Upload
ah-san
View
18
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
123
Citation preview
Refleksi Kendiri BIG PISMP Sem 1 April 2011
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa
kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Kem Alapong, Lundu pada 18
April hingga 21 April 2011 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi
saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada
aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya
begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini
berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang
telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.