2
Refleksi Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai pantang larang masing-masing. Hampir semua kaum mempunyai pantang larang kepada wanita mengandung, pantang larang semasa upacara kematian, upacara perkahwinan, adat makan dan juga pantang larang semasa menyambut perayaan seperti Hari Deepavali dan Hari Tahun Baru Cina. Setelah mendengar pembentangan dan penerangan rakan- rakan, saya telah mempelajari dan menerima banyak ilmu baru tentang pantang larang yang terdapat dalam kalangan bangsa Malaysia. Pada masa yang sama, sata telah menyedari bahawa terdapatnya persamaan pantang larang antara kaum. Sebagai contoh, orang Melayu, orang India tidak dibenarkan bersiul pada waktu malam. Bagi saya, pantang larang merupakan satu simbol yang dapat membezakan sesuatu kaum dengan kaum lain. Tetapi sebenarnya pantang larang akan mendatangkan kebaikan ataupun kelemahan? Adakah kita perlu mematuhi semua pantang larang tersebut? Pada pendapat saya, saya akan mengikuti dan mematuhi pantang larang tersebut kerana tiada salah jika saya mengikutinya. Tetapi, saya cuma ingin memperingatkan semua jangan terlalu percaya yang karut. Sebagai seorang bakal pendidik, kita perlu mengetahui budaya anak-anak murid kita kerana mereka berkemungkinan terdiri daripada pelbagai kaum yang

Refleksi 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dufyjghb

Citation preview

Refleksi

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai pantang larang masing-masing. Hampir semua kaum mempunyai pantang larang kepada wanita mengandung, pantang larang semasa upacara kematian, upacara perkahwinan, adat makan dan juga pantang larang semasa menyambut perayaan seperti Hari Deepavali dan Hari Tahun Baru Cina.Setelah mendengar pembentangan dan penerangan rakan-rakan, saya telah mempelajari dan menerima banyak ilmu baru tentang pantang larang yang terdapat dalam kalangan bangsa Malaysia. Pada masa yang sama, sata telah menyedari bahawa terdapatnya persamaan pantang larang antara kaum. Sebagai contoh, orang Melayu, orang India tidak dibenarkan bersiul pada waktu malam. Bagi saya, pantang larang merupakan satu simbol yang dapat membezakan sesuatu kaum dengan kaum lain. Tetapi sebenarnya pantang larang akan mendatangkan kebaikan ataupun kelemahan? Adakah kita perlu mematuhi semua pantang larang tersebut? Pada pendapat saya, saya akan mengikuti dan mematuhi pantang larang tersebut kerana tiada salah jika saya mengikutinya. Tetapi, saya cuma ingin memperingatkan semua jangan terlalu percaya yang karut.Sebagai seorang bakal pendidik, kita perlu mengetahui budaya anak-anak murid kita kerana mereka berkemungkinan terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang berbeza. Kita perlu mengetahui dan menghormati pantang larang orang lain.