22
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BAHAGIAN PRODUKTIVITI DAN PEMASARAN TKT 6, IBU PEJABAT RISDA KM 7.5 JALAN AMPANG, Tel : 03-4256 4022 KARUNG BERKUNCI 11067 Fax : 03-4251 7541 509900 KUALA LUMPUR Email : [email protected] Bilangan : ( 24 )dlm.14.0/9650.01 Klt.3 Tarikh : 13 Jun 2016 Semua Pengarah RISDA Negeri Semua Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian Tuan, ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 26 TAHUN 2016 PENANGGUHAN SEMENTARA KUTIPAN SES GETAH PERINGKAT PEKEBUN KECIL (PSG) DI SEMENANJUNG Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Cara-cara bagi Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) Bilangan 1/2016 pada 28 Mac 2016 telah bersetuju supaya kutipan wang ses getah ditangguhkan sementara sebagai satu usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil sehingga harga purata bulanan SMR20 (f.o.b) melebihi RM5.50 sekilogram dan RISDA sebagai agensi pelaksana Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia sahaja.

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERAMELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAHKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BAHAGIAN PRODUKTIVITI DAN PEMASARANTKT 6, IBU PEJABAT RISDAKM 7.5 JALAN AMPANG, Tel : 03-4256 4022KARUNG BERKUNCI 11067 Fax : 03-4251 7541509900 KUALA LUMPUR Email : [email protected]

Bilangan : ( 24 )dlm.14.0/9650.01 Klt.3Tarikh : 13 Jun 2016

Semua Pengarah RISDA Negeri

Semua Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian

Tuan,

ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 26 TAHUN 2016

PENANGGUHAN SEMENTARA KUTIPAN SES GETAH PERINGKAT PEKEBUNKECIL (PSG) DI SEMENANJUNG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Cara-cara bagi

Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) Bilangan 1/2016

pada 28 Mac 2016 telah bersetuju supaya kutipan wang ses getah ditangguhkan

sementara sebagai satu usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil

sehingga harga purata bulanan SMR20 (f.o.b) melebihi RM5.50 sekilogram dan RISDA

sebagai agensi pelaksana Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat

Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia sahaja.

Page 2: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERAMELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Bilangan : ( 24 )dlm.14.0/9650.01 Klt.3

Tarikh : 13 Jun 2016

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Membandarkan Luar Bandar”

(HAJI MOHD NAJIB BIN A. SAMAD)Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)b.p: Ketua Pengarah RISDA

s.k

i) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

ii) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Dan Korporat)

iii) Semua Pengarah Bahagian

iv) Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA

HMNAS/HAJ/MRH/NAMS/mmf

Page 3: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

1

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAANPENANGGUHAN SEMENTARA KUTIPAN SES GETAH

PERINGKAT PEKEBUN KECIL (PSG) DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua Pusat

Tanggungjawab tentang mekanisma pelaksanaan Penangguhan Sementara

Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia

berkuatkuasa 1 Mei 2016 sehingga harga purata bulanan SMR20 (f.o.b)

melebihi RM5.50 sekilogram untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup

pekebun kecil getah.

2.0 PENGENALAN

2.1 Ses getah merupakan pengenaan cukai kepada setiap kilogram getah

asli yang dikeluarkan sama ada untuk jualan tempatan atau dieksport

ke luar negara.

2.2 Kutipan wang ses tanam semula dilaksanakan berdasarkan Seksyen 7,

Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula)

1952 dan ses penyelidikan dilaksanakan berdasarkan Perintah

Lembaga Getah Malaysia (Ses) (Pindaan) 2005.

2.3 Ses getah dikutip di Semenanjung Malaysia pada kadar 13.92079 sen

sekilogram iaitu 9.92079 sen sekilogram untuk tanam semula dan 4.00

sen sekilogram untuk penyelidikan. Ses tanam semula diurus oleh

RISDA manakala ses penyelidikan diurus oleh Lembaga Getah

Malaysia (LGM) dan kutipan ses pada masa ini dilaksanakan oleh 2

agensi iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan LGM.

Page 4: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

2

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

2.4 Sejak tahun 2011, harga getah SMR 20 (f.o.b) menunjukkan trend

penurunan daripada RM13.48 sekilogram pada tahun 2011 kepada

RM4.54 sekilogram pada Februari 2016.

2.5 Akibat daripada penurunan harga ini secara purata pendapatan

pekebun kecil getah (purata keluasan 2.2 hektar) pada ketika ini adalah

RM891 sebulan dan menjejaskan kesejahteraan hidup pekebun kecil.

2.6 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Cara-cara Bagi

Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK)

Bilangan 1/2016 pada 28 Mac 2016 telah bersetuju supaya kutipanwang ses getah ditangguhkan sementara sebagai satu usaha untuk

meningkatkan pendapatan pekebun kecil sehingga harga purata

bulanan SMR20 (f.o.b) melebihi RM5.50 sekilogram.

2.7 RISDA sebagai agensi pelaksana Penangguhan Sementara Kutipan

Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia

sahaja.

3.0 TAFSIRAN

3.1 Pekebun Kecil

a) Pemunya (tuan punya berdaftar suatu tanah mengikut pengertian

Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] dan termasuklah wakil diri

pemunya yang telah mati) atau penduduk sah mana-mana tanah

yang jumlah keluasannya kurang daripada 40.4686 hektar, wakil

sah pemunya atau wakil sah penduduk sah itu; atau

b) Seseorang yang diisytiharkan secara bertulis oleh Menteri sebagai

pekebun kecil di bawah seksyen 26.

Page 5: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

3

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

3.2 Membuat jualan getah

Jualan getah mempunyai resit rasmi jualan getah yang dikeluarkan oleh

LGM.

3.3 Resit rasmi jualan getah salinan kedua

Resit rasmi jualan getah asal salinan kedua.

4.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

4.1 Warganegara Malaysia.

4.2 Pekebun kecil di Semenanjung Malaysia yang membuat jualan getah.

5.0 KADAR TUNTUTAN

Kadar tuntutan bayaran adalah 13.92079 sen sekilogram (100% Kandungan

Getah Kering (KGK)).

6.0 TEMPOH TUNTUTAN

Tuntutan hanya boleh dibuat dalam tempoh SATU bulan pada bulan

berikutnya apabila PSG bulan tersebut diaktifkan.

7.0 SUMBER BANTUAN

Bantuan ini dibiayai menggunakan Sumber Wang Ses RISDA dan LGM.

Page 6: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

4

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN

8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil

(PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Mei 2016.

8.2 Paras Harga Pengaktifan (PHP) Penangguhan Sementara Kutipan Ses

Peringkat Pekebun Kecil di Semenanjung Malaysia adalah pada harga

purata bulanan SMR20 (f.o.b) RM5.50 sekilogram dan ke bawah.

8.3 Tuntutan PSG hanya dibuat SEKALI sebulan bagi bulan PSG yang

diaktifkan.

8.4 Pengaktifan PSG pada bulan tersebut akan dimaklumkan oleh Ibu

Pejabat kepada semua Pusat Tanggungjawab pada awal bulan

berikutnya.

8.5 Dijangka seramai 388,111 orang pekebun kecil getah yang berdaftar

dengan RISDA layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan ini.

8.6 RISDA akan membuat tuntutan balik bayaran ses penyelidikan (4.00

sen sekilogram) kepada LGM mengikut jumlah bayaran yang telah

dibuat kepada pekebun kecil.

Page 7: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

5

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

9.0 TATACARA PELAKSANAAN

9.1 Pekebun kecil menyerahkan Borang Permohonan Tuntutan Ses Getah

(PSG-01) seperti di Lampiran 1 kepada Pejabat RISDA Daerah di mana

resit rasmi jualan LGM dikeluarkan untuk disemak beserta dokumen

sokongan berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan; dan

b) Resit Rasmi Jualan salinan kedua atau salinan yang disahkan

oleh RISDA/LGM; dan

c) Salinan Buku Akaun Bank yang aktif; dan

d) Salinan geran tanah bertanam getah; dan/atau

e) Salinan geran tanah bertanam getah pemilik lain yang ditoreh

dan dijual bersama.

9.2 Permohonan yang lengkap akan dicop terima beserta tarikh dan

keratan Pengesahan Penerimaan Borang Tuntutan Ses (PSG-01)

dikembalikan kepada pemohon untuk tujuan rujukan.

9.3 Setiap permohonan yang lengkap akan diinput ke dalam Sistem

Penangguhan Ses Getah (e-PSG) untuk tujuan semakan kelayakan

dan kelulusan.

9.4 Permohonan yang telah diluluskan hendaklah dihantar ke Unit

Kewangan PT untuk proses bayaran melalui EFT.

9.5 Ibu Pejabat akan membuat tuntutan balik bayaran ses penyelidikan

(4.00 sen sekilogram) kepada LGM mengikut bayaran yang telah

dilakukan oleh PT.

Page 8: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

6

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

9.6 Carta Alir Mekanisma Penangguhan Sementara Kutipan Ses GetahPeringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia adalah

seperti di Lampiran 2.

9.7 Semua PRN/PRD/PRJ adalah diarah untuk membuat hebahan apabila

PSG diaktifkan pada bulan tersebut seperti berikut :

i. PRN dibenarkan membuat hebahan melalui media massa

utama, pengumuman semasa majlis perjumpaan RISDA dengan

pekebun kecil dan sebagainya.

ii. Ketua Pusat Tanggungjawab membuat hebahan melalui

pemimpin tempatan, Pemaju Masyarakat RISDA, semua majlis

perjumpaan RISDA dengan pekebun kecil, pengumuman di

masjid dan sebagainya.

iii. Semua syarat kelayakan PSG hendaklah dimaklumkan semasa

hebahan.

iv. Sila maklumkan kepada pekebun kecil untuk hadir ke Pejabat

RISDA berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut.

10.0 KELULUSAN

Borang Tuntutan Ses Getah (PSG-01) yang lengkap dan layak hendaklah

diluluskan oleh Ketua PT/Pegawai Kanan PT.

Page 9: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

7

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

11.0 KAEDAH BAYARAN

11.1 Bayaran yang telah diluluskan akan dibuat melalui EFT kepada akaun

bank pemohon.

11.2 Kod aktiviti dan kod objek akan ditentukan oleh Bahagian Kewangan

dan Belanjawan.

12.0 PELAPORAN

Pelaporan PSG boleh dijana daripada Sistem e-PSG mengikut Ibu Pejabat,

Negeri dan Daerah/Jajahan seperti Lampiran 3 dan 4.

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan PSG ini dapat membantu pekebun

kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada

masa ini dan seterusnya meringankan beban kos sara hidup.

Page 10: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

8

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Lampiran 2

Carta Alir :Mekanisma Penangguhan Sementara Kutipan Ses GetahPeringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia

Jana Laporan1. Laporan Terperinci2. Laporan Ringkasan

Semak dokumen

Bayar secara EFT ke akaunpekebun kecil

Maklum kepadapemohon

Lengkap

Tidak Lengkap

Lulus

Input permohonan dalam Sistem e-PKSPK

Pekebun Kecil Mengemukakan borang permohonanTuntutan Ses Getah (PSG-01) kepada RISDA beserta

dokumen berikut :1. Salinan Kad Pengenalan2. Resit Rasmi Jualan Getah LGM salinan kedua atau

salinan resit yang disahkan oleh RISDA/LGM3. Salinan Nombor Akaun Bank yang aktif4. Salinan geran tanah bertanam getah5. Salinan geran tanah bertanam getah pemilik lain yang

ditoreh dan dijual bersama

Maklum kepadapekebun kecil

Unit Kewangan PT

Proses bayaran

Tidak Lulus

Tuntutan ses R&D kepada LGM

BPP

Pekebun Kecildan PT

Tindakan

PT

PT

PT

PT

BPP

Pengaktifan PSG

Aktiviti

Page 11: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

9

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

1.

2.

3.

Paras Harga Pengaktifan (PHP) Penangguhan Sementara

Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di

Semenanjung Malaysia adalah pada harga purata bulanan

SMR20 (f.o.b) RM5.50 sekilogram dan ke bawah.

Pekebun kecil mengemukakan Borang PermohonanTuntutan Ses Getah (PSG-01) beserta dokumen sokongan

seperti berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan; dan

b) Resit Rasmi Jualan salinan kedua atau salinan yang

disahkan oleh RISDA/LGM; dan

c) Salinan geran tanah bertanam getah; dan/atau

d) Salinan geran tanah bertanam getah pemilik lain yang

ditoreh dan dijual bersama.

e) Salinan Buku Akaun Bank yang aktif.

PT membuat semakan permohonan dan dokumen yang

dilampirkan seperti berikut :

i) Nama dan nombor kad pengenalan pemohon

mestilah sama dalam Kad Pengenalan.

ii) Menyemak jumlah jualan getah yang diisytiharkan

dalam Resit Rasmi Jualan adalah tepat.

iii) Jumlah keluasan lot bertanam getah (sendiri dan/atau

yang ditoreh) adalah sama seperti dalam salinan

geran.

iv) Nombor akaun bank adalah masih aktif.

BPP

PT

PT

PT

Page 12: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

10

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

4.

5.

6.

7.

8.

9.

PT hendaklah mengecop tarikh penerimaan pada borang

PSG-01 yang lengkap beserta tandatangan pemohon

Keratan Pengesahan Penerimaan Borang Tuntutan SesGetah pada Borang PSG-01 hendaklah dikembalikan kepada

pemohon untuk tujuan rujukan.

Permohonan yang lengkap akan diinput dalam SistemPenangguhan Ses Getah (e-PSG) untuk tujuan semakan

kelayakan dan kelulusan.

(Rujuk maklumat yang perlu diinput dalam Borang PSG-01).

- Ketua Pusat Tanggungjawab / Pegawai Kanan PT

yang diberi kuasa boleh meluluskan permohonan yang

tidak layak setelah dibuat pengesahan kelayakan

tuntutan.

Permohonan yang diluluskan diserahkan kepada UnitKewangan PT untuk proses bayaran.

Bayaran dilakukan secara EFT ke akaun pekebun kecil.

Laporan prestasi pelaksanaan PSG boleh dijana terus dari

Sistem e-PSG mengikut Ibu Pejabat, Negeri dan

Daerah/Jajahan :

i) Laporan Terperinci

ii) Laporan Ringkasan

RISDA akan membuat tuntutan balik bayaran ses

penyelidikan (4.00 sen sekilogram) daripada LGM mengikut

jumlah bayaran yang telah dibuat.

PT

PT

PT

BPP/PRN/PRD/PRJ

BPP

PT

Page 13: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

11

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

10.

Jika maklumat tidak lengkap / Ada keraguan / TidakLayak

PT diminta menghubungi pekebun kecil untuk penjelasan jika

terdapat keraguan berkaitan dokumen.

PT

Page 14: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

Lampiran 1

PSG-01

NO. TEL HP :

NEGERI :

NO. AKAUN :

BIL. LUAS LOT (hektar) MUKIM DAERAH NEGERI

NAMA BANK :

DAERAH : _______________________________

NO. GERAN

_______________________________

MAKLUMAT HAKMILIK TANAH (TANAH SENDIRI) :

NO. LOT

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAHPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

TAHUN : ______________________

NO. SIC (Jika Ada) :

KATEGORI PEMOHON :

_______________________________

NAMA PEMOHON :

NO. K/P BARU :

BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN SES GETAH

ALAMAT :

BULAN : _____________________

____________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________

PEMILIK PENGUSAHA / PENOREH BUKAN PEMILIK (Sila potong mana yang tidak berkenaan)

BIL.NAMA PEMILIK

TANAHNO. K/P NO GERAN NO. LOT LUAS LOT (hektar) MUKIM DAERAH NEGERI

Muka surat 1 daripada 2

JUMLAH LUAS LOT (hektar)

MAKLUMAT TANAH KEBUN YANG DITOREH (Jika Ada) :

JUMLAH LUAS LOT (hektar)

Page 15: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

Lampiran 1

BIL. TARIKH JUALANJENIS GETAH

(SKRAP/LATEKS/KEPING)

BERAT BASAH(kg) (sepertidalam resit

jualan)

KGK (Lateks :30%; Skrap : 50%)

(seperti dalamresit jualan)

BERAT 100% KGK(kg)

(a) ( c) (d) (e) (f) = (d) x (e)/100(b)

NO. SIRI RESIT RASMI (LGM)

Tandatangan Pemohon/Wakil : __________________________

Jika wakil, nyatakan No. K/P : ___________________________

Nota :

Saya mengaku bahawa butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya.

Sila lampirkan bersama Resit Rasmi Jualan LGM salinan kedua

Tarikh : ______________

6. Pengakuan :

JUMLAH

Berat = _____________ kg (100% KGK) x RM 0.1392079= RM _____________ (Jumlah perlu dibayar)

MAKLUMAT JUALAN GETAH :

Pengesahan Penerimaan Borang Tuntutan Ses Getah

No. SIC : _______________________________________

No. K/P : _______________________________________

Tarikh : _______________________________________

Cop Pengesahan Penerimaan Permohonan :

Nama : __________________________________________________________________

Nota : Sila lampirkan bersama Resit Rasmi Jualan LGM salinan kedua

Muka surat 2 daripada 2

Page 16: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

Lampiran 1

Page 17: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

1

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Lampiran 2

Carta Alir :Mekanisma Penangguhan Sementara Kutipan Ses GetahPeringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia

Jana Laporan1. Laporan Terperinci2. Laporan Ringkasan

Semak dokumen

Bayar secara EFT ke akaunpekebun kecil

Maklum kepadapemohon

Lengkap

Tidak Lengkap

Lulus

Input permohonan dalam Sistem e-PKSPK

Pekebun Kecil Mengemukakan borang permohonanTuntutan Ses Getah (PSG-01) kepada RISDA beserta

dokumen berikut :1. Salinan Kad Pengenalan2. Resit Rasmi Jualan Getah LGM salinan kedua atau

salinan resit yang disahkan oleh RISDA/LGM3. Salinan Nombor Akaun Bank yang aktif4. Salinan geran tanah bertanam getah5. Salinan geran tanah bertanam getah pemilik lain yang

ditoreh dan dijual bersama

Maklum kepadapekebun kecil

Unit Kewangan PT

Proses bayaran

Tidak Lulus

Tuntutan ses R&D kepada LGM

BPP

Pekebun Kecildan PT

Tindakan

PT

PT

PT

PT

BPP

Pengaktifan PSG

Aktiviti

Page 18: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

2

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

1.

2.

3.

Paras Harga Pengaktifan (PHP) Penangguhan Sementara

Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di

Semenanjung Malaysia adalah pada harga purata bulanan

SMR20 (f.o.b) RM5.50 sekilogram dan ke bawah.

Pekebun kecil mengemukakan Borang PermohonanTuntutan Ses Getah (PSG-01) beserta dokumen sokongan

seperti berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan; dan

b) Resit Rasmi Jualan salinan kedua atau salinan yang

disahkan oleh RISDA/LGM; dan

c) Salinan geran tanah bertanam getah; dan/atau

d) Salinan geran tanah bertanam getah pemilik lain yang

ditoreh dan dijual bersama.

e) Salinan Buku Akaun Bank yang aktif.

PT membuat semakan permohonan dan dokumen yang

dilampirkan seperti berikut :

i) Nama dan nombor kad pengenalan pemohon

mestilah sama dalam Kad Pengenalan.

ii) Menyemak jumlah jualan getah yang diisytiharkan

dalam Resit Rasmi Jualan adalah tepat.

iii) Jumlah keluasan lot bertanam getah (sendiri dan/atau

yang ditoreh) adalah sama seperti dalam salinan

geran.

iv) Nombor akaun bank adalah masih aktif.

BPP

PT

PT

PT

Page 19: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

3

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

4.

5.

6.

7.

8.

9.

PT hendaklah mengecop tarikh penerimaan pada borang

PSG-01 yang lengkap beserta tandatangan pemohon

Keratan Pengesahan Penerimaan Borang Tuntutan SesGetah pada Borang PSG-01 hendaklah dikembalikan kepada

pemohon untuk tujuan rujukan.

Permohonan yang lengkap akan diinput dalam SistemPenangguhan Ses Getah (e-PSG) untuk tujuan semakan

kelayakan dan kelulusan.

(Rujuk maklumat yang perlu diinput dalam Borang PSG-01).

- Ketua Pusat Tanggungjawab / Pegawai Kanan PT

yang diberi kuasa boleh meluluskan permohonan yang

tidak layak setelah dibuat pengesahan kelayakan

tuntutan.

Permohonan yang diluluskan diserahkan kepada UnitKewangan PT untuk proses bayaran.

Bayaran dilakukan secara EFT ke akaun pekebun kecil.

Laporan prestasi pelaksanaan PSG boleh dijana terus dari

Sistem e-PSG mengikut Ibu Pejabat, Negeri dan

Daerah/Jajahan :

i) Laporan Terperinci

ii) Laporan Ringkasan

RISDA akan membuat tuntutan balik bayaran ses

penyelidikan (4.00 sen sekilogram) daripada LGM mengikut

jumlah bayaran yang telah dibuat.

PT

PT

PT

BPP/PRN/PRD/PRJ

BPP

PT

Page 20: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

4

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

10.

Jika Maklumat Tidak Lengkap / Ada keraguan / TidakLayak

PT diminta menghubungi pekebun kecil. PT

Page 21: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

Lampiran 3

STATUS PEKEBUN KECIL BIL. PEKEBUN KECIL BERAT 100% KGK (kg) JUMLAH BAYARAN (RM)

PRD/PRJ : ________________________________________________________________

LAPORAN RINGKASAN TUNTUTAN SES GETAH PEKEBUN KECIL

NEGERI : ________________________________________________________________

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAHPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BULAN : ________________ TAHUN : _________________

STATUS PEKEBUN KECIL BIL. PEKEBUN KECIL BERAT 100% KGK (kg) JUMLAH BAYARAN (RM)

PEMILIK PENGUSAHA

PENOREH

JUMLAH

Page 22: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2016. 8. 20. · 8.1 Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun Kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa

Lampiran 4

BIL. NAMA PEKEBUN KECIL NO K/P NO SICKATEGORI (PEMILIK

PENGUSAHA / PENOREH)JENIS GETAH

(SKRAP/LATEKS)BERAT 100% KGK (kg)

JUMLAH BAYARAN(RM)

JUMLAH

PRD/PRJ : __________________________________________________________________

NEGERI : __________________________________________________________________

LAPORAN TERPERINCI TUNTUTAN SES GETAH PEKEBUN KECILSETAKAT : Bulan ________________ Tahun _______________

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAHPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH