of 51/51
Mohd Kamal Mohd Ali Norasmah Mohd Noor Rashidah Elias Rosliza A Aziz INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN

Buku Interpretasi (Upsi)

  • View
    66

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

..

Text of Buku Interpretasi (Upsi)

  • Mohd Kamal Mohd Ali

    Norasmah Mohd Noor

    Rashidah Elias

    Rosliza A Aziz

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    KUALA TERENGGANU

    TERENGGANU DARUL IMAN

  • Mohd Kamal Mohd AliNorasmah Mohd Noor

    Rashidah EliasRosliza A Aziz

  • INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAKPanduan Kepada Pendidik Awal Kanak-kanak

    Diterbitkan olehPusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Mohd Kamal Mohd Ali, Norasmah Mohd Noor,Rashidah Elias & Rosliza A Aziz, 2013

    Semua hakcipta terpelihara.Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini

    boleh diterbitkan semula atau disimpandalam bentuk yang boleh diperoleh semula

    atau disiarkan dalam sebarang bentukdengan apa cara sekalipun

    termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,rakaman atau lain-lain tanpa

    mendapat izin daripada Penerbit

    Dicetak oleh:Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris

  • iKandunganSenarai Jadual ii

    Senarai Rajah iii

    Prakata iv

    Penghargaan v

    PENGENALAN 1Apa Itu lukisan? 1Apa Itu lukisan kanak-kanak? 1Tahukah anda peringkat lukisan kanak-kanak? 2Apa itu terapi? 7Apa itu Terapi Seni Melukis? 7Kenapa terapi seni penting kepada kanak-kanak?Penerapan unsur terapi seni dalam aktiviti melukis untuk kanak-kanak

    88

    Prinsip dalam memahami lukisan 8PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS UNTUK KANAK-KANAK

    10

    PANDUAN INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK 11Sesi 1 : Lukisan Diri Saya 13Sesi 2 : Lukisan Keluarga Saya 19Sesi 3 : Aktiviti Bersama Keluarga 20Sesi 4 : Cita-cita Saya 27

    ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK 30PENUTUP 36BIBLIOGRAFI 37Lampiran 38

  • ii

    Senarai JadualTajuk Jadual Mukasurat

    Jadual 1 : Peringkat Perkembangan Artistik Al-Hurwitz dan Day(2001)

    2

    Jadual 2 : Peringkat Perkembangan Artistik Lowenfeld dan Brittain(1987)

    4

    Jadual 3 :

    Jadual 4 :

    Peringkat Perkembangan Artistik Luquet (2001)

    Interpretasi Warna (adaptasi dari Gage, 1999 dan Furth,1988)

    6

    34

  • iii

    Senarai Rajah

    Tajuk Rajah Mukasurat

    Rajah 1 : Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak 1

    Rajah 2 : Aktiviti bersama keluarga 11

    Rajah 3 : Keluarga saya 11

  • iv

    Prakata________________________________________________________________

    Lukisan merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk melihatperlakuan kanak-kanak. Seringkali lukisan kanak-kanak hanya dianggap sebagaisatu penghasilan kreatif tanpa melihat makna yang tersirat di sebalik lukisantersebut. Kanak-kanak sewajarnya diberikan ruang dan peluang dalammeningkatkan keyakinan diri dan pembangunan konsep kendiri yang positif dengancara yang bersistem. Penghasilan karya kanak-kanak memerlukan satu interpretasikhusus kerana hasilan karya kanak-kanak mempunyai makna yang berbezadaripada perspektif orang dewasa. Seterusnya hasil interpretasi lukisan dapatmembantu pendidik awal kanak-kanak dalam merancang dan merangka aktiviti bagimeningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, yang membawa kepada konsep terapimelalui lukisan kanak-kanak.

    Penghasilan buku Interpretasi Lukisan Kanak-kanak ini bertujuan membantupendidik awal kanak-kanak khususnya pendidik Pusat Anak PERMATA Negara(PAPN) dalam usaha mentafsir lukisan kanak-kanak, seterusnya membantu kanak-kanak yang berumur tiga hingga empat tahun meningkatkan konsep kendiri merekamelalui aktiviti melukis. Buku panduan ini juga mengandungi beberapa cadanganaktiviti yang boleh dikendalikan oleh pendidik PAPN untuk membantu meningkatkankonsep kendiri kanak-kanak.

    Buku ini mengandungi maklumat berkaitan konsep lukisan kanak-kanak danterapi seni melukis bagi memberi pemahaman kepada pendidik akan kepentinganmenerapkan unsur terapi dalam mengendalikan aktiviti melukis untuk kanak-kanak.Langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam mengendalikan aktiviti melukis,panduan interpretasi bersama elemen-elemen yang penting bagi proses interpretasilukisan beserta contoh-contoh dan gambar-gambar akan memudahkan pemahamanpendidik bagi mengaplikasi unsur terapi dalam aktiviti lukisan kanak-kanak.

    Di bahagian belakang buku ini juga disertakan kit lukisan kanak-kanak.Sebahagian kertas lukisan dalam kit tersebut disertakan dengan bingkai yangmenarik sementara sebahagian lagi dibiarkan kosong untuk memberi pilihan kepadakanak-kanak. Kit lukisan tersebut boleh diperbanyakkan untuk kegunaan kanak-kanak melukis berdasarkan pilihan mereka. Kami percaya buku ini mampu menjadipanduan yang berguna bagi pendidik menerapkan unsur terapi seni melukis sebagaisatu alternatif untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, khususnya kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara Malaysia.

  • vPenghargaan___________________________________________________________________

    Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Penyelarasan DasarPERMATA Negara yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd NajibTun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jawatankuasa Kerja DasarPERMATA Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin PadukaSeri Rosmah Mansor di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalammenghasilkan buku ini.

    Ucapan terima kasih yang khusus ditujukan kepada Yang Berbahagia DatukSiti Azizah Sheikh Abod, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Rintis PERMATANegara di atas dana yang diberikan bagi penyelidikan yang berkaitan aplikasi terapiseni melukis untuk kanak-kanak PERMATA Negara, yang membantu penghasilanbuku ini. Sekalung penghargaan juga untuk Yang Berbahagia Profesor Dr. NorainiIdris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti PendidikanSultan Idris dan Profesor Madya Dr. Sopia Md. Yasin, Pengarah NCDRC yangbanyak membimbing kami dalam penghasilan buku ini.

    Penghargaan juga ditujukan kepada panel penilai dalam membantu membuatpenilaian ke atas kandungan buku ini. Tidak lupa ucapan terima kasih atassokongan daripada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato RazaliIsmail Kuala Terengganu, semua pendidik PERMATA, kakitangan NCDRC, parajurulatih utama PERMATA dan semua pihak yang terlibat secara langsung atautidak langsung dalam menghasilkan buku ini.

    Semoga kalian diberkati sepanjang perjalanan hidup ini.

  • 1PENGENALAN

    Apa itu lukisan?

    Lukisan merupakan satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni. Ia

    merupakan landasan untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan

    bidang. Lukisan akan menghasilkan imej atau bentuk. Bentuk dan imej ini

    mewakili luahan emosi, intelektual dan spiritual kanak-kanak. Oleh itu

    lukisan dihasilkan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan

    pemikiran manusia.

    Apa itu lukisan kanak-kanak?

    Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis

    ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya

    menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya.

    Rajah 1: Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

  • 2Tahukah anda peringkat lukisan kanak-kanak?

    Terdapat beberapa pandangan tokoh terhadap lukisan kanak-kanak yang berusia 2

    hingga 4 tahun. Antaranya ialah:

    (a) Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)

    Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2 4 tahun)

    Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah tidak terkawal

    dan lebih merupakan contengan. Lukisan ini lebih bergantung pada keupayaan otot

    dan keselarasan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Walaupun berupa

    contengan, namun mereka mengenal dan dapat menyebut rupa yang dihasilkan.

    Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa. Peringkat ini berkembang

    secara progresif dalam lingkungan umur 2 4 tahun seperti yang ditunjukkan dalam

    Jadual 1.

    Jadual 1 : Peringkat Lukisan Kanak-kanak Dua Hingga Empat Tahun

    (Al Hurwitz & Day, 2001)

    Peringkat Lukisan Ciri-ciri

    1. Garisan tidak terkawal Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawakdan tidak terkawal. Contengan begini biasanya tidakmenggambarkan imej. Koordinasi tangan kanak-kanak pada masa ini juga tidak cekap.

  • 3Peringkat Lukisan Ciri-ciri

    2. Garisan terkawal Contengan kanak-kanak mula memperlihatkankoordinasi mata dan tangan yang lebih baik. Garisandihasilkan berulang-ulang. Mula berbentuk mudahseperti bulat, garisan menegak dan melintang.

    3. Rupa tidak terkawal Kanak-kanak mula menyedari hubungan contengandengan sesuatu objek. Mereka boleh menamakanbahagian pada lukisan walaupun imej tidak jelas.

    4. Rupa terkawal Lukisan sudah mula menggambarkan perasaan. Imejyang dihasilkan menampakkan imaginasi. Objek mulaberbentuk dan menggambarkan apa yang merekatahu.

    perahu

  • 4(b) Teori Perkembangan Artistik Lowenfeld dan Brittain (1988)

    Peringkat Contengan (2-4 tahun)

    Peringkat contengan ini merupakan peringkat penghasilan contengan secara rawak

    dan tidak terkawal. Kanak-kanak berlatih melakukan pergerakan tangan secara

    bebas dengan melukis garisan menegak, melintang dan bulatan setelah dapat

    menguasai koordinasi otot tangan. Perkembangan peringkat contengan ini

    digambarkan seperti dalam Jadual 2 di bawah.

    Jadual 2 : Lukisan Pada Peringkat Contengan (Lowenfeld & Brittain, 1988)

    Peringkat Lukisan Ciri-ciri

    1. Contengan tanpa kawalan ataucontengan tidak menentu

    Contengan garisan bersifat panjang, pendek secaraberulang-ulang dan tidak menggambarkan apa-apaimej.

    Contengan bukan bertujuan untuk menggambar malahlebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana dapatmenggunakan alat dan diberi kebebasan berkarya.

  • 5Peringkat Lukisan Ciri-ciri

    2. Contengan terkawal ataucontengan kawalan garisan

    Pada peringkat ini kanak-kanak suka mencontengsehingga memenuhi ruang permukaan lukisan.Garisan yang dihasilkan merupakan garisan berulangdengan pelbagai nilai garisan.

    Contengan mula berbentuk rupa mudah seperti bulat,garisan menegak dan melintang. Imej terhasil mulamenampakkan sesuatu perwakilan kerana kanak-kanak mula menyedari hubungan di antara contengandengan objek sebenar.

    3. Contengan bermakna Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisanatau menceritakan tentang lukisan mereka walaupunimej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidakjelas. Di sini kanak-kanak cuba menggambarkanperasaan mereka.

    Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulatbagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kakidan tangan). Pada peringkat ini kanak-kanak sukamencuba dan membuat pernyataan sendiri walaupunimej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa.

  • 6(c) Teori Perkembangan Artistik Luquet (2001)

    Melibatkan tiga peringkat lukisan awal kanak-kanak iaitu peringkat Fortuitous

    Realism, Failed Realism dan Intelectual Realism.

    Jadual 3 : Peringkat Lukisan Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan Artisitk

    (Luquet, 2001)

    Peringkat Lukisan Ciri-ciri

    1. Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisankanak-kanak di mana imej yang cubadihasilkan pada peringkat contengan telahmembentuk imej dan objek yang hampirsama dengan objek sebenar.

    2. Peringkat Failed Realism Imej yang diperoleh secara tidak sengajadiperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkanimej sebenar. Lukisan yang hampir samadihasilkan berulang kali.

  • 7Peringkat Lukisan Ciri-ciri

    3. Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mulamelukis mengikut apa yang mereka tahu danapa yang mereka lihat. Bentuk lukisan masihringkas namun dilukis dengan agak baik.

    Apa itu terapi?

    Terapi merupakan satu usaha untuk membantu seseorang bagi menyelesaikan

    sesuatu masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai jenis terapi yang biasa dilakukan

    seperti terapi muzik, lukisan, pergerakan, permainan, pasir, dan air. American Art

    Theraphy Association (AATA) dalam Silverstone (1997) mendefinisikan terapi

    sebagai khidmat profesional yang menggunakan media seni, gambar, proses seni

    kreatif dan maklum balas klien terhadap hasil seninya sendiri. Ini merupakan

    gambaran terhadap perkembangan individu, keupayaan, personaliti, minat atau

    konflik dalam dirinya.

    Apa itu Terapi Seni Melukis?

    Terapi seni melukis merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan lukisan

    kanak-kanak bersama-sama maklum balas kanak-kanak sendiri untuk tujuan

    mencungkil emosi kanak-kanak. Lukisan akan menceritakan seribu makna. Melalui

    terapi seni melukis kanak-kanak dapat dibantu untuk meluahkan cerita tersirat dalam

    kehidupan mereka.

  • 8Kenapa terapi seni melukis penting kepada kanak-kanak?

    Terapi seni melukis penting untuk kanak-kanak atas sebab-sebab berikut :

    (i) Sebagai alat komunikasi lukisan merupakan bentuk komunikasi awalsebelum kanak-kanak berupaya untuk bertutur. Ia merupakan cara berkesan

    untuk berkomunikasi.

    (ii) Cara mencapai kepuasan diri kanak-kanak boleh meluahkan perasaan danemosi. Dengan melukis juga kanak-kanak mampu membina kekuatan otot serta

    koordinasi tangan dan mata mereka. Lukisan juga dapat membantu

    menajamkan daya fikir kanak-kanak.

    (iii) Meningkatkan daya penguasaan kendiri (self esteem) - kanak-kanak dapatmemperoleh kepuasan dengan meluahkan apa yang dilihat menerusi lukisan.

    Dengan melukis mereka dapat meningkatkan daya sensitiviti dan kreativiti.

    Penerapan unsur terapi seni dalam aktiviti melukis untukkanak-kanak

    Proses terapi sepatutnya dilaksanakan oleh orang yang mempunyai tauliah atau sijil

    yang diperaku oleh badan profesional. Mereka ini dipanggil ahli terapi. Para

    pendidik bukanlah ahli terapi seni melukis. Namun demikian, pendidik masih boleh

    menerapkan unsur terapi dalam aktiviti melukis kanak-kanak untuk membantu

    mereka meluahkan emosi.

    Konsep pelaksanaan terapi merujuk kepada latihan yang berulang-ulang.

    Dengan menerapkan unsur terapi dalam aktiviti melukis kanak-kanak, pendidik boleh

    menggalakkan kanak-kanak melukis secara berulang kali mengikut keselesaan

    mereka dan cuba mencungkil emosi kanak-kanak melalui perbualan tentang lukisan

    tersebut. Melalui aktiviti susulan yang dicadangkan dalam buku ini atau aktiviti lain

  • 9yang sesuai, pendidik dapat membantu kanak-kanak meningkatkan konsep kendiri

    mereka. Buku ini akan membantu pendidik untuk memahami unsur terapi seni

    melukis dan elemen-elemen yang perlu dalam interpretasi lukisan kanak-kanak.

    Prinsip dalam memahami lukisan

    Terdapat tiga prinsip utama dalam proses memahami lukisan yang perlu diambil

    perhatian oleh pendidik awal kanak-kanak iaitu :

    (i) Prinsip pertama pendidik sepatutnya tidak hanya menginterpretasi lukisansemata-mata tetapi perlu memberi lebih perhatian kepada perasaan dalaman

    kanak-kanak.

    (ii) Prinsip kedua pendidik perlu bertindak sebagai pengkaji denganmenggunakan pendekatan sistematik dalam memahami lukisan kanak-kanak.

    Sebagai contoh proses yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan

    selepas kanak-kanak melukis, memberi perhatian terhadap saiz kertas

    lukisan dan memberi perhatian terhadap warna, bentuk, objek serta item yang

    tertinggal daripada lukisan tersebut.

    (iii) Prinsip ketiga pendidik menganalisis maklumat yang diperoleh daripadalukisan dan luahan kanak-kanak, merekod serta mengumpulkan kesemua

    maklumat tersebut untuk membuat rumusan keseluruhan.

  • 10

    PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS UNTUKKANAK-KANAK

    Mari kita lihat bagaimana kita boleh mengendalikan aktivitimelukis untuk kanak-kanak dan menerapkan unsur terapidengan menggunakan buku ini

    Pelaksanaan aktiviti melukis terbahagi kepada tiga langkah.

    Langkah pertama: -Melibatkan empat sesi melukis oleh kanak-kanak.

    1. Diri Saya

    2. Keluarga Saya

    3. Aktiviti Bersama Keluarga, dan

    4. Cita-cita Saya

    Pendidik perlu memastikan kanak-kanak telah mempunyai kesediaan untuk melukis

    di mana kanak-kanak sepatutnya telah mempunyai kemahiran bagi membentuk

    objek asas sebelum sesi melukis dimulakan. Arahan kepada kanak-kanak perlu

    diberi secara santai dan tidak memberi tekanan untuk kanak-kanak melukis.

    Langkah kedua:-Setiap sesi akan disusuli dengan interpretasi lukisan oleh pendidik mengikut

    panduan interpretasi yang dicadangkan. Semasa menginterpretasi, pendidik

    hendaklah berbual dan bertanyakan soalan bagi mencungkil cerita di sebalik lukisan

  • 11

    tersebut. Sebaik-baiknya pendidik merakamkan perbualan semasa sesi ini

    berlangsung.

    Langkah ketiga:-Jika terdapat kanak-kanak yang perlu dibimbing, laksanakan beberapa aktiviti yang

    dicadangkan bagi meningkatkan emosi dan tahap konsep kendiri kanak-kanak.

    Pendidik bebas menggunakan kreativiti masing-masing untuk melaksanakan aktiviti

    susulan berdasarkan keperluan kanak-kanak atau boleh merujuk kepada cadangan

    aktiviti susulan yang disertakan (rujuk Lampiran).

    Contoh Lukisan Kanak-kanak

    Rajah 2: Aktiviti bersama keluarga

    Rajah 3: Keluarga saya

  • 12

    PANDUAN INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

    Mari kita mulakan aktiviti melukis. Anda sudah bersedia?

    Kunci kepada interpretasi lukisan kanak-kanak adalah bertanya dan berbual,

    jadi jangan tinggalkan kanak-kanak begitu sahaja selepas mereka selesai melukis.

    Sebagai pendidik, kita harus menemani mereka sambil bertanya untuk

    menggalakkan peluahan emosi mereka. Tidak semestinya semua elemen yang

    dilukis oleh kanak-kanak adalah sama. Jangan lupa catatkan segala maklum balas

    kanak-kanak terhadap pertanyaan kita. Alangkah baiknya jika semua perbualan kita

    bersama kanak-kanak itu dapat dirakamkan!

    Teacher, jangan kacau saya!

    Kita akan mula bertanya dan berbual dengan kanak-kanak selepas mereka

    selesai melukis. Ingat, jangan terlalu mengganggu semasa mereka melukis! Jika

    tiada masalah pemahaman, biarkan mereka melukis sendiri. Kita boleh beredar,

    membantu kanak-kanak lain yang mungkin bermasalah semasa melukis.

    Semasa perbualan, kita sebagai pendidik haruslah menggunakan laras

    bahasa perbualan dengan kanak-kanak. Jangan gunakan bahasa yang terlalu tinggi

    atau perkataan yang sukar difahami kanak-kanak. Bila bertanya, sebaik-baiknya

    gunakan soalan terbuka seperti ...mengapa? atau ...cuba beritahu cikgu mengapa

    jadi begini? Jika kita perlu gunakan soalan tertutup (jawapan ya/tidak atau satu

    jawapan sahaja), tanyakan lagi soalan lanjut yang meminta penerangan mereka

    seperti Kenapa Yaya kata Yaya bersedih tadi? Galakkan kanak-kanak berbual

    untuk mendapat maklum balas mereka. Contoh-contoh soalan pendidik dalam setiap

    sedia?

  • 13

    sesi melukis ditunjukkan dalam bahagian selepas ini. Namun demikian, bukanlah

    soalan-soalan tersebut sahaja yang boleh ditanya. Pendidik bebas bertanya soalan-

    soalan lain yang sesuai kepada kanak-kanak. Pendidik adalah orang yang paling

    mengenali kanak-kanak! Semasa berbual dengan kanak-kanak tentang lukisan

    mereka, pendidik boleh merujuk kepada bahagian ELEMEN-ELEMEN DALAM

    INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK dalam buku ini untuk membantu

    pendidik membuat interpretasi. Sebaik-baiknya pendidik memahami dahulu

    kesemua elemen dalam bahagian tersebut sebelum memulakan aktiviti sesi melukis

    untuk kanak-kanak.

    Sesi 1: Lukisan Diri Saya

    Untuk sesi pertama ini kanak-kanak diminta melukis diri mereka. Jika

    pendidik merasakan kanak-kanak masih belum menguasai konsep elemen pada diri

    seorang manusia, pendidik boleh membimbing kanak-kanak terlebih dahulu tentang

    elemen pada wajah dan diri manusia seperti mempunyai rambut, dua mata, hidung,

    mulut dan telinga pada muka, diikuti dengan elemen badan, tangan dan kaki.

    Pendidik juga boleh membimbing kanak-kanak tentang rupa wajah masing-masing

    seperti rambut lurus atau kerinting, mata bulat atau sepet, memakai tudung atau

    tidak. Seterusnya pendidik boleh membimbing kanak-kanak untuk menggambarkan

    emosi yang ingin ditunjukkan pada wajah seperti cara melukis senyuman, muka

    masam atau muka sedang marah. Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan

    kanak-kanak dan soalan oleh pendidik bagi Sesi 1. Panduan interpretasi lukisan

    disertakan untuk membantu para pendidik mencungkil emosi kanak-kanak.

  • 14

    Lukisan Diri Saya 1 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Cantiknya lukisan Ita, yang bulat besar niapa?

    2. Mengapa telinga ini lukis tidak sama?

    3. Masa ini, Ita rasa gembira atau sedih?Mengapa? (setelah kanak-kanak menjawabya/tidak)

    4. Cantiknya kalau pakai baju. Mengapa Itatidak lukis baju?

    Panduan Interpretasi

    Tumpukan pada jawapan kanak-kanak. Cuba hampiri pertanyaan kepada elemen dalampanduan interpretasi. Kemungkinan bulat besar yang dilukis bukan rambut, sebaliknyaadalah bebanan fikirannya (elemen unsur terkurung yang menunjukkan konflik rujukelemen 8). Berkaitan saiz telinga pula, jangan risau jika kanak-kanak tiada alasan terhadapsaiz telinga. Kawalan tangan kanak-kanak 3 hingga 4 tahun sememangnya belumsempurna!

    Sekarang mari kita lihat maklum balas terhadap elemen perasaan rujuk elemen 1.Ada kemungkinan jawapan kanak-kanak adalah sedih tetapi tidak mustahil juga merekaakan menjawab gembira! Tugas kita adalah bertanya sedalam yang mungkin mengapajawapan mereka begitu. Tentang baju pula, kemungkinan jawapan kanak-kanak adalah taktau nak lukis baju. Namun demikian, tumpuan harus kita berikan jika jawapan kanak-kanakmenunjukkan ada sesuatu rahsia di sebalik tidak berbaju itu.

  • 15

    Lukisan Diri Saya 2 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    (nama dilabel oleh pendidik setelahpertanyaan)

    1. Umairah buat apa ni? Siapa ada bersamaUmairah?

    2. Mengapa Umairah lukis bulat pada mama danabah?

    3. Nenek Umairah main sama? Kenapa cikgulihat nenek macam terbaring?

    4. Cikgu lihat Umairah lukis Umairah main dekatdengan mama. Selalu tak Umairah maindengan mama? Selalu tak Umairah maindengan abah? Mengapa? (jika kanak-kanakmenjawab selalu bermain dengan salahseorang sahaja).

    5. Semasa bermain, ada tidak siapa-siapa yangsedih? Mengapa?

    Panduan Interpretasi

    Jika ada objek lain yang dilukis selain daripada kanak-kanak tersebut, kita boleh bertanyadan melabelkan objek tersebut. Jangan lupa tanya juga situasi ketika itu sama ada bermain,bersantai atau sedang melakukan aktiviti lain. Sekali lagi kita jumpa elemen Unsurterkurung (rujuk elemen 8) dan kita harus buka kuncinya tanya kanak-kanak itu sebabnya!

    Masukkan diri kita dalam lukisan. Jika ada elemen yang pelik (rujuk elemen 2 dan 7),tanyakan sebab bagi keadaan yang pelik itu. Sebagai contoh, dalam lukisan di atas, suasanabermain sepatutnya gembira dan aktif tetapi nenek Umairah terbaring.

    Perhatikan juga jarak antara kanak-kanak dengan objek lain dalam lukisan mereka.Adakah mereka dekat atau jauh dengan objek tersebut? Namun demikian kita harus elakkanbertanya soalan bias (berat sebelah) seperti Umairah lebih sayang ibu atau lebih sayangayah?. Sebaliknya kita boleh tanyakan Siapa agaknya yang Umairah paling sayang?Mengapa?. Kita boleh juga bertanya soalan tentang perasaan kanak-kanak (rujuk elemen 1).

  • 16

    Lukisan Diri Saya 3 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Pandainya Iffah lukis! Rambut Iffah kan panjang,mengapa Iffah lukis rambut pendek?

    2. Mengapa tangan Iffah ada tiga?

    3. Cikgu tidak nampaklah kaki Iffah yang satu lagi.Mengapa Iffah tidak lukis kaki yang satu lagi?

    4. Iffah seronok atau sedih masa ini? Mengapa?

    5. Iffah selalu main dengan siapa?

    6. Ada tak sesiapa kawan Iffah atau orang lain yangpernah buat Iffah rasa marah? Mengapa Iffahmarah? (jika jawapan ya)

    Panduan Interpretasi

    Lukisan di atas menunjukkan beberapa perkara pelik yang kita perlu beri perhatian atautanyakan kepada kanak-kanak seperti keadaan rambutnya, bilangan tangan yang dilukis danbilangan kakinya (rujuk elemen 2 dan 3). Namun demikian, jika kanak-kanak tidak merasakeadaan itu pelik atau tiada maklum balas yang diharapkan, janganlah berasa tertekan!Pemikiran kanak-kanak sememangnya unik. Mungkin keadaan pelik itu hanya disebabkanoleh imaginasi kanak-kanak terhadap cerita yang ditontonnya atau jawapan mereka saja je,nak lukis macam tu.... Mungkin juga kanak-kanak belum bersedia meluahkan emosimereka. Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk bercerita jika mereka tidak mahu.Kuncinya mungkin pada ibu bapa kanak-kanak tersebut! Adalah sangat bermanfaat jika kitajuga dapat berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Jika lukisan itu tidak jelas menunjukkan perasaan gembira, tiada halangan untuk kitatanyakan mereka sebabnya. Jika kanak-kanak tidak mahu memberi jawapan pada kalipertama, janganlah paksa mereka dan cuba lagi berbual. Fitrah emosi kanak-kanak adalahriang dan suka bermain. Jika perwatakan biasa kanak-kanak tersebut tidak riang, cuba caripeluang mencungkil lagi emosi mereka dalam Sesi 2: Keluarga Saya. Ada kemungkinankita bertemu jawapan tersebut di sana.

    Kita juga mendapati ada kekosongan ruang dalam lukisan di atas. Cuba tanya soalanyang menjurus kepada kemungkinan rasa kekosongan dalam diri kanak-kanak (rujuk elemen11). Mungkin ini ada kaitan dengan semua perkara di atas.

  • 17

    Lukisan Diri Saya 4 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Sarah lukis Sarah masa kecil (sekarang) danmasa dah besar. Cantiknya mata Sarah masadah besar. Mengapa masa kecil Sarah tidaklukis mata macam ini?

    2. Sarah suka masa sekarang atau masa Sarahdah besar? Mengapa?

    3. Cikgu tidak nampak Sarah lukis kaki.Mengapa tidak lukis?

    4. Mengapa telinga Sarah bila dah besar tinggalsatu?

    Panduan Interpretasi

    Sarah di dalam lukisan di atas cuba menggambarkan dirinya semasa kecil (sekarang) dansemasa dia sudah dewasa. Lukisan Sarah tidak memperlihatkan objek yang lengkap. Cubaamati lukisan yang dihasilkan oleh Sarah. Mungkin ada sesuatu yang ingin dinyatakan olehSarah di dalam lukisannya.

    Kadangkala terdapat elemen yang ketara dalam lukisan kanak-kanak yang kita bolehtanyakan. Sebagai contohnya dalam lukisan di atas, kanak-kanak membezakan lukisanmatanya semasa kecil dan semasa sudah besar. Sekali lagi, kita boleh bertanya perasaankanak-kanak dalam lukisan dirinya (rujuk elemen 1).

    Objek yang hilang atau objek yang pelik mungkin disebabkan kurang kemahiran kanak-kanak untuk melukis. Namun demikian kita tidak boleh abaikan perkara tersebut (rujukelemen 2 dan 3). Kita perlukan memastikannya dengan cara bertanya kepada kanak-kanaktentang perkara tersebut.

  • 18

    Lukisan Diri Saya 5 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Aisyah lukis Aisyah sedang main kan? Inisiapa?

    2. Mata Aisyah macam jeling pada Ayu (ke arahobjek yang dijeling). Mengapa?

    3. Aisyah seronok masa ini? Mengapa?

    4. Mengapa Aisyah tidak lukis rambut, hidungdan tangan Aisyah?

    5. Apa yang Aisyah lukis bulat-bulat ini?Mengapa Aisyah lukis banyak?

    Panduan Interpretasi

    Jika ada objek lain bersama kanak-kanak, kita perlu tanyakan siapa/apa. Terutama jikaterdapat objek yang berulang (rujuk elemen 6). Mungkin objek tersebut penting dalamhidupnya.

    Jika terdapat perlakuan yang ketara dalam lukisan tersebut juga boleh kita tanyakanseperti perlakuan menjeling dalam lukisan di atas.

    Begitu juga perasaan kanak-kanak semasa melukis seperti yang kita tanyakan dalamcontoh lukisan-lukisan lain sebelum ini (rujuk elemen 1).

    Sekali lagi, kita berjumpa objek yang hilang dalam lukisan Aisyah. Walaupun mungkinbelum mahir, kita masih boleh bertanya tentang objek yang hilang itu (rujuk elemen 3).

    Selain daripada itu tanyakan tentang objek berulang dalam lukisan (rujuk elemen 6).Kemungkinan objek itu penting bagi kanak-kanak tersebut.

  • 19

    Sesi 2 : Lukisan Keluarga Saya

    Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak bagi Sesi 2 : KeluargaSaya. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga.Terdapat pelbagai emosi yang dapat digambarkan apabila bersama keluargamereka. Oleh itu penting untuk menggalakkan kanak-kanak bercerita mengenaikeluarga mereka berdasarkan lukisan yang dihasilkan.

    Lukisan Keluarga Saya 1 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Boleh ceritakan pada cikgu, siapadalam lukisan ini?

    2. Kenapa Iwan lukis mama adabanyak kaki ya? Yang lain duakaki sahaja.

    3. Iwan ada baby Aira. Boleh takcikgu ambil baby Aira? Mengapa?

    4. Iwan suka main dengan siapa?Mengapa?

    Panduan Interpretasi

    Untuk tema keluarga, tumpukan soalan berkisar kepada hubungan kanak-kanak dengankeluarganya. Tanyakan kanak-kanak tentang perasaan mereka terhadap kesemua ahlikeluarganya. Ini akan menggalakkan kanak-kanak bercerita tentang keluarga mereka. Jikaterdapat kanak-kanak yang tidak suka bercerita tentang keluarga mereka, tentu ada sebabtertentu yang menjadikan mereka begitu. Dengan ini pendidik bolehlah menanamkan sikapcinta dan sayangkan keluarga dalam diri kanak-kanak tersebut.

    Lukisan di atas menggambarkan keluarga Iwan yang terdiri daripada ibu, ayah, adikbarunya dan dirinya sendiri. Iwan menggambarkan kegembiraan di dalam lukisannya dansentiasa bercerita tentang keluarganya terutama ayahnya.

    Cuba tanyakan kanak-kanak lebih lanjut tentang ahli keluarga lain atau objek lain yangdigambarkan di dalam lukisan mereka. Menerusi lukisan mereka kemungkinan terdapatcerita di sebalik kedudukan ahli keluarga dan jarak kanak-kanak dengan ahli keluarganyadalam lukisan tersebut (elemen 10). Tanyakan juga jika terdapat halangan yang berupaobjek di dalam lukisan tersebut. Menarikkan jika kita mengerti rahsia lukisan kanak-kanak!

  • 20

    Lukisan Keluarga Saya 2 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Ada lima orang dalam gambar ni.Yang mana satu ayah/ ibu/ adikberadik/ kamu?

    2. Yang mana lelaki? Yang mana pulaperempuan?

    3. Kenapa ada garisan-garisan tajampada kepala yang tiga ni?

    4. Dalam gambar ni, ayah buat apaya? (tukar pula pertanyaan pada ahlikeluarga yang lain).

    5. Jika ayah pergi jauh, dua atau tigahari tak balik rasa macamana?Mengapa rasa begitu? (soalan bolehditukar kepada ahli keluarga yanglain).

    Panduan Interpretasi

    Intepretasi lukisan di atas bergantung kepada jawapan yang kanak-kanak berikan sepanjangsesi terapi dijalankan. Dalam lukisan di atas, kanak-kanak tersebut berjaya menggambarkanperasaan gembira apabila diminta melukis ahli keluarga. Kita dapat lihat yang kanak-kanakmelukis semua ahli keluarga beliau. Ada kemungkinan hubungan kekeluargaan yang rapatdan penuh kasih sayang berlaku dalam keluarga tersebut ( rujuk elemen 1).

    Oleh itu pendidik atau individu yang bertanyakan soalan harus pandai memainkanemosi kanak-kanak. Tanyakan kepada mereka akan kesemua ahli keluarganya jika kita lihatkanak-kanak begitu bersungguh-sungguh ingin menerangkan tentang ahli keluarganya. Jikaada di antara ahli keluarganya yang tidak dizahirkan, cuba cungkil pertanyaan agar kanak-kanak dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam jiwanya.

    Di dalam lukisan di atas, apabila diajukan soalan mengenai saiz, kanak-kanaktersebut dapat membezakan saiz dengan watak lukisan seperti saiz yang besar adalah ayahmanakala saiz yang kecil adalah adik (rujuk elemen 5).

  • 21

    Lukisan Keluarga Saya 3 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Banyaknya Mira lukis bulatan. Bolehcikgu tau Mira lukis gambar apa ni?

    2. Kenapa ada banyak garisan dalambulatan?

    3. Siapa yang ramai-ramai ni? (setelahkanak-kanak menyebut bulatan yangdilukis tersebut adalah keluarganya)

    4. Yang ini siapa pula? (sambil menunjuksatu persatu kepada objek yang dilukis).

    5. Kenapa Mira lukis semua orang dudukdekat-dekat?

    6. Mira sayang tak pada ayah? (pendidikboleh mengulang pertanyaan yang samauntuk ahli keluarga lain yang disebut ).

    7. Bagaimana Mira tau ayah sayang kepadaMira? (pendidik boleh mengulangpertanyaan yang sama untuk ahlikeluarga lain yang disebut).

    Panduan Intepretasi

    Jika kanak-kanak melukis objek secara berulang, ada kemungkinan kanak-kanak tersebutcuba menunjukkan sesuatu yang penting dalam hidupnya (rujuk elemen 6). Tanyakan kepadakanak-kanak sebab beliau melukis objek tersebut secara berulang. Mungkin setiap objek yangdigambarkan mewakili setiap ahli keluarganya yang dirasakan penting dalam hidupnya.Mungkin juga kanak-kanak ingin menggambarkan sesuatu yang benar-benar disukainya.

    Sebagai contoh, dalam lukisan keluarga di atas, kanak-kanak melukis objek yang samasecara berulang (bulatan dan garisan panjang di sekeliling bulatan) yang menggambarkansemua ahli keluarganya. Pendidik boleh mengambil peluang ini untuk bertanya danmendapatkan maklumat berkaitan hubungan kanak-kanak dengan keluarganya.

    Beri perhatian juga kepada saiz lukisan. Dalam lukisan ini ada dua objek yang jelas lebihbesar daripada objek yang lain. Cuba tanya kanak-kanak sebabnya. Ada kemungkinan objekyang besar itu adalah ahli keluarga yang paling disayangi atau sebaliknya (rujuk elemen 5).

  • 22

    Sesi 3 : Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga

    Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak bagi Sesi 3: AktivitiBersama Keluarga.

    Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga dapat memberi gambaran tentang emosi dansosial kanak-kanak dengan individu yang berhampiran dengan diri mereka. Dalammengenal pasti sosioemosi kanak-kanak ini, pendidik boleh bertanyakan beberapasoalan semasa melukis, bertujuan membantu mencungkil emosi kanak-kanaksemasa melakukan aktiviti bersama keluarga.

    Lukisan Aktiviti BersamaKeluarga 1

    Contoh Soalan Pendidik

    1. Yang panjang ni gambar apa?

    2. Dua bulat-bulat ni gambar apa pula?

    3. Tadi Rizuan kata ini gambar ayah sedang cucikereta. Mana mama dan kakak? Kenapamama dan kakak tidak bersama ayah?

    4. Mengapa Rizuan tidak ada dalam lukisan ni?

    Panduan Interpretasi

    Jika kita perhatikan gambar di atas, beberapa persoalan mungkin akan wujud dalam diri kita.Kita tidak dapat menjangka apa yang ingin dinyatakan oleh kanak-kanak menerusilukisannya sebelum kita berbual dengan kanak-kanak tersebut. Bentuk apakah yang dilukisoleh kanak-kanak tersebut? Apakah yang ingin dinyatakan oleh kanak-kanak menerusigambar di atas? Oleh itu, kita perlu berbual dengan mereka!

    Gambar di atas sebenarnya menggambarkan aktiviti Rizuan dengan keluarganya.Ayah Rizuan sedang mencuci kereta sementara ahli keluarga yang lain berada di dalamrumah (merujuk kepada objek panjang seperti jari). Berdasarkan elemen 12, cuba dapatkanjawapan kanak-kanak berkaitan orang yang membuat kerja dalam lukisan tersebut. Jika kitadapati ada ahli keluarga yang sepatutnya bersama tiada dalam lukisan (seperti Rizuansendiri, ibu dan kakaknya), cuba tanyakan sebabnya (rujuk elemen 3).

  • 23

    Lukisan Aktiviti BersamaKeluarga 2

    Contoh Soalan Pendidik

    1. Banyaknya rumah dilukis! Kenapa banyaksangat rumah ni?

    2. Siapa punya rumah ni? (tanya satu persatu)Kenapa rumah ini tak sama besar?

    3. Kenapa kita mesti ada rumah? Boleh takceritakan pada cikgu tentang rumah kamu?

    Panduan Interpretasi

    Perhatikan gambar di atas. Aiman melukis beberapa buah rumah dan pelbagai saiz. Apapula pandangan dewasa terhadap lukisan anak kecil ini. Jika diteliti, terdapat banyakpengulangan kepada bentuk rumah ini. Pengulangan ini mungkin menggambarkan sesuatuyang sangat disukai atau sangat penting kepada kanak-kanak tersebut (rujuk elemen 6).

    Perhatikan pula elemen 5 iaitu berkaitan saiz lukisan. Tanyakan tentang saizgambar yang berbeza itu.

    Berdasarkan lukisan di atas, perkara yang diceritakan oleh Aiman adalah beliauselalu bermain-main dengan keluarganya di dalam rumah. Setiap ahli keluarganyamempunyai rumah masing-masing. Aiman juga inginkan rumah yang banyak dan cantik.Bukankah maklumat ini dapat membantu kita membuat interpretasi lukisan Aiman,membantu memahami elemen yang disebutkan dan membantu kita memahami diri Aimansendiri?

    Kita juga boleh bertanyakan jarak di antara satu objek ke satu objek. Tentu adasesuatu yang ingin diceritakan oleh kanak-kanak menerusi lakaran mereka. Rujuk elemen 6untuk mengetahu pengulangan dalam lukisan mereka dan elemen 10 tentang jarak di antaraobjek-objek yang dihasilkan.

  • 24

    Lukisan Aktiviti BersamaKeluarga 3

    Contoh Soalan Pendidik

    1. Boleh terangkan siapa di dalam gambar ini?

    2. Kesemua orang ni sedang buat apa? Di manamereka berada?

    3. Kenapa gambar ni ada tanda X padatangannya? (jawapan kanak-kanak ialah inginjadi superman). Kenapa suka jadi superman?

    4. Kalau seronok boleh bermain dengankeluarga, apa Syahmin buat pada ayah/ mak/kakak/ adik?

    Panduan Interpretasi

    Lukisan di atas jelas menunjukkan aktiviti kanak-kanak dengan keluarganya. Semua ahlikeluarga dijelmakan di dalam lukisan. Ini mungkin menunjukkan bahawa kanak-kanaksangat sayangkan keluarganya. Tetapi anda jangan tertipu! Kadang-kadang terdapat jugalukisan kanak-kanak yang berbeza dengan apa yang dilaluinya. Mereka menggambarkansesuatu yang indah sedangkan mereka tidak pernah mengalaminya. Ini merupakanimpiannya dan dijelmakan menerusi daya imaginasinya.

    Oleh itu pertanyaan demi pertanyaan perlu dilakukan semasa menginterpretasilukisan kanak-kanak ini. Anda juga harus ingat! Anda harus pandai memainkan kata-kataagar kanak-kanak tidak tahu bahawa kita ingin mendapatkan maklumat lanjut tentangdirinya.

    Lukisan di atas merupakan hasil karya Syahmin. Ayah Syahmin selalu membinalayang-layang untuk permainan Syahmin dan ahli keluarganya. Syahmin juga telahmembuat layang-layang untuk dirinya dan juga adiknya. Syahmin berasa seronok apabilasemua ahli keluarganya dapat bermain layang-layang bersama. Perhatikan elemen 6 iaitupenjelasan berkaitan objek yang berulang.

  • 25

    Lukisan Aktiviti BersamaKeluarga 4

    Contoh Soalan Pendidik

    1. Kenapa semua orang berada di dalam kotak-kotak ni?

    2. Yang bulat-bulat di tangan orang ni apa ya?Kenapa semuanya ada bulat-bulat.

    3. Gambar mula-mula ni kenapa besar? Tak adapun bentuk bulat ditangannya.

    Panduan Interpretasi

    Aktiviti di atas merupakan aktiviti bersama keluarga karya Khairul. Lukisan Khairul tidakmenggambarkan emosinya bersama keluarga. Kesemua gambar memperlihatkan elementerkurung. Jangan panik atau membuat interpretasi sendiri!

    Tanyakan beberapa soalan bagi mencungkil jawapan berdasarkan lukisan kanak-kanak. Elakkan daripada mendesak untuk mendapatkan jawapan, jika kanak-kanak engganmenjawab. Pendidik juga boleh bertanya beberapa soalan lain tetapi masih dalam konteksyang sama. Kanak-kanak adalah jujur dan mereka ikhlas, jadi kita perlu mencungkil emosimereka. Kanak-kanak juga boleh berasa bosan dan tidak mahu menjawab, atau menjawabsambil lewa jika terlalu didesak. Oleh itu, tanyalah soalan dengan cara yang hikmah dantidak mendesak agar kanak-kanak selesa bercerita. Menerusi elemen 5 (saiz), 6 (objekberulang), 8 (unsur terkurung), 10 (jarak dengan objek) dan 12 (kerja yang digambarkandalam lukisan) kita sebagai pendidik boleh melihat bahawa terdapat perkaitan elemen-elemen tersebut dalam lukisan ini.

    Menurut Khairul, gambar di atas menunjukkan emaknya sedang memasak di dapur.Semua ahli keluarga ingin makan dan menuju ke dapur. Mereka membawa pinggan masing-masing. Adakah anda telah menemukan jawapannya sekarang? Namun masih banyaksoalan anda boleh utarakan jika ingin mengetahui lebih mendalam tentang emosi kanak-kanak ini.

  • 26

    Lukisan Aktiviti BersamaKeluarga 5

    Contoh Soalan Pendidik

    1. Boleh tak Aqeel jelaskan, yang ada bentukbulat dan garis tegak ni apa ya?

    2. Eh, mama dia macam kena kurung saja. Bolehcikgu tahu kenapa?

    3. Aqeel kata, ini Papa. Tapi kenapa Aqeel warnahitam pada muka Papa?

    Panduan Interpretasi

    Lihat gambar di atas. Lihat objek yang kecil. Kemudian lihat pula objek yang terkurung (rujukelemen 8). Tentu anda merasa aneh dan pelik melihat gambar tersebut. Mungkin adasesuatu peristiwa yang berlaku yang cuba ingin disampaikan oleh pelukisnya. Menarikbukan!

    Itu cuma pandangan dan tanggapan anda berdasarkan lukisan yang dijelmakan.Mungkin juga kanak-kanak maksudkan lain daripada apa yang anda fikirkan.

    Tanyakan kanak-kanak beberapa soalan jika anda menjumpai lukisan seperti ini.Untuk mengetahui emosinya tanyakan perasaan kanak-kanak berkaitan gambar yangdilukisnya (rujuk elemen 1). Jangan panik jika anda rasa kanak-kanak tidak menjawabsebagaimana yang anda inginkan. Tanyakan soalan-soalan yang lebih terbuka agar kanak-kanak mudah bercerita. Sokong pandangan kanak-kanak semasa bercerita. Motivasi yangdiberi oleh pendidik akan membuatkan kanak-kanak semakin suka bercerita dan terusbercerita!

    Gambar di atas menceritakan tentang Aqeel ke Kota Bharu dengan menaiki keretaayahnya. Aqeel telah mewarnakan muka bapanya tetapi tidak pada muka ibunya ataudirinya sendiri. Menurut Aqeel ayahnya sedang memarahinya di atas kesilapan yangdilakukannya. Apa emosi Aqeel sebelum dan selepas peristiwa? Jawapannya ada padaperbualan guru dengan Aqeel sendiri!

  • 27

    Sesi 4 : Lukisan Cita-cita Saya

    Lukisan Cita-cita Saya 1 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Cantiknya gambar ni. Mimi lukis gambarsiapa ni?

    2. Mana tangan dia? Kenapa tangan diaMimi lukis begini?

    3. Banyaknya garis-garis tepi Mimi. Apagaris-garis di sekeliling ni?

    4. Tak ada mata pun? (jika kanak-kanakmenunjukkan objek yang dimaksudkan)Hidung? Mulut? Kaki?

    5. Sebenarnya besar nanti nak jadi apa?

    Panduan Interpretasi

    Sebagai pendidik, masukkan diri kita ke dalam suasana lukisan untuk merasai perasaan,dan emosi kanak-kanak. Dengar penjelasan kanak-kanak terhadap lukisan mereka.Tunjukkan kesungguhan kita terhadap cerita yang disampaikan kanak-kanak.

    Dalam lukisan di atas, Mimi sangat yakin dengan diri beliau untuk menjadi seorangdoktor. Walaupun lukisannya tidak membayangkan apa yang dicita-citakannya, fahami nalurikanak-kanak dan galakkan ceritanya menerusi pertanyaan-pertanyaan kita seolah-olah kitajuga sangat berminat dengan impiannya (rujuk elemen 7)

    Apa yang dilukis mungkin nampak pelik pada mata pendidik tetapi tanyakan padakanak-kanak apa yang ingin disampaikannya (rujuk elemen 2).

  • 28

    Lukisan Cita-cita Saya 2 Contoh Soalan Oleh Pendidik

    1. Besarnya lukisan kamu. Kenapa lukisbesar gambar ni?

    2. Ini siapa? Cantiknya! Kenapa bajunyamacam ini?

    3. Lukisan ini ada mata, ada hidung tapimulutnya mana ya?

    4. Kenapa nak jadi doktor? Tahu takbagaimana kerja doktor tu?

    Panduan Interpretasi

    Kanak-kanak juga berkemungkinan untuk menghasilkan lukisan yang pelik atau luar biasaseperti dalam lukisan di atas. Namun demikian, pendidik perlu mengemukakan soalanberdasarkan apa yang pelik dalam lukisan tersebut untuk merungkaikan makna lukisan ataucerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, tanya pada kanak-kanak kenapa kepalanyaberbentuk segitiga? Ada kemungkinan kanak-kanak tersebut ingin menggambarkan beliaumemakai tudung seperti ibunya apabila keluar bekerja (rujuk elemen 2).

    Pendidik boleh bertanya kerjaya apa yang digambarkan oleh lukisan kanak-kanaktersebut. Mungkin lukisan kanak-kanak tidak langsung menggambarkan kerjaya yangmereka impikan. Tidak mengapa, kerana kita perlu ingat kanak-kanak mungkin belummencapai peringkat lukisan yang mampu menunjukkan objek dengan jelas (rujuk penjelasanberkaitan peringkat lukisan kanak-kanak). Tambahan pula lukisan berkaitan cita-cita agaksukar untuk dilukis oleh kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 hingga 4 tahun. Apa yangpenting, kanak-kanak dapat meluahkan impian mereka, kerana ini boleh memotivasikanmereka dan meningkatkan konsep kendiri mereka. Bagi merangsang pengetahuan mereka,pendidik boleh membimbing dan menerangkan kepada kanak-kanak dengan lebih lanjutberkaitan perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang memiliki kerjaya impian yangdinyatakan oleh kanak-kanak (rujuk cadangan aktiviti susulan dalam Lampiran 1) .

  • 29

    Lukisan Cita-cita Saya 3 Contoh Soalan Pendidik

    1. Cantiknya lukisan, apa yang kamu lukis?

    2. Kenapa lukis satu kaki sahaja?

    3. Apa yang bulat-bulat di bahagian badan?

    4. Mengapa ada bulatan kecil di ataskepala?

    5. Apa cita-cita kamu? (Jika kanak-kanaktidak tahu, ganti soalan dengan besarnanti nak jadi apa?)

    Panduan Interpretasi

    Kanak-kanak juga berkemungkinan menghasilkan lukisan tidak lengkap atau ada objekyang tertinggal seperti dalam lukisan di atas. Namun demikian, pendidik perlumengemukakan soalan berdasarkan apa yang tidak lengkap dalam lukisan tersebut untukmerungkaikan makna lukisan atau cerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, kenapahanya satu sahaja kaki yang dilukis? Ada kemungkinan kakinya teluka atau sering dipukuloleh bapanya (rujuk elemen 2).

    Cuba kaitkan lukisan dengan cita-cita kanak-kanak. Adakah kekurangan dankelebihan di dalam lukisan tersebut mempunyai perkaitan dengan cita-citanya. Menarikkanjika kita mengetahui dunia kanak-kanak yang unik dan penuh misteri ini! (Rujuk elemen 7)

    Kita telah selesai membuat interpretasi terhadap lukisan kanak-kanak berdasarkan empat sesi yang diberikan. Ingat kuncinya bertanya dan berbual untuk mencungkil emosi!

  • 30

    ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISANKANAK-KANAK

    Apa itu elemen?

    Elemen merupakan lambang, objek atau ikon yang boleh kita tafsirkan di dalamlukisan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh melukis apa saja. Setiap lakaran merekamembawa makna yang tersendiri. Oleh itu jangan lupa bertanya kanak-kanak setiaplakaran yang mereka hasilkan. Ingat! Jangan cuba menginterpretasi sendiri karyakanak-kanak tanpa bertanyakan hal yang sebenarnya kepada kanak-kanak.Pemikiran orang dewasa tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh kanak-kanak.

    ELEMEN INTERPRETASI

    1. Perasaan yang ditunjukkan olehlukisan

    Lihat dulu gambaran yang ditunjukkan olehlukisan - sedih, gembira, takut, kecewa,marah.

    Tanya kanak-kanak apa perasaannyasemasa melukis.

    Cuba tanyakan soalan-soalan yang dapatmencungkil emosi kanak-kanak tersebutseperti kenapa?, Bagaimana ini terjadi?,Apa yang kamu rasa?

    2. Apa yang pelik? Cuba lihat apa yang dilukis oleh kanak-kanak berciri pelik atau luar biasa.

    Menurut Furth (1988), Perkara pelik inimenjurus kepada titik permasalahan yangpelu dirungkai. Namun hati-hati dengankenyataan ini.

    Sesuatu yang pelik itu mungkin jugamenunjukkan kreativiti, selari dengan dayaimaginasi kanak-kanak yang tinggi pada usiabegini (Malchiodi, 1998).

  • 31

    ELEMEN INTERPRETASI

    3. Apa yang tertinggal/hilang? Perhatikan apa objek yang tiada dalamlukisan. Objek tersebut mungkin sepatutnyaobjek yang biasa ada pada seseorangindividu tetapi tidak dizahirkan.

    Tentu ada sesuatu yang menyebabkankanak-kanak tidak melukis sesuatu bahagiandi dalam lukisannya. Sebagai pendidik kitaharus bertanya untuk mendapatkan jawapanyang sebenarnya.

    4. Apa yang berada di tengah ruanglukisan?

    Terdapat kanak-kanak yang tidakmenyatakan kehendaknya secara berterusterang. Menerusi lukisan mereka cubamenggambarkan kehendak mereka itu.

    Objek yang berada di bahagian tengahlukisan mungkin merupakan perkara yangsangat penting atau boleh menjadi puncamasalah.

    Fokuskan pemerhatian terhadap objek yangcuba difokuskan oleh kanak-kanak. Mungkinjuga objek ditengan bukan masalah kepadakanak-kanak tetapi merupakan kesukaannyaataupun objek pertama yang dilakarkan dantidak mempunyai maksud tertentu.

    5. Saiz Keseimbangan bahagian pada objek atauorang dalam lukisan adalah penting (Furth,1988). Perhatikan gambar di sebelah. Cubapastikan bahagian mana yang terlebihsaiznya atau terkecil saiznya.

    Saiz tangan yang besar ini mungkinmembawa beberapa maksud tertentu.Mugkin kanak-kanak ini terkena sengatantebuan, tangannya dirotan oleh ayah, atauinginkan tangan yang besar untuk mudahmendapatkan sesuatu.

    Tanyakan kanak-kanak sebab musabab iaterjadi untuk mendapatkan kepastian dalammenginterpretasi lukisan kanak-kanak.

  • 32

    ELEMEN INTERPRETASI

    6. Objek yang berulang Lihat objek yang dilukis secara berulang.Cuba kira bilangan objek yang berulangtersebut. Ini mungkin mewakili bilangansesuatu. Mungkin juga kanak-kanak benar-benar inginkan sesuatu atau bosan kepadasesuatu yang digambarkan.

    Cungkil perkara yang terdapat di dalampemikiran kanak-kanak dengan soalan-soalan yang berkaitan.

    7. Masukkan diri anda dalam lukisantersebut

    Cuba masukkan diri ke dalam suasanadalam lukisan untuk merasai perasaankanak-kanak. Rasai apa yang kanak-kanakcuba ceritakan dan memahami watak-watakyang digambarkan.

    Tanyakan semua watak yang terdapat didalam lukisan kanak-kanak. Ini akanmenggambarkan keseluruhan cerita yang dialami oleh kanak-kanak.

    8. Unsur terkurung (encapsulation) Menggambarkan sempadan, pada objektertentu untuk memisahkannya dengan objekyang lain. Ini mungkin disebabkan sesuatuyang tidak disukai, sebab ketakutan ataukebencian.

    Tanyakan kanak-kanak sebab musababmereka membuat kurungan atau pemisahanini.

    Dekat dengan diri kanak-kanak dan berikankepercayaan jika kanak-kanak takut untukmenceritakan sesuatu.

  • 33

    ELEMEN INTERPRETASI

    9. Sambungan (extension) Sesuatu yang dilukis yang berada dalamtangan seseorang (seperti rotan, kayu, kayugolf atau bat besbol). Ini membayangkankuasa atau keadaan yang menunjukkanseseorang dapat mengawal keadaansekitarannya.

    10. Jarak dengan objek Objek yang berada jauh terpisah di belakangobjek lain mungkin menunjukkan objektersebut samar dalam penghidupan pelukisatau konflik yang berlaku antara objek dibelakang itu dengan objek-objek yang lain.

    11. Kekosongan lawan bahagian yangdipenuhi

    Lukisan yang memenuhi ruang kertasmenggambarkan hidup yang lengkap. Jikabanyak ruang kosong, ia mewakilikekosongan hidup atau keadaan dalam diripelukis yang kekosongan.

    12. Kerja yang digambarkan dalamlukisan

    Keadaan orang-orang yang membuat kerjadalam lukisan yang digambarkanmenunjukkan ikatan pertalian keluarga atauhubungan.

  • 34

    13. Warna dalam lukisan

    Warna juga memainkan peranan yang menunjukkan peluahan perasaan.Perhatikan warna yang dipilih oleh kanak-kanak semasa melukis. Jika objekdiwarnakan secara luar biasa seperti matahari hitam, biri-biri merah atau lembuungu, maka rujukan untuk interpretasi warna perlu diteliti. Beberapa panduanmengenai penggunaan warna adalah seperti berikut:

    Jadual 4: Interpretasi Warna (adaptasi dari Gage, 1999 dan Furth, 1988)

    WARNA INTERPRETASI

    Merah Tanda yang ketara menunjukkan bahaya, marah, sakit teruk

    Merah jambu Menggambarkan masalah yang baru saja berlalu, jika di muka,menunjukkan sihat

    Ungu Keperluan untuk mengawal atau keperluan untuk orang lainmengawal atau menyokong

    Oren Menggambarkan situasi suspen, contohnya keadaan antara hidupdan mati, tenaga yang semakin berkurangan atau bantuandaripada situasi yang sangat mencemaskan.

    Kuningkeemasan

    Menunjukkan sesuatu yang berharga, semangat yang membara,tenaga untuk hidup

    Kuning pucat Situasi hidup yang tidak pasti atau tidak selamat

    Biru terang Menggambarkan kesihatan atau tenaga yang baik, kedamaian,ketenangan

    Biru pucat Menggambarkan jarak, penarikan diri

    Hijau gelap Kesihatan tubuh badan, hidup baru, proses penyembuhan

    Kuning kehijauanpucat

    Lemah fizikal atau psikologi

  • 35

    WARNA INTERPRETASI

    Cokelat gelap Kesegaran yang berkaitan alam semulajadi, kesihatan yang baik

    Cokelat pucat Lemah, reput, usaha keras untuk mengatasi tekanan untukkembali normal/sihat

    Hitam Sesuatu yang tidak diketahui, menunjukkan unsur negatif, murung,tekanan, tidak menghargai diri

    Kelabu Pasif, kekosongan, tiada hubungan dengan realiti

    Putih Jika tiada warna lain, menggambarkan perasaan yang amatlemah.Jika semua warna telah digunakan, menggambarkan hidupyang telah lengkap

    Apa jua elemen yang dirujuk, jangan lupa kuncinya, tanyasoalan dan berbual dengan kanak-kanak!

  • 36

    PENUTUP

    Aktiviti melukis yang disusuli interpretasi lukisan kanak-kanak merupakan medium

    alternatif kepada pendidik untuk mencungkil emosi dan cerita dalam diri atau dunia

    kanak-kanak. Bagi menjayakan aktiviti ini, pendidik perlu menggunakan buku

    Interpretasi Lukisan Kanak-kanak ini secara maksima dan bersabar terhadap

    penghasilan tingkah laku baru terutama dalam meningkatkan konsep kendiri kanak-

    kanak. Konsep kendiri tidak dapat ditingkatkan dalam masa sehari! Pendidik perlu

    memberi fokus terhadap beberapa aktiviti susulan berdasarkan kepada interpretasi

    setiap sesi melukis yang dijalankan. Tumpuan perlu diberikan terutama terhadap

    konsep kendiri kanak-kanak yang perlu ditingkatkan, sama ada kelebihan yang ada

    dalam dirinya, hubungannya dengan keluarga, rakan atau cita-citanya.

    Penggunaan maksima buku panduan ini diharapkan akan dapat membantu

    pendidik melaksanakan asas terapi seni melukis bagi meningkatkan konsep kendiri

    kanak-kanak. Kepentingan peningkatan konsep kendiri pada peringkat awal kanak-

    kanak akan membantu mereka melonjakkan kecemerlangan diri dan seterusnya

    lebih yakin dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini.

    Perkembangan yang positif dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani ini akan

    membantu kanak-kanak membesar ke tahap yang lebih optimum sehinggalah ke

    peringkat dewasa. Kecemerlangan kanak-kanak pada hari ini akan membuahkan

    hasil sebagai pemimpin dan penyumbang ke arah kecemerlangan negara Malaysia

    pada masa hadapan. Kanak-kanak adalah permata negara!

  • 37

    BIBLIOGRAFI

    Day, M. & Al Hurwitz, (2001). Children and Their Art:Methods for the Elementary

    School. Texas:Harcourt College

    Furth, G.M. & Kubler-Ross, E. (1988). The Secret World of Drawings:Healing

    through Art. Boston: Sigo Press.

    Gage, J. (1999). Color and meaning: Art, science and symbolism. Berkeley and Los

    Angeles, CA: University of California Press.

    Lowenfeld, V. & Brittain, W. (1988). Creative and mental growth. New York:

    MacMillan Publishing Company.

    Luquet, G.H. (2001). Childrens Drawing. London:Alan Costal

    Silverstone, L. (1997). Art Therapy. The Person-Centred Way. London:Jessica

    Kingsley Publishers Ltd.

  • 38

    Lampiran

    CADANGAN AKTIVITI SUSULAN

    SESI 1 : DIRI SAYA

    1. Menyanyi- menyanyi miming- menyanyi tanpa muzik- menyanyi dengan gerakan

    2. Bercerita tentang diri sendiri- nama- makanan kegemaran- permainan- kawan baik

    3. Bercakap menggunakan pembesar suara.

    4. Merakam suara dan diperdengarkan semula.

    5. Menari.

    6. Bergaya di hadapan cermin.

    7. Bergaya dan berfoto.

  • 39

    SESI 2 : KELUARGA SAYA

    1. Bersalam dengan ibu dan ayah sebelum ke pusat asuhan.

    2. Bersalam dengan ibu dan ayah sebelum tidur.

    3. Bergambar bersama keluarga.

    4. Bercerita kepada ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain.

    5. Membuat album keluarga.

    6. Membuat dan memberi kad-kad ucapan kepada ahli keluarga.

    7. Memberi hadiah kepada ahli keluarga sempena sambutan hari tertentuseperti Hari Lahir, Hari Ibu dan Hari Bapa.

  • 40

    SESI 3 : AKTIVITI BERSAMA KELUARGA

    Aktiviti Di Luar Rumah

    1. Berkelah.

    2. Menyiram bunga.

    3. Mencuci kereta.

    4. Berkhemah.

    5. Makan di restoran.

    6. Bermain di taman permainan.

    7. Membeli belah.

    8. Bermain bersama keluarga(contoh : badminton, police and thief, galah panjang, main sorok-sorok).

    Aktiviti Di Dalam Rumah

    9. Menyiang ikan bersama ibu.

    10. Membuat kolaj kertas bersama ibu dan ayah.

    11. Menghasilkan origami bersama ibu dan ayah.

    12. Mencuci pinggan mangkuk.

    13. Menolong ibu memasak.

    14. Makan bersama keluarga.

    15. Beribadat bersama keluarga.

    16. Membuat album gambar keluarga.

    17. Membuat buku skrap.

    18. Bermain bersama keluarga(contoh : congkak, batu seremban, dam, Sahibba, Scrabble, Saidina)

  • 41

    SESI 4 : CITA-CITA SAYA

    1. Main peranan / simulasi watak kerjaya dengan prop.

    2. Lawatan ke tempat-tempat berkaitan kerjaya berkenaan.

    3. Menonton video.

    4. Melihat gambar kerjaya.

    5. Pertunjukan pakaian beragam.

  • BUKU INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

    Buku Interpretasi Lukisan Kanak-kanak merupakan panduankepada para pendidik awal kanak-kanak bagi mengendalikan sesi melukis untukkanak-kanak sambil menerapkan unsur terapi yang membolehkan kanak-kanakmeluahkan emosi mereka. Buku ini mengandungi empat bahagian utama iaitumaklumat berkaitan lukisan kanak-kanak, panduan pelaksanaan aktiviti melukis untukkanak-kanak, panduan interpretasi lukisan kanak-kanak dan elemen-elemen dalaminterpretasi lukisan kanak-kanak. Bimbingan kepada pendidik diberikan dalam bentuklangkah demi langkah dengan bahasa yang santai dan mudah difahami.

    Buku ini sangat sesuai digunakan oleh pendidik bagi mengetahui caramemanipulasi hasil lukisan kanak-kanak dan menerapkan unsur-unsur terapi untukmencungkil emosi mereka. Cadangan tindakan susulan yang diberikan dalam buku inisangat berguna bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak. Selain daripadapendidik, buku ini sangat sesuai untuk ibu bapa bagi mengetahui cara membimbingluahan emosi kanak-kanak di rumah dengan cara yang serupa. Buku ini jugadicadangkan kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidangawal kanak-kanak bagi memperkayakan ilmu dalam bidang ini.

    Kulit Buku terapi seni.pdfms depan.pdfKANDUNGAN.pdfIsi buku.pdfcover belakang -blurp.pdf