8
PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BAGI PELAJAR KOD AMALAN Pelajar 1. Pembelajaran atas talian 1.1 Mengikuti bengkel latihan MyGuru3 dan MySis pada minggu pendaftaran. 1.2 Menggunakan MyGuru3 sahaja sebagai medium rasmi pembelajaran. 1.3 Menyemak kursus yang didaftarkan pada awal semester. 1.4 Muat turun dan memahami Rancangan Instruksional (RI) dan modul/bahan kursus, panduan kerja kursus dan pengumuman pensyarah sepanjang semester. 1.5 Melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dengan mendaftar masuk MyGuru3 setiap minggu sepanjang sesi pengajian. 1.6 Memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika ada sebarang masalah. 2. Tutorial bersemuka 2.1 Menyemak kumpulan tutorial dan jadual tutorial dan memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika ada sebarang masalah. 2.2 Membuat persediaan dengan membaca dan memahami modul/bahan kursus. 2.3 WAJIB hadir pada setiap sesi tutorial dan terlibat secara aktif. 2.4 Tiada tutorial bersemuka bagi kursus yang diulang. 2.5 Berkomunikasi dengan tutor dan rakan sepengajian dengan bahasa yang sesuai dan beradab. 2.6 Mematuhi kod etika pakaian pelajar UPSI. 3. Tutorial atas talian 3.1 Menyemak kumpulan tutorial atas talian mengikut kursus major dan minor serta jadual tutorial dan memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika ada sebarang masalah. 3.2 Membuat persediaan dengan membaca dan memahami modul/bahan kursus. 3.3 Berkomunikasi dengan tutor dan rakan sepengajian dengan bahasa yang sesuai dan beradab. 3.4 WAJIB daftar masuk (log in) pada setiap sesi tutorial dan terlibat secara aktif. 3.5 Tiada tutorial atas talian bagi kursus yang diulang. 3.5.1 Kerja Kursus 3.5.1.1 Membaca dan memahami arahan kerja kursus. 3.5.1.2 Memastikan semua tugasan bertulis dihantar dalam format (contoh format PDF) yang betul seperti ditetapkan dan mesti boleh diakses dan dibaca. 3.5.1.3 Memastikan semua maklumat berkaitan kerja kursus adalah betul (nama, no. Matrik, nama pensyarah, kumpulan e-learning, tajuk dan lain-lain). 3.5.1.4 Memastikan semua kerja kursus adalah asli dan bebas daripada sebarang elemen plagiarisme. 3.5.1.5 Menggunakan laras bahasa pengantar kursus yang betul. 3.5.1.6 Menghantar kerja kursus melalui tapak tugasan dalam MyGuru3 sahaja. 3.5.1.7 Menghantar kerja kursus selain daripada tapak tugasan dalam MyGuru3 mestilah mendapat persetujuan pensyarah e-learning.

Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

UPSI

Citation preview

Page 1: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BAGI PELAJAR

KOD AMALAN

Pelajar 1. Pembelajaran atas talian

1.1 Mengikuti bengkel latihan MyGuru3 dan MySis pada minggu pendaftaran. 1.2 Menggunakan MyGuru3 sahaja sebagai medium rasmi pembelajaran. 1.3 Menyemak kursus yang didaftarkan pada awal semester. 1.4 Muat turun dan memahami Rancangan Instruksional (RI) dan modul/bahan kursus, panduan

kerja kursus dan pengumuman pensyarah sepanjang semester. 1.5 Melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dengan mendaftar masuk MyGuru3 setiap

minggu sepanjang sesi pengajian. 1.6 Memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika ada sebarang masalah.

2. Tutorial bersemuka 2.1 Menyemak kumpulan tutorial dan jadual tutorial dan memaklumkan kepada Pusat Program

Luar jika ada sebarang masalah. 2.2 Membuat persediaan dengan membaca dan memahami modul/bahan kursus. 2.3 WAJIB hadir pada setiap sesi tutorial dan terlibat secara aktif. 2.4 Tiada tutorial bersemuka bagi kursus yang diulang. 2.5 Berkomunikasi dengan tutor dan rakan sepengajian dengan bahasa yang sesuai dan

beradab. 2.6 Mematuhi kod etika pakaian pelajar UPSI.

3. Tutorial atas talian

3.1 Menyemak kumpulan tutorial atas talian mengikut kursus major dan minor serta jadual tutorial dan memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika ada sebarang masalah.

3.2 Membuat persediaan dengan membaca dan memahami modul/bahan kursus. 3.3 Berkomunikasi dengan tutor dan rakan sepengajian dengan bahasa yang sesuai dan

beradab. 3.4 WAJIB daftar masuk (log in) pada setiap sesi tutorial dan terlibat secara aktif. 3.5 Tiada tutorial atas talian bagi kursus yang diulang.

3.5.1 Kerja Kursus

3.5.1.1 Membaca dan memahami arahan kerja kursus. 3.5.1.2 Memastikan semua tugasan bertulis dihantar dalam format (contoh format

PDF) yang betul seperti ditetapkan dan mesti boleh diakses dan dibaca. 3.5.1.3 Memastikan semua maklumat berkaitan kerja kursus adalah betul (nama, no.

Matrik, nama pensyarah, kumpulan e-learning, tajuk dan lain-lain). 3.5.1.4 Memastikan semua kerja kursus adalah asli dan bebas daripada sebarang

elemen plagiarisme. 3.5.1.5 Menggunakan laras bahasa pengantar kursus yang betul. 3.5.1.6 Menghantar kerja kursus melalui tapak tugasan dalam MyGuru3 sahaja. 3.5.1.7 Menghantar kerja kursus selain daripada tapak tugasan dalam MyGuru3

mestilah mendapat persetujuan pensyarah e-learning.

Page 2: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

3.5.1.8 Menghantar kerja kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Kerja kursus terakhir mestilah dihantar selewat-lewatnya pada hujung minggu ke-10 semester pengajian.

3.5.1.9 Penghantaran kerja kursus lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

3.5.1.10 Menduduki ujian pertengahan semester yang dilaksanakan antara minggu ke-6 hingga minggu ke-8 semester pengajian bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir.

3.5.1.11 Menghantar jawapan ujian pertengahan semester melalui tapak tugasan dalam MyGuru3 sahaja.

3.5.1.12 Penghantaran jawapan ujian pertengahan semester selain saluran MyGuru3 mestilah mendapat persetujuan pensyarah e-learning.

3.5.1.13 Menyemak markah kerja kursus yang dipaparkan pada minggu ke-13 bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir.

3.5.1.14 Membuat rayuan semak semula markah kerja kursus (jika perlu dan mempunyai asas kukuh) pada minggu ke-13 dan sebarang keputusan pensyarah berkaitan markah kerja kursus selepas rayuan adalah muktamad.

3.5.2 Peperiksaan Akhir

3.5.2.1 Menyemak dan mencetak slip menduduki peperiksaan akhir. 3.5.2.2 Menyemak jadual peperiksaan. 3.5.2.3 Menduduki peperiksaan mengikut jadual dan tempat peperiksaan seperti yang

ditetapkan. 3.5.2.4 Permohonan menduduki peperiksaan akhir gantian hanya dibenarkan atas

alasan yang dibenarkan seperti dalam Panduan dan Peraturan Akademik, Program Pengajian Jarak Jauh.

3.5.3 Pembelajaran berasaskan modul/bahan kursus

3.5.3.1 Memuat turun modul/bahan kursus daripada MyGuru3 pada minggu pertama. 3.5.3.2 Menjadikan modul/bahan kursus sebagai rujukan utama bagi pembelajaran

dalam tutorial, kerja kursus, forum dan peperiksaan akhir.

3.5.4 Latihan mengajar

3.5.4.1 Menjalani dan melengkapkan latihan mengajar selama 8 minggu di sekolah. 3.5.4.2 Mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu disamping

menjalankan tugas hakiki. 3.5.4.3 Menjalani latihan mengajar di sekolah mengikut major di bawah penyeliaan

penyelia latihan mengajar. 3.5.4.4 Menerima bimbingan dan penyeliaan secara atas talian. 3.5.4.5 Menghasilkan satu produk pengajaran yang inovatif sebagai komponen

penilaian. 3.5.4.6 Menghantar laporan kemajuan dan akhir melalui tapak tugasan dalam

MyGuru3 kepada penyelia latihan mengajar.

3.5.5 Projek Akhir

3.5.5.1 Menyediakan kertas cadangan projek berasaskan penyelidikan/ pengajaran/ pembelajaran/inovasi dalam bidang pengkhususan dan menghantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Page 3: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

3.5.5.2 Menyiapkan laporan akhir projek berasaskan penyelidikan/ pengajaran/ pembelajaran/inovasi dalam bidang pengkhususan dan menghantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

3.5.5.3 Memastikan laporan projek adalah asli dan bebas daripada sebarang elemen plagiarisme.

3.6 Pensyarah e-learning 3.6.1 Menyemak pelantikan sebagai pensyarah e-learning dalam MySis dan

memaklumkan kepada Dekan/Timbalan Dekan (Akademik) fakulti sekiranya ada sebarang masalah.

3.6.2 Sebarang penolakan pelantikan rasmi mestilah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa melalui Dekan.

3.6.3 Menyediakan fail pengajaran dan pembelajaran kursus dan fail peperiksaan setiap semester.

3.6.4 Mengikuti bengkel/taklimat berkaitan e-learning. 3.6.5 Menyemak pengumuman berkaitan kursus/program di laman web Pusat Program

Luar dan MyGuru3 dari semasa ke semasa. 3.6.6 Menyediakan tapak komponen kerja kursus (tugasan, forum, ujian pertengahan

semester, kuiz, latihan tutorial dan lain-lain) pada minggu pertama semester pengajian.

3.6.7 Membimbing, memantau, dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester pengajian.

3.6.8 Memberi maklum balas kepada pelajar samada secara individu atau kumpulan terhadap perkara yang dikemukakan dengan segera.

3.6.9 Memaklumkan kepada pelajar sebarang masalah berkaitan penerimaan kerja kursus dengan segera.

3.6.10 Menyediakan dan mengesahkan (vetting) soalan peperiksaan akhir dan gantian bersama dengan penyelaras kursus.

3.6.11 Memaparkan semua markah kerja kursus dalam MySis pada hari pertama minggu ke-13 bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir.

3.6.12 Memaparkan sekurang-kurangnya 60% markah kerja kursus dalam MySis pada hari pertama minggu ke-13 bagi kursus yang tidak mempunyai peperiksaan akhir.

3.6.13 Menyemak semula kerja kursus pelajar jika ada rayuan semak semula selewat-lewatnya pada minggu ke-14.

3.6.14 Membantu penyelarasan dan pengagihan skrip jawapan peperiksaan akhir bersama penyelaras kursus.

3.6.15 Mengambil skrip jawapan peperiksaan akhir/gantian mengikut kumpulan masing-masing daripada penyelaras kursus/bahagian akademik.

3.6.16 Menyemak skrip jawapan peperiksaan akhir mengikut senarai kehadiran pelajar. 3.6.17 Memasukkan markah peperiksaan akhir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh

Bahagian Hal Ehwal Akademik. 3.6.18 Menghadiri mesyuarat mengesahkan (vetting) markah keseluruhan kursus pada

peringkat jabatan. 3.6.19 Menyemak semula skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar jika ada rayuan

semak semula. 3.6.20 Mencetak dan menyimpan rekod pengajaran dan pembelajaran seperti surat

pelantikan, takwim akademik Program Pengajian Jarak Jauh, Rancangan Instruksional, bahan kursus, senarai pelajar, soalan ujian pertengahan semester, markah kerja kursus, forum dan peperiksaan akhir, dan penilaian pelajar dalam fail pengajaran dan pembelajaran.

3.6.21 Menyimpan memo/email pelantikan penyedia soalan, soalan peperiksaan akhir, skema jawapan, contoh tiga skrip jawapan peperiksaan akhir (terbaik, sederhana, lemah), jadual spesifikasi ujian, surat rayuan semak semula peperiksaan akhir pelajar (jika ada) dalam fail peperiksaan.

3.6.22 Komited dan bertanggungjawab.

Page 4: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

3.7 Tutor bersemuka 3.7.1 Menyemak jadual tutorial dan memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika ada

sebarang masalah. 3.7.2 Menghadiri taklimat/bengkel tutorial. 3.7.3 WAJIB hadir pada setiap sesi tutorial mengikut jadual. 3.7.4 Memaklumkan kepada Pusat Program Luar jika tidak dapat hadir dan mencari

pengganti yang berkelayakan. 3.7.5 Membuat persediaan dengan membaca dan memahami modul/bahan

kursus/kerja kursus. 3.7.6 Merekod kehadiran pelajar pada setiap sesi. 3.7.7 Mengendalikan kelas tutorial secara berkesan. 3.7.8 Melaporkan sebarang masalah (jika ada) berkaitan dengan perjalanan kelas

tutorial. 3.7.9 Menyedia fail tutorial yang mengandungi surat lantikan, jadual tutorial, senarai

kehadiran pelajar, dokumen ketidakhadiran pelajar, dan bahan kursus. 3.7.10 Komited dan bertanggungjawab.

3.8 Tutor atas talian

3.8.1 Menyemak surat pelantikan dan jadual tutorial atas talian dan memaklumkan

kepada Pusat Program Luar jika ada sebarang masalah. 3.8.2 Menghadiri taklimat/bengkel tutorial atas talian. 3.8.3 Membuat persediaan dengan membaca dan memahami modul/bahan

kursus/kerja kursus. 3.8.4 WAJIB daftar masuk dan mengendalikan tutorial atas talian pada setiap sesi

tutorial mengikut jadual. 3.8.5 Mengendalikan kelas tutorial atas talian secara berkesan. 3.8.6 Melaporkan sebarang masalah (jika ada) berkaitan dengan perjalanan kelas

tutorial atas talian. 3.8.7 Menyedia fail tutorial atas talian yang mengandungi surat lantikan, jadual tutorial,

rekod daftar masuk, dan bahan kursus. 3.8.8 Komited dan bertanggungjawab.

3.9 Penyelaras kursus 3.9.1 Menyedia dan memuat naik Rancangan Instruksional, panduan kerja kursus,

modul/bahan kursus dalam MyGuru3 pada minggu pertama semester pengajian. 3.9.2 Memasukkan wajaran markah kerja kursus dan peperiksaan akhir dalam MySis

pada minggu pertama semester pengajian. 3.9.3 Membuat pengumuman kepada pensyarah e-learning dan pelajar berkaitan

pelaksanaan pembelajaran dari semasa ke semasa. 3.9.4 Mengadakan mesyuarat dengan pensyarah e-learning untuk membincangkan

penyelarasan dan pelaksanaan kursus. 3.9.5 Menyediakan soalan peperiksaan akhir dan gantian bersama-sama dengan

pensyarah e-learning. 3.9.6 Menghadiri mesyuarat pengesahan (vetting) soalan peperiksaan akhir pada

peringkat jabatan/fakulti. 3.9.7 Memantau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah e-learning. 3.9.8 Menyelaras pelantikan pensyarah e-learning dan tutor bagi kursus berkenaan. 3.9.9 Menyedia fail pengurusan kursus Pengajian Jarak Jauh yang mengandungi

bahan kursus, senarai pensyarah e-learning dan lain-lain dokumen berkaitan.

Page 5: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

3.9.10 Komited dan bertanggungjawab.

3.10 Penyelaras Pengajian Jarak Jauh Fakulti 3.10.1 Menghadiri mesyuarat penawaran kursus dan pelantikan pensyarah e-learning,

tutor, penyelia latihan mengajar dan penyelia projek akhir. 3.10.2 Menyelaras pelantikan pensyarah e-learning, tutor, penyelia latihan mengajar dan

penyelia projek akhir. 3.10.3 Mendaftarkan nama pensyarah e-learning, penyelia latihan mengajar dan

penyelia projek akhir dalam MySis dengan bantuan Ketua Jabatan/Penolong Pendaftar.

3.10.4 Menyerahkan senarai tutor bersemuka kepada Pusat Program Luar. 3.10.5 Membentang laporan kemajuan dan pelaksanaan Program Jarak Jauh dalam

mesyuarat peringkat jabatan dan fakulti. 3.10.6 Menghadiri mesyuarat atau bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Program Luar. 3.10.7 Menyedia fail pengurusan Pengajian Jarak Jauh mengikut semester. 3.10.8 Komited dan bertanggungjawab.

3.11 Penyelia Latihan Mengajar 3.11.1 Menyemak senarai nama pelajar di bawah seliaan dalam MySis. 3.11.2 Membina tapak penghantaran laporan kemajuan dan akhir latihan mengajar. 3.11.3 Berinteraksi dengan pelajar melalui MyGuru3 berkaitan panduan penyeliaan dan

laporan. 3.11.4 Membimbing pelajar berkaitan latihan mengajar. 3.11.5 Menyemak laporan kemajuan dan akhir pelajar dan memasukkan markah ke

dalam MySis. 3.11.6 Menyedia fail penyeliaan pelajar mengikut semester. 3.11.7 Komited dan bertanggungjawab.

3.12 Penyelia Projek Akhir 3.12.1 Menyemak senarai nama pelajar di bawah seliaan dalam MySis. 3.12.2 Membina tapak penghantaran laporan projek akhir dalam MyGuru3. 3.12.3 Berinteraksi dengan pelajar melalui MyGuru3 berkaitan dengan panduan projek

akhir 3.12.4 Membimbing pelajar berkaitan projek akhir. 3.12.5 Menyemak dan memberi maklum balas berkaitan cadangan projek akhir. 3.12.6 Menyemak laporan projek akhir dan memasukkan markah dalam MySis. 3.12.7 Menyedia fail penyeliaan projek akhir pelajar mengikut semester. 3.12.8 Komited dan bertanggungjawab.

4. KRITERIA KELAYAKAN PELAKSANA

4.1 Tutor bersemuka

4.1.1 Mempunyai kelayakan akademik minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

berkaitan. 4.1.2 Terbuka kepada kakitangan UPSI dan bukan kakitangan.

Page 6: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

4.2 Pensyarah e-learning 4.2.1 Mempunyai kelayakan akademik minimum Ijazah Sarjana dalam bidang

berkaitan. 4.2.2 Terbuka kepada kakitangan UPSI dan bukan kakitangan. 4.2.3 Pelantikan selain daripada kakitangan akademik UPSI mesti mendapat kelulusan

Mesyuarat Senat Universiti.

4.3 Penyelaras kursus 4.3.1 Kakitangan akademik yang dilantik oleh fakulti yang mempunyai kepakaran dalam

bidang berkaitan.

4.4 Penyelaras Pengajian Jarak Jauh Fakulti

4.4.1 Kakitangan akademik yang dilantik oleh Pusat Program Luar dengan cadangan

dan persetujuan fakulti.

4.5 Penyelia Latihan Mengajar e-Learning 4.5.1 Kakitangan akademik yang dilantik oleh Pusat Latihan Mengajar dan Latihan

Industri (PULAMI) yang mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang berkaitan.

4.6 Penyelia Kertas Projek Akhir 4.6.1 Kakitangan akademik yang dilantik oleh fakulti yang mempunyai kelayakan

kepakaran dalam bidang berkaitan.

5. TAKWIM PENGURUSAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.1 Satu takwim pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dikeluarkan pada setiap

semester pengajian yang menjadi rujukan dan panduan utama dalam pelaksanaan program. Kerangka takwim adalah seperti di bawah:

MINGGU TINDAKAN

1 Memuat naik Rancangan Instruktional, Modul/Bahan Kursus, Panduan Kerja Kursus dalam MyGuru3.

Menetapkan Wajaran Markah Penilaian Kursus dalam MySis.

Membina tapak tugasan dan tapak forum dalam MyGuru3.

Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

2 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Tutorial bersemuka*.

3 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Tutorial bersemuka*.

4 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

5 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

6 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Tutorial bersemuka*.

Page 7: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

7 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Tutorial bersemuka*.

8 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Cuti Pertengahan Semester

9 Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Tutorial bersemuka*.

10 Pelajar menghantar tugasan.

Tutorial bersemuka*.

Kursus Ada Peperiksaan Akhir Kursus Tiada Peperiksaan Akhir

11 Pensyarah menyemak tugasan.

Pensyarah menyemak tugasan.

12 Pelajar mencetak slip menduduki peperiksaan akhir.

13

Pensyarah WAJIB memaparkan SEMUA markah kerja kursus kepada pelajar pada hari pertama minggu ke-13 (Isnin).

Pensyarah WAJIB memaparkan markah kerja kursus kepada pelajar sekurang-kurangnya 60% pada hari pertama minggu ke-13 (Isnin).

Pelajar WAJIB menyemak markah kerja kursus yang dipaparkan dan menghubungi pensyarah (jika perlu).

14 Pelajar WAJIB menyemak markah yang dipaparkan dan menghubungi pensyarah (jika perlu).

Pensyarah membuat perubahan markah dalam MySis setelah. mendapat maklum balas daripada pelajar (jika berkenaan).

Sistem MySis akan ditutup pada hari terakhir minggu ke-14 (Ahad).

Minggu Ulangkaji

Minggu Peperiksaan

Pensyarah memasukkan markah keseluruhan

*Tarikh sebenar tutorial bersemuka akan dimaklumkan dalam Laman Web Pusat Program Luar dua minggu sebelum semester pengajian bermula. **Tarikh tutorial atas talian akan dimaklumkan dalam Laman Web Pusat Program Luar dua minggu sebelum semester pengajian bermula.

Page 8: Panduan p&p Ppg Pjj Upsi (Pelajar)

8

6. PERUNTUKAN AM

6.1.1 Peraturan ini dibaca bersama dengan Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008, Panduan dan Peraturan Akademik, Program Pengajian Jarak Jauh 2011 dan Garis Panduan Amalan Profesional (Latihan Mengajar) Bagi Program Pensiswazahan Guru 2013.

6.1.2 Semua tenaga pelaksana dan pelajar Pengajian Jarak Jauh tertakluk kepada peraturan ini.

6.1.3 Pelajar mestilah mempunyai akses internet yang baik. 6.1.4 Pelajar mestilah mematuhi kod etika pakaian semasa mengikuti tutorial

dan peperiksaan akhir. 6.1.5 Pelajar mestilah mengikuti pengajian berdasarkan pakej kursus pengajian

yang ditawarkan mengikut semester. 6.1.6 Pusat Program Luar bertanggungjawab untuk mencadangkan sebarang

penambahan dan pembatalan mana-mana bahagian dalam peraturan ini kepada Senat Universiti Pendidikan Sultan Idris.

6.1.7 Pusat Program Luar bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran program ini.

6.1.8 Pusat Program Luar, Fakulti dan pusat tanggungjawab lain yang berkaitan bertanggungjawab menguatkuasa peraturan ini.

6.1.9 Fakulti bertanggungjawab dalam hal-ehwal kurikulum bagi program yang ditawarkan.