40
KUALITI UJIAN (BAB 5) DISEDIAKAN UNTUK : PUAN TENGKU ELMI AZLINA DISEDIAKAN OLEH : 1) FATIN ASYIKIN BT MOHD HAFIZ PECK O953040 2) NURUL AYUNI BT MOHD 0953052 3) NUR HIDAYAH BT MUSLIM 0953951 Assalamualaikum ..

Presentation kualiti ujian2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Presentation kualiti ujian2

KUALITI UJIAN(BAB 5)

DISEDIAKAN UNTUK : PUAN TENGKU ELMI AZLINA

DISEDIAKAN OLEH : 1) FATIN ASYIKIN BT MOHD HAFIZ PECK

O9530402) NURUL AYUNI BT MOHD

09530523) NUR HIDAYAH BT MUSLIM

0953951

Assalamualaikum..

Page 2: Presentation kualiti ujian2

PENGENALAN- Alat pengukuran yang digunakan haruslah mempunyai dua

ciri penting ; kesahan dan kebolehpercayaan.- Kesahan merujuk kepada takat sesuatu alat itu mengukur apa

yang seharusnya diukur. (Satu-satu ujian yang menunjukkan sejauh mana ia benar-benar mengukur apa yang hendak diukur).

- Contohnya : Sebahagian besar calon yang dipilih memasuki maktab perguruan telah lulus peperiksaan akhir kursus asas perguruan selepas 5 semester dan menjadi guru yang efektif. Oleh itu, ujian latihan perguruan itu mempunyai kesahan yang tinggi.

- Kepercayaan merujuk kepada takat ketekalan atau kestabilan alat pengukur itu mengukur apa yg hendak diukur. (Satu cara yang digunakan untuk menilai kesesuaian satu-satu ujian.)

- Contohnya : Memberi satu ujian matematik yang mengandungi 40 soalan objektif. Skor Ramli didapati 24 dan skor min ujian itu 29. Secara kasarnya kita katakan prestasi Ramli adalah minimum.

Page 3: Presentation kualiti ujian2

PROSEDUR MENENTUKAN KEBOLEHPERCAYAAN

Kaedah penentuan pekali kebolehpercayaan ujian adalah bergantung kepada apakah generalisasi yang hendak dibuat. Sama ada pekali kebolehpercayaan itu hendak digeneralisasikan kepada :

a) Masa yang berlainanb) Sampel item atau ujian yang berlainanc) Pemeriksa yang berlainan

Pentadbiran Dua Ujian

Pentadbiran Satu Ujian

Terdapat 2 prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian.

Page 4: Presentation kualiti ujian2

Pentadbiran Dua Ujiana) Kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method) - Kaedah ini memerlukan guru membina dua bentuk ujian yang sama untuk menguji

perlakuan / konstruk yang sama & mentadbirkan ujian berkenaan kpd kumpulan pelajar yang sama juga.

b) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method) - Guru membina satu bentuk ujian. Tadbirkan ujian berkenaan kpd satu kumpulan

pelajar - tunggu - tadbirkan sekali lagi ujian yang sama kpd kumpulan yang sama tadi.

c) Kaedah ujian bentuk setara

-Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan

pengukuran akademik.

-Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli @

bentuk selari .

- Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan pelajar dari mengingati item yang diuji.

Page 5: Presentation kualiti ujian2

Pentadbiran Satu Ujiana) Kaedah Belah Dua (Split half-method) Pembina mentadbirkan satu bentuk ujian kpd satu kumpulan pelajar. Ujian itu

kemudian di skor dengan membahagikan ujian berkenaan kpd dua sub-ujian. Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan item yang asal.Tujuan

membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk mendapatkan dua ujian yang dianggap setara.

a. Umpukkan item yang bernombor ganjil kpd bentuk A dan item yang

bernombor genap kepada bentuk B.

b. Susun item mengikut aras kesukaran (nilai-p) kemudian umpukkan item yang bernombor genap kepada bentuk B.

c. Umpukkan item secara rawak kepada bentuk A dan bentuk B.

d. Umpukkan item kepada bentuk A dan bentuk B berdasarkan kandungan / kemahiran / tugasan ujian yang sepadan.

- Empat kaedah yang biasa digunakan termasuklah:

Page 6: Presentation kualiti ujian2

Kedua – dua bentuk ujian ini (bentuk A dan bentuk B) kemudiannya disyorkan secara berasingan dan pekali korelasi antara kedua ujian ini dihitung.

Secara konsepnya, pekali kolerasi bagi kedua-dua ujian ini ialah pekali persamaan (kesetaraan) bagi kedua-dua ujian berkenaan.Kemudian kita hitungkan kebolehpercayaan ujian berkenaan dengan menggunakan formula berikut:

rxx = 2 r ½ ½

1 + r ½ ½

rxx = Kebolehpercayaan ujian

r ½ ½ = Kolerasi antara dua sub-ujian

Page 7: Presentation kualiti ujian2

b) Kaedah berdasarkan kovarian itemI. Pekali alphaII. Formula Kuder-RichardsonIII. Kaedah HOYTS

IV. Cronbach - alpha- Cronbach alpha adalah pekali alpha (a) yang kerap kali

digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan

ketekalan dalaman.

- Antara rumus yang kerap kali digunakan bagi alpha ialah :

Sila rujuk m/s : 113

Page 8: Presentation kualiti ujian2

Cronbach alpha digunakan untuk menghitung ketekalan

dalaman bagi item yang diskor secara dikotomi dan politomi.

Dikotomi- Adalah item yang diskor secara salah atau betul sahaja seperti dalam ujian objektif pelbagai pilihan.

- Kalau jawapan betul 1 markah dan kalau jawapannya salah 0 markah.

Politomi- Bermaksud item berkenaan diberikan skor lebih dari 1, seperti skor untuk soalan jawapan ringkas di mana skor maksimumnya mungkin dalam julat 3 hingga 5 poin.

Page 9: Presentation kualiti ujian2

FORMULA KUDER-RICHARDSON 20

Rumus Kuder-Richardson dibuat berdasarkan penskoran secara

dikotomi. Dikotomi

Adalah item yang diskor secara betul atau salah sahaja seperti dalam ujian objektif pelbagai pilihan.

Contoh : Kalau jawapan betul 1 markah dan kalau jawapannya salah 0 markah.

Sila rujuk m/s : 114 KR 20 hanya digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul

– salah) seperti dalam ujian objektif pelbagai pilihan.

Page 10: Presentation kualiti ujian2

FORMULA KUDER – RICHARDSON 21

Indeks untuk menentukan tahap kehomogenan item-item dalam ujian guru

boleh dibuat menggunakan kaedah formula KR21 untuk item yang diskor

secara betul-salah (dikotomi).

Ia memerlukan min ujian, varian ujian dan bilangan item ujian untuk

menghitung nilai KR21.

KR21 mengandaikan semua item dalam ujian berkenaan mempunyai aras

kesukaran yang sama, ini bermakna nilai p bagi setiap item adalah sama.

Keadaan ini adalah satu situasi yang mustahil boleh berlaku dalam ujian

pencapaian di mana setiap item itu mempunyai nilai kesukaran yang sama.

Page 11: Presentation kualiti ujian2

RUMUS UNTUK KUDER-RICHARDSON 21

KR 21 : k [ 1 – m ( k – m ) ]

k - 1 k s²

k : bilangan item dalam ujian

m : min ujian s² : varian ujian

Page 12: Presentation kualiti ujian2

KEBOLEHPERCAYAAN

Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa, misalnya beberapa hari atau seminggu.

Ini bermakna ciri kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama kepada sekumpulan pelajar dua kali atau lebih di antara jarak masa seminggu.

Page 13: Presentation kualiti ujian2

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN

a) Panjang ujian

Ujian yang panjang akan meningkatkan kebolehpercayaan ujian

b) Keheterogenan kumpulan Apabila pelajar yang mengambil ujian itu lebih heterogen, maka pekali

kebolehpercayaan ujian berkenaan adalah lebih tinggi

c) Kebolehan pelajar yang mengambil ujian

Satu ujian mungkin lebih boleh dipercayai pada satu-satu aras kebolehan tetapi kurang boleh dipercayai pada aras yang lain. Aras kesukaran ujian mempengaruhi kebolehpercayaan ujian, kerana item yang sukar akan membuat pelajar meneka jawapan.Kesukaran sesuatu ujian dipengaruhi oleh:

I. Jenis ujian II. Tujuan ujian III. Populasi yang mengambil ujian

Page 14: Presentation kualiti ujian2

d) Teknik menganggarkan kebolehpercayaan ujian

Prosedur menganggarkan kebolehpercayaan ujian yang berbeza akan

memberikan pekali kebolehpercayaan yang berbeza.

Teknik bentuk setara memberi anggaran kebolehpercayaan lebih rendah

dari uji dan uji lagi dan prosedur belah dua.

Kebolehpercayaan teknik belah dua lebih tinggi dari kebolehpercayaan

menggunakan kaedah berbentuk selang seli.

e) Keadaan pembolehubah yang diukur

Pembolehubah yang menjadi tumpuan penyelidik memberikan

pengukuran yang tekal dari lain-lain pembolehubah. Kebolehpercayaan

ujian akademik mempunyai kebolehpercayaan tinggi manakala ujian

pembolehubah sahsiah mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana.

Page 15: Presentation kualiti ujian2

f) Batasan masa

Kebolehpercayaan mengehadkan batasan atas (upper-limit) kepada kesahan

pengukuran.

Oleh itu kebolehpercayaan perlu tetapi belum mencukupi sebagai syarat pengukuran

sah.

Semua ujian yang sah adalah boleh dipercayai. Ujian yang tidak boleh dipercayai

adalah tidak sah.

Ujian yang boleh dipercayai mungkin sah atau mungkin juga tidak sah.

Kebolehpercayaan yang ditentukan adalah fungsi kepada penentuan ke atas ralat

pengukuran.

Page 16: Presentation kualiti ujian2

Kesahan bermaksud benar dan tepat.

Oleh itu ciri kesahan dalam sesuatu ujian merujuk kepada darjah sejauh manakah

ujian itu dapat mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur.

Dengan perkataan lain, ciri keesahan ini merujuk kepada setakat mana sesuatu

ujian dapat memenuhi objektifnya.

Sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut benar-benar dan tepat mengukur

semua perkara yang hendak diukur dan tidak lain daripada itu.

Contohnya : Sebahagian besar calon yang dipilih memasuki maktab perguruan telah lulus peperiksaan akhir kursus asas perguruan selepas 5 semester dan menjadi guru yang efektif. Oleh itu, ujian latihan perguruan itu mempunyai kesahan yang tinggi.

KESAHAN

Page 17: Presentation kualiti ujian2

JENIS KESAHAN

KESAHAN

Apakah soalan menguji apa yang ingin

diuji?

Apakah soalan dapat menghasilkan petanda untuk meramalkan kejayaan sampel pada masa akan datang?

Apakah soalan merangkumi semua ciri

konsep yang ingin diuji ?

Apakah soalan dapat mengaitkan kejayaan sesuatu kemahiran dengan kemahiran lain?

Kesahan Isi

Kesahan Telahan

Kesahan Gagasan

Kesahan

SerentakKesahan berkaitan

kandungan

Page 18: Presentation kualiti ujian2

Kesahan berkaitan kandungan Ujian yang mengandungi kesahan kandungan bermakna : - Ujian berkenaan mengandungi sampel yang representatif terhadap

tajuk dan proses kognitif bagi satu kursus @ unit. (Mempunyai kesahan tajuk dan kesahan proses kognitif; Ebel,1983.)

Kesahan kandungan bagi sesuatu pengukuran boleh dibuat berdasarkan satu penyemakan yang kritikal lagi berhati-hati terhadap item-item ujian berkenaan bersandarkan kepada objektif kursus dan kaedah pengajaran.

Contohnya :

i. Adakah kandungan ujian selari dengan objektif kurikulum dari segi kandungan dan proses?

ii. Adakah penekanan kurikulum yang dibuat dalam ujian seimbang?

Page 19: Presentation kualiti ujian2

KESAHAN MUKA

Pandangan pertama, ujian berkenaan kelihatan mengukur kandungan

atau trait yang hendak diukur.

Penting ujian mempunyai kesahan muka, jika tidak pelajar akan

merasakan bahawa ujian yang mereka duduki itu adalah tidak adil

seperti yang diharapkan.

Ujian yang mengandungi kesahan kandungan selalunya mengandungi

kesahan muka

Kesahan muka bukanlah sejenis kesahan tetapi merupakan satu lebih

istilah untuk menerangkan rupa bentuk jangkaan yang pelajar akan

harapkan dalam ujian berkenaan.

Page 20: Presentation kualiti ujian2

KESAHAN BERKAITAN KRITERION Merujuk kepada takat di mana skor seseorang individu di

atas sesuatu ujian membenarkan kita membuat inferens prestasi pelajar di atas pembolehubah kriterion.

Melibatkan demonstrasi tentang pertalian antara skor ujian dengan kriterion

Teknik korelasi biasanya digunakan untuk tujuan menentukan kesahan berkaitan kriterion.

Pekali korelasi ini dipanggil sebagai pekali kesahan.

Korelasi pekali amat penting dalam menentukan kesahan ujian.

Korelasi ialah pertalian antara dua pembolehubah. Korelasi pekali r, mempunyai julat di antara -1 ke +1.

Page 21: Presentation kualiti ujian2

KESAHAN BERKAITAN KRITERION BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA DUA JENIS

a) Kesahan berkaitan kriterion semasa

- Merujuk kepada bagaimana tepatnya skor ujian bagi individu pada masa sekarang boleh

digunakan untuk menganggarkan skor kriterion pada masa sekarang juga.

- Digunakan hanya bila terdapat satu kaedah penaksiran yang telah sedia ada dan kita

memerlukan satu kaedah yang lebih baik daripada yang sedia ada.

- Kesahan bagi sesuatu ujian yang baru ditafsirkan dengan mengira pekali korelasi antara

ujian yang berkenaan dengan ujian yang baru itu.

- Kesahan semasa kadang-kadang merupakan langkah pertama dalam membentuk kesahan

ramalan (Campbell,1968).

Page 22: Presentation kualiti ujian2

PROSEDUR MELAKSANAKAN KESAHAN SEMASA BAGI

SESUATU UJIAN.

Tadbirkan ujian baru dan ujian lama (telah mantap, tetapi perlu

diganti) kepada pelajar yang sama dalam jangka masa terdekat.

Hitungkan korelasi antara kedua-dua ujian itu.

Jika nilai korelasinya tinggi, maka ujian baru yang kita bina itu

mempunyai aras kualiti (pekali kesahan yang tinggi) yang sama

seperti ujian yang lama.

Page 23: Presentation kualiti ujian2

b.Kesahan berkaitan-kriterion ramalan

- Merujuk kepada bagaimana tepatnya skor ujian bagi pelajar pada masa sekarang

boleh digunakan untuk meramalkan skor criterion pada satu masa akan datang.

- Kesahan berkaitan-kriterion ramalan membawa pertanyaan : Bolehkah ujian

berkenaan meramalkan prestasi masa hadapan – berjaya atau gagal dalam sesuatu

kursus?

Contoh: Andaikan semua pelajar yang ingin memasuki IPTA/IPTS dimestikan

mengambil peperiksaan pemilihan ke IPTA/IPTS (peramal). Kriterionnya pula ialah PNGK semester akhir.

Oleh itu hitungkan skor korelasi peperiksaan pemilihan ke IPTA/IPTS dengan skor di semester akhir IPTA/IPTS. Jika nilai korelasinya tinggi, ini melambangkan kesahan ramalannya adalah tinggi.

Page 24: Presentation kualiti ujian2

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKALI KESAHAN BERKAITAN KRITERIA

a. Tempoh antara pengukuran peramal dan kriterion Tempoh masa lama akan mengurangkan kesahan ujian kerana kesan peluang akan

mempengaruhi peramal dan kriterion. Pengukurannya memerlukan bilangan pelajar yang ramai agar attrition yang berlaku kemudiannya tidak akan mengganggu pekali kesahan.

b. Kesan pemilihan Pemilihan yang tidak random, yang tertumpu kepada sesuatu kumpulan pelajar

cemerlang atau yang lemah sahaja besar kemungkinan akan merendahkan pekali kesahan peramalan.

c. Kesan kebolehpercayaan

Pekali kesahan maksimum berkait terus dengan kebolehpercayaan.d. Bilangan item dalam peramal. Bilangan item bertambah akan meninggikan lagi kesahan dan kebolehpercayaan.

Peningkatan kesahan akan terjadi sekiranya item yang ditambah adalah bersamaan kualitinya dengan item yang sudah ada dalam ujian berkenaan.

Page 25: Presentation kualiti ujian2

KESAHAN BERKAITAN KONSTRUK - Menurut Joseph F.Hair et.al (1992), konstruk adalah satu konsep yang tidak

boleh diukur secara terus atau diukur tanpa ralat, tetapi diukur menggunakan penunjuk (indicator).

Sebagai contoh: Kesedian membaca (reading readiness) adalah konstruk yang terbentuk

daripada kombinasi beberapa konsep seperti ketajaman penglihatan, diskriminasi simbol, orientasi kiri-ke-kanan, mendengar perbendaharaan kata dan sebagainya (Donald Ary et.al.,1990).

Page 26: Presentation kualiti ujian2

Konstruk, menurut George K. Cunningham (1986) ialah atribut atau sifat atau ciri-ciri yang dinilai oleh ujian-ujian pendidikan.Satu lagi contoh konstruk- kreatif. Kreatif tidak wujud dengan sendirinya tetapi merupakan perlakuan yang ditunjukkan, yang membolehkan kita menyatakan seseorang itu kreatif.

: Schizophrenia,paranoia,kebolehan membaca, kerisauan,tegar, inteligen, susah hati, kebolehan menyelesaikan masalah, aptitud matematik, pencapaian, konsep kendiri, patriotisme, sikap kepada kerajaan, kegembiraan, agresif, emosi, stail pencerita yang baik, penyelesaian masalah yang kreatif, tabiat yang baik, kejujuran, jumlah pendapatan isi rumah dan sebagainya.

Contoh-contoh konstruk adalah

seperti

Page 27: Presentation kualiti ujian2

KAITAN ANTARA KESAHAN (KANDUNGAN, KRITERION DAN KONSTRUK)

Ketiga-tiga jenis kesahan yang dibincangkan di atas berdiri secara

bergantungan antara satu dengan yang lain.

Kesahan kandungan mestilah wujud terlebih dahulu sebelum kesahan

berkaitan kriterion dapat ditunjukkan.

Untuk membina kesahan konstruk, ia memerlukan data dan digunakan untuk

kedua-dua kesahan kandungan dan kesahan berkaitan kriterion.

Konstruk merupakan satu konsep yang banyak menimbulkan masalah kepada

ramai pegawai pendidikan. Konstruk merupakan satu konsep psikologi yang

kini telah digunakan dalam bidang pengukuran pendidikan secara meluas.

Page 28: Presentation kualiti ujian2

PEKALI KESAHAN Kesahan sesuatu ujian boleh ditentukan menggunakan pekali

korelasi.

Kesahan ramalan ditentukan dengan mengenalpasti kriterion yang

hendak diramal, kemudiannya mengira pekali korelasinya di antara

skor peramal dengan skor ke atas kriterion berkenaan.

Sebagai contoh, pemeringkatan semasa peperiksaan STPM

dikorelasikan dengan PNGK di tahun pertama. Nilai r yang didapati

dipanggil pekali kesahan ramalan dan diinterprestasikan seperti

korelasi pekali yang lain juga.

Page 29: Presentation kualiti ujian2

FAKTOR MEMPENGARUHI KESAHAN

a. Arahan kurang jelas

b. Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami

c. Ambiguiti

d. Masa yang diberikan tidak mencukupi

e. Aras kesukaran yang kurang sesuai

f. Item ujian yang dibina kurang baik

g. Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang

dikehendaki

h. Bilangan item yang tidak mencukupi

i. Susunan item kurang tepat

j. Susunan jawapan (ujian objektif) boleh diramalkan

Page 30: Presentation kualiti ujian2

RALAT PENGUKURAN PIAWAI

Ralat Pengukuran Piawai ( RPP ) adalah indeks ralat

ujian atau indeks penentuan ralat bagi sesuatu ujian

Ia lebih menekankan kepada piawaian terhadap ralat

pengukuran.

Ianya bolehlah digambarkan sebagai keberubahan

skor bagi individu yang mengambil ujian seandainya

ujian berkenaan ditadbirkan berkali-kali.

Page 31: Presentation kualiti ujian2

CONTOH:

Katakan kita ingin mengadakan ujian Sejarah Tingkatan 1.

Kita boleh membina banyak sampel uijan Sejarah Tingkatan 1.

Formula untuk menentukan Ralat Pengukuran Piawai boleh

dirujuk pada m/s : 128

Page 32: Presentation kualiti ujian2

PERKAITAN ANTARA KEBOLEHPERCAYAAN DENGAN KESAHAN

Kesahan akan memastikan ujian yang

dibina itu menepati matlamat atau

objektif ujian itu dibina.

kebolehpercayaan pula memastikan

ketekalan dalam pengukuran pencapaian

murid dalam sesuatu ujian.

Page 33: Presentation kualiti ujian2

KEOBJEKTIFAN Objektif dari segi matlamat dan pembinaanya

Pembina harus faham tentang matlamat ujian yang dibina supaya

tidak lari dari dasar-dasar pembinaan ujian yang berkualiti.

Ujian yang dibina mestilah berdasarkan kurikulum yang telah

disediakan bersandarkan buku teks yang diagihkan oleh Biro Buku

Teks KPM dan pendapat pakar dalam bidang berkenaan.

Page 34: Presentation kualiti ujian2

KEBOLEHTADBIRAN

Ia melibatkan pengurusan sesuatu kumpulan pelajar yang akan mengambil

ujian yang telah ditetapkan

Berikut diturunkan beberapa faktor pentadbiran ujian yang perlu

dipertimbangkan:

Arahan pengendalian ujian hendaklah jelas

Pengasingan kertas jawapan untuk bahagian-

bahagian tertentu

Susunan item atau soalan dalam kertas ujian

Page 35: Presentation kualiti ujian2

1. ARAHAN PENGENDALIAN UJIAN HENDAKLAH JELAS

Ini akan memudahkan pentadbiran ujian

Aktiviti ujian dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan.

Arahan dalam ujian bertulis berbeza dengan arahan ujian lisan

atau ujian amali

Page 36: Presentation kualiti ujian2

2. PENGASINGAN KERTAS JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN-

BAHAGIAN TERTENTU

Bagi kertas Bahasa Melayu (SPM) dan Kertas Bahasa Inggeris

(SPM) terdapat masa rehat antara menjawab Kertas 1 dan Kertas

2.

Pastikan pelajar telah diberi tahu lebih awal atau panduan telah

diberikan bahawa mereka hanya diberikan antara 15 ke 30 minit

rehat selepas menyerahkan kertas jawapan bagi Kertas 1.

Page 37: Presentation kualiti ujian2

3. SUSUNAN ITEM ATAU SOALAN DALAM KERTAS UJIAN

Setiap item dalam ujian hendaklah diberikan perhatian rapi

terhadap susunannya.

Setiap gambar rajah bagi item berkenaan hendaklah

berada pada muka yang sama untuk memudahkan pelajar

melihatnya dan tidak kerap membalik-balikkan muka surat

Page 38: Presentation kualiti ujian2

KEMUDAHTAFSIRAN

Pangkat (gred) yang diberikan akan lebih memberi

makna kepada pengguna. Begitu juga halnya jika

purata nilai gred semester (PNGS) diberikan kepada

sesuatu ujian haruslah mudah difahami oleh

pengguna

Page 39: Presentation kualiti ujian2

KEMUDAHTAFSIRAN UJIAN MERANGKUMI PERKARA-PERKARA BERIKUT, SEPERTI

Pernyataan tentang matlamat dan objektif ujian

Arahan dalam pentadbiran ujian

Bagaimana ujian berkenaan diskor

Apakah kaedah penentuan standard yang dibuat

Bukti kepada kebolehpercayaan ujian.

Bukti kepada interkorelasi antara sub-skor dalam ujian berkenaan

Bukti perkaitan ujian dengan faktor lain (kriterion).

Manual menggunakan ujian dan interprestasi keputusan hendaklah

diberikan

Page 40: Presentation kualiti ujian2

SEKIAN TERIMA KASIH…