Nota Ringkas Bmm 3112

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Nota Ringkas Bmm 3112

    1/6

  • 8/12/2019 Nota Ringkas Bmm 3112

    2/6

    FUNGSI BAHASA PENGANTAR

    Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum

    dijadikan Bahasa Kebangsaan.

    Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.

    Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak

    mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.

    Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai

    pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.

    Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris

    jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak

    mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

    BAHASA PERPADUAN

    Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan

    kaum yang lain.

    FUNGSI BAHASA PERPADUAN

    Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai

    contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum

    Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.

    Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa

    diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang

    menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.

    Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

    yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi

    negara.

    Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa

    Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam

    memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

    3.Aliran tatabahasa & penulis Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim aliran TG)

    ALIRAN TATABAHASA

    ALIRAN TRADISIONAL ( Plato, Aristotle, Zaaba)

    Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.

  • 8/12/2019 Nota Ringkas Bmm 3112

    3/6

    Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.

    Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.

    Misalnya Zaba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna.

    Antara ciri-cirinya

    o Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani).

    o Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan.

    o Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif.

    o Bersifat nasional iaitu bukan formal dan structural.

    o Percampuran teori semantik dan gramatikKetiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan

    pelbagai struktur

    o Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan samaada gramatikal atau

    leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan

    butir-butir itu boleh diajar atautidak.

    o Ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building

    o Dalam memerikan bahasa, aliran tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.Ilmu

    falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

    ALIRAN STRUKTURAL (L.Bloomfield, Edward Sapir, Asmah Hj Omar)

    Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.

    Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.

    Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalamsesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam

    mengikut sistem bahasa.

    Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku.

    Antara cirinya :

    o Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan.

    o Bahasa ialah satu sistem. Sistem bahasa ialah arbitrari.

    o Bahasa adalah untuk perhubungan

    ALIRAN TRANSFORMATIF GENERATIF(TG) (Noam Chomsky, Nik Safiah Karim)

    Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan

    konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.

    Di samping itu,proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur

    yangmemberi kelainan kepada nahu TG.

    Aliran ini dilihat mengambil pendekatanpertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural.

    Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, MashudiKader dan ramai lagi.

    Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza

    kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

  • 8/12/2019 Nota Ringkas Bmm 3112

    4/6

    1. Ciri BM Klasik bdasarkan teks

    Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

    Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

    Menggunakan bahasa istana

    Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,

    masyghul (bersedih)

    Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.

    Banyak menggunakan partikel pun dan lah

    Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah

    dengan beberapa huruf tambahan.

    Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam

    bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan,

    falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

    Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah

    olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat

    berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah

    daripada teks-teks bahasa Arab.

    Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf,

    ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

    2.Tahap perkembangan tulisan jawi

    http://4.bp.blogspot.com/-rMxE7ftQZ54/UacOsCzkHAI/AAAAAAAABqo/KEv5y3upBoM/s1600/Idris+Talu+-+Perkembangan+Tulisan+Jawi+Dalam+masyarakat+Melayu.JPG
  • 8/12/2019 Nota Ringkas Bmm 3112

    5/6

    Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak

    zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh

    pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat

    Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah

    pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding

    tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa

    penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang

    kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

    Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai

    perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya

    digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak

    berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara

    Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan

    Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran

    Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa

    Inggeris.

    Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum

    adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang

    memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan

    Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang

    berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau.

    Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.

    * Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan

    tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi

    yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi

    semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

    * Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu

    sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.

    Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang

    tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepasperang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan

    dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam

    manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada

    masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu

    boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:

    * batu bersurat,

  • 8/12/2019 Nota Ringkas Bmm 3112

    6/6

    * manuskrip lama,

    * kertas lama,

    * majalah,

    * batu nisan,

    * bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat

    * senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan

    seumpamanya

    * ukiran-ukiran pada masjid, istana

    * azimat dan tangkal

    Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M)

    dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab

    yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab

    bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan

    Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat

    dipastikan dengan tepat.

    Ciri- Ciri Tulisan Jawi

    Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :

    a) bertindan secara menegak

    b) ligatur

    c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik

    d) aksara bersambung

    * Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari

    Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.