61
95XXXX-XX-XXXX PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PENEROKAAN TANAH DI KAWASAN BATU KAWA BERDEKATAN DENGAN TAMAN BOTANIKA Abstrak Penerokaan tanah adalah sesuatu aktiviti yang perlu dijalankan bagi menapung manusia yang semakin banyak pada era ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa bedekatan dengan Taman Botanika terhadap persekitaran. Bagi menjalankan kajian, kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual mengenai persepsi penduduk terhadap faktor dan kesan pembangunan kawasan pembinaan kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika telah digunakan. Borang soal selidik telah dibagi kepada 30 responden yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. Dapatan telah menunjukkan persekitaran yang senyap merupakan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kedai di kawasan kajian. Selain itu, dapat dikenalpasti juga kesan yang paling banyak disokong oleh responden di kawasan tersebut adalah udara menjadi semakin panas. Cadangan yang dikemukakan ialah menanam lebih banyak pokok bunga, menambahbaikan sistem peparitan serta sistem pelupusan dan sebagainya bagi mengurangkan kesan negatif penerokaan tanah terhadap alam sekitar. 5

PBS Pengajian Am STPM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PENEROKAAN TANAH DI KAWASAN

BATU KAWA BERDEKATAN DENGAN TAMAN BOTANIKA

Abstrak

Penerokaan tanah adalah sesuatu aktiviti yang perlu dijalankan bagi menapung manusia

yang semakin banyak pada era ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kesan projek pembinaan

di kawasan Batu Kawa bedekatan dengan Taman Botanika terhadap persekitaran. Bagi

menjalankan kajian, kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual mengenai persepsi

penduduk terhadap faktor dan kesan pembangunan kawasan pembinaan kawasan Batu

Kawa berdekatan dengan Taman Botanika telah digunakan. Borang soal selidik telah

dibagi kepada 30 responden yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. Dapatan

telah menunjukkan persekitaran yang senyap merupakan faktor persekitaran yang

mendorong pemilikan perumahan dan kedai di kawasan kajian. Selain itu, dapat

dikenalpasti juga kesan yang paling banyak disokong oleh responden di kawasan tersebut

adalah udara menjadi semakin panas. Cadangan yang dikemukakan ialah menanam lebih

banyak pokok bunga, menambahbaikan sistem peparitan serta sistem pelupusan dan

sebagainya bagi mengurangkan kesan negatif penerokaan tanah terhadap alam sekitar.

5

Page 2: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

KANDUNGAN

Halaman

SINOPSIS 5

KANDUNGAN 6 - 7

PENGHARGAAN 8

1.0 PENGENALAN 9 - 10

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 11

3.0 LOKASI KAJIAN 11

3.1 NEGERI SARAWAK 12

3.2 BANDARAYA KUCHING 13

3.3 KAWASAN PENEROKAAN DI KAWASAN BATU KAWA 14 - 16

3.4 TAMAN BOTANIKA 17

4.0 KAEDAH KAJIAN 18

4.1 PERSAMPELAN 19

4.2 PENGUMPULAN DATA 19

4.2.1 Data sekunder 19

4.2.2 Data primer 19 - 20

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA 20

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 21

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 21

5.1.1 UMUR 22 - 23

5.1.2 JANTINA 24

4.1.3 PEKERJAAN 25

6

Page 3: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP FAKTOR

DAN KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR 26

5.2.1 FAKTOR PERSEKITARAN 26 - 29

5.2.2 KESAN PROJEK PEMBINAAN 29

5.2.2.1 KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP

UDARA DAN AIR 29 - 32

5.2.2.2 KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP

TANAH DAN LAIN-LAIN 33 - 36

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 37 - 38

RUJUKAN 39

LAMPIRAN

Borang soal selidik 40 - 44

Borang catatan pemerhatian 45

Borang Temubual 46 – 51

Foto 52

7

Page 4: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

PENGHARGAAN

.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road

iaitu Tuan Putit bin Haji Ped kerana telah memberi kebenaran kepada saya ketika

menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu

pengajian am iaitu Puan Pho Nee No kerana telah banyak memberi dorongan  dan

memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.  Tanpa tunjuk ajar

dan dorongan beliau , sudah pasti wujud kepincangan di dalam proses penyediaan kerja

kursus ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada kedua-dua orang tua

saya iaitu Sze Eng Khim dan Kong Ewe Chin @ Jiew Chin yang tidak jemu membakar

semangat saya untuk terus menyiapkan kerja kursus ini.  Segala dorongan dan semangat

mereka amatlah dihargai.  Tidak dilupakan juga kakak dan adik saya yang turut

membantu menyiapkan tugasan ini.  Jasa kalian amat saya hargai.

Seterusnya  ucapan terima kasih  kepada 30 orang responden yang telah berbesar

hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian dengan  mengisi borang

soal selidik yang telah saya berikan.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat saya iaitu Sakura Choo Chee

Ni, Hilary Lai Soh Hui, Veronica Wong Nie Cia dan rakan-rakan saya yang lain kerana

telah banyak mambantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Begitu

juga dengan individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung. Jasa anda saya sentiasa kenang dan hargai.

8

Page 5: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan, pengkaji telah memilih tema ekologi. 

Tajuk kajian pengkaji ialah faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan

dan kedai serta kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan

Taman Botanika, 93250 Kuching, Sarawak.

Penerokaaan tanah merupakan aktiviti pembukaan sumber hutan bagi membuka

kawasan baru untuk dijadikan bandar, kampung, kawasan perumahan, sawah atau ladang.

(http://prpm.dbp.gov.my) Perkataan penerokaan datangnya daripada imbuhan teroka

yang bermaksud meneroka untuk mengetahui sesuatu tempat. ( Kamus Dewan Edisi

Keempat) Dalam lain maksud, menjelajah, perasan dan mengembara sesuatu tempat yang

belum diketahui. (Kamus Padu Terkini)

Pada zaman ini, aktiviti penerokaan tanah dijalankan untuk projek pembangunan

dan pembinaan bagi memenuhi permintaan manusia terhadap tempat kediaman, pusat

membeli-belah dan sebagainya. Sebagai akibatnya, hutan di negara Malaysia semakin

berkurangan dan telah mengakibatkan pelbagai jenis pencemaran dan peningkatan suhu.

Walaupun orang ramai menyedari akan akibatnya, namun mereka tetap menyokong

aktiviti penerokaan tanah dengan melabur pada projek pembinaan dan pembangunan di

kawasan terutamanya di luar bandar. Kajian telah dijalankan bagi menyiasat faktor yang

mendorong pemilikan perumahan dan kedai di kawasan luar bandar. Antara beberapa

faktor yang dikemukakan ialah persekitaran yang bersih, tidak ada pencemaran udara,

tidak ada pencemaran air, tidak ada pencemaran cahaya dan persekitran yang bersih.

9

Page 6: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Rasional kajian ini ialah kawasan Bandar tercemar menyebabkan ramai memilih

pinggir Bandar sebagai tempat tinggal. Kawasan Bandar yang menapung banyak

penduduk telah semakin tercemar kerana kadar pemilikan kenderaan bermotor telah

semakin meningkat. Akibatnya, pencemaran udara menjadi semakin serius dan

persekitaran menjadi lebih bising dan kotor (Andrew Solway.2011). Rasional kedua

kajian ialah penerokaan tanah untuk projek perumahan biasanya menjejaskan alam

sekitar. Penerokaan tanah biasanya dilaksanakan bagi menjalankan aktiviti pembangunan

dan pembinaan. Aktiviti pembangunan dan pembinaan ini selalunya akan mengakibatkan

kesan yang negatif terhadap alam semula jadi. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tentang

kesan penerokaan tanah terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh projek pembinaan di

kawasan kajian.

Aktiviti penerokaan tanah mempunyai banyak impak yang negatif terhadap alam

sekitar. Secara terperincinya, penerokaan tanah akan menyebabkan permukaan bumi

kehilangan litupan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan bumi menerima pencaran matahari

secara langsung. ( Malaysian Journal of Environmental Management) Penerokaan tanah

juga akan menyebabkan fauna kehilangan tempat kediaman di hutan dan akan mengalami

kepupusan. Bagi mengetahui kesan-kesan penerokaan tanah terhadap alam sekitar, kajian

telah dijalankan. Antara beberapa kesan yang telah dikemukakan ialah udara menjadi

semakin panas akibat kesan aktiviti penerokaan tanah dan pembinaan, kadar pencemaran

bunyi semakin meningkat, perubahan pandang darat (landskap), sumber-sumber alam

semula jadi mengalami kepupusan, berlakunya hakisan dan tanah runtuh, pencemaran

udara dan pencemaran air.

10

Page 7: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertajuk faktor dan kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan

dengan Taman Botanika .  Untuk memulakan kajian ini beberapa objektif telah

dimulakan terlebih dahulu. Objektif ini diwujudkan supaya pengkaji mempunyai garis

panduan untuk melaksanakan dan mencapai matlamat kajian di akhir kajian nanti.

Dengan itu, pengkaji akan memperoleh dapatan kajian berpandukan objektif yang telah

disenaraikan. Berikut adalah objektif kajian tersebut: 

1. Mengenalpasti faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan

kedai di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

2. Mengenalpasti kesan projek pembinaan rumah dan kedai di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika.

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.

Sebagai lokasi kajian, pengkaji telah memilih kawasan Batu Kawa berdekatan dengan

Taman Botanika kerana lokasi ini terletak berdekatan dengan tempat kediaman pengkaji,

iaitu lebih kurang 2 kilometer dari tempat kediaman pengkaji. Kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika terletak kira-kira 4 kilometer dari Pusat Bandar

Kuching dan kira-kira 6 kilometer dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road.

Lokasi ini telah dipilih kerana projek pembinaan di kawasan tersebut amat besar iaitu

kira-kira 1.5 km persegi.

Kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terletak di belakang St.

Mark's Catholic Church, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak dan bersebelahan

dengan Stesen Minyak Shell.

11

Page 8: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Peta 1 : Negeri Sarawak

Sumber : www.mymalaysiabooks.com

Sarawak adalah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia dan terletak di

Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi

Kenyalang. Selain itu, Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa

yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan asset yang

paling penting bagi negeri ini. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar

selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.

Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Bandar Kuching merupakan

ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri dengan populasinya yang kira-kira 700000 orang.

Sarawak juga terkenal dangan kira-kira 27 pecahan kumpulan etnik yang unik dan

tersendiri. (http://www.sarawak.gov.my/)

12

Page 9: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Peta 2 : Bandaraya Kuching

Sumber : http://maps.google.com

Peta 2 telah menunjukkan bahawa Daerah Batu Kawa adalah merupakan kawasan

pinggir Bandar manakala Kuching merupakan pusat Bandar. Kuching merupakan ibu

negeri dan bandar terbesar di Sarawak. Ia mempunyai penduduk yang paling ramai di

Malaysia Timur. Kuching juga ialah bandar yang terbesar di Pulau Borneo. Kuching

dibahagikan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya

Kuching Selatan (MBKS). Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak yang terletak di

bahagian barat laut Pulau Borneo.

13

Page 10: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Peta 2 : Kawasan Batu Kawa

Sumber : http://maps.google.com

Peta 3 : Kawasan Penerokaan

Sumber : http://maps.google.com

14

Page 11: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Foto 1 : Pembinaan kedai rumah di lokasi kajian

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 2 : Pembinaan Pusat membeli-belah

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

15

Page 12: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Foto 3 : Pembinaan kedai rumah di lokasi kajian

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 4 : Lokasi kajian bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell, Batu Kawa

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

16

Page 13: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Foto 5 : Lokasi kajian berdekatan dengan Taman Botanika

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 6 : Taman Botanika

Sumber : Kajian Lapangan

17

Page 14: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif

kajian dengan hasil kajian. Borang soal selidik telah dibagikan kepada 15 responden

lelaki dan 15 responden perempuan bagi mendapatkan hasil kajian yang adil sesama

jantina. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat

adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini

menggunakan instrument boring kaji selidaik yang mana ianya mudah untuk

mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).

4.1 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan

iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang

responden yang merupakan penduduk tempatan telah dipilih untuk menjawab borang soal

selidik ini, iaitu terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. 3 orang responden juga

telah dipilih dari 30 orang responden ini untuk ditemu bual oleh pengkaji. Pemilihan

responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang

soal selidik.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah,

mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan

kajian. Hal ini adalah kerana mereka yang merasai perbezaan sebelum dan semasa

pembangunan. Selain itu, responden haruslah berumur 21 tahun dan keatas, kerana pada

usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

18

Page 15: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik,

pemerhatian dan temu bual. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan

persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan yang telah dijalankan di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

4.2.1 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari Perpustakan Negeri Sarawak dan perpustakaan SMK Green

Road. Data- data penting termasuk buku-buku, majalah, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah

yang lain. Selain itu, peta juga diperoleh daripada laman web Google.

4.2.2 Data Primer

Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan.

Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian

iaitu di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

a) Pemerhatian

Menurut Kerlinger (1973),  terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah

laku, unit tingkah laku, pasar tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

persampelam tingkah laku. Kategori-kategori tesebut memperincikan ciri-ciri tingkah

laku yang perlu diperhati dan direkodkan.  Lokasi  kerja  kursus  kajian  pengkaji  ialah di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika, Jalan Batu Kawa, 93250

Kuching.

Melalui  pemerhatian  yang  pengkaji  lakukan  adalah  pengkaji  telah  pergi  melawat ke

lokasi kajian bagi memantau perkembangan projek pembinaan dan memeriksa kadar

pencemaran udara dan peningkaan suhu tempatan. Pengkaji telah menjalankan

pemerhatian pada setiap hari Ahad bermula 19 Januari hingga 23 Februari.  Pengkaji

telah membat pemerhatian pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang.

19

Page 16: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

b) Borang soal selidik

Selain itu , pengkaji juga menggunakan kaedah soal selidik kepada penduduk yang

bertinggal berdekatan dengan lokasi kajian dan selalu ada pergi ke Gereja St. Mark untuk

mendapatkan maklumat. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan untuk diberikan

kepada penduduk yang ada pergi ke Gereja St. Mark bagi memudahkan pengkaji untuk

mengumpul maklumat dalam kajian ini. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu bahagian A,B dan C. Sampel yang dipilih terdiri daripada 30 orang.

Pelbagai soalan telah diajukan oleh pengkaji melalui borang selidik yang telah

pengkaji berikan untuk mendapatkan responden dari pihak mereka. Oleh itu,

mereka adalah responden dan informan dalam penyelidikan kerja kursus pengkaji.

Pengkaji telah mendapat banyak maklumat dari kaedah ini.

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisiskan mengunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan , min dan juga

kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik

yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabial data yang diperolehi

dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah

dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai

persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk

angka menggunakan Skala Likert, dimana angka 5 mewakili sangat setuju, 4 mewakili

setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak

setuju.

20

Page 17: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang

telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh 30 orang responden.

Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai

peratusan.

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Tamn Botanika telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang

responden meliputi aspek jantina, umur dan kaum yang telah dipersembahkan dalam

bentuk rajah.

21

Page 18: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.1.1 Umur

UMUR RESPONDEN

Umur responden (tahun) Jumlah (orang) Peratusan (%)

20 – 30 5 16.67

31 – 40 5 16.67

41 - 50 13 43.33

51 – 60 5 16.67

61 – 70 3 10

71 ke atas 3 10

Jadual 2 Umur responden

Sumber: Kajian lapangan (2014)

16.67%

16.67%

43.33%

16.67%

10% 10%

Umur Responden

20 - 3031 - 4041 -5051 - 6061 - 7071 keatas

Rajah 1 Umur responden

Sumber: Kajian lapangan (2014)

Berdasarkan dapatan kajian, daripada 30 orang responden yang diberikan borang soal

selidik, terdapat 5 orang responden (16.67 %) yang berusia 20 hingga 30 tahun.

22

Page 19: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Responden yang berumur antara 31 tahun hingga 40 tahun adalah sejumlah 5 orang

(16.67 %). Manakala reponden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun adalah 13 orang

(43.33%). Selebihnya adalah responden yang berumur di antara 51 hingga 60, 61 hingga

70 dan 71 ke atas yang masing-masing terdiri daripada 5 orang (16.67%), 3 orang (10%)

dan 3 orang (10%) seperti dalam rajah 1. Responden yang berbeza usia ini adalah

responden yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

5.1.2 Jantina

23

Page 20: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

JANTINA RESPONDEN

Jantina responden Jumlah (orang) Peratusan (%)

Lelaki 15 50

Perempuan 15 50

Jadual 2 Jantina responden

Sumber: Kajian Lapangan (2014)

50%50%

Jantina Responden

LelakiPerempuan

Rajah 2 Jantina responden

Sumber: Kajian lapangan (2014)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 15 orang (50

%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 15 orang (50%)

adalah responden perempuan. Tidak ada perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan

jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4.2. Kajian ini

adalah melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah

seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.

4.1.3 Pekerjaan

24

Page 21: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Pekerjaan Responden

Perkerjaan Jumlah (orang)

Sendiri 4

Kerajaan 3

Swasta 10

Pencen 4

Tidak bekerja 9

Jadual 3 Pekerjaan responden

Sumber: Kajian lapangan (2014)

Sendiri Kerajaan Swasta Pencen Tidak bekerja0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Pekerjaan Responden

Rajah 3 Pekerjaan responden

Sumber: Kajian lapangan (2014)

Kebanyakan responden adalah terdiri daripada kakitangan syarikat swasta iaitu sebanyak

10 orang, diikuti dengan tidak bekerja sebanyak 9 orang, selebihnya adalah terdiri

daripada bekerja sendiri(4 orang), kerajaan(3 orang), dan pencen (4 orang).

25

Page 22: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP FAKTOR DAN KESAN

PENEROKAAN TANAH DI KAWASAN BATU KAWA BERDEKATAN

DENGAN TAMAN BOTANIKA

Terdapat lima faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika , 93250 Kuching, Sarawak iaitu

persekitaran yang senyap, tidak ada pencemaran udara, tidak ada pencemaran air, tidak

ada pencemaran cahaya dan persekitaran yang bersih. Penerokaan tanah yang dijalankan

akan meninggalkan impak yang negatif terhadap alam sekitar.

5.2.1 Faktor Persekitaran yang Mendorong Pemilikan Kedai dan Rumah di

Kawasan Batu Kawa Berdekatan dengan Taman Botanika

Skala likert

Perkara

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak

setujuJumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Persekitaran

yang senyap 14 46.67 10 33.33 5 16.67 1 3.33 0 0

Tidak ada

pencemaran

cahaya 11 36.67 10 33.33 3 10.0 6 20.00 1 3.33

Tidak ada

pencemaran

air

4 13.33 5 16.67 6 20.00 7 23.33 8 26.67

Persekitaran

yang bersih 6 20.00 6 20.00 5 16.67 6 20.00 6 20.00

Tidak ada

pencemaran

udara

4 13.33 5 16.67 10 33.33 5 16.67 6 20.00

Jadual 4 Faktor Persekitaran

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

26

Page 23: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju

0

2

4

6

8

10

12

14

16

Persekitran yang senyap

Tidak ada pencemarean cahaya

Tidak ada pencemaran air

Persekitaran yang bersih

Tidak ada pencemaran udara

Rajah 4 Faktor persekitaran

Sumber: Kajian lapangan (2014)

Menurut hasil kajian, salah satu faktor persekitaran utama yang mendorong pemilikan

kedai dan perumahan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika adalah

persekitaran yang senyap.

Penduduk di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika memilih

faktor persekitaran yang senyap sebagai pendorong utama bagi pemilikan kedai dan

rumah di kawasan kajian. Kebanyakan responden sangat bersetuju dan bersetuju dengan

pernyataan ini. Seramai 14 orang daripada 30 orang responden iaitu sebanyak 46.67

peratus yang sangat bersetuju, manakala sebanyak 33.33 peratus iaitu 10 orang yang

bersetuju faktor persekitaran yang senyap merupakan faktor persekitaran yang

mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman

Botanika. 5 orang responden (16.67 peratus) tidak pasti dengan sebab ini manakala hanya

seorang (3.33 peratus) yang tidak setuju dengan faktor ini. Tiada sesiapa yang sangat

tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Jadi, faktor persekitaran yang senyap

merupakan faktor persekitaran yang mendorong orang ramai memilih kawasan Batu

Kawa sebagai tempat tinggal mereka.

27

Page 24: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Perspektif mengenai faktor tidak ada pencemaran cahaya yang mendorong pemilikan

kadai dan rumah adalah sebanyak 36.67 peratus (11 orang) yang sangat bersetuju , 33.33

peratus (10 orang) bersetuju, masing-masing 20.0 peratus (6 orang) dan 3.33 peratus (1

orang) yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju serta selebihnya, 10.0 peratus yang

tidak pasti. Jadi, faktor tidak ada pencemaran cahaya merupakan faktor yang kedua

terpenting bagi mendorong pemilikan kedai dan rumah di lokasi kajian.

Seterusnya,faktor tidak ada pencemaran udarayang mendorong pemilikan kedai dan

rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Seramai 8 orang

responden (26.67 peratus) yang sangat tidak setuju bahawa faktor tidak ada pencemaran

udara merupakan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika . 7 orang (23.33 peratus) tidak

bersetuju, 6 orang (20.0) berasa tidak pasti dan masing-masing 5 orang (16.67 peratus)

dan 4 orang (13.33) yang bersetuju dan sangat setuju. Kebanyakan responden sangat

tidak setuju dan tidak setuju dengan faktor persekitaran ini kerana mereka mengatakan

bahawa banyak kilang telah didirikan di sekitar kawasan Batu Kawa. Justeru itu, faktor

tidak ada pencemran udara bukan salah satu faktor yang paling penting dalam pemilihan

tempat tinggal.

Hasil analisis menunjukkan masing-masing 20.0 peratus, iaitu 6 orang yang sangat setuju,

setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi faktor persekitaran yang bersih

merupakan pendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan

dengan Taman Botanika. Selebihnya, iaitu 5 orang (16.67 peratus) yang tidak pasti

dengan faktor berkenaan.

Di samping itu, faktor tidak ada pencemaran air yang mendorong pemilikan kedai dan

rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Seramai 10 orang

(33.33 peratus) yang berasa tidak pasti dengan faktor ini manakala 6 orang (20.0 peratus)

berasa sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Masing-masing 5 orang iaitu 16.67

peratus yang setuju dan tidak setuju dengan faktor ini. Selebihnya, 4 orang (13.33

peratus) berasa sangat setuju dengan faktor ini. Kebanyakan responden berasa tidak pasti

dengan faktor ini.

28

Page 25: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.2.2 Kesan Projek Pembinaan di Kawasan Batu Kawa Berdekatan dengan

Taman Botanika Terhadap Alam Sekitar

4.2.2.1 Kesan Pembangunan Terhadap Udara dan Air

KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP UDARA DAN AIR

Skala likert

Perkara

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak

setujuJumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Udara

menjadi

semakin

panas

14 46.67 12 40.0 2 6.67 1 3.33 1 3.33

Masalah

pencemaran

udara akan

berlaku

13 43.33 11 36.67 5 16.67 1 3.33 0 0

Banjir berlaku

4 13.33 12 40.0 9 30.0 4 13.33 1 3.33

Pencemaran

air 7 23.33 12 40.0 8 26.67 3 10.0 0 0

Jadual 5 : Kesan Pembanguanan Terhadap Udara dan Air

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

29

Page 26: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Udara menjadi semakin panas

Pencemaran udara akan

berlaku

Banjir berlaku Pencemaran air0

2

4

6

8

10

12

14

Sangat setujuSetujuTidak pastiTidak setujuSangat tidak setuju

Rajah 4 Kesan pembangunan terhadap udara dan air

Sumber: Kajian lapangan (2014)

Menurut hasil kajian, kebanyakan responden sangat bersetuju dan setuju dengan beberapa

kesan pembangunan terhadap udara dan air.

Seramai 14 orang (46.67 peratus) responden daripada 30 orang responden yang sangat

bersetuju bahawa udara menjadi semakin panas kesan aktiviti penerokaan tanah dan

pembangunan. 12 orang (40.0 peratus) yang setuju dan 2 orang (6.67 peratus) yang tidak

pasti terhadap pernyataan tersebut, manakala masing-masing seorang (3.33 peratus) yang

tidak setuju dan sangat tidak setuju. Terdapat responden yang bercadang agar menanam

lebih banyak pokok bunga di sekitar kawasan Batu Kawa agar keadaan ini dapat

ditambahbaikan. Menurut salah satu responden yang ditemu bual, dia juga sangat setuju

dengan kesan ini kerana aktiviti penebangan pokok bagi projek pembinaan di kawasan

Batu Kawa semakin meningkat. Oleh itu, dapat dikonklusikan bahawa kesan udara

menjadi semakin panas merupakan kesan yang paling ketara akibat aktiviti penerokaan

tanah.

30

Page 27: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Dalam masa beberapa tahun akan datang, masalah pencemaran udara akan berlaku

disebabkan aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan yang dijalankan disetujui oleh 12

orang (40.0 peratus), diikuti oleh 4 orang (13.33 peratus) yang sangat setuju. Selebihnya

ialah responden yang tidak pasti, iaitu 9 orang (30 peratus) manakala responden yang

tidak setuju dan sangat tidak setuju , masing-masing 3 orang (10.0 peratus) dan seorang

(3.33 peratus). Jadi, masalah pencemaran udara juga merupakan kesan yang banyak

disokong oleh penduduk di kawsan batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

Selain itu, penerokaan tanah telah menyebabkan kejadian banjir. Sebanyak 12 orang

responden, iaitu 40.0 peratus yang setuju dengan penyataan ini manakala 9 orang (30.0

peratus) berasa tidak pasti. Bilangan orang responden yang sangat setuju dan tidak setuju

adalah sama, iaitu 4 orang (13.33 peratus), manakala hanya seorang (3.33 peratus)

responden yang sangat tidak setuju. Justeru itu, salah satu kesan penerokaan tanah adalah

berlakunya kejadian banjir.

Mengenai kebersihan air sungai semakin tercemar, terdapat 40.0 peratus (12

orang) yang setuju dan 26.67 peratus (8 orang) yang berasa tidak pasti. Bagi responden

yang sangat tidak setuju, jumlahnya ialah 7 orang (23.33 peratus). Seramai 3 orang

responden (10.0 peratus) yang tidak setuju bahawa kebersihan air sungai berdekatan

dengan kawasan kajian semakin tercemar. Tidak orang yang sangat tidak setuju dalam

penyataan ini. Ada responden yang bercadang agar mengetatkan undang-undang bagi

mengawal masalah pembuangan sampah ke dalam sungai manakala seorang lagi

responden bercadang agar menambahbaikan sistem peparitan. Menurut seorang

responden yang ditemu bual, dia bercadang agar pihak pembangunan harus mempunyai

teknologi yang canggih untuk meminimumkan kesan yang mendatang dan pihak tersebut

harus mengurangkan pembuangan sisa-sisa toksik semasa projek dijalankan. Oleh itu,

melalui dapatan kajian ini, boleh dikatakan kebersihan air sungai semakin tercemar

merupakan kesan aktiviti penerokaan tanah.

31

Page 28: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Selain itu, menurut temu bual yang dijalankan, pencemaran tanah juga telah

dikemukakan oleh salah satu responden. Dia turut sokong pandangannya dengan

mengatakan bahawa aktiviti penebangan yang dijalankan bagi membangunkan projek

tersebut akan menjejaskan ekosistem di kawasan kajian.

32

Page 29: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.2.2.2 Kesan Pembangunan Terhadap Tanah dan Lain-lain

KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP TANAH DAN LAIN-LAIN

Skala likert

Perkara

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak

setujuJumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Jumlah

(orang)

Peratus

(%)

Perubahan

pandang darat

(Landskap)

9 30.0 12 40.0 9 30.0 0 0 0 0

Hakisan dan

tanah runtuh

berlaku

4 13.33 10 33.33 11 36.67 4 13.33 1 3.33

Pencemaran

bunyi

semakin

serius

13 43.33 11 36.67 5 16.67 1 3.33 0 0

Sumber alam

mengalami

kepupusan

3 10.0 17 56.67 8 26.67 2 6.67 0 0

Pembuangan

sisa domestic

mengancam

kesihatan

penduduk

setempat

8 26.67 10 33.33 6 20.0 3 10.0 1 3.33

Jadual 6 : Kesan pembangunan terhadap tanah dan lain-lain

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

33

Page 30: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Perubah

an lan

dskap

Hakisan

dan Ta

nah Runtuh

Pencem

aran Bunyi s

emaki

n seriu

s

Sumber

alam m

enga

lami k

epupusan

Pembuan

gan sis

a domesti

k men

gancam

kesih

atan

0

4

8

12

16

Kesan Pembangunan Terhadap Tanah dan Lain-lain

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju

Rajah 6 : Kesan pembangunan terhadap tanah dan lain-lain

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Dari sudut kesan perubahan pandang darat akibat pembangunan dan pembinaan, seramai

12 orang (40.0 peratus) responden daripada 30 orang responden yang setuju bahawa

penerokaan tanah telah menyebabkan perubahan pandang darat (Landskap). Masing-

masing 9 orang (30.0 peratus) responden yang sangat setuju dan tidak setuju dengan

penyataan ini. Oleh itu, dapat dipastikan bahawa perubahan pandang darat merupakan

kesan yang paling ketara terhadap tanah di lokasi kajian.

34

Page 31: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Selain itu, aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan telah menyebabkan hakisan dan

tanah runtuh disetujui oleh 10 orang responden (33.33 peratus) . Sebanyak 36.67 peratus

(11 orang) yang berasa tidak pasti manakala masing-masing 13.33 peratus (4 orang) yang

sangat setuju dan tidak setuju dengan penyataan ini. Hanya 3.33 peratus (1 orang) yang

sangat tidak setuju. Responden yang ditemu bual mengatakan fenomena tanah runtuh

akan berlaku kerana penebangan pokok akan menyebabkan tanah tidak kukuh akibat

tidak disokong oleh akar pokok. Pada cadangannya, benteng simen boleh dibina untuk

menstabilkan tanah agar tidak runtuh dan tanaman pokok bunga yang kecil boleh ditanam

supaya akar dapat mencengkam tanah dengan kukuh. Dengan itu, antara kesan yang

disebabkan oleh penerokaan tanah dan projek pembangunan ialah hakisan dan tanah

runtuh. Kajian lepas tentang hakisan tanah di Sungai Melana, Johor juga telah

membuktikan bahawa hakisan tanah mudah berlaku di tapak yang baru diterokai.

(http://www.efka.utm.my/, 2009)

Tambahan pula, kadar pencemaran bunyi juga semakin meningkat akibat projek

pembangunan di kawasan kajian. Terdapat 13 orang (43.33 peratus) responden yang

sangat setuju dengan pernyataan ini, manakala seramai 11 orang (36.67 peratus)

responden yang setuju. 16.67 peratus (5 orang) yang berasa tidak pasti. Bakinya, iaitu

hanya 1 orang responden (3.33 peratus) yang tidak setuju. Tidak orang yang sangat tidak

setuju dengan penyataan ini. Oleh itu, pencemaran bunyi juga merupakan kesan yang

disebabkan oleh projek pembinaan di kawasan kajian.

Hasil analisis menunjukkan 17 orang (56.67 peratus) responden yang setuju

dengan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi kerana aktiviti penerokaan tanah.

26.67 peratus (8 orang) berasa tidak pasti, manakala 10.0 peratus (3 orang) pula

mengatakan sangat setuju. Hanya 2 orang (6.67 peratus) responden yang tidak setuju

dengan penyata ini dan tidak ada responden yang sangat tidak setuju. Memandangkan

melebihi separuh responden yang setuju dengan kepupusan sumber-sumber alam semula

jadi, kesan ini dapat dikenalpastikan dalam kajian ini.

35

Page 32: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Di samping itu, pembuangan pelbagai sisa domestik seperti sampah sarap dan sisa

kilang mengancam kesihatan penduduk setempat. Penyataan ini telah disetujui oleh 10

orang (33.33 peratus) responden dan sangat disetujui oleh 8 orang (26.67 peratus)

responden. Terdapat 6 orang (20.0 peratus) yang tidak pasti manakala 3 orang (10.0

peratus) pula berasa tidak setuju. Bakinya, hanya 1 orang (3.33 peratus) responden yang

sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Dalam borang soal selidik, responden juga telah

mencadangkan bahawa menambahbaikkan sistem pelupusan sampah sarap dan bahan

kimia agar dapat menjamin kesihatan penduduk setempat. Melalui pemerhatian, sampah

sarap telah dibuang di merata tempat serta di dalam parit besar dan bau busuk dapat

dihidu di persekitaran parit besar. Keadaan ini sangat tidak baik kepada kesihatan

penduduk tempatan. Menurut seorang responden melalui temu bual, dia bercadang agar

pihak berkuasa harus menjaga kebersihan kawasan pembinaan semasa projek dijalankan.

Oleh itu, kesan yang dapat dilihat melalui kajian ini ialah pembuangan pelbagai sisa

domestik akan mengancam kesihatan penduduk setempat.

36

Page 33: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor persekitaran yang mendorong pemilikan

kedai serta perumahan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika dan

kesan projek pembangunan serta pembinaan di kawasan tersebut terhadap alam sekitar.

Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Kaedah pemerhatian dan temu

bual juga digunakan bagi menyiasat kesan projek pembangunan di kawasan kajian

terhadap alam sekitar.

Kajian telah dilaksanankan ke atas 30 orang responden pelbagai status yang

kebanyakan merupakan penduduk setempat lokasi kajian. Data mentah yang telah

diperolehi daripada kajian ini telah dianalisiskan. Analisis kajian ini dilakukan secara

deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan.

Keseluruhan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor dan kesan projek

pembangunan dan pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman

Botanika terhadap alam sekitar. Alam sekitar merupakan sumber yang harus manusia

hargai bagi memastikan kehidupan mereka yang sejahtera. Oleh itu, pihak berwajib perlu

berganding bahu bersama industri dan masyarakat untuk melindungi alam sekitar tanpa

menjejaskan pembangunan setempat.

Berdasarkan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika, Faktor utama yang responden

paling sangat setuju adalah persekitaran yang senyap. Hal ini kerana kawasan kajian

bukan terletak di kawasan bandar.

Akan tetapi, faktor tidak ada pencemaran udara telah dinafikan oleh kebanyakan

responden. Hal ini kerana terdapat beberapa kilang yang telah didirikan berdekatan

dengan lokasi kajian. Pengkaji yang lain boleh membuat kajian yang seterusnya tentang

pencemaran udara di kawasan tersebut bagi menyiasat punca-punca pencemaran dengan

lanjut.

37

Page 34: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Selain itu, kajian juga dilakukan bagi mengenalpasti kesan projek pembangunan

kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terhadap

alam sekitar. Salah satu kesan yang paling ketara adalah perubahan pandang darat

(landskap). Hal ini terbukti apabila melebihi separuh peratus responden telah

mengkategorikan mereka di golongan responden sangat bersetuju dan setuju. Responden

yang selebihnya pula berasa tidak pasti manakala tidak ada responden yang tidak setuju

atau sangat tidak setuju dengan kesan ini.

Selain itu, sumber-sumber alam semula jadi mengalami kepupusan kerana aktiviti

penerokaan tanah. Hal ini juga terbukti apabila melebihi separuh peratus responden

bersetuju dengan penyataan ini. Oleh itu, semua pihak harus berusaha melindungi alam

sekitar bagi memastikan persekitaran kehidupan generasi akan datang yang baik.

Kebanyakan responden juga menyetujui bahawa projek pembangunan telah

menyebabkan kebersihan air sungai menjadi semakin tercemar. Terdapat responden yang

ditemu bual memberi cadangan agar mengetatkan undang-undang dan melarang

pembuangan sampah ke dalam sungai bagi melindungi sungai di kawasan tersebut.

Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, industri

dan masyarakat harus ada jika mahu pembangunan tersebut terus mampan dan tidak

menjejaskan alam sekitar. Pembangunan dan pembinaan kedai dan rumah adalah perlu

bagi menapung manusia yang semakin banyak ini. Oleh yang demikian, pembangunan

yang dijalankan haruslah mengutamakan kepentingan alam sekitar bagi melindunginya.

38

Page 35: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

RUJUKAN

Andrew Solway. 2011. Siri Teknologi Baharu : Teknologi Alam Sekitar. Kuala Lumpur :

Institut Terjemahaan Negara Malaysia Berhad.

Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul Hadi

Harman Shah. 2006. Malaysian Journal of Environmental Management:

Environmental Management Society Malaysia

Frederick Nicholas Kerlinger, Howard B. Lee. 1973. Foundations of Behavioral

Research, Fourth Edition. Holt Rinehart and Winston, Inc.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Selangor Barul Ehsan : Dawana Sdn. Bhd.

Kamus Padu Terkini, 2001. Selangor Darul Ehsan: United Publishing House (M)

Sdn. Bhd.

Laman Web Google. 2014. http://maps.google.com [12 Mac 2014]

Laman Web My Malaysia Books. 2014. http://www.mymalaysiabooks.com/ [5 Mac

2014]

Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2014. Definisi penerokaan tanah.

http://prpm.dbp.gov.my/ [3 Mac 2014]

Laman Web Rasmi Kerajaan Sarawak. 2014. http://www.sarawak.gov.my/ [12 Mac

2014]

Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed.

Quantitaqtive Research Methods: A Guide Book And Resource. London: John

Wiley & Sons, inc.85-88

39

Page 36: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

BORANG SOAL SELIDIK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

KOD MATA PELAJARAN 900/4

Maklumat Kepada Responden :

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji faktor

dan kesan penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi

kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan : Lengkapkan atau Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1) Umur : ________________ 5) Jantina :

Lelaki ( )

Perempuan ( )

2) Status perkahwinan : 6) Bangsa :

Bujang ( ) Melayu ( )

40

Page 37: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Berkahwin ( ) Cina ( )

Duda / Janda ( ) India ( )

3) Bil isi rumah : ________orang Lain-lain : _______________

4) Pekerjaan : 7) Tempoh menetap di daerah ini :

Sendiri ( ) _______________tahun.

Kerajaan ( )

Swasta ( )

Pencen ( )

Tidak bekerja ( )

BAHAGIAN B : PENGETAHUAN AM

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1. Adakah anda mengetahui maksud penerokaan tanah?

Ya Tidak

2. Adakah anda mengetahui tentang kesan penerokaan tanah?

Ya Tidak

41

Page 38: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

BAHAGIAN C : FAKTOR PENEROKAAN TANAH

Arahan : Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda mengenai faktor yang

mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman

Botanika dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan.

Perkara Sangat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Sangat

Tidak Setuju

Skor 5 4 3 2 1

Bil Perkara 5 4 3 2 1

1 Persekitaran yang senyap

2 Tidak ada pencemaran udara

3 Tidak ada pencemaran air

4 Persekitaran yang bersih

5 Tidak ada pencemaran cahaya

42

Page 39: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

BAHAGIAN D : KESAN PROJEK PEMBINAAN DI KAWASAN BATU KAWA

BERDEKATAN DENGAN TAMAN BOTANIKA

Arahan : Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda mengenai kesan projek

pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terhadap alam

sekitar dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan.

Perkara Sangat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Sangat

Tidak Setuju

Skor 5 4 3 2 1

Bil. Perkara 5 4 3 2 1

1 Udara menjadi semakin panas kesan aktiviti

penerokaan tanah dan pembangunan

2 Kadar pencemaran bunyi semakin meningkat

3 Penerokaan tanah telah menyebabkan perubahan

pandang darat (Landskap)

4 Sumber-sumber alam semula jadi mengalami

kepupusan kerana aktiviti penerokaan tanah

5 Aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan

adalah faktor utama berlakunya hakisan dan

tanah runtuh

6 Penerokaan tanah telah menyebabkan kejadian

banjir

7 Dalam masa beberapa tahun akan

datang,masalah pencemaran udara akan berlaku

disebabkan aktiviti penerokaan tanah dan

43

Page 40: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

pembangunan yang dijalankan

8 Kebersihan air sungai semakin tercemar

9 Pembuangan pelbagai sisa domestik seperti

sampah sarap dan sisa kilang mengancam

kesihatan pendududk setempat

BAHAGIAN E : PANDANGAN UMUM

Arahan : Tuliskan jawapan di ruang yang disediakan.

1. Cadangan anda, apakah usaha yang harus diambil oleh pihak berkepentingan

untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

~~~ TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA ~~~

44

Page 41: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

BORANG CATATAN PEMERHATIAN

Nama Penyelidik : Sze Jun Wen

Tarikh : 16 Mac 2014

Hari : Ahad

Masa : 3.30pm – 4.00pm

Lokasi : St. Mark Church

Item Pemerhatian Catatan

Debu di permukaan meja : Debu di permukaan meja tebal walaupun baru

dibersihkan beberapa hari lalu.

Keadaan kebersihan parit

besar

: 1. Air di parit sangat kotor dan berbau busuk.

2. Terdapat sampah sarap yang terapung di dalam

parit.

Keadaan suhu terhadap

penduduk

: 1. Banyak penduduk yang mengadu kepanasan

2. Banyak perumahan telah memasangkan penghawa

dingin.

Pemerhatian disertakan dengan gambar foto.

Tandatangan

_______________________

Tarikh : ________________

45

Page 42: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Borang Temubual kerja Kursus Pengajian Am

Tajuk : Kajian Faktor dan Kesan Penerokaan Tanah Terhadap Alam Sekitar

di Kawasan Batu Kawa Berdekatan Dengan Taman Botanika

________________________________________________________________________

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik : SZE JUN WEN

Nama Responden : MANDY WONG MAN YEE

Tarikh Temu Bual : 16/03/2014

Tempat Temu Bual : St. Mark Church

________________________________________________________________________

SOALAN TEMUBUAL

1. Pada pendapat anda, apakah kesan persekitaran yang paling ketara akibat aktiviti

penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika?

Pada pendapat saya, kesannya adalah peningkatan suhu. Penebangan pokok akan

menyebabkan suhu bumi meningkat. Selain itu, pencemaran alam juga akan berlaku di

kawasan penerokaan tanah dijalankan.

2. Pada cadanagn anda, apakah sistem atau kemudahan yang boleh diubahsuai atau

ditambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika?

46

Page 43: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Program menanam semula pokok-pokok di setiap perumahan di kawasan ini. Selain

itu, kempen kesedaran juga boleh diadakan undang-undang harus dilaksanakan dengan

mendenda mereka yang mencemarkan kawasan persekitaran ini.

3. Pada cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa

pembangunan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tman Botanika?

Sisitem pelupusan ditubuhkan untuk mengurangkan sampah di kawasan ini.

Sistem peparitan juga harus diperbaiki dan dipertingkatkan.

47

Page 44: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Borang Temubual kerja Kursus Pengajian Am

Tajuk : Kajian Faktor dan Kesan Penerokaan Tanah Terhadap Alam Sekitar

di Kawasan Batu Kawa Berdekatan Dengan Taman Botanika

________________________________________________________________________

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik : SZE JUN WEN

Nama Responden : MARY CHIENG CHING RU

Tarikh Temu Bual : 16/03/2014

Tempat Temu Bual : St. Mark Church

________________________________________________________________________

SOALAN TEMUBUAL

1. Pada pendapat anda, apakah kesan persekitaran yang paling ketara akibat aktiviti

penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika?

Pada pendapat saya, pencemaran tanah merupakan kesan yang paling ketara. Hal ini

kerana penebangan yang berlaku untuk membangunkan program tersebut turut

menjejaskan ekosistem di kawasan Batu Kawa.

2. Pada cadanagn anda, apakah sistem atau kemudahan yang boleh diubahsuai atau

ditambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika?

48

Page 45: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Pihak tersebut harus mempunyai teknologi yang canggih untuk meminimumkan kesan

yang akan mendatang. Sebagai contohnya, sistem peparitan harus dilancarkan dengan

licin di kawasan ini.

3. Pada cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa

pembangunan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tman Botanika?

Menjaga kebersihan kawasan pembinaan semasa menjalankan projek tersebut.

49

Page 46: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Borang Temubual kerja Kursus Pengajian Am

Tajuk : Kajian Faktor dan Kesan Penerokaan Tanah Terhadap Alam Sekitar

di Kawasan Batu Kawa Berdekatan Dengan Taman Botanika

________________________________________________________________________

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik : SZE JUN WEN

Nama Responden : JOSEPH CHIN MING TECK

Tarikh Temu Bual : 16/03/2014

Tempat Temu Bual : St. Mark Church

________________________________________________________________________

SOALAN TEMUBUAL

1. Pada pendapat anda, apakah kesan persekitaran yang paling ketara akibat aktiviti

penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika?

Pada pendapat saya, fenomena tanah runtuh akan berlaku. Hal ini demikian kerana

penebangan pokok akan menyebabkan tanah tidak kukuh kerana tidak disokong oleh

akar pokok.

2. Pada cadanagn anda, apakah sistem atau kemudahan yang boleh diubahsuai atau

ditambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan Batu Kawa

berdekatan dengan Taman Botanika?

50

Page 47: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Benteng simen boleh dibina untuk menstabilkan tanah agar tidak runtuh. Selain itu,

tanaman bunga pokok yang kecil boleh ditanam supaya akar dapat mencengkam tanah

dengan kukuh.

3. Pada cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa

pembangunan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di

kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tman Botanika?

Mengurangkan pembuangan sisa-sisa toksik semasa projek dijalankan.

51

Page 48: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Foto 1 : Debu di permukaan meja

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 2 : Longkang penuh dengan sampah

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

52

Page 49: PBS Pengajian Am STPM

95XXXX-XX-XXXX

Foto 3 : Persekitaran yang penuh dengan sampah

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

53