moyang kita. Hal ini dapat mengekalkan warisan kita yang

sedia ada di samping mengelakkan generasi baharu kehilangan identiti bangsa dan

lupa pada asal usul mereka. Oleh itu, pengajaran sastera dalam pendidikan sekolah

rendah sangat bermakna dalam menghidupkan kembali warisan dan budaya kita

yang semakin dipinggirkan dan dilupakan masyarakat dek ditelan arus kemodenan.

Pengajaran sastera di awal bangku sekolah rendah juga boleh dijadikan

pendedahan awal kepada murid dalam menyambung pelajaran ke sekolah

menengah. Hal ini kerana Komponen Sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu

diwajibkan kepada semua murid. Komsas memainkan peranan yang penting andai

seseorang itu mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran

Page 2: refleksi

Bahasa Melayu dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

Saya berharap agar pengajaran subjek BMM3163 ini dapat membuka mata

lebih ramai guru Bahasa Melayu dalam memimpin murid mereka tentang kesedaran

dalam mendalami kesusasteraan Melayu. Semoga pengetahuan dan pengalaman

yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat saya terjemahkan dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid.