Upload
nhafizah-ahmad-hashim
View
249
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
©Cikgu Madrid
Tujuan pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid
dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti
tindak susul yang berkesan.
TAJUK 1 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
RENDAH
Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data
kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah
untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan
pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis
1
©Cikgu Madrid
maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti
pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan
Kebangsaan.
Tujuan-tujuan Pentaksiran
Pelaporan pencapaian—menentukan setakat mana pencapaian seseorang
pelajar
Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran.
Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu
digunakan.
Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia
ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan
pelajaran yang sesuai untuk digunakan.
Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki
sesuatu kursus atau jurusan.
Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar.
Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian
atau peperiksaan.
Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan
untuk mengumpulkan pelajar –pelajar mengikut kebolehan mereka.
1.1 Pentaksiran Secara Formal
Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialah
penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.
Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu
dipatuhi oleh semua calon.
Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah
ditetapkan.
Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji
untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan
dilaksanakan.
2
©Cikgu Madrid
1.1.1 Jenis-jenis Penilaian formal
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah:
Penilaian Formatif
Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka
mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam
bab yang berkaitan.
Ciri-ciri Penilaian Formatif
Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid
dalam sesuatu bab pembelajaran.
Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas
pelaksanaan sesuatu ujian.
Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan
bukan untuk member gred.
Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi
seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk
aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
3
©Cikgu Madrid
Penilaian Sumatif
Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan
pada akhir sesuatu kursus.
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir
semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid
dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya
dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang
pencapaian murid di seluruh negara.
Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal
dari semasa ke semasa.
Mengetahui keberkesanan pengajaran.
Merancang dan mengubah suai pengajaran.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara
bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid
meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh
pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat
dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan
tingkah laku moral.
Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan
mencapai kejayaan.
4
©Cikgu Madrid
Kepentingan penilaian dalam system pengajaran terancang secara bersepadu dapat
dilihat melalui gambar Rajah 1.
Hubungan penilaian dalam proses pengajaran bersistematik
( Sumber:Brown J)
Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran secara
bersistematik.
Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan pengajaran.
Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran.
Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran.
Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama ada
Berjaya ataupun tidak.
Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses
penilaian.
5
Penentuan Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran
Penilaian dan Pembikinan Penentuan Isi kandungan
Proses PengajaranPenentuan Kaedah danTeknik
©Cikgu Madrid
Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif
Kenyataan Penilaian Formatif Ujian Sumatif
FungsiMaklumat pencapaian murid dan dapat mengesan punca kelemahan untuk pemulihan
Pemberian sijil dan penggredan di akhir sesuatu kursus
Masa Sepanjang proses pengajaran Di akhir sesuatu unit pembelajaran atau kursus
Penekanan dalam penilaian
Kognitif, afektif dan psikomotor Kognitif
Penumpuan pengukuran
Satu-satu segmen atau bahagian
Objektif kursus yang dirancang
Satu sampelan Terhad kepada tugasan pembelajaran sahaja
Beraneka jenis
Kesukaran item soalan
Berubah-ubah mengikut keperluan segmen
Berasaskan Jadual Penentuan Ujian, berbilang aras kesukaran
Contoh Ujian bulanan , lembaran kerja UPSR, PMR, SPM, STPM, semua peperiksaan akhir
Jadual Spesikasi Ujian (JSU)
Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras
pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian
yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel
item-item soalan.
Tujuan Jadual Spesikasi Ujian
JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpa
mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang
dibina.
JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal soalan.
JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke
setahun.
JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan Aras
Taksonomi Bloom.
6
©Cikgu Madrid
Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan
yang telah ditetapkan.
Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satu
ujian yang lain.
JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid
tercapai disebabkan adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar.
Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian
Keseimbangan sasaran ujian.
Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan,
struktur, esei dan sebagainya.
Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru.
Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras
Taksanomi Bloom.
Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU.
Spesikasi yang terbentuk berdasarkan keenam-enam elemen di atas akan
membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit dalam proses
pembelajaran murid sasaran dan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah pembinaan Ujian Berdasarkan JSU
7
Merancang Ujian
Menggubal Soalan
Memilih dan Menyelaras Soalan
Memprauji Soalan
Memasang Kertas Soalan
©Cikgu Madrid
Kepentingan Jadual Spesikasi Ujian
Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu
penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah:
Ujian akan dibana secara sistematik.
Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin dan taburan
tajuk adalah seimbang.
Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.
Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi panduan
kepada penggubal soalan dan Pembina ujian.
Contoh Jadual Spesikasi Ujian
Bil
Topik
Aras Kemahiran
JumlahP
engetahuan
Kefaham
an
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
1 Unit 1 12 Unit 2 13 Unit 3 14 Unit 4 15 Unit 5 16 Unit 6 17 Unit 7 18 Unit 8 1 19 Unit 910 Unit 10 1
Berdasarkan jadual JSU di atas, taburan dan pembahagian setiap soalan
adalah berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom.
Pengetahuan , kefahaman , aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Aras pengetahuan mewakili 4 soalan (40%) , aras kefahaman 2 soalan (20%),
aras aplikasi 2 (20%) , aras analisis 1 soalan ( 10%) , dan aras sintesis 1 soalan
(10%) .
8
©Cikgu Madrid
Aras penilaian tidak diuji kerana berkemungkinan aras ini agak tinggi dan
kurang sesuai untuk Tahun 5.
Taburan soalan adalah merangkumi kesemua unit, iaitu daripada unit 1 hingga
10.
Pelbagai jenis soalan boleh dibina: soalan objektif , jawapan pendek , salah
benar, padanan aneka pilihan dan soalan struktur .
1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal
Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian
tentang seseorang murid di dalam bilik darjah.
Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga
kognitif.
1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal
a) Pemerhatian
Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara
bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan
tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara
keseluruhan kelas.
Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti
punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan
pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi.
Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku ,
perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.
9
©Cikgu Madrid
Tujuan Pemerhatian
Mengesan serta-merta
Mengesan kemajuan
Mengesan pencapaian
Mengesan fenomena tingkah laku
Digunakan untuk menilai :
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta
Perlaksanaan Pemerhatian:
Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja
kursus
membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan
gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan
penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking
scheme.
b) Merekod Pemerhatian
Senarai semak
Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah
laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain
berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap
10
©Cikgu Madrid
pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau
cara lain.
Rekod Berterusan
Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan
apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit.
Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid
bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada
pada setiap individu.
c) Anekdot
Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif,
perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara
menyeluruh.
Lapor mengikut keutamaan
Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks
Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi
Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik
dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada
dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.
d) Port Folio
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan
penilaian yang teliti.
Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan
kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
11
©Cikgu Madrid
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh
dinilai melalui bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah
dipersetujui bersama.Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.
e) Temu bual
Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan
secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu
bual yang tidak berstruktur.
Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual,
stail, kandungan dan susunan soalan temu bual.
Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta
tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan
responden.
f)Soal Selidik
Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.
Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri
oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal
selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan
diuji kebolehpercayaannya.
Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama
responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.
g)Tugasan
Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa
tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman
tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.
12
©Cikgu Madrid
4) Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal
REKOD ANEKDOT:
Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif
menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini
akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan.
Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan
masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:
- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
-perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
- Menulis apa yang dilihat secara objektif
- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
-menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
-interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
13
©Cikgu Madrid
Contoh Borang Rekod Anekdot
Nama Murid :
Tahun :
Umur :
Tarikh : __________ hingga ___________
Waktu :
Nama Guru :
Tempat :
Tujuan Pemerhatian:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Peristiwa Yang Di perhatikan
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Catatan Ulasan:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
14
©Cikgu Madrid
Senarai Semak Tingkahlaku Murid
Nama: __________ Kelas:_________ Tempoh:______
BIL Tingkah Laku Pemerhatian
YA TIDAK
1 Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan
kawasan sekolah
2 Menghormati rakan, guru dan kakitangan
lain di sekolah.
3 Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
4 Bersopan santun
5 Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6 Selalu bersikap adil
7 Menepati masa
8 Menghabiskan tugasan yang diberikan
15