24
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN TINJAUAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID-MURID TAHUN EMPAT DALAM PPSMI : SATU KAJIAN TERHADAP DUA BUAH SEKOLAH. OLEH KIU MEE YIN SEKOLAH KEBANGSAAN SG. SUGAI JULAU, SARIKEI DAN 1

Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

TINJAUAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID-MURID TAHUN EMPAT DALAM PPSMI : SATU KAJIAN

TERHADAP DUA BUAH SEKOLAH.

OLEH

KIU MEE YIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SG. SUGAIJULAU, SARIKEI

DAN

LING LING HONG

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MINARSARIKEI

1

Page 2: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

09 – 11 OKTOBER 2006

Tinjauan Pembelajaran Matematik Murid-Murid Tahun Empat DalamPPSMI : Satu Kajian Terhadap Dua Buah Sekolah.

Oleh :Kiu Mee Yin (SK. Sg. Sugai)Ling Ling Hong (SJK Minar)

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan Tinjauan Pembelajaran Matematik Murid-Murid Tahun Empat Dalam PPSMI iaitu kajian terhadap dua buah sekolah. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Responden-responden terdiri daripada 34 orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru yang mengajar matematik menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi. Didapati sikap murid-murid di kawasan pendalaman terhadap pengajaran matematik adalah di peringkat sederhana positif (3.38). Dapatan kajian juga menunjukkan ada perbezaan dari segi kemampuan murid-murid mengikut pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah adalah pada peringkat sederhana ( 2.93). Dari segi tahap peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam matematik di kalangan murid-murid tahun empat adalah positif dan memuaskan iaitu sebanyak 64.22%. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan kursus PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan untuk guru-guru matematik di sekolah rendah.

2

Page 3: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Penghargaan

Kami berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia kami Dr. Lau Hieng Soon ( Ketua Jabatan Dan Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme , Institut Perguruan Rajang ) di atas segala tunjuk ajar,teguran dan bimbingan yang diberikan.

Penghargaan juga diberikan kepada En. Mohd. Zaki , En. Abdul Hadi, En. Mat Kamal dan En. Lu Cheng Soon yang telah memberi banyak sumbangan kepada kami. Tidak ketinggalan juga diucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan banyak memberi bantuan dalam segenap aspek.

Tidak lupa juga penghargaan ikhlas kepada keluarga yang tercinta yang telah mendoakan kejayaan kami. Akhir sekali buat suami tersayang di atas sokongan, dorongan dan kesabaran di sepanjang kursus ini sehinggalah kami memperolehi kejayaan yang boleh membawa kebanggaan kepada pihak yang tertentu.

3

Page 4: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

PENGENALAN

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) dilaksanakan sepenuhnya di tahap 1 Sekolah Rendah,dan di peringkat Sekolah Menengah Rendah. Surat Pekeliling tentang dasar serta strategi pelaksanaan PPSMI telah dikeluarkan ke semua sekolah pada tahun 2002. PPSMI dilaksanakan bermula dengan tahun 1 dan Tingkatan1 pada 2003,seterusnya diperluaskan ke tahap yang lebih tinggi secara berperingkat. Kelas-kelas yang terlibat dengan PPSMI dikehendaki melaksanakan PPSMI secara separa mengikut keupayaan sekolah, guru dan murid.( PPK 2005 ).

Sekolah Kebangsaan diwajibkan untuk mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan satu era pembaharuan terhadap peranan mata pelajaran matematik dalam Kurikulum Sekolah Rendah. Manakala di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC), mata pelajaran matematik diajar dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Cina. Jadi ternyata terdapat perbezaan di antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dalam melaksanakan PPSMI.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 / 2006 pelaksanaan waktu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) bagi Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ) mulai 2006 ialah waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di tahap 2 bermula dengan Tahun 4 di SJKC adalah seperti berikut :

Matematik = 8 waktu seminggu ( 7 waktu + 1 waktu ) ( 2 waktu diajar dalam Bahasa Inggeris dan 6 waktu diajar dalam Bahasa Cina )

Bagi mata pelajaran Matematik, satu waktu ditambah kepada 7 waktu yang sedia ada menjadikan jumlah waktu mata pelajaran Matematik sebanyak 8 waktu seminggu. Tambahan satu waktu ( 30 minit ) kepada mata pelajaran Matematik itu diambil daripada mata pelajaran Pendidikan Moral. Ini menjadikan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan Moral ialah 4 waktu sahaja. Ini bermakna waktu Pendidikan Moral di SJKC bagi Tahun 4 ( 2006 ) , Tahun 5 ( 2007 ) dan Tahun 6 ( 2008 ) dan seterusnya adalah 4 waktu seminggu.

Daripada jumlah 8 waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Matematik, 2 waktu hendaklah diajar dalam Bahasa Inggeris dan 6 waktu diajar dalam Bahasa Cina.

4

Page 5: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Rasional kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid untuk berkomunikasi secara berkesan. Di samping itu, dapat meningkatkan kefahaman murid bagi konsep asas dan konsep yang abstrak. Selain itu, dapat menggalakkan murid-murid tahap 2 mengakses maklumat dari pelbagai sumber dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Kita sedia maklum bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Oleh itu, murid-murid harus mempelajari Bahasa Inggeris bagi memudahkan perolehan ilmu.

Soalan-Soalan Kajian

1) Apakah sikap pelajar-pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris ?

2) Sejauh manakah kemampuan pelajar-pelajar mengikut pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris?

3 ) Apakah masalah pembelajaran matematik dalam PPSMI yang dihadapi oleh murid- murid tahun empat ? 4) Apakah langkah-langkah untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh murid- murid tahun empat tersebut ?

Objektif Kajian

1) Memahami sikap pelajar-pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

2) Mengenal pasti kemampuan pelajar-pelajar mengikut pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

3) Mengkaji masalah pembelajaran matematik dalam PPSMI yang dihadapi oleh murid-murid tahun empat.

4) Mengenal pasti langkah-langkah yang dapat menangani kekangan tersebut.

5

Page 6: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Tinjauan Literatur

Dapatan dari kajian yang dijalankan menunjukkan murid-murid di Malaysia kurang menghadapi masalah tentang pengiraan atau kemahiran procedure (algoritma). Kesulitan yang paling utama ialah memahami maklumat , membuat transformasi (menterjemah) maklumat kepada ayat matematik atau menghubungkan maklumat dengan pemilihan operasi yang sesuai. (Laporan Kertas Kerja Konvensyen Guru-Guru Sains & Matematik, 2001).

“THE teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) has yielded satisfactory results after only nine months since its implementation, with studies showing it has raised students' performance in English.

Education Minister Tan Sri Musa Mohamad said as an example, a comparative study by the Johor Education Department on the academic performance of students in 2002 and 2003 showed that scores in the English Language had improved.

"The percentage of students in Form One and Standard One who passed English Language in their exams had increased by six per cent and 4.5 percent respectively this year, compared with before the PPSMI was implemented," he said.

Musa also said the academic performance of students in rural areas had increased, with studies showing that their results in Form One for Mathematics had increased from 67.4 per cent in 2002 to 75 per cent this year.

"Overall performance in the three subjects (English, Mathematics and Science) was good. For Standard One, the average score for English was 77.7 per cent in national schools and 85 per cent in national-type schools, while the average score for Science is 69.4 per cent and Mathematics, 77.4 per cent. "For Form One, the average score was 61 per cent for English, 59.2 per cent for Science and 58.2 per cent for Mathematics," he said.

The study also found that 81 per cent of teachers were ready and confident in teaching the subjects in English after undergoing training in English, co-curriculum orientation and information and communication technology courses.

This was also a measure of success in the implementation of PPSMI, he said. according to the ministry the whole academic performance has improved. "However we hear from researchers and in seminars and discussions conducted by those who are apolitical that there are a lot of weaknesses and problems," he said.

6

Page 7: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Musa said the ministry was always open to ideas, as long as the studies were done in a professional manner. "We will co-operate with anybody who wants to do an independent study on PPSMI," he said, adding the ministry would present the results of those studies if necessary. Speaking later, Musa said the Government was allocating RM500 million next year for the further implementation of PPSMI, which would include supplying more software, courseware and laptops. (English Move Yields Good Results .Farrah N. K; Gerald J.; Koh L. C. 2003. New Straits Times .Malaysia)

Hasil Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia ( BI sebagai alat pembelajaran)

“ A more effective means ( to increase students proficiency in English ) is for students to use English as a tool for learning.”

Prof. Chian Heng KengUM, 2002.

Lebih cepat bahasa-bahasa lain diperkenalkan selain Bahasa Ibunda, lebih cepat keupayaan pelajar fasih dalam kedua-dua bahasa dan menjadi pelajar bilingual yang pintar.

( MC Laughlin B.,1984 )

7

Page 8: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Metodologi

Kajian ini merupakan suatu tinjauan terhadap pembelajaran matematik murid-murid Tahun 4 dalam PPSMI (satu kajian di dua buah sekolah) di Daerah Sarikei dan Julau. Implikasinya, kajian ini adalah satu penyelidikan penuh yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Untuk mencapai objektif kajian, teknik pengutipan data melalui soal selidik (Jumlah responden 34 orang murid) untuk menilai sikap diri pembelajaran murid-murid.

Seterusnya, kaedah soal selidik digunakan untuk mengenalpasti tahap kemampuan murid-murid mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris. Akhir sekali, skala likert (Borang Rujukan) digunakan bagi meninjau cara murid-murid dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam Matematik.

Perisian komputer digunakan untuk menganalisis data berkaitan dengan soalan-soalan kajian seperti disenaraikan. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dianalisis secara kuantitatif dengan bantuan Atlas-ti. Kajian tersebut menunjukkan scale reliability iaitu 0.739.

Persampelan

Responden adalah terdiri daripada semua guru matematik PPSMI di dua buah sekolah rendah iaitu: SK Sg. Sugai dan SJK ( C ) Minar. Sejumlah 34 set soal selidik yang diedarkan oleh guru-guru kepada murid untuk digunakan dalam analisis kajian ini.

Instrumentan kajian

Pengumpulan data dalam kajian ini akan dibuat melalui soal selidik (Responden 34 orang murid). Item dibahagikan kepada 3 bahagian seperti berikut:

1) Bahagian A : Sikap diri pembelajaran murid-murid

2) Bahagian B : Kemampuan murid-murid mengikut pembelajaran matematik

dalam Bahasa Inggeris.

3) Bahagian C : Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam Matematik

8

Page 9: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Analisis Kualitatif

Data diperolehi daripada temuduga separa struktur dapat memberi beberapa perkara yang boleh diambil kira dalam analisis. Ini dapat ditunjukkan dalam contoh-contoh transkrip temuduga separa struktur dengan peserta seperti berikut :

“ Tidak begitu memahami penggunaan Bahasa Inggeris dengan baik ” ( Peserta A )

“ Istilah yang digunakan terlalu dalam dan sukar untuk difahami ” ( Peserta B )

“ Tidak boleh menulis angka dengan betul dalam Bahasa Inggeris” ( Peserta C )

“ Tidak boleh melengkapkan turutan nombor, susunan menaik dan menurun” ( Peserta D)

“ Tidak boleh memberi jawapan yang betul secara spontan ” ( Peserta E )

9

Page 10: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan peratus responden kaum yang terlibat dalam kajian ini. Sebanyak 2.9 peratus ( 1 ) kaum Melayu, kaum Cina sebanyak 5.7 peratus ( 2 ) dan 88.6 peratus ( 31 ) adalah kaum lain-lain.

Kaum

Kaum Jumlah PeratusMelayu 1 2.9Cina 2 5.7Lain-lain 31 88.6Total 34 97.1

Jumlah Besar 35 100.0

Analisis Data

Jumlah responden terdiri daripada 34 orang murid yang melibatkan dua buah sekolah yang dikenal pasti. Jadual berikut menunjukkan penilaian kendiri responden berdasarkan Skala Likert dari amat tidak setuju kepada amat setuju. Singkatan digunakan seperti berikut :

SN = Sangat negatifN = NegatifSP = Sederhana positifP = PositifSP = Sangat positif

Jadual 1: Sikap Kendiri Pembelajaran Murid-Murid

Item( N = 34 )

SN N SP P SP Min SisihanPiawai

Saya berminat belajar matematik. 5.9% 17.6% 17.6% 32.4% 26.5% 3.56 1.24Saya menjadi lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran matematik. 5.9% 5.9% 35.3% 26.5% 26.5% 3.41 1.16Saya bersikap lebih positif terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik

5.9% 14.7% 32.4% 26.5% 20.6% 3.41 1.16

Saya rajin mempelajari matematik.8.8% 8.8% 35.3% 29.4% 17.6% 3.39 1.16

Saya menjadi lebih motivasi untuk belajar matematik. 2.9% 32.4% 32.4% 14.7% 17.6% 3.12 1.15Purata 5.88% 15.84% 30.6% 25.9% 21.76% 3.38 1.17Scale Reliability = 0.739

10

Page 11: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

1.8 – 2.4 = Sangat rendah 2.41 – 3.01 =Rendah 3.02 – 3.62 =Sederhana 3.63 – 4.23 = Tinggi 4.24 – 4.84 = Sangat tinggi

Cara Pengiraan Lau ( 2005 )

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa sikap kendiri pembelajaran matematik murid-murid tahun empat dalam aspek PPSMI. 25.9% dan 21.76% daripada peserta menyatakan input baru diberikan kepada mereka adalah masing-masing positif dan sangat positif dalam merancang proses pengajaran-pembelajaran .

Min keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.38. Jelas menunjukkan sikap murid-murid di kawasan pendalaman terhadap pembelajaran matematik adalah di peringkat sederhana positif.

Jadual 2: Kemampuan murid-murid mengikut pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

1 = Amat tidak setuju 4 = Setuju2 = Tidak setuju 5 = Amat setuju3 = Sederhana

Item( N= 34 )

ATS TS S S AS Min SisihanPiawai

1) Set induksi yang digunakan oleh guru dalam Bahasa Inggeris dapat menarik perhatian saya.

2.9% 5.9% 20.6% 50.0% 20.6% 3.79 0.95

2) Saya dapat berinteraksi dengan guru secara dua hala.5.9% 8.8% 44.1% 11.8% 29.4% 3.50 1.18

3) Saya dapat memahami sumber pendidikan matematik dalam Bahasa InggerisContoh :a) Buku teks 2.9% 20.6% 32.4% 20.6% 23.5% 3.41

1.16

b) Mathematics courseware ( YI-2 : Numbers up to 100000 ) 5.9% 35.3% 17.6% 29.4% 11.8% 3.06 1.18

c) Alat Bantu mengajar 5.9% 35.3% 14.7% 26.5% 17.6% 3.15 1.26

4) Saya dapat memberi respons dalam Bahasa Inggeris dalam pembelajaran matematik.

11.8% 14.7% 44.1% 26.5% 2.9% 2.94 1.015) Saya boleh berinteraksi dalam aktiviti kumpulan / pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris.

11.8% 14.7% 35.3% 23.5% 14.7% 3.15 1.216) Saya dapat memahami istilah matematik dalam Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh guru.Contoh:

a) “Mixed decimal 20.6% 38.2% 23.5% 11.8% 5.9% 2.44 1.13

b) “ Proper decimal ” 17.6% 47.1% 23.5% 8.8% 2.9% 2.32 0.98

c) “ Mixed operation” 20.6% 38.2% 32.4% 8.8% 0% 2.30 0.91

7) Saya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara berpasangan yang melibatkan aktiviti seperti berikut:a) Perbincangan

5.9% 20.6% 50.0% 20.6% 2.9% 2.94 0.89

b) Main peranan O% 11.8% 52.9% 20.6% 14.7% 3.38 0.89

11

Page 12: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

c) Simulasi 2.9% 14.7% 52.9% 17.6% 11.8% 3.21 0.95

d) Bengkel / Projek 5.9% 32.4% 44.1% 17.6% 0% 2.73 0.83

e) Perbentangan 8.8% 38.2% 41.2% 8.8% 2.9% 2.59 0.89

8) Saya berkomunikasi dengan guru matematik dalam Bahasa Inggeris. 5.9% 26.5% 50.0% 11.8% 5.9% 2.85 0.93

9) Saya dapat membaca dan menghafal fakta asas dalam Bahasa Inggeris secara lisan setiap hari.

8.8% 29.4% 41.2% 20.6% O% 2.73 0.9010) Saya dapat berbahasa Inggeris dengan lancar. 23.5% 35.3% 29.4% 11.8% 0% 2.30 0.97

Purata 9.31% 26.0% 36.1% 19.3% 9.3% 2.93 1.01

Scale Reliability = o.942

1.56- 2.06 = Amat Tidak Setuju 3.11-3.62 = Setuju2.07-2.58 = Tidak Setuju 3.62-4.11 = Amat Setuju2.59- 3.10 = Sederhana

Secara implikasinya, Jadual 2 menunjukkan 36.1% dan 26.0% murid-murid menyatakan kemampuan untuk mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggerís adalah pada tahap sederhana dan tidak setuju. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid di luar bandar terutamanya menghadapai masalah dalam mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggerís. Min keseluruhannya kemampuan murid-murid mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap sederhana 2.93. Ini menunjukkan bahawa program PPSMI harus dipertingkatkan pada masa akan datang untuk menjamin kepentingan bersama.

Jadual 3: Langkah-Langkah untuk mempertingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris dalam matematik

ItemN=34

Ya Tidak

a ) Saya akan memperbanyakkan pembacaan dalam Bahasa Inggeris terutamanya dalam Program NILAM.

88.2% 11.8%

b) Saya akan sentiasa menggunakan “ Teaching Courseware ” untuk meningkatkan prestasi pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris saya.

76.5%

23.5%

c) Saya akan selalu membuat rujukan kendiri untuk meningkatkan Bahasa Inggeris saya.

70.6% 29.4%

d) Saya akan selalu berlatih bercakap Bahasa Inggeris 58.8% 38.2%

12

Page 13: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

dengan guru dan rakan di dalam kelas.

e) Saya dapat membaca rencana matematik dalam Bahasa Inggeris secara lisan ( read aloud ) setiap hari. 47.1% 52.9%

f) Saya mahu menonton Program Pendidikan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 44.1% 55.9%Purata 64.22% 35.28%

Jadual 3 menunjukkan 64.22 % dan 35.28% murid masing-masing menyatakan ya dan tidak dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam matematik. Peringkat paling tinggi menunjukkan kebanyakan murid minat dalam pembacaan Bahasa Inggeris terutamanya dalam Program NILAM. Ini disebabkan murid mempunyai banyak pilihan mengikut tahap kemampuan yang tersendiri.

Manakala pada peringkat paling rendah adalah disebabkan murid tidak mahu menonton Program Pendidikan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya guru dan ibu bapa harus membimbing serta memberi galakkan positif agar dapat menarik minat murid untuk menonton bersama seisi keluarga.

Kesimpulan

Hasil kajian ini menunjukkan guru-guru di dua buah sekolah berpendapat bahawa input-input yang diberikan semasa aktiviti yang dijalankan di sekolah telah banyak membantu murid-murid dalam merancang serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran matematik murid-murid Tahun empat dalam PPSMI. Dengan wujudnya tinjauan pembelajaran matematik ini, maka ia akan menyumbang untuk meningkatkan kualiti, akses serta equiti pendidikan untuk pelajar-pelajar di kawasan pendalaman.

Kajian ini merupakan kajian untuk mendapatkan pandangan guru-guru terlibat tentang pembelajaran matematik murid-murid Tahun empat dalam PPSMI di dua buah sekolah pendalaman iaitu Sk. Sg. Sugai dan SJK Minar. Kami berharap memperolehi lebih banyak sample untuk menilai impak dalam pembelajaran PPSMI yang dihadapi oleh murid-murid tersebut.

Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa sikap kendiri pembelajaran murid-murid masing-masing ialah sebanyak 25.9% dan 21.76 % menyatakan positif dan sangat positif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala dari segi kemampuan murid-murid mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana dan tidak setuju iaitu 36.1 % dan 26.0 % . Jadi, ini akan menimbulkan masalah bagi guru dalam melaksanakan PPSMI tersebut.

13

Page 14: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Oleh itu, bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam matematik seramai 64.22% murid menyatakan ya dan seramai 35.28% murid menyatakan tidak. Dengan itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan program PPSMI ini.

Cadangan

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran matematik dalam Bahasa Inggeris yang berkesan. Di antaranya ialah dengan memberitahu pelajar tentang kandungan dan aktiviti pelajaran yang akan dipelajari pada hari ini. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pengajaran matematik dalam Bahasa Inggeris dengan menyoal dan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh pelajar berkenaan. Guru juga seharusnya memberi galakan dan dorongan kepada pelajar yang agak lemah serta mencari pelbagai alternatif bagi menangani masalah pelajar dalam sesi pengajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

Di samping itu, guru juga harus menyediakan pelbagai bahan dan aktiviti yang mampu menarik perhatian pelajar agar pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dicadangkan kami telah memilih dua buah sekolah sahaja untuk membuat tinjauan pembelajaran matematik murid-murid tahun empat dalam PPSMI supaya boleh melihat impaknya secara lebih terperinci dan menyeluruh. Ini dapat ditunjukkan dalam contoh-contoh transkrip temuduga separa struktur dengan peserta seperti berikut.

“ Memahami dan menggunakan istilah BI ( vocabulary ) ” Kurikulum matematik serta komunikasi menggunakan perkataan Bahasa

Inggeris yang mudah difahami. Hanya beberapa istilah baru diperkenalkan setiap sesi pembelajaran.

………… ( Peserta A )

“ Kemahiran bertutur atau menulis dalam BI ”

Latihan guru untuk profisiensi BI diberikan. Menggunakan BI yang mudah. Contoh : soalan dan skrip disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar yang unik .

………… ( Peserta B )

“ Memperbanyakkan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris di Pusat Sumber Sekolah (PSS)”

14

Page 15: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

………… ( Peserta C )

“ Merancang Program Membina JSPG (Jadual Sifir Pelbagai Guna) di sekolah ”

…………. ( Peserta D )

“ Melatih dan menghafal fakta asas matematik”Contohnya: 2 + 4 = 6 …………. ( Peserta E )

. Walau bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak amatlah digalakkan bagi meningkatkan keberkesanan PPSMI dengan mendapatkan bantuan ibu bapa dan pihak luar untuk membantu murid dan guru matematik memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris. Di samping mengenal pasti kelemahan pelaksanaan PPSMI di sekolah dan memastikan kelemahan tersebut dapat diatasi dengan sepenuhnya.

Hasil Kajian ini juga mencadangkan bahawa usaha yang lebih gigih perlu dilakukan untuk meningkatkan Pendidikan Matematik khasnya pembelajaran matematik murid-murid Tahun empat dalam PPSMI. Oleh yang demikian, pemahaman , keinginan dan persediaan belum memadai untuk menjayakan perpindahan.

Guru khususnya akan menemui pelbagai kesukaran dan rintangan khususnya di peringkat awal perlaksanaan . Selain itu, murid-murid juga memerlukan sokongan emosi untuk meningkatkan lagi keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, sokongan , pembaikan dan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa amatlah diperlukan.

15

Page 16: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Bibliografi

1) Kamarudin Hj. Husin ( 1990 ). Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn, Bhd.

2) Ee A. M. ( 1990 ). Pedagogi Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3) Kursus Pengurusan PPSMI Bagi Guru PK1. (2005). Sarikei: Payang Puri Hotel.

4) Loh L. C. ( 2005 . Student Teachers’ Perception on their Readiness to Use English to Teach Science. Jurnal Mapera Jilid 16 2005, PP 1- 14.

5) John C. ( 2003 ). Teaching Science Through English : Integrating Subject and Language, Paper Present during ELTC EteMS Conference 2-4 December

6) Khoo.K.S. ( 2004 ). Problem in The Teaching of Science and Mathematics in English.

7) Ling C. dan Tiong C. ( 2004 ). Keberkesanan Kelas Pemulihan Matematik Di Sebuah Sekolah Rendah Sibu, Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru- MPR PP 16.

8) Jabatan Sains Dan Matematik ,MPR (1999). Penguasaan Dan Amalan Penggunaan Kemahiran Proses Sains Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah Daerah Meradong.Jurnal Mapera jilid 10 1999.PP1-28.

9) Ng.S.H. (2001). Let’s get Started’(Menguasai Kemahiran-kemahiran Asas Matematik). Kertas Kerja Konvensyen Guru-Guru Sains & Matematik.PP 3.

16

Page 17: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

Lampiran

JADUAL SIFIR PELBAGAI GUNA ( JSPG )

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 4 6 8 10 12 14 16 18

3 6 9 12 15 18 21 24 27

4 8 12 16 20 24 28 32 36

5 10 15 20 25 30 35 40 45

6 12 18 24 30 36 42 48 54

7 14 21 28 35 42 49 56 63

8 16 24 32 40 48 56 64 72

9 18 27 36 45 54 63 72 81

17

Page 18: Masalah-Masalah Pembelajaran Murid-Murid Dalam PPSMI Untuk ...€¦  · Web viewseminar penyelidikan pendidikan 2006. tema. penyelidikan pendidikan ke arah pemantapan . proses pengajaran

18