of 21 /21
Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes Oleh Tan Kai Yee IPG Kampus Perlis ABSTRAK Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis motivasi yang akan mempengaruhi murid pemulihan adalah motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik. Sampel kajian ini terdiri daripada 13 orang guru dan 2 orang murid pemulihan di sekolah SJK (C) Min Nam, Pulau Langkawi, Kedah. Data kajian dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian berstruktur dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% responden guru menyetujui motivasi kendiri adalah penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP dan juga 92.3% responden guru setuju bahawa penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dipengaruhi oleh motivasi kendiri. Selain itu, terdapat 100% responden guru yang setuju bahawa dorongan dan bimbingan ibu bapa dan guru merupakan punca utama mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah. Manakala, 92.3% responden guru telah menyetujui aktiviti PdP dan gaya penyampaian guru juga sebagai salah satu punca mengakibatkan motivasi kendiri murid menjadi rendah. Kata Kunci: Motivasi kendiri, penglibatan murid pemulihan, aktiviti PdP. PENGENALAN

Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Text of Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan...

Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian KesOlehTan Kai YeeIPG Kampus Perlis

ABSTRAKTujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis motivasi yang akan mempengaruhi murid pemulihan adalah motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik. Sampel kajian ini terdiri daripada 13 orang guru dan 2 orang murid pemulihan di sekolah SJK (C) Min Nam, Pulau Langkawi, Kedah. Data kajian dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian berstruktur dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% responden guru menyetujui motivasi kendiri adalah penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP dan juga 92.3% responden guru setuju bahawa penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dipengaruhi oleh motivasi kendiri. Selain itu, terdapat 100% responden guru yang setuju bahawa dorongan dan bimbingan ibu bapa dan guru merupakan punca utama mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah. Manakala, 92.3% responden guru telah menyetujui aktiviti PdP dan gaya penyampaian guru juga sebagai salah satu punca mengakibatkan motivasi kendiri murid menjadi rendah.Kata Kunci: Motivasi kendiri, penglibatan murid pemulihan, aktiviti PdP.

PENGENALANMotivasi merupakan satu perkataan daripada bahasa Latin iaitu movere atau tomove yang bermaksud untuk menggerak atau bergerak ke arah tertentu. Menurut Reber (1987), motivasi ialah proses intervensi atau keadaan dalaman seseorang yang mendorongannya untuk bertindak. Bagi Woolfolk (1995) pula menyatakan bahawa motivasi bukan hanya dorongan untuk bertindak tetapi juga mengarah dan meneruskan sesuatu tingkah laku. Malahan, salah satu isu yang sentiasa dibincangkan dalam alam pendidikan ialah peranan motivasi kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid terutamanya bagi murid pemulihan. Sehubungan itu, melalui pengalaman pengkaji berpraktikum di sekolah SJK(C) Min Nam, didapati dua murid pemulihan Tahun 3 mempunyai motivasi kendiri yang rendah. Mereka jarang dan malas menglibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Mereka cepat berasa bosan, kurang semangat, kurang keyakinan dan mudah berputus asa terhadap sesuatu benda yang tidak faham atau baharu kepada mereka. Ini telah disokong oleh Mohd Salleh (dalam Azizan, 2007) yang mengaitkan motivasi dengan penglibatan murid dalam sukan iaitu keengganan murid untuk melibatkan diri dalam sukan dipengaruhi juga oleh faktor psikologi terutamanya dalam aspek motivasi. Individu berkenaan tidak mempunyai motivasi yang mencukupi menggerakkan diri untuk beraktiviti. Maka, melalui kajian ini, fokus utama pengkaji ialah mengkaji tentang peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam masa yang sama, pengkaji juga akan mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Motivasi kendiri (self-motivated) telah merujuk kepada kecenderungan emosi yang berupaya untuk menggerakkan dan memandu individu itu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi kendiri juga membantu manusia mengambil inisiatif yang berlipat ganda dan gigih berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan mahupun kegagalan. Individu yang tinggi tahap motivasi kendiri akan lebih mudah dalam pelaksanaan apa juga hal dan lebih terancang dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik serta tidak mudah berputus asa.Menurut Richard Denny (1993) menyatakan bahawa kehadiran atau kewujudan motivasi adalah merupakan satu yang menjadi keperluan umum. Setiap orang mahu menjadi seseorang yang bermotivasi tetapi sering juga tidak tahu caranya. Setiap guru sentiasa inginkan murid-muridnya mempunyai motivasi kendiri yang tinggi untuk belajar dan melibatkan dirinya dalam aktiviti PdP dengan baik. Pastinya murid seperti ini adalah murid yang boleh melaksanakan aktiviti PdP dengan berkesan dan sentiasa ke hadapan malahan tidak akan jadi seperti pahat yang sekali ketuk sekali berbunyi. Murid yang bermotivasi kebiasaannya telah tahu tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang diharapkan daripadanya serta tidak perlu banyak diarah atau dikawal selia.Sehubungan itu, terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan kecenderungan untuk mencapai atau mengatasi cabaran-cabaran kerana minat atau menggunakan keupayaan yang ada. Seseorang yang bermotivasi intrinsik tidak memerlukan insentif luaran, sama ada dalam bentuk ganjaran atau dendaan untuk melakukan sesuatu kerja. Kerja berkenaan sudah memenuhi kepuasaan mereka. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, menurut Woolfolk (1995), ia lebih kecenderungan kepada melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran luaran seperti markah dan gred, ataupun mengelak daripada dendaan. Ringkasnya, perbezaan asas antara kedua-dua jenis motivasi ini ialah sebab-sebab sesuatu tingkah laku itu dilaksanakan, sama ada berpunca dari dalam atau luar.Dalam situasi pembelajaran, motivasi amat penting untuk menimbulkan minat pembelajaran kepada pelajar supaya mereka terus berusaha untuk menguasai sesuatu pengetahuan dan juga kemahiran yang mereka ingin terokai. Ini juga telah disokong oleh kajian Abdul Rahim et. al. (2008) yang menjelaskan pembelajaran seseorang pelajar didorong kuat oleh motivasi, di mana motivasi memainkan peranan penting untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka. Dengan itu, salah satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah menentukan rancangan yang dapat menimbulkan motivasi kendiri pelajar-pelajar untuk menglibatkan diri terhadap pengajaran secara aktif.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut.1. mengetahui peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.2. mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PERSOALAN KAJIANKajian ini cuba menjawab persoalan yang berikut.1. Adakah motivasi kendiri memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran?2. Apakah punca yang mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam melibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

KESIGNIFIKASI KAJIANDapatan kajian ini diharapkan dapat memberi bantuan kepada guru-guru sama ada guru biasa atau guru pemulihan mengenai kepentingan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan di dalam kelas. Guru biasa dan guru pemulihan boleh membuat refleksi kendiri tentang amalannya sendiri dan cara penyampaian pengajaran adakah dapat meningkatkan motivasi kendiri kepada murid pemulihan. Dapatan kajian juga dapat membantu guru-guru dan ibu bapa dalam merancangkan strategi yang sesuai berdasarkan punca tertentu dalam meningkatkan motivasi kendiri dalam kalangan murid pemulihan.

BATASAN KAJIANKajian ini melibatkan guru-guru di sekolah dan murid pemulihan di sekolah SJK (C) Min Nam, Pulau Langkawi, Kedah. Fokus kajian kepada peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan punca mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIANReka Bentuk KajianReka bentuk kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian berstruktur dan temu bual di mana ia bertujuan untuk melihat peranan motivasi kendiri dalam mempengarhuhi penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian kes ini juga dapat mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Kajian kes ini merupakan jenis kes pengajaran iaitu untuk menjelaskan sesuatu permasalahan untuk dijadikan panduan pengajaran dan pembelajaran.PersampelanTiga belas orang guru dan dua orang murid pemulihan Tahun 3 telah dipilih dari sekolah SJK (C) Min Nam di Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Bilangan sampel yang kurang ini adalah disebabkan sekolah ini merupakan sekolah kurang murid di Langkawi dan hanya mempunyai 54 orang murid di sekolah. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi majoriti murid di sekolah ini adalah terdiri daripada kaum Melayu. Guru-guru ini adalah terdiri daripada 5 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Tahap pendidikan dan pengalaman mengajar di sekolah adalah seperti jadual 1 yang berikut :

Kekerapan

A. Tahap pendidikanSiswazah4 (30.8 %)

Bukan Siswazah9 (69.2 %)

B. Bilangan tahun mengajar di sekolah 1 3 6 (46.2 %)

4 7 4 (30.8 %)

8 11 1 (7.7 %)

12 151 (7.7 %)

< 151 (7.7 %)

Jadual 1Berdasarkan jadual di atas, didapati guru yang bukan siswazah lebih daripada guru siswazah sebanyak 38.4 %. Manakala, lebih daripada 77 % guru di sekolah mempunyai pengalaman mengajar yang kurang daripada 8 tahun. Instrumen Kajian Data bagi kajian ini telah menggunakan borang soal selidik, pemerhatian berstruktur dan temu bual.Soal SelidikPenggunaan borang soal selidik adalah bagi memudahkan penganalisian data. Soal selidik yang digunakan adalah jenis soal selidik tertutup jenis skala likert 5 mata iaitu 1 untuk sangat tidak setuja, 2 untuk tidak setuju, 3 untuk kurang setuju, 4 untuk setuju, dan 5 untuk sangat setuju. Responden bagi borang soal selidik ini hanya terdiri daripada 13 orang guru di sekolah SJK (C) Min Nam, Langkawi, Kedah sahaja. Borang soal selidik kajian ini juga dibahagikan kepada 3 bahagian.Bahagian A : Latar Belakang RespondenBahagian B : Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti PdPBahagian C : Punca Mengakibatkan Motivasi Kendiri Murid Pemulihan Rendah Dalam Menglibatkan Diri Terhadap Aktiviti PdP

Pemerhatian BerstrukturPemerhatian berstruktur merupakan aspek yang hendak diperhatikan perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum menjalankan pemerhatian. Pengkaji memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Manakala, instrumen senarai semak juga akan disediakan terlebih dahulu dan pengkaji akan membuat pemerhatian berdasarkan item-item senarai semak yang disediakan. Pemerhatian berstruktur bagi kajian ini telah dijalankan terhadap 2 orang responden murid pemulihan Tahun 3. Instrumen senarai semak telah dibahagikan kepada 2 bahagian.Bahagian A : Biodata murid.Bahagian B : Masalah Murid Pemulihan Menglibatkan Diri Dalam Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranTemu bualDalam kajian ini, temubual separa berstruktur telah digunakan terhadap 2 orang responden murid pemulihan Tahun 3. Temu bual separa berstruktur ialah pengkaji hanya menyediakan soalan utama yang ingin ditanya dan soalan susulan adalah berdasarkan jawapan responden.

DAPATAN KAJIAN Soal SelidikMotivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)Jadual 2 di bawah, menunjukkan persepsi 13 orang guru-guru di sekolah SJK (C) Min Nam, Langkawi, Kedah tentang peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi murid pemulihan terhadap aktiviti PdP.BilItem SoalanSkala

12345

1.Motivasi kendiri penting untuk murid pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)0 (0)0 (0)4 (30.8)9 (69.2)

2.Penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh motivasi kendiri.

0 (0)0 (0)1 (7.7)5 (38.5)7 (53.8)

3.Motivasi ekstrinsik daripada guru seperti peneguhan, pujian dan ganjaran dapat meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)0 (0)0 (0)7 (53.8)6 (46.2)

4.Motivasi intrinsik daripada murid pemulihan diri sendiri seperti minat dan kepuasan dapat meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)0 (0)0 (0)5 (38.5)8 (61.5)

5.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan menarik dapat meningkatkan minat murid pemulihan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)0 (0)0(0)3 (23.1)10 (76.9)

6.Alat bantu mengajar yang menarik dapat meningkatkan minat murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)0 (0)1 (7.7)2 (15.4)10 (76.9)

7. Motivasi ekstrinsik lebih berkesan dalam meningkatkan motivasi kendiri murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan motivasi intrinsik.

0 (0)0 (0)1 (7.7)8 (61.5)4 (30.8)

8.Murid pemulihan yang motivasi kendiri rendah akan mudah berputus asa, rendah diri dan juga kurang semangat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)0 (0)4 (30.8)8 (61.5)1 (7.7)

9.Murid pemulihan yang motivasi kendiri rendah selalu bersifat pasif.

0 (0)0 (0)4 (30.8)9 (69.2)0 (0)

10. Pelajar perempuan lebih bermotivasi berbanding dengan pelajar lelaki.

0 (0)1 (7.7)4 (30.8)4 (30.8)4 (30.8)

Jadual 2Skala : 1- sangat tidak setuju 2- tidak setuju 3- kurang setuju 4- setuju 5- sangat setujuBerdasarkan jadual 2 di atas, didapati 100% responden setuju bahawa motivasi kendiri penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP serta motivasi ekstrinsik dan intrinsik dapat meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP. Selain itu, 100 % responden juga setuju bahawa aktiviti PdP yang seronok dan menarik dapat meningkatkan minat (motivasi intrinsik) murid pemulihan untuk menjalankan aktiviti PdP.Selain itu, sebanyak 92.3% responden setuju dan hanya 7.7% responden kurang setuju bahawa penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dipengaruhi oleh motivasi kendiri, alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat murid dalam aktiviti PdP dan juga motivasi ekstinsik lebih berkesan daripada motivasi intrinsik dalam meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan. Manakala, terdapat juga 69.2% responden setuju bahawa murid pemulihan yang motivasi kendiri rendah mudah berputus asa, rendah diri, kurang semangat dan pasif dalam menjalankan aktiviti PdP.Punca Mengakibatkan Murid Pemulihan Motivasi Kendiri Rendah Dalam Menglibatkan Diri Terhadap Aktiviti PdPJadual 3 di bawah, menunjukkan persepsi 13 orang guru-guru di sekolah SJK (C) Min Nam, Langkawi, Kedah tentang punca mengakibatkan murid pemulihan motivasi kendiri rendah.BilItem SoalanSkala

12345

1.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menyeronok dan menarik minat murid.

0 (0)0 (0)2 (15.4)7 (53.8)5 (38.5)

2.Murid pemulihan jarang diberi peneguhan, ganjaran dan pujian kepada murid pemulihan.

0 (0)0 (0)4 (30.8)6 (46.2)3 (23.1)

3.Keperluan fisiologi murid seperti makanan, minuman, osigen dan lain-lain tidak mencukupi.

0 (0)0 (0)6 (46.2)7 (53.8)0 (0)

4. Murid dalam keadaan yang kurang selamat dan terancam.

0 (0)0 (0)3 (23.1)8 (61.5)2 (15.4)

5.Murid mempunyai kasih sayang yang kurang daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

0 (0)0 (0)2 (15.4)8 (61.5)3 (23.1)

6.Ibu bapa dan guru kurang memberi bimbingan dan dorongan kepada murid pemulihan.

0 (0)0 (0)

0 (0)11 (84.6)2 (15.4)

7.Gaya pengajaran guru yang kurang menarik.

0 (0)0 (0)2 (15.4)10 (76.9)1 (7.7)

8.Murid pemulihan jarang menghayati kejayaan diri sendiri.

0 (0)0 (0)3 (23.1)9 (69.2)1 (7.7)

9. Pengajaran yang dirancang kurang sesuai dengan tahap murid pemulihan.

0 (0)0 (0)4 (30.8)8 (61.5)1 (7.7)

Jadual 3 Skala : 1- sangat tidak setuju 2- tidak setuju 3- kurang setuju 4- setuju 5- sangat setujuBerdasarkan jadual 3 di atas, terdapat 100% responden setuju bahawa ibu bapa dan guru kurang memberi bimbingan dan dorongan kepada murid pemulihan adalah punca mengakibatkan motivasi kendiri mereka menjadi rendah. Manakala, terdapat juga 92.3% responden setuju bahawa aktiviti PdP yang tidak menyeronok, kekurangan kasih sayang dan juga gaya pengajaran guru yang kurang menarik akan mempengaruhi motivasi kendiri murid pemulihan.Di samping itu, didapati hampir separuh responden iaitu 46.2% kurang setuju keperluan fisiologi akan mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah. Terdapat juga 30.8% responden kurang setuju jarang memberi peneguhan, ganjaran dan pujian kepada murid pemulihan serta pengajaran yang kurang sesuai dengan tahap murid pemulihan akan menjadikan mereka motivasi kendiri rendah.PemerhatianSatu analisis berdasarkan pemerhatian dan instrumen senarai semak yang berkaitan dengan masalah murid pemulihan menglibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dihasilkan.

Carta 1Carta 1 di atas, menunjukkan masalah kedua-dua responden murid pemulihan menglibatkan diri dalam aktiviti PdP yang telah dipemerhatian oleh pengkaji semasa pengajaran berdasarkan item-item senarai semak yang disediakan. Berdasarkan carta 1, didapati responden 2 mempunyai 7 masalah dan lebih banyak daripada responden 1 yang hanya mempunyai 6 masalah semasa menglibatkan diri dalam aktiviti PdP. Berdasarkan analisis terhadap instrumen senarai semak, responden 2 kurang keyakinan dan kurang memberi kerjasama semasa melakukan aktiviti PdP jika berbanding dengan responden murid 1. Sehubungan itu, terdapat masalah yang sama ditunjukkan oleh kedua-dua responden iaitu mereka kurang semangat, kurang seronok, kurang minat, kurang bercakap dan memberi pandangan serta kurang memberi perhatian semasa aktiviti PdP. Gambar 2 : Aktiviti MelukisGambar 1 : Aktiviti Melukis

Temu BualPengkaji telah menjalankan temu bual separa berstruktur terhadap kedua-dua responden murid pemulihan bahawa mereka suka belajar atau tidak sebagai soalan permulaan. Melalui temu bual dengan kedua-dua responden, didapati kedua-dua responden suka belajar tetapi tidak suka belajar tentang apa yang tidak faham semasa pengajaran. Manakala, aktiviti PdP yang tidak difahami atau kurang menarik minat tidak akan memotivasi mereka untuk melibatkan diri dengan baik. Mereka akan berasa bosan dan tidak seronok. Selain itu, kedua-dua responden juga suka guru selalu memberi pujian dan hadiah kepada mereka manakala bukannya marah mereka semasa aktiviti PdP. Responden 2 telah memberitahu sebab dia tidak melibatkan diri dalam aktiviti kerana kurang keyakinan dan berasa diri sendiri tidak boleh menjalankannya dengan baik. Gambar 4 : Temu BualGambar 3 : Temu Bual

PERBINCANGAN Perbincangan kajian ini berkaitan dengan dua persoalan iaitu (1) motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dan (2) punca mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam melibatkan diri terhadap aktiviti PdP.(1) Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti PdPBerdasarkan dapatan kajian, menunjukkan 100% responden guru setuju bahawa motivasi kendiri penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP dan juga terdapat 92.3% responden setuju bahawa penglibatan murid pemulihan dalam aktiviti PdP dipengaruhi oleh motivasi kendiri. Dengan ini, amat jelas motivasi kendiri telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP. Selain itu, menurut Teori Motivasi Abraham Maslow, terdapat lima tahap keperluan yang menentukan motivasi pembelajaran iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan kemampuan sendiri. Lima tahap keperluan ini dikenali sebagai Hierarki keperluan Maslow. Lima tahap keperluan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu keperluan asas dan keperluan keselesaan.

Rajah 1 : Rajah Keperluan asas Maslow( sumber: Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008.)

Maslow (1954), menghuraikan teori motivasi mengikut heirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya. Maknanya, sekiranya keperluan asas seseorang murid tidak dipenuhi, motivasi pembelajaran juga akan dikurangkan. Apatah lagi guru masih berharap murid menglibatkan diri sendiri secara aktif terhadap aktiviti PdP selagi keperluan asas murid tidak dipenuhi. Pernyataan ini telah disokong oleh dapatan kajian ini bahawa 53.8% responden guru setuju bahawa keperluan fisiologi yang tidak mencukupi akan merendahkan tahap motivasi kendiri murid pemulihan. Manakala, 76.9% responden guru setuju bahawa keadaan yang kurang selamat dan terancam akan mempengaruhi motivasi kendiri murid pemulihan serta 84.6% responden guru setuju bahawa kasih sayang juga akan mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah. Di samping itu, didapati 69.2% responden guru setuju motivasi kendiri rendah akan mengakibatkan murid pemulihan mudah berputus asa, rendah diri, kurang semangat dan juga pasif semasa menjalankan aktiviti PdP. Dapatan data ini juga dibukti melalui pemerhatian pengkaji terhadap kedua-dua responden murid pemulihan semasa aktiviti PdP. Biasanya, murid pemulihan yang bermotivasi kendiri rendah mempunyai konsep kendiri negatif. Menurut Jamaludin Ramli (2010), individu jenis konsep kendiri negatif akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan mengakibatkan individu tersebut berasa rendah diri, kurang keyakinan dan menjadi pasif. Manakala, mereka suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Ini telah disokong oleh hasil temu bual pengkaji dengan kedua-dua responden murid pemulihan bahawa mereka kurang bermotivasi untuk menjalankan aktiviti PdP disebabkan kurang keyakinan dan berasa diri sendiri tidak boleh melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Sekiranya mereka mempunyai permikiran seperti ini, memang tahap motivasi kendiri akan menurun.Selain itu, motivasi kendiri juga mempunyai hubungan secara langsung dengan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Hal ini demikian kerana, kedua-dua motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik akan meningkatkan motivasi kendiri murid dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti PdP. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat 100% responden guru setuju bahawa motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik dapat meningkatkan motivasi kendiri murid untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP. Sehubungan itu, melalui temu bual, didapati kedua-dua responden murid pemulihan suka guru selalu memberi hadiah dan pujian (motivasi ekstrinsik) kepada mereka dan tidak suka guru yang garang. Manakala, mereka juga tidak melibatkan diri secara aktif sekiranya mereka tidak berminat dan tidak faham (motivasi intrinsik) terhadap aktiviti PdP tersebut. Dunn dan Dunn (1978) telah menyatakan motivasi intrinsik terbina apabila terdapat dorongan dalaman di dalam diri pelajar untuk turut serta dalam pembelajaran. Pernyataan ini juga disokong oleh Azizi (2005), menyatakan bahawa seseorang akan mendapat motivasi intrinsik yang tinggi jika satu keadaan psikologi yang mendorong membuat sesuatu disebabkan minatnya terhadap sesuatu.(2) Punca Mengakibatkan Motivasi Kendiri Murid Pemulihan Rendah Dalam Melibatkan Diri Terhadap Aktiviti PdP.Berdasarkan dapatan kajian, didapati 100% responden guru setuju bahawa punca utama mengakibatkan motivasi kendiri rendah dalam kalangan murid pemulihan adalah kekurangan dorongan dan bimbingan ibu bapa dan guru terhadap murid pemulihan. Menurut Jamaludin Ramli (2010), kekurangan kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa lain kepada seseorang akan mengakibatkan mereka wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan membentuk motivasi kendiri yang rendah. Pernyataan ini telah disokong oleh Teori Motivasi Maslow bahawa sekiranya keperluan asas seseorang tidak dipenuhi, tahap motivasi pembelajaran juga akan rendah. Apabila motivasi pembelajaran murid pemulihan rendah, secara langsungnya, motivasi kendiri mereka untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP juga akan rendah.Di samping itu, melalui dapatan kajian, terdapat 92.3% responden guru menyetujui aktiviti PdP dan gaya penyampaian guru juga sebagai salah satu punca mengakibatkan motivasi kendiri murid menjadi rendah dan tidak menglibatkan diri terhadap aktiviti PdP. Aktiviti PdP yang kurang menarik dan gaya penyampaian guru yang tidak berkesan akan mengakibatkan murid kurang minat untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP tersebut. Melalui temu bual pengkaji terhadap kedua-dua responden murid pemulihan, didapati juga aktiviti PdP yang tidak difahami dan tidak menarik minat, tidak akan memotivasi mereka untuk melibatkan diri terhadapnya dengan baik. Mereka akan berasa bosan dan tidak seronok. Menurut Howard Gardner (1983), kaedah pengajaran guru yang tidak serasi dengan tahap kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Manakala, Menurut Dick & Reiser (1989), pembelajaran yang berkesan memaparkan sesuatu keseronokan. Apabila kanak-kanak minat untuk terus belajar, mereka akan memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi dan sosial pada jangka masa panjang.

CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian di atas, terdapat beberapa cadangan patut diambilkira oleh ibu bapa dan guru dalam meningkatan motivasi kendiri murid pemulihan dan penglibatan mereka terhadap aktiviti PdP.1. Ibu bapa dan guru harus selalu memberi peluang dan mendorong murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang boleh mengiktirafkan kebolehan mereka supaya mereka dapat menghayati kejayaan seperti murid biasa.2. Ibu bapa dan guru harus memberi peneguhan, pujian dan ganjaran yang sepatutnya kepada murid pemulihan apabila mereka berjaya melakukan sesuatu yang baik supaya mereka berasa usaha mereka diperhatikan. 3. Guru harus selalu mengambilkira keperluan asas murid pemulihan seperti keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang sama ada dipenuhi atau tidak sebelum proses PdP.4. Guru harus merangcangkan aktiviti PdP dan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid pemulihan seperti permaianan, nyanyian dan sebagainya supaya menarik minat murid pemulihan untuk menglibatkan diri. Menurut Mahasan Mahmmod (2003), kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi dilaksankan dalam pengajaran dan pembelajaran

KESIMPULAN Dapatan kajian ini menunjukkan motivasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran atau kewujudan motivasi adalah merupakan satu yang keperluan umum. Motivasi kendiri akan dapat mengerakkan murid pemulihan dalam melibatkan diri dan melakukan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan bersungguh-sungguh. Manakala, dorongan serta bimbingan ibu bapa dan guru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar dan gaya penyampaian guru juga harus dititikberatkan supaya dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kerana kesemua ini merupakan punca yang akan mengakibatkan motivasi kendiri murid rendah dalam melibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKANAbdul Rahim, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari. (2008). Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar dewasa. Diakses daripada http://eprints.utm.my/7865/1/78111.pdf Azizan. (2007). Faktor Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Serta Hubungkaitnya Dengan Minat Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong Untuk Melibatkan Diri Dalam Sukan. Diakses daripada http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=piu4yqox3h9ww55sqmpjvgjy4vr8qxbu20090701155743863Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd.Azizi Yahaya, Yusof & Kamaliah. (2005). Hubungan antara Konsep Kendiri, Motivasi dan gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar. Diakses daripada http://eprints.utm.my/2332/Dick, W., & Reiser, M. (1989). Planning effective instruction. Eaglewood Cliffs, NJ :Prentice-Hall, Inc.Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles : A Practical Approach. Reston Publishing.Hee, J.M. & Siti Liyana. (2011). Hubungan Antara Tahap Motivasi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Diakses daripada :http://eprints.utm.my/11875/Jamaludin Ramli. (2010). Bab 6 : Pengertian Konsep Kendiri. Diakses daripada eprints.utm.my/10353/1/bab6.pdfMashithah, Suzana & Muhammad. (2013). Pembiayaan Pendidikan Dan Kesan Keatas Motivasi Pelajar Dan Pencapaian Akademik. Diakses daripada http://www.slideshare.net/mashithahkhalid/dapat-memperbaiki-pencapaian-akademiknyaMahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur.Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper and Row. Publishers.Reber A.S. (1985). Dictionary of Psychology. New Zealand : Penguin Books.Richard Denny. (1993). Motivate To Win. London, UK : Kogan Page Limited Woolfolk, A. (1998). Educational Psychology. 7nd.Ed. Boston : Allyn & Bacon.