6
NOTA KOMSAS CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA A. ZAMAN DAHULU. Kisah ini berlaku di negeri Cempaka Seri. Rajanya iaitu Indera Seri seorang yang sombong dan suka berjudi. Di hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua bernama Pak Kaduk yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pak Kaduk mempunyai seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam pak Kaduk. Raja lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh baginda. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Raja yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya ialah kampung halaman dan isi rumahnya. Manakala bagi pihak Raja pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa untuk memerintah dan kawasan negeri jika ayam Raja kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam. Sebagaimana yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan Raja telah menang. Pak Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Raja. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Raja. Oleh sebab berpegang pada janji dan syarat penyabungan, Pak Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Raja. Malang sungguh Pak Kaduk; ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai!

Nota Kadukayamraja 4N

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Kadukayamraja 4N

NOTA KOMSAS CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA

A. ZAMAN DAHULU.

Kisah ini berlaku di negeri Cempaka Seri. Rajanya iaitu Indera Seri seorang yang sombong dan suka berjudi. Di hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua bernama Pak Kaduk yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pak Kaduk mempunyai seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam pak Kaduk. Raja lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh baginda. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Raja yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya ialah kampung halaman dan isi rumahnya. Manakala bagi pihak Raja pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa untuk memerintah dan kawasan negeri jika ayam Raja kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan Raja telah menang. Pak Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Raja. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Raja.

Oleh sebab berpegang pada janji dan syarat penyabungan, Pak Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Raja. Malang sungguh Pak Kaduk; ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai!

Page 2: Nota Kadukayamraja 4N

B. ZAMAN SEKARANG.

Cucu Kaduk iaitu Hakim berusaha untuk mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim memiliki kesedaran untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti dan tandatangan. Azam berhujah dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Kaduk takut dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang dalam persabungan, Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu. Penghujahan Azam telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Akhirnya, tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada warisnya, iaitu Hakim.

Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan tanah tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim menceburi bidang penternakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja RM 200 000.00. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam pun ditandatangani dengan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan syarikat besar ini. Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. . Sahabat karibnya iaitu Azam yang pulang dari luar negara kerana berkursus telah berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam selut mahupun jalan berlumpur. Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana syarikat RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya. Selain itu, Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam yang bernilai RM85 000.00. Namun begitu, hanya RM13 000.00 sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA

Page 3: Nota Kadukayamraja 4N

melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim juga berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar. Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal berbuat demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya syarikat RAJA terus mengaut keuntungan.

Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan. Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang meruncing. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurangan.

Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya melunaskan hutang bank menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Perkara yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang bawahan sepertinya terpaksa mengikut telunjuk mereka.

TEMA

Cabaran dan kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan

PERSOALAN

Persoalan keberanian menuntut hak – Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

Persoalan ketaatan terhadap pemerintah – Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam kunani dengan ayam raja atas perintah baginda.

Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah – Syarikat RAJA memngambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang yang banyak

Persoalan halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. – Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekalkan dan menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.

Page 4: Nota Kadukayamraja 4N

Persoalan usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain – Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA – HAKIM

Watak :- Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk, mendapat kelulusan universiti

Perwatakan :

Berani – Hakim berani menuntut tanah milik datuknya yang telah dirampas oleh raja suatu ketika dahulu

Gigih – Hakim gigih menceburi bidang keusahawanan dengan berusaha mendapatkan bantuan kewangan

Tabah – Hakim tabah menghadapi cabaran yang dihadapinya seperti dihimpit beban hutang sepanjang menternak ayam

Rajin – Hakim seorang yang rajin belajar sehingga Berjaya melanjutkan pelajaran ke university

WATAK SAMPINGAN – AZAM

Watak :- Sahabat baik Hakim semasa di university

Perwatakan :

Rajin – Azam rajin menghadiri kursus di luar Negara walaupun telah berjaya mendapat segulung ijazah

Prihatin – Azam prihatin tentang masalah yang dihadapi rakannya, Hakim dengan sanggup mendengar luahan perasaan Hakim.

Bijak – Azam bijak menyusun hujah hujahnya ketika memfailkan kes di mahkamah sehingga memenangi kes tuntutan tersebut.

Baik hati – Azam baik hati kerana sanggup membantu Azam mengusahakan penternakannya dengan cara memberi nasihat kepada Hakim