3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE LANGKAH PENERANGAN 1.Analisis Pelajar (Analyze Learners) Mata pelajaran : Sivik Tahun : 4 Marikh Bilangan pelajar : 40 orang Tarikh : 9.10.2012 Masa : 7.40 – 8.40 pagi (60 minit) Tajuk Pembelajaran : Sayangi Diri Sub tajuk : Pengurusan diri Asas kecemerlangan Pengetahuan sedia ada: Murid telah belajar cara mengurus diri melalui aktiviti kehidupan seharian, contohnya; mengemas bilik, membasuh kasut sekolah sendiri dan sebagainya. 2. Pernyataan Objektif (state standards and objectives) Objektif pembelajaran : Selepas pembelajaran, murid boleh : 1. Mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 2. Mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan. Hasil pembelajaran : Murid dapat :- 1. Menyatakan kepentingan mengurus diri 2. Menyediakan jadual waktu untuk melakukan aktiviti seharian. 3. Mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah mahupun di rumah. Nilai pembelajaran : berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab 3. Pemilihan strategi, Kaedah pembelajaran : 1. Pembelajaran menggunakan ICT :

Rancangan Pengajaran Harian Model Assure

  • Upload
    habiah

  • View
    239

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

model assure

Citation preview

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Model Assure

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE

LANGKAH PENERANGAN1.Analisis Pelajar(Analyze Learners)

Mata pelajaran : Sivik Tahun : 4 Marikh Bilangan pelajar : 40 orang Tarikh : 9.10.2012 Masa : 7.40 – 8.40 pagi (60 minit) Tajuk Pembelajaran : Sayangi Diri Sub tajuk : Pengurusan diri Asas kecemerlangan Pengetahuan sedia ada: Murid telah belajar cara mengurus diri

melalui aktiviti kehidupan seharian, contohnya; mengemas bilik, membasuh kasut sekolah sendiri dan sebagainya.

2. Pernyataan Objektif (state standards and objectives)

Objektif pembelajaran : Selepas pembelajaran, murid boleh :1. Mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang

lain.2. Mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan.

Hasil pembelajaran : Murid dapat :-1. Menyatakan kepentingan mengurus diri2. Menyediakan jadual waktu untuk melakukan aktiviti

seharian.3. Mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah mahupun di

rumah.

Nilai pembelajaran : berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab

3. Pemilihan strategi, Teknologi, Media dan Bahan (Select strategies, Technology, media and materials)

Kaedah pembelajaran : 1. Pembelajaran menggunakan ICT :

(VIDEO: http://eduwebtv.com/v2/video/?subject=Sivik&lvl=KBSR&cat=5#category )

2. aktiviti soal jawab3. Latihan berkumpulan

Bahan pengajaran dan pembelajaran :1. LCD

4. Penggunaan Teknologi, Media dan Bahan (Utilize Technology, Media and Materials )

Aktiviti-aktiviti :1. Dalam set induksi, guru meminta murid mengemas buku-

buku yang bersepah dalam bilik darjah.2. Guru meminta murid menonton satu sketsa / tayangan video

dari laman eduwebtv mengenai pengurusan diri.3. Seterusnya guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Model Assure

mengenai sketsa yang ditonton.4. Guru menggunakan teknik “video conferencing” melalui

laman eduwebtv iaitu murid bertanya soalan dengan Motivator Diraja Kelantan, En.Najib Bin Baharuddin mengenai pengurusan diri. Kemudian En. Najib memberi penerangan mengenai soalan yang ditanya oleh murid. Antara soalan yang dikemukan oleh murid ialah :

a) Apakah maksud pengurusan diri?b) Apakah maksud pengurusan tekanan?c) Apakah maksud gaya hidup sihat?

5. Di akhir aktiviti, murid-murid diminta menjawab soalan latihan secara berkumpuan yang ditayangkan melalui eduwebtv.

a) Perlukah kita belajar mengurus diri? Mengapa?b) Bincangkan bagaimana disiplin amat penting dalam

kehidupan seharianc) Apakah cita-cita anda? Terangkan bagaimana

disiplin amat perlu untuk mencapai cita-cita.5. Penglibatan pelajar

(Require Learner Participation)

Penglibatan murid :1. Semasa set induksi, murid-murid akan mengemas buku-

buku yang bersepah di atas rak dalam bilik darjah.2. Murid menonton sketsa mengenai pengurusan diri

melalui eduwebtv.3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru

mengenai sketsa yang telah ditonton.4. Murid pula bertanya soalan mengenai pengurusan diri

melalui teknik ‘video conferencing’kepada seorang motivator.

5. Akhir sekali murid akan menjawab soalan latihan yang dikemukakan dalam video secara berkumpulan.

6. Penilaian dan penambahbaikan (Evaluate and Revise)

Penilaian akhir pembelajaran :1. Murid dapat membandingkan antara perlakuan positif

dan negatif yang memberi kesan kepada pengurusan diri seseorang melalui video yang ditonton

2. Murid menjawab semua soalan yang ditanya oleh guru.3. Melalui penggunaan teknik video conferencing daripada

video laman eduwebtv, murid dapat memahami konsep pengurusan diri secara menyeluruh.

4. Murid dapat menjawab soalan latihan yang dikemukakan dalam video secara berkumpulan.

5. Murid memberi penilaian terhadap bahan media yang digunakan melalui borang soal selidik yang disediakan oleh guru.