24
RISDA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA IBU PEJABAT RISDA JALAN AMPANG KARUNG BERKUNCI 11067 : 03-42564022 50990 KUALA LUMPUR : 03-42576726 Bilangan: ( 64 )dlm. 8.0/9300.16 Tarikh : 25 Mei 2004 Kepada: Semua Ketua Pusat Tanggungjawab ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 5 TAHUN 2004 PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR ) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 07 TAHUN 2003 Dengan sukacitanya dimaklumkan Kerajaan telah memutus untuk melaksanakan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) sehingga maksimum sebanyak 120 hari melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. O7 Tahun 2003 berkuat kuasa 01 Ogos 2003. Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan Kali Ke 71 pada 1 7 Mei 2004 telah bersetuju menerima pakai dengan pindaan pekeliling ini di RISDA iaitu - 1.1 melaksanakan Pemberian Wang Tunai GCR sehingga maksimum 120 hari kepada pegawai berpencen dan; 1.2 melaksanakan Pemberian Wang Tunai GCR sehingga maksimum 90 hari sahaja bagi pegawai yang telah dilantik sebelum 1 .7.1 977 iaitu sebelum Laporan Gaji Kabinet, yang telah memilih KWSP. Ini adalah kerana semua lantikan selepas 1977 adalah bertaraf berpencen dan selepas itu boleh membuat pilihan masing-masing sehingga kini. 1.3 Anggota RISDA yang telah memilih KWSP pada dan selepas 1 .7.1 977 adalah tidak layak Pemberian Wang Tunai GCR dan hendaklah menggunakan semua cuti rehat mereka yang telah terkumpul. Pekeliling PP 7/2003 ini dan sebarang perkembangan mengenainya adalah di bawah bidang kuasa JPA. MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

RISDA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR ... · 2010. 1. 6. · risda pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah kementerian

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • RISDA

    PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

    BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA IBU PEJABAT RISDA JALAN AMPANG KARUNG BERKUNCI 11067 �: 03-42564022 50990 KUALA LUMPUR � : 03-42576726 Bilangan: ( 64 )dlm. 8.0/9300.16 Tarikh : 25 Mei 2004 Kepada: Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

    ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 5 TAHUN 2004 PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 07 TAHUN 2003 Dengan sukacitanya dimaklumkan Kerajaan telah memutus untuk melaksanakan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) sehingga maksimum sebanyak 120 hari melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. O7 Tahun 2003 berkuat kuasa 01 Ogos 2003. Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan Kali Ke 71 pada 1 7 Mei 2004 telah bersetuju menerima pakai dengan pindaan pekeliling ini di RISDA iaitu -

    1.1 melaksanakan Pemberian Wang Tunai GCR sehingga maksimum 120 hari kepada pegawai berpencen dan;

    1.2 melaksanakan Pemberian Wang Tunai GCR sehingga maksimum 90

    hari sahaja bagi pegawai yang telah dilantik sebelum 1 .7.1 977 iaitu sebelum Laporan Gaji Kabinet, yang telah memilih KWSP. Ini adalah kerana semua lantikan selepas 1977 adalah bertaraf berpencen dan selepas itu boleh membuat pilihan masing-masing sehingga kini.

    1.3 Anggota RISDA yang telah memilih KWSP pada dan selepas 1 .7.1 977 adalah tidak layak Pemberian Wang Tunai GCR dan hendaklah menggunakan semua cuti rehat mereka yang telah terkumpul. Pekeliling PP 7/2003 ini dan sebarang perkembangan mengenainya adalah di bawah bidang kuasa JPA.

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

  • 2. Bagi melaksanakan kaedah pengumpulan yang baru ini adalah seperti berikut :-

    2.1. Setakat 31/12/2002, jumlah cuti rehat yang telah dikumpul oleh anggota yang layak diambil kira ialah setakat 90 hari sahaja;

    Pada tahun akhir perkhidmatannya, anggota dibenarkan mengumpul cuti rehat bagi GCR daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi dirinya pada tahun tersebut sehingga maksimum sama banyak dengan kadar cuti rehat ( Sila lihat contoh Lampiran C tentang perihal 2003 dalam Pekeliling JPA PP 7/2003 berlampir);

    2.2. Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenarkan bagi GCR sepanjang

    perkhidmatannya hendaklah tidak melebihi 120 hari dan

    2.3. Bagi urusan pembayaran GCR. yang dibayar oleh RISDA, format sedia ada adalah dikekalkan.

    3. Bersama-sama ini dikembarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.07 Tahun 2003 dengan sendiri menerangkan maksudnya dan sila juga memuat turunkannya daripada http://www.jpa.gov.my. Setiap Ketua PT hendaklah melaksanakannya seperti panduan di Lampiran A hingga Lampiran D yang tersedia. 4. Dengan berkuat kuasa Pekeliling ini, Pekeliling Perkhidmatan Bil.04 Tahun 1993 dan

    Bahagian VII, Panduan Urusan Persaraan dan Pencen, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2003 yang dimaksudkan melalui edaran Arahan Pentadbiran Bil. 25 Tahun 2003 adalah dibatalkan.

    5. Semua Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mengambil tindakan dan perhatian berat ke atas perkara berikut:—

    5.1 Jadual Mengemas kini Rekod Cuti (Updating & Posting)

    Memastikan rekod cuti di kemas kini dan dibuat posting ke BRP seperti berikut:

    5.1 .1 setiap 6 bulan sekali pada 30 Jun dan 31 Januari setiap tahun dan

    5.1 .2 ditandatangani oleh kerani yang bertanggungjawab ke atas rekod BRP

    cuti dan juga Ketua PT (nama dan jawatan di rubber stamp).

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

  • 5.2 Operasi Mencatat Agregat GCR Setiap Staf

    5.2.1 Membuat Operasi Isytiharan agregat GCR yang terkumpul sehingga akhir tahun 2003 bagi semua staf bertujuan untuk memastikan pihak Ketua PT merekodkan agregat GCR di BRP. Operasi ini hendaklah selesai pada 1 Ogos 2004.

    5.2.2 Operasi ini adalah dengan membuat catatan rubber stamp dakwat

    merah menggunakan satu(1) rubber stamp di BRP seperti modus operandi berikut:-

    JUMLAH BESAR PENGUMPULAN CCR SETAKAT 31/12/2002 - XX HARI JUMLAH BESAR PENGUMPULAN CCR SETAKAT 31/12/2003 - XX HARI

    a. Pada Lembaran Kenyataan Perkhidmatan dan Lembaran Cuti dalam BRP, Ketua PT hendaklah membuat entry terkini berkaitan staf masing-masing bagi 2002/2003 seperti di atas (stamping) sebelum 1/8/2004; dan

    b. Pada Rekod Cuti Tahunan serta Borang Pengumpulan Cuti

    bagi penghujung 2003 dan setiap tahun berikutnya hendaklah dibuat catatan yang sama bagi tahun berkaitan..

    ini adalah juga bertujuan memastikan dengan tersendirinya setiap staf maklum jumlah GCR yang telah dikumpul olehnya setiap tahun.

    SPBP Bil.10/ 2003 perenggan 2 hingga 7 dan SPBP Bil. 10/2004 sehubungan status agregat pengumpulan GCR terkini setiap staf ada/ah berkaitan.

    6. Semua Pengurus Sumber Manusia Anak-Anak Syarikat RISDA/NARSCO Bhd. hendaklah mengambil tindakan dan perhatian berat ke atas perkara berikut:-

    6.1 Memastikan kerani yang bertanggungjawab mengurus rekod cuti bagi anggota RISDA yang ditempatkan dan dipinjamkan ke Anak Syarikat masing-masing mengemas kini dan mengemukakan rekod cuti ke Unit Perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia sebanyak 2 kali iaitu:—

    6.1.1 pada 31 Januari setiap tahun dan; 6.1.2 pada 30 Jun setiap tahun dan.

    Sila pastikan Pematuhan Jadual yang telah dipiawai ini.

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA

    MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

  • 6.2 Sehubungan perenggan 6 di atas, Unit Perkhidmatan akan merekodkan ke Buku

    Rekod Perkhidmatan (BRP) bagi semua staf yang ditempat dan dipinjamkan. / -7.7 Peraturan Pembayaran Wang Gantian Cuti Rehat: —

    7.1 bagi pegawai yang belum mencapai maksimum GCR pada tahun akhir persaraannya, cek hanya boleh di buat pada hari penghabisan ia bekerja; atau

    7.2 bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan atau bersara atas sebab

    kesihatan, cek hendaklah dibuat segera sebaik sahaja notis kematiannya atau kelulusan JPA tentang persaraan atas sebab kesihatannya diterima.

    8. Arahan ini mula berkuat kuasa pada 01 Ogos 2003.

    Sekian. terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ‘RISDA EEEKTIF PEKEBUN KECIL PRODUKTIF’ T.T (DATO’ BAHARUDDIN BIN AWANG) Ketua Pengarah, RISDA

    i) Ketua Pengarah RISDA ii) Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iii) Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat) iv) Semua Pengurus Besar Anak Syarikat/NARSCO Berhad

    - Pastikan semua staf RISDA di anak syarikat/NARSCO Bhd maklum tentang arahan ini dan juga lain-lain pekeliling berkaitannya.

    v) Setiausaha Pihak Berkuasa

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL