Upload
john-ain
View
317
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
Perang Naning 1831-1832
Suatu senario yang tidak kurang menariknya apabila mengkaji sejarah tentang Naning
ialah pertempuran yang berlaku sekitar tahun 1831 hingga 1832, yang melibatkan pihak
Naning dengan British. Tokoh Naning yang terlibat dalam mengendalikan dan merancang
serangan terhadap Naning ialah Penghulu Dol Said, yang berasal dari suku Semelenggang1
setelah beliau menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1802.
Naning yang kini dikenali sebagai satu Wilayah Adat Perpatih Naning mempunyai
perkembangan sejarah yang amat menarik. Sebelum diduduki British sekitar tahun 1832,
Naning adalah sebuah negeri kecil Melayu yang terletak di kawasan pedalaman di antara
Melaka-Rembau, manakala pentadbiran dikendalikan oleh Penghulu dan dibantu oleh Empat
Suku.2
Disebabkan itu, Naning amat dimegahi dalam sejarahnya dalam memperjuangkan hak-
hak masyarakat tempatan dari ancaman pihak British. Oleh yang demikian, kajian ini akan
mengupas tentang faktor dominan yang menyumbang kepada penentangan masyarakat
tempatan di Naning terhadap pemerintahan British. Dalam masa yang sama, kronologi
pemberontakan turut dititikberatkan.
Nama Naning dinyatakan berasal daripada nama binatang iaitu Naning. Walau
bagaimanapun, tiada kajian sejarah yang benar-benar jelas menunjukkan tentang sejarah awal
Naning, namun Naning seringkali dikaitkan dengan Dato’ Perpatih Pinang Sebatang. Dato’
Perpatih Pinang Sebatang telah keluar dari Pagar Ruyong dan mengembara ke Kampar, Siak,
Bengkalis, Bukit Batu, seterusnya ke Negeri-negeri Melayu, Pengkalan, Ikan Lemak, Paya
1 Abdullah Zakaria bin Ghazali, “Sejarah Ringkas Naning”, Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 27, 1999, hlm. 11.2 Haji Mubin Sheppard, “Makam Dato’Abdul Said, Dato Naning”, Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 5, 1967, hlm. 13.
1
Perang Naning 1831-1832
Dato’, Bukit Serusok, Bukit Tompunek, Bukit Penyalang, Bukit Bosa Silau, Pulau Gelang
Tiga Sejanjar dan Taboh. Akhirnya, Taboh dijadikan pusat pemerintahan bagi Naning.3
Pada tahun 1643, pihak Belanda yang berkuasa di Melaka pada ketika itu telah
menghantar tentera seramai 200 orang untuk menyerang Naning.4 Kesan daripada itu, maka
terikat sebuah perjanjian pada tahun 1643 antara pihak Belanda dengan Dato’ Naning. Dalam
perjanjian itu, Naning dikehendaki membayar satu persepuluh (1/10) daripada hasil
tanamannya.5 Selain itu, Orang-orang Besar Naning diwajibkan datang ke Melaka
mendapatkan Nasihat tentang cara-cara pemerintahan. Pada tahun 1745, Gabenor Melaka
Willem Bernard Albinus (1743-1749) diingatkan oleh Gabenor Jeneral Van Imhoff supaya
mengawal bijih timah Naning agar dijual kepada Syarikat Hindia Timur Belanda.6 Lantas,
pada tahun 1746, Belanda menandatangani perjanjian dengan Naning menghalang penjualan
bijih timah tersebut. Belanda menyerahkan pentadbiran Melaka kepada British pada tahun
1795. Penyerahan itu berdasarkan syarat yang dilaksanakan oleh Belanda. Namun begitu,
British tidak mengambil berat tentang kawasan pedalaman. Hal ini secara tidak langsung
memberikan impak terhadap pemerintahan Naning.
Kira-kira 6 tahun setelah bertapak di Melaka, British telah membuat perjanjian
dengan Dol Said. Perjanjian pada tahun 1801 ini ditandatangani oleh Leftenan-Kolonel
Aldwell Taylor dan Dol Said serta Orang-orang Besar (Empat Suku) Naning. Majlis itu turut
dihadiri oleh Lela Hulubalang, Orang Kaya Kecil, Membangun Kaya, Maharaja Nan Kaya,
dan Maulana Garang.7 Melalui perjanjian ini, Dol Said disahkan sebagai British sebagai
Penghulu Naning dan diberikan cop Kompeni Hindia Timur Inggeris. 8 Dalam masa yang
sama Dol Said tidak boleh melakukan permusuhan dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris.
3 Prof. Madya Dr. Zainal Kling, “Sejarah Adat Perpatih Wilayah Naning Di Melaka”, dalam Melaka Dan Sejarahnya, Persatuan Sejarah Malaysia, Melaka, 1982, hlm. 43.4 L.A Mill, British Malaya 1824-1867, JMBRAS, Vol. 33, Pt. 3, 1960, hlm. 137.5 C.M. Turnbull, The Straits Settlements 1826-67, Oxford University Press, Singapore, 1972, hlm 264.6 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, “Sejarah Ringkas Naning”, hlm. 14.7 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Penghulu Dol Said, Persatuan Sejarah Malaysia, Melaka, 1982, hlm. 106.8 T. Braddell., Notes on Naning, with A Brief Notice of the Naning War, JIAEA, News Series, No. 1, 1856, hlm 199.
2
Perang Naning 1831-1832
Dol Said dan Orang-orang Besar Naning juga bersetuju untuk menyerahkan satu persepuluh
(1/10) hasil tanaman kepada British seperti yang berlaku dengan pihak Belanda.9 Dalam masa
yang sama juga, British berhak untuk mengesahkan dan melantik jawatan Penghulu di Naning
sekiranya berlakunya kekosongan jawatan tersebut di Naning. Dengan itu, Dol Said dilantik
sebagai Penghulu Naning yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang
Minangkabau dan Melayu di Naning.
Pada tahun 1803, Kolonel Farquhar dilantik sebagai Residen Melaka. Pada tahun 1807
beliau telah mengisytiharkan bahawa hukuman jenayah di Naning hendaklah diselesaikan di
Melaka. Di masa pemerintahan Belanda, Penghulu di Naning berhak menghukum serta
membicarakan kes bunuh, rompak dan boleh menjatuhkan hukuman mati ke atas anak
buahnya.
Pada tahun 1818, Belanda menduduki semula Melaka. Sekali lagi Naning menikmati
kebebasan yang dinikmatinya dahulu.10 Tetapi pada April 1825, Melaka diduduki semula oleh
British. Hal ini berlaku kerana pertukaran antara Bangkahulu dan Melaka oleh British dan
Belanda melalui Perjanjian London 1824. Penyerahan Melaka kepada British oleh Belanda
dimaklumkan kepada Penghulu Dol Said dan juga Yamtuan Ali, Rembau.11
Dalam masa yang sama, semua tindakan yang diambil oleh British ke atas Naning
telah mengganggu gugat kedudukan Dol Said sebagai Penghulu di Naning. Tambahan pula,
pada pendapat Dol Said, Naning merupakan sebuah negeri yang bebas dan pihak British tidak
mempunyai sebarang hak ke atas Naning.12 Walau tidak dinafikan, Perjanjian Naning-Belanda
1643 ada mencatatkan bahawa Naning dikehendaki menghantar hasil tahunan kepada Belanda
di Melaka,13 tetapi ia hanyalah sebagai sebuah tanda persahabatan, bukannya penjajahan.14
9 C.M. Turnbull, The Straits Settlements 1826-67, hlm. 264.10 Abdullah Zakaria bin Ghazali, “Sejarah Ringkas Naning”, hlm. 13.11 Ibid.12 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Orang-orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831-32, Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Jilid XV, 1977/78, hlm. 57.13 R.J Willkinson (ed.), Paper on Malay Subjects, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971, hlm. 301. Juga terdapat dalam Haji Mubin Sheppard, “Makam Dato’Abdul Said, Dato Naning”, hlm. 15.14 Jonathan Cave, Naning in Malacca, JMBRAS, vol. VII, monograph no. 16, 1988, hlm. 147.
3
Perang Naning 1831-1832
Hal ini secara tidak langsung menggugat pendapatan Dol Said kerana sebelum ini beliau akan
memperoleh hasil tahunan 9000 gantang padi, 2 biji kelapa, serta 2 ekor ayam dari setiap
rumah penduduk Naning.15
Pada tahun 1827, Dol Said dan Empat Suku datang ke Melaka menemui Samuel
Garling yang dilantik sebagai Residen Melaka. Kemudian timbul pula perbezaan pendapat
mengenai kedudukan Naning. Gabenor Fullerton berpendapat bahawa Naning itu adalah
jajahan takluk Melaka.16 Dengan itu, British berhak ke atas satu persepuluh (1/10) hasil
tanaman Naning seperti yang termaktub dalam perjanjian 1801. Malah Gabenor Fullerton
menegaskan bahawa pentadbiran Naning adalah tertakluk dengan pentadbiran Negeri-negeri
Selat.17
Pada tahun 1827, Gabenor Fullerton telah menghantar W.T. Lewis, Timbalan Residen
Melaka ke Tabuh, ibu negeri Naning untuk menyiasat hal ehwal Orang-orang Besar Naning,
di samping mengaturkan sistem tanah.18 W.T. Lewis telah membuat satu laporan dengan
menyatakan bahawa pentadbiran di Naning lemah dan Orang-orang Besar Naning telah
melakukan kezaliman. Selain itu beliau mencadangkan agar pihak British mengambil alih
pentadbiran di Naning.19
Selain itu, W.T Lewis juga menegaskan bahawa Naning wajib membayar satu
persepuluh (1/10) daripada hasil tanaman negerinya yang dianggar $4500.00 dalam tempoh
setahun kepada British di Melaka20 dan turut mencadangkan agar Orang-orang Besar Naning
diberi pencen.21 Arahan untuk membayar satu persepuluh (1/10) hasil di Naning itu tidak
diendahkan oleh Dol Said dan hal ini menyebabkan pihak British bercadang untuk
15 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Penghulu Dol Said, hlm. 107.16 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu, Khoo Kay Kim (editor), Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 92.17 T. Braddell., Notes on Naning, with A Brief Notice of the Naning War, hlm. 200.18 R. Winstedt, Malay and its History, Hitchinson University Library, London, 1969, hlm. 56.19 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Orang-orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831-32, hlm. 58.20 C.M. Turnbull, The Straits Settlements 1826-67, hlm. 264.21 Jonathan Cave, Naning in Malacca, hlm. 150.
4
Perang Naning 1831-1832
menggunakan kuasa ketenteraan. Namun begitu, hal ini tidak dipersetujui oleh Majlis
Mesyuarat Pulau Pinang.22
Pada tahun 1828, Dol Said telah menyelesaikan kes jenayah di Naning. Sementara itu,
pada tahun yang sama penduduk Naning tidak membantu pegawai British yang datang untuk
melaksanakan bancian di Naning.23 Begitu juga dengan tindakan Dol Said yang tidak mahu
bekerjasama dengan pegawai British yang membuat penyiasatan di Naning. Malah, mereka
telah diberi amaran oleh Dol Said.
Pada 3 Julai 1829, Thomas Chruch, Timbalan Residen Konsular Melaka diarahkan
oleh Gabenor Fullerton dengan diiring oleh tentera sepoi ke Naning untuk memaklumkan
kepada Dol Said bahawa Naning mematuhi arahan dan peraturan dari Melaka; sekiranya
enggan, jawatan Dol Said sebagai Penghulu Naning akan dilucutkan.24 Dalam rundingan
tersebut, Dol Said telah menolak semua cadangan Thomas Chruch. Malah, Dol Said telah
mengarahkan bahawa semua penduduk Naning dilarang membayar hasil tanaman kepada
British. Dalam masa yang sama, pihak British telah mengeluarkan arahan bahawa barang-
barang yang hendak dijual di pekan, termasuklah sayur-sayuran, telur, dan kayu api
dikehendaki membayar hasil jualan sebanyak satu persepuluh (1/10) kepada pihak British di
Melaka, tetapi dalam masa yang sama hal ini tidak pernah berlaku pada zaman Belanda. 25
Oleh itu, peraturan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang terlibat.
Malah, masalah ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh penduduk Naning.
Tindakan Dol Said ini disifatkan oleh British sebagai tidak mematuhi undang-undang
Negeri-negeri Selat dan ianya menjadi satu kesalahan. Malah, British juga menyifatkan
bahawa Penghulu Naning dan Empat Suku tidak mengerti tentang tujuan pentadbiran British
di Naning.
22 Hamidah Said, Shahba: Pusaka Naning Satu Kajian Teks, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977/78, hlm. Bahagian pendahuluan tanpa halaman.23 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu, hlm. 92.24 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia, Malaysia dari segi Sejarah, bil. 21 (1993/96), 1995, hlm. 16.25 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Orang-orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831, hlm. 58.
5
Perang Naning 1831-1832
Kemudian, timbul pula masalah di Panchor, Melaka. Encik. Surin membuat aduan
kepada British di Melaka bahawa pengikut Dol Said telah merosakkan pokok buah-
buahannya. Dengan itu, Samuel Garling Residen Konsular Melaka mengarahkan Dol Said
membayar ganti rugi atas kerosakan kepada Encik Surin. Dol Said tidak menghiraukan arahan
itu, di mana menegaskan bahawa tanah itu adalah tanahnya, pusaka nenek moyangnya
dahulu.26
Dol Said juga tidak pernah diarahkan oleh pihak British datang ke Melaka bersama-
sama Empat Suku tanpa senjata. Sekiranya Dol Said dan Empat Suku tidak hadir di Melaka
bermakna Dol Said mahu menentang British. Malah, jika kedatangan Dol Said ke Melaka
dengan membawa pengikut melebihi lima (5) orang juga dianggap menentang British27 dan
pihak British tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan tenteranya melepaskan tembakan.28
Oleh yang demikian, Dol Said menyifatkan bahawa arahan British ini sebagai satu percubaan
untuk memutuskan persahabatan yang terjalin anatra British dengan Naning menerusi
perjanjian 1801 dahulu.29
Keruncingan hubungan di antara Naning dengan British tidak dapat didipulihkan lagi.
Pihak British tetap mengakui bahawa Naning itu sebahagian daripada Melaka; dan hal ini
bermakna Naning itu di bawah pentadbiran British. Manakala Dol Said pula menganggap
Naning merupakan sebuah negeri yang bebas tanpa ada sebarang naungan dengan mana-mana
kuasa lain. Oleh yang demikian, hal ini menjadi sebab dominan untuk Dol Said tidak
mematuhi apa-apa arahan daripada pihak British. Dalam masa yang sama, keengganan pihak
Dol Said itu untuk menerima arahan British dianggap sebagai melawan kuasa pihak British di
Melaka.
26 L.A. Mill, British Malaya 1824-1867, hlm. 123.27 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Penghulu Dol Said, hlm. 109.28 C.O Blagden, “MDNW” W.T. Lewis kepada Penghulu Naning, 8 Ogos 1831, dalam Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Penghulu Dol Said, hlm. 109.29 C.O Blagden, “MDNW” Penghulu Naning kepada W.T. Lewis (t.t), dalam Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Penghulu Dol Said, hlm. 109.
6
Perang Naning 1831-1832
Dalam sejarah masyarakat tempatan mempertahankan tanah air, Naning tidak
ketinggalan dalam perjuangan untuk menentang kusa asing yang menjajah Melaka.
Penjajahan Belanda ke atas Naning sekitar tahun 1641 turut mendapat tentangan dari Naning.
Begitu juga dengan British yang mengambil alih teraju pemerintahan Melaka (surat-surat
Kew pada tahun 1795-1818).
Pada tahun 1831, Gabenor R. Ibbetson mengambil keputusan menghantar pasukan
tentera menyerang Naning. Satu pasukan terdiri daripada 150 orang di bawah Kapten Wyllie
diarahkan untuk bersiap sedia untuk menyerang Naning. Kapten Wyllie dibantu oleh Leftenan
Milnes, Leftenan Begbie dan Doktor Smith.30 Pasukan ini diarahkan menawan Tabuh,
kediaman dan pusat pemerintahan Dol Said serta memberi amaran dan mengancam pembesar
yang enggan mematuhi arahan British di Melaka.
Sementara itu, Dol Said pula menghubungi negeri jiran, seperti Seri Menanti, Rembau,
dan Sungai Ujong, untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. Hal ini, Dol Said telah berjaya
mengumpulkan kekuatan panglima seramai 4000 orang.31 Dalam usaha mendapatkan bantuan
Rembau, Dol Said mengingatkan Yamtuan Ali supaya menghantar bantuan panglima
mempertahankan Naning daripada serangan British. Sekiranya Naning diduduki oleh British,
Rembau juga akan menerima nasib yang sama.32 Atas bimbingan inilah, Yamtuan Ali
menghantar seramai 500 orang di bawah menantunya, Syed Saban. Selain itu, Yamtuan Ali
menghantar Penghulu Remai dan Recat untuk mengetuai angkatan tentera Rembau bagi
membantu Dol Said.33 Di samping itu, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Penghulu Gemenceh,
Penghulu Linggi, dan Pembesar Seri Menanti turut membantu Dol Said.34 Bantuan ini jelas
menunjukkan semangat setia bangsa di kalangan orang Melayu untuk mempertahankan tanah
air daripada pencerobohan bangsa asing.
30 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Sejarah Ringkas Naning, hlm. 15.31 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Perjuangan Orang-orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831-32, hlm.16-21.32 L.A Mill, British Malaya 1824-1867, hlm 148.33 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Perang Naning 1831, Jurnal Sejarah Melaka, Bil. 9, 1985, hlm. 39.34 Abdullah Zakarian Bin Ghazali, Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia, hlm. 15.
7
Perang Naning 1831-1832
Dalam usaha mengatasi kemaraan pasukan British, Dol Said mengarahkan
panglimanya bersiap sedia menunggu di jalan-jalan yang mungkin akan dilalui oleh pasukan
British dengan senjata.35 Mereka diarahkan untuk melancarkan serangan sebaik sahaja
angkatan British melintasi kawasan kawalan masing-masing.
Pasukan British berlepas dari Melaka menuju ke Sungai Petai pada pukul 4.00 pagi,
Sabtu, 6 Ogos 1831. Sungai Petai menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategi
berhampiran dengan Naning dan mudah berhubung serta mudah untuk menghantar bekalan.
Dalam gerakan menghalang kemaraan pasukan British, pengikut Dol Said telah menggunakan
serangan hendap; serta melarikan diri setelah serangan dilancarkan. Selain itu jalan yang
mungkin dilalui oleh pasukan British dihalang dengan menumbangkan pokok kayu bagi
menghalang jalan tersebut. Malah pengikut Dol Said juga turut menanam ranjau di sepanjang
jalan yang mungkin dilalui oleh angkatan tentera British.36 Pasukan British terpaksa
membersihkan jalan terlebih dahulu sebelum pasukan dan kereta lembu yang membawa
meriam meneruskan gerakan mereka.37 Sementara mereka sibuk membersihkan jalan itu, Dol
Said melancarkan serangan ke atas pasukan British.
Walaupun mendapat tentangan dari Dol Said dan pengikutnya, angkatan British
berjaya sampai di Melekek, kira-kira 8 kilometer dari Tabuh.38 Namun begitu, oleh kerana
serangan yang berterusan dari orang-orang Dol Said, ditambah pula dengan bekalan dari
Singapura masih belum tiba di Sungai Petai, angkatan British di bawah Kapten Wyllie
berundur ke Melaka. Angkatan British yang mara ke Naning pada 6 Ogos 1831 itu berakhir
dengan kekalahan dan berundur ke Melaka pada 24 Ogos 1831.39
British yang mengalami kekalahan pada perang 1831 telah membuat persedian semula
untuk menyerang Naning. Satu angkatan yang lengkap disediakan dan kemudiannya bertolak
35 L.A Mill, British Malaya 1824-1867, hlm 148.36 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia, hlm. 15.37 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Sejarah Ringkas Naning, hlm. 15.38 Ibid.39 Shahba, Pesaka Naning, The Sentosa Store, Kuala Pilah, 1951, hlm. 18
8
Perang Naning 1831-1832
ke Naning pada Januari 1832.40 Pada 17 Februari 1832, angkatan British yang terdiri daripada
1200 hingga 1400 orang angkatan tentera di bawah Leftenan Kolonel Herbert bergerak ke
Naning.41 Walaupun ditentang oleh Dol Said, angkatan British berjaya menawan Naning dan
menduduki Taboh pada 15 Jun 1832.
Kekalahan ini menyebabkan ia menjadi taklukan Melaka. Hal ini berlaku kerana
Yamtuan Ali dan Syed Saban tidak lagi membantu Dol Said sebaliknya berpaling tadah
kepada British.42 Syed Saban yang membantu pihak British telah dihadiahi oleh British wang
sebanyak $500.00 dan sepucuk pistol bernilai $60.00.43 Malah beliau telah dilantik sebagai
Yamtuan Muda Rembau.44
Apabila menyedari bahawa Naning tidak mampu dipertahankan, maka Dol Said telah
mengambil keputusan untuk berundur dari bumi Naning. Beliau telah berundur ke Rembau
dan kemudiannya ke Gunung Pasir.45 Gabenor R. Ibbetson telah mengsyorkan untuk
menaikkan tawaran hadiah bernilai $1000.00 kepada $2000.00 kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Dol Said.46 Di samping itu juga, pihak British telah mengambil keputusan untuk
tidak melantik semula Dol Said sebagai Penghulu Naning. Malah, semua para Orang-orang
Besar Naning yang terlibat di dalam peperangan menentang British itu, tidak akan dilantik
sebagai Penghulu Naning. Dalam masa yang sama, Naning kemudiannya diletakkan di bawah
pentadbiran dan peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.47 Seterusnya, pada
November 1832, J.B. Westerhout diangkat oleh Gabenor R. Ibbetson dan Samuel Garling
menjadi pemerintah di Naning.48
40 Ibid.41 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Perang Naning 1831, hlm. 40.42 SSR. R.1. Ibbetson kepada George Sivinton, 19 Ogos 1831, dalam Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Penghulu Dol Said, hlm. 110.43 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Sejarah Ringkas Naning, hlm. 16.44 Ibid.45 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu, hlm. 94.46 Ibid.47 Jonathan Caves, Naning in Malacca, hlm 154.48 Ibid, hlm. 155.
9
Perang Naning 1831-1832
Akhirnya, pada 4 Februari 1833, Dol Said telah menyerah diri kepada J.B.
Westerhout. Dengan itu, J.B. Westerhout menyerahkan Dol Said kepada Samuel Garling di
Melaka.49 Dengan cadangan Gabenor S.G. Bonham, Dol Said ditempatkan di Melaka. Di
Melaka Dol Said disediakan sebuah rumah dan diberikan pencen tiga puluh (30) Rupee
sebulan.50 Memandangkan pencennya terlalu kecil dan rumah yang disediakan itu terlalu
sempit, maka Dol Said meminta kepada Gabenor S.G. Bonham yang datang ke Melaka pada
ketika itu, agar wang pencennya ditambah, dan kawasan rumahnya diperbesarkan.51
Permintaan Dol Said dipersetujui dan wang pencennya ditambah kepada seratus (100) Rupee
serta sebuah rumah dibina bernilai tidak melebihi satu ribu (1000) Rupee. Bayaran pencen
akan terus dibayar dengan syarat Dol Said tidak boleh menentang British.52 Dol Said
meninggal dunia pada bulan Ogos 1849.53
Setelah kejatuhan Naning ke tangan British, Pihak British seterusnya memulakan satu
misi untuk melakukan penjajahan di Negeri-negeri Melayu. Dengan kata lainnya, penjajahan
di Naning bolehlah dikatakan sebagai satu platform bagi British untuk terus berkuasa, selain
penguasaan terhadap Negeri-negeri Selat.
Walaupun penentangan di Naning mengalami kekalahan pada tahun 1832, tetapi
sekurang-kurangnya ia memperlihatkan semangat juang yang ditonjolkan oleh Dol Said dan
orang Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan maruah bangsa dan
tanah air. Walaupun terdapat beberapa pihak yang menyumbang kepada kekalahan Naning
ditangan British pada tahun 1832, namun hal merupakan satu sejarah negara yang perlu
dijadikan satu konklusi yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran bagi masyarakat hari ini.
Justeru, walauapa pun pendapat mengenai kekalahan Dol Said di tangan British, namun
49 L.A. Mills, The Naning War 1831-1832, hlm. 150.50 Ibid, hlm. 151.51 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Penghulu Dol Said, hlm. 111.52 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Perjuangan Orang-orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831-32, hlm. 24-25.53 Ibid, hlm. 25.
10
Perang Naning 1831-1832
perjuangannya dalam memperjuangkan hak bangsa seharusnya dihargai, walaupun kadang
kala kejujuran itu amat menakutkan.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1982. Penghulu Dol Said, Melaka: Persatuan Sejarah
Malaysia.
11
Perang Naning 1831-1832
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1985. Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah
Melayu. Khoo Kay Kim (editor). Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti
Malaya.
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1985. Perang Naning 1831. Jurnal Sejarah Melaka, Bil. 9.
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1995. Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di
Malaysia, Malaysia Dari Segi Sejarah, bil. 21 (1993/96).
Abdullah Zakaria bin Ghazali, (1999), Sejarah Ringkas Naning, Malaysia Dari Segi Sejarah,
Bil. 27.
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1978. Orang-orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831-
32, Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Jilid XV, 1977/78.
Braddell, T. 1956. Notes on Naning, with A Brief Notice of the Naning War. JIAEA, News
Series, No. 1.
Haji Mubin Sheppard. 1967. Makam Dato’Abdul Said, Dato Naning. Malaysia Dari Segi
Sejarah, Bil. 5.
Hamidah Said. 1978. Shahba: Pusaka Naning Satu Kajian Teks, Latihan Ilmiah, Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977/78.
Jonathan Cave. 1988. Naning in Malacca. JMBRAS, vol. VII, monograph no. 16.
Mill L.A. 1960. British Malaya 1824-1867. JMBRAS, Vol. 33, Pt. 3.
Zainal Kling. 1982. Sejarah Adat Perpatih Wilayah Naning Di Melaka, Melaka: Persatuan
Sejarah Malaysia.
Shahba. 1951. Pesaka Naning. Kuala Pilah: The Sentosa Store.
Turnbull, C.M. 1972. The Straits Settlements 1826-67. Singapore: Oxford University Press.
Willkinson, R.J. (ed.). 1971. Paper on Malay Subjects, Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
12
Perang Naning 1831-1832
Winstedt, R. 1969. Malay and its History. London: Hitchinson University Library.
13
Perang Naning 1831-1832
LAMPIRANLAMPIRAN
14
Perang Naning 1831-1832
15
Perang Naning 1831-1832
16
Perang Naning 1831-1832
17
Perang Naning 1831-1832
18
Perang Naning 1831-1832
19
Perang Naning 1831-1832
20
Perang Naning 1831-1832
21
Perang Naning 1831-1832
22
Perang Naning 1831-1832
23
Perang Naning 1831-1832
24