Author
noorhashila-hamid
View
262
Download
0
Embed Size (px)
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
1/71
DEFINISI PENTADBIRAN
Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih
individu menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Mengikut
Leight (1990) petikan Wee Eng Hoe (1994), proses ini melibatkan perancangan,
pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk
menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada
pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Newman (1963) petikan Wee Eng Hoe (1994),
menambahkan unsur kepimpinan untuk melengkapkan proses tersebut.
Mengikut Daughtrey & Woods (1976) petikan Wee Eng Hoe (1994), pula,
pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun.
Pentadbiran melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan
perhubungan awam.
PERHUBUNGAN ANTARA PENTADBIRAN DENGAN ORGANISASI
Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatu struktur atau sistem yang berkesan bagi
mencapai tujuan satu-satu kumpulan.
Pentadbiran pula ialah sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku
individu di dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan.
Dengan itu, organisasi membekalkan struktur untuk mencapai sesuatu matlamat
oleh satu-satu kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yang berfungsi untuk
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
2/71
menjalankan organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk menubuh sesuatu
organisasi. Organisasi memerlukan pentadbiran untuk berfungsi.
Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawal persekitaran dan
pentadbiran serta memberi arah kepada organisasi.
JENIS-JENIS PENTADBIR
1. Pentadbir Laissez-faire
Pentadbir jenis ini tidak menonjolkan diri malah tidak menunjukkan kepimpinannya. Ia
membiarkan organisasi itu berfungsi dengan sendiri dengan membolehkan individu di
dalam organisasi itu melakukan apa saja yang diingini. Pentadbiran jenis ini bersifat
melepaskan autoriti dan kuasa mengarah. Pentadbir menggunakan sedikit sahaja kuasa
formal dan tiada usaha untuk mendapatkan kuasa tidak formal.
Pentadbiran Laissez-faire membolehkan percubaan idea-idea baru tanpa kawalan
dan ini menyebakan wujudnya program baru. Bagi kakitangan yang muda dan bertenaga,
banyak idea dan program baru boleh dicuba tanpa kawalan. Bagi kakitangan lama tetapi
produktif, program-program baru boleh diwujudkan dan program lama dimansuhkan.
Kelemahan jenis pentadbiran ini adalah:
1. Kekurangan dari segi kepimpinan.
2. Kakitangan adalah lemah.
3. Program dan polisi yang lemah dijalankan berterusan tanpa had
4. Guru dan jurulatih terus berkhidmat tanpa cabaran atau pembetulan.
5. Tidak wujud keinginan untuk mencapai tahap cemerlang
6. Tidak banyak perancangan jangka panjang.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
3/71
2. Pentadbir Autokratik atau Autoritatif
Pentadbiran yang menggunakan pemerintahan kuasa mutlak. Kuasa dan autoriti
digunakan untuk berfungsi dan mengawal semua individu di dalam organisasi. Individu-
individu terpilih diberi kuasa tanpa had untuk digunakan mengikut kesesuaian. Pentadbir
bukan ketua tetapi pemimpin. Ini membolehkan masalah kakitangan diatasi dengan
senang.
Keputusan yang dibuat oleh pentadbir autokratik adalah berasaskan pendapat dan
bukan daripada pemikiran yang mendalam. Ketua suka mengarah dan kakitangan tidak
diberi peluang untuk membuat keputusan bersama. Pentadbir tidak bertimbang rasa
malah menggunakan paksaan dalam kes-kes tertentu. Pentadbiran ini juga menghasilkan
insan Pak Turut yang kurang berinisiatif dan berminat.
Jenis pentadbiran ini mungkin berkesan kerana :
1. Tidak banyak mesyuarat
2. Perubahan polisi dan program organisasi boleh dilakukan dengan cepat kerana
kakitangan sedia menerima tanpa persoalan
3. Bagi orang yang tiada pengalaman, mereka boleh berfungsi dengan baik kerana
menerima arahan bagaimana menjalankan tugas.
Kelemahan jenis pentadbiran ini adalah :
1. Keputusan dibuat tanpa mengambil kira semua fakta.
2. Program dan polisi ditentukan oleh ketua.
3. Tidak terdapat kumpulan perbincangan untuk mendapat kata sepakat.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
4/71
4. Guru atau jurulatih tidak dapat menimba pengalaman dalam mengarah dan
membangunkan program.
5. Kakitangan menjadi penerima dan sebarang aduan dianggap sebagai cabaran
terhadap organisasi tersebut.
3. Pentadbiran Demokratik
Pentadbir ini menggunakan kuasa formal sepenuhnya disamping tidak juga mengabaikan
kuasa tidak formal. Pentadbiran jenis ini menggunakan pemikiran konstruktif kumpulan
untuk berkongsi idea-idea dan bekerjasama dalam usaha untuk membuat keputusan.
Pentadbiran demokratik memberi peluang kepada individi untuk memberi
sumbangan dalam membuat keputusan dan perlaksanaan keputusan itu. Kakitangan
menyokong pucuk pimpinan dan bekerja bersungguh-sungguh. Program dan polisi yang
lemah tidak mungkin dilaksanakan kerana keputusan kumpulan diberi perhatian dan
bukan keputusan individu.
Kelemahan jenis pentadbiran ini ialah perlaksanaan program dan polisi mungkin
memakan masa yang panjang. Jawatankuasa selalunya diperlukan untuk membincangkan
program dan polisi organisasi. Dalam proses perbincangan, perkara-perkara kecil
mungkin diperbesar-besarkan.
Walau bagaimanapun, pengawasan adalah diperlukan untuk memastikan kerja
yang ditetapkan berjalan lancar.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
5/71
4. Pentadbir Diktator Yang Murah Hati.
Pentadbir ini sangat peramah, mudah ditemui, bertimbang rasa, perihatin terhadap
kakitangannya. Beliau sentiasa menunjuk minat terhadap kakitangan jagaannya dan
memberi pujian terhadap kerja yang baik. Ini memupuk semangat bekerja yang kuat dan
produktiviti adalah tinggi.
Kelebihan ;
1. Tugas atau kerja senang dilaksanakan. Arahan dari atas diterima sepenuh hati.
2. Pihak pentadbir memotivasikan kakitangan melalui keperihatinannya dan ini
akan meningkatkan produktiviti.
3. Kakitangan menyokong pentadbir kerana beliau adalah peramah, senang
ditemui dan memahami masalah.
Kelemahan ;
1. Mewujudkan golongan Pak Turut kerana arahan diterima tanpa banyak
persoalan.
2. Hilang daya inisiatif dan kreatif di kalangan kakitangan kerana segala urusan
merupakan arahan dari atas.
3. Pentadbir dianggap sebagai lebih bijak dan berpengetahuan berbanding dengan
kakitangan lain. Dengan itu keputusan dan polisi ditentukan oleh pentadbir
sendiri.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
6/71
5.Pentadbir Eklektik
Pentadbir ini menggunakan jenis pentadbiran yang berlainan untuk situasi tertentu.
Horine (1991) petikan Wee Eng Hoe (1994), mencadangkan para pentadbir
menggunakan gaya demokratik sebagai asas pentadbiran tetapi menggabungkan
pendekatan laissez-faire dan autokratik bila keadaan memerlukannya.
Kelebihan ;
1. Fleksibel atau anjal; boleh diubah mengikut keadaan tertentu. Ini menjamin
produktiviti yang tinggi dan berterusan.
2. Memberi kebebasan kepada kakitangan walaupun ada had tertentu. Kakitangan faham
setakat mana mereka boleh bertindak di luar arahan. Kebebasan ini memotivasikan
mereka untuk berusaha lebih lagi bagi menyelesaikan tugas.
Kelemahan.
Gabungan gaya berlainan mengelirukan kakitangan. Kakitangan tidak faham
mengapa sesetengah perkara mempunyai had dan sesetengahnya tidak .
CIRI-CIRI SEORANG PENTADBIR YANG BAIK
Memiliki Kriteria Asas Mengikut Pendapat Wee Eng Hoe ( 1994)
1. Pentadbir yang baik mestilah mempunyai pendidikan formal yang baik. Individu
yang berpelajaran mempunyai nilai dan pengetahuan tentang sesuatu perkara.
2. Pentadbir mesti mempunyai pengalaman yang sesuai. Pengalaman perlu untuk
melakukan pengawasan dan dalam usaha meningkatkan prestasi.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
7/71
3. Pentadbir yang cekap adalah fleksibal dan boleh menjalankan tugas dengan berkesan
sama ada di unit sendiri atau unit yang berlainan.
4. Pentadbir saharusnya jelas dengan matlamat yang perlu dicapai oleh organisasi dan
boleh merancang untuk mencapai matlamat dengan cara yang paling baik .
5. Pentadbir mesti mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal.
6. Pentadbir mesti mempunyai sahsiah yang baik. Sahsiah boleh dianggap sebagai cara
seseorang itu bertindak, mengalami sesuatu cabaran dan berfikir.
7. Pentadbir yang baik boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis. Keupayaan
berkomunikasi secara lisan membolehkan penerangan dan arahan diberi dengan jelas.
Keupayaan bertulis pula kerana seorang pentadbir perlu membuat laporan atau
rayuan tentang sesuatu perkara.
8. Pentadbir seharusnya kreatif untuk membentuk program. Pentadbir yang kreatif
akan memikirkan sesuatu dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, bukan
menyatakan masalah tanpa tindakan.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SEORANG
PENTADBIR.
1. Kemahiran Teknikal.
Ialah kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti khusus terutamanya yang
melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik. Ia melibatkan pengetahuan khusus,
kebolehan menganalisa dalam menggunakan alat-alat dan teknik untuk bidang-bidang
khusus.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
8/71
2. Kemahiran Kemanusiaan.
Ialah keupayaan seseorang bekerja sebagai ahli pasukan dan kebolehan seseorang itu
membina usaha kerjasama di kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya. Kemahiran ini
penting un tuk mengekalkan keharmonian, membawa perubahan dan mentadbir situasi
konflik.
3. Kemahiran Konseptual.
Ialah kebolehan seseorang memerhati dan menganalisa suatu usaha secara menyelutuh
termasuk mengenali bagaimana fungsi-fungsi berlainan dalam organisasi bergantung
antara satu sama lain dan bagaimana perubahan pada satu fungsi mempengaruhi yang
lain. Kemahiran Konseptual ini tidak begitu penting dalam organisasi yang kecil tetapi
menjadi utama dalam organisasi yang besar.
Griffiths (1956) dan Newman (1963) petikan Wee Eng Hoe (1994), dalam kajian
mereka berpendapat bahawa tidak banyak perbezaan yang didapati dari segi kemahiran
teknikal. Perbezaan yang wujud lebih kepada kemahiran kemanusiaan dan paling berbeza
pada kemahiran konseptual. Beliau menegaskan bahawa kejayaan dalam pentadbiran
berkait rapat dengan tahap kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual yang ada
pada seseorang itu.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
9/71
APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN?
Apabila organisasi telah diwujudkan, masalah yang akan timbul ialah bagaimana
organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang
dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul,
baik, baik dari segi kewangan, pemprosesan dan inventori hinggalah kepada masalah
peribadi di kalangan para pekerja.
Kita pernah mendengar dari media massa tantang beberapa organisasi perniagaan
khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga
disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada
persefahaman antara pihak atasan dengan pihak bawahan, perancangan dan ramalan yang
tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.
Pengurusan pada amnya dapat didifinisikan seperti berikut:-
1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan
pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi untuk mencapai matlamat.
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan dan pengaruh ke atas
operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi
sepenuhnya.
Definisi di atas walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis
fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi ini mengandungi perkataan proses dan
matlamat. Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
10/71
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara automatik serta
memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan
teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat
organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif
(subjektif) atau kuantitatif (objektif).
PROSES PENGURUSAN
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung
kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan,
penstafan dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat
sahaja iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan.
Perancangan
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat
dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti
berikut:-
a. Tujuan dan objektif: Ini termaksuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh
sesebuah organisasi berdasarkan maklumat penubuhan organisasi tersebut dan
prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan
keuntungan dan lain-lain.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
11/71
b. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas,
organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti
yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan
perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran
dan perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.
c. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut
strategi yang berasaskan matlamat organisasi.
1. Penyusunan
Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan ( proses pengambilan
kakitangan ). Struktur organisasi menunjukkkan pembahagian kerja mengikut aktiviti
(pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hieraki) autoriti,
penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi
perancangan sumber manusia pengambilan dan pemilihan kakitangan , orientasi dan
latihan , penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah dan faedah), program
peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan dan
program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.
2. Pengarahan
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan
dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini
faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh
pihak pengurusan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
12/71
3. Pengawalan
Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi
telah dicapai mengikut perancangan masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan
langkah tertentu diambil. Faktor-faktor dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan
yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.
MENGAPAKAH DIPERLUKAN PENGURUSAN
Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu
kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan
tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab
penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.
Kita pernah mendengar kata-kata seperti ,Masalah yang timbul itu adalah dari
pihak pengurusan . Penyataan ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki
tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu
berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan,
pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang
lain pada semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang
tertentu, antaranya:
1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi
aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
13/71
kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah
tanggungjawabnya.
2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada tanggungjawab keatas kegagalan dan
kejayaan orang dibaewah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan
prestasi pengurus berkenaan.
4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan
kerja yang penting dahulu atau dengan serta merta.
5. Pengurus menwujudkan matlamat, perancangan, dasar dan mengimple-
mentasikan strategi.
Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi. Misalnya; pengurus
atasan menggunakan banyak masa mereka di dalam perancangan jangka panjang,
perhubunganawam, membuat dasar serta menganalisis perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran luaran. Pengurus pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan
yang lebih di dalam penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. Satu
kenyataan yang harus kita terima ialah pengurus lebih berhadapan dengan faktor-faktor
yang tidak dapat di dikawal daripada faktor-faktor yang boleh dikawal. Misalnya, sumber
selalunya terhad, kuasa yang diberikan terbatas, pihak atasan mengharapkan sesuatu yang
mesti dicapai dan permintaan orang bawahan memerlukan pertimbangan. Oleh yang
demikian, untuk membolehkan sesuatu perkara itu dilaksanakan, pengurus memerlukan
kepakaran, keyakinan dan mempunyai kesabaran.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
14/71
PENGURUS DI DALAM ORGANISASI
Tingkat Pengurusan
Sudah menjadi menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut
hieraki kuasa atau pangkat di dalam organisasi.
Peringkat /Hiraki Pengurusan
Pengurus Atasan
Pengurus Pertengahan
Pengurus Peringkat pertama
Sumber: David A.Holt, Management Principles & Practices 2nd.ed.,New Jersey: Prentice
Hall,1990, m.s .14 -Petikan Jasmine Ahmad (1996)
1. Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif,
Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai
mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang
yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada
perubahan yang berlaku.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
15/71
2. Pengurus Pertengahan
Tugas pengurus pada peringkat ini, termaksuklah menyelaras dan menyatupadukan
aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan .
Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di
universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.
3. Pengurus Bawahan
Penyelia, Formen dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke
dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di
bahagian operasi seperti bahan pengeluaran ini mengikut perancangan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan.
PERANAN PENGURUS DI DALAM ORGANISASI
Apabila seorang pengurus memasuki organisasi, tidak kira sama ada organisasi swasta
atau kerajaan, ia diberikan autoriti rasmi dan juga pangkat untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab. Apabila pengurus itu mempunyai autoriti dan pangkat di dalam
organisasi, misalnya sebagai seorang ketua jabatan atau ketua bagi keseluruhan
organisasi, maka peranannya selain tugas rasmi, menjadi lebih komplek lagi.
Henry Mintzberg ( The Managers job:folklore and fact ) petikan Jasmine Ahmad
(1996) membahagikan peranan pengurus kepada tiga bahagian;
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
16/71
1. Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan.
2. Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.
3. Peranan sebagai pembuat keputusan.
Peranan Penghubung Individu
Terdapat tiga peranan pengurus sebagai penghubung individu. Peranan-peranan ini
datangnya terus daripada autoriti yang dipunyai oleh beliau.
i. Sebagai orang terpenting. Pertama ialah peranan sebagai orang terpenting. Oleh
kerana pengurus itu mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi,
maka beliau mestilah menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Sebagai
contoh, seorang pengurus itu perlu menghadiri majlis perkahwinan kakitangan
bawahannya atau seorang pengurus pemasaran melayani pelanggannya di majlis
jamuan. Walaupun peranan ini tidak memerlukan keputusan penting diambil dan
kadng-kadang dianggap biasa, tetapi ia penting demi untuk mengeratkan
perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai ketua yang dihormati.
ii. Sebagai pemimpin. Oleh kerana pengurus itu bertanggungjawab kepada unit
organisasi, maka ia bertanggungjawab ke atas kerja-kerja kakitangan unit tersebut.
Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong dan
menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka itu
sealiran dengan matlamat organisasi.
iii. Sebagai pengawai perhubungan. Sebagai pegawai perhubungan, pengurus harus
mengadakan perhubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat tentang
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
17/71
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
18/71
supaya mengubah jadual bekalannya untuk memenuhi jadual pengeluaran
gedungnya.
Peranan sebagai Pembuat Keputusan
Maklumat adalah bahan asasdi dalam membuat keputusan. Pengurus memainkan peranan
yang penting untuk membuat keputusan di unitnya. Dengan autoriti yang ada, pengurus
dapat bertanggungjawab dan melibatkan diri di dalam sesuatu tindakan; dan sebagai nadi
di dalam sebuah organisasi, pengurus harus mempunyai maklumat yang lengkap dan
kemaskini untuk membuat keputusan tentang strategi unitnya.
Empat peranan yang menghuraikan pengurus sebagai pembuat maklumat adalah seperti
berikut:
i. Sebagai usahawan. Sebagai usahawan pengurus cuba membaiki unitnya dan
menyesuaikannya dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah. Sebagai
pengawas, pengurus hendaklah berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk
mendapatkan ilham baru. Apabila ilham yang baik didapati, beliau akan memulakan
projek itu secara bersendirian dahulu atau beliau boleh mendelegasikan projek
tersebut kepada kakitangannya. Sesuatu projek itu, melibatkan perkara seperti
barangan baru, kempen perhubungan awam, peraliran dana yang kemaskini,
penyusunan semula bahagian yang lemah, penyelesaian masalah imej di visi luar
negeri, menyatupadukan operasi komputer dan lain-lain.
ii. Sebagai pengawal gangguan. Oleh kerana perubahan yang berlaku itu di luar
kawalanpengurus, maka ia mestilah mengambil tindakan tertentu untuk
mengelakkan keadaan daripada menjadi bertambah teruk dan tidak terkawal. Dalam
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
19/71
kejadian seperti pelanggan utama telah ditimpa kebankrapan atau pembekal telah
melanggar kontrak atau berlakunya mogok oleh pekerja, maka pengurus hendaklah
menumpukan masanya untuk mengatasi masalah tersebut. Gangguan yang berlaku
itu bukanlah disebabkan engurus lemahdan tidak menghiraukan keadaan, tetapi juga
kerana ia tidak dapatmeneka akibat tindakan yang telah diambil, sekalipun ia
seorang pengurus yang baik.
iii. Sebagai pembahagi sumber. Peranan pembuat keputusan yang ketiga ialah sebagai
pembahagi sumber. Pengurus bertanggungjawab untuk menentukan pihak yang
akan mendapat sesuatu dan banyaknya. Sumber yang penting, pengurus itu harus
memperuntukkan masanya kepada kakitangan supaya mereka dapat berhubung
dengannya yang dianggap sebagai nadi dan pembuat keputusan. Pengurus juga
bertanggungjawab dalam membentuk unit stuktur, penghubungan rasmi dan
menentukan cara sesuatu kerja itu dibahagikan dan diselaraskan. Pengurus juga
meluluskan keputusan penting sebelum mengimplementasikannya. Dengan
menetapkan kuasa ini, pengurus dapat menentukan bahawa keputusan yang dibuat
itu mempunyai hubungan dengan perjalanan aktiviti dan fungsi-fungsi di dalam
organisasi.
iv. Sebagai perunding. Pengurus menghabiskan masa yang sewajarnya di dalam
perundingan. Sebagai contoh, pengurus besar mengadakan perundingan dengan
kesatuan pekerja atau pengurus jualan mengadakan perundingan kontrak dengan
pembeli atau pengurus akan berunding dengan penyelia tentang isu-isu kerja dan
lain-lain. Perundingan diibaratkan sebagai satu tugas penting memandangkan
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
20/71
pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan
perundingan.
Kesepuluh peranan yang dibincangakan di atas amat susah untuk dipisahkan.
KEMAHIRAN PENGURUSAN
Robert L. Katz petikan Jasmine Ahmad (1996) memperkenalkan 3 kemahiran asas yang
perlu bagi seorang pengurus. Sebahagian besar masa seseorang pengurus itu digunakan
untuk berkomunikasi, membuat keputusan dan berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya
pengurus itu mencapai prestasi yang tinggi, ini bererti beliau telah berkesan melalui
proses yang tersebut di atas. Dalam hal kebolehan seseorang pengurus itu, mereka yang
tidak faham dengan pengertian kemahiran atau kebolehan menganggap bahawa
kemahiran teknik dan kemahiran pengurusan sama. Padahal kedua dua kemahiran itu
dapat kita dedifinisikan secara berasingan dan berbeza.
KEMAHIRAN TEKNIK
Kemahiran teknik adalah kemahiran atau kebolehan yang khusus dalam sesuatu bidang.
Contohnya kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan
pemasaran. Bidang bidangnya memerlukan latihan sebelum dapat menjalankan
pekerjaan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
21/71
KEMAHIRAN PENGURUSAN
Kemahiran pengurusan atau kebolehan mengurus adalah berhubung dengan proses
pengarahan, penyelarasan atau pengawasan pekerjaan orang lain.
Kepentingan kemahiran teknik atau kemahiran pengurusan bergantung kepada
tingkat kedudukan pengurus itu berada dalam organisasi dan keadaan operasi yang
dijalankan. Semakin rendah pangkat seseorang pengurus itu, semakin tinggi ia
memerlukan kemahiran teknik untuk menjalankan tugas pada peringkat operasi.
KEMAHIRAN KONSEP
Kemahiran konsep merupakan kebolehan mental pengurus untuk menyelaras dan
meyatukan semua kepentingan dan aktiviti organisasi. Pengurus memerlukan kemahiran
ini untuk memahami bagaimana perubahan boleh menjejaskan organisasi dan
memikirkan tindakan untuk mengatasinya.
KEMAHIRAN MANUSIA
Kemahiran manusia merupakan kebolehan untuk sama-sama bekerja, memahami dan
mendorong orang-orang lain sama ada sebagai individu atau kumpulan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
22/71
PENGURUSAN DAN PROSES PENGURUSAN
Pihak pengurusan ialah gabungan individu yang mengendalikan sesebuah organisasi.
Secara akademik definisi seperti ini adalah terhad pengertiannya. Oleh kerana
pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan ia boleh
didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi.
FUNGSI FUNGSI PENGURUSAN
1) PERANCANGAN
Sebelum organisasi menjalankan kegiatannya, ia mestilah merancang iaitu menentukan
terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya. Ini termasuklah menetapkan tujuan,
objektif, strategi, program, projek dan kerja yang akan dimainkan oleh organisasi.
2) PENYUSUNAN
Di dalam penyusunan, sumber manusia dan bahan disusun dan dibahagikan mengikut
gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan berjalan dan mencapai matlamatnya.
Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa, mambahagikan unit unit atau bahagian, serta
memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang diwujudkan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
23/71
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
24/71
pandangan, pertimbangan dan gerak hati pengurus itu sendiri dengan berpandukan
matlamat yang terhad. Kita mengakui bahawa pengurusan ada mengandungi ciri ciri
saintifik tetapi pada keseluruhannya pengurusan kekal sebagai seni.
PENGURUS SEBAGAI PENGHUBUNG DI DALAM ORGANISASI
Pengurus yang berada di dalam tingkat pengurusan, sama ada pada peringkat penyeliaan
atau sehingga ke peringkat atasan, memainkan peranan sebagai penghubung antara
tingkat pengurusan (Rensis Likert, 1961) petikan Jasmine Ahmad(1996). Menerusi
pengurus bahagian (fungsi) yang mewakili bahagian masing masing, perbincangan,
perundingan dan penyelarasan berhubung dengan tugas dan tanggungjawab masing -
asing dapat diadakan. Sebarang maklumat dari peringkat bawahan dapat disalurkan ke
peringkat atasan menerusi pengurus bahagian. Begitu juga perhubungan dan penyelarasan
antara satu bahagian dengan bahagian yang lain tentang sesuatu perkara dapat dibuat dan
diselaraskan pada peringkat pengurus bahagian.
KECEKAPAN, KEBERKESANAN, PRODUKTIVITI DAN KUALITI
Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan,
keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
organisasi.
Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh
organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
25/71
apabila organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan
menggunakan kuantiti input yang sama atau kurang, organisasi tersebut dianggap telah
meningkat kecekapannya. Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat
tugasnya dengan betul.
Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang
betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya organisasi disifatkan tidak
berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan
rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan
persekitaran organisasi dengan lebih cepat.
Produktiviti disifatkan sebagai nisbah output yang dikeluarkan dibandingkan
dengan input (sumber) yang digunakan dalam proses pengeluaran produk atau
perkhidmatan. Input dalam sistem pengeluaran termasuklah tanah, bahan, mesin, wang ,
masa dan tenaga pekerja. Produktiviti pekerja boleh diukur dari segi bilangan produk
yang dikeluarkan atau bilangan pelanggan yang diberi perkhidmatan dalam jangka masa
yang tetentu. Manakala produktiviti pengurus atau penyelia boleh diukur dari segi
kecekapannya menggunakan tenaga pekerja ke tahap paling optimum. Sekiranya pekerja
tidak dapat menjalankan kerja dengan lebih cekap atau pekerja terpaksa menunggu atau
memperlahankan kerja kerana kelemahan sistem penyusunan dan penugasan, pengurus
yang bertanggungjawab disifatkan tidak cekap dan tidan berkesan.
Organnisasi yang produktif berupaya bersaing pada peringkat nasional atau
antarabangsa. Contohnya organisasi yang menggunakan teknologi moden dan terkini
boleh memperbaiki produktiviti kerana ia mampu mengeluarkan produk dan
perkhidmatan baru dengan harga yang lebih konpetitif. Pesaingan sengit, perubahan cita
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
26/71
rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan tenaga
pekerja dan kekurangan bekalan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi
penuh perhatian pada program peningkatan produktiviti dan kualiti. Kualiti produk atau
perkhidmatan boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Kualiti produk
atau perkhidmatan merangkumi aspek daya tarikan produk, pembungkusan, kesenian dan
kehalusan kerja (pertukangan), layanan, hubuingan inter peribadi dan komunikasi,
perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.
Sama ada sesebuah organisasi ini organisasi sektor awam atau swasta,
perkhidmatan atau keluaran industri, produktiviti dan kualiti adalah faktor penting yang
boleh memimpin daya saing dan daya maju organisasi.
RUMUSAN
Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang bidang sains sosial
seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi dan psikologi. Kemahiran di dalam
pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan
prinsip prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku teks. Malahan kemahiran ini
dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa
menjalankan tugas.
Peranan pengurus bukan sahaja tertumpu pada aspek pengawasan dan pengawalan
kakitangan sebaliknya ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat dalam gambaran
tugasnya seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong
kakitangan atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
27/71
PERBANDINGAN DI ANTARA PENTADBIR DAN PENGURUS
PENTADBIR
1. Lokasi
Biasanya hanya terdapat di dalam sektor awam
2. Asas Kewangan
Hasil kewangan yang diperolehi oleh seorang pentadbir di dalam menjalankan
pentadbirannya adalah melalui cukai yang diperolehi daripada rakyat, yuran yang
diperolehi melalui kutipan pelajar serta peruntukan yang telah diberikan dandikhaskan tahunan kepada pentadbir berkenaan.
3. Sumber Peruntukan
Sumber peruntukan yang diberi biasanya tidak mempunyai persamaan dengan
perbelanjaan yang sebenar yang dilakukanoleh pentadbir di dalam
pentadbirannya.
4. Hubungan Dengan Pengguna / Pelanggan
Hubungan yang dilakukan adalah tidak secara langsung hanya mengikut syarat
dan peraturan yang tertentu. Sementara itu pentadbir akan tetap mementingkan
kepuasan pengguna namun ianya bukan satu keutamaan di dalam tugassehariannya.
5. Pemasaran
Pemasaran bukanlah suatu tugas penting kerana bagi pentadbir pemasaran perlu
dilakukan tetapi tidak harus begitu serius.
6. Perspektif
Perspektif pentadbir hanya di dalam ruang litup organisasinya sahaja dan tidak
mengambil kira organisasi-organisasi lain.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
28/71
7. Objektif / Matlamat
Penyelenggaraan yang dilakukan hanyalah untuk mengekalkan status dan
kedudukan asal dan tidak penting untuk ianya berkembang ke tahap yang lebih
tinggi walaupun ianya digemari oleh pentadbir. Segala kerja harus sedayamungkin mengelakkan berlakunya kontroversi dan meminimakan berlakunya
konflik.
Sumber: Concepts from Sport Management: The Nature and Utility of The Concept by
B.J.Mullin, 1980, Arena Review, (4),3,3-4.Adapted by permission. Petikan Richard L.Daft (1997)
Management.
PENGURUS
1. Lokasi
Biasanya di sektor swasta atau persendirian.
2. Asas Kewangan
Pengurus biasanya akan memperolehi kewangannya melalui hasil yang diperolehidari jualan produk dan perkhidmatan syarikat berkenaan.
3. Sumber Peruntukan
Aset yang ada dan yang diperolehi akan dibelanjakan sebaik mungkin dan
memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan harus mendapat pulangan yangsebaik mungkin.
4. Hubungan Dengan Pengguna / Pelanggan
Pelanggan dan pengguna merupakan keutamaan pengurus dan perhubungan
dengan mereka harus dijalankan secara terus demi untuk memperkenalkan hasil
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kegagalan menawan hati pengguna /pelanggan akan menyebabkan pendapatan / keuntungan akan berkurangan.
5. Pemasaran
Pemasaran harus dilakukan sebaik mungkin kerana ianya amat penting untuk
memastikan pengurus berkenaan suksess dan berjaya di dalam kerjayanya.
6. Perspektif
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
29/71
Perspektif pengurus di dalam kerjanya bukan setakat di dalam organisasinya
tetapi juga organisasi luar juga. Ianya penting untuk keperluan pengguna dan
kemampuan pengurus mengikut arah trend masyarakat.
7. Objektif / Matlamat
Matlamat utama seorang pengurus adalah untuk memperkembangkan
organisasinya dan memastikan ianya terus tumbuh menembusi pasaran agar dapat
membawa produk atau perkhidmatannya ke tempat sebaik mungkin. Pulangankeuntungan adalah melalui pelaburan yang dilakukan.
FALSAFAH DAN KONSEP-KONSEP ASAS PENGURUSAN
PENGENALAN
Falsafah ialah gabungan pengetahuan, sikap, kepercayaan dan nilai yang membentuk asas
tindakan seseorang dan memberi arah serta tujuan kepada aktiviti seseorang.
KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN.
Earl Zeigler (1975) petikan Wee Eng Hoe (1994),menegaskan bahawa tanpa falsafah,
jurulatih dan pengajar pendidikan jasmani merupakan peluru berpandu yang tidak
berpandu. Dengan itu falsafah adalah penting dalam sesuatu organisasi untuk:
1. Memberi kebaikan kepada pelajar atau peserta.
2. Menjadi sebagai panduan asas kepada para pengajar pendidikan jasmani dan
sukan untuk membuat keputusan yang akan mewujudkan dan mempengaruhi
program pendidikan jasmani dan sukan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
30/71
3. Memberi arah dalam pemilihan tujuan atau matlamat sesuatu program, pola
kurikulum dan kerja kursus.
4. Menetapkan apa yang diajar, cara mengajar dan bagaimana suatu kerja dinilai.
PEMBENTUKAN FALSAFAH
Falsafah dihasilkan oleh perubahan pengetahuan dan pengalaman yang berterusan. Ia
adalah dinamik dan tidak statik. Pembangunan sesuatu falsafah melibatkan langkah-
langkah berikut:
1. Terlebih dahulu, falsafah pemimpin-pemimpin lain perlu dikaji.
2. Menganalisa perasaan dan pengalaman sendiri.
3. Mendapat maklum balas dari orang lain.
JENIS-JENIS FALSAFAH
1. EKLEKTISME (ECLECTSME)
Falsafah ini tercipta dari pelbagai sumber dengan memilih dan menerima secara terbuka
dari sumber-sumber yang berlainan. Hampir semua pengajar pendidikan jasmani dan
jurulatih mungkin menjadi elektik kerana mereka tidak dapat mengawal keadaan atau
hanya ingin mengekalkan kedudukannya.
Pentadbir perlu tahu bila untuk bertolak ansur supaya sesuatu program itu berjaya.
Pentadbir mungkin menentang pemimpin yang tidak ingin ubah. Pentadbir mesti
mempunyai falsafah yang dapat diusahakan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
31/71
2. IDEALISME ( IDEALISM)
Satu sistem pemikiran yang berasaskan ide dan membolehkan kita mengetahui perkara-
perkara lain. Falsafah ini membolehkan pentadbir membina program untuk
membangunkan rohani dan akal individu melalui aktiviti jasmani. Semangat kesukanan
disanjung tinggi.
Pentadbir yang mengamalkan falsafah ini menggalakkan penyertaan individu di
dalam program. Sukan dan aktiviti yang memerlukan disiplin mental diberi perhatian.
Penekanan undang-undang dikenakan dengan ketat. Sebagai contoh, peserta
dikehendaki memakai pakaian seragam dan mandi selepas aktiviti. Oleh kerana pentadbir
idealisme mementingkan pembangunan yang susah dinilai secara objektif, maka sesuatu
program ataupun seseorang individu mungkin dinilai secara subjektif.
3. REALISME (REALISM)
Falsafah ini berasaskan sains dan kebenaran yang dialami di dunia nyata dengan
eksperimentasi. Penilaian adalah penting dan bersifat objektif. Pentadbir yang
mengamalkan falsafah ini menyokong aktiviti atau program yang boleh diukur. Beliau
juga akan menggalakkan guru pendidikan jasmani dan pengajar sukan untuk membuat
penilaian ke atas faktor-faktor seperti kedatangan , kemahiran dan prestasi. Disamping
itu, ia juga menitikberatkan pengukuran statistik.
Pentadbir yang memegang falsafah ini juga memberi perhatian kepada bilangan
peserta di dalam program atau aktiviti. Guru atau jurulatih digalakkan menggunakan
kriteria yang objektif untuk menentukan tambahan ahli pasukan sukan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
32/71
4. PRAGMATISME, EKSPERIMEN ( PRAGTISM;EXPERIMENTAL)
Falsafah ini mementingkan praktik dan pengaruhnya ke atas manusia . Pentadbir yang
mengamalkan falsafah ini akan menyokong aktiviti atau program yang menolong
memupuk semangat kesukanan atau kumpulan dan mengintergrasikan kumpulam-
kumpulan manusia yang berlainan bangsa.
Pada amnya, pentadbir ini menyokong sukan secara berpasukan yang mempunyai
penonton dan membolehkan pelajar mengalami main. Main merupakan aktiviti yang
dilakukan secara sukarela dan spontan. Ia dimulakan tanpa sebarang motivasi, sedikit
peraturan saja dan merupakan keperluan asas manusia.
Pentadbir juga menyokong aktiviti tarian dan ritma. Di samping itu, pentadbir
yang mengamalkan falsafah ini juga menyokong aktiviti tanpa sebarang pertandingan
sebagai kumpulan besar. Pentadbir yang mengamalkan falsafah ini mengikut gaya
demokratik dan prinsip what works best.
5. EXTENTIALISME
Pentadbir falsafah ini membuat atau menentukan polisi berdasarkan pengalaman lepas.
Ini mengakibatkan keadaan yang tidak menentu.
Falsafah ini juga menekan bahawa individu mempunyai kebebasan memilih dan
bertanggungjawab ke atas moral sendiri. Pentadbir yang mengamalkan falsafah ini
menyebarkan isu-isu yang tidak popular tetapi mempunyai akhlak sosial seperti
memasukkan pelajar cacat ke dalam kelas pendidikan jasmani biasa atau menggabungkan
kelas lelaki atau perempuan.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
33/71
Falsafah ni menegaskan penentuan masa depan sendirian kesedaran diri, maka
pendidikan pergerakan , tarian moden dan aktiviti kumpulan tanpa unsur pertandingan
dititikberatkan.
Pentadbir falsafah ini menyokong kuat sukan yang melahirkan perasaan diri
seperti gimnastik ataupun sukan yang membolehkan seseorang itu mengetahui tentang
watak, sifat kekerasan atau ketabahan hati seseorang individu seperti bola sepak, renang,
gusti dan lari jarak jauh. Secara amnya sukan individu diberi perhatian lebih dari sukan
berpasukan.
Pentadbir yang mengamalkan falsafah ini menilai program berdasarkan penelitian
fikiran dan perasaan diri sendiri. Penilaian dalah subjektif kerana pentadbir falsafah ini
tidak ingin membuat perbandingan dengan norma-norma atau nilai piawai yang
ditentukan.
2.4 KONSEP-KONSEP ASAS PENTADBIRAN/PENGURUSAN
Untuk memahami pentadbiran dengan mendalam kita seharusnya memahai konsep-
konsep seperti kuasa, autoriti, tanggungjawab, kepimpinan polisi, prosedur dan delegasi.
KUASA
Kuasa ialah kebolehan untuk mempengaruhi orang lain mengikut hala tuju yang
diingininya. Ia merupakan keupayaan individu untuk mendapatkan sesuatu mengikut cara
yang ditetapkan oleh individu itu.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
34/71
Voltmer, Esslinger, McCue & Tillman (1979) petikan Wee Eng Hoe (1994),
menganggap kuasa sebagai keupayaan menggunakan tekanan untuk menghasilkan
tindakan, membuat keputusan dan menggerakkan tindakan dengan harapan kakitangan
akan mengikut arahan. Kakitangan faham bahawa jika arahan tidak diikuti, tindakan
tertentu seperti dendaan boleh dikenakan. Ia merupakan kuasa dalaman yang menyokong
autoriti pentadbir.
Ressick, Seidel & Mason (1979) petikan Wee Eng Hoe (1994), membahagikan
kuasa kepada dua jenis iaitu kuasa formal dan kuasa informal. Kuasa formal ialah kuasa
yang ada pada individu kerana kedudukannya. Sementara kuasa informal diperoleh
secara tidak langsung melalui pertalian dengan kakitangan; ia berdasarkan persenoliti
dan perangai pentadbir berkenaan. Walau bagaimanapun, kuasa formal adalah perlu
untuk mewujudkan kuasa informal. Pentadbiran yang baik boleh dicapai dengan
penggunaan kuasa formal dan disokong oleh kuasa informal.
SUMBER KUASA
Kuasa berpunca daripada dua sumber iaitu asas sosial dan asas informasi( French &
Reven ,1959,Byrs & Rue, 1979)petikan Wee Eng Hoe (1994),
Kuasa yang sah
Asas Sosial Kuasa Kepakaran
Kuasa Rujukan
KUASA Kuasa Ganjaran
Kuasa Paksaan
Asas Informasi
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
35/71
Asas Sosial
1. Kuasa yang sah
Orang bawahan terima hakikat bahawa ketua mempunyai hak yang sah untuk mengarah
dan mempengaruhi mereka. Ia wujud bukan sahaja disebabkan oleh kedudukan seseorang
tetapi juga oleh nilai budaya dan struktur sosial. Kuasa ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu kuasa ke atas dan kuasa ke bawah. Seorang pentadbir menetapkan jadual bertugas
yang munasabah adalah menggunakan kuasa ke bawah. Dalam kes kuasa ke atas pula
ialah apabila seorang pengawal keselamatan memastikan orang atasan menunjukkan kad
nama sebelum dibenar masuk.
2. Kuasa Kepakaran
Kuasa ini berasaskan pengetahuan dan kemahiran istemewa individu tertentu. Misalnya,
seorang jurulatih bola tampar di peringkat kebangsaan dan seorang guru pendidikan
jasmani yang mengajar selama 10 tahun di anggap pakar dalam bidang masing-masing.
Pengalaman dan kemahiran mereka menyebabkan mereka mempunyai kuasa ke atas
bidang tersebut kerana mereka boleh mempengaruhi orang lain.
3. Kuasa Rujukan
Kuasa ini berasaskan sifat-sifat tertentu seseolrang individu atau karisma. Individu yang
berkarisma akan disanjung tinggi oleh pengikutnya kerana ciri-ciri kewibawaanya.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
36/71
4. Kuasa Ganjaran
Seseorang individu mempunyai keupayaan untuk memotivasikan orang bawahan dengan
ganjaran seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji, lawatan percuma dan lain-lain lagi
kerana melaksanakan arahan atau menjalankan tugas dengan baik. Jika kuasa ini besar,
maka tarikan terhadap penerimaan arahan adalah tinggi.
5. Kuasa Paksaan
Kuasa ini menyebabkan kakitangan bawahan mengikut arahan walaupun tidak bersetuju
dengannya.Pentadbir yang mempunyai kuasa ini boleh mendenda, memaksa malah
mengancam individu lain supaya akur kepada arahannya.
Asas Informasi
Individu yang mempunyai informasi yang banyak boleh mengancam orang lain.
Informasi yang ada pada kakitangan boleh menolong pihak atasan kerana mereka
mungkin lebih tahu berkenaan dengan organisasi dan mempunyai maklumat yang tidak
dimiliki oleh pihak atasan
Sesetengah pentadbir lebih berkuasa daripada pentadbir lain.Ada di kalangan
pentadbir yang mempunyai sedikit kuasa. Kuasa yang besar selalunya dipengaruhi oleh
beberapa faktor., antara lain seperti berikut:
1. Tempoh pemegangan jawatan
2. Reputasi
3. Perasaan kagum
4. Kejayaan dalam usaha profesionalisme
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
37/71
5. Keyakinan
6. Sokongan daripada pihak atasan.
7. Kepimpnan yang unggul dan teruji.
Faktor-faktor ini sangat perlu kerana tanpanya pentadbir tidak mempunyai kuasa dan
faktor-faktor tersebut jelas menggambarkan betapa pentingnya usaha diri sendiri
untuk berkuasa.
PERTALIAN ANTARA JENIS KUASA DENGAN DARJAH KESEDIAAN
MENERIMA ARAHAN
Jenis kuasa dan darjah arahan
Jenis Kuasa Arahan Darjah Menerima
Kuasa Sah
Kuasa Kepakaran
Kuasa rujukanKuasa Ganjaran
Kuasa Paksaan
Tinggi
Rendah
Mengikut darjah di atas, didapati bahawa apabila kuasa sah dan kuasa kepakaran
digunakan, darjah penerimaan arahan adalah tinggi. Ini bererti bahawa kakitangan
bersedia menerima arahan dan beruasaha ke arah pencapaian objektif organisasi.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
38/71
Begitu juga bila kuasa ganjaran dan kuasa rujukan digunakan, darjah penerimaan juga
agak tinggi. Tetapi apabila kuasa paksaan digunakan, terdapat tentangan hebat, Ini
digambarkan oleh darjah penerimaan yang rendah.
Ciri-ciri seorang pentadbir kuasa yang berjaya.
Kotter (1977) petikan Wee Eng Hoe (1994), menyenaraikan enam ciri penting untuk
menjadi seorang pentadbir yang berjaya. Ciri-ciri itu adalah:
1. Pentadbir yang berkesan adalah pentadbir yang mempunyai kuasa kepakaran
dalam sesuatu bidang akan kehilangan kepercayaan awam terhadapnya jika beliau
cuba melibatkan diri dalam bidang yang lain.
2. Seorang pentadbir yang baik harus mengetahui lima asas kuasa sosial iaitu kuasa
sah, kepakaran, rujukan, ganjaran dan paksaan. Kuasa yang berlainan digunakan
dalam situasi yang berbeza dan terhadap individu yang berlainan. Beliau harus
faham tentang kos , risiko, dan kelebihan menggunakan setiap jenis kuasa
tersebut.
3. Pentadbir yang berkesan menyedari bahawa setiap kuasa mempunyai kelebihan
dan kelemahannya. Beliau akan membangunkan kemahiran dan krebiliti sendiri
supaya biliau boleh menggunakan mana-mana kaedah yang diperlukan. Dengan
ini, beliau boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan individu lain dalam
organisasi untuk membangunkan kepakaran dan menunjukkan keyakinan diri
pada setiap masa.
4. Pentadbir yang berjaya mempunyai matlamat pekerjaan yang membolehkan
beliau untuk membangunkan dan menggunakan kuasa.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
39/71
5. Pentadbir yang berkesan harus dapat mengawal diri dengan kuasa yang
dimilikinya. Beliau harus cuba mengelakkan diri daripada menonjolkan kuasa
yang ada padanya dan tidak menggunakan taktik yang keras ke atas orang
sekelilingnya.
6. Pentadbir yang berjaya sedar bahawa kuasa adalah perlu untuk melakukan
sesuatu. Beliau seharusnya berkeupayaan mempengaruhi tingkah laku orang lain
untuk mencapai matlamat.
AUTORITI.
Autoriti merupakan kuasa untuk bertindak. Mengikut Simon ( 1950), petikan Wee Eng
Hoe (1994), autoriti ialah kuasa untuk membuat keputusan yang membimbing orang lain
untuk bertindak. Autoriti merupakan hak sebenar individu mengikut undang-undang
untuk mendapatkan kuasa tetapi bukan kuasa itu sendiri. Autoriti merupakan hak untuk
memberi arahan dan menggunakan sumber.
Gross (1964),petikan Wee Eng Hoe (1994), menegaskan autoriti yang ada pada
pentadbir meliputi hak-hak untuk melakukan tindakan yang perlu untuk membimbing
organisasi atau unit. Hak-hak tersebut adalah seperti berikut:
1. Menerima, meminta dan menghantar jenis informasi tertentu.
2. Membuat keputusan tertentu.
3. Menggerakkan tindakan melalui arahan.
4. Memperuntukkan ganjaran (hadiah atau denda) tertentu.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
40/71
Autoriti membawa maksud berlainan untuk kakitangan. Mengikut simon (1950)
petikan Wee Eng Hoe (1994), pula, apabila individu mempunyai autoriti, ini bererti
dia menerima keputusan pihak atasan dan tingkah lakunya selaras dengan keputusan
tersebut. Individu itu tidak mementingkan pertimbangan kendiri, malah sedia
dibimbing mengikut kehendak pihak pentadbir sahaja. Sebaliknya jika keputusan
pihak atasan ditolak oleh kakitangan bawahan, maka pihak pentadbir tidak
mempunyai autoriti.
Barnard (1968), petikan Wee Eng Hoe (1994), individu boleh dan akan trima
suatu arahan sebagai autoriti hanya jika empat syarat di bawah diterima oleh individu
berkenaan pada sekaligus:
1. Kakitangan memahami arahan yang diberi
2. Semasa membuat keputusan untuk menerima arahan itu selaras dengan
matlamat organisasi.
3. Pada masa membuat keputusan tersebut, beliau percaya bahawa arahan itu
adalah selaras secara amnya dengan minatnya.
4. Kakitangan berkeupayaan dari segi mental dan fizikal untuk melaksankan
arahan tersebut.
TANGGUNGJAWAB
Gross ( 1964) petikan Wee Eng Hoe (1994), mendefinisikan tanggungjawab sebagai
obligasi untuk bertindak dalam arah tertentu. Tanggungjawab ini boleh dilihat melalui
dua dimensi iaitu tanggungjawab kepada dantanggungjawab untuk.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
41/71
Tanggungjawab kepada selalunya memenuhi keperluan seseorang pentadbir lebih
tinggi atau obligasi dalam unitnya. Manakala tanggungjawab untuk adalah obligasi
pentadbir untuk membekalkan perkhidmatan dan kepimpinan bagi mencapai matlamat
organisasi.
KEPIMPINAN
Byars & Rue (1979) petikan Wee Eng Hoe (1994), mendefinisikan kepimpinan sebagai
suatu proses melibatkan seorang individu mempengaruhi tingkah laku ahli-ahli
kumpulan. Definisi ini melibatkan tiga perkara iaitu orang lain, pengagihan kuasa yang
tidak sama antara pemimpin dan ahli kumpulan dan penggunaan pengaruh.
1. Orang Lain
Orang laian adalah orang bawahan atau pengikut. Dengan menerima arahan dari ketua
ahli kumpulan akan menentukan status pemimpin dan membenarkan proses kepimpinan
berjalan.
2. Pengagihan Kuasa Tidak Sama Rata
Pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah pelaksanaan aktiviti ahli kumpulan tidak
dapat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan malah boleh
mempengaruhi pelaksanaan aktiviti dalam beberapa cara yang dipilih oleh mereka
sendiri.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
42/71
3. Menggunakan Pengaruh
Pemimpin bukan sahaja memberi arahan tetapi mampu mempengaruhi cara sesuatu
aktiviti dijalankan.
POLISI
Mengikut Frost dan Marshall (1977)petikan Wee Eng Hoe (1994),, polisi ialah prinsip
yang membimbing sesuatu tindakan tertentu. Polisi seharusnya menolong pihak pentadbir
membuat keputusan tetapi ia tidak sepatutnya kurang anjal sehinggakan seseorang itu
tdak mempunyai kebebasan untuk membuat pendirian masing-masing.
Polisi boleh dibentuk pada aras pentadbiran yang rendah dan ia bersifat khusus.
Sebaliknya polisi yang dibuat pada aras pentadbiran tinggi adalah bersifat am.
Polisi dan membuat keputusan
Walaupun tidak semua keputusan boleh dibuat berdasarkan polisi, tetapi dalam situasi
tertentu keputusan mesti dibuat bersesuaian dengan situasi itu. Walau bagaimanapun,
sebarang keputusan yang dibuat mestilah selaras dengan polisi dan tidak bercanggah
dengannya.
Polisi dan perancangan
Polisi dan perancangan saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Apabila matlamat
sesuatu organisasi ditetapkan, ia akan menjadi polisi utama organisasi itu. Keputusan
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
43/71
tentang penggunaan kemudahan, langkah-langkah mengatasi masalah disiplin, panduan
menetapkan gred juga merupakan unsur-unsur polisi.
Kesemua keputusan ini telah dirancang dengan lebih awal dan bertujuan untuk
membimbing perjalanan organisasi pada masa akan datang. Dengan ini tanpa
perancangan polisi tidak wujud dan disebaliknya.
Polisi dan pengelolaan
Pengelolaan mungkin membawa kepada pembaziran sumber jika polisi tidak dibentuk
untuk memberi panduan kepada pihak-pihak berkenaan. Ia akan menimbulkan suatu
keadaan melakukan kerja yang sama oleh beberapa kumpulan yang berlainan. Justeru itu,
pembentukan polisi penting demi melicinkan fungsi dan proses pengelolaan.
Polisi dan mengenal atau koordinasi
Polisi yang dibentuk dengan teliti dengan sendirinya mempunyai ciri-ciri mengarah.
Polisi digunakan sebagai alat koordinasi. Ia mempercepatkan komunikasi dengan
menyediakan beberapa saluran arahan yang membolehkan mesej-mesej tertentu
disalurkan ke unit-unit kecil di dalam organisasi.
PROSEDUR
Selepas polisi diumumkan secara rasmi dan autoriti dideligasikan, polisi telah sampai ke
tahap operasional. Pada tahap ini, arahan dan panduan menjadi lebih khusus dan dikenali
sebagai prosedur atau perlakuan lazim.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
44/71
Perlakuan lazim atau prosedur adalah arahan khusus bagaimana menjalankan
tugas tertentu. Sebagai contoh, apabila seorang guru ingin membawa pelajar sekolah
melawat ke suatu tempat , guru itu seharunya mematuhi prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan.
DELEGASI
Delegasi merupakan suatu aspek penting dalam pentadbiran. Salah satu kelemahan di
kalangan pentadbir ialah kegagalan untuk mendelegasikan tugas. Kelemahan ini menjadi
masalah apabila organisasi berkembang dari segi saiz dan tugas bertambah dengan
banyaknya. Ini menyebabkan pentadbir tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan
baik.
Delegasi kepada orang yang diberi tanggungjawab meliputi perkara-perkara
berikut:
1. Pengagihan tugas.
2. Memberi autoriti untuk membuat keputusan.
3. Penerimaan tanggungjawab.
Delegasi bukan satu perkara yang senang. Ia memerlukan keberanian, kesabaran
dan kemahiran. Ini merupakan salah satu tugas pentadbir yang utama. Seorang
pentadbir mempunyai kebebasan untuk memilih kepada siapa tugas perlu
didelegasikan dan bila untuk berbuat demikian.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
45/71
Delegasi yang berjaya mesti mengambil kira padanan tanggungjawab dan
autoriti. Pemberian tanggungjawab tanpa autoriti tidak memberi makna kepada
orang yang menjalankan tugas kerana tanpa autoriti, tugas sukar dijalankan.
Untuk mendelegasikan suatutugas, perkara-perkara berikut mesti diberi perhatian:
1. Mengenal pasti tugas yang boleh didelegasikan.
2. Menentukan elemen-elemen utama.
3. Menentukan latihan atau sokongan yang diperlukan untukorang yang
dipilih menjalankan tugas yang diberi.
4. Menentukan cara pengawalan dan pengesahan keberkesanan delegasi.
Walaupun delegasi melibatkan risiko tinggi tetapi kelebihannya mengatasi
kekurangannya, justeru itu ia menjadi satu tindakan yang perlu diambil.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
46/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
47/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
48/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
49/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
50/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
51/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
52/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
53/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
54/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
55/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
56/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
57/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
58/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
59/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
60/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
61/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
62/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
63/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
64/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
65/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
66/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
67/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
68/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
69/71
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
DEFINISI PENTADBIRAN 1
HUBUNGAN ANTARA PENTADBIRAN DENGAN ORGANISASI 1
JENIS-JENIS PENTADBIR 2
CIRI-CIRI SEORANG PENTADBIR YANG BAIK 6
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PENTADBIR 7
APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN 9
PROSES PENGURUSAN 10
MENGAPAKAH DIPERLUKAN PENGURUSAN 12
PENGURUS DI DALAM ORGANISASI 14
PERANAN PENGURUS DI DALAM ORGANISASI 15
KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEMAHIRAN TEKNIK 20
KEMAHIRAN PENGURUSAN , KONSEP DAN MANUSIA 21
PENGURUSAN DAN PROSES PENGURUSAN SERTA FUNGSI
FUNGSI PENGURUSAN 22
PENGURUSAN SEBAGAI BIDANG SAINS ATAU SENI 23
PENGURUS SEBAGAI PENGHUBUNG DI DALAM ORGANISASI 24
KECEKAPAN, KEBERKESANAN, PRODUKTIVITI DAN KUALITI 24
RUMUSAN 26
PERBANDINGAN ANTARA PENTADBIR DAN PENGURUS 27
FALSAFAH DAN KONSEP-KONSEP PENGURUSAN 29
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
70/71
JENIS-JENIS FALSAFAH 30
KONSEP-KONSEP ASAS PENTADBIRAN / PENGURUSAN 33
SUMBER KUASA 34
PERTALIAN ANTARA JENIS KUASA DENGAN
DARJAH KESEDIAN MENERIMA ARAHAN 37
AUTORITI 39
TANGGUNGJAWAB 40
KEPIMPINAN 41
POLISI 42
PROSEDUR 43
DELEGASI 44
SEJARAH PERKEMBANGAN PENGURUSAN 46
SEJARAH PENGURUSAN SEBELUM REVOLUSI INDUSTRI 46
SEJARAH PENGURUSAN ZAMAN REVOLUSI INDUSTRI 47
SEJARAH PENDEKATAN PENGURUSAN 48
PENDEKATAN TINGKAH LAKU 52
PENDEKATAN SAINS PENGURUSAN 53
PENDEKATAN PENGURUSAN KONTINGENSI 54
PENDEKATAN SISTEM PENGURUSAN 54
PENGARUH KONTEMPORARI KE ATAS PERKEMBANGAN
PENGURUSAN 55
BAHAN RUJUKAN
LAMPIRAN.
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN
7/30/2019 Pengurusan Sukan Fauzi Saif
71/71
ORGANISASI DAN PENGURUSANPENDIDIKAN SAINS SUKAN