Upload
phamque
View
251
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN GURU
KEMAHIRAN HIDUP
AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: 29 APRIL 2009 Tarikh: 29 APRIL 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA
KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES
PENGAJARAN GURU KEMAHIRAN HIDUP
(HURUF BESAR)
DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN (NAMA PENYELIA)
PS 265, KAMPUNG LEPAH, SELISING, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.
1
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai daripada segi skop dan kuantiti untuk
tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : .……………………………………………..
Nama Penyelia .: DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN
Tarikh : 26 APRIL 2009
iii
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN GURU
KEMAHIRAN HIDUP
AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN, 2009
iv
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ
Tarikh : 26 APRIL 2009
v
DEDIKASI
Khas buat Allahyarham Ayahanda
Abdul Aziz Bin Hj. Sulaiman
Bonda tersayang
Bonda Azizah binti Che Wal
Serta
Kekanda yang kukasihi
Azlin@Azhar, Azhan, Mohamad Azwan, Siti Nurul Suhadaini,
Mohd. Iskandar dan Tuan Elisya Maisarah
Teristimewa buat Tunang tercinta
Norakmal binti Mohd Zahari
Semua pensyarah yang banyak berjasa dan
Teman-teman seperjuangan
Ucapan terima kasih kerana memahami dan sentiasa memberi sokongan dan
dorongan, kejayaanku ini adalah hasil daripada usaha dan bantuan kalian.
Tidak lupa juga kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak
langsung.
vi
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dah rahmatNya
dapatlah saya menyempurnakan projek ini mengikut perancangan yang telah
ditetapkan. Ucapan kesyukuran yang tidak terhingga juga buat yang Maha Pencipta
kerana memberikan semangat dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat getir dan
pelbagai halangan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Dr. Mohd Safarin Bin Nordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda, yang
telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian
ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah di atas
sumbangan idea, bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang berguna sehinggalah
projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek serta penulisan ini, tidak lupa
juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar. Mudah-
mudahan setiap apa yang telah disumbangkan akan diberkati Allah. Terima kasih di
atas segalanya.
Sekian, Wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengaplikasian
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran guru
Kemahiran Hidup di lapan buah sekolah menengah Zon Skudai. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK) dalam kalangan guru semasa set induksi, penyampaian isi
pelajaran, melakukan amali, menutup pengajaran dan semasa membuat penilaian
terhadap pelajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 44 orang guru yang mengajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik.
Sebelum digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaannya melalui kajian
rintis dan nilai kebolehpercayaannya ialah 0.84. Data-data yang diperolehi melalui
soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social
Science) versi 11.5 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian telah
menunjukkan bahawa tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) ini berada pada tahap yang tinggi.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the application of critical and
creative thinking skill in the teaching process among teachers of Living Skill subject
at eight secondary schools in Skudai Zone. The objective of this study is to identify
the application level of critical and creative thinking skill during the induction set,
lesson delivery, practicals, closing and assessing the students. The research samples
were fourthy four teachers who teach Living Skill subject. The main instrument used
was questionnaires which develop by researcher. The reliability of the questionnaires
was tested through pilot study and its value is 0.84. The data obtained from
questionnaires was processed using Statistical Package of Social Science (SPSS)
11.5 For Windows software to get the frequency, percentage and mean. Research
findings show that the teachers have used the critical and creative thinking skills in
their teaching, and it’s also show that this skill were at high level.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis i
Pengesahan Penyelia ii
Halaman Judul iii
Halaman Pengakuan iv
Halaman Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract viii
Kandungan ix
Senarai Jadual xiii
Senarai Singkatan xiv
Senarai Rajah xv
Senarai Lampiran xvi
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop/Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
x
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Berfikir 9
2.3 Kemahiran Berfikir 11
2.4 Kemahiran Berfikir Kritis 13
2.4.1 Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam 18
Pembelajaran Pelajar
2.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 18
2.6 Perbezaan Kemahiran Kritis dan 24
Kemahiran Kreatif
2.7 Tujuan KBKK 25
2.8 Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara 25
Kritis dan Kreatif
2.9 Kajian-Kajian Lepas 27
2.10 Penutup 29
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Kelebihan Skala Lima Mata 34
3.4.2 Kelemahan Skala Lima Mata 34
3.4.3 Pembinaan Instrumen 35
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.6.1 Kebolehpercayaan Soal Selidik 37
3.6.2 Kesahan Soal Selidik 38
3.7 Analisis Data 39
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 41
3.9 Penutup 41
xi
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 43
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 43
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 44
Tahap Pendidikan
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 45
Pengalaman Mengajar
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 45
4.3.1 Pengaplikasian KBKK Semasa 46
Set Induksi
4.3.2 Pengaplikasian KBKK Semasa Mengajar 49
4.3.3 Pengaplikasian KBKK Semasa 52
Kerja Bengkel/Amali
4.3.4 Pengaplikasian KBKK Semasa 55
Menutup Pengajaran
4.3.5 Pengaplikasian KBKK Semasa 58
Membuat Penilaian Terhadap Pelajar
4.4 Penutup 61
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan Kajian 62
5.3 Perbincangan Kajian 64
5.3.1 Profil Guru KH 64
5.3.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 65
5.3.2.1 Pengaplikasian KBKK Semasa 65
Set Induksi
5.3.2.2 Pengaplikasian KBKK Semasa 66
Mengajar
5.3.2.3 Pengaplikasian KBKK Semasa 68
Kerja Bengkel/Amali
xii
5.3.2.4 Pengaplikasian KBKK Semasa 69
Menutup Pengajaran
5.3.2.5 Pengaplikasian KBKK Semasa 70
Membuat Penilaian Terhadap Pelajar
5.4 Cadangan Kajian 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Penutup 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Komponen Dalam Pemikiran Kritis 14
2.2 Komponen Dalam Pemikiran Kreatif 21
3.1 Jadual Sampel Daripada Populasi 32
3.2 Persoalan Kajian dan Item Soalan 35
3.3 Taburan Item-Item Soal Selidik Mengikut 36
Kandungan Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
3.4 Nilai Korelasi Dan Interpretasi 38
3.5 Persoalan Kajian Dengan Statistik Digunakan 40
3.6 Tahap Kecenderungan Min 40
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 43
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 44
4.3 Taburan Responden Berdasarkan
Tahap Pendidikan 44
4.4 Taburan Responden Berdasarkan
Pengalaman Mengajar 45
4.5 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa
Set Induksi 46
4.6 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa
Mengajar 49
4.7 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa
Kerja Bengkel/Amali 52
4.8 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa
Menutup Pengajaran 55
4.9 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa
Membuat Penilaian Terhadap Pelajar 58
xiv
SENARAI SINGKATAN
PERKARA SINGKATAN
Statistical Package for Science Social (SPSS)
Kemahiran Berfikir Secara Kritis (KBKK)
dan Kreatif
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT)
Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
The Secretary’s Commission on (SCANS)
Achieving Necessary Skills
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan Kemahiran Kritis dan
Kemahiran Kreatif 24
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat akuan pelajar dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
B Surat kelulusan menjalankan kajian dari KPM Putrajaya
C Surat pengesahan menjalankan kajian dari JPN Johor
D Surat pengesahan soal selidik
E Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Taman Desa Skudai
F Surat pengesahan menjalankan kajian di SMK Damai Jaya
G Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Mutiara Rini 2
H Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Taman Universiti
I Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Taman Universiti 2
J Surat pengesahan menjalankan kajian di SMK Skudai
K Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Mutiara Rini
L Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Taman Selesa Jaya
M Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Seri Perling
N Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Dato’ Usman Awang
O Surat pengesahan menjalankan kajian di
SMK Taman Tun Aminah
P Borang soal selidik
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan
kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari
dengan penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan idea-idea baru oleh pelajar dapat
dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dengan
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang
diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan
dengan menerapkan kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan
kaedah penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan.
Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan
pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya
iaitu KBKK. Di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah
Menengah (KHB) contohnya, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang
telah disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar
kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
2
Untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik, para
pelajar memerlukan kemahiran asas secara teori dan praktikal yang diperturunkan
oleh para guru mata pelajaran vokasional iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Pada tahun 1989, mata pelajaran ini diperkenalkan tetapi pada tahun 1991, ianya
ditukar kepada mata pelajaran KHB dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teras
dan pilihan. Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta
Kekeluargaan terkandung di dalam bahagian teras yang wajib dipelajari oleh semua
pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga, manakala bahagian pilihan ialah
Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan
Pertanian.
Proses pengajaran guru mengikut huraian sukatan mata pelajaran KHB
hendaklah dilakukan dalam pelbagai bentuk aktiviti dan kerja praktis seperti
membuat projek, tunjuk cara, lawatan, main peranan dan sebagainya. Namun,
adakah kesemua guru telah diberikan latihan yang secukupnya dari segi penerapan
pengaplikasian KBKK di dalam proses pengajaran mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Unsur-unsur KBKK merupakan unsur yang diberikan penekanan di dalam
proses pengajaran guru dalam mata pelajaran KHB serta di dalam mata pelajaran
yang lain. Para guru perlu memainkan peranan yang utama dalam menyerapkan
kemahiran berfikir ini di kalangan pelajar. Mereka perlu membuat anjakan
paradigma di mana pelajar diberi kebebasan untuk melahirkan idea-idea kritis dan
kreatif dalam mata pelajaran ini. Selain daripada menyebarkan ilmu pengetahuan,
para guru juga perlulah bertindak sebagai pelatih pemikir. Kemahiran menilai,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menjana idea-idea kreatif menjadi
sebahagian daripada fokus pengajaran. Oleh yang demikian, selaras dengan FPK di
dalam Som dan Mohd Dahlan (1998) telah menyatakan bahawa Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum
KBKK di dalam sukatan pelajaran latihan perguruan mulai Ogos 1996 di mana ianya
wajib diikuti oleh para pelajar yang mengambil jurusan perguruan di maktab-maktab
3
dan institusi perguruan lain serta institusi pengajian awam yang menawarkan jurusan
perguruan di seluruh negara.
Selain itu menurutnya lagi, KBKK ini perlu disebatikan di dalam proses
pengajaran guru dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah seluruh negara.
Ini adalah penting kerana proses perlaksanaan pengajaran kemahiran ini secara bijak
akan melahirkan generasi pelajar yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah di
dalam kehidupan mereka dan akan mampu menghadapi cabaran kehidupan yang
serba mencabar pada alaf ini dan alaf akan datang. Antara kepentingan KBKK ini
ialah:
i. Mengelakkan kesilapan berfikir
ii. Memperkembangkan daya intelek
iii. Meningkatkan aras motivasi pelajar
iv. Memupuk pembelajaran budaya berfikir
v. Menjana idea-idea kreatif
Di Amerika Syarikat, kemahiran berfikir yang diterapkan di peringkat
sekolah bukan sahaja dianggap sebagai proses pembelajaran tetapi juga untuk
menyediakan pelajar dalam bidang pekerjaan. Pada tahun 1990, negara tersebut
telah menubuhkan The Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills
(SCANS) untuk mengenal pasti jenis-jenis literasi yang diperlukan dalam pekerjaan.
Berdasarkan kajian, mereka mendapati terdapat beberapa kemahiran yang perlu
diterapkan kepada pelajar sekolah termasuk kemahiran berfikir secara kreatif,
kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah dan telah
mengesyorkan kemahiran-kemahiran tersebut perlu diperkenalkan kepada pelajar
seawal mungkin, bermula di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat
pengajian tinggi (Azlena dan Munir , 2004).
Sistem pendidikan di Malaysia diandaikan sebagai ‘crammers of knowledge’
dan ‘the automization of learning’ serta ‘reproducing orientation’ yang bermaksud
4
pembelajaran berdasarkan kepada apa yang diajar dan diperturunkan sahaja oleh guru
kepada pelajar. Ini disebabkan oleh keadaan di mana guru memberi penekanan yang
berlebihan terhadap bahan pembelajaran dengan harapan pelajar akan mengetahui
segala-galanya dengan apa cara sekalipun. Selain daripada itu, kajian tentang
perkembangan kemahiran berfikir menunjukkan pemikiran kiris dan kreatif pelajar
masih lagi berada di tahap rendah. Menurut Azlena dan Munir (2004), antara
sebabnya ialah kebolehan guru menyerap atau mengaplikasikan KBKK dalam proses
pengajaran mereka. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa mengenai literasi
yang diadakan pada 2001, beberapa peserta yang terdiri daripada guru-guru telah
menyuarakan kesukaran mereka untuk menyerapkan kemahiran berfikir di dalam
mata pelajaran yang mereka ajar. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk
mengenal pasti tahap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran
guru dan penyelidik telah memilih mata pelajaran KHB Sekolah Menengah untuk
membuat kajian tersebut.
Unsur-unsur KBKK seperti kemahiran yang disebut diatas mungkin kurang
atau tidak diberi perhatian dan penekanan yang tinggi oleh para guru yang mengajar
mata pelajaran tersebut. Unsur KBKK ini sangat penting dalam melahirkan pelajar
yang berilmu, berfikiran luas serta mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Oleh itu ia patut diberi penekanan yang tinggi dan sehubungan dengan itu,
kajian tentang perlaksanaan atau pengaplikasian kemahiran ini dalam proses
pengajaran guru patut dan harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menilai dan
mengetahui sejauh mana pengaplikasiannya telah diterapkan dan seterusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaplikasian KBKK dalam proses
pengajaran guru Kemahiran Hidup Bersepadu di lapan buah sekolah menengah di
Zon Skudai.
5
1.3 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa set induksi dalam
kalangan guru Kemahiran Hidup.
ii. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi
pelajaran dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.
iii. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali
dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.
iv. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran
dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.
v. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian
terhadap pelajar dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.
1.5 Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan bagi persoalan berikut:
i. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa set
induksi dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?
ii. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa
penyampaian isi pengajaran dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?
iii. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa
melakukan amali dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?
iv. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa menutup
pengajaran dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?
v. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa membuat
penilaian terhadap pelajar dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?