Persidangan Antarabangsa II ... manuskrip Melayu berjudul Syair Raja Madhi, MSS 429 dalam koleksi Perpustakaan

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Persidangan Antarabangsa II ... manuskrip Melayu berjudul Syair Raja Madhi, MSS 429 dalam koleksi...

  • Bil. 2196 April - Jun 1996

    II Mualim Tamu

    II

    Dr. Hj. Abdul Rahman Kaeh telah dilantik sebagai Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia mulai.25 April 1995. Beliau akan bertugas di Perpustakaan Negara Malaysia selama 12 bulan. Dr. Hj. Abdul Rahman Kaeh merupakan bekas Profesor Madya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebingga 1993. Seorang tokoh yang sukar dieari khusus dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional. Beliau akan membuat kajian ke atas manuskrip Melayu berjudul Syair Raja Madhi, MSS 429 dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia yang berasal dari Sri Lanka. Apabila selesai, kajian ini akan diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, sebagai usaha untuk menyebarluaskan ilmu yang terkandung dalam . manuskrip Melayu kepada masyarakat.

    Jawatan Mualim Tamu (Karyawan Tamu) diwujudkan di Perpustakaan Negara Malaysia adalah bagi membolehkan manuskrip Melayu yang baik di dalam koleksi J abatan ini dapat dikaji oleh pakar-pakar yang terpilih. Beliau merupakan Mualim Tamu ketiga Perpustakaan Negara Malaysia. Sebelum ini, Mualim Tamu pertama ialah Drs. Abdul Ralunan ai-Ahmadi dan kedua ialah Dr. Umar lunus.

    1

    ISSN 0128-6897

    Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing

    Persidangan tersebut telah diadakan di Pusat Persidangan AI1tarabangsa, Beijing Foreign Studies University, China pada 20 rungga 24 Mei, 1996. Persidangan itu telah diaajurkan oleh Beijing Foreign Studies University dan Dewan Bahasa dan Pus taka , dengan kerjasama GAPENA dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). Tema persidangan ialah Pengembangan Pengajian Melayu di Duma.

    Persidangan seperti ini merupakan yang pertama diadakan di luar dunia Melayu. Ia diadakan sebagai langkab, untuk meningkatkan martabat dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Tambahan pula, China merupakan sebuah negara besar dan telah mempunyai hubungan persahabatan dengan dunia Melayu, sejak berabad ... abad yang lalu.

    Persidangan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak, dan majIis penutupan olch Timbalan Menteri Pendidikan China.

    Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Kira-kira 250 orang telah menghadiri persidangan tersebut, dari 11 negara . .

    Hj. Wan Ali Wan Mamat, Pengarah, Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia telah menyertai Persidangan terse but. Beliau telah membentangkan kertas kerja ' berjudul Kepengarangan Manuskrip Melayu: Satu Tir!iauan Tentang Peranan Penulis dalam Tradisi Penulisan Kitah.

    Kertas kerja yang ada kaitan dengan manuskrip Melayu di antara lainnya ialah: (a) Penerbitan Naskhah Melayu:

    Hambalan dan Harapan, oleh Prof. Dr. Siti Hawa SaIleh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    (b) Undang- Undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah Abad /re- i7, oleh Prof. Dr. Mahayudin Yahya, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    (c) Sejarah perkembangan pengintelektualan Bahasa Melayu, oleh Prof. Dr. Amat Johari Moain, Universiti Pertanian Malaysia.

    (d) Sejarah Awal hubungan di antara China dengan Malaysia: SorotanAbad lce-i2, oleh Puan Habibah Zon, Arkib Negara Malaysia.

    (e) Sumber Sejarah Sebelum Melaka: Satu Analisis Catalan China, oleh Mohamed Anwar Omar Din, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Memory of the World Conference

    Puan Mariam Abd. Kadir, Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia, telah menghadiri Memory of the World Conference, Oslo, Norway pada 2 Jun hingga 6 Jun 1996 anjuran UNESCO. Semasa di sana, beliau telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan dengan manuskrip Melayu Campa berjudul Saving the Heritage of "the Champa Malays of Phanrang in Vietnam.

    2

    Ia merupakan suatu projek kerjasama diantara Perpustakaan Negara Malaysia dengan Ecole Francaise d' Extreme Orient (EFEO), Paris, untuk menyelamatkan manuskrip Melayu Campa yang terdapat di Phanrang, Vietnam yang kini menghadapi kehancuran. Projek ini akan memakan masa selama tiga tahun. HasH daripada kerjasama ini, Perpustakaan Negara Malaysia akan memperolehi satu salinan manuskrip Campa dalam bentuk teks berkomputer dan salinan foto.

    Simposium Tradisi Tulis Indonesia

    Simposium tersebut telah diadakan pada 3 hingga 6 Jun 1996. la merupakan salah satu daripada tiga aktiviti dalam program Tradisi Tulis Indonesia, yang mencakupi juga pameran manuskrip Indonesia dan pelancaran sebuah buku beriluminasi mengenai tradisi tulis dan manuskrip di Indonesia. Program Tradisi Tulis Indonesia dianjurkan oleh Yayasan Lontar, Perpustakaan Nasional, R.I dan Fakultas Sastra, Universitas Indonesia.

    Simposium telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Prof. Dr. Ing. Wardiman Djojonegoro pada pagi Selasa, 4 Jun, 1996.

    Simposium antarabangsa khusus mengenai manuskrip Indonesia ini merupakan yang pertama pernah diadakan dalam sejarah Indonesia. Tujuannya ialah untuk meningkat dan menyemarakkan minat masyarakat kepada manuskrip Nusantara (Melayu, Jawa, .Aceh dan sebagainya) khususnya dari segi pemeliharaan dan penyelidikan. Simposium ini juga berusaha untuk mencari .. ' .. jalan meningkatkan penyelidikan dan penerbitan berkaitan manuskrip Nusantara.

    Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Aturcara Simposium

    Simposium dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi terbuka dan sesi tertutup.

    a. Sesi Terbuka

    Simposium ini telah diadakan pada 4 dan 5 Jun 1996, bertempat di Dewan Besar Fakultas Kedokteran, Universitas Indonesia, Jakarta. Seramai kira-kira 250 orang hadir di majIis tersebut. Sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan, semuanya oleh tokoh- tokoh dari dalam negara iaitu:

    a. NaskahdanPengkajiannya: Tipologi Pengguna, kertas dasar oleh Dr. Edi Sedyawati, Dirjen Kebudayaan.

    b. Raja Ali HiJji: Sebuah Ziarah, oleh Al Azhar, Universitas Islam Riau, Pekan Baru.

    c. Panji Modem dalam Pengembaraan Sastra: R Ng. Poerbatjaraka dan Karyanya, oleh I. Kuntara Wiryamartana, Universitas Gajah Mada.

    d. Naskah lama dan relevansinya dengan masa kini, oleh Profesor Dr. Siti Chamamah Soeratno, Universitas Gajah Mada, Jogjakarta.

    e. Pemeliharaan naskah-naskah Indonesia~ oleh Tuti Munawar dan Nindya Noegraha, Perpustakaan Nasional, Jakarta.

    f.Hubungan sejarah . dan Filologi: pandangan Hoesein Djajadiningrat, oleh Muhammad Luthfi.

    g. Sri Wulan Rujiati .MuIyadi dan obsesinya pada naskah Melayu, oleh Dewuki Kramadibrata dan Mu 'jizah, Univex:sitas Indonesia, Jakarta.

    b. Sesi Tertutup

    Sesi ini terbuka kepada para jemputan khas sahaja, khususnya para pensyarah universiti dalam bidang pemaskhahaI1. Hampir semua kertas dibentang oleh jemputan dari luar Indonesia. Majlis

    3

    diadakan '. di dewan syarahan Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada 6 Jun, 1996. . Perkara yang dibincangkan lebih khusus dan memerlukan perbincangan lebih panjang. Seramai kira-kira 50 orang telah hadir. Kertas yang dibentangkan ialah:

    a. Pada tembok Keraton ada PinJu: Unsur Santri dalam dunia Kepujangaan ''Klasik" di Kraton Surakarta, oleh Dr. Nancy K. Florida, Universiti Cornell, USA.

    b. The Codicology Course in Leiden, oleh Dr. Willem van der Molen, Universiti Leiden, Belanda.

    c. Penyelidikan manuskrip Melayu di Malaysia Masa Kini, oleh Wan Ali Wan Mamat, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.

    d. Sources for the study of traditional Malay Literature, oleh Dr. E. ' Ulrich Kratz, S.O.A.S., London, United Kingdom.

    e. Permasalahan di sekitar ~rnaskhahan Indonesia-Malays.ia: masalah pengajaran, oleh Abdul Rahman Kaeh, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.

    f. Revisiting Riau with . knowledge: Teaching Texts and'Concepts, oleh Dr. Virginia Matheson Hooker, University National, Australia.

    g. Penelitian Naskah Jawa /(uno, oleh I. Kuntara Wiryamartana, Universitas Gajah Mada, Indonesia.

    Rumusan Simposium

    Rumusan Simposium di antara lainnya seperti berikut:

    a. Mempereratkan lagi hubungan di antara Pusat Manuskrip Malaysia, Indonesia, dan neg~ra-negara lainnya, baik secara rasmi maupun secara pribadi di mas a- masa yang akan datang.

    b. Meningkatkan penyelidikan, usaha penyediaan koleksi naskhah yang baik dan lengkap sangat diperlukan demi

    Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • ..

    mengeratkan lagi kerja-kerja penyclidikan.

    c. Meningkatkan usaba-usaba lain yang pedu dilaksanakan dalam waktu terdekat untuk menggalakkan penyelidikan, di antaranya ialah mengundang para peneliti ~u dan penulis naskbah tamu dari negara lain, penggalakkan kegiatan penyelidikan, penyediaan katalog- katalog, penulisan disertasi, dan penerbitan jurnal filologi secara berlcala.

    Latihan Dmiah

    Sebanyak dua tesis latihan ilmiah diterima oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, dalam tempoh tiga bulan lalu. Kedua-dua tesis tersebut dikemukakan untuk memenuhi syarat memperolehi ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam · dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis pertama ialah berjudul Syair .Bujang Perempuan dan Syair Pelajaran : sotu kajian . teks (Mal. Pol 107) oleh Norzuraini bt Abdul Aziz. Manuskrip asalnya tersimpan di Bibliotheque Nationale Paris. Perpustakaan Negara M