24
PENGGUNAAN AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN DALAM KALANGAN BAKAL KAUNSELOR UPSI MD NOOR BIN SAPER AB AZIZ BIN MOHD YATIM JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SUL TAN IDRIS I S(�_ [/- ( _,t '- -_"" PERPUST AKAAN UPSI Nombor Perolehan J.\F;-;l-:: .?-:�.'2 . T arlkh Perole·han ,�·:I,i�,.J,� ,�."."" .. Punca .. .r:: X'. Y ".,', , . Harga j-()/l O!.c,\) "',, B 'j ' k .:.. ; i .� . I angan Nas ah '.7: . Nombor Panggllan . UNlVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

Penggunaan Aktiviti Kemahiran Belajar 5 Domain Dalam Kalangan Bakal Kaunselor UPSI

  • Upload
    ladymia

  • View
    353

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kemahiran belajar

Citation preview

PENGGUNAAN AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR5 DOMAIN DALAM KALANGAN BAKAL KAUNSELOR UPSIMD NOOR BIN SAPERAB AZIZ BIN MOHD YATIMJABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELINGFAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISI S(_ [/- (-_,t'--_""PERPUST AKAAN UPSINombor Perolehan J.\F;-;l-:: .?-:.'2 .T arlkh Perolehan ,:I,i,.J, ,."."" ..Punca .. .r:: X'. Y ".,', , .Hargaj-()/lO!.c,\) "',,B'j'k.:..; i ..I angan Nas ah '.7: .Nombor Panggllan.UNlVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS2007PENGHARGAANPasukan penyelidikan ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepadaJawatankuasa Penyelidikan Universiti yang telah memberi kebenaran dan peruntukanuntuk menjalankan penyelidikan ini. Selain dari itu, pasukan penyelidikan juga inginmerakamkan terima kasih kepada Pengarah dan Staf Pusat Penyelidikan dan Perundinganyang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan projek ini. Tidakdilupakan juga kepada Dekan dan Staf Fakulti Sains Kognitifdan Pembangunan Manusiayang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan diucapkan terima kasih.ABSTRAKKemahiran belajar 5 domain merupakan satu pendekatan kemahiran belajar berdasarkanpengalaman penulis sebagai kaunselor di sekolah. Kajian ini bertujuan melihat persepsipelajar terhadapmodul kemahiranbelajar5domain,mengenalpasti pendekatanpelaksanaan modul ini dalam kalangan bakal kaunselor UPS! yang berpraktikum disamping meninjau kekuatan dan kelemahan modulberkenaan setelah diaplikasikankepada pelajar. Fasa satu melibatkan pendekatan kuantitatif menggunakan soalselidikuntuk melihat persepsi pelajar yang telah melalui bengkel Kemahiran Belajar 5 Domain.Seramai 90 orang pelajar daripada 3 buah sekolah telah dipilih sebagai responden. Fasakedua menggunakan pendekatan kualitatif di mana seramai 6 orang bakal kaunselor UPS!yang berpraktikumtelah dipilihsebagairesponden. Data telah dikumpul melaluitemubual dan dianalisis menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Dapatan kajian kuantitatifmendapati peratusan persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain adalahpositif. Ini boleh dilihat dengan kadar peratusan mencapai tahap tinggi yakni melebihi 80peratus.Modul inimenyeronokan,membantu memudahkaningatandisampingmenggalakan belajar lebih kreatif. Dapatan kajian kualitatif menunjukan peserta kajianmemahami dengan mendalam konsep kemahiran belajar 5 domain dan mengetahuistrategi untuk memberikan kefahaman penggunaan modul ini kepada para pelajar.Dapatan juga menunjukan kandungan modulini tersusun dansistematik,sesuaidigunakan oleh pelajar pada semua tahap sarna ada tahap sekolah rendah, menengah danpengajian tinggi di samping membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar.JadualJadual3.1Jadual4.1SENARAI JADUALCronbach Alpha Inventori Kemahiran Belajar 5 DomainAnalisis Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap ModulKemahiran 5 DomainMukasurat2933viKANDUNGANPENGHARGAANABSTRAKSENARAI JADUALKANDUNGANHalamani11IIIIVBABI PENGENALAN1.1 Latar Belakang Kajian11.2 Permasalahan Kajian41.3Objektif Kajian71.4 Persoalan Kajian81.5Kesignifikan Kajian81.6 Batasan Kajian91.7 Definisi Pembolehubah1.7.1Penggunaan Kemahiran Belajar 91.7.2 Modul Kemahiran Belajar 5 Domain 91.7.3 Bakal Kaunselor121.8Kerangka Teori1.8.1 Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner 131.8.2 Model Stail Belajar Kolb161.8.3 Teori Pengajaran dan Pembelajaran16BAB2 TINJAUAN LITERATUR2.12.2Kajian Dalam NegaraKajian Luar Negara1822viiBAB3 METODOLOGIKAJIAN3.1Pengenalan273.3 Reka bentuk Kajian283.4Populasi dan Responden283.5Kajian Rintis 293.6 Alat Kajian293.7Pengumpulan Data 313.8Penganalisisan Data 31BAB 4 DAPATAN KAJIAN4.1Pengenalan324.2Persepsi Pelajar Terhadap Modul Kemahiran Belajar 5 Domain 334.3Penggunaan Kemahiran Belajar 5 Domain Dalam Kalangan BakalKaunselor UPSI 344.4 Kekuatan Dan Kelemahan Kemahiran Belajar 5 Domain BakalKaunselor UPSI 374.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Kemahiran BelajarOleh Bakal Kaunselor UPSI 39BAB 5 PERBINCANGAN DAN PENUTUP5.1Pengenalan445.2Perbincangan5.2.1Persepsi Pelajar Terhadap Modul Kemahiran Belajar5 Domain 455.2.2Penggunaan Kemahiran Belajar 5 Domain Dalam Kalangan45Pelajar UPSIviii5.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan KemahiranBelajar Oleh Bakal Kaunselor UPSI 465.2.4 Kekuatan Dan Kelemahan Kemahiran Belajar 5 Domain 475.2Implikasi Kajian495.3Penutup50RUJUKANLAMPIRANBAD 1PENGENALAN1.1 Latar belakangKajian Hewitt(1997) menunjukan bahawa faktor-faktoryang menjadi puncakegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah keranamereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn(1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebihcemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyaisikap yang positif apabila merekamempunyai teknikbelajar yangberkesan.lnimenunjukan kemahiran belajarmempunyai korelasi terhadap pencapaian akademik seseorang.Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gayapembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan olehpelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran merupakansatu bentuk gaya belajar yang diaplikasikan oleh para pelajar sebagai salah satu2altematifuntuk memudahkan mereka memahami sesuatu pelajaran. Justeru itu, adalahpenting bagipelajarmengetahui kemahiran-kemahiran belajaryang betul bagimenjamin kejayaan mereka dalam setiap mata pelajaran.Teknik dan gaya pembelajaran merupakan antara aspek penting kepada pelajaruntuk memudahkan mereka memahami sesuatupelajaran. Pencapaian pelajarkebanyakannya dikaitkan dengan usaha dan kaedah pembelajaran yang berkesan. lnibermakna, pelajar yang mempunyai kebolehan yangsederhana boleh meningkatkanpencapaiannya melalui teknik belajar yang berkesan dan praktikal.Berhubung dengan perkaradiatas,untukmenyediakan pelajaryangmempunyai pengetahuan tentang kemahiran belajar ini kaunselor merupakan antarawarga pendidik yang memainkan peranan untuk memberikan pendedahandankemahiran kepada para pelajar. lni sejajar dengan objektif Bimbingan dan Kaunselingdi sekolah di mana peranan kaunselor bukan sahaja untuk memberi perkhidmatankaunselingmalahmerangkadan melaksanakanpelbagai programsokongan,termasuklah berkaitan dengan kemahiran belajar ini.Objektif am program B&K adalah seperti berikut:1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspekperkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahandan pengalaman yangselarasdengan kemampuan dan potensipelajar.2. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripadaterlibat dalam perbuatan salah laku, tidak berdisiplin, penggunaandadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhanharam dan tingkah laku anti sosial yang lain.33. Memberikhidmatbersifat pemulihan (remedial) dengan tujuanmengorientasikan semula pelajar bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasimasalah mereka.4. Memberi khidmatkaunselingkrisiskepada pelajar yangmemerlukannya.(Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan B&K di Sekolah Menengah, 1993)Pelaksanaanterhadap tanggungjawab kaunselorinimemberipenekanankepada lima bidang utama dalamSukatan Pelajaran B&K Sekolah Rendah /Menengah dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling, iaitu bidang:a. Akademikb.Kerjayac. Psikososial dan Kesejahteraan Mentald.Keibubapaane. Masalah Pelajar(Sumber: Petikan Buku RekodKaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003)Halini jelas menunjukan antara pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawabkaunselor termasuklah bidang akademik di mana antara input yang akan diberikankepada para pelajar meliputi aspek kemahiran belajar.Dengan ini bakal kaunselor perlu diberikan persiapan bukan sahaja aspekpengetahuan tetapi juga aspek kemahiran pelaksanaan terhadap semua bidang di atastermasuklah bidang akademik. Mereka perlu juga diberi pendedahan terhadap pelbagaikaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang praktikal untuk disesuaikan dengan4sasaran pelajar di sekolah. Kajian Kemahiran Belajar 5 Domain ini merupakan antarasalah satu pendekatankemahiran belajar yang boleh dipraktikkan di sekolah. Justeruitu kajian berkaitan penggunaan dan pemahaman para pelajar yang mengikuti kursuskemahiran belajar 5 domainini adalah wajar dilakukan untuk melihat sejauhmanakeupayaan bakal kaunselor menguasainya di samping untuk melihat kekuatan dankelemahan kandungan modul Kemahiran Belajar 5 Domain ini.1.2 Permasalahan KajianRata-rata pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan menyatakan antara rahsiakejayaan mereka termasuk mempunyaiperancangan dan kemahiran belajar yangsistematik. Bermula di dalam kelas yang formal di kelas sehinggalah ketika merekamengulangkaji pelajaran di rumah, mereka mempunyai pendekatan dan kemahiranbelajar yang berkesan.Kajian yang telah dijalankan oleh GallM.D. dan rakan-rakan (1990),menyatakan kemahiran belajar boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar disekolah. Perkara ini disokong dengan kajian dan pendapat pengkaji yang lain seperti:a. Entwistle (1960)menyatakan bahawa pencapaian pelajar bertambah baikdengan adanya kursus-kursus kemahiran belajar.b.Shay (1972) dalam Md Yusuf(1992), menyatakan bahawa pelajar-pelajar yangmempunyai kemahiran belajar dan sikap yang baik akan mencapai gred yangbaik.c. Kirschembaum dan Peril (1983) dalam Md Yusuf (1992) menyatakan bahawakemahiran belajar seperti pengurusan diri dan teknik belajar akan memberikesan terhadap pembelajaran seseorang pelajar.5d. Zimmerman dan Pang (1986) dalam Md Yusuf (1992) menyatakan bahawapenggunaan kemahiran belajar yang sistematik adalah faktor yang bolehmenyebabkan seseorang itu mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.Menurut Chibnal(1987), belajar merupakansatuprosesuntukmengembangkan pembelajaran, mempelajarisoalan-soalantertentu,membuatpersediaan di samping melukis gambar rajah, peta, graf seterusnya untuk lulus dengancemerlang didalam peperiksaan.Dengan ini adalah mustahak untuk mengetahuikaedah belajar yang tepat bagi mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan.Kajian yang dilakukanoleh Abd Razak Habib(2000) berkaitangayapembelajaran pelajarcemerlang diuniversiti menunjukan bahawa pelajaryangcemerlang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi di samping strategi pembelajaranyang baik. Daripada pemyataan berkenaan menunjukan kemahiran belajar yangdisertai dengan motivasi yang tinggi terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajardalam pelajaran.Para pelajarperlu ditanamkan kesedaranagar mereka dapatmenguasai teknik belajaryang berkesan supaya dapatmemperolehigred yangcemerlang, khasnya kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang rendah.lni menunjukan aspek kemahiran belajar mempunyai pengaruh yang besarterhadap pencapaian pelajar. Namun demikian sejauhmanakah bakal kaunselor yangakan berkhidmat di sekolahmempunyai pengetahuandan kemahiran untukmemberikan pendedahan kepada para pelajar ? Menurut Suradi Salim (1992), terdapatisuperkhidmatan BimbingandanKaunselingdikatakankurang berperananmeningkatkan prestasiakademik pelajar. lnidikaitkan dengan dengan masalahkewangan, kaunselor yang kurang latihan, kurangnya kerjasama di samping kurangnyakemudahan yang diberikan. Sidek Mohd Noah (1996) dalam kajiannya tentang statusdan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disekolah menengah6menunjukkan peratus yang pemah menerima perkhidmatan kaunseling adalah rendahiaitu sebanyak 32.4 peratus yang lebih cenderung kepada melayan orang bermasalahdan kurang kepada perkhidmatan perkembangandanpencegahan, termasuklahmengadakan program kemahiran belajar. Justeru kajian terhadap keupayaan kaunselorsekolah dalam memberikan perkhidmatan perkembangan dan pencegahan adalahperlu.Jeffrey Barsch (1990), gaya pembelajaran tertumpu kepada tiga bentuk iaitugaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Dunn dan Dunn (1978) menyatakangaya pembelajaran melibatkan kombinasi ciri biologi dan pengalaman seseorang. Didalam hal berkenaan pengkaji telah mengenengahkan satu pendekatan kemahiranbelajar yang melibatkan ciri biologikal dan psikologikal seseorang iaitu KemahiranBelajar 5 Domain. Pada pandangan pengkaji, proses pembelajaran yang aktif danberkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domainutama iaitu domain audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domainpsikomotor.Perkara yang penting dalam proses pembelajaran ialah untuk mendapatmaklumat, memproses dan seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan adalah satuperkara penting untuk para pelajar bagi mengeluarkan maklumat itu semula dalampeperiksaan. Ahli psikologi telah banyak membuat banyak kajian dan cerapanbagaimana manusia itu mengingati sesuatu. Kajian ahli psikologimenunjukkanmanusia mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi maklumat dalam bidang yangberlainan. Dalam perkataan lain, manusia mempunyai kekuatan ingatan yang berlainanterhadap wajah dan fakta sains.Satu lagi cerapan ahli psikologi ialah kita mengingat dengan memilih apa yangkita mahu ingat. Ianya melibatkan emosi keinginan ingin tahu yang tinggi berdasarkan7perasaannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh naluri inginkan pengetahuanataupun sebagai satu keperluan lain berasaskan matlamat yang ingin dicapai sepertiuntuk lulus peperiksaan atau seumpamanya. Berasaskan fakta di atas rnenunjukanproses pembelajaran melibatkan pancaindera sarna ada otak sebagai agen kognitif,aspek perasaan dan sebagainya.Justeru, diharapkan kajian ini dapat melihat satu pendekatan yang konkrit danpraktikal berkaitan kemahiran belajar yang boleh membantu para pelajar rneningkatkanprestasi akadernik di samping rnelihat sejauhmanakah kaunselor dapatrnenguasaipenggunaan kernahiran belajar ini di dalam perkhidmatan rnereka.1.3Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk:1. Melihat persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain2.Mengenalpasti pendekatan penggunaan kemahiran belajar5 domaindalam kalangan bakal kaunselor UPSI3.Mengenalpastifaktor-faktoryang mempengaruhi penggunaankemahiran belajar yang dilakukan oleh bakal kaunselor UPSI4.Meninjau kekuatan dan kelemahan kernahiran belajar 5 domain setelahdiaplikasikan kepada pelajar1.4 Persoalan KajianKajian ini cuba meninjau sejauhmanakah penggunaan kemahiran belajar 5 Domaindalam kalangan bakal kaunselor UPSI. Antara yang menjadi persoalan kajian ini ialah:81.Apakah persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain?2.Bagaimanakah pendekatan pelaksanaan modulkemahiran belajar5domain dalarn kalangan bakal kaunselor UPSI?3.Apakah faktor-faktoryang mempengaruhi penggunaankemahiranbelajar yang dilakukan oleh bakal kaunselor UPSI?4.Apakah kekuatan dan ke1emahan kemahiran belajar 5 domain setelahdiaplikasikan kepada pelajar ?1.5Signifikan KajianMeskipun banyak kajian yang telah dibuatberkaitan kemahiran belajar,satupendekatan yang benar-benar praktikal perlu untuk diketengahkan. Ini disebabkanperbezaan individu berkait dengan variasi gaya pembelajaran mereka.Perbezaanindividu ini juga menggarnbarkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran yangdiarnalkan seterusnya akan menentukan kecenderungan dan minat belajar seseorang.Meskipun setiap individu itu berbeza, diharapkan perbezaan ini tidak dijadikan alasanuntuk mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang. Diharapkan kemahiran belajar 5domain ini akan membantu setiap pelajar sarna ada berpencapaian tinggi atau rendahuntuk menguasai pengetahuan.Di sarnping itujuga, memang tidak dapat dinafikan banyak kajian-kajian lepasyang memperlihatkan pelbagaibentukgaya pembelajarantermasuklahgayapembelajaran auditori,gaya pembelajaran visualdi sarnping gaya pembelajarankinestetik. Diharapkan melalui modul ini, ia dapat menjadi satu penarnbahbaikan gayadan pendekatan kemahiran belajar yang sedia ada dalarn konteks tempatan bersesuaiandengan perkembangan dan persekitaran diri seseorang pelajar.9Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu para kaunselor khususnya disekolah.lnidisebabkan antara bidang utama profesion kaunseloradalah untukmembantu meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.1.6 Batasan KajianKajian ini hanya dijalankan kepada beberapa orang bakalkaunselor (kaunselorpelatih) UPSl yang sedang berpraktikum di beberapa sekolah disekitar negeriSelangor sahaja dan tidak meliputi semua bakal kaunselor UPSl yang lain. Manakalapelajar sekolah menengah yang telah mengikuti program Kemahiran Belajar 5 Domaindi sekolah tempat kaunselor pelatih berpraktikum akan menjadi subjek bagi peringkatkedua kajian. Mereka akan menjawab soal selidik berkaitan dengan keberkesananprogram Kemahiran Belajar 5 Domain yang telah mereka ikuti.1. 7 Definisi Pembolehubah1.7.1Penggunaan Kemahiran BelajarPenggunaan Kemahiran Belajardalam kajian ini merujukkepada pendekatankaunselor dalam membimbingdan memberikefahaman terhadapcara belajarmenggunakan modul lima domain. Terdapat pelbagai teoridan pendekatan yangdiketengahkan oleh pakar pendidikan dalam menjelaskan teknik belajar bertujuanpemperosesan maklumat yang diperolehi dari guru. la juga berkait dengan perananminda memproses maklumat di samping persediaan psikologikal pelajar dalam prosespembelajaran.Moore (1993),merujuk stailminda sebagai aktiviti menyusun,menerima serta memahami, merakam, mengingat dan menaakul. Kesemua aktiviti iniakan menjadikan pembelajaran lebih berkesan.10Kajian ini juga merujuk perkara yang mempengaruhi pendekatan merekamenggunakan model kemahiran belajar yang meliputi maklurnat berkaitan teknikbelajar, bahan bacaan di samping pendedahan yang telah mereka lalui secara langsungmelalui kursus-kursus ataupun pengalarnan secara tidak langsung.1.7.2 Modul Kemahiran Belajar 5 DomainDalarn kajian ini Modul Kemahiran Belajar 5 Domaian merupakan modul yang dibinaoleh pengkaji berasaskan proses pembelajaran yang melibatkan pancaindera sarna adaotak sebagaiagen kognitif,aspek perasaan dan sebagainya.Pengkajimerasakan,proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancainderayang melibatkan beberapa domain utarna iaitu domain audio, domain visual, domainkognitif, domain afektif dan domain psikomotor di mana penulis narnakan sebagaikemahiran belajar5 domain. Kesemua domain perlu dilibatkan dalarn prosespembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan para pelajar. Domainberkenaan meliputi :a. Domain AudioDomain audio adalah yang menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengarmaklurnat yang diperolehi. Dalarn proses pembelajaran secara asasnya semua pelajarakan menggunakan domain ini. Sarna ada berkesan atau tidak pendengaran ini adalahbergantung kepada domain-domain yang lain.Sepanjang pembelajaran para pelajarsarna ada domain ini digunakan sepenuhnya adalah sukar untuk ditentukan. lnidisebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan para pelajar tidakdapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gangguan persekitaran yang ada. Ini11menunjukan proses pembelajaran tidak boleh hanya bergantung kepada domain audiosahaja.b. Domain VisualDomain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa sahaja aktiviti visual akanmembawakepada kefahamanyang nyata.Kefahamanyangnyata bermaksudbukannya yang berbentuk khayalan atau imaginasi. Apa yang dilihat adalah sangatpenting. Perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa dengan hanya menggunakandomain visual, pelajar masih tidak dapat menguasai dan memberi tumpuan terhadapapa yang diajar? lni menunjukan kepentingan keterlibatan domain yang lain yangboleh mengukuhkan terhadap proses mendapat maklumat.c. Domain KognitifAhli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran adalah proses mental yang aktifuntuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu (Ramlah danMahani,2002).lanya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehipengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Di dalam proses pembelajaran,domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, para pelajarbiasanya agak sukaruntuk dilibatkansecara maksima. Ia akan menjadisukarsekiranya pengajaran dan pengajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.d. Domain AfektifDomain afektif w1'llah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitivitidanpersepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengahmatapelajaran adalah susah dan sukar. lni akan menjadikan motivasi dan keinginanmereka untuk belajar akan semakin menurun.Justeru itu, domain afektif bagi12mewujudkan sesi pembelajaran sebagaisenang dan menyeronokan akan banyakmembantu pelajar untuk minat belajar.Dengan demikian, pendekatan kemahiranbelajar 5 domain cuba diketengahkan oleh penulis bagi menarik minat pelajar untukbelajar.e. Domain PsikomotorDomain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktivitidalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikanstrategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktivitiakan menimbulkan keseronokanseterusnya meningkatkan keupayaanuntukmengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangandengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya sebenarnyamelibatkan domain psikomotor.1.7.3 Bakal KaunselorBakal kaunselor yang dimaksudkan dalam kajian ini merupakan pelajar Bimbingandan Kaunseling yang menjalanipraktikum pada semesterakhir ditahun akhirpengajian selama 14 minggu. Mereka akan menjalani latihan sebagai kaunselorsekolah yang berperanan secara profesional menjalankan aktiviti rawatan melaluikaunseling individu dan kelompok di samping terlibat dengan aktiviti pencegahan danperkembangan para pelajar di sekolah. Mereka akan merancang dan menjalankanprogram-program yang berkaitan perkembangan pelajar mengikut kehendak sekolahtermasuklah program kemahiran belajar.1.8Kerangka Teori1.8.1 Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner13Rentetan dariusaha untuk memahamidan mengimplementasi modul,kajian inibersandarkan kepada teori yang dikemukakan oleh Howard Gadner iaitu "Gardner'sMultiple Intelligences Theory".Teori yang berkait dengan kepelbagaian kecerdasanini boleh dijadikan sandaran selari dengan tuntutan teori ini yang mementingkanpenyesuaian guru terhadap strategi instruksionaldalamusaha untuk memenuhikeperluan pelajar. Oleh demikian, dari konteks kajian ini ianya dilihat kebolehanpenyesuaian pelajar untuk menyesuaikan diri dengan apa yang perlu dipenuhi olehmereka sendiri untuk memperolehi maklumat dan pembelajaran.Terdapat lapan jenis kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner. Kecerdasanpertama adalahkecerdasanbahasa atau linguistik yang melibatkan keupayaanmenguasai bahasa. Individu yang memiliki kecerdasan ini cenderung untuk berfikirdalarn bentuk perkataan (yakni melisankan apa yang difikirkan) serta berupayamembentuk kemahiran audio. Individu ini juga boleh memberikan perhatian yangsepenuhnya dari aspek tatabahasa serta perbendaharaan kata dan tidak ketinggalanberkeupayaan untuk menggunakan sesuatu perkataan secarajelas.Kecerdasan muzik boleh dilihatdari satu medium yangsarna dengankecerdasan bahasa. Melalui muzik, individu berupaya menyalurkan perasaan danemosidari segimenjiwai, mengetahui dan memahami perasaan. Kecerdasan inimempunyai nilai tara yang tinggi kerana ianya boleh disebatikan dengan pelbagaikecedasan yang lain.Aspek kecerdasan ketiga adalah berkait dengan kecerdasanlogik-matematik yang mengandungi keupayaan untuk mengenalpasti corak, penakulansecara deduktif serta berfikir secara logik. Umpamanya, kanak-kanak bermula denganmeneroka kecerdasan ini dengan mula menyusun objek yang dipelajari secara realitidan kemudian beralih dengan melakukan perkiraan dalam otak mereka secara14manipulatif. Keadaan ini secara beransur-ansur mula membawa ke arah pembentukkankemahiran rantaian penakulan yang berpanjangan.Dalam merealisasikan keupayaan untuk memanipulasi dan menbentuk imejimejmentalbagi menyelesaikansesuatumasalah,individudidorong dengankecerdasan ruang.Individu sedemikiandapat menanggap keadaan visual sekeliling secara tepat, bolehmembuat transformasi dan modifikasi terhadap persepsi awal serta boleh menciptasemulapersepsi-persepsiawalwalaupuntiadarangsangansecara nyata yangdiberikan. Dengan erti kata lain, kecerdaan ruang ini adalah keupayaan persepsi secaravisual.Bagi kecerdasan badan-kinestetik, individu mempunyaikeupayaan untukmemahami dunia sekelilingsecara ekpresifdengan tubuhbadan.Penggunaankemahiran motor kasar dan motor halus dapat dikawal sepenuhnya oleh individu dangabungan kriteria ini dapat menjurus ke arah pengawalan objek secara tepat. Ini sudahtentu membawa impak yang besar pada tindakan danjuga keupayaan yang dinarnik.Selain itu, Gardner turut menjelaskan tentang kecerdasan interpersonal di manaindividu turut memiliki keupayaan untuk memahami, menanggap dan mendiskriminasiantara mood, perasaan, motivasi serta kecerdasan-kecerdasan lain yang dimiliki olehmanusia. Berbeza dengan kecerdasan intrapersonal, ia lebih berkait dengan aspekdalam kendiri idividu yang lebih dicirikan dengan keupayaan untuk memahami diridan kemampuan diri. Kedua-dua aspek kecerdasan dapat dipupuk dan diperteguhdengan rangsangan dari sumber-sumber yang bersesuaian, umpamanya sumberdalaman yang lebih bersifat pemberian makna seperti aspek kesabaran dan pujian, danmelalui kerja berkumpulan bagi pemupukan kecerdasan interpersonal.15Kecerdasan lain yang boleh diperolehi dari pemerhatian dan pengalamanadalah kecerdasan 'environmental or naturalist'. Ia melibatkan keupayaan untukmemahamisimbol semulajadi untuk menelitikeseimbangan bagi meneruskankehidupan. Pendedahan secara semuladi terhadap persekitaran secara semulajadimembolehkan pelajar memperolehi manfaat dengan mengalami pembelajaran secara'hands-on' .Ringkasnya, penjelasan kelapan-lapan aspekkecerdasan oleh Gardnermembolehkan individu mendasari semula komponen utama yang dicerminkan olehpelajar dengan kepelbagaian cara dan corak belajar yang berbeza oleh mereka.Menurut Silver, Strong dan Perini (1997), gaya belajar adalah merupakan keperbezaancara individu berfikir dan belajar, fokus kepada bagaimana individu 'rnenyerap'maklumat,pemikirandanseterusnyamembuat penilaian terhadaphasilyangdiperolehi.Intipatinya, gaya belajar yang berbeza ini, jika dilihat dari pangkalnya adalahberteraskantunjangkecerdasanyangsama.Apa yangmembezakan adalahpenggunaan kecerdasan tersebut dengan kepelbagaian dominasi tertentu mengikutkeselesaan seseorang individu.Atas dasar ini, pengkaji merasakan satu bentukpenyepaduan modul perlu diketengahkan dalam usaha untuk membantu pelajarmelengkapkan diri dengan kemahiran belajar yang bersesuaian dan efektif. Sudahpastinya penyepaduan lapan aspek kecerdasan sebagaimana yang dikemukakan olehGardnerditerjemahkan kepadalimaaspekdomainyangdirasakanperludigemblengkan ke arah pembentukkan modul kemahiran belajar yang bersifat pelbagaidimensi (multidimensional).161.8.2 Teori Pengajaran dan PembelajaranMenurut Klahr dan Wallace yang mengemukakan Teori Pemprosesan Maklumat,kanak-kanak dilahirkan mempunyaipotensi dan kebolehan untuk mengkonstrukpelbagaimaklumat sarna ada melaluipengalarnanatauinterpretasi denganpersekitaran. Teori ini juga menekankan proses aktiviti mental serta kemarnpuan otakyang boleh mendorong perkembangan pemikiran manusia. Kebolehan memprosesmaklumat adalah aktiviti mental yang penting (Abd Rahim, 1999).Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan ingatan sebagai faktor pentingkepada pemikiran. Selain daripada memproses maklumat, seseorang perlu mempunyaidaya ingatan yang kuat bagimenyimpan maklumat, mengingat maklumatdanmenggunakanmaklumatseterusnya mengaplikasikandalarnpelbagaisituasi.Penyimpanan pelbagai maklumatboleh berlaku sekiranya terdapatstrategidankeberkesanan sesuatu maklumat yang diperoleh sarna ada melalui pengalarnan,pembacaan, perbincangan dan kefaharnan. Pendekatan pembelajaran seperti latihtubi,membaca, latihan, menyelesai masalah dan seumparnanya akan membolehkan ingatandan pemikiran diperkukuhkan.Teori berkenaan menunjukan ingatan berkait rapat dengan proses menyimpanmaklumat. Pendekatlatihtubi, menyelesaimasalah danseumpamanya yangmelibatkan domain psikomotor. Modul pendekatan Kemahiran Belajar 5 Domain yangdibina oleh pengkajimerupakan antara strategiyang mengarnbilkira penggunaansemua pancaindera bagi proses meyimpan maklumat untuk ingatanjangka panjang.1.8.3 Model Stail Belajar KolbMenurut Kolb(1984) terdapat empatmodbagaimana seseorangindividumengadaptasisesuatu maklumat, iaitu; pengalarnan konkritdi mana individu17melibatkan diri sepenuhnya dengan aktiviti baru untuk memahami secara langsung;pemerhatian reflektifiaitu memerhati daripelbagai perspektifyang berbeza;kopseptual abstrak iaitu mengumpul maklumat melalui konseptual dan simbolik danexprimentatif aktifiaitumenggunakanteori untuk membuatkeputusanataumenyelesaikan masalah atau membuat pengujian untuk membuat generalisasi.Dari modpengalaman yang dilalui,Kolbmengenalpasti empatstailpembelajaran iaitu:1. Pemusat (Converger) iaitu individu yang bergantung kepada pengkonsepanabstrak dan memprosesnya secara reflektif.Mereka memerlukan kaedahpembelajaran yang terperinci dan susunan yang teratur dalam sesuatu aktivitipembelajaran.2.Pencapah (Diverger) iaitu individu yang bergantung kepada sesuatu yangkonkrit dan memprosesnya secara reflektif, memerlukan hubungan yang rapatdengan guru dalam sesuatu aktiviti pembelajaran3.Pencerap (Asimilator) iaitu individu mengamati sesuatu maklumat abstrak danmemprosesnya secara aktif memerlukan penglibatan secara terus terhadapsesuatupenyelesaian masalah dalam sesuatu aktiviti pembelajaran4.Penyesuai (Akomodator) iaitu individu mengamati sesuatu maklumat secarakonkrit danmemprosesnyasecara aktifmemerlukan penglibatan yangmemungkinkan pengambilan risiko, membuat ekperimentatif dan fleksibilitidalam sesuatu aktiviti pembelajaran.