42
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (IPG) IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN PENTERJEMAHAN (BMM3112) ENCIK CHE HAMIDI BIN CHE HASSAN (690123035491) NAMA PENSYARAH : DR HAIDI BIN MOHD KASHRAN Institut Pendidikan Guru

Che Hamidi Bmm 3112

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lllll

Citation preview

Page 1: Che Hamidi Bmm 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(IPG)

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA

MELAYU,PERKAMUSAN DAN PENTERJEMAHAN

(BMM3112)

ENCIK CHE HAMIDI BIN CHE HASSAN

(690123035491)

NAMA PENSYARAH : DR HAIDI BIN MOHD KASHRAN

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

22200 Besut, Terengganu

Page 2: Che Hamidi Bmm 3112

1.0 Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Penulisan ilmiah ini adalah merupakan tugasan projek bagi BMM3112 iaitu Sejarah Bahasa

Melayu ,Perkamusan dan Terjemahan. Penulisan ilmiah ini mempunyai beberapa fasa. Fasa 2.0 akan

membincangkan tentang asal-usul bahasa Melayu dan sejarah perkembangan bahasa Melayu.

Manakala fasa 3.0 pula akan membicarakan tentang sejarah perkembangan tulisan jawi. Dalam fasa

4.0 pula akan mengupas sejarah perkembangan pengistilahan.Perkamusan pula akan dibincangkan

dalam fasa 5.0. Sejarah perkembangan penterjemahan akan dibincangkan dalam fasa 6.0. Manakala

fasa yang terakhir 7.0 akan merumus perkaitan antara aspek–aspek yang telah dibincangkan dalam

fasa sebelumnya terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu serta cadangan untuk

memantapkan lagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

2.0 Asal Usul Bahasa Melayu

Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu

mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana

bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa

bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin

mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat

para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama

menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua

menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara

ini.

2.1.1 Bahasa Melayu Berasal Dari Nusantara

Menurut Nik Safiah Karim (1986 : 1), terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur

bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Golongan manusia

ini datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia

dan menduduki wilayah Asia.Buktinya ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum

Masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto.Gelombang yang kedua,

golongan yang disebut Melayu Deutro. Secara ringkasnya terdapat perkaitan antara pergerakan

Page 3: Che Hamidi Bmm 3112

gelombang manusia dengan bahasa kerana masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh

kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.

Nik Safiah Karim ( 1986 : 2 ) juga telah mengatakan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam cabang

Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling

banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang demikian bahasa-bahasa ini dapat dibahagikan kepada

golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera dan banyak lagi.

Gorys Keraf ( 1984:184-201) pula berpendapat bahawa bangsa Melayu memang berasal dari

kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di

kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal

orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina.

J.Crawfurd ialah seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di

Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang

tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang

berasal dari Pulau Sumatera atau bahasa Melayu. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang

merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

Sehubungan itu, J.Crawfurd juga telah menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan

bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini

hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau telah

merumuskan bahawa Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk 

yang menyebar ke tempat lain.Manakala Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada

bahasa yang lain.

Mengikut Harry Judge (1991 :18), bahasa Melayu telah wujud sejak abad kedua Masihi.Buktinya ialah

kewujudan Kerajaan Melayu Campa yang terletak di Vietnam Tengah. Secara logiknya,kerajaan ini

wujud kerana ada bangsa menetap di kawasan ini. Kewujudan bangsa telah membuktikan bahawa

wujudnya bahasa untuk berkomunikasi.Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa bangsa yang

mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang

berkenaan.Sehubungan itu, terdapat beberapa penemuan penggunaan bahasa Melayu seperti

prasasti.Prasasti yang ditemui bertarikh pada abad ke-4 Masihi.Prasasti ini menggunakan bahasa

Melayu Kuno Campa. Sumber ini ditemui di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan.

Berdasarkan bahan bukti yang dijumpai,dapat dikatakan bahawa pendiri Kerajaan Melayu Campa ialah

bangsa Melayu iaitu Melayu Campa dan begitu juga bahasanya.

Page 4: Che Hamidi Bmm 3112

2.1.2 Bahasa Melayu Berasal Dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for

Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari

Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua.

Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,

Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di

beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua

tersebut dibawa oleh orang Asia ke tanah Kepulauan Melayu.

Seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia

yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama

nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau ialah J.H.C. Kern. Beliau mendapati

bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina,

Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antaranya ialah padi, buluh,

rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern telah

merumuskan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

Manakala W. Marsden (1812) pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa

Polinesia iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik adalah

merupakan bahasa yang serumpun.

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat

kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat

bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu

Polinesia Purba.

Menurut J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati

bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam yang

terdapat di daerah Burma dan Tibet. Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang

mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana ( 11-28) dan Asmah Haji Omar (28-29) juga

menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan

perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya

termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.

Page 5: Che Hamidi Bmm 3112

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Induk

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Asmah Haji Omar (1985:395) pula telah membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau

berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus

dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan

Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.

Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu

dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan

demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa

Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno

itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. 

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1.

Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik

dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal

daripada bahasa Melayu Kuno yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Purba.

2.1.3 Kesimpulan Asal-Usul Bahasa Melayu

Berdasarkan pendapat Geldern tentang hasil kajiannya iaitu kapak tua masih boleh diperdebatkan.

Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan

Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan

juga di Eropah pada zaman tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula

dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu

bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah. 

Page 6: Che Hamidi Bmm 3112

Berbeza pula dengan kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan

perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan

perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa

ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa

tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Pendapat Marsden (1812) bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara

serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa

Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang

tidak ditemui di Asia Tengah.

Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur iaitu Lautan Pasifik,

pantai barat, dan Selatan Asia di kawasan Nusantara sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia

Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh

J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga

memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa

yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa

bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet,

Miao, Yiu, dan Burma.

Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu Telugu, Tamil, Malayalam,

dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur,

Tenggara,dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia.

2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini

membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap –tahap iaitu dari

zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu

Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-

zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai

sejarah penyebarannya.

Page 7: Che Hamidi Bmm 3112

2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah.Bahasa ini dikatakan

sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.

Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh

kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa

Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad

ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa

bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada

abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah

menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7

hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan

Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh

diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa

Jawa.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa

Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada

abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok

pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat

Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat

persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah

dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Page 8: Che Hamidi Bmm 3112

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk

menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan

bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai

bahasa Melayu Kuno.

2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan

masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan

dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut

keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada

pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman

daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem

Sanskrit.

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno.

Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava,

karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang menggunakan

bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan

penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara

(alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut

ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683

Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa

Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini

membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

Page 9: Che Hamidi Bmm 3112

2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah dijalankan pada

bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari

aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit,

terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak

mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru

yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa

masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada

bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa

Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa

Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu

kuno juga bersifat kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa

Sanskrit.

2.2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah

Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu

Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah

perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit,

Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman

tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir

sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu

dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita

sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

Page 10: Che Hamidi Bmm 3112

2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai

perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan

gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan

sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan

keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang

sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan

beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca

iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit

perdagangan dan penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-

kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-

Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini

adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat,

hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan,

falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok

Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.

2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin

dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab.

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-

huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu

berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa

Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan

Belanda.

Page 11: Che Hamidi Bmm 3112

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi

beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan

agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada

tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman

Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa

Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab.

Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan

kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan,

perdagangan, dan penyebaran agama Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan

menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu

menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan

dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan

tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga

abad ke-14.

2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah

setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16

sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda,

dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang

turut mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama

dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh

Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat

catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19,

dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan

tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan

Page 12: Che Hamidi Bmm 3112

dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan

perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat

dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu,

Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik.

Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor –Riau. Ketika zaman

tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara

tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-

Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.

Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek

perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang

panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan

songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul

Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek

sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata

pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata

pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka,

tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu

perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa

Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu

Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga

gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang

tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma

Page 13: Che Hamidi Bmm 3112

bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila dibawalah akan

mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke

dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-

baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk

ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan

objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan

Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”.Contoh

perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun, bertitahlah,dan berebutlah”.

Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun

hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik

kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti

perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala,

makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan raja”

. Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh perkataan seperti

“khamis, zakat, syarat”.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini

amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah,

beta, titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan

bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa

yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan

laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah

terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu

klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut

dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Page 14: Che Hamidi Bmm 3112

2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada

abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia

Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi

mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil

kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi

terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan

sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda

mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan

penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-

istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain,

kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah

Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak

kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa

berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu

dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah

telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan

ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga

berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.

2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden

telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan

Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu

moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi

sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat

pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris

sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Page 15: Che Hamidi Bmm 3112

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu

sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju

ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-

20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam

urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama

Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam

pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan

telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak

di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu

secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi

negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi

tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku,

majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura

terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan

kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk

memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah

diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan

korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat

kiriman,dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan

oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur

dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang

berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres

dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa

dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

Page 16: Che Hamidi Bmm 3112

Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus

melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa

pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.

3.0 Sejarah Kedatangan Islam dan Tulisan Jawi

Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam

lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan

itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai.

Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang

Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan

1999: 1).

Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yang menyatakan

bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada penempatan orang Islam di Sumatera

Timur.Beliau menyatakan sedemikian kerana kemungkinan perpindahan orang Islam yang sudah

bermastautin di negeri China sejak abad pertama akibat daripada kekacauan politik yang berlaku di

China pada zaman Raja Hi-Tsung.

Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. al–Attass (1969 :11) orang Islam yang berpindah dari Canton

telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan di Kalah Kedah pada sekitar

tahun 878 Masihi dan di Palembang.Penempatan yang sama berlaku di tempat lain seperti yang

dibuktikan oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di Champa,Kampuchea bertarikh 431 Hijrah 1039

Masihi .

Othman Mohd.Yatim dan Abdul Halim Nasir (1990:12-16) juga telah menyatakan terdapat penemuan

inskripsi bertarikh 419 Hijarah 1020 Masihi di Permatang Pasir Pekan Pahang dan 440 Hijrah 1048

Masihi di Brunei.

Sehubugan itu Omar Bin Awang (1985:189) juga bersetuju tentang kehadiran orang Islam di Asia

Tenggara pada abad kelapan Masihi lagi dengan memetik G.R Tibbets (1957: 37) yang mengatakan

bahawa kehadiran pedagang-pedagang Islam di pelabuhan-pelabuhan China,tentu sekali menunjukkan

bahawa mereka juga telah melawat dan berdagang di Asia Tenggara.Selain itu ialah bukti kedatangan

Islam ialah penemuan tiga duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil di

Kedah,membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di Kepulauan Melayu, ( Omar

Awang, ibid:190)

Page 17: Che Hamidi Bmm 3112

Menurut Wan Azmi ( 1980 : 144) di Kelantan telah ditemui wang emas yang tertulis tarikh 577 H/116 M

dan tulisan Arab “ al-julus Kelantan” yang bermaksud “menduduki Kelantan” dan tertulis “al-Mutawakkil”

pada satu muka lagi iaitu gelaran rajanya yang bermaksud “yang bertawakal kepada Allah”,

menunjukkan sudah tertubuh satu kerajaan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dalam

pertengahan yang kedua abad ke-12 M.

Secara ringkasnya,kedatangan Islam bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan

Melayu berubah,tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Implikasi yang amat besar dalam

perkembangan bahasa Melayu akibat daripada proses pengislaman ialah penggunaan dan adaptasi

skrip Arab sehingga menjadi skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu.

3.1 Asal – Usul Kata Jawi

Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi, seperti yang telah

disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama “Jawi” itu berasal daripada

kata nama bahasa Arab “Jawah”. Apabila dijadikan kata kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi”.Perkataan

“Jawah” atau “Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu

nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah

menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata “Java” sahaja yang

diambil, sedangkan “dwipanya” ditinggalkan. Kata “Jawa” ini digunakan untuk merujuk ke seluruh

daerah Asia Tenggara.

Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata itu juga, atau dalam bentuk kata adjektifnya

menjadi “Jawi”. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi

peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa iaitu penduduk yang berasal dari Pulau

Jawa. Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa,

Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang lain. Oleh sebab

inilah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada

hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul

Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al- Fatani al-Jawi dan

lain-lain.

Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan

bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai

orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17).

Page 18: Che Hamidi Bmm 3112

3.2 Kemunculan Skrip dan Istilah Jawi

Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Negara Brunei

Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan

Melayu Arab”. Penggunaan jawi digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan

hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu

yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di

selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain.

Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang

sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di

pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat

Juhari Moain 1996: 18).

Manakala menurut Russels Jones ( 1983:125) skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk

mengeja bahasa Melayu dibuat selepas abad ke-7 H. Buktinya ialah berdasarkan kajian Fatimi

(1963:50) yang membuktikan penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks bahasa melayu terdapat

pada batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H/1303 M.

Mengikut Omar Awang (1985:190), skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenal dengan

nama skrip jawi.Tidak diketahui siapa yang memberikan nama jawi kepada skrip itu, namun Omar

Awang telah memetik keterangan dalam kamus R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam

bahasa Melayu digunakan untuk pokok Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza

dengan beras pulut serta makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau. Ringkasnya

pendapat ini langsung tidak menyebut perkaitan nama Jawi dengan tulisannya.

Omar Awang seterusnya menegaskan kemungkinan perkataan Jawi berasal daripada perkataan Arab

al-Jawah. Beliau mengatakan sedemikian kerana kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab

yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14 M untuk menamakan Sumatera. Contohnya ialah Yaqut

dalam “Mu’jam al-Buldan, Abu al-Fida’ dalam Taqwin al-Buldan dan Ibn Batutah dalam “Rihlat Ibn

Batutah”. Fakta ini mempunyai perkaitan iaitu menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahawa skrip

ejaan yang digunakan oleh orang Sumatera, iaitu penduduk al-Jawah yang beragama Islam dan

menggunakan bahasa Melayu.

Pendapat yang terakhir ialah Jawi itu bermakna Melayu, misalnya dalam ungkapan “Jawikannya”

yang bermaksud “terjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu tentunya dalam tulisan jawi, Wilkinson.

Page 19: Che Hamidi Bmm 3112

3.3 Penggunaan Tulisan Jawi

Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-

bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu

pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam

sejarah yang lalu tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu

bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu

Terengganu.

Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan.Tulisan jawi telah ditemui

pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan.Manakala bagi batu nisan pula terdapat di

berbagai-bagai tempat bekas beridirnya kerajaan –kerajaan Islam pada zaman silam.

Penggunaan tulisan semakin meluas. Buktinya ialah pada mata wang. Tulisan jawi yang digunakan

pada mata wang terutamanya wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu

yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,Mansur Shah

dan lain-lain.

Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi digunakan dalam penulisan surat

rasmi.Contohnya ialah surat kiriman antara raja. Kaedah ini bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu

tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja

Inggeris atau raja-raja lain.Penggunaan tulisan jawi termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara

raja dan negara di Alam Melayu.

Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab

dan buku yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bentuk manuskrip yang bertulis tangan dan

cap batu.

Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke tanah Melayu.Bagi urusan

perniagaan dan perdagangan ini bahasa dan tulisan yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi.

Bukti ialah beberapa catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal

perdagangan.

Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di tanah Melayu. Antara ialah

kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke tanah Melayu.Contohnya ialah

pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi mencetak.Dengan mengaplikasikan teknologi ini

maka berkembanglah bahasa dan tulisan.Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah

Page 20: Che Hamidi Bmm 3112

seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan

majalah al-Imam.

4.0 Sejarah Perkembangan Pengistilahan

Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957.

Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan

kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu.  Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali

pertamanya pada 15 Januari 1957.  Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada

tahun 1960 dan terciptalah 2514 istilah baru.  Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik

bermula pada tahun 1975.

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

(PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia

Malaysia (MBIM).  Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk,

menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang

ilmu.  Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan profesional yang terdiri daripada

mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara.  Dianggap

sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor

pendidikan negara.

Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah

1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga

turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional

untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.

4.1 Peristilahan Bahasa Melayu

Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu.  Peristilahan menjadi salah satu aspek

penting dalam pembinaan Bahasa Melayu.  Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan

kosa kata Bahasa Melayu.  Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan pada peringkat awal.

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan

penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan.  Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem

Page 21: Che Hamidi Bmm 3112

Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan

Tinggi dan Pusat Pendidikan.

Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, tetapi

peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri.

Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan

penggubalan istilah sekunder.  Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan

menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah.

Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama

ada suai bentuk penuh.

4.2 Konsep Dasar Dalam Pembentukan Istilah

Dalam pembentukan istilah terdapat beberapa konsep dasar yang perlu diteliti sebelum membentuk

sesuatu istilah baru. Antaranya ialah takrif istilah,tataistilah dan tatanama,istilah dan kata

umum,morfem dan proses peristilahan.Istilah baru akan wujud jika menepati konsep dasar tersebut.

Ringkasnya pembentukan istilah bukanlah sesuatu yang sewenang-wenangnya sebaliknya

berdasarkan konsep yang tertentu dan ini membuktikan pembentukkanya berkualiti dan diterima

sejagat.

4.2.1 Takrif Istilah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang

mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan,pekerjaan atau kesenian.

Manakala dalam Buku Bahasa Melayu Tinggi pula mengatakan bahawa istilah ialah kata atau

gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam

bidang tertentu.

Berdasarkan maklumat yang diakses,istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna,

konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.  Contohnya cecair, hablur,

inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis, dan lain-lain lagi.

Manakala dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, istilah ialah kata atau

frasa yang mengungkapkan konsep khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau

professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya dan dengan itu

dapat diberi definisi yang tetap.

Page 22: Che Hamidi Bmm 3112

4.2.2. Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ini termasuklah kumpulan istilah yang

dihasilkannya.Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang

dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan

istilah matemtik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu iaitu termasuklah

kumpulan nama yang dihasilkan.

4.2.3.  Istilah dan Kata Umum

Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.Secara logiknya

kata “istilah” itu sendiri membawa pengertian penggunaan dalam konteks khusus,tetapi ada juga istilah

yang digunakan dalam konteks umum.Keadaan ini berlaku apabila istilah tersebut digunakan dengan

kerap oleh masyarakat pengguna bahasa dan penggunaannya itu tersebar melalui media

massa.Contohnya ialah kata “taqwa” merupakan istilah bidang keagamaan Islam,tetapi sekarang ini

kata berkenaan sudah digunakan secara am dalam penggunaan bahasa sehari-hari.

Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa.  Namun demikian, kata umum boleh

menjadi istilah. 

4.2.4 Morfem dan Proses Peristilahan

Menurut Nik Safiah Karim ( 2004:43) morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang

mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang

digunakan dalam pembentukan istilah, Abdullah Hassan ( 1986;191).  Proses pembentukan istilah

Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan atau pemajmukan.

4.2.5 Bentuk Prototaip Peristilahan

Menurut Abdullah Hassan (1986:192) bentuk prototaip peristilahan ialah bentuk yang dijadikan acuan

atau dasar dalam pembentukan istilah. Bentuk prototaip yang berasal daripada bahas aklasik seperti

Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan di antara

beberapa bahasa.Contohnya seperti Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian kata yang menunjukkan

ciri-ciri persamaan di antara beberapa bahasa.Contohnya ialah “derhaka:bahasa Malaysia”,

“drohana :bahasa Sanskrit” dan “druhaka:bahasa Jawa Moden”.

Page 23: Che Hamidi Bmm 3112

4.3 Syarat –Syarat dalam Pembentukan Istilah

Berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu,terdapat beberapa syarat yang

perlu dipatuhi dalam pembentukan istilah. Antaranya ialah kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah

adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi

maknanya dalam bidang ilmu.

Sehubungan itu, kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas antara pilihan yang ada

dan mempunyai rujukan yang sama.Dalam masa yang sama haruslah mempunyai konotasi yang baik,

iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama,norma suku kaum dan

hubungan antara bangsa.

Lantaran itu,dari aspek bunyi pula, kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang sedap di dengar iaitu

mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata dan frasa tersebut adalah dibentuk berdasarkan

kaedah yang diterima.

Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis panduan dalam

membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima masyarakat dan setaraf

dengan istilah yang lain.

4.4 Sumber dan Inventori Istilah Melayu

Jika dilihat semula sejarah bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan penyerapan bahasa

asing dalam bahasa Melayu. Boleh dikatakan bahawa sejak dahulu lagi bahasa Melayu merupakan

satu sistem yang dalam pertumbuhan dan perkembangannya mengambil manfaat daripada bahasa-

bahasa lain sebagai sumber. Oleh yang demikian istilah bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga

sumber iaitu koasat kata umum bahasa Melayu, kosa kata umum bahasa serumpun, dan kosa kata

bahasa asing.

Kosa kata umum bahasa Melayu termasuklah bahasa Indonesia serta dialek-dialek Melayu dan juga

bahasa Melayu Klasik yang telah menyerap perkataan daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-

lain.Manakala sumber bahasa –bahasa serumpun pula merujuk kepada bahasa Melayu seperti bahasa

Iban,Kadazan-Dusun,Jawa dan sebagainya.

Page 24: Che Hamidi Bmm 3112

Merujuk kepada sejarah kedatangan pendatang ke tanah Melayu ,ketika itu penduduk di tanah Melayu

turut menggunakan istilah bahasa asing seperti istilah bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Oleh yang

demikian, bahasa –bahasa ini juga dijadikan sebagai sumber peristilahan. Bahasa Arab penting dalam

pembentukan peristilahan keagamaan, manakala bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi.

Kesimpulannya, dalam pembentukan istilah terdapat konsep dan syarat yang tersendiri bagi

memastikan istilah yang dibentuk sesuai dan tidak memberi implikasi negatif terhadap mana-mana

pihak, serta mempunyai perkaitan dengan sejarah bahasa Melayu iaitu sumber istilah adalah

berdasarkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Ini adalah berikutan kemasukan pendatang ke tanah

Melayu pada zaman dahulu.

5.0 Sejarah Perkembangan Perkamusan

Berdasarkan sejarah perkembangan perkamusan, terdapat tiga jenis kamus yang telah dihasilkan iaitu

kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu. Kemudiannya hasil

usaha penambah baikkan telah wujud kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa

bahasa Melayu dan kamus yang terakhir ialah kamus yang dibentuk seperti yang terdapat pada masa

kini.

Menurut Ibrahim Ahmad (1994 : 3), senario perkamusan Melayu boleh dibahagikan kepada empat fasa

utama iaitu berdasarkan jenis kamus yang dihasilkan.Beliau menyatakan bahawa kamus pertama

adalah kamus bahasa Inggeris-Melayu yang disusun oleh Marsden pada tahun 1812.

Marsden (1812) dikatakan telah membawa perubahan dalam dunia perkamusan Melayu kerana beliau

telah mengaplikasikan penyusunan kamus secara sainstifik dengan tujuan untuk kesedaran

mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Mengikut Yusuf Hitam (1961:155) kamus yang disusun oleh Marsden adalah kamus yang pertama

disusun secara saintifik dengan sistem ejaan rumi yang bentuknya berasaskan kerangka bahasa barat.

Marsden juga telah menngunakan konsep sejarah dalam penyusunan kamusnya.

Sehubungan itu, terdapat juga sarjana barat yang turut menyumbang dalam sejarah

perkamusan.Beliau ialah John Crawford. John Crawford (1852) telah menyusun “A Grammar and

Dictionary of Malay Language”.

Page 25: Che Hamidi Bmm 3112

Perkamusan terus berkembang. Buktinya ialah pada tahun 1875, I’Abbe P.Favre telah menghasilkan

“Dictionaire Malais-Francais”. Inilah satu-satunya kamus bahasa Melayu-Perancis yang disusun oleh

orang Perancis bertujuan untuk membawa kesinambungan usaha-usaha Marsden dari aspek

penerapan prinsip sejarahnya.

Pada abad ke-20 dunia perkamusan telah mencapai kecemerlangan akibat bermulanya perkembangan

dunia percetakan pada awal abad ke -20 sehinggalah sekarang yang telah menghimpunkan pelbagai

genre dan bidang ilmu.Beberapa jenis kamus telah diterbitkan kerana penemuan mekanisme kerja

yang lebih canggih dan berkesan ini.

5.1 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu

Berdasarkan catatan sejarah,bentuk daftar kata bermula dengan penyusunan kamus daripada jenis

dwibahasa sebagai akibat keperluan golongan orientalis dan pedagang melakukan aktiviti penyebaran

agama dan perdagangan.

A.Teeuw (1964) mendapati bahawa penyusunan kamus dwibahasa bermula dalam bentuk daftar

katabahasa Sanskrit-Melayu Kuno pada abad ketujuh Masihi.Buktinya ialah penemuan 482 daftar kata

bahasa Melayu-Cina pada tahun 1403 hingga 1511.Jelas dan nyata berdasarkan bukti ini,

menunjukkan bahawa perkembangan kamus ekabahasa Melayu tentunya lewat sedikit selepas

bermulanya penyusunan kamus dwibahasa.

Penyusunan kamus ekabahasa telah dimulai oleh sarjana Barat dengan penyusunan “Dictionary of the

Malay Tongue as Spoken in the Peninsula of Malacca,the Island of Sumatra ,Java,Borneo,Pulo

Pinang”, susunan J.A Howison pada tahun 1801.Kamus ini lebih awal daripada Onverp van een

Maleisch Woordenbook eene Malaeische Spraakkunst susunan H.Von de Wall pada tahun 1857.

Sehubungan itu, anak tempatan juga tidak ketinggalan dalam penyusunan kamus. Raja Ali Haji telah

menyusun “Kitab Pengetahuan Bahasa” iaitu kamus longhat Melayu-Johor-Pahang-Riau-Lingga

Penggal yang Pertama. Kamus ini merupakan kamus ekabahasa pertama yang pernah disusun oleh

anak tempatan berbangsa Melayu pada tahun1858.Kamus ini juga dianggap oleh para sarjana dan

pengkaji bahasa sebagai kamus ekabahasa Melayu yang tertua pernah dihasilkan oleh orang Melayu.

Page 26: Che Hamidi Bmm 3112

5.2 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu di Malaysia

Sejarah perkembangan perkamusan Melayu ekabahasa yang seimbang berlaku di Malaysia. Buktinya

ialah “Kitab Benih Bahasa” susunan Fadhil Jaafar pada tahun 1917 dianggap kamus yang pertama

pernah dihasilkan pada abad ke-20.Ini diikuti oleh penyusunan Kamus al-Mahmudiah oleh Syed

Mahmud Syed Abdul Kadiral-hindipada 1925.

Pada tahun 1935, Shamsuddin Yunos al-Haj juga telah menyusun kamus Melayu.Perkamusan di

Malaysia terus berkembang. Terdapat banyak lagi kamus yang dihasilkan.Contoh kamus lain adalah

seperti Kamus Angkatan Baru,Kamus Am Bahasa Melayu dan Buku Katan .

Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan. Kesan penubuhan ini telah

menerbitkan beberapa buah kamus ekabahasa.Contohnya ialah Kamus dewan pada tahun 1970 dan

dicetak semula dengan edisi pertama dan kedua pada tahun 1984 dan 1989.Kamus Bahasa Malaysia

Edisi Pelajar pula diterbitkan pada tahun 1975.Ini diikuti Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun

1987. DBP juga telah menerbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989.

Selain usaha perbadanan sebagai usaha agen bahasa Melayu, usaha persendirian terus menambah

jumlah kamus ekabhasa. Contohnya ialah Kamus Umum Bahasa Malaysia, susunan Yang Kui Yee

pada tahun 1972,Kamus Pelajar Federal oleh Mohd.Salleh Daud pada tahun 1973 dan banyak lagi.

Ringkasnya, penyusunan kamus ekabahasa menjadi penting dengan semangat menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa berdaya saing dengan bahasa-bahasa maju yang lain sebagai bahasa ilmu.

5.3.Kamus Awal

Penerbitan kamus awal adalah terhad.Buktinya ialah kamus ini hanya dikarang dalam bentuk senarai

kata dan istilah yang tertentu sahaja. Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina

yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.

Manakala senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-

Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603)

dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi.

Penerbitan kamus terus berkembang, namun mengambil masa yang lama, buktinya tempoh dan jarak

tahun penerbitanya. Contohnya ialah Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan

kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.

Page 27: Che Hamidi Bmm 3112

Ringkasnya penerbitan kamus awal adalah bergantung kepada istilah dan kata yang hanya diketahui

oleh ahli bahasa.Pelbagai bahasa yang digunakan dalam penerbitan kamus yang menunjukkan

bahawa penyerapan antara bahasa. Contohnya ialah kamus Belanda-Melayu, Melayu-Latin dan

Melayu-Cina.

5.4 Kamus dan Tatabahasa

Berdasarkan pola perkembangan perkamusan,penghasilan kamus mula giat pada tahun 1521.

Buktinya ialah William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521.

Kamus ini penting kerana dianggap sebagai kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis

sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam

tulisan Rumi dan Jawi.

Pada tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi

deskripsi tatabahasa. Usaha ini berterusan dan pada tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan

kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language.

Manakala Winstedt iaitu seorang tokoh tatabahasa Melayu tradisional telah menyusun kamus pada

tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927. Seterusnya David Haex

menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931.

Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus

(1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff

(1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan

(1966), dan lain-lain lagi.

5.5 Kamus Moden

Penerbitan kamus moden adalah setelah wujudnya jawatan kuasa dan badan yang telah

dipertanggungjawabkan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.Penghasilan kamus moden ini membuktikan

usaha yang giat oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Buktinya ialah terdapat tiga jenis kamus

moden yang telah diterbitkan iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus pancabahasa.

Kamus ekabahasa adalah kamus yang disediakan dalam satu bahasa sahaja. Contohnya ialah kamus

bahasa Melayu. Manakala kamus dwibahasa pula ialah kamus yang memuatkan 2 bahasa. Contohnya

ialah kamus bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Berdasarkan contoh kamus yang telah diterbitkan

dapatlah disimpulkan bahawa penjenisan kamus adalah berdasarkan bahasa.

Page 28: Che Hamidi Bmm 3112

5.6 Definisi Kamus

Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata

sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan

makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa

yang lain.

Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata

dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut

abjad ,Harimurti Kridalaksana, (1982:73).

5.7. Konsep Dasar dalam Perkamusan

Perkamusan merupakan bidang yang menerangkan makna sesuatu istilah dan kata. Bidang ini penting

kerana hasilnya dijadikan panduan dalam bahasa. Oleh yang demikan terdapat tiga konsep penting

dalam penciptaan kamus,iaitu tipologi, leksikologi, dan leksikografi.

5.7.1.Tipologi

Dari sudut bahasa tipologi bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan

atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah, Hartmann,

(1972:243).

5.7.2.Leksikologi

Manakala leksikologi pula ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui

perkembangan bentuk dan makna dengan bantuan bidang etimologi iaitu kajian tentang asal-usul kata

tersebut.

5.7.3.Leksikografi

Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dan

metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan

kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di

samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

5.8. Kesimpulan Perkembangan Perkamusan

Berdasarkan sejarah perkamusan ,dapatlah dirumuskan disini bahawa pihak Dewan Bahasa dan

Pustaka adalah pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini. Justeru itu, pihak Dewan Bahasa dan

Page 29: Che Hamidi Bmm 3112

Pustaka juga tidak sewenang-wenangnya dalam menghasilkan kamus, namun terdapat beberapa

konsep yang perlu dipatuhi agar kamus sesuai dengan jenisnya dan pengguna.

6.0 Sejarah Perkembangan Penterjemahan

Sejarah penterjemahan dikatakan bermula selepas penemuan bahan sejarah. Buktinya ialah

penterjamahan dilakukan selepas menemui batu bersurat dua bahasa di Mesir iaitu ketika zaman Mesir

Tua 3000 Masihi.

Pada abad ke-12 bersamaan 1100 Masihi, telah lahirnya kerajaan Moor di Sepanyol. Kelahiran

kerajaan ini berikutan kejayaan Tariq bin Ziyaid menakluki Sepanyol.Ketika zaman kerajaan ini aktiviti

penterjemahan telah giat dijalankan.Buktinya ialah bahan bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa

Eropah. Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa Greek.

Dalam masa yang sama, turut ditubuhkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol . Penubuhan sekolah

ini adalah bertujuan untuk menterjemah idea Islam ke bahasa Greek. Penterjemahan ini adalah

meliputi ilmu sains yang diperolehi daripada Islam serta ilmu falsafah Islam.

Pada tahun 1522,penyebaran agama kristian turut berkembang.Ketika ini,ilmu penterjemahan telah

diaplikasikan untuk aktiviti keagamaan. Contohnya ialah Martin Luther (1522) telah menterjemah kitab

Injil ke bahasa Afrika. Penterjemahan ini adalah untuk memudahkan penganut Kristian yang berbahasa

Afrika memahami agama tersebut. Kegiatan penterjemahan kitab agama ini berterusan sehinggalah

penterjemahan kitab Injil ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.

Tyler (1790) berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah- olah karya

itu karya asli.” Sehubungan itu,Benjamin (1923) telah menamakan terjemahan  yang dihasilkan sebagai

penyalinan semula . Beliau juga mengatakan bahawa tahun  1920-an dianggap sebagai Zaman

Penyalinan Semula.Pendapat Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961) menamakan abad ke 19

dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.

Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan perkataan demi

perkataan.Antaranya ialah Noralis (1798), Goethe (1813/14),  Humbold (1816), Schleievmacher

(1813), Schopenhaner (1851),  danNietzsche (1882).

Pada awal tahun 1900 telah berlakunya perubahan kaedah penterjemahan berikutan perkembangan

pengaplikasian teknologi. Oleh yang demkian, padan tahun 1990 sehinggan 1990, pemindahan

Page 30: Che Hamidi Bmm 3112

teknologi telah memesatkan lagi proses terjemahan bahasa.Penterjemahan bahasa berlaku disetiap

negara. Ini membuktikan bahawa taraf negara tidak mendiskriminasikan proses terjemahan bahasa

sama ada negara miskin,sedang membangun atau negara membangun. Keadaan sedemikian kerana

kegiatan penterjemahan peting lantaran setiap negara mempunyai Bahasa Kebangsaan.

Berdasarkan Encyclopedia Britannica (1911),ada menyiarkan rencana menyatakan bahawa

kebanyakan   terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat.  Mutu terjemahannya rendah

sebab kerjaya dibuat tidak profesional.  Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan

mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan.  Oleh yang demikian telah di laksanakan proses basmi

penyelewengan terjemahan.

Sejajar dengan peredaran zaman,Badan Antarabangsa mula menubuhkan perdagangan

antarabangsa, kemajuan  Sains dan Teknologi bercambah dan maju.  Bahasa tempatan diperlukan

untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi. Oleh

itu,peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut. Penterjemahan semakin

mustahak.  Di Malaysia sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim

dan Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan untuk melaksanakan penterjemahan.

Manakala, Kesatuan Ekonomi Eropah (1967) pula telah mencatat bahawa mereka mempunyai 16 ribu

orang penterjemah khusus dalam bidang ekonomi, jurnal dan lain-lain.Menurut Spitzbart

(1972) ,terdapat 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun.Ini adalah kerana Eropah memerlukan

terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial.

6.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu.

Sejarah penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan bermula ketika zaman kegemilangan Melaka.

Sejarah penterjemahan dikatakan bermula di Melaka kerana ketika itu kedatangan kuasa asing ke

alam Melayu.Bagi memenuhi keperluan kuasa asing ini di tanah Melayu, maka penterjemahan

dilakukan.

Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut membawa agama

mereka. Oleh yang demikian,pada zaman kemasukan agama Hindu,Buddha dan Islam, mereka

mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa

Melayu walaupun hanya secara lisan.

Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan bahasa dan budaya.

Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam berkomunikasi. Keadaan ini

Page 31: Che Hamidi Bmm 3112

telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku

terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi

kepentingan pentadbiran.

Kesimpulannya,kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah memberi kesan dalam perkembangan

bahasa akibat pertembungan bahasa penjajah dan bahasa penduduk pribumi.Namun, tanpa

kedatangan penjajah,kita kemungkina tidak menerima bahasa lain malah hanya menguasai bahasa

pribumi sahaja.Tuntasnya,sejarah perkembangan penterjemahan di Tanah Melayu adalah sama

dengan dengan keadaan di Tanah Melayu iaitu sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.

MANUSKRIP PERKAMUSAN ANTONIM

Page 32: Che Hamidi Bmm 3112

PERKATAAN ANTONIM

Page 33: Che Hamidi Bmm 3112
Page 34: Che Hamidi Bmm 3112
Page 35: Che Hamidi Bmm 3112
Page 36: Che Hamidi Bmm 3112

REFLEKSI

Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyiapkan BMM 3112 dalam tempoh

masa yang ditetapkan. Sekalung budi dan terima kasih dihulurkan kepada pensyarah saya, En Fuadi

bin Haji Abdul razak atas bimbingan beliau dalam usaha menghasilkan sebuah penulisan yang

bermutu.

Banyak ilmu baru yang kami peroleh daripada tugasan ini yang diadun dengan pengalaman

mengajar subjek Bahasa Melayu khususnya dalam aspek perkamusan bahasa melayu. Antaranya

ialah :

Memahami dengan jelas apa yang terkandung dalam

Sistem perkamusan Bahasa Melayu.

Membuat memahami prinsip-prinsip penterjemahan kamus bahasa melayu

Kandungan tugasan ini merupakan kesinambungan dari apa yang saya ajar kepada murid-

murid saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru, saya melihat tugasan

ini sedikit sebanyak memberi ‘advantage’ kepada saya mengemukakan isi-isi penting dalam tugasan

ini. Ia juga memberi impak yang besar kepada saya dalam mendalami ilmu bahasa melayu amnya dan

penterjemahan Bahasa Melayu khususnya, sesuai dengan diri saya sebagai guru Bahasa Melayu.

Namun demikian, kami sangat setuju dengan corak soalan yang dikemukakan.saya mendapati

soalan ini khususnya bahagian ( i ) bersifat umum yang perlu dihuraikan seluruh item dalam semantik.

saya dapat pengetahuan dalam topik sejarah perkembangan bahasa melayu,penterjemahan dan

perkamusan dalam bentuk pembentangan atau kuliah harian.

Sekian ■

Page 37: Che Hamidi Bmm 3112

RUJUKAN

Amaleen Aisyah.Pendidikan Era Pramerdeka.Petaling Jaya:Pustaka Cahaya

Amaleen Aisyah.Reformasi Dalam pendidikan.Petaling Jay:Pustaka Cahaya

Choong Lean Keow.(2009).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Shah Alam:Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd

Haji Tajuddin bin Hj Hussein.(2009). Malaysia Negara Kita. MDC Publishers SDN BHD

http://broraysflying.blogspot.com/2010/02/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html

http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/10/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu_10.html

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman.(2009). Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood.(2008).

Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Puteri Fahsyar .(2004). Malaysia – Satu Imbasan Sejarah. Pustaka Buana

Ramlah binti Adam, Shakila Par Ween binti Yacob, Abdul Halim bin Samuri, Muslimin bin

Fadzil. Sejarah Tingkatan 5- Buku Teks : Dewan Bahasa dan Pustaka