9
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG PERANAN SENI DALAM MASYARAKAT KEPENTINGAN SENI SASTERA Sastera dalam bahasa Sanskrit bererti “sesuatu yang indah”. Kesusasteraan membawa maksud “khazanah atau tulisan-tulisan yang indah”. Novel, cerpen, drama dan puisi merupakan contoh kesusasteraan. Kesusasteraan penting dalam pembangunan negara. 1. Mewujudkan satu identiti kebangsaan Merupakan wadah pembentukan budaya nasional Sastera menyalurkan fikiran dan idea budaya bangsa Kesusasteraan akan melambangkan masyarakat Malaysia Nilai-nilai budaya Malaysia akan tersebar luas 2. Kesusasteraan mencerminkan kehidupan Kesusasteraan memberi pedoman dan iktibar Kelemahan masyarakat dapat diketengahkan Unsur didaktik dapat memajukan masyarakat 3. Kesusasteraan membantu menyebarkan semangat nasionalisme Kesusasteraan memaparkan kezaliman penjajah dan penderitaan hidup kita Terdapat banyak karya kreatif bernada patriotik dan anti penjajah. Memupuk semangat nasionalisme dan mendorong usaha mencapai kemerdekaan 4. Meningkatkan imej negara Karya-karya Sasterawan Negara kita popular dan mendapat pengiktirafan antarabangsa Mereka dijemput untuk memberi ceramah di luar negara Banyak karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa asing 5. Sajian mental Sumber hiburan dan ilmu Sastera hiburan yang sihat dan murah Penghasilan dan penghayatan sastera memberi kepuasan Menawarkan ketenangan jiwa PERANAN SASTERAWAN Golongan Sasterawan merupakan sebilangan insan seni yang dapat menyumbangkan idea-idea mereka dalam bentuk karya yang kreatif seperti novel, puisi dan esei Mereka lebih peka terhadap perubahan alam sekeliling dan dapat menyampaikannya dalam bentik kreatif Mempunyai peranan tersendiri dalam penyatuan dan pembangunan sosioekonomi negara Malaysia. Lebih sensitif dengan masalah dalam masyarakat seperti masalah kemiskinan, setinggan dan penindasan Dicetuskan melalui hasil karya untuk menyedarkan masyarakat supaya mencari jalan penyelesaian Rimba Harapan (Jungle Of Hope) oleh Kamaluddin Mohammad @ Keris Masyarakat memaparkan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh orang miskin serta penindasan golongan atasan ke atas golongan marhaen ini Pada zaman penjajahan, golongan Sasterawan memainkan peranan pentind dalam meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat untuk menentang penjajah melalui hasil penulisan. Contoh: Putera Gunung www.pam900.blogspot.com 1

Peranan Seni Dalam Masyarakat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahan nota kuliah untuk pra u sekolah tinggi kluang

Citation preview

Page 1: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

PERANAN SENI DALAM MASYARAKAT

KEPENTINGAN SENI SASTERA

Sastera dalam bahasa Sanskrit bererti “sesuatu yang indah”. Kesusasteraan membawa maksud “khazanah atau tulisan-tulisan yang indah”. Novel, cerpen, drama dan puisi merupakan contoh kesusasteraan. Kesusasteraan penting dalam pembangunan negara.

1. Mewujudkan satu identiti kebangsaan Merupakan wadah pembentukan budaya nasional Sastera menyalurkan fikiran dan idea budaya bangsa Kesusasteraan akan melambangkan masyarakat Malaysia Nilai-nilai budaya Malaysia akan tersebar luas

2. Kesusasteraan mencerminkan kehidupan Kesusasteraan memberi pedoman dan iktibar Kelemahan masyarakat dapat diketengahkan Unsur didaktik dapat memajukan masyarakat

3. Kesusasteraan membantu menyebarkan semangat nasionalisme Kesusasteraan memaparkan kezaliman penjajah dan penderitaan hidup kita Terdapat banyak karya kreatif bernada patriotik dan anti penjajah. Memupuk semangat nasionalisme dan mendorong usaha mencapai kemerdekaan

4. Meningkatkan imej negara Karya-karya Sasterawan Negara kita popular dan mendapat pengiktirafan

antarabangsa Mereka dijemput untuk memberi ceramah di luar negara Banyak karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa asing

5. Sajian mental Sumber hiburan dan ilmu Sastera hiburan yang sihat dan murah Penghasilan dan penghayatan sastera memberi kepuasan Menawarkan ketenangan jiwa

PERANAN SASTERAWAN Golongan Sasterawan merupakan sebilangan insan seni yang dapat

menyumbangkan idea-idea mereka dalam bentuk karya yang kreatif seperti novel, puisi dan esei

Mereka lebih peka terhadap perubahan alam sekeliling dan dapat menyampaikannya dalam bentik kreatif

Mempunyai peranan tersendiri dalam penyatuan dan pembangunan sosioekonomi negara Malaysia.

Lebih sensitif dengan masalah dalam masyarakat seperti masalah kemiskinan, setinggan dan penindasan

Dicetuskan melalui hasil karya untuk menyedarkan masyarakat supaya mencari jalan penyelesaian

Rimba Harapan (Jungle Of Hope) oleh Kamaluddin Mohammad @ Keris Masyarakat memaparkan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh orang miskin serta penindasan golongan atasan ke atas golongan marhaen ini

Pada zaman penjajahan, golongan Sasterawan memainkan peranan pentind dalam meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat untuk menentang penjajah melalui hasil penulisan. Contoh: Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj Muhammad mengisahkan tentang penjajah yang ingin menakluk puncak GunungTahan

Peranan dalam memperkembangkan dan memperkayakan hasil seni dan budaya di negara

Anugerah dan penghormatan yang diberikan oleh badan tertentu. Shahnon Ahmad telah diberi penghormatan untuk ke Afro Asian Writers Conference di Alam Ata, Rusia

Satu penghormatan yang tidak ternilai terhadap golongan Sasterawan kerana hasil mereka dihargai

Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, cintakan tanah air serta berusaha mencapai kemajuan dalam segenap lapangan

Hasil-hasil karya yang bersifat patriotik

www.pam900.blogspot.com1

Page 2: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

Hasil-hasil karya untuk diteladani dan memberi bentuk hiburan, pengetahuan serta pendidikan kepada pembaca

Membentuk sebuah masyarakat terpelajarSOALAN PERBINCANGAN

Kata Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad, sastera ialah seismograf kehidupan. Apa itu seismograf? Menurut Kamus Dewan, seismograf ialah alat bagi mengukur kekuatan gempa bumi. Jadi, mengapa perkataan seismograf dipilih? Itu makna yang bersifat literal ataupun harafiah. Seismograf dalam erti kata lain ialah kayu ukur ataupun penyukat kepada kehidupan.

Cuba lihat kehidupan hari ini. Seni dan sastera wujud daripada persekitaran yang ada. Perhatikan bahawa satu masa dahulu, lagu dangdut kedengaran di mana-mana. Pada ketika itu, Indonesia melalui

zaman hedonisme yang melampau hinggakan Presidennya pun tumbang. Kini lagu-lagu dari Indonesia sudah berubah. Seiring dengan perubahan pola dan cara hidup masyarakatnya.

Cuba lihat pula lambakan pasaran buku hari ini. Penerbit buku kini lebih ghairah menerbitkan buku-buku yang bertemakan cinta dengan nafsu murahan. Mengapa? Kerana ada pasarannya. Perhatikan bagaimanakah bangsa Melayu hari ini? Secara kasarnya sudah berani hanyut dengan hiburan-hiburan yang sia-sia. Anak-anak muda menangis meraung jika gagal menyertai program-program realiti. Penonton pun sama meraung-raung apabila ada peserta yang gagal ke peringkat yang selanjutnya. Ibu bapa juga mengucapkan “Alhamdulillah, anak saya terpilih dalam program realiti tv ini.”

Jadi, tidak cukupkah kita hanya berhibur, berhibur dan berhibur hingga tiada suatu pun yang kita tinggalkan untuk ruang berfikir ataupun ruang ta’akul – ruang penafsiran.

Sastera pula bukan sekadar buku cerita, bukan sekadar puisi. Bagi saya, sastera ialah suatu seni kata-kata bagi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk tamadun, mengajak pembacanya berfikir dan mendorong pembaca melakukan kebaikan serta menimbulkan rasa insaf.

Membaca puisi-puisi A. Samad Said, misalnya, menemukan saya dengan banyak perkara. Kecintaannya terhadap bahasa, kritikan sosialnya yang lembut tetapi dalam makna dan juga rakaman peristiwa yang diabadikan dalam karyanya. Begitu juga dengan karya-karya Usman Awang yang banyak berbicara tentang kedamaian dan keseimbangan masyarakat.

Cuba-cubalah membaca karya Siti Zainon Ismail, sama ada cerpennya ataupun puisi-puisinya yang penuh kewanitaan tanpa meninggalkan akarnya yang gemilang. Sebagai penyair dan ahli akademik, Siti Zainon telah merantau ke seluruh dunia, namun karya-karyanya masih segar mempertahankan jati dirinya sebagai wanita Melayu Islam yang sejati.

Di kalangan penulis yang lebih muda, bacalah karya-karya SM Zakir, Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim dan Nisah Haji Haron. Pendek kata, mereka ini bukan penulis yang hanya menggarap kisah cinta yang selapis, terlalu polos ataupun bersifat superficial. Penulis-penulis ini telah berjaya menyampaikan suatu mesej yang jauh lebih dalam berbanding usia mereka.

Dari aspek kelulusan dan kerjaya, penulis-penulis muda hari ini bukan sekadar berkelulusan sastera. Terdapat ramai penulis muda (berusia bawah 40-an) yang mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza tetapi dapat menjadi penulis yang baik.

Mengapa mereka ini boleh menulis? Satu perkara penting yang ada dalam diri penulis-penulis ini ialah jati diri yang disebutkan tadi. Para penulis ini tahu akan identiti dirinya sebagai bangsa Melayu dan sedar diri bahawa, jika bukan merekalah yang melangsungkannya. Siapa lagi?Lantas, apa pula peranan kita sebagai pembaca karya sastera?

Pilihlah bahan bacaan yang boleh menjentik pemikiran yang tinggi. Carilah bahan bacaan yang diiktiraf sebagai kesusasteraan Melayu tinggi yang boleh membangkitkan rasa kemanusiaan, kerana itulah peranan sastera yang utama : melahirkan rasa kemanusiaan dalam diri manusia.

Sastera sebagai satu elemen kehidupan bukannya untuk diasing-asingkan. Sastera tidak boleh bercampur dengan sains, ataupun sastera tidak boleh bercampur dengan ekonomi, perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan sebagainya. Sastera itu boleh wujud dalam mana-mana cabang ilmu yang ada. Itulah kelebihannya.

Ada pihak yang menyatakan sastera ini berbelit-belit. Satu perkara yang langsung akan disampaikan dalam bentuk yang berkias-kias. Bagi saya, di situlah seninya penyampaian orang Melayu. Sebagai contoh, perhatikan tulisan Bapak Tenas Effendy dalam bukunya “Ungkapan Tradisional Melayu Riau” tentang peranan seorang anak :

www.pam900.blogspot.com2

Page 3: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

SENI FILEM Filem merupakan media penghibur dan pendidik Filem yang berjaya akan membawa keuntungan dan kemasyhuran kepada pelakon

dan pengarahnya

MASALAH

1. Kos pembikinan filem yang tidak cukup akan menyekat mutu sesebuah filem\ Bayaran rendah tidak dapat memikat penulis skrip yang berwibawa Kos yang dikawal ketat tidak dapat mengupah barisan pelakon yang berkaliber Latar tempat dan peralatan perfileman juga dijimatkan Tempoh filem dipendekkan Syarikat filem masih menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari institusi

kewangan @ bank kerana risiko yang dihadapi terlalu tinggi

2. Skrip yang rendah mutunya dan tema didapati membosankan Skrip filem tempatan bersifat stereotype, kisah cinta, perceraian, masalah keluarga Menampilkan tema yang sudah basi Filem barat didapati cukup kreatif dan menarik - kisah seram, kisah suspens, kisah

perang yang cukup real dan penuh aksi serta sensasi Penulis skrip tempatan juga kurang kreatif, inovatif dan matang

3. Kurang sutradara yang berpengalaman Arahan filem yang tidak sempurna menjejaskan mutu filem Pengarah kurang pengalaman dan tiada pendidikan formal

4. Kurang pelakon berbakat Ramai pelakon hanya berbekalkan kecantikan dan gelaran ratu cantik Gagal menjiwai watak lakonan dengan berkesan Artis kurang berdisiplin

5. Kurang peralatan berteknologi tinggi Peralatan canggih meningkatkan mutu filem Penggunaan teknologi dapat menghasilkan kesan khas dan teknik suntingan yang

baik Set yang canggih untuk babak menarik Kekurangan studio @ kolej lakonan untuk melatih dan mencungkil bakat-bakat

untuk berkecimpung dalam arena perfileman secara profesional Akademi filem yang baru ditubuhkan itu tidak mencukupi untuk meningkatkan

profesioalisme dalam dunia lakonan

6. Sekatan budaya dan penapisan filem-filem tempatan Filem barat menikmati kebebasan untuk menayangkan filem secara bebas, penuh

dengan unsur lucah, ganas aksi dan sebagainya. Filem tempatan terkongkong oleh budaya timur yang menyekat filem-filem

bercorak lucah dan ganas Penapisan filem yang keterlaluan oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia turut

menjejaskan perjalanan cerita dan mutu filem tempatan Pemotongan adegan-adegan yang disyaratkan menyekat kreativiti pengarah dan

keseluruhan penggambaran filem.

7. Masalah pasaran yang terhad Filem-filem tempatan biasanya menceritakan dan mengisahkan cerita-cerita orang

Melayu Terhad dan terbatas peminatnya Menghadapi persaingan daripada perindustrian perfileman dari luar negara seperti

Hollywood, Hong Kong dan Jepun Mampu menerbitkan filem yang bermutu, menarik serta mendapat sambutan

hangat penonton.

SOALAN PERBINCANGAN

www.pam900.blogspot.com3

Page 4: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

Kementerian Penerangan patut gerakkan agensi untuk hasilkan filem, program TV bertema sejarah negara.

FILEM Negara adalah antara agensi di bawah pentadbiran Kementerian Penerangan yang peranannya adalah menjadi pusat penyimpanan dokumen atau arkib dalam bentuk visual yang membabitkan kepentingan kerajaan.Begitupun, Filem Negara juga sebenarnya boleh menjadi agensi penting untuk menyebar propaganda atau dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Memang sehingga hari ini kita masih boleh melihat peranan Filem Negara dalam menyebarkan atau menghebahkan pelbagai program kerajaan seperti yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2009.

Dalam erti kata lain, Filem Negara adalah satu lagi alat penting di bawah Kementerian Penerangan selepas Jabatan Penyiaran untuk menghebahkan program atau propaganda kerajaan. Jabatan Penyiaran adalah agensi yang mentadbir Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Bagaimanapun, disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap RTM, Kementerian Penerangan agak terlupa bahawa Filem Negara boleh memainkan peranan besar dalam menyebarkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan nasional. Cuma cara dan pendekatannya mungkin agak berbeza sikit.

Peranan dan fungsi Filem Negara sejak dua dekad kebelakangan ini tidaklah begitu menonjol, lebih-lebih lagi dengan kemunculan stesen TV dan radio swasta. Apabila Kementerian Penerangan menaungi Filem Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kedua-dua agensi ini pernah dilihat sebagai bergerak agak seiringan. Ketika Finas berperanan sebagai pentadbir segala aktiviti perfileman tanah air, Filem Negara pula menjadi institusi yang mampu menerbitkan filemnya sendiri.

Pernah pada satu ketika Kementerian Penerangan memperuntukkan sehingga RM12 juta kepada Finas untuk menerbitkan filem bercorak sejarah, patriotik dan kenegaraan. Finas kemudian bekerjasama dengan Filem Negara dan akhirnya terhasillah filem Embun dan Paloh.

Sebenarnya, Kementerian Penerangan masih boleh menyediakan peruntukan khusus kepada Filem Negara untuk terus menerbitkan filem-filem kenegaraan walaupun Finas sudah berada di bawah kementerian lain. Walaupun berbeza kementerian, kita berpandangan bukanlah susah sangat untuk Finas dan Filem Negara berpadu tenaga menerbitkan filem khusus untuk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan betapa pentingnya sejarah kepada rakyat Malaysia. Penekanan terhadap aspek sejarah tidak semata-mata disebarkan di sekolah atau institusi pengajian tinggi iaitu dalam bentuk teks atau bertulis saja, tetapi juga sepatutnya diiringi dalam medium visual.

Filem atau program TV adalah satu daripada medium yang boleh mempopular mata pelajaran Sejarah, terutama sejarah membabitkan negara kita.

Bagaimanapun, berapa banyak program TV kita yang memaparkan sejarah kenegaraan? Dalam filem pula, selepas 1957: Hati Malaya arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, belum ada lagi pengarah yang sudah menyiapkan filem sejarah negara.

Kekosongan dalam menghasilkan filem, program TV atau dokumentari sejarah negara ini sepatutnya dimulakan oleh Filem Negara. Ini kerana Filem Negara bukan saja agensi kerajaan tetapi juga mempunyai banyak bahan yang dapat dieksploitasikan sebagai bahan untuk tatapan umum.

Melihat kepada keadaan semasa, apabila generasi muda semakin lupa dan lalai dengan sejarah negara, sudah tiba masanya Kementerian Penerangan menggerakkan atau sekurang-kurangnya mengkaji semula peranan Filem Negara.

Proses ini bukanlah bermakna Kementerian Penerangan perlu mengambil semula Finas seperti yang dihebahkan sebelum ini, tetapi boleh diadakan satu bentuk kerjasama dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk menghasilkan program TV, dokumentari atau filem bercorak sejarah, patriotik dan kenegaraan.

Dalam sejarah Filem Negara, agensi ini memang pernah menerbitkan filem cereka yang bertemakan kemasyarakatan. Harus diingat apabila menyebut filem kenegaraan atau

www.pam900.blogspot.com4

Page 5: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

patriotik, ia tidak semestinya cerita mengenai perjuangan askar, polis atau cerita berkaitan dengan perjuangan politik menuntut kemerdekaan saja. Cerita seperti itu memang penting, tetapi dalam perspektif sekarang, kita harus ada cerita dalam filem, TV atau apa saja program TV yang mencerminkan pencapaian negara kita sehingga hari ini yang patut jadi kebanggaan dan kemegahan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kita juga perlu ada cerita yang memperlihatkan betapa kita sebenarnya boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara luar. Kita juga berasa bangga dan bersyukur dengan apa yang ada serta yang sudah dicapai oleh negara kita berbanding negara ornag lain.

Pada tahun 1982, Filem Negara menerbitkan filem Gelombang iaitu filem cereka yang mengisahkan kehidupan nelayan. Filem ini cuba mengangkat cara untuk memperbaiki kehidupan masyarakat nelayan dengan menubuhkan koperasi supaya hasil jualan ikan dapat dipasarkan dengan sistematik.

Filem Bila Hati Telah Retak yang diterbitkan oleh Filem Negara pada tahun 1983 adalah satu contoh mengenai sebuah filem yang memaparkan kegigihan dan kecekalan jururawat desa menjalankan tugasnya di kampung dengan penduduknya belum terdedah dengan dunia perubatan moden sepenuhnya.

Filem Negara mungkin mungkin mempunyai tenaga kreatif yang mencukupi, manakala Finas pula memiliki kemudahan produksi yang moden. Kita percaya dua agensi kerajaan ini apabila bergabung, sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan filem-filem cereka yang berlatarkan sejarah negara.

Kita bukan saja ketandusan, bahkan tidak ada filem atau program TV bercorak sejarah, patriotik dan kenegaraan. Apa yang kita ada atau tonton adalah filem atau program lama yang asyik di ulang tayang saja.

SENI MUZIK Muzik berasal dari perkataan Latin ‘musica’ bermaksud jenis sastera berlagu dan

berirama Muzik terbahagi kepada dua jenis iaitu muzik tradisional dan muzik moden

PERANAN MUZIK

1. Muzik bertindak sebagai alat hiburan Gabungan pelbagai muzik seperti jazz, rock dan tradisi dan sebagainya

menghilangkan kebosanan dan menenangkan fikiran manusia merentas peringkat umur

Semakin banyak jenis muzik, moden dan lama dalam bentuk piring hitam, kaset, cakera padat dan seumpamanya berfungsi sebagai alat hiburan

2. Muzik juga membantu menaikkan semangat patriotisme dan cinta terhadap negara di kalangan masyarakat

Semangat nasionalisme dan cinta terhadap negara dapat dibina menerusi lagu patriotik seperti “Setia”, “Negaraku” dan sebagainya

Semangat patriotisme yang terbina seterusnya membawa kesejahteraan hidup dalam masyarakat

3. Muzik mengandungi unsur pengajaran dan nasihat untuk membina akhlak mulia dan moral di kalangan muda mudi

Lagu dondang sayang didapati berselang-selikan pantun-pantun bercorak nasihat Lagu yang didendangkan oleh kumpulan muzik rock mengingatkan pendengar

dengan peminat muzik tentang bahayanya najis dadah dan pentingnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

4. Muzik sebagai satu kegiatan seni yang menguntungkan dari segi ekonomi Negara yang kaya dengan muzik menggalakkan perkembangan perusahaan

pelancongan dan seterusnya menghasilkan sumber pendapatan kepada pelbagai pihak dan kerajaan

Menyediakan peluang pekerjaan mencipta lagu, pemain alat muzik, juru teknik, juru rakam, pengedar dan sebagainya. Keadaan ini mengurangkan kadar pengangguran

www.pam900.blogspot.com5

Page 6: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

5. Muzik dan alat muzik tradisional memainkan peranan penting dalam upacara dan adat istiadat tertentu

Dalam masyarakat Melayu, kompang dipukul pada kenduri-kenduri perkahwinan dan majlis perasmian tertentu. Tanpa muzik sedemikian, sesuatu majlis atau upacara dikatakan kurang sempurna

SOALAN PERBINCANGAN

MUZIK sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat di seluruh dunia.

Memahami muzik berupaya membentuk sahsiah dan membina personaliti, Muzium Negara menganjurkan Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia untuk dihayati pelbagai lapisan masyarakat khususnya pencinta muzik. Menerusi pameran sembilan hari berakhir baru-baru ini, evolusi alat muzik di negara ini dipersembahkan kepada umum bagi menghayati asal-usul penciptaan alat muzik, matlamat, pengaruh serta kepada latar adat dan budaya masyarakat berbilang kaum.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail, berkata pameran yang pertama kali diadakan itu bukan sekadar memaparkan koleksi alat muzik tempatan, tetapi turut menterjemahkan konsep 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, muzik merentasi adat dan budaya selain menggambarkan kepelbagaian masyarakat di negara ini seperti Melayu, Cina, India termasuk etnik orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. “Sehubungan itu, sejumlah 96 artifak yang dipamerkan mencerminkan etnik utama negara kita. Pengunjung bukan saja didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat terperinci mengenai alat muzik berkenaan tetapi juga melihat secara dekat bagaimana bentuk, saiz dan seni ukiran yang tertera di badannya.

“Pengunjung juga mendapat ilmu mengenai setiap komponen yang membentuk alat muzik itu. Misalnya, jenis dan rupa tali dalam peralatan muzik yang dimainkan sama ada secara digesek atau dipetik selain reka bentuk gendang tabuh, gambus serta tabla” katanya.

Semua peralatan muzik dipamerkan sememangnya ada dalam koleksi muzium. Biarpun pamerannya cuma sembilan hari, tetapi tugasan seperti kerja penyelidikan dan persiapannya memakan masa kira-kira tiga bulan.

Umumnya, kata Ibrahim, penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian terhadap alam sebelum ia dieksploitasi menjadi alat muzik. Bahan semula jadi seperti buluh, batu, tumbuh-tumbuhan dan anggota haiwan, misalnya tanduk dan tulang dibentuk menjadi peralatan bunyi-bunyian.

Bermula daripada gerakan mudah seperti tepukan tangan, hentakan kaki, siulan, ketukan kayu dan sebagainya, alat muzik mengalami evolusi sehingga ke tahap kompleks dan kompetitif.

Namun, kebanyakan alat muzik tradisional negara ini dikatakan menerima banyak pengaruh luar kesan pertembungan budaya era zaman perdagangan dan penjajahan lampau. Maka, tidak hairan wujud selingan nada dan unsur Asia Barat, India, China dan Eropah setiap kali instrumen muzik dimainkan.

Fenomena ini selanjutnya melahirkan alat muzik sinkretik, hasil kepintaran menjalinkan unsur luar yang difikirkan sesuai selain menjadikan merdu kelompok muzik istana dan rakyat. Proses asimilasi budaya ini kemudian sebati dan diterima sebahagian kebudayaan tempatan.

Alat muzik gendang dan serunai yang mengutarakan unsur pengaruh Hindu, manakala gambus yang menyelitkan bunyian Timur Tengah antara contoh berlakunya penyusupan budaya.

www.pam900.blogspot.com6

Page 7: Peranan Seni Dalam Masyarakat

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

Kepelbagaian alat muzik tradisional daripada asal-usul berbeza menggambarkan kemeriahan khazanah seni. Kewujudan alat muzik yang diserap masuk dari Timur Tengah, China, India malah rumpun dunia Melayu sendiri tidak melenyapkan pengasingan identiti serta sempadan budayanya.

Dalam sekian banyak peralatan muzik, hanya gendang bersifat sejagat kerana hampir semua kaum di dunia menggunakannya dalam persembahan kebudayaan mereka. Ia secara tidak langsung dianggap simbolik kepada jalinan persahabatan yang utuh di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Selain menjadi halwa telinga, wujud falsafah kepercayaan tertentu yang dikaitkan dengan muzik. Alat muzik seperti tetawak dan gong mempunyai konotasi yang mengaitkannya boleh membangkitkan nafsu, roh dan semangat.

Rebab pula dikaitkan dengan gerak hati manusia untuk membetulkan kesilapan berpunca daripada hati serta niat serong. Canang dan kesi pula menekankan paluan hati dan nadi manusia perlu digerakkan selaras nafsu serta degup jantung. Gendang pula menekankan denyutan jantung manusia harus seiring dengan pembuluh darah bagi mewujudkan pengaliran darah yang betul.

Hakikatnya, evolusi dan gabung jalin alat muzik membuka peluang dan ruang masyarakat tempatan mengalunkan irama melangkaui teras budaya yang didendangkan rebab, sompoton, erh hu dan tabla. Menerusi jalinan irama inilah, ia tidak hanya menenangkan jiwa, tetapi paling penting dapat menyatupadukan pelbagai bangsa dan etnik Malaysia seperti yang diteraskan menerusi konsep 1Malaysia.

DISEDIAKAN OLEHPuan Salbiah Mohd Nor

DIUBAHSUAI DAN KEMASKINI OLEHEn. Razali Samadwww.pam900.blogspot.com

www.pam900.blogspot.com7