Click here to load reader

Pendekatan Induktif

  • View
    28

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkongsian nota

Text of Pendekatan Induktif

  • Pendekatan Induktif( Model Hilda Taba)

  • Hilda Taba (1966, 1967)Kaedah induktif telah digunakan sejak zaman kegemilangan orang Yunani.

    Taba memperkenalkan istilah strategi mengajar dan model induktif untuk mereka bentuk kurikulum dan pengajaran.

  • Model ini memerlukan pelajar mengumpul maklumat, menyemak maklumat dengan teliti, menyusun maklumat menjadi konsep dan belajar memanipulasikan konsep tersebut.

    Jika kerap digunakan, strategi ini meningkatkan kebolehan pelajar membentuk konsep, dan menambahluaskan perspektif mereka terhadap maklumat.

  • Proses BerfikirTaba membuat 3 andaian iaituProses berfikir boleh diajar.Berfikir ialah perlakuan aktif antara individu dengan data.Proses berfikir melibatkan urutan yang mengikut peraturan

  • Proses berfikirTaba berpandangan bahawaProses berfikir perlu diajar dengan menggunakan strategi pengajaran membina kemahiran berfikir yang khusus. Strategi tersebut hendaklah digunakan mengikut urutan yang betul kerana sesuatu kemahiran berfikir terbina daripada kemahiran berfikir yang sebelumnya.

  • Strategi Mengajar + Proses BerfikirTaba kenal pasti 3 strategi pengajaran yangmensepadukan unit pembelajaran denganproses berfikir iaitu:

    Membina konsep (strategi asas)Membuat interpretasi dataMengaplikasi prinsip-prinsip

  • 1. Pembinaan KonsepLangkah 1: Kenal pasti & sebut satu persatu data yang relevan kepada topik/masalah.Langkah 2: Kumpul data dalam kategori mengikut ciri-ciri persamaan.Langkah 3: Beri label kepada kategori.

  • 1. Pembinaan KonsepFasa ini perlu dibuat dengan teliti - diberimasa yang cukup - jika tidak - tidak bermakna

    Untuk hasil yang baik elok dibuat beberapa kaliKali pertama dibuat berasaskan ciri-ciri yang ketara.Proses mengkategori diulangi dengan lebih halus- cth: gabung kategori, pecah kategori, bentuk skema baru, cari lagi data tambahan, dll.Kategori membantu seseorang memahami subjek lebih mendalam.

  • Pembinaan KonsepUntuk memastikan pelajar terlibat dalam proses ini, Taba mencadangkan supaya guru memberi tugasan kepada pelajar.Contohnya: Cari maklumat tentang pendapatan per kapita dan pertumbuhan penduduk dalam 12 negara utama di dunia. Susun bersama negara-negara yang mempunyai data yang hampir sama.Seterusnya, apabila pelajar selesai menyusun bersama negara yang hampir serupa datanya, pelajar diajukan soalan-soalan seperti berikut :-

  • 2. Interpretasi DataStrategi ini memerlukan pelajar membuat operasi mental seperti interpretasi, inferens dan generalisasi melalui aktiviti.Soalan-soalan guru membimbing murid untuk mengenal pasti hubungan kritikal antara data.Untuk menjawab soalan-soalan guru, pelajar mungkin mendapatkan maklumat tambahan tentang sistem politik & ekonomi negara-negara tersebut untuk kenal pasti aspek-aspek penting seperti negara mana bergantung kepada pertanian dan yang mana bergantung kepada hasil perkilangan, dan sebagainya.

  • Interpretasi DataSetelah maklumat tambahan didapati, guru mengemukakan pula soalan-soalan yang memerlukan pelajar membuat inferens.Soalan-soalan guru memandu pelajar untuk memikirkan tentang perkaitan antara satu data dengan data lain, dan perkaitan antara sesuatu data dengan kesan data tersebut.Seterusnya pelajar meramal implikasi sesuatu data yang diperolehi, atau membuat ekstrapolasi.

  • 3. Aplikasi Prinsip

    Strategi ini memerlukan pelajar mengaplikasi prinsip untuk menjelaskan fenomenu, meramal akibat, atau membuat hipotesis.Strategi ini digunakan selepas melalui strategi pembinaan konsep dan menginterpretasi data.Pada peringkat awal, pelajar diminta membuat ramalan tentang akibat sesuatu atau menjelaskan data yang baru diperolehi dan sebagainya.

  • Aplikasi PrinsipSelepas itu, pelajar menjelaskan ramalan yang dibuat dengan memberikan hujah-hujah yang dapat menyokong pandangannya.

    Akhir sekali, pelajar mencari bukti-bukti untuk menyokong ramalan yang dibuat atau mengenalpasti situasi/keadaan yang menyokong ramalan tersebut.

  • Rumusan modelTiga strategi yang dibincangkan tadi berasaskan operasimental.Setiap strategi memerlukan pelajar terlibat dalam aktivitiatau kegiatan tertentuUrutan aktiviti yang dijalankan merupakan strategipengajaran yang mesti diikuti dengan operasi mental.Guru memandu pelajar dari satu fasa kepada fasaberikutnya menggunakan soalan-soalan.Guru perlu menentukan masa yang sesuai untuk beralihdari satu fasa kepada fasa yang lain.

  • Rumusan modelPendekatan ini memerlukan pelajar bekerja dalamkumpulan koperatif, dan aktif.

    Guru perlu menentukan urutan aktiviti terlebihdahulu sebelum memulakan pengajaran.

    Pada peringkat permulaan, penggunaan pendekatanini memerlukan banyak kawalan dan arahan guru.

    Setelah pelajar biasa dengan pendekatan ini, pelajarboleh diberikan peluang mengawal tindakan merekasendiri.

  • Proses InduktifProses ini memakan masa yang panjang.Pelajar harus terus menerus mengumpul & memilih maklumat.Pelajar memerlukan masa membina idea (terutama kategori) untuk membentuk konsep.Selepas itu pelajar menjana hipotesis untuk fahami hubungan/ penyelesaian masalah.Akhirnya pelajar menukarkan pengetahuan kepada kemahiran yang boleh digunapakai.

  • Peranan guruGuru berperanan sebagai penggerak dan pengurus aktiviti kerja berkumpulan.Guru menentukan sama ada pelajar sudah bersedia dari segi kognitif untuk menjalankan tugasan yang diberi.Guru bertanggungjawab menyelaraskan tugasan dengan tahap kognitif pelajar.Guru bertanggungjawab membimbing pelajar mendapatkan data, menyusun data dan menganalisis.

  • Rumusan model

  • Prosedur perkembangan pengajaranGuru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan. Contoh: Struktur Tumbuh-tumbuhan.Pelajar bekerja berpasangan diberi sejumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak nurseri sekolah.Pelajar diminta membina kategori tumbuh-tumbuhan berasaskan ciri-ciri struktur akar, batang dan daun.Pelajar buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan pasangan lain.

  • Prosedur perkembangan pengajaran5. Guru bantu membina konsep dengan beri nama saintifik kepada kategori yang pelajar bina.6. Guru tunjuk spesimen minta pelajar ramai struktur tumbuh-tumbuhan yang ditunjuk.7. Guru minta pelajar kumpul spesimen tambahan dan masukkan ke dalam kategori yang mereka telah bina.8. Pelajar dapati tumbuhan baru boleh masuk ke dalam kategori mereka, tetapi terdapat yang lain yang perlu kategori baru.9. Unit pembelajaran ini memakan masa 2 minggu.

  • Dapatan PenyelidikanKesan ke atas pencapaian, perkembangan kemahiran proses, sikap terhadap sains m. pelajaran Biologi di sek. men. atas dan kolej Kesan positif ke atas ketiga-tiga hasil. El-Nemr, 1979. Kesan pencapaian, perkembangan kemahiran proses dan sikap terhadap sains m. pel Sains di sek. Rendah, sek. Men. dan kolej Kesan positif ke atas perolehan maklumat, kreativiti, proses sains, ujian kecerdasan.Bredderman, 1987.

  • Dapatan PenyelidikanTinjauan ke atas pengajaran penulisan kesan positif.Hillocks, 1987Pendekatan induktif inkuiri bagi pengajaran penulisan saiz kesan purata 0.60 berbanding proses pengajaran lain.Joyce, Calhourn & Hopkin, 1997

  • Dapatan PenyelidikanPemindahan pembelajaran Pendekatan induktif dalam m. pel. tertentu memberi kesan ke atas m. pel. lain analisis ke atas m. pel. Seni diikuti dengan peningkatan dalam kemahiran asas.Smith, 1980.

    Kajian melibatkan sekolah rendah melalui contoh hasil penulisan pelajar di akhir tahun, kualiti penulisan meningkat mengatasi tahun 8 tahun sebelumnya.Joyce, 1994, 1996.

  • ModelPemikiranInduktifPembinaan maklumat, konsep, kemahiran & hipothesis.Proses membentuk konsepKonsep & sistem konsep & aplikasinyaP E M B E L A J A R A NPENDIDIKANSemangat menyelidikKesedaran tentang apakah pengetahuanPemikiran logikKesan Model Pemikiran Induktif ke atas Pembelajaran dan Pendidikan. Sumber: Joyce, Calhoun & Hopkin, 1997

  • Soalan 1Pendekatan induktif mempunyai banyak faedah sekiranyadikendalikan dengan cara yang betul. Berikut adalahbeberapa prinsip pendekatan ini KECUALI

    Satu strategi penyoalan haruslah diadakan supaya guru dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan jelas dan mudahKemahiran-kemahiran intelektual yang terlibat ialah pembentukan konsep, membuat generalisasi dan menggunakan generalisasi tersebut.Guru perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk mewujudkan satu bentuk pembelajaran konkrit.Penerangan yang diberi di awal pengajaran melibatkan teori tertentu, atau beberapa peraturan yang jelas.

  • PenutupProses induktif memerlukan banyak masa untuk menjadikannya pengalaman yang bermakna.Terlalu banyak masa diperuntukkan kepada berfikir, tiada masa untuk menguasai isi kandungan pelajaran.

    RujukanJoyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1992) Models of teaching. Edisi ke4. Boston: Allyn and Bacon. Bab 9 dan 10. Joyce, B., Calhoun E., Hopkin D. (1997). Models of teaching tools for teaching. Buchingham: Open University Press.