Transcript
Page 1: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Oleh

Tan Kai Yee

IPG Kampus Perlis

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui peranan motivasi kendiri dalam

mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(PdP). Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi

kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Antara jenis motivasi yang akan mempengaruhi murid pemulihan adalah

motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik. Sampel kajian ini terdiri daripada 13 orang guru

dan 2 orang murid pemulihan di sekolah SJK (C) Min Nam, Pulau Langkawi, Kedah. Data

kajian dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian berstruktur dan

temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% responden guru menyetujui motivasi

kendiri adalah penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP dan juga 92.3% responden

guru setuju bahawa penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dipengaruhi oleh

motivasi kendiri. Selain itu, terdapat 100% responden guru yang setuju bahawa dorongan

dan bimbingan ibu bapa dan guru merupakan punca utama mengakibatkan motivasi kendiri

murid pemulihan rendah. Manakala, 92.3% responden guru telah menyetujui aktiviti PdP

dan gaya penyampaian guru juga sebagai salah satu punca mengakibatkan motivasi kendiri

murid menjadi rendah.

Kata Kunci: Motivasi kendiri, penglibatan murid pemulihan, aktiviti PdP.

PENGENALAN

‘Motivasi’ merupakan satu perkataan daripada bahasa Latin iaitu ‘movere’ atau ‘tomove’

yang bermaksud untuk menggerak atau bergerak ke arah tertentu. Menurut Reber (1987),

motivasi ialah proses intervensi atau keadaan dalaman seseorang yang mendorongannya

untuk bertindak. Bagi Woolfolk (1995) pula menyatakan bahawa motivasi bukan hanya

dorongan untuk bertindak tetapi juga mengarah dan meneruskan sesuatu tingkah laku.

Malahan, salah satu isu yang sentiasa dibincangkan dalam alam pendidikan ialah peranan

Page 2: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

motivasi kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid terutamanya bagi

murid pemulihan. Sehubungan itu, melalui pengalaman pengkaji berpraktikum di sekolah

SJK(C) Min Nam, didapati dua murid pemulihan Tahun 3 mempunyai motivasi kendiri yang

rendah. Mereka jarang dan malas menglibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan baik. Mereka cepat berasa bosan, kurang semangat, kurang

keyakinan dan mudah berputus asa terhadap sesuatu benda yang tidak faham atau baharu

kepada mereka. Ini telah disokong oleh Mohd Salleh (dalam Azizan, 2007) yang mengaitkan

motivasi dengan penglibatan murid dalam sukan iaitu keengganan murid untuk melibatkan

diri dalam sukan dipengaruhi juga oleh faktor psikologi terutamanya dalam aspek motivasi.

Individu berkenaan tidak mempunyai motivasi yang mencukupi menggerakkan diri untuk

beraktiviti. Maka, melalui kajian ini, fokus utama pengkaji ialah mengkaji tentang peranan

motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam masa yang sama, pengkaji juga akan mengenal

pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam

menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Motivasi kendiri (self-motivated) telah merujuk kepada kecenderungan emosi yang

berupaya untuk menggerakkan dan memandu individu itu ke arah pencapaian matlamat.

Motivasi kendiri juga membantu manusia mengambil inisiatif yang berlipat ganda dan gigih

berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan mahupun

kegagalan. Individu yang tinggi tahap motivasi kendiri akan lebih mudah dalam pelaksanaan

apa juga hal dan lebih terancang dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik serta tidak

mudah berputus asa.

Menurut Richard Denny (1993) menyatakan bahawa kehadiran atau kewujudan

motivasi adalah merupakan satu yang menjadi keperluan umum. Setiap orang mahu

menjadi seseorang yang bermotivasi tetapi sering juga tidak tahu caranya. Setiap guru

sentiasa inginkan murid-muridnya mempunyai motivasi kendiri yang tinggi untuk belajar dan

melibatkan dirinya dalam aktiviti PdP dengan baik. Pastinya murid seperti ini adalah murid

yang boleh melaksanakan aktiviti PdP dengan berkesan dan sentiasa ke hadapan malahan

tidak akan jadi seperti pahat yang “sekali ketuk sekali berbunyi”. Murid yang bermotivasi

kebiasaannya telah tahu tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang diharapkan

daripadanya serta tidak perlu banyak diarah atau dikawal selia.

Sehubungan itu, terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan kecenderungan untuk mencapai atau mengatasi

cabaran-cabaran kerana minat atau menggunakan keupayaan yang ada. Seseorang yang

bermotivasi intrinsik tidak memerlukan insentif luaran, sama ada dalam bentuk ganjaran

Page 3: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

atau dendaan untuk melakukan sesuatu kerja. Kerja berkenaan sudah memenuhi

kepuasaan mereka. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, menurut Woolfolk (1995), ia

lebih kecenderungan kepada melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran luaran seperti

markah dan gred, ataupun mengelak daripada dendaan. Ringkasnya, perbezaan asas

antara kedua-dua jenis motivasi ini ialah sebab-sebab sesuatu tingkah laku itu dilaksanakan,

sama ada berpunca dari dalam atau luar.

Dalam situasi pembelajaran, motivasi amat penting untuk menimbulkan minat

pembelajaran kepada pelajar supaya mereka terus berusaha untuk menguasai sesuatu

pengetahuan dan juga kemahiran yang mereka ingin terokai. Ini juga telah disokong oleh

kajian Abdul Rahim et. al. (2008) yang menjelaskan pembelajaran seseorang pelajar

didorong kuat oleh motivasi, di mana motivasi memainkan peranan penting untuk

menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka.

Dengan itu, salah satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah menentukan rancangan

yang dapat menimbulkan motivasi kendiri pelajar-pelajar untuk menglibatkan diri terhadap

pengajaran secara aktif.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut.

1. mengetahui peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi penglibatan murid

pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2. mengenal pasti punca yang mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan

rendah dalam menglibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab persoalan yang berikut.

1. Adakah motivasi kendiri memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah punca yang mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam

melibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

Page 4: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

KESIGNIFIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi bantuan kepada guru-guru sama ada guru

biasa atau guru pemulihan mengenai kepentingan motivasi kendiri dalam mempengaruhi

penglibatan murid pemulihan di dalam kelas. Guru biasa dan guru pemulihan boleh

membuat refleksi kendiri tentang amalannya sendiri dan cara penyampaian pengajaran

adakah dapat meningkatkan motivasi kendiri kepada murid pemulihan. Dapatan kajian juga

dapat membantu guru-guru dan ibu bapa dalam merancangkan strategi yang sesuai

berdasarkan punca tertentu dalam meningkatkan motivasi kendiri dalam kalangan murid

pemulihan.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan guru-guru di sekolah dan murid pemulihan di sekolah SJK (C) Min

Nam, Pulau Langkawi, Kedah. Fokus kajian kepada peranan motivasi kendiri dalam

mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dan punca mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri

terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan borang soal selidik,

pemerhatian berstruktur dan temu bual di mana ia bertujuan untuk melihat peranan motivasi

kendiri dalam mempengarhuhi penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, kajian kes ini juga dapat mengenal pasti punca yang

mengakitbatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam menglibatkan diri terhadap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Data yang dikumpulkan akan dianalisis secara

deskriptif dan inferensi. Kajian kes ini merupakan jenis kes pengajaran iaitu untuk

menjelaskan sesuatu permasalahan untuk dijadikan panduan pengajaran dan pembelajaran.

Persampelan

Tiga belas orang guru dan dua orang murid pemulihan Tahun 3 telah dipilih dari sekolah

SJK (C) Min Nam di Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Bilangan sampel yang kurang ini

adalah disebabkan sekolah ini merupakan sekolah kurang murid di Langkawi dan hanya

mempunyai 54 orang murid di sekolah. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah jenis

Page 5: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

kebangsaan Cina, tetapi majoriti murid di sekolah ini adalah terdiri daripada kaum Melayu.

Guru-guru ini adalah terdiri daripada 5 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Tahap

pendidikan dan pengalaman mengajar di sekolah adalah seperti jadual 1 yang berikut :

Kekerapan

A. Tahap pendidikan Siswazah 4 (30.8 %)

Bukan Siswazah 9 (69.2 %)

B. Bilangan tahun mengajar

di sekolah

1 – 3 6 (46.2 %)

4 – 7 4 (30.8 %)

8 – 11 1 (7.7 %)

12 – 15 1 (7.7 %)

< 15 1 (7.7 %)

Jadual 1

Berdasarkan jadual di atas, didapati guru yang bukan siswazah lebih daripada guru

siswazah sebanyak 38.4 %. Manakala, lebih daripada 77 % guru di sekolah mempunyai

pengalaman mengajar yang kurang daripada 8 tahun.

Instrumen Kajian

Data bagi kajian ini telah menggunakan borang soal selidik, pemerhatian berstruktur dan

temu bual.

Soal Selidik

Penggunaan borang soal selidik adalah bagi memudahkan penganalisian data. Soal selidik

yang digunakan adalah jenis soal selidik tertutup jenis skala likert 5 mata iaitu 1 untuk

sangat tidak setuja, 2 untuk tidak setuju, 3 untuk kurang setuju, 4 untuk setuju, dan 5 untuk

sangat setuju. Responden bagi borang soal selidik ini hanya terdiri daripada 13 orang guru

di sekolah SJK (C) Min Nam, Langkawi, Kedah sahaja. Borang soal selidik kajian ini juga

dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian A : Latar Belakang Responden

Bahagian B : Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan

Terhadap Aktiviti PdP

Bahagian C : Punca Mengakibatkan Motivasi Kendiri Murid Pemulihan Rendah Dalam

Menglibatkan Diri Terhadap Aktiviti PdP

Page 6: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Pemerhatian Berstruktur

Pemerhatian berstruktur merupakan aspek yang hendak diperhatikan perlu dikenal pasti

terlebih dahulu sebelum menjalankan pemerhatian. Pengkaji memerhati, mendengar dan

merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Manakala, instrumen

senarai semak juga akan disediakan terlebih dahulu dan pengkaji akan membuat

pemerhatian berdasarkan item-item senarai semak yang disediakan. Pemerhatian

berstruktur bagi kajian ini telah dijalankan terhadap 2 orang responden murid pemulihan

Tahun 3. Instrumen senarai semak telah dibahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian A : Biodata murid.

Bahagian B : Masalah Murid Pemulihan Menglibatkan Diri Dalam Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Temu bual

Dalam kajian ini, temubual separa berstruktur telah digunakan terhadap 2 orang responden

murid pemulihan Tahun 3. Temu bual separa berstruktur ialah pengkaji hanya menyediakan

soalan utama yang ingin ditanya dan soalan susulan adalah berdasarkan jawapan

responden.

DAPATAN KAJIAN

Soal Selidik

Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)

Jadual 2 di bawah, menunjukkan persepsi 13 orang guru-guru di sekolah SJK (C) Min Nam,

Langkawi, Kedah tentang peranan motivasi kendiri dalam mempengaruhi murid pemulihan

terhadap aktiviti PdP.

Bil Item Soalan Skala1 2 3 4 5

1. Motivasi kendiri penting untuk murid pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)

0 (0)

0 (0)

4 (30.8)

9 (69.2)

2. Penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh motivasi kendiri.

0 (0)

0 (0)

1 (7.7)

5 (38.5)

7 (53.8)

Page 7: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

3. Motivasi ekstrinsik daripada guru seperti peneguhan, pujian dan ganjaran dapat meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)

0 (0)

0 (0)

7 (53.8)

6 (46.2)

4. Motivasi intrinsik daripada murid pemulihan diri sendiri seperti minat dan kepuasan dapat meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)

0 (0)

0 (0)

5 (38.5)

8 (61.5)

5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan menarik dapat meningkatkan minat murid pemulihan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)

0 (0)

0(0)

3 (23.1)

10 (76.9)

6. Alat bantu mengajar yang menarik dapat meningkatkan minat murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)

0 (0)

1 (7.7)

2 (15.4)

10 (76.9)

7. Motivasi ekstrinsik lebih berkesan dalam meningkatkan motivasi kendiri murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan motivasi intrinsik.

0 (0)

0 (0)

1 (7.7)

8 (61.5)

4 (30.8)

8. Murid pemulihan yang motivasi kendiri rendah akan mudah berputus asa, rendah diri dan juga kurang semangat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

0 (0)

0 (0)

4 (30.8)

8 (61.5)

1 (7.7)

9. Murid pemulihan yang motivasi kendiri rendah selalu bersifat pasif. 0

(0)0

(0)4

(30.8)9

(69.2)0

(0)

10. Pelajar perempuan lebih bermotivasi berbanding dengan pelajar lelaki. 0

(0)1

(7.7)4

(30.8)4

(30.8)4

(30.8)

Jadual 2

Skala : 1- sangat tidak setuju 2- tidak setuju 3- kurang setuju 4- setuju 5- sangat setuju

Berdasarkan jadual 2 di atas, didapati 100% responden setuju bahawa motivasi kendiri

penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP serta motivasi ekstrinsik dan intrinsik

dapat meningkatkan motivasi kendiri murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti

PdP. Selain itu, 100 % responden juga setuju bahawa aktiviti PdP yang seronok dan

menarik dapat meningkatkan minat (motivasi intrinsik) murid pemulihan untuk menjalankan

aktiviti PdP.

Page 8: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Selain itu, sebanyak 92.3% responden setuju dan hanya 7.7% responden kurang

setuju bahawa penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dipengaruhi oleh motivasi

kendiri, alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat murid dalam aktiviti PdP dan juga

motivasi ekstinsik lebih berkesan daripada motivasi intrinsik dalam meningkatkan motivasi

kendiri murid pemulihan. Manakala, terdapat juga 69.2% responden setuju bahawa murid

pemulihan yang motivasi kendiri rendah mudah berputus asa, rendah diri, kurang semangat

dan pasif dalam menjalankan aktiviti PdP.

Punca Mengakibatkan Murid Pemulihan Motivasi Kendiri Rendah Dalam Menglibatkan Diri Terhadap Aktiviti PdP

Jadual 3 di bawah, menunjukkan persepsi 13 orang guru-guru di sekolah SJK (C) Min Nam,

Langkawi, Kedah tentang punca mengakibatkan murid pemulihan motivasi kendiri rendah.

Bil Item Soalan Skala1 2 3 4 5

1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menyeronok dan menarik minat murid. 0

(0)0

(0)2

(15.4)7

(53.8)5

(38.5)

2. Murid pemulihan jarang diberi peneguhan, ganjaran dan pujian kepada murid pemulihan. 0

(0)0

(0)4

(30.8)6

(46.2)3

(23.1)

3. Keperluan fisiologi murid seperti makanan, minuman, osigen dan lain-lain tidak mencukupi.

0 (0)

0 (0)

6 (46.2)

7 (53.8)

0 (0)

4. Murid dalam keadaan yang kurang selamat dan terancam. 0

(0)0

(0)3

(23.1)8

(61.5)2

(15.4)

5. Murid mempunyai kasih sayang yang kurang daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan. 0

(0)0

(0)2

(15.4)8

(61.5)3

(23.1)

6. Ibu bapa dan guru kurang memberi bimbingan dan dorongan kepada murid pemulihan. 0

(0)0

(0)0

(0)11

(84.6)2

(15.4)

7. Gaya pengajaran guru yang kurang menarik. 0 (0)

0 (0)

2 (15.4)

10 (76.9)

1 (7.7)

8. Murid pemulihan jarang menghayati kejayaan diri sendiri. 0

(0)0

(0)3

(23.1)9

(69.2)1

(7.7)

9. Pengajaran yang dirancang kurang sesuai dengan tahap murid pemulihan. 0

(0)0

(0)4

(30.8)8

(61.5)1

(7.7)

Jadual 3

Skala : 1- sangat tidak setuju 2- tidak setuju 3- kurang setuju 4- setuju 5- sangat setuju

Page 9: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Berdasarkan jadual 3 di atas, terdapat 100% responden setuju bahawa ibu bapa dan guru

kurang memberi bimbingan dan dorongan kepada murid pemulihan adalah punca

mengakibatkan motivasi kendiri mereka menjadi rendah. Manakala, terdapat juga 92.3%

responden setuju bahawa aktiviti PdP yang tidak menyeronok, kekurangan kasih sayang

dan juga gaya pengajaran guru yang kurang menarik akan mempengaruhi motivasi kendiri

murid pemulihan.

Di samping itu, didapati hampir separuh responden iaitu 46.2% kurang setuju

keperluan fisiologi akan mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah. Terdapat

juga 30.8% responden kurang setuju jarang memberi peneguhan, ganjaran dan pujian

kepada murid pemulihan serta pengajaran yang kurang sesuai dengan tahap murid

pemulihan akan menjadikan mereka motivasi kendiri rendah.

Pemerhatian

Satu analisis berdasarkan pemerhatian dan instrumen senarai semak yang berkaitan

dengan masalah murid pemulihan menglibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran telah dihasilkan.

Responden 1 Responden 2123456789

Masalah Murid Pemulihan Menglibatkan Diri Dalam Aktiviti PdP

Series 1

Carta 1

Carta 1 di atas, menunjukkan masalah kedua-dua responden murid pemulihan menglibatkan

diri dalam aktiviti PdP yang telah dipemerhatian oleh pengkaji semasa pengajaran

berdasarkan item-item senarai semak yang disediakan. Berdasarkan carta 1, didapati

responden 2 mempunyai 7 masalah dan lebih banyak daripada responden 1 yang hanya

mempunyai 6 masalah semasa menglibatkan diri dalam aktiviti PdP. Berdasarkan analisis

terhadap instrumen senarai semak, responden 2 kurang keyakinan dan kurang memberi

kerjasama semasa melakukan aktiviti PdP jika berbanding dengan responden murid 1.

Sehubungan itu, terdapat masalah yang sama ditunjukkan oleh kedua-dua responden iaitu

Page 10: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

mereka kurang semangat, kurang seronok, kurang minat, kurang bercakap dan memberi

pandangan serta kurang memberi perhatian semasa aktiviti PdP.

Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual separa berstruktur terhadap kedua-dua responden

murid pemulihan bahawa mereka suka belajar atau tidak sebagai soalan permulaan. Melalui

temu bual dengan kedua-dua responden, didapati kedua-dua responden suka belajar tetapi

tidak suka belajar tentang apa yang tidak faham semasa pengajaran. Manakala, aktiviti PdP

yang tidak difahami atau kurang menarik minat tidak akan memotivasi mereka untuk

melibatkan diri dengan baik. Mereka akan berasa bosan dan tidak seronok. Selain itu,

kedua-dua responden juga suka guru selalu memberi pujian dan hadiah kepada mereka

manakala bukannya marah mereka semasa aktiviti PdP. Responden 2 telah memberitahu

sebab dia tidak melibatkan diri dalam aktiviti kerana kurang keyakinan dan berasa diri

sendiri tidak boleh menjalankannya dengan baik.

PERBINCANGAN

Perbincangan kajian ini berkaitan dengan dua persoalan iaitu (1) motivasi kendiri dalam

mempengaruhi penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP dan (2) punca

mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam melibatkan diri terhadap

aktiviti PdP.

Gambar 3 : Temu Bual Gambar 4 : Temu Bual

Gambar 1 : Aktiviti Melukis Gambar 2 : Aktiviti Melukis

Page 11: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

(1) Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti PdP

Berdasarkan dapatan kajian, menunjukkan 100% responden guru setuju bahawa motivasi

kendiri penting untuk murid pemulihan dalam proses PdP dan juga terdapat 92.3%

responden setuju bahawa penglibatan murid pemulihan dalam aktiviti PdP dipengaruhi oleh

motivasi kendiri. Dengan ini, amat jelas motivasi kendiri telah memainkan peranan yang

penting dalam meningkatkan penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti PdP. Selain itu,

menurut Teori Motivasi Abraham Maslow, terdapat lima tahap keperluan yang menentukan

motivasi pembelajaran iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih

sayang, keperluan penghargaan dan keperluan kemampuan sendiri. Lima tahap keperluan

ini dikenali sebagai Hierarki keperluan Maslow. Lima tahap keperluan ini telah dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu keperluan asas dan keperluan keselesaan.

Rajah 1 : Rajah Keperluan asas Maslow

( sumber: Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008.)

Maslow (1954), menghuraikan teori motivasi mengikut heirarki keperluan. Manusia

perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu

sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya. Maknanya, sekiranya keperluan asas

seseorang murid tidak dipenuhi, motivasi pembelajaran juga akan dikurangkan. Apatah lagi

guru masih berharap murid menglibatkan diri sendiri secara aktif terhadap aktiviti PdP selagi

keperluan asas murid tidak dipenuhi. Pernyataan ini telah disokong oleh dapatan kajian ini

bahawa 53.8% responden guru setuju bahawa keperluan fisiologi yang tidak mencukupi

akan merendahkan tahap motivasi kendiri murid pemulihan. Manakala, 76.9% responden

guru setuju bahawa keadaan yang kurang selamat dan terancam akan mempengaruhi

motivasi kendiri murid pemulihan serta 84.6% responden guru setuju bahawa kasih sayang

juga akan mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah.

Page 12: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Di samping itu, didapati 69.2% responden guru setuju motivasi kendiri rendah akan

mengakibatkan murid pemulihan mudah berputus asa, rendah diri, kurang semangat dan

juga pasif semasa menjalankan aktiviti PdP. Dapatan data ini juga dibukti melalui

pemerhatian pengkaji terhadap kedua-dua responden murid pemulihan semasa aktiviti PdP.

Biasanya, murid pemulihan yang bermotivasi kendiri rendah mempunyai konsep kendiri

negatif. Menurut Jamaludin Ramli (2010), individu jenis konsep kendiri negatif akan sentiasa

berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung.

Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini

akan mengakibatkan individu tersebut berasa rendah diri, kurang keyakinan dan menjadi

pasif. Manakala, mereka suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk

menjamin kejayaan. Ini telah disokong oleh hasil temu bual pengkaji dengan kedua-dua

responden murid pemulihan bahawa mereka kurang bermotivasi untuk menjalankan aktiviti

PdP disebabkan kurang keyakinan dan berasa diri sendiri tidak boleh melakukan aktiviti

tersebut dengan baik. Sekiranya mereka mempunyai permikiran seperti ini, memang tahap

motivasi kendiri akan menurun.

Selain itu, motivasi kendiri juga mempunyai hubungan secara langsung dengan

motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Hal ini demikian kerana, kedua-dua motivasi

ekstrinsik dan motivasi intrinsik akan meningkatkan motivasi kendiri murid dalam

menglibatkan diri terhadap aktiviti PdP. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat 100%

responden guru setuju bahawa motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik dapat meningkatkan

motivasi kendiri murid untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP. Sehubungan itu, melalui

temu bual, didapati kedua-dua responden murid pemulihan suka guru selalu memberi

hadiah dan pujian (motivasi ekstrinsik) kepada mereka dan tidak suka guru yang garang.

Manakala, mereka juga tidak melibatkan diri secara aktif sekiranya mereka tidak berminat

dan tidak faham (motivasi intrinsik) terhadap aktiviti PdP tersebut. Dunn dan Dunn (1978)

telah menyatakan motivasi intrinsik terbina apabila terdapat dorongan dalaman di dalam diri

pelajar untuk turut serta dalam pembelajaran. Pernyataan ini juga disokong oleh Azizi

(2005), menyatakan bahawa seseorang akan mendapat motivasi intrinsik yang tinggi jika

satu keadaan psikologi yang mendorong membuat sesuatu disebabkan minatnya terhadap

sesuatu.

(2) Punca Mengakibatkan Motivasi Kendiri Murid Pemulihan Rendah Dalam Melibatkan Diri Terhadap Aktiviti PdP.

Berdasarkan dapatan kajian, didapati 100% responden guru setuju bahawa punca utama

mengakibatkan motivasi kendiri rendah dalam kalangan murid pemulihan adalah

kekurangan dorongan dan bimbingan ibu bapa dan guru terhadap murid pemulihan.

Page 13: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Menurut Jamaludin Ramli (2010), kekurangan kasih sayang, perhatian dan belaian daripada

ibu bapa, guru ataupun orang dewasa lain kepada seseorang akan mengakibatkan mereka

wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada

perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan membentuk

motivasi kendiri yang rendah. Pernyataan ini telah disokong oleh Teori Motivasi Maslow

bahawa sekiranya keperluan asas seseorang tidak dipenuhi, tahap motivasi pembelajaran

juga akan rendah. Apabila motivasi pembelajaran murid pemulihan rendah, secara

langsungnya, motivasi kendiri mereka untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP juga akan

rendah.

Di samping itu, melalui dapatan kajian, terdapat 92.3% responden guru menyetujui

aktiviti PdP dan gaya penyampaian guru juga sebagai salah satu punca mengakibatkan

motivasi kendiri murid menjadi rendah dan tidak menglibatkan diri terhadap aktiviti PdP.

Aktiviti PdP yang kurang menarik dan gaya penyampaian guru yang tidak berkesan akan

mengakibatkan murid kurang minat untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP tersebut.

Melalui temu bual pengkaji terhadap kedua-dua responden murid pemulihan, didapati juga

aktiviti PdP yang tidak difahami dan tidak menarik minat, tidak akan memotivasi mereka

untuk melibatkan diri terhadapnya dengan baik. Mereka akan berasa bosan dan tidak

seronok. Menurut Howard Gardner (1983), kaedah pengajaran guru yang tidak serasi

dengan tahap kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau

hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Manakala, Menurut Dick & Reiser (1989),

pembelajaran yang berkesan memaparkan sesuatu keseronokan. Apabila kanak-kanak

minat untuk terus belajar, mereka akan memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini

dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi dan sosial pada

jangka masa panjang.

CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian di atas, terdapat beberapa cadangan patut diambilkira oleh ibu

bapa dan guru dalam meningkatan motivasi kendiri murid pemulihan dan penglibatan

mereka terhadap aktiviti PdP.

1. Ibu bapa dan guru harus selalu memberi peluang dan mendorong murid pemulihan

untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang boleh mengiktirafkan kebolehan

mereka supaya mereka dapat menghayati kejayaan seperti murid biasa.

2. Ibu bapa dan guru harus memberi peneguhan, pujian dan ganjaran yang sepatutnya

kepada murid pemulihan apabila mereka berjaya melakukan sesuatu yang baik

supaya mereka berasa usaha mereka diperhatikan.

Page 14: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

3. Guru harus selalu mengambilkira keperluan asas murid pemulihan seperti keperluan

fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang sama ada dipenuhi

atau tidak sebelum proses PdP.

4. Guru harus merangcangkan aktiviti PdP dan menggunakan bahan bantu mengajar

yang menarik dan sesuai dengan tahap murid pemulihan seperti permaianan,

nyanyian dan sebagainya supaya menarik minat murid pemulihan untuk

menglibatkan diri. Menurut Mahasan Mahmmod (2003), kaedah chalk and talk sudah

tidak relevan lagi dilaksankan dalam pengajaran dan pembelajaran

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan motivasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam

meningkatkan penglibatan murid pemulihan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kehadiran atau kewujudan motivasi adalah merupakan satu yang keperluan umum. Motivasi

kendiri akan dapat mengerakkan murid pemulihan dalam melibatkan diri dan melakukan

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Manakala, dorongan serta bimbingan ibu bapa dan guru, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, alat bantu mengajar dan gaya penyampaian guru juga harus dititikberatkan

supaya dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kerana kesemua ini

merupakan punca yang akan mengakibatkan motivasi kendiri murid rendah dalam

melibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Rahim, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari. (2008). Taksonomi gaya pembelajaran dan

motivasi pelajar dewasa. Diakses daripada

http://eprints.utm.my/7865/1/78111.pdf

Azizan. (2007). Faktor Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Serta Hubungkaitnya Dengan Minat

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong Untuk Melibatkan Diri Dalam Sukan.

Diakses daripada

http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?

key=piu4yqox3h9ww55sqmpjvgjy4vr8qxbu20090701155743863

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS

Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Page 15: Motivasi Kendiri Dalam Mempengaruhi Penglibatan Murid Pemulihan Terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Kes

Azizi Yahaya, Yusof & Kamaliah. (2005). Hubungan antara Konsep Kendiri, Motivasi dan gaya

Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar. Diakses daripada

http://eprints.utm.my/2332/

Dick, W., & Reiser, M. (1989). Planning effective instruction. Eaglewood Cliffs, NJ :Prentice-

Hall, Inc.

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles :

A Practical Approach. Reston Publishing.

Hee, J.M. & Siti Liyana. (2011). Hubungan Antara Tahap Motivasi Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Diakses daripada :

http://eprints.utm.my/11875/

Jamaludin Ramli. (2010). Bab 6 : Pengertian Konsep Kendiri. Diakses daripada

eprints.utm.my/10353/1/bab6.pdf

Mashithah, Suzana & Muhammad. (2013). Pembiayaan Pendidikan Dan Kesan Keatas

Motivasi Pelajar Dan Pencapaian Akademik. Diakses daripada

http://www.slideshare.net/mashithahkhalid/dapat-memperbaiki-pencapaian-

akademiknya

Mahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK

Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur.

Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper and Row. Publishers.

Reber A.S. (1985). Dictionary of Psychology. New Zealand : Penguin Books.

Richard Denny. (1993). Motivate To Win. London, UK : Kogan Page Limited

Woolfolk, A. (1998). Educational Psychology. 7nd.Ed. Boston : Allyn & Bacon.