53
KAJIAN MENGENAI TAHAP KEPUASAN PELANGGAN DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP KUALITI MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KANTIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENGKAJIAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 PENGAJIAN AM TAJUK : NAMA CALON : NOMBOR : KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN : ALAMAT SEKOLAH : NAMA GURU/ : PEMERIKSA TANDATANGAN : GURU/PEMERIKSA TARIKH : MARKAH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH JALAN SUNGAI RAMAL LUAR 43000 KAJANG, SELANGOR ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABU KASIM

Contoh PBS STPM Pengajian Am

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh PBS STPM Pengajian Am

KAJIAN MENGENAI TAHAP KEPUASAN PELANGGAN

DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP KUALITI

MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

OLEH PIHAK KANTIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENGKAJIAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM

TAJUK :

NAMA CALON :

NOMBOR :

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN :

ALAMAT SEKOLAH :

NAMA GURU/ :

PEMERIKSA

TANDATANGAN :

GURU/PEMERIKSA

TARIKH :

MARKAH :

NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

JALAN SUNGAI RAMAL LUAR

43000 KAJANG, SELANGOR

ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABU KASIM

Page 2: Contoh PBS STPM Pengajian Am

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan

dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja

projek yang dihasilkan.

Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor

Makluman kepada calon :

Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan

sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek

yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja

projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon :

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek

Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Kualiti Makanan dan

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kantin SMKA Maahad Hamidiah tanpa bantuan mana-mana

pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Am :

Encik Shahruddin Bin Abu Kasim di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan

kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran -

_______________________________ (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai

Saya mengesahkan bahawa kertas projek Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Dalam Kalangan Pelajar

Terhadap Kualiti Makanan dan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kantin SMKA Maahad

Hamidiah telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon

dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh

calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa Encik Shahruddin Bin Abu Kasim

Tarikh

Lampiran 2 BPC

Page 3: Contoh PBS STPM Pengajian Am

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan:

Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan

Projek

Ulasan Guru Tandatangan

Guru

Tandatangan

Calon

Pemberitahuan cara menulis

PBS Pengajian Am.

21.01.2013 Guru menyemak objektif

kajian dan beberapa

cadangan diberikan.

30.01.2013 Pemberitahuan cara menulis

borang soal selidik oleh guru.

01.02.2013 Semakan dan pindaan borang

soal selidik.

18.02.2013 Semakan analisis daripada

borang soal selidik.

Lampiran 3 BRKKC

Page 4: Contoh PBS STPM Pengajian Am

21.02.2013 Semakan analisis borang soal

selidik secara kasar bahagian

A dan B (perkhidmatan)

27.02.2013 Semakan analisis borang soal

selidik bahagian A dan B

secara menyeluruh

23.03.2013 Semakan bahagian

kepentingan makanan, nutrisi

yang diperlukan, kebersihan

yang sepatutnya diamalkan

dan kehendak pelajar

Penyerahan Kerja Projek

kepada guru.

Pengesahan Guru Mata Pelajaran:

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja

dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2013 mengikut

peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru : ____________________________

Nama Guru : Encik Shaharuddin bin Abu Kassim

Tarikh : ____________________________

Cap Sekolah :

Page 5: Contoh PBS STPM Pengajian Am

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

No. Kad Pengenalan :

Angka Giliran :

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Dimensi Penilaian Markah

Penuh

Markah

Guru/Pemeriksa

Markah

Penyelaras

1. Pengetahuan

10

2. Organisasi

10

3. Komunikasi

10

4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi

10

5. Cadangan Kajian

7

6. Pembentangan

8

Jumlah Markah

55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

atas adalah benar

Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________

Nama : Encik Shaharuddin bin Abu Kasim

No Kad Pengenalan :_______________________

Tarikh : ________________________________

No Telefon (sekolah) : 03 87376300

(bimbit) : _____________________

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Tandatangan Penyelaras :________________________

Nama : ______________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Tarikh : _____________________________________

No. Telefon (sekolah) : _________________________

(bimbit) : _________________________

Lampiran 4 BMKKC

Page 6: Contoh PBS STPM Pengajian Am

KANDUNGAN

Muka Surat

Senarai Jadual

Senarai Singkatan ii

Abstrak iii

Penghargaan iv

1. Pengenalan 1

2. Objektif Kajian 4

3. Lokasi Kajian 5

4. Kaedah Kajian 6

5. Dapatan Kajian dan Perbincangan 8

5.1 Analisis Kajian 9

5.2 Kepentingan Makanan 17

5.3 Nutrisi Yang Sesuai 19

5.4 Kebersihan Yang Sepatutnya Diamalkan 21

5.5 Kehendak Para Pelajar 23

6. Rumusan dan Cadangan 24

Lampiran

Bibliografi

Page 7: Contoh PBS STPM Pengajian Am

SENARAI SINGKATAN

PP - Pelajar Perempuan

PL - Pelajar Lelaki

T1 - Tingkatan Satu

T2 - Tingkatan Dua

T3 - Tingkatan Tiga

T4 - Tingkatan Empat

T5 - Tingkatan Lima

T6 - Tingkatan Enam

SMKAMH - Sekolah Menengah Kebangsaan Maahad Hamidiah

Page 8: Contoh PBS STPM Pengajian Am

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti pandangan serta pendapat pelajar-pelajar

terhadap kualiti makanan dan minuman yang disediakan, perkhidmatan yang diberikan dan

harga yang ditetapkan oleh pihak kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad

Hamidiah. Seramai 97 orang pelajar sekolah ini telah dipilih sebagai responden. Pengkaji

menggunakan empat kaedah kajian iaitu mencari bahan rujukan, temu bual, soal selidik dan

pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada

responden dan juga dengan menggunakan tiga lagi instrumen seperti tersebut di atas. Hasil

kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti makanan dan

perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin berada pada tahap memuaskan sahaja. Hal

ini dapat dilihat semasa pengendalian makanan pada waktu rehat pelajar yang tidak efisien.

Ditambah pula dengan ketiadaan wang penukaran sehingga menyebabkan pelajar terpaksa

berhutang atau mengambil baki wang selepas menghabiskan makanan mereka. Oleh itu, pihak

kantin perlu menangani masalah sebegini bagi meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan dan

makanan yang disediakan oleh mereka.

Page 9: Contoh PBS STPM Pengajian Am

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke

hadrat Illahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga pengkaji dapat menjayakan

kajian ilmiah ini dengan jayanya dari awal pembikinan hingga ke noktah terakhir. Segala puji-

pujian kembali kepada-Nya.

Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda

dan bonda yang memahami dan telah membantu pengkaji dari segi motivasi, kewangan dan

juga idea-idea bernas.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada guru matapelajaran Pengajian Am yang juga merangkap pemeriksa pengkajian ilmiah

ini iaitu Encik Shaharuddin bin Abu Kassim selaku penyelia di atas segala bimbingan,

panduan, tip-tip yang berguna serta teguran,dan nasihat yang diberikan sepanjang pengkaji

menyempurnakan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada abang-abang pengkaji, rakan-rakan

sekelas yang turut membantu pengkaji secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menyudahkan kajian ini. Sekali lagi pengkaji panjatkan doa kesyukuran kepada-Nya, agar

segala usaha yang disumbangkan oleh semua akan diberkati oleh Allah s.w.t. di dunia dan

akhirat.

Sekian, terima kasih.

Najwa Huda Mohd Shahidin

Mac 2013

Page 10: Contoh PBS STPM Pengajian Am

1.0 PENGENALAN

Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar

memperolehi makanan pada sesi persekolahan.

Kualiti ditakrifkan sebagai darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu

manakala perkhidmatan pula bermaksud perihal berkhidmat ataupun kerja. Frasa makanan

pula bermakna apa sahaja yang boleh dimakan dan diminum seperti nasi, roti, air dan lain-lain.

Kantin pula ialah tempat menjual makan dan minum di sekolah, pejabat dan lain-lain. (Kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4)

Di sini dapat dirangkumkan bahawa kualiti perkhidmatan dan makanan yang

disediakan oleh pihak kantin bermaksud darjah kecemerlangan biasa yang tinggi dan bermutu

untuk perihal berkhidmat ataupun kerja dan untuk apa sahaja yang boleh dimakan dan

diminum yang disediakan oleh orang yang bertanggungjawab kepada tempat makan dan

minum di sekolah, pejabat dan lain-lain.

Apabila membincangkan tentang pemakanan kepada pelajar, kantin sekolah

memainkan peranan yang penting dalam penyediaan makanan kepada pelajar di sekolah.

Menurut Kementertian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (1989),

pembekalan perkhidmatan makanan kepada guru dan pelajar merupakan satu kewajipan

dalam setiap sekolah.

Berdasarkan kepada Garis Panduan Kantin (1989), kantin sekolah merupakan suatu

tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Melalui ini, para pelajar dapat membina pengetahuan, sikap dan

amalan tentang makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan serta tabiat-tabiat

sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun dan amalan-amalan disiplin yang

lain. Oleh itu, layanan yang baik perlu diberikan kepada pelajar agar mereka dapat

mempelajari beberapa budaya Malaysia yang sudah semakin tidak dihiraukan.

Dalam kehidupan manusia seharian, makanan merupakan keperluan asasi yang sangat

penting dalam kehidupan untuk memastikan kesihatan individu lebih terjamin di samping ia

memberikan tenaga kepada manusia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti (Aishah, 2003).

Page 11: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Dalam masa yang sama, kebersihan juga perlu diambil berat agar terhindar daripada

penyakit-penyakit yang tidak dikehendaki seperti keracunan makanan. Hal ini disokong

dengan kenyataan daripada Jamal (1998) iaitu terdapat lima jenis bahaya yang boleh berpunca

daripada makanan ialah bahaya disebabkan kuman, kurang makan dan terlebih makan,

persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semula jadi dalam makanan dan aditif makanan.

Bahaya yang disebabkan kuman merupakan peringkat bahaya paling atas di antara kelima-

lima jenis bahaya tersebut.

Oleh itu, pihak pengusaha kantin perlu berusaha agar mereka dapat menyediakan

seperti apa yang dikehendaki oleh para pelanggan terutamanya daripada para pelajar dan guru

kerana mereka merupakan pelanggan tetap.

Kantin SMKA Maahad Hamidiah dikendalikan oleh Encik Murat bin Khairi yang

berumur 65 tahun. Meskipun segalanya disediakan dan ditentukan oleh pihak pengusaha

kantin, mereka tetap tidak mempunyai autoriti sepenuhnya dalam penentuan tersebut kerana

mereka terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani bersama pihak sekolah.

Kebiasaannya, pelajar akan menggunakan kantin semasa waktu rehat dan juga selepas

pulang dari sekolah iaitu pada jam 2.15 petang. Waktu rehat di sekolah ini terbahagi kepada

dua sesi iaitu sesi pertama pada pukul 9.30 pagi hingga 9.50 pagi untuk pelajar menengah

rendah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sesi kedua adalah untuk

pelajar menengah atas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 pada

pukul 10.15 pagi hingga 10.35 pagi.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Kebanyakan pengusaha kantin/kafeteria akan cuba sedaya mungkin dalam mendapatkan

tender di sesebuah institusi terutamanya institusi sekolah. Hal ini kerana pulangan hasil yang

lebih lumayan dan tetap berbanding membuka gerai. Walau bagaimanapun, kebiasaannya

perjanjian yang ditandatangani antara pihak kantin dan pihak sekolah sah bagi tempoh dua ke

tiga tahun sahaja. Namun begitu, tidak ramai daripada pengusaha kantin yang memandang

berat terhadap kepuasan pelanggan mereka terutamanya para pelajar tetapi mereka cuba untuk

melanjutkan masa perjanjian tersebut selepas tamat tempoh dengan menghantar sebut harga

kepada pihak sekolah sekali lagi.

Page 12: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Moto kepada Pazzda Pizza ialah ‘kepuasan hati pelanggan, kegembiraan kami’

seharusnya diguna pakai oleh semua pengusaha kantin tidak kira sekolah mana sekali pun.

Diketahui bahawa sekolah ini meletakkan agama Islam di tempat tertinggi dalam segala aspek.

Islam menyuruh umatnya makan makanan yang bersih lagi halal berdasarkan firmannya yang

bermaksud : makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal

lagi bersih. (Surah al-Nahl : 114)

Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Mohd Fadzli Ismail, makanan yang

suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik. Di samping memilih makanan berzat dan

berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan soal kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat

agama. Katanya, “Islam menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang

sentiasa prihatin terhadap kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari akan melahirkan

nur keimanan dalam diri untuk turut sama menjaga kebersihan secara kesuluruhanyya,

termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan, tingkah laku dan sebagainya.”

Oleh itu, makanan bukan sahaja sekadar memenuhi keperluan manusia tetapi ia juga

merupakan salah satu alat untuk mencapai keimanan yang jitu lebih-lebih lagi bagi seorang

pelajar. Hubungan di antara Allah perlu dijaga dengan sebaik mungkin tidak kira sama ada

ketika semasa di bangku sekolah atau pada waktu lain.

Page 13: Contoh PBS STPM Pengajian Am

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Menu makanan, kebersihan dan keceriaan memainkan peranan penting dalam memuaskan

hati pelanggan yang bertandang ke kantin. Namun begitu, tidak semua pihak kantin

mengambil berat mengenai perkara ini. Lantaran itu, kajian yang dijalankan dari 17 Januari

sehingga 4 April tahun 2013 adalah diharapkan dapat :

1. Mengkaji persepsi serta pendapat pelajar sekolah ini terhadap kualiti perkhidmatan

dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin SMKAMH

2. Mengenal pasti pandangan para pelajar terhadap harga yang ditetapkan oleh pihak

kantin SMKAMH.

3. Mengenal pasti kemahuan para pelajar dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan

makanan yang diberikan oleh pihak kantin SMKAMH.

Page 14: Contoh PBS STPM Pengajian Am

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah.

(Sila rujuk peta yang dilampirkan).

Alamat :

SMKA Maahad Hamidiah

Jalan Sungai Ramal Luar

43 000 Kajang, Selangor.

Page 15: Contoh PBS STPM Pengajian Am

4.0 KAEDAH KAJIAN

Beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Dengan

menggabungkan empat cara yang berbeza, pengkaji akan memperoleh ketepatan maklumat

lebih berbanding menggunakan satu cara sahaja. Instrumen yang diguna pakai oleh pengkaji

ialah :

1. Perpustakaan

Sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan

kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik

(wikipedia). Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat menjelaskan sesuatu

perkara berdasarkan teori, fakta dan juga kajian beberapa orang dengan menggunakan

beberapa bahan-bahan tambahan di Perpustakaan Negara yang terletak di Kuala

Lumpur dan juga melalui internet.

2. Temu bual

Walau bagaimanapun, temu bual tidak berstruktur, jarang digunakan dalam kajian

tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat

mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay dan Airasian, 2000). Beberapa

orang pelajar telah dipilih untuk diajukan beberapa soalan bagi mendapatkan

pandangan dan pendapat mereka terhadap kantin sekolah ini dan juga beberapa

perkara yang berkaitan dengan makanan, kebersihan dan perkhidmatan.

3. Borang Soal Selidik

Tuckman (1988), instrumen yang kerap digunakan dalam kajian kuantitatif ialan soal

selidik kerana melalui instrumen kajian ini, kerjasama daripada sampel mudah

diperolehi dan menjimatkan masa. Kaedah ini paling sesuai untuk mendapatkan

maklumat kerana segala arahan dan soalan yang diberikan dalam soal selidik adalah

piawai dan serupa kepada semua responden yang dikaji (Ian Brace, 2004). Dengan ini,

pengkaji yakin bahawa data-data yang diperolehi adalah lebih tepat. Dengan itu 100

set borang telah diedarkan kepada pelajar.

Page 16: Contoh PBS STPM Pengajian Am

4. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu daripada kaedah mengukur pemboleh ubah penyelidikan

(Marohaini Yusoff, 2001). Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati tingkah

laku pihak kantin berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang dikenal pasti.

Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk melihat cara layanan yang diberikan kepada

para pelajar.

4.1 PROSEDUR KAJIAN

Rajah 1 : Carta aliran proses kajian

Taklimat daripada guru

Kenalpasti masalah

Membina soal selidik

Edaran soal selidik dan pengumpulan data

Analisis data dan maklumat

Mentafsir data dan maklumat

Membuat rumusan kajian

Kajian rambang dan

pembacaan

Pembinaan tajuk

dan skop kajian

Temu bual dan

pemerhatian

Dikukuhkan dengan

teori, fakta dan

beberapa kajian

Page 17: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.0 HASIL KAJIAN

Tahap kepuasan pelanggan amat diperlukan dalam menentukan kualiti sesebuah kantin.

Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘customer is always right’. Di sini dapat difahami bahawa

pelanggan mempunyai hak untuk bersuara terhadap apa yang telah disediakan oleh pihak

penguasaha.

Apabila seorang pelajar menapak ke kawasan sekolah, amalan pemakanannya sedikit

berubah. Ini termasuk dari segi menu hidangan yang disediakan oleh pihak kantin dan waktu

makan mereka yang bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Apa yang dimakan oleh pelajar sebelum dan selepas bermulanya sesi pembelajaran akan

memberi kesan secara tidak langsung terhadap daya tahan dan tumpuan mereka di dalam

kelas. Justeru itu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang sesuai selain daripada

menerapkan amalan pemakanan yang sihat kepada pelajar serta suasana yang kondusif agar

mereka menjadi pelajar yang lebih proaktif.

Oleh demikian, pengkaji menyediakan 100 set borang soal selidik dan mengedarkan

kesemua borang tersebut kepada pelajar secara rawak dari T1 hingga T6 untuk melihat

persepsi mereka terhadap makanan dan minuman yang disediakan, perkhidmatan yang

diberikan dan harga yang ditetapkan oleh pihak kantin. Namun begitu, pengkaji hanya

menerima 97 set borang daripada 100 set yang telah diedarkan kerana tiga daripadanya telah

dihilangkan oleh responden.

Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A yang

dimuatkan mengenai taburan latar belakang responden, Bahagian B terdiri daripada beberapa

kenyataan positif mengenai apa yang telah disediakan oleh pihak kantin dan Bahagian C pula

adalah merupakan cadangan-cadangan yang diberikan oleh responden bagi menambah baik

kualiti makanan, minuman dan perkhidmatan kantin SMKAMH.

Sebagai tambahan, pengkaji telah menemubual beberapa orang pelajar untuk

mendapatkan pendapat mereka terhadap beberapa perkara iaitu kepentingan makanan kepada

mereka, nutrisi yang sesuai bagi seorang pelajar serta kebersihan yang sepatutnya diamalkan

oleh pihak kantin. Pengkaji juga turut meneliti kemahuan para pelajar terhadap makanan dan

dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin.

Page 18: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.1 ANALISIS KAJIAN

5.1.1 Analisis Bahagian A

Untuk bahagian ini, pengkaji membahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu taburan

responden berdasarkan umur mereka dan satu lagi ialah taburan responden berdasarkan

jantina.

5.1.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur

Peringkat Umur (tahun) Frekuensi (orang) Peratusan (%)

13 – 15

16 – 17

18 – 20

45

30

22

46.39

30.93

22.68

Jumlah 97 100.00

Jadual 1 : Taburan Responden Berdasarkan Umur

Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Daripada 97 orang responden

yang mengambil bahagian dalam kajian ini, didapati bahawa responden yang berumur di

antara 13 hingga 15 tahun merupakan kelompok majoriti dalam kajian ini dengan bilangannya

seramai 45 orang (46.39%). Seterusnya diikuti dengan responden yang berumur antara 16

hingga 17 tahun iaitu seramai 30 orang (30.93%) dan disusuli kelompok responden yang

paling sedikit dalam kajian ini ialah mereka yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun iaitu

seramai 22 orang (22.68%) dan mereka ini terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas sahaja.

5.1.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Peringkat Umur (tahun)

Frekuensi (orang)

Perempuan Lelaki

13 – 15

16 – 17

18 – 20

27

17

10

18

13

12

Jumlah 54 43

Peratusan (%) 55.67 44.33

Jadual 2 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Page 19: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Dari aspek jantina, didapati

bahawa 54 orang (55.67%) daripada responden ialah perempuan. Analisis menunjukkan

bahawa responden perempuan dalam kelompok umur 13 hingga 15 tahun ialah seramai 27

orang. Seterusnya, pelajar perempuan dalam peringkat umur 16 hingga 17 tahun ialah 17

orang dan 10 orang dalam kelompok umur 18 hingga 20 tahun.

Analisis dari jadual 2 juga menunjukkan bahawa responden lelaki berjumlah 43 orang

(44.33%) daripada jumlah keseluruhan responden. Responden lelaki daripada kelompok umur

13 hingga 15 tahun berjumlah 18 orang manakala daripada umur 16 hingga 17 tahun pula

seramai 13 orang dan 12 orang daripada jumlah responden lelaki mewakili kelompok mereka

yang berumur 18 hingga 20 tahun.

5.1.2 Analisis Bahagian B

Untuk mengetahui maklumat mengenai pandangan dan pendapat pelajar-pelajar SMKA

Mahaad Hamidiah terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman, pengkaji membahagikan

persetujuan resopenden kepada empat tahap iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak setuju

(TS) dan sangat tidak setuju (STS).

Pengkaji juga mengklasifikasikan kajian ini kepada tiga aspek iaitu dari segi

perkhidmatan yang diberikan, pengkaji letakkan dari soalan 1 hingga 9, makanan dan

minuman yang disajikan ditempatkan dari soalan 10 hingga soalan 17 manakala harga yang

ditetapkan pula dari soalan 18 hingga soalan 22.

5.1.2.1 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan

Analisis kajian mendapati bahawa kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin

berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila lebih separuh

iaitu 51.34% di kalangan responden tidak bersetuju dengan kenyataan positif yang telah

dinyatakan. (Lihat jadual 2)

Page 20: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan

Bil.

Item-item Soal Selidik

Jawapan

SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)

1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS)

f % f % F % f %

1 Susun atur kerusi dan meja yang

sedia ada di kantin sesuai dengan

kondisi dan bilangan pelajar.

13 13.4 25 25.8 38 39.2 21 21.6

39.2 % 60.8 %

2 Susun atur kerusi dan meja yang

terdapat di kantin ini kemas dan

teratur.

20 20.6 42 43.3 26 26.8 14 14.4

63.9 % 41.2 %

3 Kantin sekolah ini sentiasa berada

dalam keadaan ceria.

12 12.4 29 29.9 43 44.3 13 13.4

42.3 % 57.7 %

4 Pekerja-pekerja melayan pelanggan

dengan ramah dan sopan.

13 13.4 33 34.0 30 30.9 21 21.6

47.4 % 52.5 %

5 Masa yang diambil untuk anda

dapatkan perkhidmatan (layanan)

mereka pada waktu rehat dan pada

waktu-waktu lain sangat cepat.

11 11.3 37 38.1 28 28.9 22 22.7

49.4 % 51.6 %

6 Kaunter jualan untuk pelajar lelaki

dan perempuan mesra pelanggan.

11 11.3 36 37.1 37 38.1 13 13.4

48.4 % 51.5 %

7 Kaunter pembayaran yang sedia

ada memudahkan urusan

pembayaran pelanggan.

6 6.2 30 30.9 41 42.3 20 20.6

37.1 % 62.9 %

8 Bilangan pelajar kantin ini sentiasa

mencukupi dan cekap.

8 8.3 36 37.1 37 38.1 16 16.5

45.4 % 54.6 %

9 Pekerja-pekerja kantin sentiasa

berketerampilan kemas dan bersih.

6 6.2 32 33.0 45 46.4 14 14.4

39.2 % 60.8 %

10 Komunikasi dan bahasa yang

digunakan sangat baik dan mudah

difahami.

16 16.5 44 45.4 27 27.8 10 10.3

61.9 % 38.1 %

Jumlah Keseluruhan Peratusan 47.42 % 51.34 %

Jadual 2 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan

Page 21: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Kenyataan nombor satu adalah mengenai susunan kerusi dan meja. Responden

merasakan bahawa susun atur yang sedia ada tidak sesuai dengan kondisi serta bilangan para

pelajar. 60.8% daripada responden tidak bersetuju dengan kenyataan di nombor satu dan

selebihnya (39.2%) bersetuju. Selain itu, kekemasan susun atur kerusi dan meja pula

diperakui oleh responden dengan 63.9% yang bersetuju dan hanya 41.2% sahaja yang tidak

bersetuju.

Dari sudut keceriaan kantin pula, seramai 42.3% bersetuju dan 57.7% pula tidak

bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa kantin sekolah ini belum lagi mencapai tahap ceria

tetapi telah berada dalam keadaan ceria. Dalam masa yang sama pekerja-pekerja kantin ini

melayan pelanggan dengan kurang ramah dan kurang sopan. Kenyataan ini menjadi kukuh

apabila 52.5% responden tidak merasakan bahawa mereka dilayan dengan ramah dan sopan.

Namun begitu, 47.4% lagi bersetuju dengan kenyataan di nombor 4.

51.6% responden merasakan mereka perlu menunggu lama untuk mendapatkan

layanan daripada pekerja kantin pada waktu rehat dan waktu-waktu lain. 49.4% lagi

merasakan sebaliknya. Kaunter jualan bagi pelajar sangat mesra pelanggan dan kenyataan ini

ditolak oleh 51.5% responden dan 48.4% lagi bersetuju.

Seterusnya kaunter pembayaran yang sedia ada tidak memudahkan urusan pembayaran

pelanggan malah melambatkan proses pembayaran dengan kelambatan dalam pemulangan

baki. Hal ini disokong oleh 62.9% responden. Sebanyak 37.1% responden lagi tidak

merasakan sedemikian. Oleh itu mereka bersetuju dengan kenyataan yang tercatat pada

nombor 7. Bilangan pekerja kantin sentiasa mencukupi dan cekap telah dibangkang oleh

54.6% responden tetapi baki dari keseluruhan responden iaitu 45.4% mempersetujuinya.

Nombor 9 pula mengenai pekerja-pekerja. Mereka sentiasa berketerampilan kemas

dan bersih. Kenyataan ini dipersetujui oleh 39.2% responden dan 60.8% responden tidak

bersetuju kerana sememangnya pekerja-pekerja di kantin ini boleh dikategorikan sebagai

selekeh terutamanya tukang masak. Walau bagaimanapun, komunikasi dan bahasa yang

digunakan sangat baik dan mudah difahami meskipun menggunakan dialek Indonesia.

Seramai 60 orang responden (61.9%) bersetuju dan selebihnya (38.1%) tidak bersetuju.

Page 22: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Oleh itu, dapat dirumuskan di sini bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap

perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kantin ialah memuaskan. Pihak kantin perlu

berusaha dengan lebih gigih lagi dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

5.1.2.2 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman

Melalui jadual 3 dapat dilihat bahawa lebih daripada separuh daripada responden berpuas hati

terhadap kualiti makanan dan minuman yang disajikan kepada mereka di kantin. Analisis

menunjukkan kira-kira 54.64 % daripada 100 % yang bersetuju dengan kenyataan yang

diberikan dalam item soal selidik dari soalan 11 hingga 17.

Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman

Bil.

Item-item Soal Selidik

Jawapan

SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)

1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS)

f % f % F % f %

11 Makanan dan minuman yang

disediakan pada waktu rehat

mencukupi.

29 29.9 43 44.3 19 19.6 6 6.2

74.2 % 25.8 %

12 Makanan dan minuman yang

disediakan berada dalam kondisi

yang terjamin kebersihannya.

18 18.6 50 51.5 22 22.7 7 7.2

70.1 % 29.9 %

13 Dapur kantin berada dalam

keadaan bersih dan kemas setiap

masa.

16 16.5 34 35.1 35 36.1 12 12.4

51.6 % 48.5 %

14 Pekerja-pekerja sentiasa

mementingkan serta menitik

beratkan kebersihan dalam

menyediakan sajian.

9 9.3 40 41.2 46 47.4 2 2.1

50.5 % 49.5 %

15 Nutrisi dalam setiap sajian sangat

sesuai untuk pelajar.

8 8.2 42 43.3 39 40.2 7 7.2

51.5 % 47.4%

16 Makanan dan minuman yang

disediakan bersesuaian dengan

selera.

19 19.6 43 44.3 27 27.8 8 8.2

63.9 % 36.0 %

17 Anda tidak perlu menunggu lama

bagi mendapatkan pesanan.

8 8.2 12 12.4 35 36.1 42 43.3

20.6 % 79.4 %

Jumlah Keseluruhan Peratusan 54.64 % 45.21 %

Jadual 3 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman

Page 23: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Berdasarkan peratusan responden yang bersetuju (74.2%) lebih tinggi berbanding

responden yang tidak setuju (25.8%) maka kenyataan bahawa makanan dan minuman yang

disediakan pada waktu rehat mencukupi tidak dapat disangkal lagi. Seterusya ialah kenyataan

nombor 12 iaitu makanan dan minuman yang disediakan berada dalam kondisi yang terjamin

kebersihannya juga tidak dapat disangkal apabila seramai 70.1% responden dan hanya 29.9%

sahaja yang tidak bersetuju.

51.6% responden merasakan bahawa dapur kantin berada dalam kemas dan bersih

pada setiap masa meskipun dapur itu tidak berada dalam keadaan yang sedemikian rupa. Hal

ini berdasarkan pemerhatian pengkaji serta beberapa orang pelajar Namun hanya 48.5%

sahaja yang tidak bersetuju bahawa dapur kantin sekolah ini bersih dan kemas setiap masa.

Bagi item nombor 14 ialah para pekerja sentiasa menitikberatkan kebersihan dalam

menyediakan makanan. 50.5% daripada responden bersetuju dan selebihnya (49.5%) tidak

bersetuju. Hal ini juga menjadi satu kemusykilan bagi pengkaji kerana jika diteliti kembali,

para pekerja kantin ini tidak menitik beratkan soal kebersihan dalam setiap sajian mereka

kerana mereka tidak menggunakan sarung tangan semasa membuat burger. (Rujuk Gambar 1

pada lampiran).

Seramai 51.5% responden bersetuju bahawa nutrisi dalam setiap sajian sangat sesuai

dengan para pelajar tetapi 47.4% lagi tidak bersetuju. Seterusnya adalah dari segi selera

pelanggan. Majoriti daripada responden (63.9%) bersetuju dan selebihnya (36.0%) merasakan

menu yang disediakan tidak bersesuaian dengan selera mereka.

Walau bagaiamanapun, sebanyak 79.4% responden berpendapat bahawa mereka perlu

menunggu lama bagi mendapatkan pesanan mereka. 20.6% lagi bersetuju dengan kenyataan

di nombor 17. Konklusinya, responden berpuas hati dengan kualiti makanan dan minuman

yang disajikan kepada mereka meskipun berdasarkan pemerhatian pengkaji, pihak kantin ini

perlu mempertingkatkan lagi tahap kebersihan mereka.

Page 24: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.1.2.3 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga

Dalam perkara ini, pengkaji berasa hairan apabila pihak sekolah meluluskan harga yang

diletakkan oleh pihak kantin semasa kontrak ditandatangani. Analisis menunjukkan bahawa

harga yang ditetapkan kurang sesuai dengan status seorang pelajar seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 4. Contohnya, harga bagi dua ketul kuih ialah RM 1.00. Oleh itu hampir ¾

daripada kalangan pelajar bersetuju agar harga makanan dan minuman diturunkan.

Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga

Bil.

Item-item Soal Selidik

Jawapan

SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)

1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS)

f % f % f % f %

18 Harga bagi setiap menu yang

disediakan sangat berpatutan.

28 28.9 15 15.5 33 34.0 21 21.6

44.4 % 55.6 %

19 Harga makanan dan minuman

sering berubah.

10 10.3 21 21.6 41 42.3 25 25.8

31.9 % 68.1%

20 Harga yang telah ditetapkan

bersesuaian dan berpatutan dengan

kuantiti dan kualiti sajian yang

dijual.

18 18.6 32 33.0 34 35.1 13 13.4

51.6 % 48.5 %

21 Harga makanan dan minuman di

kantin tidak perlu diturunkan.

15 15.5 6 6.2 27 27.8 49 50.5

21.7 % 78.3 %

22 Anda berpuas hati terhadap

perkhidmatan, makanan dan

minuman yang disediakan oleh

pihak kantin.

8 8.2 36 37.1 35 36.1 18 18.6

45.3 % 54.7 %

Jumlah Keseluruhan Peratusan 38.97 % 61.03 %

Jadual 4 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga

Analisis daripada jadual 4 menunjukkan bahawa item pada nombor 18 iaitu harga bagi

setiap menu yang disediakan sangat tidak berpatutan. Perkara ini dipersetujui oleh 55.6% dan

44.4% lagi tidak bersetuju. Namun begitu, harga di kantin ini adalah tetap dan tidak akan

berubah selagi tidak mendapat persetujuan dari pihak sekolah. Hal ini kerana pihak kantin

Page 25: Contoh PBS STPM Pengajian Am

telah terikat dengan kontrak yang dipersetujui dengan pihak sekolah. Seramai 31.9%

responden merasakan harga di kantin adalah tetap dan 68.1% lagi merasakan harga di kantin

ini sering berubah.

Dari sudut harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan dengan kuantiti dan

kualiti sajian yang dijual pula, 51.6% responden mempersetujinya dan 48.5% tidak bersetuju.

Seterusnya, harga makanan dan minuman di kantin ini tidak perlu diturunkan. Kenyataan ini

hanya disokong oleh 21.7% responden dan 78.3% responden yang lain membangkang. Akhir

sekali ialah mengenai tahap kepuasan mereka terhadap kesuluruhan perkhidmatan, makanan

dan minuman yang disediakan oleh pihak kantin. 45.3% bersetuju dan 54.7% lagi tidak

bersetuju.

Oleh yang demikian, dapat dirangkumkan bahawa harga yang ditawarkan berada

dalam tahap yang memuaskan. Gabungan daripada peratusan ketiga-tiga aspek ini iaitu

perkhidmatan (47.42%), makanan dan minuman (54.64%) serta harga yang ditawarkan

(38.97%), maka jelas menunjukkan pengusaha kantin SMKA Maahad Hamidiah perlu

melakukan pelbagai pembaharuan dan perubahan bagi meningkatkan lagi kualiti

perkhidmatan, kebersihan, kekemasan, makanan dan minuman kantin ini. Walau

bagaimanapun, majoriti daripada responden berpuas hati terhadap makanan yang disediakan.

Page 26: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.2 KEPENTINGAN MAKANAN

Perkataan makanan tidak hanya berfokus kepada makanan semata-mata tetapi ia turut

merangkumi minuman. Makanan dikatakan sangat penting bagi kelangsungan hidup

seseorang manusia. Menurut Asmak Ab. Rahman (2009), makanan merupakan keperluan asas

manusia untuk hidup. Oleh itu, setiap orang perlu mendapat makanan yang mencukupi untuk

meneruskan kehidupannya. Ketiadaan bekalan makanan, ataupun ketidakmampuan untuk

memperoleh makanan yang diperlukan untuk hidup, boleh membawa pelbagai masalah seperti

penyakit, kematian dan sebagainya.

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, didapati bahawa kantin SMKAMH berjaya

menjalankan tanggungjawabnya dalam menyediakan juadah bagi keperluan pelajar dan guru

semasa berada di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang perlu diperbaiki

oleh pihak sekolah dan bukannya pihak kantin iaitu dengan mengubah peraturan tidak

membenarkan pelajar membeli makanan sewaktu awal pagi di kantin kepada dibenarkan.

Berdasarkan sesi temu bual bersama responden, pengkaji mendapati bahawa

responden mahukan agar pihak sekolah membenarkan para pelajar untuk membeli makanan di

kantin pada waktu pagi sebelum proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan. Hal ini

kerana terdapat beberapa pelajar yang tidak sempat untuk bersarapan di rumah sedangkan

pengambilan sarapan pagi sangat penting dalam membekalkan tenaga kepada pelajar.

Perkara ini sejajar dengan kajian daripada Yuksel (2005), Menurut Yuksel

dianggarkan seramai 825 juta manusia di seluruh dunia tidak dapat memperoleh makanan

yang mencukupi untuk kehidupan yang sihat dan produktif. Kelaparan membawa kepada

banyak kesan seperti terdedah kepada penyakit dan kematian, perkembangan otak yang

terbatas, dan produktiviti yang rendah dalam kalangan generasi akan datang.

Namun begitu, didapati pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membeli makanan

sewaktu awal pagi iaitu ketika sesi persekolahan belum bermula. Seharusnya, pihak sekolah

perlu lebih prihatin terhadap pelajar yang tidak sempat mengambil sarapan pagi dengan

membenarkan mereka membeli makanan di kantin sebelum sesi persekolahan dimulakan.

Berdasarkan kajian pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei, mereka yang kerap

mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai

prestasi mental yang lebih baik. Menurut Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker

Page 27: Contoh PBS STPM Pengajian Am

(1999) menyatakan bahawa tidak mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi

pembelajaran yang lemah di sekolah.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengambilan makanan pada waktu pagi dan rehat

sangat penting bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan dan efisien bagi seorang

pelajar. Otak perlu berada dalam keadaan segar dan anggota badan yang lain perlu berada

dalam keadaan selesa bagi meneruskan pembelajaran tanpa sebarang komplikasi. Hal ini

bukan sahaja baik bagi pelajar malah memberi kesan kepada prestasi akademik sekolah.

Page 28: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.3 NUTRISI YANG SESUAI

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja dipengaruhi cara pembelajarannya tetapi dari segi

pemakanan juga perlu diambil kira. Terdapat beberapa makanan yang tidak bersesuaian bagi

seorang pelajar kerana akan menyebabkan apa yang telah dipelajari hilang dari minda seperti

penggunaan Monosodium Glutamate (MSG) dalam masakan. Rata-rata pelajar gemar

mengambil makanan segera seperti Maggi dan Bubur Knorr segera, terutamanya pelajar yang

tinggal di asrama kerana lebih mudah, cepat dan sedap sedangkan bahan dalam makanan

tersebut tidak baik untuk otak.

Menurut Hamidah Noor (2006), status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh

yang kuat terhadap kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Namun demikian, amalan

pemakanan yang sihat di kalangan pelajar masih kurang diaplikasi. Hal ini turut berlaku di

kantin SMKAMH apabila penyediaan makanan yang terdapat di kantin kadangkala

meragukan pelajar bahawa sama ada ia berkhasiat atau sekadar untuk dimakan semata-mata.

Responden mengatakan bahawa mereka tidak ada sebarang pilihan untuk memilih

makanan. Mahu atau tidak, mereka tetap perlu mengisi perut mereka. Mereka juga

mengatakan bahawa kadangkala timbul persoalan di benak fikiran mereka sama ada makanan

yang disajikan itu berkhasiat atau tidak contohnya makanan bersup yang dijual tidak

mempunyai sebarang perasa. Ada juga yang memperkaui bahawa nutrisi itu sangat penting

untuk seorang pelajar tetapi baginya, pihak kantin adalah merupakan pihak yang perlu tahu

mengenai perihal ini.

Pihak kantin seharusnya menyediakan nutrisi yang seimbang kerana mereka sudah

sedia maklum bahawa mereka menyediakan makanan buat pelajar. Pemakananan untuk

pelajar perlu diteliti dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil mudah tentang

itu terutamanya penggunaan MSG dalam masakan mereka.

Terdapat 10 jenis makanan yang wajib ada di kantin. Makanan tersebut ialah ikan

salmon, telur, mentega kacang, gandum murni, oat, beri, kekacang, sayuran berwarna, susu

dan yogurt serta daging lembu tanpa lemak. Makanan ini akan dapat memberi banyak

kelebihan kepada pelajar selain daripada meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi serta

meransang pertumbuhan sel-sel otak.

Penyediaan nutrisi yang terbaik buat pelajar dapat menjana nama baik sekolah apabila

pelajar-pelajar memperoleh markah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Page 29: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Hal ini dapat dilihat melalui kajian Rosso (1999) yang mengatakan bahawa tahap kesihatan

dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan

yang tidak efisien.

Namun begitu, meskipun terdapat beberapa kekangan dalam nutrisi makanan di kantin

ini, para pelajar tetap berpuas hati dengan makanan yang disajikan buat mereka. Rata-rata

pelajar terutamanya pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 tidak begitu ambil pusing mengenai

kepentingan nutrisi dalam setiap makanan yang diambil oleh mereka.

Konklusinya, menjadi kewajipan kepada pihak kantin untuk menyediakan nutrtisi

yang seimbang dalam setiap sajian mereka. Namun begitu, para responden berpuas hati

dengan makanan yang disediakan oleh pihak kantin kepada mereka kerana mereka tidak

mengambil pusing aspek kepentingan nutrisi asalkan makanan itu sedap dan boleh dimakan.

Page 30: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.4 KEBERSIHAN YANG SEPATUTNYA DIAMALKAN

Rasulullah pernah bersabda, “kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Oleh itu,

kebersihan merupakan aspek utama dalam segala perkara terutamanya makanan. Imej

perniagaan perkhidmatan makanan bergantung sebahagian besarnya kepada kebersihan

kawasan premis makan. Kebanyakan kantin tidak mempunyai dinding atau pagar yang dapat

menghindarkan haiwan daripada berkeliaran dalam kawasan makan. Kadangkala kucing

didapati memanjat ke atas meja dan kerusi. Gejala ini tidak harus berlaku kerana haiwan

adalah pembawa bakteria dan boleh menyebabkan pencemaran makanan (Dudley, 1988).

Pekerja kantin mesti menjauhi pemakaian barang-barang kemas, jam, pin atau

sebarang perhiasan badan atau dibawa ke kawasan-kawasan pengendalian makanan kerana

boleh mengancam keselamatan makanan sekiranya barangan tersebut termasuk ke dalam

makanan. Mereka juga hendaklah menjaga kebersihan diri pada tahap yang tinggi, memakai

jaket pelindung yang bersih, pelindung kepala, sarung tangan dan kasut. Sekiranya terdapat

luka, hendaklah ditutup dengan pembalut kalis air yang sesuai, bagi pekerja yang dibenarkan

untuk meneruskan pengendalian ke atas makanan. Ini akan memberikan tanggapan sama ada

positif atau negatif kepada pengunjung kafeteria (Brown & Decgan, 1994).

Jika dilihat pada premis kantin SMKAMH, terdapat banyak kucing yang berkeliaran

dan juga ada yang memanjat kerusi dan meja semasa pelanggan sedang makan. Penampilan

pekerja juga kurang kemas dan tempat untuk memasak sangat kotor dengan lantai yang basah,

minyak yang terpercik beserta lalat dan serangga lain. Kuali tidak dicuci dengan baik. Oleh

itu pengkaji tidak dapat untuk mengatakan bahawa kebersihan kantin ini berada di tahap yang

memuaskan.

Namun begitu, didapati para responden berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin

sekolah ini. Oleh itu pengkaji dapat konklusi bahawa para pelajar mempunyai mentaliti yang

rendah dari aspek kebersihan. Selaku seorang pelajar dari sebuah sekolah kluster, perkara ini

tidak seharusnya berlaku. Pengkaji juga dapat katakan bahawa pemikiran mereka mengenai

kebersihan bergantung kepada kehidupan mereka di rumah. Jika mereka merasakan kantin ini

sudah cukup bersih, maka dapat diketahui bahawa keadaan rumah mereka juga setaraf dengan

kantin sekolah ini. Jika mereka tidak merasakan bahawa kantin ini berada dalam tahap yang

bersih maka pelajar tersebut sememangnya mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan

sehariannya.

Page 31: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Responden mengatakan bahawa penampilan pekerja-pekerja kantin sekolah ini dan

juga cara mereka memasak sangat meloyakan. Hal ini ditambah pula dengan lalat yang sudah

mati yang berada di sisi bahan masak (di atas kertas yang diletakkan gam untuk menangkap

lalat). Bagi pendapatnya, jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia datang untuk membuat

pantau, sudah tentu kantin ini akan disita selama sebulan.

5.6.1 Cara mengenali ciri-ciri kantin yang bersih

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menampal poster di beberapa kawasan seperti

kawasan sekolah dan kafeteria mengenai cara untuk mengenali ciri-ciri kantin yang bersih.

Oleh itu, pelajar disarankan agar melihat sama ada perkara ini dilakukan oleh pihak kantin

atau tidak. Sekiranya tidak, maka pelajar perlu melaporkan kepada pihak sekolah agar

pelbagai penyakit seperti keracunan makanan dapat dihindarkan.

Makanan tersebut perlulah dilindungi dari haiwan seperti lalat, tikus, lipas dan bahan-

bahan beracun serta habuk. Makanan juga mesti ditutup. Makanan yang dimasak dan bahan

mentah haruslah diletakkan secara berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang. Pekerja

kantin mestilah menggunakan alat seperti penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.

Bagi keselamatan para pelanggan, pihak kantin tidak boleh menggunakan bekas yang telah

retak atau sumbing untuk menghidang makanan. Yang paling penting ialah makanan tidak

diletakkan atau disediakan di atas lantai dan para pekerja adalah dilarang sama sekali untuk

merokok ketika menyediakan makanan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012).

Konklusinya, kita perlulah mengambil berat mengenai hal kebersihan tidak kira di

mana sahaja dan tidak kira dalam apa jua keadaan. Aspek kebersihan makanan tidak boleh

dipandang ringan oleh pihak kantin. Penyakit-penyakit seperti keracunan makanan berpunca

daripda kebersihan penyediaan dan hidangan makanan itu sendiri. Oleh itu pihak kantin perlu

menyediakan makanan yang lebih berkualiti dalam semua aspek agar para pelajar mendapat

tenaga yang secukupnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 32: Contoh PBS STPM Pengajian Am

5.5 KEHENDAK PARA PELAJAR

Dalam melihat kepada tahap kepuasan para pelanggan yang terdiri daripada kalangan pelajar,

kehendak mereka juga perlu diambil kira.

Melalui borang soal selidik dalam bahagian C iaitu bahagian cadangan, dapat

diketahui bahawa rata-rata responden mahu pengusaha kantin mencari pekerja kantin yang

cekap dan pembersih. Pekerja juga perlu menutup aurat memandangkan mereka semua

beragama Islam dan tambahan pula mereka berada di dalam kawasan sekolah agama. Bagi

memperlihatkan kekemasan para pekerja, para responden mencadangkan agar para pekerja

memakai pakaian uniform yang seragam. Perkhidmatan yang diberikan perlulah cepat

ataupun pengusaha menggajikan lebih ramai lagi pekerja. Para responden menasihatkan agar

para pekerja tidak memegang makanan selepas memegang tong sampah.

Selain itu, para responden merasakan kedudukan meja dan kerusi kini tidak

bersesuaian dan mereka berharap agar kedudukan itu diubah agar tampak lebih selesa.

Disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai, bilangan kerusi dan meja perlu ditambah.

Bahagian dapur mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih setiap masa. Sistem jual beli

juga perlu dibaiki terutamanya dalam memulangkan baki kepada pelajar. Bahagian pelajar

lelaki dan perempuan di kaunter jualan perlu diasingkan dengan lebih sistematik.

Bagi memudahkan para pekerja, responden mahukan servis layan diri diadakan. Bagi

menyelamatkan alam sekitar, responden mencadangkan agar cawan kertas diguna pakai.

Mereka juga meminta agar pengusaha membuka kantin pada hari Sabtu dan Ahad dan yang

paling penting ialah harga makanan perlu diturunkan.

Responden juga turut mencadangkan beberapa jenis makanan yang bersesuaian

dengan selera mereka iaitu nasi berlauk, nasi ayam, laksa, mi kari, chicken chop, ice blended,

buah-buahan, jus buah dan sandwich.

Page 33: Contoh PBS STPM Pengajian Am

RUMUSAN

Kantin bukanlah satu perkara yang asing dalam kehidupan seharian seorang insan. Fitrah

semula jadi manusia (memerlukan makanan dan minuman) itu sendiri yang sebenarnya telah

membawa kepada keperluan kantin kepada sesebuah institusi terutamanya institusi sekolah.

Oleh hal yang demikian, pihak kantin perlu menggalas tanggungjawab ini bagi memastikan

kantin SMKA Maahad Hamidiah berada dalam tahap cemerlang. Bukan sahaja untuk warga

sekolah semata-mata tetapi juga buat jemaah-jemaah yang datang untuk solat jumaat di

masjid sekolah ini.

Dapat dikonklusikan di sini bahawa kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak

kantin berada dalam tahap memuaskan.

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Cemerlang Baik Memuaskan Teruk

Pe

ratu

s (%

)

Tahap Kepuasan Pelanggan

PERATUSAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

MAAHAD HAMIDIAH TAHUN 2013

PERKHIDMATAN MAKANAN HARGA

Page 34: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Bagi keseluruhan tahap kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKAMH, 34.9% daripada

keseluruhan ialah memuaskan. 33.6% daripadanya ialah baik dan 17.4% lagi ialah teruk.

Terakhir ialah cemerlang yang hanya 14.1%.

Pengkaji merasakan pihak kantin haruslah menitik beratkan soal kebesihan dalam

penyediaan makanan dan juga persekitaran kantin di samping mengambil kira kemahuan para

pelanggan yang majoritinya adalah dari kalangan pelajar. Dari segi penyediaan makanan dan

minuman pula, pihak kantin perlu mengurangkan penggunaan minyak masak dan gula. Hal ini

kerana ia tidak baik untuk kesihatan kerana mampu menigkat kolestrol dan mampu

mendatangkan penyakit kencing manis. Selain itu, sikap sopan dan mesra perlu ditunjukkan

oleh setiap pekerja kantin. Akhir sekali, para pekerja wajib menutup aurat dengan sempurna

kerana mereka beragama Islam.

Diharapkan pihak kantin menyedari kekurangan dan kelebihan yang ada pada mereka

dan dapat memperbaiki mana yang sepatutnya. Semoga kantin SMKAMH mendapat tempat

di hati para pelanggannya.

Page 35: Contoh PBS STPM Pengajian Am

LAMPIRAN

Page 36: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Peta 1: Peta Lokasi SMKA Maahad Hamidiah

Sumber : http://www.google.com.my/maps

Gambar 1 : Kondisi semasa rehat menengah atas bahagian putera

Page 37: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Gambar 2 : Kondisi semasa rehat menengah atas bahagian puteri

Gambar 3 : Penyediaan makanan

Page 38: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Gambar 4 : Lalat di bahagian bahan masak

Gambar 5 : Bahagian dapur

Page 39: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Gambar 3 : Poster kebersihan

TEMU BUAL BERSAMA BEBERAPA ORANG PELAJAR

Soalan : Adakah pengambilan sarapan pagi sangat penting?

“... tak adalah. Kadang-kadang tu rasa macam kesian jugak lah dekat pelajar yang tak dapat

sarapan pagi sebab tak sempat tapi pihak sekolah kan macam pelik sikit. Hee. Em. Yelah...

sebab tak bagi pelajar beli makanan masa waktu pagi sedangkan sarapan pagi tu kan penting.

Kalau ada gastrik payah kang. Tak pasal-pasal tak dapat fokus dalam kelas ... “

PP/SMKAMH/T3/13

Soalan : Adakah kantin ini menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para pelajar?

“haha. Em. Macam mana nak cakap eh? Em susah nak cakap sebab en kita bukannya boleh

nak pilih-pilih tempat makan. Lain lah kalau ada berlambak kantin dalam sekolah ni tapi er

ada lah jugak rasa cam ei benda ni berkhasiat ke?Er. Contohnya macam sup dia tu. Tak ada

rasa langsung, sayur memang tak lah kan...

PP/SMKAMH/T5/13

Page 40: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Soalan : Nutrisi sangat penting bagi pelajar. Apakah pendapat anda tentang kenyataan

tersebut?

“... belasah je makan apa pun tapi memang betul lah yang nutrisi tu penting sebab kita nak

belajar en. Jadi pihak kantin lah kena ambil tahu pasal benda ni. Tak kan nak ajar pulak en.

haha ...”

PL/SMKAMH/T6/13

“... saya tak kisah makan apa pun sebab mak saya cakap jangan memilih sangat. Janji

makan ...”

PP/SMKAMH/T1/13

Soalan : Sila berikan pendapat anda mengenai tahap kebersihan kantin ini.

“... ehem kalau nak bagi pendapat memang banyak lah. Em hari tu aku ada pesan makanan

kat kantin sebab tak sempat makan dekat dewan makan sebab ada kerja nak buat. Pastu tak

ada pilihan pergilah kantin. Ya Allah rasa nak muntah sebab, satu, pekerja dia memang

selekeh, sakai semua ada lah, pastu dorang boleh biar je lalat yang er banyak kot. Ei geli doh.

Tahu en ? Dorang letak je dekat tepi bawang, sayur se semua tu pastu cedok kuah paprik tapi

lalat tak sampai 3 kaki. Pergh memang terbaik lah. Geli geli geli . Uwek. Lantai basah tak

yah cakap lah kan. Kalau Kementerian Kesihatan datang memang confirm bungkus lah

dorang. Pengotor ...”

PP/SMKAMH/T6/13

“Kebersihan makanan perlu diambil berat. Hari tu, saya beli makanan roti hotdog ada kulat.

Lepas tu saya beli nasi goreng ada kumbang. Gempak kan?”

PL/SMKAMH/T3/13

Page 41: Contoh PBS STPM Pengajian Am
Page 42: Contoh PBS STPM Pengajian Am
Page 43: Contoh PBS STPM Pengajian Am
Page 44: Contoh PBS STPM Pengajian Am
Page 45: Contoh PBS STPM Pengajian Am
Page 46: Contoh PBS STPM Pengajian Am
Page 47: Contoh PBS STPM Pengajian Am

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar bin Hashim & Noraini Azuani binti Yusoff (2010). Persepsi Pelajar Terhadap

Tahap Kebersihan Makanan di Kafeteria-kafeteria Di UTM Skudai. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Asmak Ab. Rahman, 2009. Sekuriti Makanan dari Perspektif Syariah. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya (UM).

Hamidah Noor binti Md Yusoh, 2006. Amalan Pemakanan Yang Sihat Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah Teknik. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makanan Bersih Pengguna Selamat, Berita Kosmo, 14 Mac 2013.

Mohd Rizal et al, 2011. Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-

pengendali Kantin di Sekolah Zon Skudai. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi

Malaysia (UTM).

Mohd Said et al, 2010. Persepsi Guru Terhadap Kualiti Terhadap Makanan di Kantin Sekolah

Menengah Kebangsaan Skudai Bharu. Kuala Lumpur: Universit Teknologi Malaysia

(UTM).

Nurul Huda binti Hashim, 2008. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Kebersihan dan

Keselamatan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan Hospital. Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

World Health Organization, 2002. World Health Report 2002: Reducing Risks, Promoting

Healthy Life. Geneva.

Yuksel, Nalan (2005). Halving Hunger: It Can Be Done. London, GBR: Earthscan

Publications.

Zubaidah Haji Abdul Rahim, 1992. Pemakanan : Pendekatan Dari Segi Biokimia. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://www.google.com.my. Telah dilayari pada 07.02.2013.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=makanan. Telah dilayari pada 08.02.2013

Page 49: Contoh PBS STPM Pengajian Am

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa anda bagi menjawab borang soal selidik ini.

Dimaklumkan di sini bahawa seoal selidik ini adalah bertujuan meninjau pandangan serta

pendapat warga sekolah terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman yang

disediakan/diberikan oleh pihak kantin sekolah.

Borang ini disediakan adalah untuk kajian ilmiah penulis (Najwa Huda binti Mohd Shahidin

dari kelas 6 Atas Ibn Hisyam) bagi melaksanakan PBS STPM bagi mata pelajaran Pengajian

Am. Semua maklumat yang dikemukakan dalam soal selidik ini akan dirahsiakan. Kerjasama

yang diberikan, penulis dahulukan ucapan ribuan terima kasih. Jasa anda amat dihargai.

BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PANDANGAN DAN PENDAPAT

WARGA SMKA MAAHAD HAMIDIAH TERHADAP PERKHIDMATAN,

MAKANAN DAN MINUMAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KANTIN

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Page 50: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Arahan :

Sila jawab semua soalan. Semua soalan yang diberikan hendaklah dijawab mengikut pendapat

dan pandangan anda sendiri.

Bahagian A – Latar Belakang

Sila tandakan ( / ) pada salah satu kotak yang berkenaan.

1. Jantina

2. Umur

Lelaki

Perempuan

13 – 15 tahun

16 – 17 tahun

18 – 20 tahun

Page 51: Contoh PBS STPM Pengajian Am

Bahagian B – Tahap Kepuasan Pelanggan

Sila tandakan ( / ) pada salah satu kotak kosong yang disediakan di bawah.

NO. PERKARA 1 2 3 4

1 Susun atur kerusi dan meja yang sedia ada di kantin sesuai

dengan kondisi dan bilangan pelajar.

2 Susun atur kerusi dan meja yang terdapat di kantin ini

kemas dan teratur.

3 Kantin sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan ceria.

4 Pekerja-pekerja melayan pelanggan dengan ramah dan

sopan.

5 Masa yang diambil untuk anda dapatkan perkhidmatan

(layanan) mereka pada waktu rehat dan pada waktu-waktu

lain sangat cepat.

6 Tempat jualan untuk pelajar lelaki dan perempuan mesra

pelanggan.

7 Kaunter pembayaran yang sedia ada memudahkan urusan

pembayaran pelanggan.

8 Bilangan pekerja kantin ini sentiasa mencukupi dan cekap.

Petunjuk :

1- sangat setuju 3 – tidak setuju

2 - setuju 4 - sangat tidak setuju

Page 52: Contoh PBS STPM Pengajian Am

9 Pekerja-pekerja kantin sekolah ini sentiasa

berketerampilan kemas dan bersih.

10 Komunikasi dan bahasa yang diguna pakai sangat baik dan

mudah difahami.

11 Makanan dan minuman yang diberikan pada waktu rehat

sangat mencukupi buat anda.

12 Makanan dan minuman yang sediakan berada dalam

kondisi yang terjamin kebersihannya.

13 Dapur kantin sekolah ini berada dalam keadaan bersih dan

kemas setiap masa.

14 Pekerja-pekerja sentiasa mementingkan serta menitik

beratkan kebersihan dalam menyediakan setiap kajian.

15 Nutrisi dalam setiap kajian sangat sesuai buat anda.

16 Makanan dan minuman yang disediakan bersesuaian

dengan selera.

17 Anda tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan

pesanan.

18 Harga bagi setiap menu yang disediakan oleh pihak kantin

sangat berpatutan.

19 Harga makanan dan minuman sering berubah

20 Harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan

dengan kuantiti dan kualiti sajian yang dihidangkan.

Page 53: Contoh PBS STPM Pengajian Am

21 Harga makanan dan minuman di kantin tidak perlu

diturunkan.

22 Anda berpuas hati terhadap perkhidmatan, makanan dan

minuman yang disediakan oleh pihak kantin.

Bahagian C – Cadangan

1. Berikan cadangan anda bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan, makanan dan

minuman di kantin SMKA Maahad Hamidiah.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Berikan menu yang perlu ditambah / perlu ada di kantin SMKA Maahad Hamidiah.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

- SEKIAN, TERIMA KASIH -