27
960630-11-536 PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengetahui adat berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari dan kesan pengamalan adat tersebut. Kaedah soal selidik, pemerhatian dan rujukan arkib digunakan untuk melengkapkan kajian ini. 25 responden dipilih secara rawak terdiri daripada para ibu untuk menjawab soal selidik menggunakan skala Likert lima mata yang telah disediakan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan ibu berpantang di Kampung Sungai Bari mengamalkan berbengkung, urutan tradisional, bertungku, minum air akar kayu dan tidur berlapikkan bantal. Adat yang diamalkan dapat mengecutkan peranakan, menghilangkan lenguh dan menyegarkan badan. Kesimpulannya, pengamalan adat berpantang masih diamalkan dan memberi kesan yang baik untuk kesihatan kaum ibu.

PBS STPM Pengajian Am 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS

BERSALIN DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui adat berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu

bersalin di Kampung Sungai Bari dan kesan pengamalan adat tersebut. Kaedah soal selidik,

pemerhatian dan rujukan arkib digunakan untuk melengkapkan kajian ini. 25 responden dipilih

secara rawak terdiri daripada para ibu untuk menjawab soal selidik menggunakan skala Likert

lima mata yang telah disediakan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan ibu berpantang di

Kampung Sungai Bari mengamalkan berbengkung, urutan tradisional, bertungku, minum air akar

kayu dan tidur berlapikkan bantal. Adat yang diamalkan dapat mengecutkan peranakan,

menghilangkan lenguh dan menyegarkan badan. Kesimpulannya, pengamalan adat berpantang

masih diamalkan dan memberi kesan yang baik untuk kesihatan kaum ibu.

Page 2: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

PENGHARGAAN

S aya ingin mengucapkan r ibuan te r ima kas ih kepada ind ividu -

ind ividu yang banyak memberi bantuan semasa menghasil dan menyiapkan PBS STPM

Semester 2 2015 iaitu tajuk Pengamalan Adat Berpantang dalam Kalangan Ibu Selepas Bersalin

di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu pada tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya

dan tanpa menghadapi masalah yang boleh mengendalakan perjalanan untuk menyiapkan

tugasan ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran

Pengajian Am saya, Pn. Nazrah bt Dollah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar

dan bimbingan kepada saya ketika menghasilkan kerja ini. Dia juga banyak memberitahu

dan menunjukkan kesilapan yang te rdapa t da lam has il ke r ja saya supaya saya

dapa t membua t pembe tula n dan perubahan dengan segera.

Saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana mereka

telah bayak memberi dorongan dan idea kepada saya ketika menyiapkan kerja ini.Mereka juga

memberi cadangan dan bantuan supaya saya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan

dapat menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. P enghargaan ini juga

d itujukan kepada rakan- rakan saya yang te lah banyak memberi bantuan dan

sokongan semasa kajian ini dijalankan. Malah, saya juga berterima kasih kepada responden-

responden yang sudi bekerjasama dan memberikan maklumatkepada saya untuk

melengkapkan kerja ini.

Sekian, terima kasih

Page 3: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang

dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka

dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu

selama 44 hari. Meskipun terdapat satu pihak iaitu pakar perubatan yang tidak bersetuju dengan

amalan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat Melayu

sejak turun temurun lagi.

Kajian yang dijalankan di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu tidak hanya

tertumpu kepada wanita yang baru sahaja melahirkan anak tetapi juga dijalankan terhadap wanita

yang sudah lama bersalin. Ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan untuk mengkaji

bagaimana cara ibu-ibu mengamalkan adat berpantang selepas melahirkan anak.

Kebanyakan wanita muda di Kampung Sungai bari, Setiu Terengganu masih

mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga

kesihatan diri sewaktu berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan

dengan bimbingan orang lebih tua. Kaedahnya pelbagai bergantung kepada keturunan dan

kebudayaan seseorang. Misalnya cara wanita di pantai timur mungkin berbeza dengan orang

utara.Begitu juga wanita yang berketurunan Arab, Jawa, India atau Cina berbeza petua dan rahsia

yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang diamalkan, tujuannya tetap sama iaitu

ingin menyembuhkan luka dan kesakitan si ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Page 4: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Dalam pada itu, terdapat juga perkataan yang sering digunakan dalam kajian ini iaitu adat

ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh

kelompok masyarakat. Dalam bahasa melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau

hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera

Menurut Haliza (1999) pula, berpantang bermaksud pantang larang merupakan larangan

keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian

terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh

kuasa ghaib. Larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat. Erti

pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan

larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang

berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama. "melanggar pantang larang" itu lazimnya

dikecam oleh masyarakat pada umumnya, tidak sekadar sebahagian dalam budaya.

Page 5: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

OBJEKTIF KAJIAN

PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN

DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU.

Objektif kajian:

1. Mengenal pasti amalan berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu selepas bersalin di

Kampung Sungai Bari.

2. Mengkaji kesan pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu di Kampung Sungai Bari,

Setiu Terengganu.

Page 6: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Lokasi Kajian

Lokasi kajian bertempat di Kampung Sungai Bari 21450 Setiu Terengganu. Kampung Sungai

Bari ini berada di kawasan Dun Langkap yang terletak di daerah Setiu, Terengganu. Lokasi

kajian ini terletak kira-kira 67 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Kampung Sungai Bari

adalah bersempadan dengan Kampung Sungai Pinang dan Kampung Sungai Lerek disebelah

utara, Kampung Langkap disebelah barat, Kampung Jelapang disebelah timur dan Kampung

Selamat disebelah selatan Kampung Sungai Bari.

Terdapat beberapa buah institut pendidikan berdekatan dengan lokasi kajian iaitu Sekolah

Kebangsaan Batu 29 dan Tadika Sungai Bari. Pihak kerajaan juga turut menyediakan

kuarters guru di Kampung Sungai Bari untuk kemudahan para guru yang tinggal jauh daripada

sekolah rendah yang terdapat di kampong itu. Selain itu, terdapat kemudahan lampu isyarat yang

dibina hadapan sekolah rendah untuk kemudahan para murid melintas jalan dengan selamat.

Masjid juga turut dibina disebelah selatan Kampung Sungai Bari untuk kemudahan umat Islam

melakukan ibadah kerana 98% penduduk di kampung tersebut penganut agama Islam.

Page 7: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Foto 1 : Kampung Sungai Bari

Page 8: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Foto 2 : Kampung Sungai Bari

Page 9: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

5.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian kerja projek ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitif dan kuantitatif.

5.2 Soal selidik

Kajian ini dijalankan dengan membina soalan bagi borang soal selidik yang mengandungi tiga

bahagian utama. Bahagian A merupakan soalan bagi Data Demografi Responden manakala

Bahagian B pula mengandungi soalan bagi pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu

bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu yang telah dibahagikan kepada tiga aspek

iaitu amalan khusus ibu bersalin, amalan pemakanan ketika berpantang dan pantang larang

ketika berpantang. Seterusnya Bahagian C merupakan soalan bagi kesan pengamalan adat

berpantang dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu pada

(lampiran 1). Kajian ini menghasilkan soalan bagi borang selidik dengan menggunakan skala

likert seperti yang berikut :

Jadual 1 : Skala Tahap Persetujuan

Seterusnya, pengkaji mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada 25 orang responden yang

hanya tertumpu kepada kaum ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu sahaja. Analisis

data kajian bagi adat berpantang dalam kalangan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari,

Setiu Terengganu menunjukkan dengan membuat pengiraan bilangan peratus dan purata untuk

semua bahagaian soalan dalam borang soal selidik.

5.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau

pengumpulan data sehelai daripada soal selidik. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji

dengan membuat pemerhatian sendiri, catatan dan mengambil foto ibu yang sedang berpantang

pada ketika itu pada (lampiran 2). Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan membuat tinjauan

di lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai pengamalan adat berpantang dalam

kalangan ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu dan mengkaji kesan pengamalan adat

berpantang di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Pemerhatian ini hanya tertumpu kepada

kaum ibu di kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Kaedah pemerhatian yang dijalankan pada

waktu hujung minggu dan ketika kelapangan. Menerusi kaedah ini, aspek pemerhatian yang

menjadi keutamaan pengkaji ialah cara berbengkung, mengurut, bertungku, jenis air akar kayu

yang diminum oleh ibu ketika berpantang.

1 Sangat kurang setuju

2 Kurang setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

5 Sangat setuju

Page 10: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Umur responden

Umur Peratus

20-29 tahun 32%

(8)

30-39 tahun 32%

(8)

40-49 tahun 20%

(5)

50 tahun ke atas 20%

(5)

Jadual 1: Peratusan responden mengikut umur

Sumber: Kerja Lapangan 2015

Rajah 1: Peratusan reponden mengikut umur

Sumber: Kerja Lapangan 2015

32%

32%

20%

20%

Umur responden

20-29 tahun

30-39 tahun

40-49 tahun

50 tahun ke atas

Page 11: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Kajian

mendapati bahawa kebanyakkan responden 20-29 dan 30-39 tahun dalam kajian ini dengan

peratusan sebanyak 32% (8 orang) dan diikuti responden 40-49 tahun iaitu 20% (5 orang)

manakala responden berumur 50 tahun ke atas sebanyak 20% (5 orang) dan reponden 30-39

tahun sebanyak 32% (8 orang).

Pekerjaan responden

Pekerjaan Peratus

Bekerja 36%

(9)

Tidak bekerja 64%

(16)

Jadual 2: Peratusan responden mengikut pekerjaan

Sumber: Kerja Lapangan 2015

Jadual 2: Peratusan responden mengikut pekerjaan

Sumber: Kerja Lapangan 2015

64%

36%

Pekerjaan responden

Tidak bekerja

Bekerja

Page 12: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan pekerjaan.

Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden tidak bekerja dalam kajian ini dengan

peratusan sebanyak 64% (16 orang) dan diikuti responden bekerja iaitu 36% (9 orang).

Taraf pendidikan responden

Taraf pendidikan Peratus

Sekolah rendah 10%

(8)

Sekolah menengah 19%

(8)

Diploma/Ijazah 33%

(5)

Tidak bersekolah 38%

(5)

Jadual 1: Peratusan responden mengikut umur

Sumber: Kerja Lapangan 2015

Jadual 3: Peratusan responden mengikut taraf pendidikan

Sumber: Kerja Lapangan 2015

10%

19%

33%

38%

Taraf pendidikan responden

Sekolah rendah

Sekolah menengah

Diploma/Ijazah

Tidak bersekolah

Page 13: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Jadual 3 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan taraf

pendidikan. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden tidak bersekolah dalam kajian ini

dengan peratusan sebanyak 38% dan diikuti responden diploma/ijazah iaitu 33% manakala

responden sekolah menengah sebanyak 19% dan reponden sekolah rendah sebanyak 10%.

8.2 AMALAN BERPANTANG DIKALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN DI KAMPUNG

SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU

8.1.1 Amalan Khusus

BIL

PERKARA

Sangat

kurang

setuju 1

Kurang

setuju

2

Tidak

pasti

3

Setuju

4

Sangat

setuju

5

1 Amalan khusus ibu bersalin

i) Berbengkung ketika berpantang 4% (1)

12% (3)

20% (5)

24% (6)

40% (10)

ii)Urutan tradisional selepas

bersalin

0%

(0)

4%

(1)

24%

(6)

36%

(9)

36%

(9)

iii)Mandi herba ketika berpantang 4% (1)

12% (3)

20% (5)

40% (10)

24% (6)

iv)Bertungku selepas bersalin 0%

(0)

0%

(0)

32%

(8)

36%

(9)

32%

(8)

Jadual 1 :Amalan khusus ibu bersalin

Sumber: Kerja Lapangan 2015

Antara amalan khusus yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah

berbengkung. Seramai 40% (10 orang) responden sangat setuju manakala 24% (6 orang) lagi

bersetuju dengan amalan berbengkung ketika berpantang. Hal ini diperhatikan sendiri oleh

Page 14: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

pengkaji yang mendapati bahawa kebanyakan ibu bersalin akan berbengkung setiap hari selepas

berurut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan, mereka berbengkung menggunakan bengkung

dengan berlapikkan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan

seperti daun pandan atau lengkuas.

Namun demikian terdapat 12% (3 orang) dan 4% (1 orang) responden sangat kurang setuju

dengan pengamalan adat ini. Manakala 20% (5 orang) lagi tidak pasti. Menurut Haliza (1999),

cara memakai bengkung ialah pastikan ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah,

tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. Sapukan minyak

dengan ramuan rempah dan herba. sapu juga di bahagian belakang.

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Selain itu, amalan berurut juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung

Sungai Bari. Terdapat 36% (9 orang) responden setuju manakala 24% (6 orang) responden tidak

pasti dengan amalan berurut selepas bersalin ini. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji yang

mendapati bahawa kebanyakan ibu bersalin akan berurut setiap hari sebelum berurut. Cara

mengurut wanita bersalin ialah urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat. Kemudian urut

dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30 minit. Semua urutan hendaklah menghala ke

pusat. Urut di bahagian tangan , dengan mengurut dari bahagian ketiak ke jari tangan, diurut dari

bahagian kaki ke peha dan kemudian sapukan param. Namun demikian, 36% (9 orang)

Page 15: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

responden setuju, 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Menurut

Azizan (1993) hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan

dan jari-jemari. Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan

rahim.

Antara amalan khusus yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah

mandi herba. Seramai 24% (6 orang) responden sangat setuju manakala 12% (3 orang)

responden kurang setuju dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji yang

mendapati bahawa para ibu akan mandi herba setiap kali selepas berurut. Caranya ialah mulakan

menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang

pada kaki kiri. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama

dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Menurut Hasmah

(1985) daun yang boleh digunakan adalah daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun

pisang kelat, , daun mengkudu dan rempah halba. Namun demikian, 40% (10 orang) responden

setuju, 20% (5 orang) responden tidak pasti, dan 4% (1 orang) responden lagi sangat kurang

setuju. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan

harumannya meresap ke dalam kulit.

Akhir sekali, amalan bertungku juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di

Kampung Sungai Bari. Terdapat 32% (8 orang) responden sangat setuju manakala 36% (9 orang)

setuju dengan amalan bertungku selepas bersalin. Mengikut pemerhatian yang djalankan sendiri

oleh pengkaji para ibu bertungku setiap kali selepas berbengkung. Amalan ini dilakukan selepas

2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. Caranya ialah tekan perlahan-lahan

sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang

Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam..

Namun demikian, 32% (8 orang) kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Batu tungku

dipanaskan dan dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu.

Page 16: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Sumber : Kerja Lapangan 2015

8.1.2 Amalan Pemakanan

BIL

PERKARA

Sangat

kurang

setuju

1

Kurang

setuju

2

Tidak

pasti

3

Setuju

4

Sangat

setuju

5

2 Amalan pemakanan

i)Minum air akar kayu selepas bersalin 0%

(0)

12%

(3)

20%

(5)

32%

(8)

36%

(9)

ii)Makan ulaman ketika berpantang 12% (3)

4% (1)

24% (4)

36% (9)

24% (6)

iii)Makan ikan haruan ketika berpantang 0%

(0)

0%

(0)

20%

(5)

64%

(16)

16%

(4)

iv)Tidak makan makanan sejuk seperti ais dan labu selepas bersalin

0% (0)

4% (1)

28% (7)

36% (9)

32% (8)

Jadual 2 : Amalan pemakanan ibu bersalin

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Antara amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah

minum air akar kayu. Terdapat 36% (9 orang) responden sangat setuju manakala 32% (8 orang)

setuju, 20% (5 orang) tidak pasti dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh

pengkaji bahawa kebanyakan para ibu meminum air akar kayu 2 atau 3 kali setiap hari iaitu

kapsul kacip fatimah. Caranya ialah tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri manakala

Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat sebanyak tiga

kali, tarik nafas dan kempiskan perut agar perut tidak buncit serta minum secara senafas agar

tidak terasa mual. Menurut Jazimah (2000) akar kayu ini tidak perlu dibasuh untuk untuk

merebusnya. Caranya rebus akar kayu bersama air sebanyak 2 liter dan biarkan airnya tinggal 1

liter sahaja. Namun demikian,12% (3 orang) kurang setuju dengan pengamalan adat ini.

Page 17: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Sumber : Kerja lapangan 2015

Selain itu, amalan makan ulaman juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di

Kampung Sungai Bari. Seramai 36% (9 orang) responden bersetuju manakala 4% (1 orang)

responden kurang setuju dengan amalan pemakanan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh

pengkaji bahawa kebanyakan para ibu memakan pelbagai jenis ulaman seperti halia, lengkuas

dan serai setiap hari. Menurut Aishah @ Eshah (1998) ulaman ini tidak direbus atau dimasak

sebaliknya hanya dibasuh dan makan begitu sahaja dengan nasi yang panas untuk mengelakkan

kesegaran ulaman itu hilang. Namun demikian, 24% (6 orang) responden sangat setuju, 12% (3

orang) responden sangat kurang setuju dan 24% (6 orang) responden tidak pasti dengan

pengamalan pemakanan ini.

Page 18: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Sumber : Kerja lapangan 2015

Amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah makan

ikan haruan. Terdapat 64% ( 16 orang) responden setuju manakala 20% (5 orang) responden

tidak pasti dengan amalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri

bahawa kebanyakan para ibu makan ikan haruan setiap hari. Caranya ialah ikan haruan atau belut

direbus dengan halia, garam, bawang dan 2 liter air. Menurut Jazimah (2000) adat orang dahulu

ialah tidak merebus ikan haruan sebaliknya mencari anak ikan haruan sebesar ibu jari tangan dan

sedut anak ikan haruan itu. Namun demikian, 16% (4 orang) responden lagi sangat setuju

dengan pengamalan pemakanan ini.

Akhir sekali, amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai

Bari ialah tidak memakan makanan sejuk. Terdapat 32% (8 orang) responden sangat setuju

manakala 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan

sendiri oleh pengkaji kebanyakan para ibu tidak mengamalkan makan makanan sejuk seperti ais

dan labu. Mereka lebih mengutamakan makan masakan panas seperti sup, lada hitam dan nasi

panas. Resepi yang para ibu gunakan ialah tumbuk lada hitam bersama ikan masin yang

digoreng tanpa minyak dan makan bersama nasi panas. Namun demikian, seramai 36% (9 orang)

responden bersetuju dan 28% (7 orang) responden tidak pasti dengan pengamalan pemakanan

ini.

Page 19: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

8.1.2 Pantang larang

BIL

PERKARA

Sangat

kurang

setuju

1

Kurang

setuju

2

Tidak

pasti

3

Setuju

4

Sangat

setuju

5

3 Pantang larang ibu bersalin

i)Tidak keluar rumah selama 44 hari

selepas bersalin

0%

(0)

8%

(2)

24%

(6)

40%

(10)

28%

(7)

ii)Tidak melakukan kerja berat selepas

bersalin

0%

(0)

4%

(1)

28%

(7)

36%

(9)

32%

(8)

iii)Tidak bercangkung ketika berpantang 0%

(0)

4%

(1)

20%

(5)

44%

(11)

32%

(8)

iv)Tidur berlapikkan bantal 0%

(0)

8%

(2)

12%

(3)

32%

(8)

48%

(12)

Jadual 3 : Pantang larang ketika berpantang

Sumber : Kerja Lapangan 2015

8.1.3 Pantang larang

Antara pantang larang yang diamalkan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari

ialah tidak keluar rumah selama 44 hari. Seramai 40% (10 orang) responden bersetuju manakala

24% ( 6 orang) responden tidak pasti dengan pantang larang ini. Hal ini perhatikan sendiri oleh

pengkaji bahawa kebanyakan para ibu tidak keluar rumah selama 44 hari seperti keluar bersiar-

siar dan berjalan jauh. Menurut Siti Hasmah, para ibu dilarang keluar rumah selama 44 hari

walaupun hanya untuk menjemur pakaian dan membuang sampah. Namun demikian, 28% (7

orang) responden sangat setuju dan 8% (2 orang) responden kurang setuju dengan pengamalan

pantang larang ini.

Page 20: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Pantang larang yang diamalkan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari ialah

tidak mengangkat berat. Terdapat 36% (9 orang ) responden bersetuju manakala 32% (8 orang)

sangat setuju dengan pantang larang tersebut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh

pengkaji sendiri bahawa kebanyakan para ibu tidak mengangkat berat ketika berpantang. Mereka

dilarang menyapu sampah dan menjemur baju. Menurut Siti Hasmah (1985), para ibu dilarang

melakukan sebarang kerja rumah dan hanya dibenarkan duduk dalam keadaan yang baik. Namun

demikian, 28% (7 orang) responden tidak pasti dan 4% (1 orang) kurang setuju dengan

pengamalan pantang larang ini.

Selain itu, pantang larang yang turut diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari

ialah tidak duduk bercangkung. Terdapat 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 20% (5

orang) responden tidak pasti dengan pantang larang tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh

pengkaji bahawa kebanyakan para ibu tidak duduk bercangkung ketika berpantang. Mereka

dibenarkan duduk di tandas duduk jika hendak membuang air dan kaki perlu dirapatkan

seterusnya membasuh perlahan dengan air suam. Menurut Haliza (1999), para ibu hanya perlu

menjaga langkah ketika hendak berjalan dan tidak berjalan kangkang ketika hendak membuang

air atau mandi. Oleh yang demikian, mereka perlu berwaspada ketika berpantang. Namun

demikian, 4% kurang setuju dengan pengamalan pantang larang ini.

Sumber : Kerja lapangan 2015

Page 21: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Akhir sekali, antara pantang larang yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah

tidur berlapikkan bantal. Terdapat 48% (12 orang) responden sangat setuju manakala 32% ( 8

orang) bersetuju dengan pantang larang tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji

bahawa kebanyakan kaum ibu tidur berlapikkan bantal. Mereka tidur berlapikkan bantal sama

ada bantal itu tinggi ataupun rendah. Bantal yang rendah akan disusun tinggi bagi memudahkan

mereka menyusukan anak. Namun demikian, 8% (2 orang) responden kurang bersetuju dan 12%

(3 orang) tidak pasti dengan pengamalan pantang larang ini.

Sumber : Kerja lapangan 2015

Page 22: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

8.3 KESAN AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN DALAM KALANGAN IBU

DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU

BIL

PERKARA

Sangat

kurang

setuju

1

Kurang

setuju

2

Tidak

pasti

3

Setuju

4

Sangat

setuju

5

4 Pemakaian bengkung mengembalikan

bentuk badan ke bentuk asal

12%

(3)

0%

(0)

16%

(4)

20%

(5)

52%

(13)

Bertungku mengecutkan peranakan

selepas bersalin

0%

(0)

12%

(3)

12%

(3)

44%

(11)

32%

(8)

Mengamalkan minum akar kayu

memperbanyakkan susu ibu

0%

(0)

4%

(1)

28%

(7)

44%

(11)

24%

(6)

Urutan tradisional menghilangkan

lenguh selepas bersalin

4%

(1)

8%

(2)

16%

(4)

28%

(7)

44%

(11)

Makan ikan haruan menyembuhkan luka

selepas bersalin

0%

(0)

0%

(0)

20%

(5)

36%

(9)

44%

(11)

Mandi herba menyegarkan badan saya 0%

(0)

4%

(1)

20%

(5)

28%

(7)

48%

(12)

Jadual 4 : Kesan amalan berpantang

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Page 23: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Antara kesan amalan berpantang kepada ibu bersalin di Kampung Sungai bari ialah

pemakaian bengkung mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dan juga untuk

melangsingkan pinggang seperti sediakala.. Terdapat 52% (13 orang) responden sangat setuju

manakala 20% (5 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini

diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu badan kembali langsing dan

cantik setelah mengamalkan amalan berbengkung ini. Menurut http://www.bengkungmama.com

melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal,

mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan. Namun demikian, seramai 12%

(3 orang) responden sangat kurang setuju dan 16% (4 orang) responden tidak pasti dengan kesan

amalan berbengkung ini.

Sumber : Kerja lapangan 2015

Page 24: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

Selanjutnya, kesan pengamalan bertungku terhadap para ibu selepas bersalin ialah

mengecutkan peranakan. Seramai 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 32% ( 8 orang)

responden lagi sangat setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang

diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan kaum ibu menampakkan kesan yang

positif apabila kembali bertenaga setelah mengamalkan amalan tersebut kerana dapat

menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta

memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar

selepas bertungku. Menurut Jazimah (2000), Kesan panas daripada tungku akan meresap ke

dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku. Namun demikian, 12%

( 3 orang) responden sangat kurang setuju dan 12% (3 orang) lagi tidak pasti dengan kesan

pengamalan ini.

Kesan pengamalan minum air akar kayu terhadap para ibu selepas bersalin ialah

mengamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu. Terdapat 44% (11 orang) responden bersetuju

manakala 24% (6 orang) responden sangat setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini

diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu yang mengamalkan minum air

akar kayu dapat menyusukan bayi dengan selesa kerana tidak perlu lagi memerah susu dengan

pam susu. Menurut http://www. tipberpantangdanmenyusubayi.com, kesan amalan ini dapat

menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh

berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman

kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.Namun demikian, 28% (7 orang)

responden tidak pasti dan 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan kesan pengamalan ini.

Antara kesan pengamalan urutan tradisional terhadap ibu selepas bersalin di Kampung

Sungai Bari ialah dapat menghilangkan lenguh selepas bersalin. Terdapat 44% (11 orang)

responden sangat setuju manakala 28% (11 orang) responden bersetuju dengan kesan

pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa

kebanyakan para ibu yang mengamalkan urutan tradisional dapat menghilangkan lenguh mereka

akibat banyak menyusukan anak. Urutan yang baik dapat membantu memulihkan aliran darah,

Page 25: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada

tersekat atau tersumbat. Menurut http://www.tipsberpantangdanmenyusu.com, urutan dapat

menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

Namun demikian, 16% (4 orang) responden tidak pasti, 8% (2 orang) responden kurang setuju

dan 4% (1 orang) responden sangat kurang setuju dengan kesan pengamalan tersebut.

Di samping itu, kesan pengamalan makan ikan haruan terhadap ibu selepas bersalin di

Kampung Sungai Bari ialah menyembuhkan luka selepas bersalin. Seramai 44% (11 orang)

responden sangat setuju manakala 36% (9 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan

tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan ibu yang mengamalkan

makan ikan haruan, luka mereka sembuh dengan cepat terutama sekali para ibu yang melakukan

pembedahan ketika bersalin. Jahitan sudah boleh dibuka dengan awal sebelum tarikh yang

ditetapkan. Menurut Haliza (1999), ikan haruan yang hidup dalam lumpur mengandungi kahsiat

mineral yang tinggi membantu menyembuhkan luka luar dan dalaman manakala ikan yu

dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu. Namun demikian, 20% (5 orang) responden tidak

pasti dengan kesan pengamalan ini.

Akhir sekali, kesan pengamalan mandi herba terhadap selepas ibu di Kampung Sungai

Bari ialah menyegarkan badan para ibu ketika berpantang. Terdapat 48% (12 orang) responden

sangat manakala 28% (7 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut.

Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan ibu yang

mengamalkan mandi serum ini kelihatan lebih segar dan wangi kerana dapat membuang angin

dan menghilangkan bau busuk (darah nifas). Serai wangi yang digunakan oleh para ibu sangat

berkhasiat melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan. Namun demikian, 20%

(5 orang) responden tidak dan 4% (1 orang) responden lagi kurang setuju dengan kesan

pengamalan ini.

Page 26: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian, pengkaji dapat memahami lebih dalam tentang amalan khusus ibu

selepas bersalin dan kesan pengamalan adat berpantang di Kampung Sungai Bari, Setiu

Terengganu. Hasilnya, para ibu bersalin lebih peka akan amalan khusus kerana dapat memberi

kesan positif yang berpanjangan jika mengamalkan amalan adat berpantang ini.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menjadikan msayarakat di Kampung Sungai

Bari lebih mengambil berat dengan pengamalan adat berpantang ini kerana amalan berpantang

sangat memberikan kebaikan kepada si ibu dan amat digalakkan. Faedah jangka masa panjang

sangat baik untuk si ibu kerana proses pemulihan telah disokong dengan teknik rawatan secara

tradisional dan membantu ibu pulih dalam suasana semulajadi tanpa perlukan ubat-ubatan moden

yang mungkin memudaratkan. Ianya menepati citarasa semulajadi si ibu untuk kembali sembuh

seperti sediakala, menyihatkan dan membekalkan tenaga dalaman. Akhir sekali, Jika ibu sihat,

anak ceria, suami pasti bahagia.

Page 27: PBS STPM Pengajian Am 2015

960630-11-536

RUJUKAN ARKIB

1. Siti Hasmah Mohd. Ali , 1985. Wanita, Adat dan Kesihatan (Jilid 1 dan 2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Che’ Wan Jazimah, 2000. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam dan Sains.

3. Aishah @ Eshah Hj. Mohamed, 1998. “Tabiat Makan dalam Nilai Budaya Masyarakat Desa”

dlm. Wan Hashim Wan The & Ismail Hamid (Ed.), Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis ( Jilid 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

4. http://www.bengkungmama.com/

5. https://www/TipUntukIbuHamilBerpantangDanMenyusuBayi.com/