2
Refleksi Setelah menonton 4 video yang ditayangkan oleh pensyarah, saya berasa bersyukur dan bangga sebagai seorang warganegara Malaysia. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum. Budaya juga berbeza-beza mengikut bangsa dan kaum. Integrasi budaya telahpun berlaku dalam pelbagai bentuk seperti asimilasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan pluralisme. Dan sebenarnya, integrasi budaya berlaku dalam kehidupan harian kita tanpa kesedaran kita. Kepelbagaian budaya berlaku adalah disebabkan oleh bangsa, kelas sosial, kepercayaan (agama), bahasa, adat resam dan jantina. Di Malaysia, setiap orang mempunyai layanan yang sama rata dan mempunyai peluang pendidikan yang sama. Contohnya, di Amerika Syarikat, orang berkulit hitam selalu ditindas oleh orang berkulit putih. Biasaanya, penganut agama minoriti di dalam sesebuah negara akan mengalami diskriminasi yang sangat serius. Tetapi, kita masih bebas memilih dan menganut agama masing-masing. Bagi seseorang yang berhijrah atau berpindah ke satu tempat yang baru, mereka perlu menyesuaikan diri mereka dengan mempelajari bahasa baru. Saya sebagai orang Cina di Malaysia masih berpeluang untuk mengguna dan mempelajari Bahasa Mandarin walaupun Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia. Orang lelaki dan orang wanita juga mempnyai budaya yang berbeza kerana cara pemikiran orang lelaki dan orang wanita adalah berbeza. Dengan itu, orang

Refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cthjkm;

Citation preview

RefleksiSetelah menonton 4 video yang ditayangkan oleh pensyarah, saya berasa bersyukur dan bangga sebagai seorang warganegara Malaysia. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum. Budaya juga berbeza-beza mengikut bangsa dan kaum. Integrasi budaya telahpun berlaku dalam pelbagai bentuk seperti asimilasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan pluralisme. Dan sebenarnya, integrasi budaya berlaku dalam kehidupan harian kita tanpa kesedaran kita. Kepelbagaian budaya berlaku adalah disebabkan oleh bangsa, kelas sosial, kepercayaan (agama), bahasa, adat resam dan jantina. Di Malaysia, setiap orang mempunyai layanan yang sama rata dan mempunyai peluang pendidikan yang sama. Contohnya, di Amerika Syarikat, orang berkulit hitam selalu ditindas oleh orang berkulit putih. Biasaanya, penganut agama minoriti di dalam sesebuah negara akan mengalami diskriminasi yang sangat serius. Tetapi, kita masih bebas memilih dan menganut agama masing-masing. Bagi seseorang yang berhijrah atau berpindah ke satu tempat yang baru, mereka perlu menyesuaikan diri mereka dengan mempelajari bahasa baru. Saya sebagai orang Cina di Malaysia masih berpeluang untuk mengguna dan mempelajari Bahasa Mandarin walaupun Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia. Orang lelaki dan orang wanita juga mempnyai budaya yang berbeza kerana cara pemikiran orang lelaki dan orang wanita adalah berbeza. Dengan itu, orang lelaki dan wanita perlu bertolak-ansur antara satu sama lain untuk kesejahteraan sejagat.