View
363
Download
0
Embed Size (px)
7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP
1/25
1OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENIDALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera ,
seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjanamuda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dankritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzikdan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untukmencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
OBJEKTIF
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam
Pendidikan;
2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan
3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran danpembelajaran.
7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP
2/25
2OUM
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
PETA MINDA
1.1 PENGENALAN KONSEP
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialahuntuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga
jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?
Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikanmemberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripadatokoh-tokoh:
(a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan
secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara
aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif dimana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah
7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP
3/25
3OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadahuntuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawaterdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah . Realitinyakebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematiklogik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan
Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam
matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalahpenyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategipembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik danberkesan.
(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalampengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Inidisebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan
yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasanmemudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otakkanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutifseseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk
memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungandari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasanyang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik danestetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diridalam kehidupannya.
Seni Dalam Pendidikan akan:
x Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata muridan di sekolah menjadilebih seronok
x Membantu anda memahami diri sendiri
x Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah
x Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan profesional.
x Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh
7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP
4/25
4OUM
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1.1 Matlamat
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alampersekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkanpembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilahperkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan
1.1.2 Objektif
Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:
x menghargai keindahan ciptaan Tuhan
x mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan
x meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran danpembelajaran
7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP
5/25
5OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
x menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasilan kerja
x
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yangdibuat
x mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain
x menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan senipergerakan
x menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
x menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengankeselesaan hidup
x membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
x mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yangdiadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
x membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,seni muzik dan seni pergerakan
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh HowardGardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
x Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teoripembelajaran.
x Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otakkanan dan otak kiri yang sama.
x Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otakseharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.
Seni MuzikTokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,
Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskanotak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar
belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepadapenghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa
murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secaraberperingkat atau sequential.
7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP
6/25
6OUM
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Pergerakan
x Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau
oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-
pertimbangan rasional menganai apa yang kita ingin lakukan.
x Gardnerberpendapa