SJH 3102 M5

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    1/24

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS PULAU PINANG

    SJH 3102

    PENSEJARAHAN MALAYSIA

    Nama Pensyarah : Dr. Mohd Azhar bin Bahari

    Nama Ahli Kumpulan :

    Chu Lee Ming

    Teoh Jing Shan

    Yap Tsin Huey

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    2/24

    Membentangkan sinopsissetiap karya pensejarahan

    Malaysia (Hikayat Abdullah &

    Tuhfat Al-Nafis) dalamBahasa Melayu abad ke 14

    sehingga abad ke 18.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    3/24

    HIKAYATABDULLAH

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    4/24

    PENGENALANHikayat Abdullah yang ditulis oleh

    Abdullah bin Abdul Kadir Munsyipada pertengahan abad ke -19

    merupakan sebuah bentukpenulisan autobiografi.Karya yang

    istimewa dalam Khazanah SasteraMelayu ini menceritakan

    peristiwa-peristiwa menarikantaranya mengenai kehidupan

    harian penduduk Kota Melakadan Singapura serta tokoh-tokohberbangsa Barat seperti

    Faraquhar, Tuan Milne, StamfordRaffles dan lain-lain.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    5/24

    Latar Belakang Penulis

    Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebihdikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854)dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854.

    Beliau bukan sekadar memperlihatkanperkembangan bahasa Melayu tersebut melaluikarya kesusasteraan malahan juga ia menyedaribetapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    6/24

    Karya-karya : Syair Singapura Terbakar 1843 Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835) Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837) Dawai-Kulub (1838) Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) Hikayat Abdullah (1843) Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854). Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari SingapuraSampai ke Kelantan (1838) Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari SingapuraSampai ke Mekkah (1858-9). Syair Singapura Terbakar (1843) Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?) Malay Poem on New Years Day (1848) Ceretera Kapal Asap (1843) Ceretera Haji Sabar Ali (1851)

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    7/24

    Hikayat Abdullah atau juga dikenalisebagai Hikayat Abdullah bin Abdul

    Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul KadirMunsyi 1880 merupakan kisah

    pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama

    kali diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumiditerbitkan oleh Pustaka Antarapada tahun 1907bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu.Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang

    pertama diterbitkan secara komersial.

    LATAR BELAKANG

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    8/24

    Gaya penulisan Abdullah yang

    unik dipaparkan secara jelas

    dalam teks ini dan isinya

    disampaikan dalam bahasa

    Melayu yang sederhana dankontemporari.

    Tidak seperti karya-karya klasik

    sastera Melayu yang

    kebiasaannya mengandungifantasi dan cerita legenda, karya

    Abdullah berkisarkan tentang

    realisme

    GAYA PENULISAN

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    9/24

    SINOPSISKarya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan

    mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentangmasyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19.

    Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya diMelaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yangdilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau

    kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulankongsi gelap Cina di pedalaman Singapura , dan tentang

    acara seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohankota A Famosa di Melaka, dan lawatan Lord

    Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    10/24

    Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribaditentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai dariSyarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel

    Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari KesultananJohor, mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang

    dari China

    Didalam buku ini, beliau menceritakan bahawa orang melayu padazamannya langsung tidak mengambil berat soal pendidikan untuk

    anak-anak mereka. Dimana masalah itu masih lagi wujud di segelintirorang melayu sekarang.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    11/24

    Beliau melahirkan rasa hairan mengapa orang melayu itu engganbelajar bahasanya sendiri dan begitu mudah mempercayai sesuatu yang

    ghaib dan tahyol daripada berfikir menggunakan akal. Dan kerana

    itulah orang melayu ketinggalan berbanding bangsa lain seperti indiadan cina di masa dulu.

    Didalam buku ini juga, Munsyi Abdullah menceritakan asal usulnya,bagaimana dia gigih mempelajari bahasa melayu, cina, tamil, arab dan

    inggeris.

    Selain itu ia juga menceritakan bagaimana Singapura dibuka oleh Britishdan bagaimana hubungannya dengan beberapa tokoh sejarah seperti

    Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd dan ramai lagi.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    12/24

    Beliau juga mengkritik perangai Sultan dan anak anak raja.

    Dimasa dahulu, rakyat adalah hamba raja.

    Apabila seseorang sultan mahukan sesuatu seperti hasiltanaman, kerbau kambing hatta isteri dan anak orang

    sekalipun, tiada siapa yang boleh membantah.

    Malah sultan dan anak raja boleh membuat sesuka hati tanparasa bersalah.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    13/24

    Tuhfat

    Al-Nafis

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    14/24

    PENGENALANTuhfat al-Nafis (Hadiah

    Berharga) merupakansebuah karangan sejarah,

    karya Almarhum Raja AliAl Haji, Riau pada 1885.

    Secara ringkasnya, iamenceritakan bagaimana

    pembabitan orang-orang Bugis bermula dan

    cemerlang di TanahMelayu.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    15/24

    LATAR BELAKANG PENULISRaja Ali Al-Haji Ibn Raja Haji Ahmad (1809-1870)dilahirkan di Pulau Penyegat, Riau, merupakan penulispertama yang menyusun tata bahasa Melayu menerusibukunya Bustan al-Katibin (1850). Beliau layak digelarSejarawan Melayu pertama berdasarkan sumbangannyakepada penulisan Melayu pada pertengahan abad ke-19.

    Karya-karya : Salasilah Melayu dan Bugis 1890 Tuhfat al-Nafis 1865 Bustanul-Katibin Kitab Pengetahuan Bahasa Gurindam Dua Belas Syair Siti Shianah Syair Suluh Pegawai Syair Hukum Nikah

    Syair Sultan Abdul Muluk

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    16/24

    LATAR BELAKANGBuku ini dimulai dengan puji-pujian kepada Allah

    swt dan salawat kepada Nabi Muhammad saw.Sesudah itu memaparkan maksud penulisan

    karyanya. Iaitu menghuraikan peristiwa-

    peristiwa penting yang dialami raja-raja Melayudan Bugis selama lebih dua kurun sejak

    pertengahan abad ke-17 hingga awal abadke-19.

    Peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dijadikancermin untuk menyampaikan falsafah hiduppengarang. Semua itu adalah penting untuk

    memelihara negara dan masyarakat .

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    17/24

    SINOPSISDalam buku ini pengarang

    mengingatkan raja-raja yanggemar mengumbar hawa

    nafsu dan mementingkan diriseperti Sultan Mahmud dariJohor, yang mengakibatnya

    timbulnya bencana yangmerugikan negara dan

    rakyat. Sebagai seorangsultan dia lebih suka

    menghabiskan waktunya

    untuk bermain-main danberfoya-foya, khususnya keSingapura dan tidak

    menghiraukan keadaannegeri dan rakyat yang

    diperintahnya.

    Dia membangun istanamegah bergaya Eropahsementara rakyat hidup

    sengsara dilanda kemiskinan.Pembangunan istana megah

    gaya Eropah jugamencerminkan betapa sultan

    ini tidak mempedulikankebudayaan bangsanya.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    18/24

    Sultan Mahmudjuga digambarkan

    orang yang lemahdalam

    menggunakanikhtiar dan akal

    budi.

    Hal ini digambarkanmisalnya oleh Raja

    Ali Haji melaluiperistiwa ketika

    Residen Riau

    meminta pendapatSultan Mahmud

    tentang penggantiYang Dipertuan

    Muda Raja AbdulRahman yang sudah

    wafat.

    Sultan Mahmudbaru dapat memberijawaban beberapa

    hari kemudian.Tiadanya jawaban

    yang jelas dariSultan Mahmudmenumbuhkan

    krisis yangmerugikan jalannya

    pemerintahan dilingkungan kerajaan

    Riau Lingga.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    19/24

    Raja Melayu lainyang perangainya

    buruk dan

    membawa bencanabagi negeri dan

    rakyat, dicontohkanoleh Raja Ali Haji

    ialah Raja Kecik Siakdan Raja Kecik

    Terengganu.

    Raja Kecik Siakdigambarkan

    sebagai tokoh yanggemar

    memperlihatkan

    kekuasaan dengansegala tipu muslihat.

    Dia ingin merebutkekuasaan dari

    tangan Raja AbdulJalil kerana merasa

    bahawa dialah satu-satunya anak SultanMahmud.

    Siasat yangdilakukan ialah

    menakut-nakuti dan

    memecah belahrakyat. Raja Kecikjuga dilukiskansebagai orang

    bengis dan kasar,serta mencemarkan

    nama baik keluarga.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    20/24

    Lebih dari itu RajaAli Haji

    menggambarkandengan cermat

    dalam bukunya itubetapa dahsyatnya

    proses demoralisasiyang melanda

    kehidupan raja-rajadan bangsawanMelayu selama

    penjajahan British

    dan Belanda dikepulauan Melayu.

    Hanya melaluiproses demoralisasi

    itu merekamenguasai

    Nusantara. Hal itu

    ditambah lagidengan pertikaiandan perpecahan

    yang sering terjadidi kalangan

    pemimpin Melayu

    sendiri.

    Perpecahan semakinparah kerana

    kelobaan dan saling

    mendengki antarapara pemimpin dari

    masing-masingkaum dalam

    masyarakat Melayu.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    21/24

    Sebagai karyaadab, Tuhfat al-

    Nafis jugamemperbicarakan

    masalah raja yangbaik dan yang

    buruk, yang adil danyang zalim. Kaum

    ulama, cendekiawandan budayawan

    dipinggirkan.

    Dalam karya ini,tarikh peristiwa-peristiwa juga

    dinyatakan dengan

    jelas. Kedaulatanseorang raja,

    menurut penulisbuku ini, tidak dapat

    diukur hanyaberdasarkan garis

    keturunan.

    Seorang rajamemiliki kedaulatan

    apabila beliaumemiliki

    kemampuan

    memimpin danpengetahuan yangluas dalam bidangyang diperlukanseperti hukum,politik, agama,

    sejarah, bahasa dan

    kebudayaan.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    22/24

    Kesimpulannya, Raja AliHaji memang percaya

    bahawa takdir menentukan

    kehidupan manusia, namunyang lebih menentukan lagiruntuhnya suatu kaum ialahkelalaian kaum itu sendiridan pembangkangannyaterhadap hukum Tuhan.

    Pembangkangan terhadapajaran agama dan moral

    merupakan sebab utamadari berbagai konflik dan

    malapetaka yang menimpamasyarakat.

  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    23/24

    RUJUKANAli Ahmad, (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Drs. Liaw Yock Fang, (1975). Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik,Singapura : Pustaka Nasional Singapura.

    Muhammad Yusoff Hashim, (1988). Persejarahan Melayu

    Nusantara, Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.Munsyi Abdullah, (1997). Hikayat Abdullah, Kuala Lumpur :

    Pustaka Antara Sdn. Bhd.

    Laman Web

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Haji_bin_Raja_Haji_Ahmad

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi

    http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Haji_bin_Raja_Haji_Ahmadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshihttp://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Haji_bin_Raja_Haji_Ahmad
  • 7/29/2019 SJH 3102 M5

    24/24

    SEKIANTERIMA KASIH