168
TAJUK 1 Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan 1.1 Sinopsis Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid- murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. 1.2 Hasil Pembelajaran 1

Modul Sdp Cititel Hotel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Citation preview

TAJUK 1Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan

1.1 Sinopsis Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menyatakan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan. 1.2.2 Menjelaskan hubungan kanak-kanak dengan seni. 1.2.3Menerangkan konsep asas Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dengan meneroka, mengalami dan mengekspresi dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.2.4Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.2.5Bekerjasama dan menghargai hasil ciptaan individu dan kumpulan melalui pelbagai aktiviti seni dalam bilik kuliah.

1.3 Matlamat Seni Dalam PendidikanMatlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. 1.4 Konsep, latar belakang dan kepentingan Seni Dalam PendidikanSetiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Integrasi Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri sesorang.1.4.1Teori pembelajaran yang menyokong Seni Dalam Pendidikan

(a)Teori KonstruktivismeKonstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.Konstruktivisme berbeza dengan pandangan behavioris yang melihat pembelajaran lebih menekankan tentang pengaruh suasana terhadap seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka (Gery 1995). Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatan pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996).Ciri-ciri lain:

Murid berpeluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya.Berpusatkan murid.Hands-on dan minds-on.Pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir.

Renungan kembali proses pembelajaran.Galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori.

Hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.Murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian.

Perihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru.Murid selalunya bekerja secara kumpulanKonstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi, antropologi dan psikologi kognitif serta pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan one only knows something if one can explain it (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey.

Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan progresivisme dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, Play, Dreams and Imitation in Childhood dan Vygotsky (1978) dalam Mind in Society yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaranSains dan Matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.(b)Teori Kecerdasan ManusiaTeori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan.

Howard Gardne, (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) - diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.

Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

(c)Teori Otak Kanan dan Otak Kiri

Hermann (1991) di dalam Quadrant Concep yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak.Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu Seni Muzik, Sastera dan Seni Visual. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu Sains, Fizik, Kimia, Astronomi dan Falsafah.

Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini amat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir, tidak mampu dan tidak berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif atau improvement daripada idea-idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

Dilahirkan pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau anak pasangan Ser Piero da Vinci dan Caterina. Nama lengkapnya ialah Leonardo di Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo Putera Ser Piero Dari kota Vinci. Leonardo da Vinci adalah salah seorang pelukis zaman Renaisans di Itali. Beliau dianggap tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagat sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar bersama bapanya di Florence dan merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Beliau anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466 dan kemudiannya menjadi pelukis bebas di Florence. Beliau dikenali kerana banyak mencipta lukisan design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya. Selain itu, beliau turut memajukan ilmu anatomi, astronomi dan kejuruteraan awam. Leonardo pada zamanya dianggap Seniman Gila kerana suka membongkar kuburan, mengambil dan membedah mayat hampir busuk yang tidak dikenali, dan membedahnya pada waktu malam semasa mempelajari lakaran anatomi. Kadang kala beliau melakukannya di hospital yang memberi keizinan. Beliau benar-benar ingin tahu organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan cuba melakarnya dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan karya seni dan berbagai design yang menakjubkan sebelum meninggal pada 2 Mei 1519. Einstein dan Isaac Newton sehingga sekarang masih dianggap tidak dapat menyamai kegeniusan atau kepintaran Leonardo da Vinci.1.5 Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti.Seni Dalam Pendidikan melibatkan imaginasi, emosi dan ekspresi.

1.5.1 Peranan Imaginasi

Imaginasi bermaksud daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan.Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan:

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan. 1.5.2 Peranan Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

(i) Seronok dan tenang

(ii) Kurang seronok dan cemas.Menurut Mahmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Steq pula menyatakan seseorang yang memiliki IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi, lebih mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru. (i) Kecerdasan Emosi - Konsep IQ dan EQ Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang masih digunakan sehingga sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam kehidupan. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ). Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman (pakar Sains Otak dan Psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-faktor lain.

(ii) Membina Emosi yang Sihat

Guru yang penyayang dan ceria. Tahap EQ guru yang membina EQ murid. Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat. Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan. Terdapat perhubungan yang rapat diantara EQ dengan tingkah laku. Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. Lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati. Lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.

(iii) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah

Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid. Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid. Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan. Menguasai kemahiran mengajar EQ. Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan. Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan. Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita. Ada unsur kecindan. Menggunakan unsur biografi untuk perkara yang berkaitan. Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

1.5.3Peranan Ekspresi

Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Carta di bawah menunjukkan bentuk ekspresi.

Bentuk ekspresi

Peranan EkspresiRUMUSAN

Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, matlamat, objektif dan hubungkaitannya dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan bakal guru. Di samping itu, anda juga didedahkan kepada beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata pelajaran ini.

KANAK-KANAK DAN SENI - EN JOHAN. Bahan bermasalahTAJUK 3IRAMA , WARNA DAN RUANG

3.1 SinopsisTajuk ini menerangkan tentang tiga komponen seni iaitu irama , warna dan ruang. Topik-topik kursus meliputi pengenalan secara terperinci, kesepaduan irama, warna dan ruang dalam seni, aktiviti kreatif yang menggunakan irama, warna dan ruang untuk ekspresi diri, penyampaian idea dan maklumat .

3.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk anda seharusnya dapat;1. Menyatakan konsep irama , warna dan ruang dalam kehidupan seharian anda.2. Meneroka, mengalami dan menyatupadukan irama , warna dan ruang dalam seni3. Menjalankan aktiviti kreatif yang mengaplikasikan irama , warna dan ruang secara bersepadu

4. Menjalankan aktiviti kreatif yang menggunakan irama , warna dan ruang untuk tujuan ekspresi dan penyampaian idea serta maklumat

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

3.4 KandunganPengenalan

Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang membentuk keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama denyutan jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan aktiviti seharian anda dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita.

Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses pembelajaran anda yang dapat membantu meluahkan pengetahuan asas seni. Contohnya irama pergerakan hidup anda dan warna- warni yang dikaitkan dengan pelbagai pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan anda. Manusia saling bersosial dan bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan ruang , mereka akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai estetika dan kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan.

Tajuk ini bertujuan untuk membantu anda melihat kepentingan komponen seni tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila komponen ini disepadukan secara berkesan dalam aktiviti bilik darjah, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Komponen tersebut merupakan alat yang berkesan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang konsep disamping mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.

3.5 IRAMA

Apa sahaja dalam kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan irama. Contohnya irama denyutan jantung, irama penafasan dan irama semasa berjalan. Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau rentak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Ketika anda mendengar muzik, adakah anda sedar bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang khusus?.Contohnya bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi keretapi dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakkan pergerakan. Anda juga boleh bergerak dan menari secara berirama di sekitar ruang.

Cuba anda lakukan aktiviti berikut:

DENGAR :

Bunyi kenderaan

Tepuk tangan

Detik jam

Kicauan burung

Hujan

LIHAT :

Susunan batu-bata

Corak pada pagar

Percikan air

Corak tikar / permaidani

Anda akan melihat, mendengar, merasa dan menyentuh banyak perkara berulang kali dalam kehidupan seharian. Contohnya anda dapat melihat corak berulang pada sehelai kain atau semasa mendengar irama muzik. Malah dalam kegiatan harian anda seperti berjalan, makan dan tidur juga merupakan suatu corak irama. Ia menggambarkan gaya kehidupan yang dilalui sepanjang masa.

Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama, seperti semasa belajar mengira, melukis corak dan melakukan aktiviti pergerakan. Irama dapat mempertingkatkan tahap tumpuan, penglibatan diri secara bersemangat dan seterusnya mempertingkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak gembira apabila mereka bergerak mengikut irama. Ini akan menjana pergerakan ekspresif apabila mereka bergerakbalas terhadap idea-idea yang boleh dicontohi.

AKTIVITI

1. Aktiviti Detik: Ekspresi Diri

Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat.

Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat?

Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi

Gambarkan secara visual denyutan nadi anda.

2. Aktiviti irama panjang dan pendek

Sila berjalan 10 langkah ke hadapan

Sekarang anda dikehendaki melompat sebanyak 10 kali

Antara aktiviti - aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah mengambil masa yang panjang?

Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual.

3. Aktiviti corak berulang

Pilih satu rupa, contohnya rupa bintang

Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda

Tahukah anda apabila rupa berulang, anda akan menghasilkan corak?

Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang sama tetapi berlainan arah.

Pilih rupa yang lain dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.

3.6 WARNA

PengenalanWarna merupakan unsur seni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya warna daun, warna pelangi, warna bangunan dan sebagainya.

Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi. Biasanya orang yang memakai pakaian yang berwarna terang menggambarkan personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam budaya masyarakat Cina, manakala warna hijau memberi kesan psikologi segar dan tenang kepada emosi kita

Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud. Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif. Bayangkan alam semula jadi tanpa warna!

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-ciri dan seterusnya tahu mengaplikasikan pengetahuan ini dalam Seni Dalam Pendidikan. Contohnya mencampur warna dan menyapukan warna ke permukaan sesuatu objek. Ini akan menghasilkan sesuatu ciptaan yang menarik dan kreatif.

Marilah kita meneroka keindahan dan kehebatan kreativiti warna dalam kehidupan seharian kita. Berikut disediakan beberapa aktiviti yang dapat membantu anda memahami warna agar peranan anda sebagai guru lebih bermakna dan kreatif.

AKTIVITI : SILA BUAT CATATAN

WARNA

Bilik DarjahTepi Pantai

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik darjah

Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna dalam bilk darjah agar suasana lebih menarik untuk belajar

Latihan amali

Anda dikehendaki menggunakan cat air untuk meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen.

Cuba anda mulakan dengan warna asas

Campur:Merah + biru = ----------------------

Merah + Kuning = -----------------------

Biru + Kuning =-----------------------

Campuran warna-warna asas itu akan menghasilkan warna sekunder

Sekarang cuba anda meneroka campuran warna sekunder dengan warna asas untuk menghasilkan warna tertier pula

Campur:Unggu + Merah=-------------------------

Jingga + Kuning =-------------------------

Hijau + Biru

=-------------------------

Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna dengan objek, emosi ,muzik dan pegerakan.

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan maklumbalas anda pada tempat kosong yang disediakan

WARNAOBJEKEMOSIMUD MUZIKPERGERAKAN

MERAHApiMarahPantas dan kuatMenghentak kaki

BIRU

HIJAU

KUNING

HITAM

PERANG

Selepas anda meneroka warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, hasilkan refleksi tentang peranan warna dalam kehidupan anda.

3.7 RUANG

Pengenalan

Semua pergerakan kita adalah di dalam ruang. Ruang ada di sekeliling kita contohnya di dalam bilik darjah, di padang, di dalam kereta dan juga pada sekeping kertas yang kosong. Dengan itu kita mesti memahami bagaimana untuk bergerak di dalam ruang dengan selamat dan mahir. Apabila kita memahami konsep ruang, kita akan lebih peka tentang pergerakan kita.

Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi serta keseronokan mereka. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan.

Menurut Howard Gardner dalam teori Kecerdasan Manusia (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Kecerdasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk, ruang dan perkaitan diantaranya. Sebagaimana seorang arkitek menunjukkan kecerdasan ruang dalam rekacipta bangunan begitu juga seorang guru menunjukkan kecerdasan ruang dalam kemahiran pedagogi dan pengurusan.

Bilik darjah perlulah disusun dengan menarik dan berkesan agar pergerakan guru dan pelajar selamat. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang afektif.

Kanak-kanak di sekolah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan dapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksperimen dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

AKTIVITI

Mari kita cuba memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti berikut

I. Tempat ku di dalam ruang

Anda dan rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan

Letakkan tangan anda di atas riba

Teroka ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan, ke belakang dan ke atas.

Berdiri dalam bulatan . Ulangi aktiviti-aktiviti di atas.

Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda duduk dan berdiri

Ulangi latihan itu dengan iringan muzik

Sekarang bergerak mengikut irama muzik dan ruang di sekeliling anda

Luahkan pengalaman pergerakan anda itu dengan melukis garisan

II. Membuat bentuk dengan anggota badan anda

Berdiri tegak dan buat bentuk dengan badan anda, contohnya regangkan tangan anda ke atas seperti bentuk Y.

Ulangi aktiviti ini dengan membuat bentuk-bentuk lain pada aras yang berbeza, tinggi, sederhana dan rendah

Ulangi aktiviti tersebut dengan iringan muzik sambil meregangkan diri anda mengikut irama muzik

Adakah aktiviti ini menyeronokkan?

Anda boleh mengesan keindahan ciptaan bentuk yang anda lakukan dengan iringan muzik dan pergerakan menggunakan kamera atau membuat lakaran.

1. Ekspresi pergerakan dalam ruang

Alat bantu mengajar: Pilih gambar- contohnya ladang ternakan

Perhatikan gambar tersebut dan nyatakan apa yang anda lihat berpandukan

arahan berikut:

Tiru aksi-aksi haiwan yang terdapat dalam gambar. Perhatikan bentuk dan corak yang anda tiru. Luahkan corak-corak ini dalam bentuk lukisan. Dengan iringan lagu contohnya Old Mac Donald Had a Farm lakukan pergerakan berirama dan bunyi haiwan itu secara aktif sambil menyanyi.

Tulis satu refleksi ringkas pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti tadi

RUMUSAN

Tajuk ini membantu anda memahami ketiga-tiga komponen seni tentang irama,warna dan ruang dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini bertujuan meningkatkan kefahaman anda. Melalui komponen-komponen asas ini dapat meningkatkan kreativiti anda di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Herbert Edward ReadNama penuh

:Herbert Edward Read

Tarikh Lahir :4 Disember 1893

Tempat Lahir

:Kirkbymoorside, North Yorkshire.

Pekerjaan:Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera.

Bangsa:Inggeris

Meninggal dunia :12 Jun 1968

Sejarah awal Read dalam bidang seni Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.

Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.

Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.

Menjadi seorang professor Seni Halus di University of Edinburgh (1931 1933).

Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK

Peranan National Society of Art Masters (NSAM) dan Art Teacher Guild (ATG)

NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.

ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti dan kespontanan.

Mengikut Frank Cizek setiap kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri dan patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.

Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun dalam pendidikan yang berfokuskan intelek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan seni advant gard.

Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan kaya dan golongan petani. Seni menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang secara kolektif akan membawa kepada kehendak sosial masyarakat. Read menulis tentang Pendidikan Melalui Seni. Persamaan simbol dan imej universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak

Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan pertamanya, semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-garde.

Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari pra-logikal dalam kreativiti avant-garde boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni purba dan lukisan kanak-kanak.

Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli Psykologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read membantahkan sistem Pendidikan Seni yang merupakan replikasi kepada realiti. Menurut Read yang lebih penting adalah untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada. Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avant-garde.Bincangkan bagaimanakah pengalaman persekitaran dan sosial budaya seseorang kanak-kanak itu dapat membantu perkembangan lukisan mereka? ( 60 minit )

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah

Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan. "Art is an attempt to create pleasing forms"

Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolic lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde orang dewasa.

Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat.

Berdasarkan tiga lukisan kanak-kanak di atas nyatakan kenapa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. ( 60 minit )

Cuba anda fahamkan pandangan Vicktor Lowenfeld mengenai peringkat perkembangan artistik kanak-kanak .

VIKTOR LOWENFELD

Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak. Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik. Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh. Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secar serentak. Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak, pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran. Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan kanak-kanakPeringkat Scribbling

(2-4 tahun)

Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal

Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan koordinasi otot motor tangan.

Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic(4 - 7 tahun)

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan

Contoh :

Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.Peringkat Schematic(7 - 9 tahun)

Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.

Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas

lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.

Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsiPeringkat Drawing Realism / The Gang Age(9 - 12 tahun)

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu

Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti dengan butir-butiran. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri

Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkanPeringkat Pseudonaturalistic / Reasoning(12 - 14 tahun)

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan

Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej

Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi

Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarikPeringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School(14 - 17 tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek

Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Cuba anda buat catatan ringkas mengenai ciri-ciri lukisan kanak-kanak mengikut enam peringkat umur berdasarkan kajian yang dibuat oleh Vicktor Lowenfeld. ( 60 minit )

Peringkat UmurCiri-Ciri Lukisan

2 4 tahun

4 7 tahun

7 9 tahun

9 12 tahun

12 14 tahun

14 17 tahun

Contengan Tidak Terkawal

(20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam

Lukisan Kanak-kanak Usia 7- 9 tahun oleh Nur Aliffah Shazelee

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff

Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin

1. Nyatakan dua sebab yang menyekat proses perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Vicktor Lowenfeld.2. Bincangkan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat membantu perkembangan kreativiti dan artistik murid tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah. ( 60 minit )

LAURA H. CHAPMAN

Sumber : The Department of Art Education, The College of the Arts, The Ohio State University

http://arted.osu.edu/departmentNews/?q=node/47

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah-sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program-program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman

Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Tahap Perkembangan KreativitiLaura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

(Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM )Dalam siri buku Discover Art, Chapman telah memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut lankah berikut:

1. Pemerhatian

2. Penerokaan

3. Penghasilan

4. Apresiasi

Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR

Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti kelas untuk tujuan berikut

1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang singkat.

2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti

3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya dengan tertib kerja dan tata cara berkerja.

4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.

Cuba anda buat perbandingan secara terperinci peringkat-peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan Herbert Read,Vicktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman

Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu:1. Pewujudan idea2. Perkembangan dan penghalusan idea

Bincangkan tahap perkembangan kreativiti (Proses Artistik) lukisan kanak-kanak menurut pandangan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Rumusan:

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan latarbelakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

Latihan 1.1Kumpulkan lukisan kanak-kanak tahap satu dan tahap dua dari sekolah anda. Huraikan ciri-ciri lukisan tersebut. Adakah lukisan yang menunjukkan ciri seperti yang dinyatakan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain. Terangkan, dengan contoh lukisan tersebut, faktor-faktor yang memberi kesan kepada lukisan kanak-kanak tersebut. Sebagai seorang guru pendididikan seni visual, jelaskan dengan sokongan rujukan, bagaimana anda dapat memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, intellek dan estetik untuk menggalakkan lukisan murid tahap satu dan tahap dua. Dengan rujukan kepada Lowenfeld dan Brittain, beri tumpuan anda kepada tema/kandungan, alat dan bahan, olahan ruang. Cuba hubungkaitkan tumpuan anda dengan faktor budaya, sosial dan persekitaran. Bincangkan bagaimana anda menghadapi cabaran yang anda temui disekolah................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

( 60 minit ) Latihan 1.2

Reka satu aktiviti untuk murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang sengkat bagi sesi Menggambar. Nyatakan pertimbangan-pertimbangan yang diperlukan untuk reka bentuk aktiviti tersebut.

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

( 1 jam )Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

TAJUK 4Deria dan Seni

SINOPSISTopik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria

2. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran 3. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria. Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISIPERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIAPerkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya.Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria.Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.1.SentuhanSentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar (terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh.Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.1.DengarMendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.2.LihatMelihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

3. RasaRasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan pergerakan.Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:

(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.

(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru. 4.HiduHidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:(a) Kebolehan Mental Pelajar

Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.(b) Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya

untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:(i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara

mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.(ii) Pendekatan ResepsiGuru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.(iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIAKepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannyaPersekitaranPersekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak, yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak.Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah:(a) Aspek Fizikal (i) Cahaya

Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula

jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah.

(ii) Peredaran Udara

Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

(iii) Stor

Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.

(iv) Panel dan Rak Pameran

Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk

tujuan mempamerkan hasil kerja murid.

(v) Perabot

Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid.

(vi) Kemudahan Asas

Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan. (b) Aspek Emosi (i) Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah

dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar. (ii) Ruang

Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar. (iii) Peragaan Hasil Kerja

Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(a) Aspek Sosial (i) Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid- murid serta interaksi antara murid dan guru.(ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan

Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat

dijalankan dengan berkesan.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

Unsur Seni

Menggambar/Melukis

Warna

Lukisan Alam Semula Jadi

Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya:

Keselamatan

Kebersihan

Susunan perabot

Pameran hasil kerja

Kelengkapan bilik seni

Pengagihan tugas

Pengumpulan alat/bahan

Jadual waktu penggunaan bilik seniPengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, ialah:

(a) Jangkaan

(b) Hubungan latar depan dan belakang

(c) Penumpuan

(d) Tempoh masa

(e) Tugasan jelas

(f) Pengalaman

(g) Susunan objekPerkembangan Nilai EstetikaProses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

(a) Daya Intuisi Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi. (b) Persepsi

Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga.

Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:

(i) Jangkaan

(ii) Hubungan latar depan dan belakang

(iii) Penumpuan

(a) ImaginasiMerupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(b) Konsepsi Pelajar Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Berkulit keras

(ii) Hidup di air atau di darat

(iii) Menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

AKTIVITI Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk memastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.Jadual 1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

Jadual 1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria SentuhDeria

EKSPRESI MELALUI SENI Masa

SubuhTengahariMalam

Sentuh

(Apa yang anda sentuh)

Seni Visual

(lukis gambar)Gambar macam biasa, terdapat banyak idea

Gambar macam biasa, idea kurangGambar macam biasa, idea banyak

Muzik

(Cipta irama yang berbeza)

Corak irama yang menyegarkanCorak irama yang segarCorak irama yang lembut

Pergerakan

(Aras: Tinggi, sederhana dan rendah)Pergerakan aras sederhana dan ruang yang dekatPergerakan aras tinggi dan ruang yang jauh atau luas

Pergerakan yang rendah ruang yang dekat

Huraian Aktiviti di atas:Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya tumpuan.Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march. Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut.Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa yang aktif.Mengalami Melalui DeriaSemua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.

PenggabungjalinanPenggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain.Ciri-ciri PenggabungjalinanBeberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti berikut:(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan.

Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu:

(i) Kemahiran Fokus

Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Kemahiran SampinganKemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik.(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu dan menyeluruh.

(i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan kemahiran-kemahiran seperti berikut:

Kemahiran belajar untuk belajar

Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru. Kemahiran pelbagai kecerdasanBagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai: Kecerdasan bahasa

Kecerdasan logik-matematik

Kecerdasan muzik

Kecerdasan ruang

Kecerdasan kinestetik

Kecerdasan interpersonal

Kecerdasan intrapersonal

Kecerdasan naturalistik

Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.Kemahiran generikIni termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat.Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang baik.

(ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran

Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana.

Antara kebaikan tersebut ialah:

Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain.

Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.

Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang

menarik dan mengelakkan kebosanan.

Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu. Rumusan Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap perkembangannya.

Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika.

Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

MMMMMMMTAJUK 2KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

2.1 Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang huraian konsep-konsep kreativiti, estetika,

ekspresi visual kanak-kanak dari beberapa tokoh dan pengkaji lukisan kanak-kanak. Perhatian diberi kepada aspek kajian kepada konsep-konsep yang diketengahkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual

1.2.2 Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang

menghalang kreativiti kanak-kanak

1.2.3 Menjelaskan kepentingan proses kreativiti dan artistik

1.2.4 Membandingkan pendapat beberap tokoh tentang kreativiti, estetika dan ekspresi

2.3 Kerangka konsep tajuk modul ini.

KOH

2.4 Kandungan

Pengenalan

Tajuk Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual merupakan kesinambungan dari tajuk 6 Imaginasi dan Kreativiti kanak-Kanak. Semasa sesi interaksi bersemuka, anda telah didedahkan dengan pelbagai ragam gaya lukisan kanak-kanak merangkumi ciri lukisan kanak-kanak, watak-watak dan gaya bahasa kanak-kanak menerusi analisis lukisan yang telah anda laksanakan. Apa yang anda perolehi itu kesemuanya adalah petunjuk kepada ekspresi visual kanak-kanak berdasarkan imaginasi serta daya kreativiti kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak itu mempunyai nilai estetiknya tersendiri. Kesinambungan daripada tajuk itu kita akan menumpu secara lebih spesifik kepada konsep seperti kreativiti, estetika dan ekspresi visual seperti yang dinyatakan.

Kreativiti

(Senario Guru di Sekolah Pendalaman) :

Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri Sabah, guru menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan semasa menjalankan kelas seni . Ini berikutan kesukaran guru mendapatkan sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah agak jauh dari pekan. Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah.

Merujuk kepada senario di atas, adakah anda pernah mengambil tindakan yang serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah kita mengatakan guru berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda mengatakan pelajar anda pelajar yang kreatif ?

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud membuat/ mencipta/ mereka cipta. Manakala Greek creare bermaksud memenuhi. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya.

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan masalah. Kathy Goff, dalam. http://www.creativitycentre.com/Ret.2001, mengatakan pemikiran kreatif itu melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea baru. Ia adalah gaya hidup, sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan cara kita berinteraksi dengan sesuatu. Dalam sebuah laporan 'All our futures: Creativity, Culture and Education', the National Advisory Committee's report (DfEE, 1999). Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ; pertama yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif (penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif. Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi peluang. Aktiviti 1 :

Beri satu contoh anda berfikir di luar kotak bila mana sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan di bilik darjah ?

( 30 minit )

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.

Aktiviti 2 :

Uji pemikiran kreatif anda, cuba sambungkan kesemua sembilan titik hitam yang terdapat dalam rajah di bawah ini dengan tidak melebihi empat garis lurus tanpa mengangkat pensil. ( 30 minit )

Setelah anda menyambung titik tersebut , adakah anda menyedari tindakan kreatif anda itu? Tahukah anda apakah ciri-ciri individu kreatif tersebut ?

Berikut adalah antara ciri-ciri individu kreatif.

Bersifat fleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam apa-apa keadaan.

Sensitif dan pekaSensitif menggunakan deria dan alam sekeliling

Idea asli / TulenCetusan idea yang asli , membuat kerja mengikut cetusan rasa bukan cedokan.

Bersifat terbukaMengambil perhatian, membuat pertimbangan, menganalisis, menerima pandangan dan pendapat orang lain.

LogikBerfikir secara logik dan rasional.

Berfikiran bebasMempunyai daya fikir yang tidak terkongkong

Bandingkan idea / pandangan pakar-pakar berikut mengenai kreativiti ;

E. Paul TorrancePencipta kepada Torrence Test of Creative Thinking iaitu satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang.

Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan,

Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain

June King McFeeMelihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu idea yang baru.

Carl Rogers

Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman, menikmati keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan kebebasan

Victor Lowenfeld Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.

Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan

Guilford

Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan

http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography

Alexander Osborne

Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran produktif. Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui model CPS. Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan, mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan. Kaedah kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan lebih terperinci dalam kursus yang akan datang

Aktiviti 3 :

Pada pandangan anda apakah yang menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak ?

( 30 minit )

Meransang Kreativiti

Cuba anda ikuti keterangan di bawah : Antara strategi yang dapat dilakukan untuk merangsang ke arah pemikiran kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran (Brainstorming). John Baer (1997) menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran . Cuba anda teliti 4 strategi di bawah ini.

Aktiviti 4 :

Pada fikiran anda apakah bentuk ransangan yang boleh anda lakukan untuk murid-murid anda di sekolah, khasnya murid-murid di tahap 1 dan 2? ( 30 minit )

Fisher,R(2006) soalan untuk merangsang kreativiti boleh dirangkum dalam kumpulan huruf CREATE seperti:

Terangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan rujukan ini dalam merangsang kreativiti kanak-kanak semasa membuat corak.

Sumber:http//www.teach thinking.net

Proses Kreativiti dan Artistik

Seperkara yang sangat signifikan dalam konteks pembelajaran seni, khususnya dalam aktiviti melukis ialah proses artistik. Proses artistik ialah proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea (proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka. Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978), menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah dari segi kaedah dan tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya melalui tiga langkah seperti di bawah :

I

Penjanaan Idea

(Inception of Idea)

Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.

II

Pengolahan/Pemurnian Idea

(Elaboration & Refinement)Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

III

Kemahiran Mengguna Bahan

(Execution in a Medium)Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan jangkamasa menyiapkan karya.

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses artistik adalah merujuk kepada aturan berikut :

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka, menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian menghargai hasil kerja seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada sesebuah karya.

Aktiviti 5 :

Perlukah anda membimbing pelajar anda dalam menjana idea? Mengapa ? Bincangkan bersama rakan anda. Beri contoh bagaimana guru memudahcara supaya murid dapat menjana idea.

( 60 minit )

i) Rakan A :______________________________________________________

ii) Rakan B : _____________________________________________________

iii) Rakan C : _____________________________________________________

Konsep Estetika

Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam Bahasa Inggeris disebut beautiful. Mampukah untuk kita mengukur keindahan atau kecantikan itu ?. Cuba anda amati hasil karya di bawah :

Aktiviti 6 :Berdasarkan pengamatan anda kepada empat hasil karya di atas, cuba jawab soalan di bawah.

( 60 minit )

i) Pada pandangan anda karya manakah yang lebih menarik ?

ii) Adakah karya itu mempunyai nilai estetika?

iii) Beri justifikasi kepada jawapan anda.

Ikuti keterangan seterusnya ; Secara lebih lanjut, dalam memahami konsep estetika, usahawan seni Rahimie Harun (2004) mendefinisikan estetika dengan rumusan berikut:

Menurut beliau setiap hasil kerja seni mempunyai nilai seninya tersendiri . Nilai itu terbit daripada gabungan keunikan beserta pelbagai elemen seni visual lain seperti rupa, bentuk, jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks, sejarah, antropologi, emosi dan sebagainya. Dapatkah kita menentukan nilai hasil kerja seni murid-murid kita ?Aktiviti 7:

Cuba anda perhatikan karya di bawah. Dapatkah anda mengesanaspek estetika bagi kedua-dua karya ini? ( 60 minit )

Konsep estetika dalam seni seperti pendapat ahli kaji purba Jerman, Winckleman, dianalisis oleh Rasilan Johnny @ Roslan (1999), Winckleman menggabungkan pemerhati dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal atau menyedari keindahan. Walau bagaimana pun Winckleman lebih memberikan tumpuan kepada pemerhati kerana menurutnya jika tidak ada pemerhati, objek atau sesuatu benda itu tidak indah. Oleh itu apa yang indah adalah apa yang difikirkan , diberi reka bentuk dan diusahakan. (Sila rujuk Teks Pendidikan Seni Visual dan Muzik Editor Mohd Johari Ab Hamid, 2004)

Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri, yang dihayati keranaNya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap satu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya. Justeru itu, cetusan rasa keindahan yang diamati secara luaran adalah pada tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan haiwan manakala rasa keindahan yang timbul dari dalam diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin manusia terdiri dari mereka yang dewasa.

Beauty is not something that "exists" objectively but something that "is felt." Some element existing in the object gives the subject an emotional stimulation that is felt by the subject as beauty. Then, what is this element that stimulates the subject emotionally, in other words, what is the element of beauty? It is the combination of the purpose for which the object was created (the purpose of creation) and the harmony of the physical elements within the object. That is to say, when the physical elements, such as lines, shapes, sounds, colors, space are well harmonized centering on the purpose of creation, they give to the subject an emotional stimulation that is felt as beauty. When beauty is recognized as such by the subject, it becomes actual beauty.

Theory of Art

http://www.messagesfromspiritworld.info/UTW/Unification%20Thoughta8.html Dikeluarkan 26/6/2005

Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang membolehkannya membuat pentafsiran. Menurut kajian terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Bagi yang menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara hidup. Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai keindahan terhadap sesuatu objek seni. Misalnya mereka yang tinggal di daerah Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam persekitaran pertanian kepala sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi rasa keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling Jaya. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama objek seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Maka untuk mentakrif kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna) dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan, harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya. Dengan itu seseorang harus menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih dahulu sebelum ia dapat merakamkan pengalaman estetikanya terhadap objek-objek seni di sekelilingnya.

Berdasarkan dua buah karya catan di bawah, cuba anda t