APLIKASI PANTUN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PANTUN

Citation preview

PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di Kaabah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun. Puisi Melayu Tradisional yang akan kita bincangkan terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu: Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu; danPuisi Melayu Tradisional Warisan Islam.1. Puisi Melayu Tradisional Warisan MelayuPuisi dalam kumpulan ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu: Terikat: Pantun dan GurindamBebas: Seloka1.1 Pantun Bentuk-bentuk Pantun Bentuk-bentuk pantun yang paling popular ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat. Contoh-contohnya ialah: Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati.Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.Bentuk-bentuk yang lain ialah pantun enam kerat, pantun lapan kerat, dan pantun dua belas kerat.Ciri-ciri Pantun Setiap baris pantun mempunyai empat hingga lima patah perkataan.Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata.Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang atau sampiran.Dua baris kemudiannya disebut maksud.Pantun empat kerat memakai skema rima a-b-a-b.Setiap rangkap pantun melengkapkan satu idea yang hendak disampaikan.Pantun berkait memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan idea yang hendak disampaikanJenis-jenis Pantun Peranan dan Fungsi Pantun memainkan peranan penting di dalam masyarakat Melayu seperti di dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya.Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.1.2 Gurindam Kata gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Genre puisi ini tergolong sebagai satu daripada Puisi Melayu Tradisional di dalam kategori bukan naratif. Ciri-ciri gurindam ialah: Setiap untai mengandungi dua baris ayat.Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab.Rima hujungnya sama, iaitu a-a.Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius.Puisi bertulis.Contoh gurindam ialah: Barang siapa mengenal Allah,Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.Barang siapa tiada mengenal agama,Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.Peranan dan fungsi Gurindam berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak.Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.1.3 Seloka Kata seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka. Puisi jenis ini digunakan di dalam epik Mahabharata dan Ramayana. Walau bagaimanapun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit. Ciri-ciri seloka ialah: Sejenis puisi bebas;Rangkapnya tidak tetap;Tidak tetap jumlah baris serangkap;Tidak tetap jumlah perkataan sebaris; danAda yang berima dan ada yang tidak berima.Contoh seloka ialah:Baik budi emak Si Randang,Dagang lalu ditanakkan,Tiada berkayu rumah diruntuh,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusukan.Peranan dan fungsi: Seloka berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menyindir, mengejek, bergurau senda, atau berjenaka.2. Puisi Melayu Tradisional Warisan IslamBahagian ini akan memfokuskan perbincangan kepada genre puisi yang paling popular, iaitu syair. Kata syair berasal daripada kata syir di dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi.Ciri-ciri syair ialah: Sejenis puisi naratif di dalam bahasa Melayu;Bentuknya berangkap-rangkap;Setiap rangkap yang biasa ada empat baris;Setiap baris mengandungi purata empat patah perkataan;Setiap baris mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata;Rima hujungnya sama, iaitu a-a-a-a;Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun, danSetiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea.Syair Agama telah diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri untuk menyampaikan hal-hal keagamaan. Contohnya ialah Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu. Jenis-jenis syair Syair Romantik mempunyai struktur dan juga isinya yang sama dengan cerita dongeng. Contoh-contohnya ialah Syair Siti Zubaidah Perang China dan Syair Dandan Setia. Syair sejarah mengandungi kisah berunsur sejarah. Contoh-contohnya ialah Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana. Syair kiasan menggunakan watak binatang untuk menyedarkan khalayak melalui sindiran-sindiran tajam. Contohnya ialah Syair Burung Pungguk dan Syair Ikan Terubuk. Contoh serangkap syair: Peranan dan fungsi syair Ada kepada suatu hari,Saya ke pasar berlari-lari,Berjumpa dengan seekor nuri,Sangatlah bijak ia berperi.Syair berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi hiburan dan pendidikan.Dicatat oleh Din Senu E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookTiada ulasan: SEKOLAH KEB ANGSAAN TEMA KEBERSIHAN TAJUK Kebersihan Diri Standard 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa Kandungan yang indah secara didik hibur. FOKUS UTAMA Standard 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. Pembelajaran Standard 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan Kandungan intonasi yang betul. FOKUS SAMPINGAN Standard 2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat: i. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul. ii. membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. OBJEKTIF i. Ilmu: Menjaga kebersihan diri PENGISIAN ii. KBT: Kecerdasan Pelbagai- Verbal linguistik KURIKULUM BCB- Mencatat nota SISTEM BAHASA Tatabahasa: kata nama am MEDIA Kad pantun , 1 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN AKTIVITI KURIKULUM CATATAN Langkah 1 KBT: KP- Verbal linguistik 1. Guru memperdengarkan pantun tentang kebersihan diri melalui pita rakaman atau yang dilafazkan oleh guru dan meminta murid mendengarnya dengan telitii. 2. Guru membimbing murid melafazkan Lampiran 1 pantun itu semula dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul,intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu. Langkah 2 1. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun yang telah dilafazkan. KBT: BCB- mencatat nota 2. Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun. 3. Murid diminta menulis baris pantun Lembaran Kerja 1 tersebut pada kotak pantun yang bernombor. 4. Murid diminta membaca dalam pantun yang menngandungi baris pantun tersebut semula. 2 PENGISIAN AKTIVITI KURIKULUM CATATAN Langkah 3 Lampiran 1 1. Guru mengedarkan lembaran yang mengandungi beberapa baris pantun dua kerat kepada kumpulan kecil. 2. Guru meminta murid dalam kumpulan menyusun baris pantun menjadi pantun dua kerat yang lengkap. 3. Guru meminta murid melafazkan pantun yang telah disusun barisnya dengan sebutan yang betul dan intonasi dan gaya yang sesuai. Langkah 4 1. Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar dengan pantun yang sesuai. 2. Murid membaca pantun yang telah Lembaran Kerja 2 dipadankan dengan gambar. 3 Lampiran 1 Aktiviti 1 Baca pantun di bawah. Ikan keli di atas rakit, 1 Gosok gigi supaya tak sakit. Beli sotong masak kari, 2 Kuku dipotong kuman lari. Ikan haruan di dalam tangki, 3 Sabun badan buang daki. Naik bot pergi ke hulu, 4 Cuci rambut bersih selalu. 4 Lembaran Kerja 1 Aktiviti 2 Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan yang terdapat dalam pantun Kuku dipotong kuman lari. Sabun badan buang daki. Gosok gigi supaya tak sakit. Cuci rambut bersih selalu. Pantun Maklumat tentang kebersihan diri Pantun 1 Pantun 2 Pantun 3 Pantun 4 5 Lembaran Kerja 2 Aktiviti 2 Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi. Ikan keli di atas rakit, Beli sotong masak kari, Gosok gigi supaya tak sakit. Kuku dipotong kuman lari. Ikan haruan dalam tangki, Naik bot pergi ke hulu, Sabun badan buang daki. Cuci rambut bersih selalu. ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________ 6