of 24 /24
IKLIM KUALITI ORGANISASI : SATU KAJIAN AMALAN KUALITI DI SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KANAN DAERAH PERAK TENGAH, PERAK. Oleh Mohd Lot bin Mustafa Tesis ini dlkemukakan bag1 memendu sebahagian daripada keperluan ijazah S q a n a Sains Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Julai 1997

IKLIM KUALITI ORGANISASI : SATU KAJIAN AMALAN KUALITI DI

  • Author
    lamnga

  • View
    234

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of IKLIM KUALITI ORGANISASI : SATU KAJIAN AMALAN KUALITI DI

  • IKLIM KUALITI ORGANISASI : SATU KAJIAN AMALAN KUALITI DI SEKOLAH KEBANGSAAN

    BOTA KANAN DAERAH PERAK TENGAH, PERAK.

    Oleh

    Mohd Lot bin Mustafa

    Tesis ini dlkemukakan bag1 memendu sebahagian daripada keperluan ijazah S q a n a Sains Pembangunan Sumber Manusia

    Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

    Julai 1997

  • PERAKUAN

    Tiada bahagian daripada tesis ini telah dikemukakan untuk rnenyokong sesuatu

    permohonan lain untuk mendapatkan kelayakan ljazah di universiti ini atau

    institusi pengajian tinggr yang lain.

  • PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lag Maha Penyayang. Segala puji-pujian

    kepada Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat, amin.

    Dengan taufik dan hdayat Allah s.w.t, maka membolehkan saya menyiapkan tesis ini.

    Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Razali Arof selaku penyelia kajian dan

    merangkap Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia kerana

    rnembimbing dan rnemberi tunjukajar yang membina cara-cara untuk menulis sebuah

    tesis. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Abitng Ahamad Ridzuan Abang Awet,

    Dr.Gabriel Tonga Noweg dan Dr. Spenser Empading Sanggin kerana kesudian mereka

    membantu saya menyiapkan laporan kajian ini.

    Kepada isteri tercinta Wabsah Mohd Ghazali serta anak-anak Mior Fikn, Mior Ahmad

    Kamil, Maizatul Asyihn, Mahrah Atiqah, Mariatul Fatin $an Mior h a d Zahirul serta

    kedua ibu bapa diabadikan kenangan. Dengan berkat doa dan pengorbanan serta

    perangsang mereka menambahkan sernangat saya untuk menyiapkan tesis ini. Tidak

    Iupa juga rakaman jutaan terima kasih kepada semua rakan Kohort 1 L4B -UNIMAS,

    Guru Besar dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam kajian ini, sarna ada terlibat

    secara langsung maupun tidak secara langsung kerana sudi berkerjasama dengan saya.

    Semoga Allah s.w.t akan membalas segala jasa-jasa yang telah diberikan kepada saya.

    Fakulti Sains Kognitif dan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.

    Mohd Lot bin Mustafa No. Metrik: 97-02-0096

  • KANDUNGAN

    Penga kuan

    Penghargaan

    Kandungan

    Senarai Jadual

    Senarai Rajah

    Abstrak

    Abstract

    1. BAB I PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    1. I Latar Belakang Lokasi Kajian

    1.2 Pernyataan Masalah

    1.3 TujuanKajian

    1.4 Persoalan Kaj ian

    1.5 Kepentingan Kajian

    1.6 Definisi Konsep

    1.6.1 Kualiti

    1.6.2 Pendidikan berkualiti

    1.6.3 Organisasi

    1.6.4 Pengurusan kualiti menyeluruh

    1.6.5 Pelanggan

    1.7 Batasan Kaj ian

  • 2. BAB II SOROTAN LITERATUR

    2.0 Pendahuluan

    2.1 Konsep Pengumsan Kualiti Menyelunrh

    2.2 Perlaksanaan TQM Dalam Organisasi

    2.2.1 Amalan TQM dalam jabatan keraj aan

    2.2.2 Arnalan TQM di sekolah

    2.2.2.1 Penambahbaikan yang berterusan

    2.2.2.2 Perubahan budaya

    2.2.2.3 Organisasi bertimbal-balik

    2.2.2.4 Pemasaran dalaman

    2.2.2.5 Profesionalisme dan tumpuan pelanggan

    2.3 Keberkesanan Organisasi

    2.4 ModeI-Model Kualiti

    2.4.1 Model Crosby

    2.4.2 Model Deming

    2.4.3 M ~ d e l Juran

    2.4.4 Model Hunt

    2.4.4.1 Kelebihan model Hunt

    2.4.4.2 Kesesuaian model Hunt kepada kajian

    2.5 Kerangka Kajian Model Hunt

    2.5.1 Tumpuan strategi

    2.5.2 Kepimpinan dan penbarusan 4 I

    2.5.2.1 Konsep kepimpinan dalam organisasi 4 1

    2.5.2.2 Stail kepimpinan dan hubungannya

    dengan peke j a 43

    a) Kepimpinan autokratik 43

    b) Kepimpinan demokratjk 43

    c) Kepimpinan instrumental 44

  • d) Kepimpinan ke arah kejayaan

    Stail kepimpinan baru

    i ) Kepimpinan mengarah

    ii) Kepimpinan menyokong

    iii) Kepimpinan beserta

    iv) Kepimpinan berasaskan kejayaan

    2.5.2.3 Pendekatan dalam kepimpinan

    a) Model-model pendekatan situasi

    i) Model Contigency

    ii) Model Path-Goal

    2.5.3 Tenaga kerja

    2.5.4 Orentasi pelanggan

    2.5.5 Komunikasi

    3. BAB m METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan

    3.1 JenisKajian

    3.2 Perlaksanaan Kajian

    3.3 Tempoh Kajian

    3.4 Tempat Kajian

    3.5 Subjek Kajian

    3.6 Instrumen Kajian

    3.6.1 Kajian rintis

    3 5 .2 Iklim kualiti organisasi

    3.6.2.1 Tumpuan strategik

    3 -6.2.2 Kepimpinan dan pengurusan

    3.6.2.3 Tenaga ke rja

    3.6.2.4 Orentasi pelanggan

  • 3.6.2.5 Komunikasi

    3.7 Pengumpulan Data

    3.8 Kaedah Menganalisa Data

    4. BAB N ANALISIS DAPATAN DAN PERBINCANGAN

    4.0 Pendahuluan

    4.1 Statistik Data Desknptif

    4.1.1 Rlim kualiti

    4.1.1.1 Turnpuan strategik

    a) Kesedaran terhadap cabaran strategk

    b) Wawasan masa hadapan

    c) Inovasi dan kreativiti

    d) Dasar kualiti organisasi

    e) Sistem nilai dan etika

    4.1.1.2 Kepirnpinan dan pengurusan

    a) Pembabitan pengurusan pihak atasan

    b) Kejelasan komitrnen terhadap matlamat

    c) Peranan dalam proses penambahbaikan

    kualiti

    d) Perihatin terhadap peningkatan

    penarnbahbaikan kualiti

    e) Sistem pengstruk-turan untuk

    penambahbaikan kuaii ti

    4.1.1.3 Tenaga kerja

    a) Kesedaran terhadap isu-isu kualiti

    b) Sikap terhadap organisasi

    c) Ke jasama dalam organisasi

    d) Pembabitan cialam ke rja

  • e) Persepsi terhadap persekitaran ke rja 1 04

    f) Interaksi sosial 105

    g) Ciri-ciri tugasan 106

    h) Ganjaran dan penghargaan 107

    4.1 .1.4 Orentasi pelanggan 109

    a) Mengetahui siapa pelanggan 110

    b) Sikap kasih sayang terhadap pelanggan 1 1 1

    4.1.1.5 Komunikasi 112

    a) Saluran komunikasi berkesan antara

    panitia 112

    b) Kaedah mendapatkan maklumat 113

    c) Peluang bertukar maklumat antara

    pekerja dan penyelia 113

    d) Maklumat yang tepat untuk

    melaksanakan tugas 7 14

    5. BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.0 Rumusan Kaj ian

    5.1 lmplikasi Kaj ian

    5.2 Cadangan Kajian Akan datang

    BIBLlOGRAFJ

    LAMPIRAN

    A. Soalselidik

    B. Borang temubual

    C. Koding temubual

    D. Data pengiraan statistik disknptif (soalselidik)

    E. Data statistik temubual

  • F. Surat kebenaran daripada EPRD Kern. Pendidikan

    G. Swat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Perak

    H. Surat kebenaran danpada PPD Perak Tengah

  • SENARAI JADUAL

    Jadual 1

    Jadual2

    Jadual3

    Jadual4

    jadual5

    Jadual6

    Jadua17

    Jadual 8

    Jadual9

    Jadual 10

    Bilangan Guru di Sekolah Yang di Kaji

    Prosedur Ke rj a

    Jadual Waktu Pengwnpulan Data

    Skor W n Iklirn Kualiti Organisasi

    Skor Min Tumpuan Strateg

    Skor Min Kepimpinan dan Pengurusan

    Skor M n Tenaga Kerja

    Skor m n Orentasi Pelanggan

    Skor min Komunikasi

    Skor Min Bag Semua Aspek Dalam IKO

  • Rajah 3

    Rajah 2

    Rajah 3

    SENARAI RAJAH

    Peranan Staf dan Peranan Sekolah

    Ringkasan "Hypothesiszed relationshp" dalam Path-Goal Model of leadershp

    Model Kerangka Kajian.

  • ABSTRAK

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan iklim kualiti organisasi di sebuah sekolah rendah gred A luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Bota Kanan. Sekolah yang dikaji terletak di dalam Daerah Perak Tengah, Perak. Prestasi akademik sekolah ini didapati menggalakan dan dengan itu perlu dilihat sejauhrnana mereka mengamalkan iklim yang baik. Kajian ini menggunakan soalselidik berdasarkan soalselidik Hunt (1992) yang mengandungi lima aspek iaitu tumpuan strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orentasi pelanggan dan komunikasi untuk mengenalpasti tahap amalan iklim kualiti organisasi. Kelima-lima aspek tersebut mengandungi 68 item soalselidik yang dibina bersesuaian dengan konteks kajian. Soalselidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah tersebut. Sekolah Kebangsaan Bota Kanan mempunyai bilangan guru seramai 43 orang. Data kajian ini diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian komputer SPSS-PCt. Skor min dibwnakan bagi menentukan tahap amalan kualiti organisasi. Hasil dapatan kaj ian ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa semua aspek iklim kualiti organisasi iaitu tumpuan strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orentasi pelanggan dan komunikasi telah berjaya diamalkan oleh Sekolah Kebangsaan Bota Kanan melebihi tahap kualiti piawai. Didapati juga aspek orentasi pelanggan di dalam iklim kualiti organisasi merupakan aspek yang paling tingg diamalkan oleh sekolah ini. Manakala aspek tenaga keqa merupakan aspek yang terendah sekali diamalkan. Darjpada hasil dapatan kajian ini semoga menjadi panduan dan dorongan kepada semua sekolah rendah yang berada di luar bandar untuk mengamalkan iklim kualiti organisasi dengan lebih baik lagi. Oleh itu disarankan supaya semua sekolah rendah sama ada di luar bandar ataupun di bandar perlu lebih perihatin untuk mengamalkan konsep ini di dalam organisasi mereka.

  • ABSTRACT

    Tlze purpose of this sf udy was to ident~fji tlze standard of orgai~i~satiorzal quality clinzate of Sekolalz Kebangsaan Botu Karzaiz, a grade A rural prinzaiy sclzool in tlze district of Perak Tengah. This school has produced high acudemic results und therefore it is useful lo identrfi the extent the standard organisational quality IS being practised. The study worked on the model devised by Hunt (1992). lr consisted o f jive major aspects namely strategic factors, leadership and management, work force, customer orientation and communication to measure the quality of organisational clinzate. Tlze 68 itens in tlze questiortnnuire used were appropriate for tlze purpose of tlzis study. Tlzis school consisted of 43 feuclzers. Tlze datu was a~za(,vsed using tlze SPSS PC- tlzrougk mean score. Tlze J~ndings of ' tlte study revealed that the school didpractice all five aspects of quality orgarzisationul climate. Customer orientation however was tlze most highly praciiced while work ,force was the least practiced aspect Il is hoped that the finding of lhis stu$?i wzll provide in~pacts to otlzer rurul prii7zary .sclzools to practice high orgun~satioizal quality climate.

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    Dalam sistem pendidikan di Malaysia, sekolah menyediakan pendidikan yang

    memberi bd rna t pendidikan, meliputi pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran,

    pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai-nilai yang memenuhi kehendak

    masyarakat. Orientasi ini menyebabkan sistem pendidikan sentiasa mengalami

    refomasi yang mengarah kepada memenuhi impian tersebut. Di antara refomasi

    yang telah dilaksanakan ialah pada tahun 1957. Refomasi yang berlaku ialah

    pendemokrasian pendidikan iaitu membuka peluang pendidikan kepada semua

    lapisan rakyat. Pada tahun 1965, sistem pendidikan komprehensif iaitu kaedah naik

    darjah secara automatik dilaksanakan pula kepada semua pelajar. Manakala pada

    tahun 1983, satu refomasi kurikulurn pendidikan rendah telah dilaksanakan, ekoran

    daripada syor Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar

    Pelajaran 1979. Penukaran Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada

    Kurikulum Barn Sekolah Rendah (IU3SR) dilaksanakan. Kuri kulum baru ini

    memberi penekanan terhadap penguasaan kemahran 3M iaitu membaca, menulis

    dan mengira serta perkembangan individu secara secara menyeluruh iaitu dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani.

  • Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pula telah diperkenalkan pada tahun 1988. FPN

    memberi halatuju dan panduan kepada segala usaha yang djikhtiarkan untuk

    meningkatkan lag mutu pendidikan. Semua refomasi yang dinyatakan seperti di

    atas adalah bertujuan untuk membina warganegara yang bersatupadu, berdisiplin

    dan terlatih (Wan Zahid, 1993). Arahtuju itu direalisasilian dengan penuh yakin

    apabila YAB Perdana Menteri Malaysia membentangkan Wawasan 2020. Intipati

    wawasan 2020 telah memetakan arah haluan negara kepada pembentukan

    masyarakat Malaysia yang mempunyai keyahnan tinggi, nilai moral dan etika yang

    kukuh, hidup dalam masvarakat yang demokrasi, liberal, bertolak ansur,

    penyayang, dan adil. Kesemua hasrat yang dinyatakan dalam wawasan 2020,

    dikenalpasti sebagai cabaran global dalam wawasan pendidikan negara Malaysia.

    Untuk memendu kehendak wawasan 2020 yang bersifat fbturistik, negara

    Malaysia meletakkan negara maju yang berteraskan perindustrian tinggi sebagai

    matlamatnya. Justery hasrat ini secara langsung memberikan implikasi yang besar

    kepada sektor pendidikan negara. Misi Kementerian Pendidikan 1993 terus

    berubah dan menjurus ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang terbaik

    bag menghasilkan insan yang mempunyai ketahanan tinggi bag memenuhi

    aspirasi wawasan yang dicita-citakan.

    Ekoran daripada urawasan tersebut rnaka sjstem pendidikan negara menjurus

    kepada meny ediakan pendidi kan yang berkuali ti. Pendidikan berkuali ti tersebut

  • boleh didefinisikan sebagai sistem pendidikan yang dapat memuaskan keperluan

    dan harapan pengguna dan melalui proses penambahbaikan secara berterusan

    (Abdul Wahab, 1995). Oleh itu, pendekatan kualiti (TQM) yang digunakan dalarn

    pendidikan adalah satu pendekatan untuk mewujudkan sebuah sekolah efisyen atau

    efektif bagi mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika amalan pendidikan berkualiti,

    kurang atau tidak diamalkan cb sekolah, maka kemunglanan matlarnat wawasan

    pendidikan dan wawasan 2020 mungkin tidak tercapai.

    Menurut Abdul Wahab (1995) sesuatu sistem pendidikan yang berkualiti akan cuba

    memberi kepuasan kepada ketiga-tiga kumpulan pelanggan iaitu pelajar dan ibu

    bapa mereka, majikan dan komuniti serta kerajaan dan negara. Sistem pendidikan

    berkualiti ini juga, berusaha meningkatkan kepuasan pelanggan secara berterusan.

    Oleh itu, kualiti menjadi agenda yang terpenting bagi sesebuah organisasi

    pendidikan dan aktivitj penambahbaikan kualiti pula merupakan satu tugas yang

    mencabar yang perlu dihadapi oleh semua pihak (Sallis, 1993).

    Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion pendidikan pada abad ke-21

    merupakan satu cabaran (Wan Zahid ,1993). Stakeholders dan juga pelanggan

    pendidikan pasti akan membuat tuntutan untuk mempertingkatkan prestasi

    pendidikan. Sejauh mana organisasi dapat rnemberikan perkhidmatan yang

    berkualiti untuk memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan, bergantung

  • kepada pengukuran kualiti organisasi tersebut. Oleh itu, arus pembangunan hari ini,

    mendesak peningkatan kualiti dalam semua bidang perhdmatan sosial (Wan

    Zahid, 1993). Fenomena ini sudah pasti akan meningkatkan lagi tuntutan sosial ke

    arah satu tahap kualiti peradmatan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

    Oleh itu, semua amalan yang berkaitan dengan pengurusan kualiti secara

    menyeluruh (TQM), merupakan satu cabaran penting &lam bidang pendicfikan

    masa kini dan masa hadapan khususnya di sekolah.

    1 . Latar Belakang Lokasi Kajian

    Sekolah Kebangsaan Bota Kanan merupakan sebuah sekolah yang terletak di

    kawasan luar bandar di Daerah Perak Tengah, Perak, di dalam sebuah pekan kecil

    iaitu Pekan Bota Kanan. Sekolah ini diketuai oleh seorang Guru Besar. Disarnping

    itu pentadbirannya juga dibantu oleh seorang Gum Kanan 1, Guru Kanan HEM dan

    Guru Kanan Kokurikulum. Bilangan guru Q sekolah ini seramai 43 orang iaitu 14

    Ielaki dan 29 perempuan. Manakala bilangan staf sokongan seramai 8 orang.

    Jumlah muridnya 756 orang dan terdiri daripada anak-anak kakitangan kerajaan

    dan orang kampung. Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah

    Perak Tengah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pencapaian di bidang

    akademik (UPSR), kokurikulum dan iklim sekolah adalah baik berbanding dengan

    sekolah-sekolah gred A luar bandar yang lain di daerah tersebut mengikut laporan

    Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah (1997). Terdapat pelbagai program yang

  • dilaksanakan oleh sekolah ini yang mengarah kepada kecemerlangan ialah seperti

    mengadakan kelas tambahan akademik, projek kelas elit, program jiran cemerlang,

    projek kecerian sekolah, klinik sukan, kursus motivasi, kem ibadat dan sebagainya.

    Guru Besar sekolah ini seorang yang berpengalaman luas. Beliau pernah menjawat

    jawatan sebagai pengetua beberapa buah sekolah menengah sebelum dilantik

    menjadi Guru Besar di sekolah ini. Oleh itu gaya kepimpinannya amat cemerlang.

    Menurut Ubben dan Hughes (1987) pentadbir sekolah yang cemerlang

    menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan

    mengawal suasana yang teratur serta penekanan kepada pencapaian prestasi yang

    cemerlang. Disamping itu misi sekolah ini ialah "SKBK Cemerlang", misi ini

    bertepatan dengan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu "Perak Nombor 1".

    Misi sekolah ini jelas dan difahami oleh semua stahya. Kebanyakkan gurunya

    sudah berpengalaman lebih daripada 5 tahun. Mereka menpunyai sikap yang

    terbuka , mudah menerima sebarang perubahan.

    Sekolah Kebangsaan Bota Kanan juga telah dianugerahi sebagai "Sekolah Harapan

    Negara" pada tahun 1997 bagi kategori sekolah luar bandar pada peringkat

    kebangsaan. Manakala pa& tahun sebelumnya iaitu 1995 dan 1996 sekolah ini

    telah be rjaya memenang pertandingan "Kecenaan Sekolah" penngkat kebangsaan.

    Manakala pada tahun 1996 juga sekolah ini telah memenangi pertandingan

    "Landskap'"ringkat negeri Perak. Suasana pembelajaran di sekolah ini adalah

  • begitu memberangsangkan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia. Kemudahan

    tersebut ialah seperti bilik darJah yang cukup, padang permainan, pusat sumber,

    bilik bengkel, makmal, peralatan sukan, komputer, bilik cetak dan sebagainya. Di

    dalam kawasan sekolah ini juga terdapatnya sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG),

    maka pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada dalam PKG dapat digunakan

    untuli mempertingkatkan prestasi sekolah, khususnya dl bidang akademik.

    Persatuan Ibubapa dan Guru juga begitu berperanan di sekolah ini. Kewujudan

    persatuan ini dapat membantu pihak sekolah bag melaksanakan pelbagai program

    kecemerlangan. Pada kesimpulannya sekolah ini berjaya berfungsi sebagai sekolah

    yang berkesan dan dapat memenuhi kehendak 'Budaya Sekolah Cemerlang' (Wan

    Zahid, 1993).

    1.2 Pernyataan Masalah

    Aspirasi Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 menuntut kepada keberkesanan

    organisasi khususnya dalam pengurusan sesebuah sekolah. Golongan pendidik

    perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah pendidikan yang

    berkualiti untuk mencapai aspirasi tersebut (Wan Zahid, 1993). Menurut Abdul

    Wahab ( 1995) pula, sekolah yang berorentasikan pelanggan iaitu memenuhi

    kehendak pelajar dan ibu bapa, majikan dan komuniti serta negara diik-tiraf sebagai

    sekolah yang efisyen dan berkesan. Memenuh kehendak kumpulan sasar yang

    dinyatakan, boleh menguntungkan pihak sekolah. Sekolah menghasilkan pelajar-

  • pelajar yang cemerlang dalam kesemua aspek, timbal balasnya pula, sumbangan

    material dan sokongan terus menerus diperolehi daripada masyarakat di luar

    sekolah. Untuk tujuan itu, iklim kualiti organisasi (KO) dijadikan tumpuan bagi

    meraih sokongan dan mencapai piawaian yang ditetapkan bag melayakkan

    pencapaian anugerah sekolah efisyen dan berkesan. Ini bermakna faktor-fahqor

    seperti guru yang rajin dan berdedikasi, keberkesanan dan kesesuaian program

    pendidikan, Guru Besar yang menitik beratkan pencapaian akademik, kemudahan

    dan peralatan sekolah yang mencukupi, budaya dan iklim kualiti sekolah yang

    kondusif serta merangsangkan proses pembelajaran, kesemuanya mempunyai kesan

    terhadap prestasi pelajar. Oleh itu pencapaian ciri ini membolehkan sesebuah

    sekolah itu dilabelkan sebagai sekolah efektif (Purkey et. al, 1983). Manakala

    sekolah e feh f pula merupakan sekolah yang baik. Sekolah yang baik ini pula

    adalah merupakan sekolah yang mengamalkan prinsipprinsip TQM (Hussein,

    1992).

    Sekolah Kebangsaan Bota Kanan telah menunjukkan pencapaian yang sangat baik

    jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain sekategori di daerah ini seperti yang

    telah dinyatakan di awal tadi, iaitu telah mencapai prestasi akademik yang baik dan

    lain-lain lagi. Oleh itu wujud persoalan untuk mengetahui sejauhmanakah iklim

    kualiti organisasi atau TQM diamalkan oleh sekolah tersebut. Ini kerana menurut

    Edmond (1979) dalam kajiannya tentang 5 faktor mendapati bahawa sekolah yang

  • efektif atau berjaya perlu mempunyai kepimpinan yang baik, matlamat yang jelas,

    iklim sekolah yang baik, piawai yang diiktiraf dan prestasi pelajar juga baik. Oleh

    itu matlamat kajian ini ialah untuk melihat sejauhrnana amalan kualiti

    dilaksanakan atau diprakhkan b a g menyumbang kepada kejayaan Sekolah

    Kebangsaan Bota Kanan.

    1.3 Tujuan Kajian

    Tujuan am kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap amalan iklim kualiti

    organisasi mengikut persepsi pekerja di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan dengan

    mengenalpasti tahap pencapaian setiap aspek iklim kualiti organisasi iaitu tumpuan

    strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orentasi pelanggan dan

    komunikasi berdasarkan tahap kualiti piawai yang ditetapkan. Selain daripada itu

    untuk mengenalpasti aspek iklim kualiti organisasi tertingg dan terendah yang

    diamalkan oleh Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.

    1.4 Persoalan Kajian

    Secara khususnya kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

    1. Adakah aspek tumpuan strateg dalam iklim kualiti organisasi mencapai

    tahap kualiti piawai yang ditentukan.?

  • 2. Adakah aspek kepimpinan dan pengurusan dalam iklim kualiti organisasi

    mencapai tahap kualiti piawai yang ditentukan. ?

    3. Adakah aspek tenaga kerja dalam iklim kualiti organisasi mencapai tahap

    kualiti piawai yang ditentukan. ?

    4. Adakah aspek orentasi pelanggan dalam iklim kualiti organisasi mencapai

    tahap kualiti piawai yang ditentukan.?

    5 . Adakah aspek komunikasi dalam iklim kualiti organisasi mencapai tahap

    kualiti piawai yang ditetapkan.?

    6 . Antara lima aspek iklim kualiti organisasi yang dikaji iaitu tumpuan

    strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orientasi pelanggan dan

    komunikasi,.aspek manakah pencapaiannya tertinggi dan terendah bagi

    Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.?

    1.5 Kepentingan Kajian :

    Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti aspek-aspek

    iklim kualiti organisasi yang hams diberi penekanan supaya perlaksanaan TQM

    dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Maklumat kajian yang diperoleh, dapat

    digunakan oleh pihak pengurusan sekolah untuk merancang dengan teliti dan

    sistematik meialui gabungan sumber-sumber yang ada bag mewujudkan

    pengurusan sekolah yang efisyen. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan model

  • amalan iklim kualiti organisasi kepada sekolah-sekolah lain untuk

    mempraktikkannya.

    Di pihak pengumsan tertinggi iaitu Kementerjan Pendidikan Malaysia, hasil kajian

    ini memberi maklumat yang berguna sebagai satu senarai semak untuk melihat

    sejauhmanakah iMim kualiti organisasi sebagai elemen TQM yang penting, benar-

    benar &fahami, dihayati dan dilaksanakan secara total. Sebagai tindakan susulan,

    'post mortem' pembahan strategi dan pendekatan dapat dirancang serta dirangka

    semula supaya perlaksanaamya mencapai objektif yang diharapkan.

    1.6 Definasi Konsep

    1.6.1 Kualiti

    Dalam mernbina sebuah masyarakat yang sentiasa mementingkan kualiti, setiap

    lapisan peke rja diminta mengamalkan nilai-nilai positif dan beke rj a secara

    berpasukan. Menurut Ahmad Sarji (1990), kualiti hendakiah dikaitkan dengan

    keluaran atau perhdmatan yang dapat memuaskan hati orang ramai yang rnenjadi

    pelanggan kepada agensi-agensi kerajaan.

  • Secara ringkas Oakland (1995) mendefinisikan kualiti sebagai memenuhi

    keperl uan. Kuali ti sering dikaitkan dengan kecemerlangan. Kualiti sesuai untuk

    tujuan penggunaan. Ini bermakna keseluruhan sifat dan ciri sesuatu pengeluaran

    atau perkhdmatan yang mempengamh keupayaan untuk memuaskan kehendak

    pelanggan dapat dimanfaatkan (Juran, 1989)

    Sementara menurut Aguayo (1991), makna kualiti bergantug kepada pengguna

    sendiri. Salah satu definisi yang diberikan ialah sebarang produk yang bermutu

    tinggi dari segi pandangan pelanggan itu sendiri yang memuaskan dirinya.

    1.6.2 Pendidikan berkualiti

    Sebarang perbdmatan pendidikan yang memuaskan keperluan dan harapan

    pengguna. Sistem pendidikan nasional terdiri daripada 3 kumgulan berihut iaitu

    pelajar dan ibubapa, rnajikan dan kumuniti serta kerajaan dan negara (Abdul

    Wahab, 1995).

    1.6.3 Organisasi

    Organisasi yang dimaksudkan adalah sekolah di mana pengkaji membuat

    kajiannya.

    mohd lot bin mustafa