65
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURSUS ORIENTASI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Pentaksiran Dan Penilaian. (LATEST Kk)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pentaksiran

Citation preview

  • BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURSUS ORIENTASI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

  • PENTAKSIRAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID

  • MEREKOD DAN MENTAKSIR KANAK-KANAK PRASEKOLAH Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan- peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan : 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

  • APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTAKSIRANProses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan muridMenggunakan pelbagai kaedahBerterusan Tidak formalMembolehkan guru mengambil tindakan susulan

  • TUJUAN PENTAKSIRAN

    Mengesan perkembangan murid secara menyeluruhMengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasaMengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

  • ...TUJUAN PENTAKSIRAN

    Mengesan keberkesanan pengajaran

    Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

    Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    MODEL PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN & PENTAKSIRAN

    Merancang Menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian Membina Instrumen Komponen & tajuk-tajuk yang dinilai Membina item dalam instrumen / Wajaran aras kesukaran Melaksanakan Penilaian Pemerhatian tingkahlaku, interaksi, lisan dan hasil kerjaMerekodMenyimpan, Menganalisis Maklumat dan MelaporSUDAHKAH MURID MENGUASAITindakanSusulan Aktiviti : BimbinganTindakanSusulan Aktiviti : Pengukuhan PengayaanKEMAHIRAN / HASIL PEMBELAJARAN BARU /KE TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH

  • PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN1.MerancangMengenalpasti murid Menentukan hasil pembelajaranMenentukan instrumenMenentukan aspek yang hendak dinilaiMenentukan tempoh masaMenentukan bila (tempat/waktu)

  • PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN2. Membina Instrumen

    Item yang dibina hendaklahJelasMenepati apa yang hendak dinilaiBoleh diukurSetiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja

  • ..PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

    Maksud:Pemerhatian ialah perihal memerhatikan usaha atau mengamati sesuatu (ABP). ii. Pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Dalam Pendidikan Prasekolah penilaiandibuat melalui PEMERHATIAN3. Melaksanakan Pentaksiran

  • i. Tingkah laku muridii. Perbualan / interaksi / lisan murid iii. Hasil kerja murid Apa yang diperhatikan PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

  • MEREKOD ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Cara mengumpul dan merekodkan maklumat adalah melalui pemerhatian serta dihimpunkan dalam INSTRUMEN 4. Merekod Maklumat1. Senarai Semak2. Skala Kadar3. Rekod Anekdot 4. Rekod Berterusan

  • Definisi: Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada :

    sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan sesuatu pelakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan SENARAI SEMAK

  • Prosedur Perkara yang perlu diberi perhatian :

    Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas

    Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi

    Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

  • Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan

    Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid

    Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal

    Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas

    ... Prosedur

  • Contoh Senarai Semak (1)Nama murid : Saniah bt. JamilNama Guru : Murni Ano bt. Muhamad

  • Contoh Senarai Semak (2)_/

  • Contoh Senarai Semak (3)_/5/3_/ 25/3_/6/4_/ 19/5_/ 6/4_/ 26/4_/ 12/5(Tuliskan tarikh apabila murid telah menguasai dan tinggalkan ruang itu kosong jika murid belum menguasai) Kurikulum Pendidikan Islam

    Tajuk : Cara Berwuduk

    Nama MuridStandard PembelajaranLafaz niat wudukMembasuh mukaMembasuh tangan hingga sikuMenyapu kepalaMembasuh kakiMengikut tertibCatatanFatin Linda Latifah

  • Contoh Senarai Semak Penilaian Lisan KREATIVITI ESTETIKA - MUZIKGuru meminta murid menyanyi secara individu lagu tertentu.Tandakan ( _/ ) jika murid telah menguasai

  • Skala Kadar

    Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala - secara angka atau gred.

    Semasa merancang guru perlu menentukan : Tajuk Kemahiran , tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas Penerangan skala dinyatakan Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan

  • SKALA: A -CEMERLANGB-AMAT BAIKC-BAIKD-SEDERHANAE-PERLU BIMBINGANKETERANGAN SKALA: CEMERLANG : Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dengan tepat, cekap dan konsisten semasa menjalankan aktiviti dari pelbagai tema tanpa memerlukan bantuan

    AMAT BAIK : Boleh melakukan aktiviti-aktiviti dari pelbagai tema dengan tepat sehingga selesaitanpa memerlukan bantuan

    BAIK :Boleh melakukan aktiviti dari pelbagai tema dengan tepat sehingga selesai, tetapi sesekali masih perlukan bantuan

    SEDERHANA :Kerap memerlukan bantuan apabila melakukan aktiviti dari pelbagai tema, namun masih boleh melakukannya sehingga selesai

    PERLU :Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dari pelbagai tema, oleh itu BIMBINGAN bantuan sentiasa diperlukan namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai

  • Contoh Skala Kadar (1) Secara KumpulanTunjang : Sains dan Teknologi - TAJUK : MAIN BONGKAHStandard Kandungan : Pengelasan, seriasi,padanan satu sama satu dan konsep ruangStandard Pembelajaran Pembelajaran : Mengelas objek Menyusun objek mengikut seriasi Mengetahui kedudukan objek Memadan objek

  • Tunjang : Perkembangan Fizikal dan EstetikaTajuk : Membentuk Objek Dari Doh

    Standard Pembelajaran : Menguasai kemahiran motor halus Menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan

    Contoh Skala Kadar (2) SECARA KELAS

    Bil

    NamamuridITEM / KEMAHIRANMenyukatbahan dengan betulMembancuh mengikut urutan yang ditetapkanMenguli dengan betulMembentuk dengan kemasKreativiti dalam menghasilkan objekKekemasan tempatBekerja sama dalam kumpulan1.DinaAABBCBB2.Tina3.Adi4.Man

  • Rekod Anekdot

    DefinisiSatu catatan mengenai peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.

  • ProsedurMembuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlakuMengenal pasti peristiwa yang penting/ signifikan kepada aspek perkembangan muridMenulis maklumat selepas peristiwa berlaku REKOD ANEKDOT

  • Panduan Menulis Rekod AnekdotBuat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir

    Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

    Menulis apa yang dilihat secara objektif

    Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan

    Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

    Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid

  • Contoh Rekod Anekdot

    Nama Murid : Fatin Nadia bt. Abdul Umur : 6 Tahun Tarikh : 20 Februari 2007 Masa : 10.00 pagi Nama Guru : Puan Puziah Ano bt Muhamad Item : Kebolehan membaca CatatanUlasan Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Fatin menarik tangan Ani,Munah dan Siti ke Pusat Bahasa untuk mencari buku. Fatin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-kawanya dengar cerita yang dia baca. Fatin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Cikgu Rusnani. Ani, Munah dan Siti mendengar dengan penuh minat. Fatin tanya kawannya sedap tak cerita yang dibaca. Hei, Fatin kau dah boleh baca? Tanya Siti. Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Fatin senyum. Fatin anak sulung dalam keluargasangat rapat dengan Ani, Munah dan Siti.

    Mereka ini sentiasa patuh dan hormat pada Fatin. Fatin sudah mula berminat dengan buku, cuba membacawalaupun masih belum mengenal semua huruf.

  • REKOD BERTERUSAN DefinisiRekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ( narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Perlakuan atau pertuturan murid dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Tempoh pemerhatian 3 5 minit

  • PROSEDUR Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

  • PANDUAN MENULIS REKOD BERTERUSAN Rekod perkara yang benar-benar berlaku

    Guna bahasa yang mudah difahami

    Guna singkatan semasa mencatat

    Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.

    Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental

    Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

  • PERBEZAANREKOD ANEKDOTDirancang/tidak dirancangCerita semula

    REKOD BERTERUSANDirancangCatat setiap perlakuan/pertuturan yang diperhatikan (rakaman semula)

  • Nama : Ainon BakarUmur : 6 tahunTarikh : 26 September 2005Masa : 10.00 - 10.10 pagiNama Guru : Puan Sofia Item : KepimpinanContoh Rekod Berterusan

    Pemerhatian Ulasan Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya. Dia bangun dan mengatakan Penatlah main pasir, jom main jongkang jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu.Ada ciri kepimpinan Ainon : Jangan berebut.Liza : Saya pun nak naik. Ainon : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk hujung sana. Noni , Milah hujung sini,ya!Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab dua-dua kurus, ... ringan, nanti tak sama Ainon : .....aaa la, nanti tak sama.Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga Ainon : Ok, Som pun kurus, duduk depan Noni. Hah, baru sama berat. Menunjukkan sifat toleransidan kerjasama

    Memahami konsep (berat/ringan)

    Memahami konsep keseimbangan

  • KAD TEKS BACAAN- CONTOH 1a p d y n t r e o l h j b m s g c k I u

  • CONTOH SEMAKAN

    Nama murid : Fatin Nadia bt. AbdulPemerhati : Puziah Ano bt MuhamadTarikh : 7 Mei 2007Masa : 9.00 pagiItem : Kemahiran Membaca (Mengenal abjad)

    Contoh Teks Mengenal AbjadCatatan a p d y n Catatan1. Kesalahan sebutan - y - e - l2. Skor - skor penuh 20 - skor diperolehi 17/20 (20 3 = 17)3. Tindakan susulan Murid ini perlu diberi penekanan terhadap penguasaan abjad y , r , l

  • ba mu ko wa ca ri ke ne da ga ja ka ro ge nu ma la ru mi giKAD TEKS BACAAN- CONTOH 2

  • CONTOH SEMAKAN

    Nama murid : Fatin Nadia bt AbdulPemerhati : Puziah Ano bt MuhammadTarikh : 7 Julai 2007Masa : 9.30 pagiItem : Kemahiran Membaca (Membaca Sukukata - kv)

    Contoh Teks Mengenal AbjadCatatan ba mu ko wa ca

    ri ke ne da ga

    ja ka ro ge nu

    ma la ru mi giCatatan1. Kesalahan sebutan2. Skor - skor penuh 20 - skor diperolehi 20/203. Tindakan susulan Murid ini perlu diberi aktiviti pengukuhan bagi mempertingkatkan pencapaiannya

  • KAD TEKS BACAAN- CONTOH 4Ini loriIni lori bapaLori bapa biruBapa baru beli loriSaya suka lori bapaBapa bawa lori baja

  • CONTOH SEMAKAN

    Nama murid : HALIDAH LAILYPemerhati : NORIAHTarikh : 7 Julai 2002Masa : 10.00 - 10.05 pagiItem : Kemahiran Membacadapababa

    Contoh Teks Mengenal AbjadCatatan Ini lori

    Ini lori bapa

    Lori bapa biru

    Bapa baru beli lori

    Saya suka lori bapa

    Bapa bawa lori bajaCatatan1. Kesalahan sebutan - bapa - bawa - beli - baja2. Skor - skor penuh 20 - skor diperolehi 14/20 (20 6 = 14)3. Tindakan susulan Murid ini perlu diberi penekanan terhadap konsonan b , d dan vokal

  • SKALA PENILAIAN BAGI KEMAHIRAN MEMBACASKALA4 - CEMERLANG - BAIK - SEDERHANA1 - PERLU BIMBINGANCEMERLANG - Boleh menyatakan dan melakukan 80%-100% daripada item yang disediakan dengan betul dan tepat.BAIK - Boleh menyatakan dan melakukan 60%-79% daripada item yang disediakan dengan betul dan tepat.SEDERHANA - Boleh menyatakan dan melakukan 40%-59% daripada item yang disediakan dengan betul dan tepat.PERLU BIMBINGAN - Boleh menyatakan dan melakukan 0% - 39% daripada item yang disediakan dengan betul dan tepat.

  • MEREKOD DAN MENYIMPAN MAKLUMAT Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam PORTFOLIO :

    Definisi

    Portfolio ialah satu himpunan bukti atau keterangan mengenai perkembangan dan kemajuan murid.

  • TujuanMerekod pengalaman ,usaha, kemajuan dankejayaan yang diperolehi muridAsas untuk guru menilai pencapaian muridPanduan untuk menyediakan pembelajaranselanjutnya.Membolehkan ibu bapa mengetahui tahap perkembangan dan kemajuan anak mereka

    ..MEREKOD DAN MENYIMPAN MAKLUMAT

  • Maklumat yang perlu ada dalam portfolio :

    Rekod Peribadi Murid

    Instrumen Penilaian dan PentaksiranRekod AnekdotRekod BerterusanSenarai SemakSkala Kadar Hasil Kerja Murid (terpilih) Rekod Kemajuan dan Perkembangan Murid..MEREKOD DAN MENYIMPAN MAKLUMAT

  • REKOD PERIBADI MURIDNama : ____________________________ Jantina : ________ Tarikh : _______________

    Umur pada 1 Januari ________ Tempat lahir : ____________ No. Sijil Beranak : ______

    Agama : _____________ Bangsa : _____________ Warganegara : _______________

    Tarikh masuk prasekolah : ______________ Nama Tadika/Tabika dahulu : ___________

    Alamat Rumah : ____________________________________________________________

    No. Telefon : __________________Jarak Rumah ke Prasekolah : ________________km

    Kenderaan ke Prasekolah : _____________________ Bil. Adik beradik : ___________

    Bahasa Pertuturan di rumah : __________________

    MAKLUMAT KELUARGA

    MAKLUMAT BAPAIBUPENJAGANamaNo. Kad PengenalanAgamaBangsaWarganegaraPendapatan sebulanAlamat

  • MAKLUMAT KESIHATANTandakan ( _/ ) di dalam ruang yang berkenaan jika murid ini pernah atau sedang menghadapi masalah kesihatan berikut :

    ____ Alahan _____ Sawan _____ Cacar Air _____ Campak ______ Penyakit kuning

    ____ Jantung ______ Lelah _____ Sakit _____ Demam _______ Lain-lain berlubang teruk (Nyatakan)MAKLUMAT FIZIKAL

    DATA BERAT DAN TINGGI MURID*Tinggi (cm)*Berat (kg)STATUS KESIHATAN**Kurang zat makanan teruk**Kurang zat makanan**Normal**ObesitiJANUARIMEIOKTOBER* Catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan. Sila rujuk Carta Pertumbuhan NCHS untuk status kesihatan ** Tandakan ( _/ ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan.

  • MENGANALISIS MAKLUMATSegala maklumat yang direkod menggunakan INSTRUMEN perlu ditafsir untuk membolehkan guru membuat inferen dan rumusan mengenai murid berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dilakukan :

    a) Membaca dengan teliti maklumat yang diperolehi

    b) Membuat inferen iaitu kenyataan yang benar hasil dari tingkah laku, perbualan / interaksi yang diperhatikan serta penilaian hasil kerja

  • ProsedurMembaca dengan teliti semua maklumat yang diperolehi daripada hasil pemerhatian.Membuat analisis terhadap maklumat dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam komponen yang hendak dinilai.Menganalisis hasil kerja murid... MENGANALISIS MAKLUMAT

  • MENGANALISIS MAKLUMATHASIL KERJA MURID

    Hasil kerja murid termasuk:Gambar atau lukisanSampel tulisanBinaan / model Cerita yang ditulisBuku skrap

  • CARA MENGANALISIS HASIL KERJAHASIL KERJA MURID YANG TERPILIH Perlu dinilai dan diberi ulasan

    Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian

  • Fatin gembira menggunakan tiga warna. Ia menggunakan banyak bentuk bulat dalam lukisan. Dia berjaya meneruskan cakaran untuk membentuk kaki, tangan dan rambut(5 Februari 2007)

  • CARA MENGANALISIS REKOD ANEKDOT Fatin menangis, lukisannya tidak siap. Guru memujuknya, memberikan kertas lukisan dan beberapabatang pensel warna. Fatin melukis sekuntum bunga. Semasa mewarnakan bunga itu, Latifah datang.

    Latifah : Nak pinjam warna merah kejap !Fatin : Tak boleh. (dia memegang pensel warna kuat-kuat)Latifah : Sekejap ajeFatin : Tak boleh! Tak boleh! (dia meneruskan kerjanya)Daripada rekod ini apakah inferen yang boleh kita buat?Inferen 1 : Fatin murid yang tidak pandai berkongsiInferen 2 : Fatin tidak mahu meminjamkan pensel warna kepada Latifah sebab kerjanya belum selesai.

  • PELAPORAN Definisi Pelaporan adalah proses menyediakan laporan penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai,sikap dan pencapaian murid.

    Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada analisis/inferens yang dibuat daripada pemerhatian.

  • ProsedurPelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

    Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan keterampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka .

  • Merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. Meliputi item-item yang dibina berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Item-item yang dibina diukur melalui ke enam-enam komponen berikut: Perkembangan Bahasa & Komunikasi Perkembangan Kognitif Pendidikan Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal Kreativiti dan EstetikaREKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

  • Maklumat yang perlu ada semasa membuat laporan kemajuan murid ialah :

    a) Pengetahuanb) Kemahiranc) Kreativitid) Sikap/Sahsiahe) Komunikasi

    REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

  • Pengetahuan : Perihal tahu atau kepandaian melalui pengalaman dan pembelajaran.

    Aspek pengetahuan murid meliputi:Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.Kepelbagaian hidupan di persekitaranKewujudan fenomena alamAgamaPengalaman berdasarkan multimedia

  • Kemahiran Kecekapan dan kepandaian dalam menghasilkan atau melakukan sesuatu

    Kemahiran meliputi:Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulisKemahiran berfikir dan menyelesaikan masalahKemahiran motor halus dan motor kasar Kreativiti Kemampuan (kebolehan) mencipta sesuatu.

    Kreativiti murid boleh dinilai dalam:Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara kreatif.Mereka cipta sesuatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi

  • Sikap dan Sahsiah

    Sikap: Perbuatan atau pandangan berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dan lain-lain)Sahsiah: Keperibadian atau sifat diri sendiri

    Tingkahlaku murid dinilai berdasarkan:Amalan nilai-nilai murniMenghormati dan mematuhi arahanMenghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya

  • Komunikasi

    Perhubungan secara langsung dengan seseorang atau perantaraan surat, telefon,radio dan lain-lain.Memerhati dan mencatat kebolehan diri murid semasa:Berinteraksi secara sopan, tertib dan teraturMelakukan pengucapan bertatasusila .Berinteraksi secara non verbal (bahasa isyarat) dan boleh difahamiMemberi pendapat.

  • CONTOH PELAPORAN REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID (SEMESTER PERTAMA)

  • .CONTOH PELAPORAN REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID (SEMESTER PERTAMA)

  • Tindakan Susulan Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan murid perlu dibantu melalui bimbingan yang wajar.

    Justeru, perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran.

    Murid yang mempunyai kelebihan perlu disokong/diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian.

    Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.

    Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

  • CARTA PERTUMBUHANDISESUAIKAN DARIPADACARTA NCHS (National Center For Health Statistics, USA)Lampiran

  • Bengkel 1- Rekod AnekdotTonton tayangan videokenalpasti satu watak yang ingin diperhatikanApakah tingkah laku yang hendak diperhatikan

    Tonton tayangan video kali ke2catat perkara-perkara penting yang telah diperhatikan:

  • Bengkel 2-Rekod BerterusanTonton tayangan videokenalpasti watak yang ingin diperhatikanperhatikan tingkah laku watak

    Tonton tayangan video kali ke2catat perkara-perkara penting yang telah diperhatikan:dialog watak pergerakan tingkahlaku watak dalam situasi yang diperhatikan

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    *