Negara Kesatuan Dan Negara Persekutuan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perancis Dan USA

Citation preview

Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan

Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan

Perancis dan Amerika Syarikat1. Persoalan utama yang boleh dikaitkan dengan pemilihan bentuk kerajaan ialah:(a) Pihak manakah yang mempunyai autoriti untuk membuat sebarang keputusan?(b) Bagaimanakah hendak mentadbir wilayah atau kawasan yang mungkin jauh dan ibu kota atau pusat pemerintahan?

2. Secara umumnya, terdapat dua bentuk kerajaan yang boleh dipilih untuk melaksanakan pemerintahan dalam sesebuah negara. Kuasa dalam sesebuah kerajaan perlu dipegang oleh pihak atau institusi tertentu.

3. Sekiranya sesebuah negara berhasrat memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada kerajaan tempatan (local government), maka kerajaan kesatuan mungkin menjadi pilihan.4. Sekiranya sesebuah negara ingin membahagikan kuasa antara kerajaanpusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, maka negara ituboleh memilih kerajaan persekutuan.

5. Pengamalan mana-mana bentuk kerajaan ini akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di negara masing-masing.6. Perancis, Britain, Itali, dan Jepun memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan manakala Amerika Syarikat, India, Kanada, Australia, dan Malaysia selesa dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Negara Kesatuan di Perancis

1. Ciri-ciri sistem kesatuan:(a) Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.(b) Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir disalurkan dan pusat pemerintahan dan kuasa ini boleh ditarik balik.(c) Disebabkan kuasa wilayah, bahagian, atau cawangan ini diberi boleh dipinda, atau ditarik balik, maka membawa pngertian bahawa wilayah atau bahagian merupakan agen kepada pemerintahan pusat. Dengan demikian, kuasa autonomi yang diberikan tidak benar-benar mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan.(Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, 2006: 118)

Satu perkara yang menarik jika sistem kesatuan diamalkan, tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar dengan pelaksana dasar dapat dielakkan disebabkan keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat. Oleh itu sistem pentadbiran yang dijalankan dapat ditadbir dengan mudah, teratur, dan berkesan.3. Walaupun sistem kesatuan mempunyai beberapa kelemahan namun kelemahan tersebut mudah diselaras dan dilaksanakan kerana pemerintahan pusat mempunyai lebih kuasa untuk menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.

4. Lazimnya sistem kesatuan sesuai dilaksanakan di negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya. Jika saiz sesebuah negara kecil dan sederhana serta jumlah penduduknya tidak terlalu ramai, sistem kesatuan sesuai dilaksanakan. Geografi Perancis tidak seperti Amerika Syarikat atau India, justeru sistem kesatuan sesuai dipraktikkan.5 . Maka, pengaruh geografi yang tidak begitu luas, lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

6. Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di Perancis, pentadbiran baharu telah dibentuk. Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (kawasan), dan setiap deparment dibahagikan kepada cantons (daerah) dan yang akhir sekali ialah commune.7. Department yang ditubuhkan pada tahun 1790 berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan dan pentadbirannya diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Setiap Prefet bertanggungjawab terus kepada Menteri Dalam Negeri.

8 . Setiap department diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.9. Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan bandar. Institusi ini diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Selain itu, diwujudkan juga sebuah Majlis Bandaran (Municipal Council).

10. Antara tugas Commune termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan.11. Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Beliau berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja di kawasannya, dan lain-lain. Bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda, atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

12. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan, dan sebagainya.13. Dalam membincangkan peranan unit-unit pentadbiran di Perancis, A.C. Kapur dalam karyanya, Principles of Political Science membuat analogi:From the Communes to the Ministry of Interior the administration is link up in one chain. The Minister of the Interior just press the button the prefects, subprefects and mayor do the rest. All the wires run to Paris.(A.C.Kapur, 1950: 400)

Negara Persekutuan Amerika Syarikat

1. Istilah persekutuan berasal daripada perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.

2. Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan sesebuah negara itu membentuk negara persekutuan: (a) Pertahanan sesebuah negeri itu lemah untuk menghadapi ancaman kuasa luar.(b) Kedudukan akan lemah jika menjalankan aktiviti ekonomi secara bersendirian.(c) Sukarela menyertai persekutuan kerana sesebuah negeri atau wilayah akan bertambah kuat dan maju.

3. Sistem persekutuan boleh dikatakan sebagai satu sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.4. Apabila wilayah-wflayah tersebut bergabung ke dalam sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan wilayah dan ketaatan rakyat tertumpu kepada kerajaan persekutuan.5. Sungguhpun wilayah tersebut telah menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, tidak bermakna wilayah itu akan hilang identiti kerana ada perkara-perkara tertentu yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

6. Perlembagaan Amerika Syarikat tetap memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.7. Adakalanya keadaan geografi dan saiz sesebuah negara tidak menghalang daripada mencapai perpaduan dan kemajuan negara. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas, penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namun perpaduan rakyatnya masih utuh.8. Sejarah kerajaan Amerika Syarikat melalui perjuangan yang agak lama. Amerika Syarikat merupakan negara persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britain.

9. Walaupun Artikel Persekutuan digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada kerajaan British, namun artikel yang dianggap sebagai piagam kerajaan yang pertama di Amerika Syarikat telah mewujudkan kerajaan yang lemah.10. Hal ini kerana kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak. Tindakan itu berlandaskan pengalaman orang Amerika sebelum ini yang berjuang dengan sebuah kerajaan pusat yang kuat di London. Oleh itu, kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat lebih merupakan liga negeri-negeri bukannya sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.

11. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan memberikan beberapa kesan. Pertama, kerajaan baharu tidak dapat melaksanakan projek-projek pembangunan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi disebabkan tiada kuasa untuk memungut cukai. Kedudukan kewangan kerajaan persekutuan hanya bergantung kepada sumbangan kerajaan-kerajaan negeri.12. Kerajaan persekutuan juga tidak dibenarkan membentuk system perdagangan antara negeri atau dengan negara yang lain. Oleh itu, kelemahan kerajaan persekutuan tersebut perlu diperbaiki dan persetujuan daripada negeri-negeri diperlukan untuk menambahkan bidang kuasa kerajaan persekutuan.

13. Dalam Konvensyen Philadelphia 1787, timbul perdebatan hangat tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat dan yang akan mengawal kerajaan pusat. Persidangan mi membawa kepada pembentukan Perlembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam kalangan 13 buah negeri itu.14. Menjelang tahun 1788, sembilan buah negeri mengesahkan perlembagaan baharu itu. Bagaimanapun negeri New York masih belum mengesahkan perlembagaan tersebut kerana pihak antfederal mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kawasan luar bandar.

15.Beberapa pemimpin seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison cuba mempengaruhi penduduk awam supaya menyokong perlembagaan baharu itu. Mereka telah menerbitkan buku yang dikenali sebagai The Federalist. Akhirnya, New York memberi persetujuan (Shakila Yacob, 2005: 50).16.Kejayaan golongan federalis mi merupakan kejayaan peringkat awal. Kerajaan persekutuan perlu mengatasi beberapa masalah di peringkat kebangsaan seperti had kuasa persekutuan dan pada masa yang sama perlu memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri.

17.Beberapa pindaan telah dibuat. Antaranya memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan dalam membuat keputusan dalam hal mata wang, mengisytiharkan peperangan, mengenakan cukai, meggubal undang-undang berkaitan bidang kehakiman, dan menguasai bidang perdagangan.18. Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Keadaan mi dilakukan supaya terdapat satu sistem timbang tara sebagai perlindungan unsur-unsur authoritarian dan radikal.

19.Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawasi kongres. Kongres pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua Dewan Senat dan Dewan Perwakilan boleh mengatasi kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal undangundang, satu pihak boleh mengawasi pihak yang lain.20.Oleh kerana kerajaan persekutuan diberi kuasa yang lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik dan kuasa yang berkaitan dasar luar, dan perdagangan yang diberikan kepada kerajaan persekutuan menjadikan Amerika syarikat sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.