12
PANTUN MAJLIS PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN MAJLIS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengacaraan majlis

Citation preview

Page 1: PANTUN MAJLIS

PANTUN MAJLIS

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,Kari cendawan batang keladi;Girang rasa tidak terperi,Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali;Selamat datang kami ucapkan,Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,Dipuput bayu ke pohon ara;Pemanis kalam selamat malam,Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Page 2: PANTUN MAJLIS

Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi;Pantun ada ucapan ada,Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,Sayang senduduk di tepi muara;Penganan mulia terletak sudah,Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,Batang selasih di Tanjung Dara;Padamu tuan kami persembah,Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,

Page 3: PANTUN MAJLIS

Di bawah atap tepi halaman;Juadah sudah letak di meja,Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,Rumput penghias tepi halaman;Bukan jemput sebarang jemput,Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,Busana indah buat rupawan;Sudilah tuan tampilkan diri,Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang selisih;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,Besar tak muat di dalam peti;Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,Tepi keramat di waktu malam;Pada mu tuan kami meminta,Kata azimat penutup kalam.

Page 4: PANTUN MAJLIS

Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur ke bumi;Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,Hanya indah serupa mimpi;Duhai pahlawan ksatria pertiwi,Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;

Page 5: PANTUN MAJLIS

Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,Membawa tinta ke Kuala Linggi;Baliklah tuan rehatkan diri,Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,Di tengah hari membeli ragi;Dirimu umpama nyiur bertuah,Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,Basah tikar lupa disidai;Dikau ibarat karang di pantai,Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,Tepi paya si pohon jambu;

Page 6: PANTUN MAJLIS

Hadirmu laksana suria pagi,Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,Janji bertemu di Teluk Bayu;Walau usia dimamah waktu,Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,Gua penuh pusaka bonda;Bukan tua sebarang tua,Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,Jamu rasa dari tenggara;Tidak ternilai jasa baktimu,Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,Tika masih badai menderu;Engkau ayah engkaulah ibu,Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,Dengar siulan diufuk barat;Kalau ingin hidup selamat,Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,Sayang rasa lemaknya kurang;Taburlah budi ketika hidup,Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,Tenun benang menjadi sari;Barang yang lepas jangan dikenang,Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,Sayang mati di pijak pak tani;Dari duduk baik bersenam,Senang hati sihat jasmani.

Page 7: PANTUN MAJLIS

Apa guna siparang panjang,Kalau tidak dengan tujuan;Apa guna berumur panjang,Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,Buat menyimbah si tuan puteri;Berputus asa jangan sekali,Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,Kelapa muda santan dirasa;Biar muda di dalam jiwa,Dari tua sebelum masa.

Pantun Budi

Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Cahaya redup menyegar padi,Ayam berkokok mengikat tuah;Jikalau hidup tidak berbudi,Umpama pokok tidak berbuah.

Buat meniaga di kedai Cina,Timun bali dimakan pahit;Biar miskin bertambah hina,Budi bahasa mau yang baik.

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Berbelok di Tanjung Beringin,Kemudi Patah dilentur;Elok orang hati tak ingin,Budi bahasa hatiku hancur.

Page 8: PANTUN MAJLIS

Bunga raya kembang tak jadi,Sebab musabab hairan sekali;Hidup kita hanya sekali,Budi bahasa tak jaul beli.

Teritip tiram tergantung,Limau manis banyak bijinya;Pilih-pilih muda sekampung,Hitam manis baik budinya.

Sarat perahu muat pisang,Singgah berlabuh di Kuala Daik;Budi jahat lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik.

Gunung Daik timang-timangan,Tempat kera berulang alik;Budi yang baik kenang-kenangan,Budi yang jahat buang sekali.

Pada ikan baiklah udang,Sedikit tak takut kena tulang;Jahat dan baik semua ditimbang,Seumpama rambut budi tak hilang.

Hari ujan naik sampan,Dari kuala patah kemudi;Mati ikan kerana umpan,Mati saya kerana budi.

Bunga melati bunga di darat,Bunga seroja di tepi kali;Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi.

Burung empat disangka enam,Ibunya lari membawa sarang;Sakit diubat mati ditanam,Itu budi dikenang orang.

Ikan berenag di dalam lubuk,

Page 9: PANTUN MAJLIS

Ikan belida datangnya panjang;Adat pinang pulang ke tampuk,Adat sirih pulang ke gangang.

Makan manggis dengan bijinya,Daun miana di atas loyang;Kerana manis hati budinya,Bagaimana hati takkan sayang.

Jika belayar ke tanah Acheh,Singgah dulu di Kota Deli;Jika hendak orang mengasih,Hendaklah baik bicara budi.

Ayam hutan terbang ke hutan,Sangkut sedikit tali di kaki;Darah bukan daging pun bukan,Sangkut sedikit kerana budi.

Ramai orang di Kuala Sawah,Masak nasi jangan hangit;Sedikit budi bukannya mudah,Seberat bumi di antara langit.

Kalau berladang menanam keladi,Keladi dibawa ke tanah seberang;Kalau dagang pandai berbudi,Sampai mati dikenang orang.

Anak itik berenang balik,Menyelam takut akan lemas;Kalau ada budi yang baik,Saya tidak memandang emas.

Ada seekor burung serindit,Terbang ke paya makan padi;Kepada orang tamakkan ringgit,Kepada saya kenangkan budi.

Baju bercorak tiada benia,Pakaian anak Panglima Garang;Emas dan perak pengaruh dunia,

Page 10: PANTUN MAJLIS

Budi yang baik dijunjung orang.

Pisang emas bawa belayar,Masa sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Dari Bintung ke Besiangkit,Anak udang patah kepala;Langit tergantung bumi tersenget,Budi tuan ditimbang juga.

Pada berlari baik melompat,Barang dicari segera dapat;Sudah berbudi jangan diumpat,Balasan baik syurga dapat.

Payah kami bertanam padi,Nanas juga ditanam orang,Payah kami menabur budi,Emas juga dipandang orang.

Semenjak kentang menjadi gulai,Ubi tidak bersama lagi;Semenjak wang jadi pemakai,Budi tidak berguna lagi.

Angin barat gelombang utara,Tinggi petak dari ruang;Jangan harap semacam saya,Budi tiada bahasa pun kurang.

Kain cukin carik sebelah,Buat mari basahan mandi;Miskin kita serba salah,Harapkan budi satu tak jadi.

Kenapa tuan suka membeli,Buah peria memangnya pahit;Memang dia tak mengenang budi,Bagai kacang lupakan kulit.

Page 11: PANTUN MAJLIS

Rosak pandan kerana padi,Rosak padi kerana bunganya;Rosak badan kerana budi,Rosak budi kerana orangnya.

Pohon pandan pohon berduri,Dipandang amat sedap;Hidup di dunia bahasa dan budi,Serta juga tertib dan adab.

Di sana padi di sini padi,Itulah nama sawah dan bendang;Di sana budi di sini budi,Barulah sempurna bernama orang.

Anak haruan lima-lima,Mati ditimpa punggur berdaun;Budi tuan kami terima,Jadi kenangan bertahun-tahun.

Bila memandang ke muka laut,Nampak sampan mudik ke hulu;Bila terkenang mulut menyebut,Budi yang baik ingat selalu.