11
PROGRAM LINUS 2010 - sekarang

perkembangan Program Linus

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan Program Linus

Citation preview

Page 1: perkembangan Program Linus

PROGRAM LINUS2010 - sekarang

Page 2: perkembangan Program Linus

• Merupakan penambahbaikan  daripada  program  Kelas Intervensi  Awal  Membaca  dan  Menulis  (KIA2M)  untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006

• KPM  berpendapat  satu  pendekatan  yang  bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I

• Kementerian  Pelajaran  Malaysia  menyedari  bahawa masih ada  murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi.   Ketidakupayaan murid untuk menguasai  literasi dan  numerasi  mungkin  disebabkan  mereka  kurang peluang  dan  tiada  pendedahan  untuk   menguasai kemahiran  tersebut  sebelum  mengikuti  pendidikan formal. 

Page 3: perkembangan Program Linus

PENGENALAN

• LINUS merupakan  program  intervensi atau pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh  asas literasi  (bahasa Malaysia)  dan  asas  numerasi  semasa  di sekolah rendah

• Disasarkan  kepada  murid  yang  belum menguasai  kemahiran membaca, menulis  dan mengira (3M)

Page 4: perkembangan Program Linus
Page 5: perkembangan Program Linus

MATLAMAT

• Matlamat  program  ini  adalah  untuk memastikan  semua  murid Tahap  I  sekolah rendah  mengikuti  program  LINUS berkeupayaan  untuk  menguasai  asas  literasi dan  numerasi  pada  akhir  tahun  2012  kecuali murid berkeperluan khas.

Page 6: perkembangan Program Linus

OBJEKTIF

• Objektif Program Literasi• Pada akhir Program Literasi murid berupaya :

I. Mengeja  dan  membunyikan  suku  kata  terbuka  dan tertutup;

II. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; 

III. Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata  hubung ‘dan’.

Page 7: perkembangan Program Linus

• Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya :I. Membaca,  menulis,  membilang  dan  menyusun  nombor 

hingga 1000;II. Membilang  dua-dua,  lima-lima  dan  sepuluh-sepuluh 

dalam  lingkungan  1000  bermula  daripada  sebarang nombor;

III. Menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;

IV. Mengaplikasikan  pengetahuan  operasi  asas  aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.

Page 8: perkembangan Program Linus

KUMPULAN SASARAN

• Sasaran ialah murid Tahap1• Kecuali murid berkeperluan khas :– Sekolah  Kebangsaan  :  Program  Pendidikan  Khas Integrasi;  Masalah  Pembelajaran,  Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan

– Sekolah  Rendah  Pendidikan  Khas  :  Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran

– Sekolah Jenis Kebangsaan– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Page 9: perkembangan Program Linus

STRATEGI PELAKSANAAN • Enam strategi utama LINUS :1. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 

3;2. melaksanakan  fokus  intervensi  bagi  menyediakan  program 

pemulihan dan komprehensif;3. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;4. melaksanakan  program  kesedaran  tentang  pentingnya  asas 

membaca,  menulis  dan  mengira  dalam  kalangan  warga sekolah dan komuniti;

5. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan6. mewujudkan  jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah 

untuk  membantu  guru  memastikan  murid  berupaya membaca, menulis     dan mengira.

Page 10: perkembangan Program Linus

PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

• Murid  yang  telah dikenal  pasti masih belum menguasai kemahiran asas  literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS

• Murid  yang  mengikuti  program  ini  akan  menduduki Saringan  2  pada  bulan  Jun  dan  Saringan  3 pada  bulan September 

• Guru  yang  menjalankan  program  ini  terdiri  daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap  I  dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas

• Guru  pemulihan  khas  ditempatkan  di  sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar

Page 11: perkembangan Program Linus

Sambungan..• Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan 

sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan• Dicadangkan  satu  jam  setiap  hari  guru  pemulihan  memberi 

tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid  sahaja untuk  literasi dan satu jam lagi untuk numerasi

• Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik

• Pihak  sekolah  hendaklah memastikan  perlaksanaan  program  ini berkesan dan mencapai matlamatnya

• Kemudahan  ICT  yang  terdiri  daripada  komputer  dan  LCD  yang sedia ada di  sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas