Upload
buibao
View
247
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5-6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 9
7.0 PROSES KERJA 10-11
8.0 CARTA ALIR 12-14
9.0 PENUTUP 15
10.0 LAMPIRAN 15
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Bahagian Bangunan bagi penyelenggaraan Pejabat bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan penyelenggaraan dan pembaikan bangunan Ibu Pejabat , Pej. Cawangan , Pej. Caw. Dan Stor, dan Kaunter-Kaunter Bayaran di bawah jagaan Majlis secara teratur dan di senggara dengan baik.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Tuan Ikhsan bin Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi
BandarayaTerbilang di Malaysia menjelang 2015
maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja
MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau ber kelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual Penyelenggaraan Bangunan Pejabat, Jabatan Kejuruteraan
merupakan dokumen rujukan yang mengandungi prosedur-prosedur
yang jelas, keterangan mengenai fungsi dan objektif jabatan serta
aktiviti pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan
dan menguruskan infrastruktur di Majlis Perbandaran Klang demi
keselesaan warga Klang.
Dokumen ini adalah rujukan utama yang akan membantu Jabatan dan
kakitangan menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan
teratur. Dengan adanya Manual Prosedur Kerja ini, diharap dapat
member hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
“PerpaduanSendiKekuatan”
Sekian.Terimakasih.
IR. HAJI MD. NOOR BIN MAHMUD
PENGARAH KEJURUTERAAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Merupakan satu garis panduan pelaksanaan kerja-kerja senggara bangunan Pejabat Majlis.
1.4 Memberi maklumat dan fahaman berhubung dengan tatacara
pelaksanaan penyelenggaraan bangunan.
1.5 Mengenalpasti bentuk tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan permasalahan senggara bangunan.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Bahagian Penyelenggaraan Bangunan Pejabat merupakan salah satu bahagian dalam carta organisasi Jabatan Kejuruteraan.
2.2 Bahagian ini bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan penyelenggaraan dan pembaikan bangunan Pejabat di bawah jagaan Majlis secara teratur dan di senggara dengan baik.
3.0 DEFINISI
Singkatan Nama Maksud
PJ Pengarah Kejuruteraan
Pengarah Kejuruteraan ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan pentadbiran Jabatan Kejuruteraan
PPJB Pen. Pengarah Bangunan Pejabat & Kuarters
Di lantik untuk menyelaraskan tugas-tugas senggara, pembaikan bangunan pejabat dan kuarters di Majlis
PJ Penolong Jurutera Di lantik untuk melaksanakan kerja-kerja senggara, pembaikan bangunan infrastruktur dan kermudahan kerja yang berkaitan
JT Juruteknik Dilantik untuk membuat lawatan tapak dan pemantauan berkaitan senggara bangunan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 6
TK Tukang Kadar Dilantik untuk memantau dan membuat pembaikan atau senggara bangunan pejabat dan kuarters majlis.
PRA Pekerja Rendah Awam
Di lantik untuk melaksanakan kerja-kerja secara jabatan atau berkala
Aset Semua bentuk harta benda samada binaan atau bangunan atau fasiliti atau pepasangan atau kelengkapan atau peralatan atau logistik mesin yang wujud secara sistem atau komponen
Pembekal/Kontraktor Pembekal / Kontraktor ialah syarikat yang member bekalan / perkhidmatan kepada Majlis
Penyelenggaraan Merujuk kepada kerja-kerja penyelenggaraan / pembaikan kerosakan infastuktur / bangunan, peralatan/mesin dan kenderaan
Penyelenggaraan Berkala
Penyelenggaraan yang dilakukan ke atas lokasi-lokasi yang di tetapkan mengikut jangka masa yang telah di catatkan dalam borang yang disediakan
Jabatan Pelanggan Terdiri 18 Jabatan yang ada di dalam Majlis
Pelanggan Terdiri kakitangan Majlis yang bekerja di Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
BAHAGIAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN PEJABAT, MAJLIS
PENGARAH KEJURUTERAAN
( J 52 )
JURUTERA ( J 41 )
JURUTEKNIK (J 17)
PENOLONG JURUTERA (J 29)
Bangunan Pejabat
(Unit Kejuruteraan Awam)
TUKANG KADAR
(TK 2)
JURUTEKNIK
(J 17)
PENOLONG JURUTERA (J 29)
Bangunan Pejabat
(Unit Elektrik)
TUKANG KADAR (TK 2)
PRA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 8
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: i. Akta Kerajaan Tempatan 1976
ii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
iii. Undang-Undang Kecil, Kaedah , Perintah dan Peraturan
Yang Diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang d) Perintah AM kerajaan Bab E, Bahagian V, Klausa 27 menyebut: “ Adalah menjadi kewajipan Majlis untuk memeriksa semua rumah dan bangunan kerajaan dalam tiap-tipa daerah setahun sekali dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan”
iv. Akta 447: Akta Bekalan Elektrik 1990
v. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
vi. Uniform Building By-Law 1984
vii. Factories and Machinary Act 1967
viii. Occupational Safety and Health Act 514:1994
ix. Peraturan Jabatan Alam Sekitar
x. Piawaian Malaysia ( Malaysian Standards ) yang berkaitan
xi. Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik Tempatan
xii. Suruhanjaya Tenaga (ST)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 9
6.0 SKOP KERJA
6.1 Meliputi semua kerosakan/pembaikan pada bangunan sediada samada struktur bangunan, kemudahan infrastruktur, kemasan bangunan, sistem kumbahan, sistem komunikasi , sistem peralatan elektronik, perkhidmatan air , perkhidmatan elektrik dan sistem pencegah kebakaran.
6.2 Membuat perancangan kerja dan tindakan yang berkesan untuk memastikan kemudahan-kemudahan bangunan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
6.3 Membuat pemantauan berkala untuk memastikan struktur bangunan dan kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan yang baik.
6.4 Memastikan ruang kerja dan kelengkapan yang sesuai adalah mencukupi bagi menjalankan setiap fungsi dan aktiviti senggara dengan baik.
6.5 Menyediakan perancangan kerja setiap tahun bagi setiap asset yang disenggara yang juga merupakan sasaran kerja jabatan.
6.6 Merancang dan menyediakan anggaran kos peruntukan senggara bangunan yang akan dilaksanakan pda setipa tahun dan mengemukakan permohonan kepada pelanggan dan jabatan pelanggan.
6.7 Merancang dan menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja segera dan mengemukakan permohonan peruntukan khas kepada pelanggan dan jabatan pelanggan sebelum pembaikan dilaksanakan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 10
7.0 PROSES KERJA
7.1 Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan kerosakan / pembaikan / senggara pada-pada asset Majlis.
7.2 Terdapat 3 proses bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dipratik oleh bahagian ini. Proses tersebut adalah seperti berikut:-
i. Aduan Pengguna ( tindakan dalam tempoh 14 hari ). ii. Pemeriksaan berkala. iii. Permohonan setia Jabatan Pelanggan atau lain-lain
berkaitan ( berdasarkan memo atau surat rasmi ).
7.3 Setiap kerosakan / pembaikan / senggara di lakukan oleh Pegawai yang bertugas, Laporan perlu disediakan mengikut katergori yang telah ditetapkan. Kategori tersebut adalah seperti berikut:-
i. Kerosakan yang boleh di baiki secara terus. ii. Kerosakan yang perlu dibaiki secara kontrak.
7.4 Bagi melaksanakan pembaikian secara kontrak, Pegawai
bertugas perlulah membuat laporan kerosakan kepada pegawai atasan untuk ulasan kerosakan yang memerlukan Khidmat Kontraktor.
7.5 Pelaksanaan kerja-kerja secara kontrak hendaklah mematuhi semua prosuder kerja yang berkaitan seperti Prosuder Perolehan, Pentadbiran Kontrak, penyeliaan dan pemeriksaan di tapak, pembayaran dan lain-lain yang berkaitan.
7.6 Jabatan memberi penekanan dalam penyeliaan kerja berkesan bagi memastikan kualiti kerja, bahan dan produk yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan Pelanggan dan Jabatan Pelanggan.
7.7 Nilaian kos kerosakan / pembaikan / senggara akan di tentukan selepas pemeriksaan tapak dilaksanakan dan membuat kelulusan bagi pemanggilan mengikut Kaedah Kelulusan Majlis.
7.8 Bagi pemohonan bersurat dari mana-mana Jabatan Pelanggan, Pegawai yang ditugaskan perlulah merekod dan membuat ulasan laporan tapak kepada Pegawai Atasan untuk member kebenaran melaksanakan kerja secara Jabatan atau secara Kontrak, Sekiranya permohonan itu di perlu dilaksanakan secara kontrak, Pegawai tersebut perlulah membuat kelulusan pemanggilan kerja mengikut Kaedah Kelulusan Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 11
7.9 Sekiranya nilai kerosakan / pembaikan /senggara itu melebihi RM20,000.00 ke atas, Jabatan perlu menyediakan kertas kerja untuk di bentangkan di mesyuarat Pengurusan bagi meluluskan kerja yang melebihi RM20,000.00 tersebut.
7.10 Pegawai bertugas hendaklah memeriksa dan mengesahkan kerja siap begi setiap aktiviti senggara yang dilaksanakan oleh tenaga kerja Jabatan atau Kontrak.
7.11 Pegawai bertugas hendaklah menguruskan lawatan tapak bersama dengan pelanggan atau wakil Jabatan Pelanggan serta kontraktor untuk pentauliahan dan penyerahan kerja siap di tapak.
7.12 Pengesahan kerja siap di tapak hendaklah di rekod dalam format yang ditetapkan.
7.13 Semua aktiviti senggara, pindaan, tambahan atau pelupusan yang telah dilakukan pada setiap pepasangan / peralatan hendaklah dikemaskini dan buku inventori.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 12
8.0 CARTA ALIR a) Untuk Borang Aduan
Menyelia kerja-kerja pembaikan
Membuat laporan siap kerja dan
rekod dalam iventori
Menerima aduan/ memo/ dari
Pelanggan atau Jabatan Pelanggan
Mula
Memeriksa kerosakan dan
kategorikan kerosakan
Membaiki kerosakan
Merekod tindakan kerja
pembaikan dan rekod dalam
inventori
Mengesahkan kerja-kerja pembaikan
siap kerja
Memaklumkan kepada pengadu
yang buat aduan atau Jabatan
terlibat
tamat
Baiki secara jabatan Baiki dengan melantik
Kontraktor
Membuat kelulusan sebutharga kecil untuk penyelenggaraan secara kontrak
< RM2000 RM2001-RM5000
RM5001-RM20,000
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 13
b) Untuk kelulusan melebihi RM 20,000.00
Mula
Pemanggilan sebutharga
Kerja-kerja dilaksanakan di tapak
Menerima aduan/ memo/ dari
Pelanggan atau Jabatan Pelanggan
Memeriksa kerosakan dan
kategorikan kerosakan
Pembentangan semula kertas
kerja (kemungkinan masalah di
tapak atau tiada peruntukan
bagi kerja yang akan
dikeluarkan
Pengesahan siap kerja di tapak
Di Luluskan
Membuat kertas kertas untuk dibentangkan ke Mesyuarat
Pengurusan bagi kerja-kerja melebihi nilai RM 20,000.00 ke atas
Tidak Lulus
tamat
Mula
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 14
c)Untuk Borang Penyelenggaran Berkala
Sediakan senarai/ inventori
asset bangunan/ kuarters
Mula
Sediakan jadual berkala
mengikut senarai aset
Mengesahkan kerja penyelenggaraan
siap dilakukan
Melakukan kerja penyelenggaraan
bangunan
Menyelia penyelenggaraan yang
dibuat
Membuat laporan siap kerja
kontraktor
Merekodkan dalam fail aset
Penyelenggaraan
secara Kontrak
Penyelenggaraan
jabatan
Membuat pemeriksaan dan
mencatatkan keadaan lokasi
dalam borang yang disediakan
Kerosakan besar Kerosakan kecil
Membuat kelulusan sebutharga kecil untuk penyelenggaraan secara kontrak
< RM2000 RM2001-RM5000
RM5001-RM20,000
tamat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 56 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Bangunan (Pejabat) 15
9.0 PENUTUP
Secara umumnya, Jabatan Kejuruteraan menyediakan perkhidmatan
kejuruteraan meliputi penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur
serta pembinaan projek pembangunan kepada penduduk di dalam
kawasan Majlis kearah menyediakan infrastruktur dan kemudahan
awam yang lebih teratur dan selesa.
10.0 LAMPIRAN
10.1 Jadual Proses Kerja
10.2 Borang Laporan Lawatan Tapak
10.3 Borang Perincian Kerja
10.4 Borang Aduan Dalaman
10.5 Borang Aduan Majlis
10.6 Borang Pemeriksaan Kerosakan / Pembaikan