95
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral Tajuk 1 Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah Sipnosis Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk kecil iaitu Sejarah dan Kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia; tajuk kedua ialah Pengenalan kepada Sukatan Pelajaran Pendikan Moral KBSR dan tajuk ketiga ialah Perincian Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR. Dalam tajuk pertama akan dibincangkan tentang mengapa Pendidikan Moral penting dan sejarahnya, manakala tajuk kedua akan dibincangkan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Moral, rangka konsep dan organisasi kandungan sukatan pelajaran dan akhirnya dalam tajuk ketiga akan dijelaskan isi kandung salam Sukatan secara terperinci, dengan hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti bagi setiap topik pembelajaran. Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui sejarah dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Moral di sekolah 2. Memahami isi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR sebagai isi kandungan tambahan) 3. Mengkaji secara terperinci rangka huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1

MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul subjek pendidikan moral ( Minor semester 2 PISMP )

Citation preview

Page 1: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 1Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Moral Sekolah Rendah

Sipnosis

Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk kecil iaitu Sejarah dan

Kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia; tajuk kedua ialah Pengenalan kepada

Sukatan Pelajaran Pendikan Moral KBSR dan tajuk ketiga ialah Perincian Huraian

Sukatan Pendidikan Moral KBSR. Dalam tajuk pertama akan dibincangkan tentang

mengapa Pendidikan Moral penting dan sejarahnya, manakala tajuk kedua akan

dibincangkan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Moral, rangka konsep dan

organisasi kandungan sukatan pelajaran dan akhirnya dalam tajuk ketiga akan

dijelaskan isi kandung salam Sukatan secara terperinci, dengan hasil pembelajaran

dan cadangan aktiviti bagi setiap topik pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui sejarah dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran subjek

Pendidikan Moral di sekolah

2. Memahami isi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR (dan

KSSR sebagai isi kandungan tambahan)

3. Mengkaji secara terperinci rangka huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral

1

Page 2: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kerangka konsep tajuk

1.0 Sejarah dan Kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia

Di Malaysia, pembangunan dan kemajuan Ilmu pengetahuan dan kemahiran

diolah dengan baik melalui satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan

pembangunan dan kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni

insan. Ini dapat dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan

“Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Bagi mencapai hasrat yang mulia ini, maka sistem pendidikan di negara ini

dibentuk bagi melahirkan insan yang berilmu dan beramal dengan nilai-nilai murni

mengikut acuannya sendiri.

Pembinaan insan yang harmonis boleh direalisasikan melalui pengamalan

dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, matapelajaran Pendidikan

Moral diperkenalkan kepada pelajar-pelajar bukan Islam dan Pendidikan Islam

kepada pelajar-pelajar Islam.

Tujuan pendidikan moral adalah untuk membentuk individu yang berperibadi

mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai

murni masyarakat Malaysia Rakyat. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang ingin

mahu maju dalam semua bidang. Dalam mencapai hasrat ini, rakyat Malaysia

Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Moral

Sejarah dan kepentingan

Pendidikan Moral.

Pengenalan Kepada Sukatan Pelajaran

Pendidikan Moral KBSR & KSSR

Huraian terperinci isi kandungan Sukatan

Pelajaran Pendidikan Moral KBSR & KSSR

2

Page 3: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

akan berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam mengekalkan

budaya,adat dan nilai-nilai murni. Oleh itu Pendidikan Moral digubal untuk

membentuk masyarakat seperti berikut:

1.0.1 Mengamalkan Nilai-nilai Murni

Asas pendidikan moral adalah amalan nilai-nilai murni. Melalui penghayatan

dan pengamalan nilai-nilai murni mewujudkan satu masyarakat yang bermoral

tinggi. Nilai murni individu wujud melalui ilmu dan kepercayaan agama. Di

Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan adalah rukun yang perlu diamalkan dan

dihayati oleh setiap rakyat di Malaysia. Rakyat negara ini terdiri dari pelbagai kaum

dan Islam merupakan agama rasmi negara, menurut perlembagaan persekutuan

perkara tiga(1). Jadi walaupun pelbagai kaum dan agama rasmi Islam, setiap

rakyat harus menghormati peraturan ini dan perlu mengamalkan nilai-nilai murni

yang mengajar kita semua hormat-menghormati agama, adat, bahasa dan

kepercayaan kaum yang lain. Jadi,pendidikan moral memainkan peranan penting

dan besar dalam mencapat matlamat ini.

1.0.2 Cinta dan Setia kepada Negara

Pendidikan Moral menekankan nilai cinta dan setia kepada negara. Melalui

amalan kesetiaan kepada negara, setiap rakyat rela berkorban demi

mempertahankan negara daripada anasir luar. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi

kepada raja dan negara adalah salah satu faktor yang boleh menyatupadukan

rakyat Malaysia yang berbilang laum keturunan, bangsa dan agama.

1.0.3 Menjunjung Tinggi Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang

Perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan

semua pihak negara ini.Melalui pendidikan moral, setiap individu dididik untuk

menjadi rakyat yang menghormati, menghargai serta memahami perlembagaan

negara sebagai satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan

diganggu gugat oleh mana-mana individu atau pihak. Setiap individu di negara ini

3

Page 4: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

dilindungi oleh undang-undang hak dan kebebasan semua rakyat dijamin dan boleh

diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang.

1.0.4 Bersopan dan Bersusila

Rakyat negara kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan,

seharusnya hidup hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita harus

menghormati budaya seperti pakaian dan perayaan budaya kaum yang lain. Begitu

juga halnya dari segi agama dan kepercayaan. Pendidikan moral menekankan

semua rakyat negara kita untuk menghormati kepercayaan dan agama kaum lain.

1.0.5 Menyahut cabaran 2020

Cabaran keempat Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat

bermoral dan beretika.Oleh yang demikian Pendidikan moral dalam sistem

pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu yang bukan sahaja

mempunyai ilmu yang tinggi tetapi juga bermoral dan beretika. selain daripada itu,

melalui pendidikan moral juga rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan dapat

hidup bersatu padu,rukun damai dan bertolak ansur. keadaan ini bersesuaian

dengan cabaran kelima wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat bermoral dan

bertolak ansur.

1.0.6 Mengetahui dan Melaksanakan haknya Mengikut Perlembagaan

Hak individu di negara kita telah ditetapkan seperti yang termaktub dalam

perlembagaan persekutuan. Perlembagaan dalam bahagian 2, telah nyatakan

tentang kebebasan asasi rakyat negara kita. Kita patut mengetahui hak kita

sebagai rakyat Malaysia kerana dengan mengetahui hak kita sebagai warganegara,

kita juga dapat menjaga diri kita, masyarakat kita dan harta kita. Kita juga

mempunyai kebebasan hidup dengan aman dan sejahtera. Hak dan kebebasan

kita dalam perlembagaan negara dengan jelas menjamin kehidupan yang aman

dan harmoni. Melaui pendidikan moral, kita dapat mencari dan mengetahui untuk

hak kita dan terus mengamalkan nilai-nilai etika supaya kebebasan kita terjamin

dan terus kita mempertahankan hak individu.

4

Page 5: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1.0.7 Mengetahui dan Melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat

Malaysia

Setiap rakyat mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap negara. Kita

bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan negara kita. Tanggungjawab

utama kita ialah mengekalkan keharmonian dan keamanan serta kemajuan negara

kita. Untuk menuju arah tersebut, semua rakyat patut mempunyai semangat dan

mengamalkan nilai tolerensi atau tolak ansur antara satu sama lain. Amalan

hormat-menghormati dan kejiranan yang tinggi dapat mengekalkan semangat

perpaduan yang menjadi asas kepada keharmonian negara. Melalui pendidikan

moral tujuan ini boleh dicapai di kalangan rakyat, jadi pendidikan moral mengajar

setiap rakyat mengetahui tanggungjawab terhadap negara.

1.0.8 Amalan Berbudi Bahasa

“Budi bahasa budaya kita” merupakan slogan yang merangkumi nilai-nilai

murni yang perlu kita amalkan di negara ini. Nilai-nilai murni dalam amalan berbudi

bahasa merangkumi nilai-nilai keikhlasan, kesabaran, tolerensi dan sebagainya.

Pendidikan moral dapat membantu kita mengamalkan nilai-nilai berbudi bahasa

dan terusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatupadu.

1.0.9 Menjadi Ejen Moral

Pendidikan Moral boleh melahirkan ejen-ejen moral yang berfungsi sebagai

pengamal nilai-nilai murni. Individu yang bermoral dan beretika pada diri sendiri,

juga boleh dicontohi oleh orang lain. Individu yang cemerlang bukan sahaja

merupakan ejen moral tetapi mereka juga adalah penerima moral yang baik. Oleh

yang demikian, pendidikan Moral dalam sistem pendidikan kita menekankan nilai-

nilai moral yang diterima oleh semua supaya rakyat negara kita menjadi ejen moral

yang dicontohi dan disegani oleh negara lain.

5

Page 6: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1.1 Pengenalan sukatan pelajaran Pendikan Moral KBSR & KSSR

- Matlamat dan objektif Pendidikan Moral

- Rangka konsep

- Organisasi kandungan sukatan pelajaran

1.1.1 Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KBSR)

Tema Nilai

1. BIDANG PEMBELAJARAN 1 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

PERKEMBANGAN DIRI

1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

1.2 Kebersihan Fizikal dan Mental

1.3 Harga Diri

1.4 Kerajinan

1.5 Hemah Tinggi

1.6 Kasih Sayang

1.7 Kesederhanaan

1.8 Kejujuran

1.9 Baik Hati

1.10 Berterima Kasih

2. BIDANG PEMBELAJARAN 2 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN KELUARGA

2.1 Kasih sayang terhadap keluarga

2.2 Hormat dan taat kepada anggota

keluarga

2.3 Tanggungjawab terhadap

keluarga

3. BIDANG PEMBELAJARAN 3 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN MASYARAKAT

3.1 Tanggungjawab terhadap

masyarakat

3.2 Toleransi dalam ,masyarakat

3.3 Semangat Bermasyarakat

3.4 Peka terhadap isu sosial

4. BIDANG PEMBELAJARAN 4 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN ALAM SEKITAR

4.1 Kebersihan dan keindahan

Persekitaran

4.2 Menyayangi Alam Sekitar

4.3 Peka terhadap Isu Ala, Sekitar

6

Page 7: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

5. BIDANG PEMBELAJARAN 5 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN NEGARA

5.1 Hormat dan setia kepada

pemimpin

5.2 Patuh kepada Peraturan dan

Undang-Undang

5.3 Cinta akan Negara

5.4 Keamanan dan

Keharmonian

1.1.2 Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KSSR)

TAHUN TEMA NILAI

TAHUN 1 DIRI SAYA 1. Kepercayaan kepada

Tuhan

2. Baik hati

3. Bertanggungjawab

4. Berterima kasih

5. Hemah tinggi

6. Hormat

7. Kasih sayang

8. Keadilan

9. Keberanian

10.Kejujuran

11.Kerajinan

12.Kerjasama

13.Kesederhanaan

14.Toleransi

TAHUN 2 SAYA DAN KELUARGA

TAHUN 3 SAYA DAN SEKOLAH

TAHUN 4 SAYA DAN JIRAN

TAHUN 5 SAYA DAN MASYARAKAT

TAHUN 6 SAYA DAN NEGARA

Oleh sebab Pendidikan Moral KSSR telah dilaksanakan bermula tahun

7

Page 8: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

2011 untuk murid Tahun Satu, dan pada tahun yang sama, Pendidikan

Moral KBSR masih dilaksanakan untuk murid Tahun 2, 3, 4, 5 & 6,

anda dinasihatkan supaya menguasai isi kandungan bagi kedua-dua

versi sukatan.

- Rujuk sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR dan KSSR,

kumpulkan maklumat-maklumat dan buat nota mengenai ketiga-

tiga tajuk di atas (iaitu Matlamat dan objektif Pendidikan Moral,

Rangka konsep, Organisasi kandungan sukatan pelajaran).

- Bandingbezakan kedua-dua versi sukatan tersebut.

(1 jam)

1.2 Perincian huraian sukatan Pendidikan Moral KBSR.

Tujuan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral ini ialah untuk membantu guru

merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Ianya juga sebagai panduan guru

melaksanakan Kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan

- Perkembangan isi kandungan

- Cadangan isu dan situasi

- Nilai

- Kandungan akademik

- Hasil pembelajaran

- Cadangan aktiviti

Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR

bagi Tahun 5 dan Tahun 6, serta Pendidikan Moral KSSR bagi Tahun 1

8

Page 9: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

dan Tahun 2, bincangkan kesemua tajuk di atas dan mengumpulkan

bahan-bahan berkaitan untuk disimpan dalam Folder P&P Pendidikan

Moral ELM3102 anda.

(1 jam)

Tajuk 2Persediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Sipnosis

Apabila seseorang guru masuk ke dalam kelas, sememangnya anda akan

nampak buku tebal yang dibawa bersama, itulah Buku Rekod Mengajar yang

dimiliki oleh semua guru di mana tersimpannya Rancangan Pengajaran

9

Page 10: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dan butiran-butiran mengenai

pengajaran dan pembelajaran seperti jadual waktu, senarai nama murid

beserta markah dan sebagainya. Kementerian Pendidikan Malaysia

mewajibkan semua guru menyediakan butiran-butiran pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bagi setiap waktu mengajar mengikut jadual waktu

sekolah.

Tajuk Kedua ini memerlukan guru menguasai kemahiran menyediakan

Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rancangan

Pengajaran Tahunan akan memberikan garis panduan kepada susunan

topik-topik yang perlu diajar sepanjang tahun yang dipecah-pecahkan

mengikut minggu. Persediaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan

garis panduan terperinci yang digunakan oleh guru untuk menjalankan

pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui perincian butiran Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester

bagi subjek Pendidikan Moral di sekolah, dan boleh merancang pecahan

nilai bagi setiap minggu dan semester.

2. Mengetahui perincian butiran Rancangan Pelajaran Harian bagi subjek

Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR), termasuk penulisan hasil

pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku.

Kerangka konsep tajuk

10

Page 11: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

2.1 Rancangan Pengajaran TahunanRancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal tahun sebelum minggu persekolahan pertama bermula. Rancangan Pengajaran Tahunan mempaparkan semua topik dan sub-topik dalam sukatan pelajaran mengikut minggu persekolahan dalam satu tahun. Perancangan agihan topik-topik bagi setiap minggu perlu teliti supaya topik-topik yang luas perlu masa yang lebih lama untuk disampaikan kepada murid, dan P&P semua topik dapat disempurnakan dalam satu tahun. Guru juga perlu merujuk kepada maklumat dalam takwim sekolah seperti cuti sekolah, cuti am, minggu peperiksaan, hari majlis, aktiviti-aktiviti sekolah dan sebagainya, untuk perancangan P&P sepanjang tahun.

2.2 Kepentingan Rancangan Mengajar1. Ia merupakan satu panduan kepada guru tentang topik-topik yang

hendak disampaikan.

2. Dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar tajuk-tajuk yang

hendak diajar.

3. Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

P&P yang sesuai dengan objektif, pengalaman murid, kehendak sukatan

dan resos P&P.

4. Membantu guru menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.

Selain daripada kepentingan Rancang Mengajar tersebut di atas,

bincang bersama rakan sejawat sekolah anda, apakah kepentingan

lain yang mereka tahu? Bandingbezakan pandangan guru veteren

Persediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Kepentingan persediaan RPT dan

RPH Pendidikan Moral

Perincian butiran Rancangan Pengajaran

Tahunan/Semester Pendidikan Moral KBSR & KSSR

Perincian bituran Rancangan Pengajaran

Harian Pendidikan Moral KBSR & KSSR

11

Page 12: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

dengan guru permulaan terhadap penulisan Rancangan Mengajar

sebagai tugas wajib seseorang guru, dan apakah komen anda sendiri.

(1 jam)

2.3 Contoh butiran persediaan Rancangan Pengajaran Tahunan

(i) KBSR (rujuk Lampiran 1)

(ii) KSSR (rujuk Lampiran 2)

Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR dan

KSSR, sediakan satu Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi

Pendidikan Moral KBSR Tahun 5 atau Tahun 6, dan satu lagi bagi

Pendidikan Moral KSSR Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 atau Tahun 4.

Anda boleh minta kebenaran guru Pendidikan Moral di sekolah anda

untuk merujuk dan membincangkan RPT yang disediakan oleh mereka

pada tahun-tahun lepas.

(1 jam)

2.4 Butiran Persediaan Rancangan Pengajaran Harian (KBSR)

Pada umumnya RPH (KBSR) perlu mengandungi butiran seperti

berikut:

1. Butiran-butiran am – tarikh, masa, kelas, bilangan murid, pengetahuan

sedia ada, kemahiran berfikir, nilai sampingan dan bantu mengajar.

2. Objektif pengajaran/Hasil Pembelajaran – kognitif/ afektif / tingkah laku

3. Strategi pengajaran/aktiviti

4. Langkah-langkah pengajaran – Set Induksi, Perkembangan, Penutup.

5. Penilaian Kendiri

Contoh Format Persediaan Mengajar adalah seperti berikut:

Maklumat am yang perlu ada dalam persediaan harian

Mata Pelajaran

Tarikh/Masa

12

Page 13: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kelas

Tajuk

Bidang Pembelajaran – Rujuk Sukatan Pelajaran Tahunan berkenaan

yang mengandungi 5 Bidang Pembelajaran.

Nilai

Sub Nilai - rujuk Sukatan Pelajaran Tahun berkenaan

Hasil Pembelajaran – Kognitif. Afektif dan Tingkah Laku

Pengetahuan Sedia Ada

Pendekatan

Bahan Bantu Mengajar

2.5 Contoh Butiran Persediaan Rancangan Pengajaran Harian

(i) KBSR (rujuk Lampiran 3)

(ii) KSSR (rujuk Lampiran 4)

Lampiran 4 yang disertakan dalam Modul ini adalah satu contoh

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ringkas bagi Pendidikan

Moral KSSR Tahun 2 (Saya dan Keluarga), ia adalah satu garis

panduan mengikut format yang dicadangkan, anda dikehendaki

menyediakan merancang secara perinci bagi butiran ‘Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran’ dan ‘Elemen Merentasi Kurikulum

(EMK)’. Anda boleh merujuk kepada contoh penulisan dan penjelasan

kedua-dua butiran di atas dengan melayar internet, antara laman web

berkenaan ialah www.slideshare.net/sealih/emk-dalam-kssr.

(1 jam)

Rumusan

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

13

Page 14: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1. Mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu: Kognitif

(Pemikiran Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor (Tingkah laku

Moral).

2. Mengambil semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas seperti cuti, aktiviti sekolah dan peperiksaan.

3. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan kepada murid.

4. Memilih teknik dan sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang dapat

meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di samping mencapai hasil

pembelajaran yang dirancangkan.

5. Persediaan mengajar harian biasanya mengandungi butiran yang lebih

terperinci seperti contoh penggajaran di lampiran.

Tajuk 3 Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral

14

Page 15: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

Pendekatan Pendidikan Moral

Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan MoralAnalisis Pendekatan Pendidikan MoralAplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Sipnosis

Tajuk ketiga membincangkan pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara lebih berkesan. Sebanyak

tujuh pendekatan dijelaskan dalam tajuk ini, para guru boleh mengaplikasikan

pendekatan-pendekatan ini ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain itu, tiga lagi pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral diperkenalkan, iaitu Pendekatan Kepedulian , Pendekatan

Berasaskan Kemahiran dan Pendekatan Domain.

Hasil Pembelajaran

1. Memahami semua pendekatan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dalam

tajuk ini.

2. Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan

perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian.

3. Menggunakan pendekatan yang sesuai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral.

Kerangka Konsep Tajuk

Pendekatan-pendekatan Pendidikan Moral

15

Page 16: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

Pendekatan Pemupukan Nilai(Value Cultivation Approach)

Pendekatan Analisis Nilai(Value Analysis Approach)

Pendekatan Tindakan Sosial(Social Action Approach)

Pendekatan Pendidikan Moral(Moral Education Approach)

Pendekatan Moral Kognitif(Cognitive Moral Approach)

Penjelasan Nilai(Value Clarification Approach)

Pendekatan Rasional(Rational Approach)

Pendekatan Bertimbang Rasa(Considerate Approach)

Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based Approach- Narvaez)

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

3.0 Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral

Pendekatan Domain (Domain Approach – Nucci

Pendekatan Kepedulian

(Caring Approach – Nodding)

16

Page 17: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral diperkenalkan

sejak tahun 1960an. Pendekatan dalam Pendidikan Moral digunakan oleh

kebanyakan negara di seluruh negara. Walau bagaimanapun pendekatan-

pendekatan perlulah disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat. Konsep

pendekatan bermaksud cara mempelajari dan menilai sesuatu dengan lebih dekat.

Pendekatan memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi, iaitu:

1. penaakulan/pemikiran moral, - kognitif

2. perasaan/emosi moral dan - afektif

3. perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor

Pendekatan dalam Pendidikan Moral merangkumi teori dan prinsip-prinsip tentang

bagaimana untuk membangunkan dan mengukuhkan perkembangan Moral. Ia

juga membantu kita untuk memahami dan mempraktikkan Pendidikan Moral

dengan lebih berkesan.

Penggunaan pendekatan yang sesuai dalam penyampaian ilmu pengetahuan yang

berkaitan dengan moral adalah penting, kerana banyak perkara yang berkaitan

dengan moral, khasnya tentang nilai-nilai moral adalah agak subjektif, bagaimana

pandangan tentang sesuatu perkara moral yang dianggap sebagai positif dapat

juga diterima oleh orang lain sebagai positif bergantung kepada pendekatan

penyampaian maklumat kepada orang tersebut. Dalam pendidikan moral, guru

bukan hanya hendak menyampaikan ilmu pengetahuan tentang moral, tetapi juga

dapat mempengaruhi murid supaya mereka dapat memahami, menghayati dan

mengamalkan apa yang mereka tahu tentang moral, supaya objektif pembelajaran

Pendidikan Moral tercapai, iaitu membentuk insan yang benar-benar bermoral dari

segi pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam insan yang

dididik. Sehubungan itu, guru subjek Pendidikan Moral perlu menguasai pelbagai

pendekatan Pendidikan Moral supaya setiap topik moral dapat disampaikan kepada

murid dengan berjaya dan berkesan.

3.1 Analisis Pendekatan Pendidikan Moral

17

Page 18: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

3.1.1 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang baik

dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini boleh digunakan secara sedar dan tanpa

sedar ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pendekatan ini digunakan secara meluas pada peringkat sekolah rendah. Tujuan

utama pendekatan ini adalah untuk menanam sesuatu nilai yang dianggap baik dan

patut diamalkan oleh para pelajar.

Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya

masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya

masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural

yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau

dalam hubungannya dengan orang lain.

Contoh-contoh aktiviti dalam pendekatan pemupukan nilai ;

(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.

(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan

yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.

(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang

dialami oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baik sesuatu nilai yang

dikehendaki.

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami,

menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang

berlandaskann kepada prinsip moral. Walaupun pendekatan ini mudah

digunakan,ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan

lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

3.1.2 Pendekatan Bertimbang Rasa

18

Page 19: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pendekatan bertimbang rasa menekankan pembelajaran tentang perasaan atau

emosi. Pendekatan ini dapat membantu murid berfikir secara mendalam dan

menimbulkan perasaan moral (emosi Moral)

Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan, Pendidikan Moral perlu berfokus kepada

cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbangrasa kepada

keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Kelakuan itu akan memberikan

kepuasan kepada orang lain yang bertindak dan menggalakkan mereka

mengembangkan cara hidup yang bertimbangrasa.

Berikan tiga contoh perlakuan

bertimbang rasa

Berikan tiga contoh perlakuan

tidak bertimbang rasa

(1/2 jam)

3.1.3 Pendekatan Rasional

Pendekatan Rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis.

Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta

menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat. Dalam pendekatan rasional

sesuatu nilai dianalisis bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau

pertimbangan tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai lain.

Berikut adalah garis panduan menggunakan pendekataan rasional:

1. Kenalpasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan hubungannya dengan

nilai lain.

2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai yang diterima oleh

masyarakat.

3. Menimbangkan implikasi yang mungkin timbul

4. Membuat keputusan dengan mengutamakan nilai.

19

Page 20: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

5. Memupuk penglibatan diri.

Cuba memikirkan pernahkah anda melaksanakan pendekatan ini

dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Jika pernah,

topik apa? Bagaimanakah anda menggunakan pendekatan ini?

3.1.4 Pendekatan Tindakan Sosial

Pendekatan yang diperkenalkan oleh Fred Newman. Pendekatan ini berkaitan

dengan peranan warganegara dalam setiap institusi sosial. Fokus utama ialah

kepada kebolehan sivik dan kecekapan bersosial. Tujuannya ialah untuk

memastikan setiap warganegara boleh berfungsi dalam masyarakat. Melalui

pendekatan ini, rasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap sesuatu isu menjadi

lebih mudah untuk diutarakan kerana murid akan merasakan dirinya berada dalam

situasi tersebut.

Pendekatan tindakan sosial bermatlamat ;

(a) membolehkan murid berinteraksi dengan orang lain

(b) Menggalakkan murid menyiasat suasana sosial yang baru

Pelaksanaan dalam kelas:

(a) Penyiasatan terbuka – mengembangkan interaksi murid dan guru;

meningkatkan peluang murid berinteraksi dengan murid lain dan juga orang

dewasa. Murid juga menyiasat interaksi sosial dalam suasana baru serta

menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi.

(b) Penyiasatan terbimbing oleh guru – menyiasat aktiviti atau situasi sosial

yang baru, meransang interaksi dengan orang yang belum dikenali dan dalam

situasi yang baru untuk menyesuaikan diri serta menyelesaikan masalah.

20

Page 21: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Antara teknik P&P yang sesuai digunakan dalam Pendekatan

Tindakan Sosial adalah seperti projek, khidmat sosial, lawatan, kajian

tindakan dan aktiviti yang melibatkan pembelajaran berasaskan

pengalaman dan interaksi sosial dengan orang lain. Bagaimanakah

interaksi sosial ini dalam aktiviti-aktiviti tersebut dapat menjadikan P&P

Pendidikan Moral lebih berkesan?

(1 jam)

3.1.5 Pendekatan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan

moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti

Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini membantu pelajar membina

kebolehan menaakuldi peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan ini bertujuan untuk

membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu

bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh

pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral

ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. Pendekatan ini bertujuan

untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat

iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman

oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan

moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

21

Page 22: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Bincangkan bagaimana nilai-nilai moral boleh diterapkan melalui

persatuan kokurikulum badan beruniform.

3.1.6 Pendekatan Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti

tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara

terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan

pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan

sesuatu set nilai peribadinya.

Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses

menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:

I Proses memilih: (i) memilih secara bebas

(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada

Peringkat-peringkat Perkembangan Moral

Peringkat 1- Orientasi dendaan dan kepatuhan

Peringkat 2 - Orientasi ganjaran Peribadi

Peringkat 3 - Orientasi harmoni antara peribadi

22

Page 23: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap

pilihan

II Proses menghargai: (iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil

(v) menyatakan secara terbuka

III Proses bertindak: (vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil

(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara

berterusan dalam kehidupannya.

Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai

seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang

telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar. Masalah

akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni

masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan

menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai)

supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati

aspirasi masyarakat dan negara.

3.1.7 Pendekatan Analisis Nilai

Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang

logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan

dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam

sekitar.Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan

fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan.

Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut:

(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

23

Page 24: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan

diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral

yang sejagat.

Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis

nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana

pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding

dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar

juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan moral.

Jelaskan satu situasi salah laku yang dianalisis secara logik

melalui pendekatan analisis nilai.

Senaraikan alasan anda sebab analisis nilai sesuai digunakan.

(1 jam)

3.2. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral baru.

3.2.1 Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)

Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada

kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan

dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain.

Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan

penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai

perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu

adalah sesuatu dalaman. Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah

melalui empat aspek yang berikut:

24

Page 25: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar

sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang

(cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan

dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.

(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan

membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan

reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan

perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama

dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau

komuniti.

(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam

perhubungan antara individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan

prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking.

Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka

guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan

prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.

3.2.2 Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based Approach- Narvaez)

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada proses sensitivity beretika,

pertimbangan beretika, motivasi beretika dan tindakan beretika.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat

pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap

penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah

proses (struktur) bukan keputusan (kandungan)Penaakulan/pertimbangan.

Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka

guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan

perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

Cara melaksanakan pendekatan ini ialah seperti yang berikut:

(a) Simulasi

25

Page 26: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

(b) Perbincangan

(c) Sesi refleksi

(d) permainan

3.2.3 Pendekatan Domain (Domain Approach – Nucci)

Pendekatan Domain (Larry Nucci 2001 )

Perbezaan interaksi social iaitu isu peribadi berbeza dengan isu

interpersonal. Kanak-kanak mengganggap sekolah sebagai penghalang

pelakuan mereka yang boleh dilakukan di rumah.

sekolah perlu membuat beberapa peraturan bagi mengawal perilaku pelajar

dalam menjalankan misi pendidikan.

Terdapat 5 praktis pendidikan uutuk guru-guru

a. Pendidikan Moral berfokuskan kepada isu-isu keadilan, kesamaan dan

keperluan manusia.

b. Program Pendidikan Moral diintergrasikan dlm kurikulum

c. Perbincangan moral membantu perkembangan moral semasa pelajar

menggunakan corak perbincangan transaktif.

d. Struktur misi kooperatif membantu perkembangan moral dan akademik

e. Guru-guru perlu memberi perhatian terhadap kesan buruk perlakuan tidak

bermoral daripada peraturan yang dilanggar atau harapan social yang tidak

dipenuhi.

Pendekatan Domain yang dikemukakan oleh Larry Nucci and Elsa K.

Weber merupakan satu pendekatan P&P nilai-nilai sosial dalam

Pendidikan moral, biasanya, ia memerlukan guru mewujudkan satu

suasana moral dalam bilik darjah, murid berbincang dalam kumpulan

tentang sesuatu isu yang kontrovesial, biasanya berkaitan dengan

disiplin murid, isu social dan kemudian meninjau isu dalam pelbagai

domain, sama ada secara konvensional, atau secara moraliti. Melalui

sesi soal jawab dalam perbincangan, guru dapat melihat pelbagai

respons dalam kalangan murid tentang sesuatu isu; murid juga dapat

membandingkan isu-isu yang dilihat secara konvensional dan secara

26

Page 27: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

moraliti. Pendekatan ini membenar murid menilai sesuaru perkara atau

isu yang berkaitan dengan nilai-nilai moral & sosial dengan lebih objektif.

Cuba dapatkan maklumat-maklumat lanjutan yang berkaitan dengan

Pendekatan Domain dalam Pendidikan Moral dari internet.

Tuliskan nota ringkas berkaitan Pendekatan Domain dan kaedah P&P

yang boleh diguna dalam pendekatan ini.

(1 jam)

3.3 Aplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlu menguasai pelbagai

pendekatan dan berinovatif, berkreatif serta berkebolehan dalam mengaplikasikan

pelbagai pendekatan dalam P&P Pendidikan Moral di sekolah. Pendekatan yang

sesuai akan memudahkan lagi guru Pendidikan Moral menyampaikan ilmu

pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni dengan lebih eksplisit

dan berkesan. Percubaan dengan pendekatan P&P yang baru membenarkan guru

menguasai teknik pengajaran yang lebih mencabar, sekiranya didapati pendekatan

yang dicuba adalah tidak sesuai, guru boleh bersikap proaktif dengan

mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian ilmu moral secara

inovatif dan kreatif. Dengan percubaan demi percubaan, guru dapat menguasai

semua pendekatan dengan lebih mahir dan lancar.

Setelah meneliti pendekatan-pendekatan dalam Pendidikan Moral, pilih

satu topik Pendidikan Moral KBSR atau KSSR dari Tahun 1 hingga

Tahun 6, jelaskan pendekatan yang sesuai digunakan untuk P&P topik

tersebut. Kemukakan langkah-langkah dalam kaedah yang digunakan

dalam aplikasi pendekatan tersebut.

27

Page 28: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 4Strategi dan Kaedah dalam Pengajaran Pembelajaran

Pendidikan Moral

Sipnosis

Tajuk empat ini memberi tumpuan kepada pelbagai kaedah dan teknik dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Kaedah-kaedah yang akan

dibincangkan adalah Kaedah Main Peranan atau Simulasi, Kaedah Bermain dan

Bercerita, Kaedah Nyanyian dan Lakonan, Kaedah Perbincangan, Kaedah

Lawatan, Kaedah Projek, Kaedah Tunjuk Cara, Kaedah Pameran, dan Kaedah

Penyelesaian Masalah.

Hasil Pembelajaran

1. Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran dalam sesi

pengajaran mikro dan makro.

2. Mempraktikkan pelbagai kaedah pengajaran untuk melancarkan proses

pengajaran dan pembelajaran

28

Page 29: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

Kaedah /Strategi Penyelesaian Konflik Kaedah Projek

Kaedah Nyanyian dan Lakonan

Strategi dan Kaedah dalam P & P Pendidikan Moral

Kaedah Perbincangan

Kaedah Lawatan

Kaedah Bermain dan Bercerita

Kaedah Main Peranan /Simulasi

Kaedah Pameran

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kerangka Konsep Tajuk

Kaedah Penyelesaian

MasalahKaedah Tunjuk

Cara

29

Page 30: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

4.0. Strategi dan Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Moral

Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah yang diambil

untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk mencapai

objektif. Pemilihan dan pelaksanaan strategi yang betul dan sesuai akan

melancarkan proses pembelajaran dan mencapai objektif dengan berkesan.Strategi

pengajaran yang sesuai akan menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.

4.0.1 Strategi Pengajaran

Secara Umum terdapat 3 strategi utama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

a. STRATEGI PEMUSATAN GURU

STRATEGI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI PEMUSATAN GURU

STRATEGI BERPUSATKAN

PELAJAR

PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN

30

Page 31: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Dalam strategi ini, guru memainkan peranan utama dalam menguasai aktiviti

pembelajaran. Strategi ini sesuai untuk pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2. Pelajar ini

masih belum mempunyai pengetahuan yang luas dan memerlukan banyak

bimbingan. Guru harus menjelaskan konsep dan isi pelajaran kepada pelajar.

b. STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR

Strategi berpusatkan murid melibatkan murid secara aktif dalam

pembelajaran.Murid-murid dan guru perlu sama-sama memainkan peranan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat-sifat yang bersosial yang positif juga

boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan seperti tolong-menolong, hormat-

menghormati, dan bekerjasama dalam kumpulan dan bertimbang rasa.

c. PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN

Strategi ini menekankan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar seperti

gambar, atau carta, model, slaid dan televisyen. Penggunaan bahan boleh

menarik tumpuan murid-murid terhadap pengajaran dan membantu murid

memahami pelajaran dengan cepat dan mudah.

4.0.2 Kaedah Pengajaran

Kaedah adalah satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan

teratur dan sistematik. Kaedah perlu dibuat dalam bentuk langkah-langkah yang

sesuai dan tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Guru perlu memilih

kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif dan keperluan pembelajaran

pelajar.

4.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

4.1.1 Kaedah Main Peranan / Simulasi

31

Page 32: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid

mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi

adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi

dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah

atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru

mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:

memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan

yang berlawanan.

memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam

simulasi.

mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu

berkenaan.

menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi.

Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid,

peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan

murid tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan

individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan

oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di

kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun

sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi

akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan

bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

“Guru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid

ditangkap kerana melakukan vandalism. Guru cuba menyoal sebab-

sebab dia kerap merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid

diminta memainkan peranan sebagai individu yang selalu merosakkan

harta awam manakala murid yang sering merosakkan harta sekolah

berperanan sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan akan

sedar dan menilai kembali sikap negatifnya.”

32

Page 33: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Apabila guru melaksanakan Kaedah Main Peranan/Simulasi tersebut,

apakah langkah-langkah yang perlu diambil dan teknik-teknik P&P

yang boleh diamalkan oleh guru?

(1 jam)

4.1.2 Kaedah Bermain dan Bercerita

4.1.2a Kaedah Bermain

Permainan merupakan satu aktiviti yang paling diminatidan sesuai untuk

perkembangan kanak-kanak.Guru-guru boleh mengadakan perbincangan selepas

aktiviti bermain. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid membina

kemahiran jasmani, keyakinan diri dan merangsang sifat kepimpinan. Aktiviti

bermain juga memupuk kemahiran social berinteraksi secara positif dengan guru

dan rakan sebaya.

Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah

keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga bertindak sebagai satu

alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Selain itu,

permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta

minat untuk menjelajahi dan mencipta idea.

Contohnya:

Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah

mengikut nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan

betul diberi sebatang pensil.

Dalam pendidikan moral, guru boleh melakukan permainan yang lebih kurang sama

seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir,

air dan bongkah secara berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar,

bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.

4.1.2b Kaedah Bercerita

33

Page 34: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat para pelajar.

Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap

penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik

dan berkesan. Pelbagai cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah

daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsang minda

dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan.

Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang

mengandungi unsur moral.

Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup.

Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi.

Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita harus

sesuai dengan tahap kanak-kanak, ia mesti menarik, boleh berbantukan gambar

atau klip video yang menunjukkan sesuatu kisah. Biasanya kanak-kanak dapat

mengambil iktibar daripada kisah yang disampaikan oleh guru. Suara guru juga

hendaklah menarik, ada nada dan cukup jelas, agar murid dapat memberi sepenuh

perhatian kepada cerita.

Dalam P&P Pendidikan Moral, kaedah bercerita merupakan kaedah yang paling

popular digunakan dalam bilik darjah dalam kebanyakan pendekatan P&P yang

dilaksanakan oleh guru. Guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat

dalam cerita itu seperti cerita pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada

perbuatan dustanya, semua orang tidak mempercayai bahawa harimau telah

menyerang kambing-kambingnya. Kadang-kadang guru boleh meminta murid

bercerita kisah-kisah benar yang pernah mereka dengar atau pernah mereka

sendiri mengalami. Dalam apa keadaan dan suasana selepas sesuatu cerita

disampaikan, nilai-nilai moral pada akhir aktiviti bercerita ini perlu dibincang dan

dihayati oleh murid.

Selain daripada teknik-teknik yang dihuraikan dalam penjelasan

kaedah bercerita di atas, berikan lima faktor yang perlu diambilkira

dalam pelaksanaan kaedah bercerita.

34

Page 35: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

4.1.3 Kaedah Nyanyian dan Lakonan

4.1.3a Kaedah Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari

kanak-kanak pelbagai peringkat umur terutamanya murid sekolah rendah. Teknik

nyanyian menghiburkan murid dan dapat mengurangkan ketegangan. Kaedah

nyanyian boleh digunakan sebagai set induksi, dalam penyampaian sesuatu isi

pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.

Contoh Lagu:

“Bangun pagi

Gosok gigi

Pergi mandi

Pakai baju

Makan roti

Minum kopi

Suka hati

Setiap pagi”

Anda boleh sambil rehat sambil berfikir:

Letakkan anda dalam keadaan seperti kanak-

kanak Tahun Satu, cuba nyanyikan lagu ini

dengan irama lagu seperti yang dinyanyikan

oleh kanak-kanak, apakah perasaan anda?

Fikirkan teknik yang boleh menyeronokkan lagi

murid-murid anda dan bagaimanakah teknik ini

dapat meyampaikan unsur-unsur pemikiran

moral, perasaan moral dan tingkah laku moral

dengan lebih berkesan dalam kalangan murid.

4.1.3b Kaedah Lakonan

Kaedah Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu

memainkan peranan semasa melakonkan sesuatu cerita atau peristiwa sama ada

secara spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat

35

Page 36: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan satu kuasa menarik

yang mengekalkan minat pelajar terhadap sesuatu subjek.

Terdapat empat jenis lakonan:

i. Lakonan Spontan (lakonan tanpa skrip)

ii. Lakonan berskrip ( baca dan lakon)

iii. Lakonan mimos (menggunakan mimic muka dan lakon tanpa suara)

iv. Lakonan menggunakan pelbagai boneka.

Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk

membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai

yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan

seharian.

Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan memahami

skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan watak.

Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan dan

ringkasan perlu dihasilkan.

Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah:

- Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan

bertatasusila dalam interaksi.

- Melakonkan cerita “Si Tenggang” untuk memberi keinsafan kepada

anak derhaka.

Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid. Murid juga

akan menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan

menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di kalangan murid-murid.

Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan dalam aktiviti

P&P Pendidikan Moral. Huraikan kekuatan dan kelemahan kaedah

lakonan. Bagaimanakah anda dapat mengatasi kelemahan yang

mungkin timbul dalam perlaksanaan kaedah lakonan.

36

Page 37: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

4.1.4 Kaedah Perbincangan

Perbincangan merupakan satu kaedah pengajaran dalam pendidikan Moral.

Perbincangan adalah satu bentuk diskusi antara ahli kumpulan dalam bentuk

kumpulan kecil ataupun besar. Kaedah perbincangan dapat menimbulkan minat

pelajar dalam sesuatu perkara yang menjadi isu dan membolehkan pelajar

mengeluarkan pendapat masing-masing. Banyak tajuk boleh dijalankan secara

perbincangan di dalam kelas.

Contoh-contoh tajuk perbincangan:

1. Menabung amalan mulia.

2. Makanan seimbang asas kesihatan diri.

3. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

i. Sesi Buzz

Sesi Buzz ialah perbincangan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-6

orang.

Cara pelaksanaan

1. Ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan idea

2. Peserta mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan

3. Perbincangan am antara peserta kumpulan

4. Idea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada guru

untuk penilaian.

ii. Sumbang Saran

Sumbang saran merupakan satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu

kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan

berkelompok. Setiap peserta digalakkan untuk memberi idea yang difikirkan

relevan. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk

perbincangan.

Contoh tajuk perbincangan:

37

Page 38: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.

4.1.5 Kaedah Lawatan

Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh

memberikan kesempatan kepada murid untuk memerhati dan membuat

pertimbangan mengenai sesuatu perkara atau keadaan perkara secara langsung di

luar bilik darjah. Lawatan juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan

perasaan tanggungjawab. Dengan itu, nilai moral yang dihendaki dapat

disampaikan dengan berkesan. Tempat yang boleh dilawati dalam kaedah ini

adalah seperti di kawasan sekolah seperti taman bunga dansebagainya.

Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu sebelum,

semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang

perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai

dengan nilai moral yang hendak di tekankan, kemudian guru menyediakan

panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-

perkara yang perlu diberi perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru

mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.

Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa

memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru

bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai

yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang

dilihat.

Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid, ia juga

merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran

juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.

Bagi pendidikan Moral, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland

iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat

pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh

mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka

boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya

bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya,

murid-murid juga boleh berjaya. Murid juga boleh dibawa melawat pusat

pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu,

38

Page 39: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu,

maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.

Bincang dan lengkapkan tugasan di bawah:

1. Berikan 5 kebaikan menggunakan kaedah lawatan dalam

Pendidikan Moral.

2. Lengkapkan carta grafik di bawah.

4.1.6 Kaedah Projek

Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual

dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui

kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan

pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada

kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan

produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai

kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya.

Guru seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid

Garis Panduan Menjalankan Lawatan

Sebelum Lawatan_____________________________________________

Semasa Lawatan_____________________________________________

Selepas Lawatan_____________________________________________

39

Page 40: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan

kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek

mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru, bertindak sebagai

motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan

minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk

melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah

menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu

membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan. Sebelum projek

dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu,

cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang

agar pelajar faham.

Jelaskan secara ringkas bagaimanakah guru dapat melaksanakan

projek Pendidikan Moral berikut dan pada masa yang sama

menyampaikan kepada murid nilai-nilai moral yang terkandung dalam

aktiviti tersebut.

1. Projek menyiapkan buku skrap – Isu moral

2. Projek membersihkan Masjid

3. Projek mengumpul sejuta tanda tangan

(1 jam)

4.1.7 Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah

ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan

prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun,

menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya

mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa

mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak

akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang

menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu.

Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut:

40

Page 41: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman

kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit

masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan.

Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah

mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah

dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

Kumpulkan cara-cara menghormati orang lain mengikut bangsa,

keturunan dan adat.

Gunakan kaedah tunjuk cara untuk memperkenalakan cara-cara

menghormati bangsa lain.

4.1.8 Kaedah Pameran

Langkah 1 

Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.

Langkah 3 Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung.

Langkah 4 Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka.

Langkah 5 Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka.

Langkah 2 

Berikan tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan.

41

Page 42: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kaedah pameran adalah satu kaedah yang menghargai sumbangan pelajar serta

memberi motivasi kepada para pelajar supaya terus berusaha. Kaedah ini

mendorong pelajar untuk memiliki daya kreativiti dan kepimpinan diri. Dalam

kaedah pameran, pelajar akan diminta untuk mempamerkan hasil mereka supaya

mereka dapat mengembangkan kebolehan serta cara pengurusan pameran

tertentu. Guru mengalakkan pelajar menguruskan satu pameran di dalam kelas

dan kemudian pada peringkat sekolah.

Rancang satu aktiviti pameran bertajuk masalah sosial di Malaysia.

Guru memastikan penglibatan para pelajar dalam menjayakan

pameran ini. Sediakan satu laporan pameran untuk disampaikan

dalam kelas.

4.1.9 Kaedah Penyelesaian Masalah

Kaedah ini digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian. Kaedah

Penyelesaian Masalah juga merupakan satu cara pengajaran yang berdasarkan

kaedah penyelesaian yang saintifik.

Garis panduan Teknik Penyelesaian masalah

1. Mengenal pasti masalah

2. Mencari maklumat

3. Membuat hipotesis.

4. Menguji hipotesis

5. Menilai dan membuat rumusan

Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap

42

Page 43: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

masalah perlu ada penyelesaian yang berkesan. Kes pelajar merokok,

kes buli, vandalisme dan lain-lain masalah sosial perlukan

penyelesaian. Guru yang bijak akan menyelesaikan masalah dengan

caranya tersendiri.

Bagaimana anda akan menyelesaikan masalah disiplin atau masalah

moral disekolah anda.

Kesimpulan

Guru boleh melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran untuk mewujudkan satu

suasana pembelajaran yang berkesan. Guru harus berusaha untuk

memperkenalkan beberapa banyak yang kaedah yang boleh dilaksanakan. Dalam

satu waktu P&P, guru boleh mengguna satu kaedah atau kombinasi dua atau tiga

kaedah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti secara inovatif dan kreatif, asal

objektif pembelajaran tercapai dan murid dapat manfaat maksimum daripada

pengajaran guru.

Tajuk 5APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sipnosis

43

Page 44: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk kelima ini memperkenalkan pelbagai kemahiran pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral, menjelaskan proses kemahiran tersebut serta

aplikasinya dlam P&P Pendidikan Moral. Kemahiran-kemahiran ini merangkumi

Pembelajaran Aktif

Pembelajaran Kontekstualisme

Pembelajaran Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Kajian Masa Depan

Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral

Sebenarnya, kemahiran-kemahiran P&P ini boleh diaplikasikan di semua subjek

yang diajar oleh guru, adalah penting bagi guru menggunakan kemahiran-

kemahiran ini dengak bijak mengikut kehendak sukatan Pendidikan Moral.

Hasil Pembelajaran

4. Mengetahui enam kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan

biasa diguna dalam P&P pelbagai subjek.

5. Memahami proses dan prosedur mengguna setiap kemahiran P&P dalam

Pendidikan Moral.

6. Mengaplikasikan kemahiran P&P secara inovatif dan kreatif.

Kerangka konsep tajuk

44

Page 45: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral

Pembelajaran Konstruktivisme

Aplikasi Kemahiran dalam P&P Pendidikan Moral

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Kajian Masa Depan

Pembelajaran Kontekstualisme

Pembelajaran Aktif

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

5.1 Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint (TOC)

TOC merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada

guru dan murid agar dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran

dalam subjek Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid.

5.1.1 Apakah TOC?

TOC merupakan teknik kemahiran Pemikiran dan penyelesaian masalah

berdasarkan pemikirann yang logic dan sistematik. Ianya merupakan satu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

5.1.2 Apakah kelebihan TOC?

Menerusi teknik TOC murid dan guru berupaya:

45

Page 46: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

- Mencapai matlamat Pengajaran dan pembelajaran.

- Dapat meyelesaikan masalah dengan berkesan

- Membuat keputusan bersama-sama dengan rasa tanggungjawab

- Dapat berkomunikasi dengan baik

3 kemahiran dapat digabungjalinkan melalui TOC iaitu:

(i) Kemahiran berfikiran secara kreatif

(ii) Kemahiran berfikir secara kritis

(iii) Kemahiran generik

5.1.3 Teknik-teknik TOC

1. Teknik Awan (The Cloud)

Teknik ini melibatkan beberapa penekanan iaitu:

(a) Kehendak (2 kehendak yang bertentangan di mana wujudnya konflik )

(b) Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak)

(c) Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang

berdasarkan keperluan)

(d) Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan keperluan)

(e) Penyelesaian `Win-win’ (penyelesaian yang dibuat supaya kedua-dua dan

matlamat bersama Berjaya dicapai)

2. Teknik Sebab dan Akibat (Cause & Effect)

Sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea,

kejadian mengakibatkan kesan-kesan yang negative. Dengan ini murid akan

sedar akan kesan-kesan negative daripada sesuatu tindakan atau tingkah

laku. Teknik ini juga memberi cara untuk menyatakan kesan-kesan itu.

Contoh:

SEBAB KESAN

KEMPEN GOTONG-ROYONG

MEMBERSIHK

AN KANTIN

KOTOR

BUSUK

CERIA

CANTIK

46

Page 47: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Dengan selesainya perbincangan secara berpasangan/berkumpulan,

mereka boleh menulis karangan atau membuat persembahan di hadapan

kelas. Ini akan membuatkan suasana menjadi lebih menarik terutamanya

dalam subjek Pendidikan Moral.

3. Teknik Mencita-citakan Kejayaan (Ambitious Targets Collaboratively)

Teknik ini merupakan satu teknik yang sesuai diaplikasikan dalam subjek

Pendidikan Moral. Teknik ini membolehkan seorang murid atau secara

berkumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini juga dapat

membina semnagat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasi

dan perancangan strategic yang melibatkan persetujuan ahli kumpulan.

Langkah-langkah:

1. Mengenal pasti matlamat yang diingini.

2. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum

matlamat itu boleh dicapai.

3. Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini

boleh diatasi.

4. Susunkan cara-cara menghadapi cabaran-cabaran mengikut

keutamaan.

5. Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani

cabaran itu.

5.2 Pembelajaran Aktif

KEMPEN GOTONG-ROYONG

MEMBERSIHK

AN KANTIN

47

Page 48: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pembelajaran Aktif merupkan satu pembejaran yang menyeronokkan

terutama bagi subjek Pendidikan Moral. Guru digalakkan menukar daripada

pembelajaran pasif ke pembelajaran aktif dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Dalam melaksanakan pembelajaran aktif inovasi dan

kreativiti guru perlu dalam melaksanakan satu aktiviti pelajaran aktif.

5.2.1 Apakah maksud Pengajaran Aktif?

Pengajaran Aktif merupakan satu pendekatan di mana murid berinteraksi

dengan bahan pengajaran dan murid berinteraksi dengan individu lain.

Pengajaran Aktif memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi

dengan apa yang dipelajari. Guru bertindak sebagai fasilitator dan

membimbing dalam mendapatkan jawapan.

Contoh aktiviti-aktiviti Pengajaran Aktif adalah seperti berikut:

(a) Minute Papers

Memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan

menanya soalan yang tidak terjawab seperti mengapakah kita perlu

bergotong-royong di kawasan perumahan? Apakah yang akan berlaku di

kawasan persekitaran rumah jika kita tidak menjalankan aktiviti gotong-

48

Page 49: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

royong? Ceritakan perasaan anda sekiranya kawasan perumahan anda

kotor?

Berikan beberapa minit untuk murid berfikir bagi memberikan jawapan

secara bertulis atau lisan.

(b) Brainstorming

Teknik ini melibatkan seluruh kelas mengambil bahagian. Guru

memperkenalkan apa yang perlu dipelajari dan meminta input dari murid

yang akan dicatat oleh guru di papan tulis.

Vandalisme seperti merosakkan tandas awam akan mencetuskan idea dan

percambahan fikiran di dalam diri murid.

Guru akan menerima semua idea murid yang pada mulanya mungkin salah

atau betul dan akan dicatatkan di papann tulis. Murid akan memberikan

pelbagai jawapan dan kritikan dan akhirnya guru bersama-sama murid akan

berbincang. Guru akan menjelaskan apa yang patut dan tidak patut terhadap

topic yang diberikan.

(c) Permainan

Aktiviti permainan berbentuk padankan, pertandingan. Menyambung atau

menyelesaikan puzzle, mencari perkataan tersembunyi dan sebagainya.

(d) Kerja kumpulan

Kerja kumpulan menghendaki semua ahli bekerjasama dalam

menyelesaikan satu tugasan yang diberikan. Setiap ahli akan bersuara,

berkongsi pendapat dan mengembangkan pembelajaran.

(e) Perbahasan

Perbahasan menggalakkan murid berfikir pelbagai perspektif tentang

sesuatu isu. Murid diberi masa untuk berbincang tentang isu persekitaran

dan berbahas dengan guru dan rakan. Guru bertindak sebagai fasilitator

sahaja.

(f) Kajian Kes

49

Page 50: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Ia menggunakan kisah sebenar untuk menerangkan apa yang berlaku dalam

sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan

murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah

dengan pengetahuan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.

(g) Lakonan

Melibatkan ramai murid untuk melakonkan situasi pencemaran sungai di

mana murid-murid memegang watak-watak seperti beg palstik, kotak

minuman, botol, hidangan air dan 2 budak nakal. Guru menyediakan skrip

dan melibatkan murid secara aktif dalam lakonan.

5.2.2 Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?

1. Arahan berpusatkan murid

Guru perlu sensitif terhadap perkembangan murid selain daripada

mengetahui latar belakang mereka serta pengetahuan sedia ada murid

untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

2. Komuniti diskusi

Peluang kolaborasi dan bertukar idea antara murid dengan murid, murid

dengan guru, murid dengan warga sekolah, akan diberi kepada murid.

Pengajaran Aktif juga dapat memotivasikan murid.

3. Refleksi

Murid diberi masa untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima

semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran. Guru yang kreatif dan inovatif

boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.

4. Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran

Guru perlu membantu murid agar bertanggungjawab terhadap pembelajaran

dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan

pembelajaran sendiri.

5. Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran

50

Page 51: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif posi tif murid tidak akan

takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan

sesuatu aktiviti. Ia merupakan langkah semula jadi untuk pengalaman yang

baru.

6. Peranan guru sebagai fasilitator

Peranan guru bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi perlu kreatif dalam

mengembangkan pemikiran kritis dalam kreatif dalam membantu murid

menyelesaikan masalah.

5.3 Pembelajaran Kontekstualisme

5.4 Pembelajaran Konstruktivisme

5.5 Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

5.6 Kemahiran Kajian Masa Depan

5.7 Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral

51

Page 52: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 6 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Sipnosis

Tajuk ini memberi tumpuan kepada dua sub-tajuk utama iaitu Pengenalan kepada

sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral dan sub-tajuk

kedua ialah Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral. Dalam sub-tajuk pertama akan dibincangkan tentang

kepentingan sumber, jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumber,

manakala dalam sub-tajuk kedua akan dibicarakan tentang Kepentingan mengguna

multi media, jenis-jenis multi media – audio dan visual, Internet, CD-Rom dan

penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media.

Hasil Pembelajaran

7. Mengetahui tentang kepentingan penggunaan sumber dalam P & P

8. Mengenalpasti jenis-jenis sumber dan cara pemilihan sumber yang sesuai.

9. Mengetahui dan mengaplikasikan jenis-jenis sumber multimedia, cara

penggunaannya serta cabaran-cabarab yang dihadapi.

Kerangka konsep tajuk

52

Page 53: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

6.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Istilah alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar, sumber bahan pengajaran dan

media adalah istilah yang selari dengan keperluan dalam perancangan dan

keperluan pedogogi pengajaran oleh guru. Alat lebih merujuk kepada setiap

peralatan yang digunakan untuk menyokong atau melaksanakan sebarang bahan.

6.1.1 Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

a. ia adalah daya penarik dan dengan itu menyingkirkan kebosanan

b. ia menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran

c. ia membantu pembentukkan konsep

d. ia menjadikan pembelajaran lebih bermakna

e. ia menyediakan pengalaman sebenar lalu mendorong murid-murid

menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan

f. ia mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan

penggunaan pelbagai deria murid

g. ia memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif

i. ia menggalakkan pemindahan pembelajaran

j. ia menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid.

Senaraikan semua sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang

anda dapat kumpulkan, sama ada bahan bercetak. elektronik, multi

media atau internet, jelaskan bagaimana sumber yang dipilih adalah

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penggunaan

sumber dalam P & P

Jenis-jenis sumber dan cara pemilihan

sumber

Jenis-jenis sumber multimedia dan penggunnanya dan cabaran

53

Page 54: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

penting dalam P&P Pendidikan Moral.

( 1 jam )

6.1.2 Jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumber

Bagi menjadikan pengajaran pendidikan moral itu lebih berkesan serta

menyeronokan, pelbagai bahan sokongan kerap digunakan oleh guru. Bahan-

bahan itu adalah terdiri daripada:

1. bahan bercetak seperti cerita,lagu,gambar-gambar bersiri, kad-kad situasi

dan skrip lakonan

2. bahan permainan

3. bahan maujud seperti bendera, berus gigi dan sebagainya

4. bahan rakaman

5. bahan pandang dengar

6. alat-alat seperti projektor, LCD, Pemain Video, telefon digital, VCD, DVD

Dunia kini makin berkembang dengan pesat dan kini sudah menjadi dunia tanpa

sempadan. Kemajuan sains dan teknologi menjadi dunia boleh dijelajahi dengan

begitu pantas. Oleh itu, sudah pastinya boleh menganggu nilai-nilai institusi

kekeluargaan, masyarakat, komuniti, dan negara. Maka, pendidikan moral

merupakan satu-satunya saluran yang boleh membimbing dan pendidik nilai-nilai

murni kepada semua warga supaya semua dapat mengimbangi segala nilai yang

dianggap penting kepada seseorang manusia.

Inovasi dalam pembinaan serta penggunaan sumber pengajaran terkini ialah

penggunaan teknologi dan komunikasi. Era digital memungkinkan setiap guru

untuk peka dalam menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran secara interaktif menggunakan komputer juga memerlukan bahan

dibina berasaskan kepada keperluan atau metodologi pengajaran dan

pembelajaran, pembelajaran berasaskan web dan e-learning ialah antara sumber

pengajaran dan pembelajaran atas talian yang memberikan impak dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Jika komputer dijadikan sebagai alat perantara,

maka bahan perisian yang dibangunkan pula alalah pelengkap kepada setiap

kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran

54

Page 55: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

berbantukan komputer juga adalah suatu pakej sumber pengajaran dan

pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa.

Bincangkan tentang jenis-jenis sumber multimedia yang boleh

digunakan dalam P&P dan masalah-masalah yang dihadapi dalam

pemilihan penyediaan sumber multimedia.

( 1 jam )

6.2 Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Bahan multimedia ialah bahan yang dibina secara bersepadu menggunakan unsur

visual dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi

menjadikan ia berfungsi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Unsur

video yang dihasilkan adalah terdiri daripada paparan grafik, animasi, gambar dan

warna yang dibina berasaskan prinsip pembangunan bahan. Manakala audio pula

boleh sama ada dalam bentuk suara, lagu dan bunyi-bunyian disempurnakan

secara digital untuk menjadikan setiap bahan lebih menarik dan berfungsi mengikut

keperluan. Kesepaduan unsur-unsur ini akan dipaparkan melalui monitor ataupun

layar (skrin) yang disalurkan menggunakkan LCD bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran kelompok yang besar.

6.2.1 Kepentingan Mengguna Multi Media.

Terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya,

a. ia boleh digunakan bagi tujuan kumpulan besar, kumpulan kecil dan

individu

b. gabungan bunyi, grafik, animasi dan gambar boleh menimbulkan kesan

sebenar

c. perkara yang akan disampaikan kepada murid-murid lebih senang

d. bahan multimedia boleh digunakan sebagai bahan pengajaran individu

yang berkait rapat dengan konsep pembelajaran kendiri.

55

Page 56: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

e. ia berupaya memberikan kronologi proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini amat bertepatan dengan teori pembelajaran kognitif

f. bahan multimedia dapat mengubah kaedah pembelajaran tradiosional

yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ’hands on’

dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar

g. bahan multimedia membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut

kapasiti masing-masing.

h. murid-murid mudah faham sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi,

rajah, latihan atau amalan disampaikan melalui alat bantuan mengajar

multimedia digunakan

i. bahan-bahan multimedia yang dibangunkan memberikan peluang

kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontektual

kepada murid-murid, pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran

dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai

penyelesai masalah

j. disamping menggunakan bahan multimedia murid-murid juga akan

didedahkan dengan penggunaan komputer sebagai perantara

penggunaan bahan multimedia.

Secara kumpulan, cari jenis-jenis bahan multimedia yang boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Pilih satu topik Pendidikan Moral, bina satu bahan multimedia yang

boleh diguna untuk P&P topik tersebut, jelaskan bagaimana anda

boleh menggunakan bahan multimedia yang dihasil oleh kumpulan

anda untuk persembahan P&P yang lebih menarik.

(1 jam)

6.2.2 Penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media

56

Page 57: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Bincangkan tentang cara penyediaan bahan-bahan multimedia untuk

P&P pendidikan moral dan cabaran yang dihadapinya. Sila sediakan

nota ringkas dan simpan dalam folder P&P.

(1 jam)

Tajuk 7Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro

Pendidikan Moral

Sipnosis

Tajuk Ketujuh ini sepatutnya diperuntukkan banyak masa bagi persembahan

pengajaran mikro dan makro Pendidikan Moral oleh pelajar sendiri, tetapi oleh

sebab kekangan masa dalam jadual interaksi pelajar PPG, persembahan

pengajaran mikro & makro ini hanya boleh dilakukan dalam kumpulan bagi

kemahiran yang dipilih. Walau bagaimanapun, teknik-teknik bagi setiap kemahiran

akan dibincang semasa interaksi dan diaplikasikan dalam P&P pelajar semasa

mereka mengajar di sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan melakukan pengajaran

mikro di depan rakan-rakan sejawatnya di sekolah supaya pencerapan klinikal yang

sebenar dapat meningkatkan mutu P&P Pendidikan Moral di sekolah.

Hasil Pembelajaran

1. Mengingat semula kemahiran-kemahiran seperti set induksi, penerangan,

penyoalan dan peneguhan, penggunaan sumber dan bahan bantuan

mengajar, variasi rangsangan, penutup yang pernah pelajar belajari semasa

Kursus Sijil/Diploma Perguruan mereka di maktab.

57

Page 58: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

2. Mengaplikasikan teknik-teknik yang berkesan dan sesuai semasa

menggunakan kemahiran-kemahiran P&P dalam persembahan pengajaran

miko dan makro.

3. Menyediakan pengajaran makro yang lengkap selepas menguasai

kemahiran-kemahiran pengajaran mikro dalam pesembahan.

Kerangka konsep tajuk

7.1 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut adalah perkara yang perlu diberikan perhatian semasa guru merancangkan P&P sesuatu topik:

Pendekatan Strategi Kaedah Teknik Prosedur Masa P&P Pengetahuan sedia ada Resos P&P Pembahagian isi kandungan

Pelaksanaan Pengajaran Mikro & Pengajaran

Makro

Mengingat semula, memahami & mengaplikasi

Kemahiran-Kemahiran P&P

Menyedia & melaksanakan pengajaran mikro bagi setiap Kemahiran P&P

Persembahan pengajaran makro dengan pelbagai

kemahiran P&P

58

Page 59: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Aktiviti individu & kumpulan Alat bantu mengajar Tapak P&P – dalam atau luar bilik darjah Suasana P&P Semangat & emosi afektif pelajar

Perbincangan

Rujuk pada nota lama subjek Pedagogi semasa Kursus Diploma

Pendidikan anda dan kumpulkan maklumat terkini melalui internet

atau resos cetakan, ulangkaji dan bincangkan setiap perkara yang

disenaraikan, hubungkaitkan perkara-perkara yang releven.

7.2 Pengajaran Mikro

Perkataan ‘mikro’ diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Pengajaran

mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasii

kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-

masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro yang biasanya dijalankan

selepas latihan pengajaran mikro. Robert Bush dan D. Wight Allen dari Pusat

Penyelidikan & Perkembangan pengajaran Universiti Stanford Amerika Syarikat

merangka dan melaksanakan pengajaran mikro pada tahun 1961. Pengajaran

mikro dipanggil sedemikian kerana semua perkara yang terlibat dalam pengajaran

ini menggunakan jumlah yang kecil, satu sub-topik atau topik yang ringkas sahaja,

jumlah pelajar yang sedikit (7 – 10 orang), beberapa orang penilai (pensyarah dan

pelatih sendiri sebagai penilai), masa pengajaran yang ringkas (5 -10 minit), hanya

satu kemahiran diguna dan dinilai dalam satu pengajaran mikro, dan alat bantu

mengajar (jika ada) biasanya diguna secara ringkas sahaja, ini bererti pengajaran

mikro adalah pengajaran yang ringkas dan telah dipermudahkan untuk tujuan

latihan praktikal bagi pelajar yang membelajari kemahiran sesuatu teknik

penyampaian dalam P&P.

Bincangkan rasional pengajaran mikro diadakan bagi subjek opsyen

pelatih dalam latihan perguruan. Berikan 5 kepentingan pengajran

mikro bagi seseorang pelatih IPG.

59

Page 60: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

7.2.1 Prosedur perlaksanaan pengajaran mikro

Pelatih perlu bekerjasama dalam agihan peranan dan tugas untuk setiap sesi

pengajaran mikro. Setelah pelatih memahami secara teori semua kemahiran

dalam teknik dan kaedah P&P, pelatih perlu mengagih tugas dan peranan bagi

setiap orang dalam pengajaran mikro, iailtu seorang pelatih akan main peranan

sebagai ‘guru’ yang mengajar, sekumpulan pelatih berwatak sebagai anak murid,

dan sebilangan lain sebabagai pemerhatian dan juga penilai, setiap penilai

mempunyai sehelai senarai semak tertentu untuk kemahiran tertentu, cth. Borang

senarai semak bagi pemerhatian kemahiran ‘set induksi’. Masa pengajaran yang

singkat membenarkan pelatih mempraktikkan hanya satu kemahiran dalam satu

pengajaran mikro. Pelatih ‘guru’ dibenarkan memilih satu kemahiran untuk

persembahan P&P, pelatih ‘penilai’ akan menanda dalam borang senarai semak

semasa pengajaran dilaksanakan dan diserahkan kepada ‘guru’ berkenaan selepas

pengajaran. Biasanya, rakaman video dilakukan untuk setiap sesi pengajaran

mikro. Selepas setiap pengajaran mikro tamat, rakaman video ditayang semula

untuk ditontoni pelatih dan supaya perbincangan sesama rakan kumpulan dapat

dilakukan bersama pensyarah pembimbing. Segala kekuatan dan kelemahan

kemahiran yang ada pada pelatih yang mengajar tadi dikenalpasti dan

dibincangkan. Komen kendiri pelatih yang mengajar serta komen-komen

pensyarah dan rakan-rakan pelatih tetap membawa manfaat kepada semua pelatih

yang terlibat dalam pengajaran mikro.

Mengikut Model Pengajaran Mikro yang dikemukakan oleh Alien, D. & Kyan, K.,

pengajaran mikro merangkumi 5 peringkat:

MERANCANG

MEMPRAKTIK

MENGULAS / KOMEN

MERANCANG SEMULA

60

Page 61: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Model ini nampaknya ideal tetapi akan membosankan pelatih yang terpaksa

mengulangi sesi pengajaran setiap kali terdapat kelemahan atau kesilapan.

George Brown mengubahsuaikan model ini kepada hanya 3 peringkat, iaitu

Pilih mana-mana 6 kemahiran pengajaran yang anda belajar,

bentukkan kumpulan (melibatkan semua pelatih dalam satu kelas)

untuk melaksanakan pengajaran mikro Pendidikan Moral mengikut

kemahiran peangajaran yang dipilih. Setiap kumpulan memilih satu

kemahiran, mempunyai seorang pelatih ‘guru’, 8 - 10 orang ‘murid’,

yang lain menjadi ‘penilai’. Watak guru, murid dan penilai dikehendaki

berubah-ubah bagi setiap kemahiran. Persembahan pengajaran

mikro (max. 15 minit satu kemahiran) perlu diadakan dalam kelas

interaksi. Rakaman video dengan fungsi ‘ulang tayang’ (play-back)

perlu disedia samasa pembentangan.

(Mengikut kebiasaan, setiap pelatih perlu melaksanakan pengajaran

mikro berwatak sebagai ‘guru’, tetapi oleh kerana kesuntukan masa

jam interaksi PPG, tugasan pengajaran mikro ini membenarkan hanya

6 orang sahaja untuk menjadi ‘guru. Pastikan persediaan

melaksanakan pengajaran mikro siap dengan rancangan mengajar

yang ringkas perlu diadakan sebelum interaksi kuliah berikutan.)

(2jam)

MEMPRAKTIK SEMULA

MERANCANG

MENGAJAR

MENGULAS / KOMEN

61

Page 62: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

7.3 Kemahiran-kemahiran yg dipraktik dalam Pengajaran Mikro

Simulasi dalam pengajaran mikro bagi sesuatu kemahiran teknik pengajaran

adalah bertujuan membenarkan pelatih mengaplikasikan teori pedagogi dan

menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran spesifik dalam situasi yang hampir

sama dengan P&P yang sebenar. Kemahiran-kemahiran yang pelu dipraktik oleh

pelatih adalah seperti berikut:

Set induksi, penerangan, penyoalan dan peneguhan

Penggunaan sumber dan bahan bantuan mengajar

Pelbagai variasi rangsangan

Penutup

Kesemua kemahiran pengajaran mikro telah anda belajar semasa

Kursus Diploma Pendidikan dahulu, sebagai ulangkaji sebelum anda

menggunakan kemahiran ini khas dalam pengajaran subjek Pendidikan

Moral, anda dikehendaki mengumpul semula ilmu pengetahuan

tentang semua kemahiran tersebut dan buat nota pembelajaran ringkas

mengikut format jadual yang disertakan.

CONTOH CATATAN NOTA:

KEMAHIRAN SET INDUKSI

Konsep

Contoh: Set induksi biasanya dilakukan pada pemulaan P&P Bertujuan membawa murid fokus kepada topik yang diajar Meletakkan murid dalam keadaan bersedia untuk belajar sesuatu

topik & memudahkan murid melaksanakan aktiviti P&P Masa peruntukan: ringkas (< 5 minit)

Prinsip-prinsip

Contoh: Mesti releven dengan pengetahuan sedia ada pada murid & isi

kandungan topik yang akan diajar Mesti dapat menarik perhatian, merangsangkan pemikiran &

menimbulkan minat murid Boleh guna ABM, soalan, ingat semula, ulangkaji ringkas, body

language, aksi yang inovatif & menarik

62

Page 63: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Masa peruntukan jangan terlalu panjang

komponen-komponen

Contoh: Merangkumi 4 perkara: Menarik perhatian murid, memotivasikan

murid, menghubungkaitkan fakta topik, dan menstrukturkan P&P Untuk menarik perhatian, guru boleh menggunakan nada suara,

ABM, kontak mata, gerakan dan body language yang sesuai, atau reka cipta suatu aktiviti yang luar biasa

Untuk memotivasikan murid, guru perlu memupuk rasa ingin tahu murid dengan teknik & aktiviti menarik spt bercerita, teka teki, soalan mencabar dll.

Untuk menghubungkaitkan fakta topik, guru boleh menyoal, menyatakan kaedah mejalankan tugasan, memberikan projek yang sesuai & memberikan contoh secara kontekstual

Untuk menstrukturkan Pengajaran, guru perlu mengambilkira pengetahuan lepas murid, isi kandungan topik baru yang diajar, hal ehwal semasa, minat & kemampuan murid

KEMAHIRAN PENERANGAN

Konsep

Prinsip-prinsip

komponen-komponen

KEMAHIRAN TEKNIK PENYOALAN

Konsep

Prinsip-prinsip

komponen-komponen

63

Page 64: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

KEMAHIRAN PENEGUHAN

Konsep

objektif-objektif

komponen-komponen

KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER & BAHAN BANTU MENGAJAR

Konsep

Prinsip-prinsip

komponen-komponen

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Konsep

Prinsip-prinsip

komponen-komponen

KEMAHIRAN PELBAGAI VARIASI RANGSANGAN

64

Page 65: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Konsep

Prinsip-prinsip

komponen-komponen

KEMAHIRAN PENUTUP

Konsep

Prinsip-prinsip

komponen-komponen

7.4 Pengajaran makro

Pengajaran makro adalah satu pengajaran yang lengkap dan menyeluruh,

merangkumi semua prosedur dan langkah pengajaran dan pembelajaran seperti

yang biasa dipraktikkan oleh seseorang guru dalam bilik darjah yang normal. Ini

bererti pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap

bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. ia

dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Pelatih telah memahami konsep

pengajaran mikro, dan konsep ini berkait rapat dengan pengajaran makro. Latihan

65

Page 66: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

pengajaran makro biasanya dijalankan selepas pelatih dapat menguasai

kemahiran-kemahiran teknik P&P dalam latihan pengajaran mikro. Sebenarnya

persediaan pelatih dalam latihan pengajaran makro boleh dilaksanakan serentak

dengan pengajaran mikro, pelatih boleh mencantumkan penulisan rancangan

pengajaran bagi pelbagai kemahiran yang digunakan dalam penyampaian sesuatu

topik yang sama, menjadikan satu rancangan pengajaran yang lengkap, rancangan

yang bermula dengan set induksi, diikuti dengan penerangan, teknik penyoalan,

penggunaan pelbagai variasi rangsangan, ABM, penilaian dan penutup. Latihan

pengajaran makro membenarkan pelaih melihat dengan lebih jelas bagaimana

sesuatu P&P yang lengkap dan bermutu perlu berasaskan kepada latihan praktikal

bagi setiap kemahiran P&P. Walau bagaimanapun, persediaan dan prosedur

latihan pengajaran makro adalah seperti latihan pengajaran mikro, iaitu, ada

pelajar, pemerhati dan penilai, rakaman video, tayang balik dan komen/ulasan

daripada rakan sekursus dan pensyarah perlu diadakan dalam latihan. Berikut

adalah perkara-perkara dalam pengajaran makro yang berbeza dengan pengajaran

mikro:

Objektif pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran makro mempunyai objektif pembelajaran yang menyeluruh dan

luas merangkumi aras pengetahuan pelajar dalam sesuatu topik.

Jumlah murid

Jumlah murid yang terlibat bergantung kepada bilangan murid di dalam

kelas sebenar. Biasanya, murid yang terlibat adalah murid yang sebenar dan

bukan dari lakonan rakan-rakan sekursus. (Walau bagaimanapun, oleh

sebab kekangan keadaan yang sebenar, pelajar PPG yang berinteraksi

pada waktu kuliah hujung minggu terpaksa mempersembahkan pengajaran

makro dengan menggunakan rakan-rakan sebagai murid simulasi.)

Strategi pengajaran

Pelatih perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dengan

amalan pelbagai kemahiran P&P supaya persembahan pengajaran makro

66

Page 67: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

menjadi satu sesi waktu P&P yang lengkap dan sejajar dengan keadaan

P&P yang sebenar.

Jangkamasa Pengajaran

Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan

kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 30 (satu

masa) hingga 60 minit (dua masa). Oleh yang demikian, pelatih perlu

merancang P&P dengan sepenuh masa mengikut peruntukan masa yang

ditetapkan.

Bahan pelajaran

Pelatih perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah

dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, pelatih

perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan.

Perbincangan dan refleksi

Penilaian kendiri perlu dibuat selepas pelatih selesai melaksanakan

pengajaran sebagai refleksi atau pebincangan berkaitan pengajaran pelatih.

Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam

pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah

pencapaian objektif, pengurusan bilik kelas, kelancaran aktiviti yang

dijalankan, penglibatan murid dan semua kemahiran yang digunakan dalam

P&P.

Seperti yang dihuraikan di atas, dan berbeza dengan pengajaran mikro, pengajaran

makro perlu dilaksanakan dengan sepenuh masa waktu pengajaran, iaitu, untuk

sekolah rendah, 30 minit satu sesi pengajaran. Disebabkan kesuntukan masa,

hanya satu atau dua persembahan pengajaran makro sahaja dapat dilakukan

semasa interaksaksi pelajar PPG pada perjumpaan hujung minggu.

Rumusan

67

Page 68: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pengajaran mikro dan pengajaran makro mempunyai matlamat yang sama, iaitu,

kedua-dua latihan membenarkan pelatih menguasai pelbagai kemahiran mengajar,

dapat memberi keyakinan kepada guru pelatih berhadapan dengan situasi

pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Selain itu, pelatih dapat

mengenal pasti potensi sendiri, seperti memiliki suara yang jelas dan lantang,

berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya, kelemahan pelatih yang dikenal

pasti juga boleh dibaiki dengan bantuan dan cadangan dari rakan-rakan sekursus

atau pensyarah pembimbing. Kelebihan sampingan ialah melalui latihan

pengajaran mikro dan makro, setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk

menjayakan sesi pengajaran tersebut. Semua individu akan memainkan peranan

masing-masing sama ada sebagai guru atau pelajar, ini secara tidak langsung akan

menyebabkan perasaan malu dan takut hilang kerana ia tidak melibatkan pihak

lain.

Tugasan kumpulan ini melibatkan semua pelatih dalam satu kelas,

setiap pelatih mainkan peranan dalam persembahan pengajaran

mikro. Tetapkan satu topik Pendidikan Moral, ketua kumpulan

sediakan satu Rancangan Mengajar bagi Pengajaran Makro selepas

perbincangan dan persetujuan ahli kumpulan. Gabungkan kemahiran-

kemahiran pengajaran yang anda belajar dalam perancangan

pengajaran mikro, laksanakan kemahiran-kemahiran tersebut dalam

satu persembahan yang mengambil masa 30 minit waktu pengajaran

makro.

(Seperti pengurusan pengajaran mikro, pengajaran makro melibatkan

seorang pelatih ‘guru’, lebih daripada 10 orang ‘murid’, yang lain

menjadi ‘penilai’. Walau bagaimanapun semua ahli boleh menilai dan

memberi komen terhadap persembahan, menitikberatkan keuatan dan

kelemahan yang dikesan dan cadangan penambahbaikan. Rakaman

video dengan fungsi ‘ulang tayang’ (play-back) perlu disedia samasa

pembentangan.)

(2jam)

68

Page 69: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 8 Penilaian Pengajaran Makro

Sipnosis

Tajuk Kelapan adalah kesinambungan tajuk ketujuh tentang pengajaran mikro dan

makro. Tajuk terakhir ini adalah berkaitan dengan penilaian pengajaran makro

mengikut model pencerapan klinikal. Pelatih dikehendaki mengetahui unsur-unsur

penilaian, peringkat-peringkat penilaian dan fomat penilaian. Melalui penilaian

kendiri dan penilaian terhadap rakan sekursus dalam persembahan pengajaran

mikro dan makro, pelatih dapat membelajari dengan lebih mendalam tentang

teknik-teknik yang berkesan dalam setiap kemahiran P&P yang dibelajari.

Pembelajaran tersebut akan jadi lebih berkesan apabila pelatih dapat menulis

refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran makro dalam journal reflesksi mereka.

Pelatih menjalankan penilaian rakan sekursus dan pensyarah terhadap kekuatan

dan kelemahan dalam pengajaran makro, ini merupa antara cara yang amat

bekesan dalam latihan parguruan.

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui penilaian pengajaran makro mengikut model pencerapan

klinikal.

69

Page 70: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

2. Mengetahui unsur-unsur penilaian, peringkat-peringkat penilaian dan fomat

penilaian.

3. Menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran makro dalam journal

reflesksi.

4. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam latihan pengajaran

makro.

Kerangka konsep tajuk

8.0 Penilaian Pengajaran Makro

Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan

menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang

lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan. Seperti penilaian pengajaran

mikro, penilaian pengajaran makro adalah lebih menyeluruh, ia melibatkan

pencerapan klinikal, setiap kemahiran yang dipersembahkan akan diperhati,

direkodkan dan dianalisis sebelum komen atau refleksi dilakukan.

Penilaian Pengajaran Makro

Penilaian pengajaran makro mengikut

model pencerapan klinikal

Unsur-unsur penilaian, peringkat-peringkat penilaian dan fomat penilaian

Menulis refleksi penilaian kendiri

selepas pengajaran makro

70

Page 71: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

8.1 Penilaian mengikut Model Pencerapan Klinikal

Semasa pengajaran makro, penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan model

pencerapan klinikal, tujuannya ialah untuk

(a) Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelatih dalam pengajaran

(b) Memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran

(c) Memperkembangkan potensi dan kemahiran yang ada pada pelatih

8.1.1 Unsur-unsur Penilaian mengikut Model Pencerapan Klinikal

Dalam konteks sekolah, guru (terlatih atau dalam latihan) boleh diselia oleh

guru senior yang berpengalaman luas dalam P&P dengan model

pencerapan klinikal. Untuk latihan guru di pusat latihan perguruan, model ini

biasanya diguna untuk menyelia pelatih yang menjalani praktikum atau

semasa penilaian pengajaran makro. Berikut adalah unsur-unsur dalam

Model Pencerapan Klinikal.

1. Pencerapan klinikal merupakan suatu kaedah penyeliaan dan

penilaian bertujuan membantu pelatih atau guru di sekolah untuk

meningkatkan mutu pengajaran. Ia merangkumi pertimbangan

intervensi dalam proses pengajaran.

2. Pencerapan klinikal berorientasikan matlamat dengan menyepadukan

keperluan sekolah dan keperluan perkembangan peribadi guru/pelatih

di sekolah.

3. Pencerapan klinikal mempunyai hubungan kerja yang profesional

antara guru/pelatih dan penyelia.

4. Ia memerlukan kepercayaan yang tinggi antara guru/pelatih dan

penyelia seperti mana yang boleh diperlihatkan melalui

persefahaman, sokongan dan komitmen untuk tujuan peningkatan

proses pengajaran dan pembelajaran.

71

Page 72: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

5. Ia merupakan suatu penilaian yang sistematik, walaupun memerlukan

kaedah yang fleksibel dan perubahan yang berterusan.

6. Pencerapan klinikal membina satu hubungan yang produktif antara

sesuatu yang unggul dan yang sebenar.

7. Ia mengandaikan bahawa seorang penyelia mempunyai pengetahuan

yang tinggi tentang penganalisisan pengajaran dan pembelajaran

serta hubungan kemanusiaan yang produktif.

8. Ia memerlukan latihan praperkhidmatan (khususnya dalam teknik-

teknik pemerhatian) serta refleksi yang berterusan terhadap

pendekatan yang berkesan.

8.1.2 Peringkat-peringkat Penilaian

Penilaian pencerapan klinikal perlu dilaksanakan dalam tiga peringkat:

1. Konferens Pra-Pencerapan

Konferens pra-pemerhatian ialah peringkat permulaan bertujuan untuk

membina persefahaman antara penyelia dan guru/pelatih tentang

pengajaran yang bakal dijalankan. Semasa konferens pra-pemerhatian,

hubungan mesra antara penyelia dan guru/pelatih adalah penting supaya

sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lancar.

2. Pemerhatian Semasa P&P

Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh

guru/pelatih dan membuat catatan (data). Penyelia akan menyediakan

huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian

dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

3. Konferens Pos pemerhatian (Konferens Maklum Balas)

Konferens pos-pemerhatian merupakan sesi perbincangan selepas

pengajaran dijalankan. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas kepada

guru/pelatih supaya dapat meningkatkan mutu pengajaran, mencapai

kemajuan profesionalisme diri, dan membuat penilaian kendiri.

8.1.3 Format/Pendekatan Penilaian

72

Page 73: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1. Pendekatan preskriptif (prescription approach)

Penyelia merupakan sumber kepakaran dalam konteks dialog antara

penyelia dan guru/pelatih. Penyelia menentukan bagaimana sesuatu

pengajaran patut diajar.

2. Pendekatan kolaboratif (collaborative approach)

Penyelia dan guru/pelatih berkongsi kepakaran. Penyelia akan membantu

guru/pelatih membina autonomi melalui refleksi dan penilaian kendiri.

3. Pendekatan arah kendiri (self-directed approach)

Penyelia berperanan sebagai fasilitatorterhadap perkembangan idea

guru/pelatih, membolehkan guru/pelatih membuat refleksi, membuat

keputusan dan membina alternatif sendiri terhadap penyelesaian masalah

yang dihadapi.

Rujuk pada nota tentang penilaian pengajaran makro mengikut Model

Pencerapan Klinikal, bincang dengan pensyarah anda bagaimana anda

boleh melakukan sesi penilaian persembahan pengajaran makro oleh

kelas anda, aturkan masa untuk konferens pra dan pos pemerhatian

sebelum dan selepas pengajaran.

(1 jam)

8.2 Journal Refleksi

Pelatih dikehendaki membuat refleksi untuk setiap P&P semasa praktikum. Dalam

sesi latihan pengajaran makro, refleksi kendiri selepas pengajaran adalah penting

kerana refleksi dapat membantu seseorang pelatih:

(a) Berfikir secara sistematik dan memahami perkara yang berlaku dalam

bilik darjah secara wajar dan rasional.

(b) Membentuk matlamat dan inkuiri secara profesional.

(c) Melaksanakan model pembelajaran yang menunjukkan pengajaran

sebagai satu proses pengetahuan yang berterusan.

(d) Melaksanakan perbincangan dan kolaborasi dengan penyelia.

73

Page 74: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

8.3 Menulis Refleksi Penilaian Kendiri selepas Pengajaran Makro

Objektif menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran mikro ialah:

(a) Menyimpan rekod penilaian proses pengajaran makro yang dilakukan

oleh anda atau rakan sekumpulan anda.

(b) Menilai secara bertulis prestasi pengajaran makro anda.

(c) Menjadikannya penulisan reflesksi anda sebagai asas atau panduan

kepada tindakan susulan.

(d) Meningkatkan ingatan dan kepekaan terhadap mutu pengajaran.

(e) Menjadikan refleksi kendiri anda sebagai bahan perbincangan

semasa konferens pos pemerhatian dengan penyelia anda.

(f) Meningkatkan kemahiran profesionalisme dalam aspek P&P anda.

Selepas persembahan pengajaran makro, sama ada anda terlibat

sebagai guru atau penilai rakan sekursus, anda dikehendaki menulis

refleksi kendiri atau refleksi penilaian terhadap keseluruhan pengajaran

jika anda bukan ‘guru’ yang mengajar.

(1 jam)

 8.3 Menjalankan Penilaian Rakan Sebaya dan Pensyarah terhadap

Kekuatan dan Kelemahan dalam Pengajaran Makro

Tujuan penilaian oleh rakan sebaya dan penyelia dijalankan ialah untuk:

(a) Menambahbaik proses dan aktiviti pengajaran anda.

(b) Memberi maklum balas kepada anda mengenai pengajaran.

(c) Memberi peluang yang sistematik untuk anda memperkembangkan kemahiran pengajarannya.

(d) Menentukan nilai pengajaran anda.

 

Selepas melakukan penilaian terhadap pengajaran makro yang

74

Page 75: MODUL PEN.MORAL ( ELM 3102 )

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

dipersembahkan oleh rakan sekursus anda, cuba berikan cadangan-

cadangan bagi menambahbaiki pengajaran makro rakan anda.

Cadangan penambahbaikan boleh meliputi aspek suara, bahan dan

alat bantu mengajar, teknik-teknik dalam kemahiran-kemahiran P&P

yang digunakan, pengurusan masa, pengurusan bilik darjah, hasil

pembelajaran dan lain-lain.

(1 jam)

75