1
Masyarakat Melayu mengalami perubahan budaya akibat pengaruh asing. Antara pengaruh asing yang mempengaruhi masyarakat Melayu ialah Hindu, Islam, Cina dan Barat. Pengaruh asing tersebut telah mempengaruhi aspek seperti seni bina, tulisan, gaya hidup, seni lukis,kepercayaan, makanan, dan lain-lain lagi. Dalam adat resam Melayu, terdapat beberapa pengaruh Hindu telah diserapkan ke dalam kebudayaan Melayu. Misalnya, upacara persandingan yang tedapat dalam adat resam Melayu asalnya adalah daripada amalan penganut agama Hindu. Begitu juga dengan upacara tepung tawar yang dilakukan dalam beberapa upacara adat resam Melayu seperti bersanding, cukur jambul dan sebagainya merupakan amalan penganut agama Hindu pada asalnya. Pengaruh Islam dalam kebudayaan Melayu sememangnya amat besar. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mengamalkan gaya hidup animisme. Mereka percaya bahawa setiap benda dalam dunia ini mempunyai semangat tersendiri. Selepas kedatangan Islam, pegangan dan kepercayaan masyarakat Melayu telah berubah. Mereka telah berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, dan mempercayai bahawa Allah itu pencipta sekalian alam. Pengaruh Cina dalam kebudayaan Melayu yang kita dapat lihat dengan jelas ialah dalam aspek seni bina. Seni bina yang dimaksudkan ialah seni bina masjid. Seni bina masjid mempunyai unsur-unsur kaum cina iaitu seperti tokong dan pagoda. Selain itu, pengaruh Cina yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah pemberian duit raya ketika sambutan Hari Raya. Budaya memberi duit raya ini ialah pada asalnya diamalkan oleh kaum Cina semasa sambutan Tahun Baru Cina, iaitu pemberian ang pau . Di samping itu, kebudayaan masyarakat Melayu juga telah dipengaruhi oleh budaya barat. Kita boleh lihat dalam aspek pemakaian masyarakat Melayu pada masa kini. Pemakaian kemeja, tali leher, blazer dan sebagainya mencerminkan budaya barat. Selain itu etika ketika makan juga turut dipengaruhi oleh budaya barat. Contohnya, penggunan sudu, garfu dan pisau ketika makan adalah budaya barat.

Pengaruh Dalam Kebudayaan Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Unsur-unsur yang mempengaruhi budaya yang terdapat dalam kebudayan Melayu.

Citation preview

Masyarakat Melayu mengalami perubahan budaya akibat pengaruh asing. Antara pengaruh asing yang mempengaruhi masyarakat Melayu ialah Hindu, Islam, Cina dan Barat. Pengaruh asing tersebut telah mempengaruhi aspek seperti seni bina, tulisan, gaya hidup, seni lukis,kepercayaan, makanan, dan lain-lain lagi.Dalam adat resam Melayu, terdapat beberapa pengaruh Hindu telah diserapkan ke dalam kebudayaan Melayu. Misalnya, upacara persandingan yang tedapat dalam adat resam Melayu asalnya adalah daripada amalan penganut agama Hindu. Begitu juga dengan upacara tepung tawar yang dilakukan dalam beberapa upacara adat resam Melayu seperti bersanding, cukur jambul dan sebagainya merupakan amalan penganut agama Hindu pada asalnya.Pengaruh Islam dalam kebudayaan Melayu sememangnya amat besar. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mengamalkan gaya hidup animisme. Mereka percaya bahawa setiap benda dalam dunia ini mempunyai semangat tersendiri. Selepas kedatangan Islam, pegangan dan kepercayaan masyarakat Melayu telah berubah. Mereka telah berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, dan mempercayai bahawa Allah itu pencipta sekalian alam.Pengaruh Cina dalam kebudayaan Melayu yang kita dapat lihat dengan jelas ialah dalam aspek seni bina. Seni bina yang dimaksudkan ialah seni bina masjid. Seni bina masjid mempunyai unsur-unsur kaum cina iaitu seperti tokong dan pagoda. Selain itu, pengaruh Cina yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah pemberian duit raya ketika sambutan Hari Raya. Budaya memberi duit raya ini ialah pada asalnya diamalkan oleh kaum Cina semasa sambutan Tahun Baru Cina, iaitu pemberian ang pau.Di samping itu, kebudayaan masyarakat Melayu juga telah dipengaruhi oleh budaya barat. Kita boleh lihat dalam aspek pemakaian masyarakat Melayu pada masa kini. Pemakaian kemeja, tali leher, blazer dan sebagainya mencerminkan budaya barat. Selain itu etika ketika makan juga turut dipengaruhi oleh budaya barat. Contohnya, penggunan sudu, garfu dan pisau ketika makan adalah budaya barat.