26

iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan
Page 2: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan
Page 3: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

iii

AMALAN PENGURUSAN PERNIAGAAN PENIAGA-PENIAGA KEDAI

RUNCIT BUMIPUTERA DI LUAR BANDAR DAERAH HILIR PERAK

SUHAIDA BINTI ABDUL RHAPAR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................................

Nama Penulis : SUHAIDA BINTI ABDUL RHAPAR

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

v

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T

tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad

S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Ibundaku yang tercinta.....

Abdul Rhapar b. A’ala dan Siti Lamsiah bt Mohamed

Dan

Ayah dan Ibu mertuaku yang tercinta.....

Amdah bin Ali dan Maleh b Nordin

Serta

Suami tercinta.......

Zubir bin Amdah

Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan

mu senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.

Buat Kekanda & Adinda-adindaku yang Tersayang,

Kekanda Suzana serta adindaku Nor afizah, Mohammed Redzuan dan Siti Hajar

Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku.

Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan

yang ada disamping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari yang Maha Pencipta.

Sekian, Wassalam.

Page 6: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w.

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Prof Muhammad Rashid bin Rajuddin yang telah banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada peniaga-peniaga kedai runcit luar

bandar Daerah Hilir Perak di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam

menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,

rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam

menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat

keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Page 7: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

vii

ABSTRAK

Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah untuk

dimasuki berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif,

pelancongan dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai sistem

organisasi yang lebih mudah dan operasi yang senang difahami. Peranan dan

sumbangan perniagaan kecil ini dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui amalan

pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar dalam

meningkatkan perniagaan mereka. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada

peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar Daerah Hilir Perak telah dipilih untuk

menjawab borang set soal-selidik untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara

deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus dengan menggunakan perisian

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 14.0). Ia mengandungi 50 item

yang diukur dengan menggunakan skala binari. Hasil kajian menunjukkan amalan

pengurusan perniagaan berada pada skor sederhana. Terdapat dua sahaja amalan

pengurusan yang berada pada skor yang baik, manakala dua amalan pengurusan lagi

berada pada skor yang sederhana. Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan peniaga-

peniaga kedai runcit bumiputera ini perlu ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan

perniagaan mereka pada masa akan datang. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan

telah diberikan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada

pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar.

Page 8: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

viii

ABSTRACT

Retailing is one of the business field that in my opinion is easier to involve

with, comparing with other type of businesses such as automotives, tourism,

constructions, manufacturing, and many others. It is because of the organization

structure is more lean, simple system required and the operation is not complicated.

Although the retailing business seems like playing a small role in this country, but it

has a large impact to the economic growth. Especially in our country Gross Domestic

Products (GDP).. One of the objective of the research is to understand the type of

management of the retailing business at the countryside, in order to improve the

capabilities, effectiveness, and efficiencies of the retailers. In this research, 38

retailers were chosen as the respondent. Statistical Package for the Social Sciences

(SPSS 14.0) was used system to analyzed the data gathered from the respondents,

which contains 50 questionnaire related to small and medium businesses and its

measure by binary scale. The results of the research found that the overall

capabilities of the retailers are at the medium level. The actions must be taken to

improve and enhance the continues growth of the businesses. In the final stage of this

research, many suggestions are given to the retailers to improve their weaknesses

and to enhance the continues growth of the businesses in countryside. It is also will

boost the state and country economic growth which also will continuously contribute

to increase lifestyle of the people in the area.

Page 9: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK iv

HALAMAN DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

Page 10: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

x

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Latar belakang sejarah pengurusan 16

2.3 Kepentingan pengetahuan pengurusan perniagaan 21

2.4 Pengurusan Kewangan perniagaan 23

2.5 Pengurusan Operasi dan PengeluaranPerniagaan 25

2.6 Pengurusan sumber manusia perniagaan 26

2.7 Pengurusan pemasaran perniagaan 28

2.8 Kesimpulan 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Keesahan Soal Selidik 35

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisis Data 38

3.9 Penutup 38

Page 11: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xi

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data Bahagian A 41

4.2.1 Latar Belakang Responden 41

4.3 Analisis Data Bahagian B 45

4.3.1 Latar Belakang Perniagaan Responden 45

4.4 Analisis Data Bahagian C 51

4.4.1 Persoalan Kajian 1 52

4.4.2 Persoalan Kajian 2 55

4.4.3 Persoalan Kajian 3 58

4.4.4 Persoalan Kajian 4 61

4.5 Kesimpulan 64

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Rumusan Kajian 67

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 69

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 69

5.3.2 Rumusan Latar Belakang Perniagaan 71

5.3.3 Rumusan Persoalan Kajian 72

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 74

5.4.1 Perbincangan Persoalan Kajian Bahagian C 74

5.4.1.1 Adakah Amalan Pengurusan 74

Kewangan Perniagaan Peniaga-

Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Dalam

Melaksanakan Pengurusan

Perniagaan Mereka?.

5.4.3.2 Adakah Amalan Pengurusan 76

Operasi dan Pengeluaran

Page 12: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xii

Perniagaan Peniaga-Peniaga

Kedai Runcit Bumiputera

Dalam Melaksanakan Perniagaan

Mereka?

5.4.3.3 Adakah Amalan Pengurusan 78

Sumber Manusia Perniagaan

Peniaga-Peniaga

Kedai Runcit Bumiputera

Dalam Melaksanakan Pengurusan

Perniagaan mereka?

5.4.3.4 Adakah Amalan Pengurusan 80

Pemasaran Perniagaan Peniaga-Peniaga

Kedai Runcit Bumiputera Dalam

Melaksanakan Perniagaan Mereka?

5.5 Cadangan Kajian 82

5.5.1 Cadangan kepada peniaga-peniaga kedai runcit 84

bumiputera luar bandar.

5.5.2 Cadangan kepada Agensi Terlibat 87

5.5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 88

5.6 Penutup 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A –D 94-108

Page 13: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xiii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUKMUKA

SURAT

3.1 Taburan Item berdasarkan persoalan kajian 37

3.2 Skor % dan Tahap pertimbangan 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur Peruncit 44

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 46

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 47

4.5 Taburan Responden Mengikut Jangka Masa Perniagaan 49

4.6 Taburan Responden Mengikut Status Tapak Perniagaan 50

4.7 Taburan Responden Mengikut pemilikan Perniagaan 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Pekerja 52

4.9 Taburan Responden Mengikut Hubungan Pekerja 53

4.10 Taburan Responden Mengikut Matlamat Utama

Perniagaan

54

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi

Aspek Pengurusan Kewangan

56

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi

Aspek Pengurusan Operasi dan Pengeluaran

Perniagaan

59

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi

Aspek Pengurusan Sumber Manusia

62

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi

Aspek Pengurusan Pemasaran

65

Page 14: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xiv

4.15 Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi Persoalan

Kajian Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-

peniaga Kedai Runcit Bumiputera Luar Bandar Daerah

Hilir Perak

68

Page 15: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH TAJUKMUKA

SURAT

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur Peruncit 45

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 48

4.5 Taburan Responden Mengikut Jangka Masa Perniagaan 49

4.6 Taburan Responden Mengikut Status Tapak Perniagaan 50

4.7 Taburan Responden Mengikut pemilikan Perniagaan 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Pekerja 52

4.9 Taburan Responden Mengikut Hubungan Pekerja 53

4.10 Taburan Responden Mengikut Matlamat Utama

Perniagaan

54

4.11 Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi Persoalan

Kajian Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-

peniaga Kedai Runcit Bumiputera Luar Bandar Daerah

Hilir Perak.

69

5.1 Konsep Pemasaran 88

5.2 Cadangan Kajian 90

Page 16: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xvi

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 17: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Pelajar 94

B Surat Pengesahan Pelajar 101

C Surat Pengesahan Pakar 103

D Gambar-gambar Berkaitan Dengan Kajian 105

Page 18: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pengurusan adalah satu elemen penting di dalam mengendalikan sebarang

organisasi, baik organisasi perniagaan atau pun organisasi bukan perniagaan. Jatuh

bangun sesebuah organisasi, cemerlang ataupun tidak adalah bergantung kepada

pengurusan yang cekap dan berkesan. Pada asasnya, pengurus organisasi adalah

serupa dengan pengurus rumah tangga, juga serupa dengan pengurusan untuk

pembangunan negara. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen penting yang

hendak diuruskan iaitu manusia, organisasi dan matlamat atau tujuan kewujudan

organisasi tersebut ( Sabri Hussin, 2005).

Menurut Shaharuddin Harun dalam Chamhuri Siwar (1992). Dunia

perniagaan adalah satu bidang yang luas dan mencabar terutamanya dengan

berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara

perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa.

Penglibatan di dalamnya memerlukan kriteria-kriteria tertentu daripada masyarakat

perdagangan umumnya untuk menjamin kejayaan yang berterusan. Tambah beliau

lagi, penyertaan masyarakat bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian

negara adalah pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan penglibatan

masyarakat bukan bumiputera. Antara sebab utama yang selalu diperkatakan di

peringkat usahawan individu ialah sikap kurang yakin dan berani menanggung risiko

untuk menerokai kegiatan yang lebih mencabar. Penglibatan dalam bidang ini

Page 19: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

2

memerlukan satu persepsi yang berhemat untuk mengeluarkan barangan bermutu

dengan harga yang setimpal untuk kejayaan sesebuah perniagaan. Dalam hal ini,

tahap persepsi peniaga bumiputera adalah agak rendah disebabkan berpuas hati

dengan pencapaian yang diperolehi.

Menurut Shahidan Kassim dalam Chamhuri Siwar (1992). Berdasarkan

kepada prestasi usahawan Bumiputera dalam jangka masa DEB, secara umumnya

masalah baru akan tetap timbul kerana dunia ekonomi atau dunia perniagaan

bukanlah statik. Ianya berubah mengikut keadaan masa dan bergerak mengikut arah

aliran pasaran tempatan mahupun luar. Ia juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi

yang disebut oleh Adam Smith ‘the invisible hands’.

Pengurusan adalah suatu aktiviti yang kompleks. Ia mempunyai banyak

dimensi. Perundangan pada hari ini kian menyeluruh dan rumit. Persaingan menjadi

semakin hebat. Gaya pengurusan pun sedang mengalami perubahan. Jangka masa

membuat keputusan oleh pihak pengurusan semakin mengambil masa yang lebih

lama. Malah kesan keputusan yang diambil sekarang mungkin diketahui hanya

selepas beberapa tahun ( Abd Aziz Abd Rahman, 1994).

Menurut Abu Bakar Hamed (1998), terdapat lima pengkhususan pengurusan

di dalam sesuatu organisasi perniagaan. Di dalam organisasi besar mungkin terdapat

banyak bidang yang lebih khusus. Pengkhususan yang dimaksudkan beliau adalah

pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran, pengurusan sumber

manusia, pemgurusan pemasaran dan pengurusan maklumat.

Pengurusan kewangan merupakan bidang pengkhususan yang paling utama di

dalam sesuatu organisasi. Mereka yamg terlibat di dalam bidang ini,

bertanggungjawab mendapatkan wang diperlukan untuk menjalankan operasi.

Contohnya membuat ramalan pendapatan dan perbelanjaan jangka masa tertentu,

menentukan keperluan kewangan bagi jangka masa pendek dan panjang, menentukan

sumber kewangan dan sebagainya.

Page 20: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

3

Manakala pengurusan operasi dan pengeluaran juga tidak terkecuali daripada

bidang pengkhususan pengurusan perniagaan. Pengurus operasi dan pengeluaran

melibatkan diri dalam proses pertukaran sumber firma untuk dijadikan barangan dan

perkhidmatan yang sedia dijual. Pengurus pengeluaran mengkoordinasi pengeluaran

produk ’tangidle’; manakala pengurus operasi mengkoordinasi pengeluaran servis.

Antara kegiatan pengurus operasi dan pengeluaran adalah merancang keupayaan

kemudahan untuk pengeluaran, merancang darjah automasi dalam proses

pengeluaran, merancang reka bentuk produk, merancang pengeluaran berdasarkan

permintaan, membeli bahan mentah, mengawal inventori, membuat penjadualan

kerja dan pengeluaran serta mengawal kualiti.

Di samping itu, pengurusan sumber manusia tidak kurang pentingnya dalam

melaksanakan perniagaan. Pengurus sumber manusia terlibat dalam kegiatan yang

berhubung dengan pekerja dalam organisasi. Antara kegiatan pengurus ini adalah

merancang sumber manusia untuk organisasi, membentuk deskripsi kerja,

mewujudkan sistem pengrekrutan dan pemilihan pekerja, mewujudkan program

orientasi dan latihan serta pembangunan kerjaya. Selain itu, ia juga

bertanggungjawab mewujudkan dan melaksanakan program pampasan dan kebajikan

pekerja, mewujudkan program penilaian prestasi serta memastikan peraturan

kerajaan berhubung dengan pekerja diikuti.

Pengurus pemasaran bertanggungjawab merancang, menetapkan harga,

mempromosi dan memastikan produk sentiasa tersedia untuk pelanggan. Terdapat

beberapa pengkhususan dalam kegiatan pemasaran, antaranya adalah penyebaran

produk jualan, penyelidikan pemasaran, peruncitan, pengiklanan, promosi dan

pengurusan produk.

Dalam perkembangan dunia perniagaan yang semakin mencabar, pengurus

bagi semua fungsi dan peringkat pengurusan perlu menyediakan sistem maklumat

pengurusan yang lebih baik. Penggunaan komputer amatlah diperlukan bagi

mewujudkan sistem pengurusan maklumat tersebut. Dengan cara ini pengurus akan

dapat membuat keputusan, merancang dan mengawal kerja dengan lebih cekap dan

berkesan.

Page 21: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

4

Perniagaan runcit juga tidak terkecuali daripada aktiviti pengurusan ini.

Perniagaan runcit merupakan satu bentuk perniagaan yang melibatkan penjualan

barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir untuk kegunaan persendirian.

Kewujudan perniagaan runcit dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang berorientasikan

keuntungan merupakan salah satu faktor yang turut memainkan peranan yang

penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Retail

Biz. Malaysian Retailers Association, April, 1998 dalam Nurazirawati Osman

(2000). Sumbangan kini begitu penting kepada penduduk tempatan dalam

membekalkan barangan keperluan harian terutamanya bekalan makanan kepada

penduduk yang tinggal di luar kawasan perniagaan.

Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah untuk

dimasuki berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif,

pelancongan dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai sistem

organisasi yang lebih mudah dan operasi yang senang difahami. Biasanya, operasi

perniagaan diasaskan oleh keluarga atau individu tertentu dengan dibantu oleh

beberapa orang pekerja am yang terdiri daripada kaum keluarga, jiran dan sebaginya.

Tahap penggunaan modal juga rendah kerana hanya melibatkan pembelian barang

dagangan sahaja (Nurazirawati Osman, 2000).

Peranan dan sumbangan perniagaan kecil dalam pembangunan ekonomi

negara cukup besar. Aktiviti yang dijalankan oleh mereka juga cukup luas.

Sehubungan dengan ini, peranan perniagaan kecil dapatlah kita ringkaskan ke dalam

beberapa aspek seperti mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk, membantu

dalam meningkatkan jumlah tabungan negara, membantu dalam menjimatkan

pengaliran wang keluar negara dan seterusnya menjimatkan tukaran wang asing,

mengurangkan jurang perbezaan agihan pendapatan di kalangan penduduk negara,

membantu memberi latihan dan meningkatkan kemahiran kepada pekerja, membantu

dalam melatih usahawan tempatan, menyumbang dalam meningkatkan arus

pemindahan teknologi asing, berperanan dalam meningkatkan rantaiam perniagaan

dengan firma besar, peranan dalam melengkapkan aktiviti pembangunan

perindustrian dan perdagangan negara, serta meningkatkan pengukuhan kepada

struktur asas ekonomi dan pembangunan industri negara. (Moha Asri, 2000).

Page 22: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

5

Sesungguhnya pengurusan perniagaan ini adalah perlu dititik beratkan oleh

mana-mana organisasi perniagaan yang wujud sama ada berorientasikan untuk

mendapatkan keuntungan atau tidak. Melalui pengurusan yang cekap, ia dapat

membantu dalam membuat perancangan, penilaian, kawalan barang dagangan serta

menilai prestasi jualan barang dagangan yang diniagakan. Oleh itu, ramalan

permintaan pelanggan terhadap sesuatu barang dapat dipenuhi tanpa perlu

menanggung kos operasi yang tinggi. Dengan itu, menunjukkan bahawa aspek

pengurusan perniagaan yang tersusun, sistematik dan dapat mengenal pasti

keperluan-keperluan utama dalam operasi perniagaan. Sekaligus dapat menentukan

penerusan jangka hayat sesebuah perniagaan pada masa akan datang di samping

meningkatkan keuntungan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perniagaan runcit bumiputera di luar bandar merupakan satu perniagaan yang

semakin diminati kini. Namun begitu minat membuka kedai runcit ini

kebanyakkannya tidak memperlihatkan kemajuan yang memberansangkan.

Walaupun mudah untuk membuka perniagaan ini, namun untuk mempertingkat dan

meluaskan perniagaan sukar untuk dilihat.

Menurut Shaharuddin Haron dalam Chamhuri Siwar (1992). Kadangkala

faktor psikologi memainkan peranan penting dalam urusan perniagaan terutama

sekali bagi kaum yang telah lama ketinggalan dan baru mencuba untuk bersaing.

Bermacam-macam halangan seperti persaingan yang tidak sihat sengaja diadakan

sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung oleh golongan masyarakat

perniagaan yang berkepentingan. Ini boleh menjejaskan prestasi dan semangat

Bumiputera semasa pertama kali hendak membuat keputusan untuk berniaga.

Manakala menurut Zainal Abidin Mohd Said, dalam Chamhuri Siwar (1992).

Beberapa faktor yang boleh menolong untuk memberi penerangan kepada masalah

mengapa kebanyakkan peniaga-peniaga Bumiputera menghadapi masalah perniagaan

Page 23: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

6

ialah tidak membuat peramalan perniagaan secara bersistem, tidak mampu untuk

menjalankan penyelidikan perniagaan, tidak mampu menjalankan kegiatan promosi

dan tidak mempunyai saluran agihan yang berkesan dan cekap untuk mengedarkan

barang keluaran mereka kepada pengguna-pengguna.

Perniagaan kecil mempunyai sistem organisasi yang lebih mudah dan

kebiasaannya operasi mereka senang untuk difahami. Dalam kebanyakkan kes,

operasi perniagaan kecil diasaskan oleh keluarga atau individu tertentu dengan

dibantu oleh beberapa orang pekerja am. Ini selaras dengan saiz operasi mereka yang

sebahagian besarnya amat kecil. Tahap penggunaan modal juga amat rendah dan

banyak bergantung kepada penggunaan tenaga pekerja yang terdiri daripada kaum

keluarga, jiran dan sebagainya. Perniagaan kecil juga, sebahagian besarnya

bergantung kepada penggunaan tenaga buruh atau intensif pekerja (Moha Asri

Abdullah, 2000).

Masa depan perniagaan peruncitan kini telah diancam oleh kewujudan

pelbagai bentuk perniagaan terutamanya pusat membeli belah. Perkembangan ini

telah menyebabkan perniagaan runcit ini kurang diberi perhatian memandangkan

pengurusan dipusat membeli belah adalah lebih tersusun. Ini merupakan satu

ancaman kepada peruncit untuk lebih memajukan perniagaan mereka walaupun tidak

dapat bertanding sepenuhnya dengan pelbagai tawaran oleh pusat membeli belah.

Namun begitu apa yang lebih penting adalah bagaimana seseorang peruncit itu dapat

memenuhi kepuasan pelanggannya melalui tahap pengurusan perniagaan runcit

yang dapat memenuhi permintaan pelanggan (Nurazirawati Osman, 2000).

Berikutan dengan taraf hidup kehidupan penduduk semakin meningkat dan

pendapatan perkapita rakyat yang bertambah mengakibatkan pendapatan boleh guna

kuasa membeli kian meningkat. Ini menyebabkan pelanggan mempunyai pilihan

dalam melakukan aktiviti pembelian barang sama ada di pasar mini atau pasaraya.

Memandangkan hakikat ini, peruncit-peruncit merupakan golongan yang berisiko.

Ini kerana pelanggan pada masa kini memerlukan suasana pembelian yang selesa,

barangan yang berkualiti, mempunyai prestij yang lebih baik dan faktor-faktor

pembelian yang dapat menarik aktiviti pembelian mereka. Oleh itu peruncit-peruncit

Page 24: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

7

perlu membuat perancangan pengurusan yang teliti, tahu perubahan citarasa

pelanggan serta bertindak pantas dalam melaksanakan proses pengurusan

perniagaan. Ini adalah kerana, dalam perniagaan runcit, pengguna atau pelanggan

adalah faktor utama yang perlu diambil kira dan peruncit perlu mempunyai satu

pemahaman yang jelas tentang gelagat pengguna. Ini bagi mengelakkan peruncit

menghadapi masalah yang boleh mengganggu gugat kelancaran operasi perniagaan,

seterusnya boleh menyebabkan perniagaan tutup.

Walaupun dengan adanya saingan daripada pasaraya-pasaraya yang begitu

popular dan perkembangan cepat, namun peruncit-peruncit bebas masih terus hidup

dan berkembang. Hal ini adalah kerana peruncit-peruncit menawarkan sesuatu yang

istimewa kepada pelanggan-pelanggan, tetapi pada analisis terakhir ini pelanggan-

pelangganlah yang menyebabkan kedai terus menjalankan perniagaan. Selagi

pelanggan-pelanggan terus melanggan kedai itu, ia akan tetap kekal dan berkembang

maju, tetapi sekiranya pelanggan-pelanggan membawa perniagaan mereka kepada

pasaraya baru dan mengabaikan kedai bebas yang telah memberi khidmat kepadanya

bertahun-tahun, kedai ini akhirnya terpaksa ditutup.

Selain itu, kedai-kedai runcit pada keseluruhannya terus menjalankan

perniagaan kerana ia terletak jauh dari kawasan di mana tidak terdapat saingan

daripada pasaraya-pasaraya yang besar. Ia kebanyakkannya didapati berhampiran

rumah-rumah pelanggan di kawasan luar bandar dan kawasan perkampungan di

mana penubuhan kedai sejaras dan pasaraya-pasaraya tidak akan menguntungkan.

Peniaga kedai runcit adalah bebas membuka kedainya pada masa yang

dikehendakinya. Manakala kedai-kedai besar adalah terikat oleh undang-undang

kesatuan sekerja dan kehendak-kehendak undang-undang dan mesti tutup pada masa-

masa tertentu. Perniagaan yang dijalankan oleh pemilik bersendirian boleh buka

sepanjang hari dan setiap hari termasuk hari cuti. Ia mendapat banyak langganan

apabila kedai-kedai di jalan besar ditutup. Ia adalah bebas membuat konsesi dengan

tujuan untuk mengambil hati dan mengekalkan pelanggan-pelanggan di kedainya

sementara pembantu jualan bagi kedai-kedai besar mungkin tidak mempunyai kuasa

untuk membuat konsesi-konsesi seperti itu.

Page 25: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

8

Peniaga kedai runcit juga kadang kala memberi kredit kepada pelanggan-

pelanggannya secara persendirian maka ia mempunyai kedudukan yang lebih baik

untuk memberi kredit. Oleh itu ia dapat pelanggan-pelanggan yang tidak boleh

membayar secara tunai. Ia juga memberi mereka perhatian persendirian yang

mustahak dalam perniagaan seperti perkhidmatan penghantaran barang ke rumah

pelanggan.

Oleh yang demikian, peruncit-peruncit perlu membuat perancangan yang

teliti, tahu perubahan citarasa pelanggan serta bertindak pantas dalam melaksanakan

proses pengurusan perniagaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan peruncitan,

pengguna atau pelanggan adalah faktor utama yang perlu diambil kira dan peruncit

perlu mempunyai satu pemahaman yang jelas tentang gelagat pembelian pelanggan.

Ini bagi mengelakkan peruncit menghadapi masalah yang boleh mengganggu-gugat

kelancaran operasi perniagaan, seterusnya boleh menyebabkan perniagaan ditutup.

1.3 Penyataan masalah

Perniagaan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Perniagaan kadang

kala dapat membentuk bagaimana cara manusia, bekerja dan bermain. Umpamanya,

penggunaan komputer telah mengubah cara manusia bekerja dan berinteraksi. Begitu

juga dengan penggunaan robot dan alat elektronik lain. Perniagaan runcit telah

memainkan peranan bagi mengeluar, memasar dan menjual perbagai jenis barangan

dan perkhidmatan yang memberi satu corak penghidupan kepada manusia.

Dunia perniagaan sememangnya suatu bidang yang mencabar. Mereka yang

menceburi bidang ini sudah mengenali dan menempuhi pelbagai rintangan dan

halangan. Sebahagian mereka berjaya dan telah mengecapi kesenangan daripada

hasil perniagaan mereka. Kejayaan mereka tidak datang bergolek, tetapi

bergelumang dengan usaha dan dugaan. Untuk mengekalkan kejayaan setiap

perniagaan, peniaga atau usahawan seharusnya terus mewujudkan motivasi dan

Page 26: iii - fp.utm.my€¦ · berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa. Penglibatan

9

disiplin diri yang tinggi, mencari sebanyak mungkin pengalaman atau selok belok

perniagaan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan perniagaan.

Tambahan pula masa depan perniagaan peruncitan kini telah diancam oleh

kewujudan pelbagai bentuk perniagaan terutamanya pusat membeli belah.

Perkembangan ini telah menyebabkan perniagaan runcit ini kurang diberi perhatian

memandangkan pengurusan dipusat membeli belah adalah lebih tersusun. Ini

merupakan satu ancaman kepada peruncit untuk lebih memajukan perniagaan mereka

walaupun tidak dapat bertanding sepenuhnya dengan pelbagai tawaran oleh pusat

membeli belah.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah di rangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang

dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai

sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :

i. Mengenalpasti amalan pengurusan kewangan perniagaan peniaga-peniaga

kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.

ii. Mengenalpasti amalan pengurusan operasi perniagaan dan pengeluaran

perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan

perniagaan mereka.

iii. Mengenalpasti amalan pengurusan sumber manusia perniagaan peniaga-

peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.

iv. Mengenalpasti amalan pengurusan pemasaran perniagaan peniaga-

peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.