Upload
truonglien
View
298
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL PENGGUNA – SISTEM eBUNKERING
1. Pengguna yang telah memperolehi katalaluan (password) dari pihak admin, hendaklah
masukkan ID pengguna (semasa pendaftaran) dan katalaluan (yang diperolehi dari admin) di
dalam ruangan Login Pengguna.
2. Ruangan tersebut seperti dibawah.
3. Paparan pertama adalah paparan maklumat syarikat yang mendaftar.
4. Paparan ini boleh di edit dengan klik pada menu profil dan pilih Kemiskini Profil untuk edit
maklumat syarikat.
5. Paparan dibawah adalah untuk Kemaskini maklumat syarikat.
6. Paparan di atas adalah untuk Kemaskini katalaluan.
PERMOHONAN MELAKUKAN KERJA BUNKERING MELALUI LORI TANGKI.
7. Pengguna sistem boleh memohon untuk melakukan kerja-kerja bunkering iaitu
a. Klik pada menu Melalui Lori Tangki
b. Klik pada menu Melalui Kapal Bunker
8. Paparan menu seperti diatas adalah untuk Permohonan melalui Lori Tangki.
9. Sekiranya pengguna belum mendaftar untuk lessen ancillary atau lessen ancillary telah tamat
tempoh, pengguna hendaklah klik pada ikon Daftar Lesen Baru.
10. Paparan seperti dibawah adalah untuk pendaftaran Lesen Ancillary.
11. Setelah selesai mengisi maklumat seperti diatas,, klik ikon hantar untuk Pendaftaran Lesen
Ancillary.
12. Pautan Senarai Lesen Ancillary yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang adalah
bermaksud, lesen ancillary yang telah didaftarkan.
13. Paparan seperti dibawah bermaksud, pengguna telah berjaya mendaftar lesen ancillary kedalam
sistem.
14. Klik pada ikon Permohonan Baru untuk memohon menjalankan aktiviti bunkering di pelabuhan.
15. Paparan untuk permohonan menjalankan aktiviti bunkering seperti dibawah.
16. Sila klik ikon Hantar apabila telah selesai mengisi borang diatas.
17. Paparan dibawah memaparkan status permohonan pengguna.
a. Permohonan Baru bermaksud permohonan belum lagi disemak oleh pihak LPK (Jabatan
Merin).
b. Tangguh bermaksud permohonan ditangguh diatas sebab-sebab tertentu. Sila rujuk
ruangan catatan (remark) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan
yang dihantar.
c. Lulus bermaksud permohonan diluluskan oleh pihak LPK.
d. Ditolak bermaksud permohonan ditolak oleh LPK di atas sebabkan tertentu. Sila rujuk
ruangan catatan (remark) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan
yang dihantar.
e. Permohonan Selesai bermaksud permohonan telah selesai apabila pengguna telah
selesai menghantar dokumen Bunker Delivery Note (BDN) melalui sistem ini.
18. Pada paparan Lulus, permohonan masih belum dianggap selesai apabila pengguna tidak
menghantar dokumen Bunker Delivery Note (BDN) melalui sistem ini.
19. Dalam paparan ini terdapat pautan lain. Pautan tersebut adalah seperti berikut.
a. Pautan Hantar BDN bermaksud pengguna perlu menghantar dokumen Bunker Delivery
Note (BDN) melalui sistem ini.
b. Pindaan bermaksud permohonan perlu dipinda atas sebab-sebab yang tidak boleh
dielakkan seperti kapal lambat tiba dan sebagainya.
20. Paparan pada pautan Lulus adalah seperti dibawah.
PERMOHONAN MELAKUKAN KERJA BUNKERING MELALUI KAPAL BUNKER.
21. Permohonan yang kedua adalah permohonan melalui Kapal Bunker.
22. Paparan di atas dipaparkan apabila pengguna memilih pada Menu Permohonan melalui
Kapal Bunker seperti dibawah.
23. Paparan dibawah dipaparkan apabila selesai klik pada ikon Permohonan Melalui Kapal Bunker.
24. Klik Permohonan Baru untuk mendaftar Lesen yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Wilayah
Tengah ke dalam sistem.
25. Klik pada pautan Senarai Pemberitahuan yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Wilayah
Tengah adalah untuk Senarai Pemberitahuan yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Wilayah
Tengah yang telah didaftarkan.
26. Paparan dibawah adalah paparan untuk pengguna mendaftar lesen yang telah diluluskan oleh
pihak Jabatan Laut Wilayah Tengah.
Sila Klik pada Menu Melalui
Kapal Bunker untuk ke
Permohonan
Klik Permohonan Baru untuk
mendaftar lesen yang
diluluskan oleh JLWT
Senarai Lesen yang telah diluluskan
oleh JLWT yang telah didaftarkan
melalui sistem.
27. Sila Klik Hantar apabila telah siap mengisi maklumat diatas.
28. Pada pautan Senarai Pemberitahuan yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Wilayah Tengah
paparan akan seperti dibawah.
29. Klik pada pautan Nombor Pendaftaran LPK.
30. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
31. Klik Aktiviti Baru untuk pemberitahuan menjalankan aktiviti kapal ke kapal.
32. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan apabila pengguna memohon untuk menjalankan
aktiviti kapal ke kapal kepada pihak Jabatan Laut.
33. Pengguna hendaklah mengisi semua maklumat diatas. Kegagalan mengisi maklumat yang
berkaitan akan menyebabkan permohonan tidak akan diluluskan.
34. Sila klik pada ikon Hantar apabila telah selesai mengisi semua maklumat diatas.
35. Borang pemberitahuan yang telah selesai diisi akan disemak oleh pihak Jabatan Laut.
36. Pengguna boleh melihat status permohonan berdasarkan kepada paparan seperti dibawah.
a. Sedang Proses bermaksud permohonan belum lagi disemak oleh pihak Jabatan Laut
(Jabatan Laut Wilayah Tengah).
b. Tangguh bermaksud permohonan ditangguh diatas sebab-sebab tertentu. Sila rujuk
ruangan catatan (remark) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan
yang dihantar.
c. Lulus bermaksud permohonan diluluskan oleh pihak Jabatan Laut.
d. Ditolak bermaksud permohonan ditolak oleh pihak Jabatan Laut di atas sebabkan
tertentu. Sila rujuk ruangan catatan (remark) untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai permohonan yang dihantar.
e. Permohonan Selesai bermaksud permohonan telah selesai apabila pengguna telah
selesai menghantar dokumen Bunker Delivery Note (BDN) melalui sistem ini.
37. Untuk paparan pada Menu Lulus seperti dibawah, terdapat 2 pautan lain iaitu
a. Pautan Hantar BDN bermaksud pengguna perlu menghantar dokumen Bunker Delivery
Note (BDN) melalui sistem ini bagi mengelakkan masalah berlaku untuk permohonan
akan dating.
b. Pautan Pindaan bermaksud pengguna dibenarkan untuk menghantar kembali
permohonan aktiviti kapal ke kapal sekali lagi jika terdapat perkara yang tidak diingini
berlaku seperti kapal lambat tiba di pelabuhan dan sebagainya.
38. Permohonan dianggap selesai apabila pengguna telah menghantar dokumen Bunker Delivery
Note (BDN) melalui sistem ini dan status telah bertukar dari LULUS kepada AKTIVITI BUNKER –
SELESAI.
STATISTIK
39. Menu Statistik adalah satu menu untuk pengguna melihat segala aktiviti yang telah dijalankan
samada permohonan melalui Lori Tangki atau Permohonan Melalui Kapal Bunker.
40. Penguna klik pada Menu Laporan Statistik Permohonan, Paparan seperti dibawah akan
dipaparkan.
41. Klik pada pautan Lori Tangki ke Kapal untuk melihat kembali permohonan yang telah dilakukan
atau.
42. Klik pada pautan Lori Kapal ke Kapal untuk melihat permohonan yang telah dilakukan.
PEGAWAI HUBUNGAN
43. Sebarang masalah berhubung dengan sistem ini, pengguna boleh menghubungi Jabatan
Teknologi Maklumat Lembaga Pelabuhan Kelang.
a. Nama Pegawai : En Azli Bin Mohd Nor
No. Telefon : 03-31688211 ext: 3033
44. Masalah berhubung dengan permohonan (Lembaga Pelabuhan Kelang):
a. Kapt Azmi Bin Maaris
No. Telefon : 03-31688211 03-31011512
b. En Muhammad Izrion Bin Sharuddin
No. Telefon : 03-31011512
45. Masalah berhubung dengan permohonan (Jabatan Laut).
a. Pejabat Pelaut Pelabuhan Kelang
No. Telefon : (03-31680771 / 03-31680751)
b. Ibu Pejabat Laut Wilayah Tengah
No. Telefon : 03-31695100