Upload
pajakly
View
1.676
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KURSUS BINA INSAN GURU KUMPULAN PGSR PENDIDIKAN JASMANI DAN MATEMATIK SIRI 102
IPGM TUANKU BAINUNTAHUN 2010
LAPORAN MENJELAJAH HUTAN PAYA BAKAU
Tempat : Kem Tok Sakah, Telok Senangin, PerakTarikh : 15 Mac 2010Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahariKumpulan : LumutPeserta : 10 orang
Nama Ahli : 1. Valli a/p Ramasamy ( Ketua)2. Anuar bin Ahmad (Penolong Ketua)3. Shazli bin Talib4. Rosli bin Ahmad5. Rosidi bin Muhd Isa6. Fadil bin Osman7. Zuraini bt. Mohamad 8. Rohani bt. Ismail9. Rozata bt. Ahmad10. Paizoh bt. Ahmad
Pensyarah : Encik Ibrahim bin Ismail (Ketua jabatan HEP)
TUGASAN KUMPULAN
SOALAN 1
Lukis @ mengambil gambar 3 bahagian flora. Kemudian, huraikan fungsi @ peranannya dalam ekosistem.
SOALAN 2
Lukis @ mengambil gambar 3 bahagian fauna. Kemudian, huraikan fungsi @ peranannya dalam ekosistem.
SOALAN 3Jelaskan kesan positif dan negatif pengaruh luar terhadap ekosistem.
Kami dari Kumpulan Lumut, bersyukur kerana dengan limpah
kurnia rahmatnya, maka kami dapat meyiapkan tugasan yang diberi tepat pada
waktunya tanpa menghadapi sebarang kesulitan.
Terlebih dahulu kami ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ibrahin bin Ismail dan Encik
Mohd Khalil bin telah banyak memberi maklumat dan seterusnya berkongsi idea
mengenai hutan paya bakau dengan kumpulan kami.
Selain itu, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-
rakan seperjuangan dari kelas PGSR (PJ) dan juga Matematik yang sudi
berkongsi idea dan menghulurkan bantuan tanpa jemu sepanjang kami
berusaha untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam pembikinan laporan ini.
Sekian, terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja
dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam
sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada
hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang
panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya
bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.
Hutan Paya Laut merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di persisiran
laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan
surut. Spesis utama Hutan Paya Laut ialah pokok Bakau.
Hutan Bakau di Pesisiran Pantai Hutan Bakau di Muara Sungai
Hutan Bakau di Sekeliling Pulau Hutan Bakau di Kawasan Pengaruh AirPasang Surut
Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini
merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di
kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di
seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling
kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia
Tenggara.
Akar pokok bakau yang unik ini dapat membantu ianya tumbuh dengan baik di kawasan berlumpur dan arus pasang surut
Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan pantai yang terlindung.
Hutan bakau di Malaysia meliputi kawasan seluas 586,036 ha; 57%
daripadanya terletak di Sabah, 26% di Sarawak dan 17% lagi di Semenanjung
Malaysia. Sabah mempunyai kawasan bakau yang terbesar berbanding dengan
negeri-negeri lain di Malaysia. Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari
segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia.
Akar pokok bakau yang unik ini dapat membantu ianya tumbuh dengan baik di kawasan berlumpur dan arus pasang surut
2.0 DEFINISI FLORA DAN FAUNA
Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk
bunga dalam mitologi Rom. Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio)
keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada
sesuatu masa. Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung
kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Flora terbahagi kepada
3 mengikut persekitaran khas iaitu:
Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan
senjaga oleh manusia.
Flora rumpai: tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk
mengawal dan memusnahkannya.
Istilah ”fauna” juga berasal dari bahasa Latin. Dalam Mitologi Rom Fauna
adalah kakak dari Faunus, roh yang baik dari hutan dan dataran.Fauna
bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu.
3.0 3 JENIS FLORA YANG DITEMUI DI HUTAN PAYA BAKAUDAN FUNGSINYA
Pokok-pokok di hutan paya bakau hidup di sekitar pesisiran pantai, muara
sungai atau sungai berlumpur yang sering ditenggelami air. Oleh itu, ia juga
dikenali sebagai tumbuhan halofit, iaitu tumbuhan yang dapat menyesuaikan
dirinya untuk hidup dalam udara atau tanah yang bergaram (masin).
3.1 Pokok Api-Api Jambu( Avicennia Marina )
Pokok Api-api Jambu, biasa juga dikenali sebagai Pokok Api-api Merah,
ialah satu spesies pokok bakau dalam famili Acanthaceae (dahulu dikelaskan
dalam famili Verbenaceae atau Avicenniaceae). Nama botaninya Avicennia
marina (Forsk.) Vierh. Pokok ini adalah salah satu spesies terancam .
Habitat
Tumbuhan ini ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar bersama-sama pokok
bakau jenis lain di pesisir pantai berlumpur antara perbani di kawasan muaran.
Taburannya termasuk sepanjang pantai timur Afrika, seluruh Asia Selatan dan
Tenggara, serta Australia. Di Australia, pokok ini tumbuh lebih jauh ke selatan
berbanding pokok bakau yang lain, dan berada di setiap negeri tanah besar.
Pokok ini juga tumbuh di New Zealand di antara 34° dan 38° selatan.
Ciri morfologi
Tinggi Pokok Api-api Jambu antara tiga hingga lapan meter. Pokok ini
mempunyai kulit kelabu muda yang terdiri daripada emping nipis, tegar dan
rapuh. Daunnya tebal, antara lima hingga lapan sentimeter, dan berwarna hijau
terang di atas dan putih atau kelabu serta berbulu di bawah. Buah bujur dan
runcing di hujung, mempunyai kulit bak sampul yang berwarna hijau muda
membaluti biji. Kulit ini mudah ditanggalkan untuk mendedahkan biji yang
licindan berwarna coklat kehijauan serta berkilat.
Serupa dengan spesies Avicennia yang lain, pokok ini mempunyai akar udara
yang tumbuh sehingga 20 sentimeter tinggi dan diameter sehingga satu
sentimeter. Bunganya yang berwarna kuning keemasan berukuran kurang
daripada satu sentimeter lebar, dan dibentukkan dalam gugusan tiga hingga
lima bunga.
Pokok Api-api Jambu merupakan pokok yang amat berbeza-beza, dengan
beberapa ekotip dan bentuk yang amat serupa dengan spesies yang lain.
Sesetengah ahli botani telah mencadangkan pembahagian spesies ini, tetapi
tiga subspesies kini disahkan:
Avicennia marina subsp. australasica
Avicennia marina subsp. eucalyptifolia
Avicennia marina subsp. marina
Kegunaan dan khasiat
Buah api-api tidak dimakan segar. Buah yang gugur dipungut dan dibuang
kulitnya. Biji direndam dengan air selama dua malam untuk melembutkan dan
menghilangkan getahnya. Kemudian direbus dan dihancurkan menjadi tepung.
Tepung ini boleh dibuat kuih seperti kuih koci dan buah melaka serta enak
rasanya.
Resin yang keluar pada kulit batang api-api berwarna hijau dan pahit rasanya.
Resin ini bersifat afrodisiak tetapi boleh dibuat ubat sakit gigi. Akar juga bersifat
afrodisiak. Biji yang muda dibuat ubat pupuk pada bisul untuk mencepatkannya
matang dan pecah. Abu daripada pokok api-api mengandungi banyak alkali dan
digunakan sebagai sabun di India.
3.2 Pokok Tumu Merah ( Brugueira gymnorhiza )
Tumu merupakan bakau yang paling tersebar secara meluas diantara keluarga
Rhizophoreae.
Habitat
Tumu tumbuh dengan meluas di hampir keseluruhan hutan paya bakau di
Malaysia. Ianya hidup dengan subur di kawasan kering serta tanah poros yang
sedikit berair tawar. Tumu biasanya dijumpai di bahagian belakang
backmangrove) yang mana hampir dengan daratan.
Ciri morfologi
Tumu juga merupakan di antara bakau yang tumbuh paling tinggi, sehingga
mencapai ketinggian 8 - 40m dan hidup lama. Batangnya berwarna coklat
kehitaman manakala daunnya lembut dan besar (10-20cm). Kelompak bunga
Tumu agak besar dan berwarna merah (apabila cahaya terang) dan kekuning-
kuningan (apabila cahaya kurang terang, cth: pada waktu petang dan senja). Ia
berbunga sepanjang tahun. Benihnya bercambah dari buah membentuk anak
pokok sepanjang 10-20cm. Anak pokok membesar lurus dan mempunyai
hujung yang tumpul (separa bulat). Sistem akar lutut pnuematofor terdiri
daripada ruang-ruang udara serta tiub, yang mana bertindak sebagai sumber
bekalan udara apabila akar tenggelam semasa air pasang. Pneumatofor ini juga
dilengkapkan dengan kehadiran lenticel yang hanya membenarkan udara
masuk dan menapis air.
Kegunaan dan khasiat
1. Digunakan sebagai makanan
Daun dan buah yang dikupas boleh dimakan setelah direndam dan direbus.
Buahnya juga boleh dicampurkan dengan sirih dan dijadikan ulam. Kulitnya
dijadikan bahan perasa untuk penyediaan ikan.
2. Digunakan sebagai bahan binaan
Kayu Tumu adalah keras and berat, lurus dan halus. Sesuai dijadikan bahan
binaan seperti kayu curucuk, tiang rumah dan sebagainya. Tumu dijadikan
sebagai tanaman komersial bagi tujuan ini di Indonesia, Sabah dan Sarawak.
3. Bahan bakar
Kayu Tumu dibakar sebagai kayu api dan dikomersilkan menjadi kayu arang di
sesetengah tempat.
4. Ubatan tradisional
Kulit batang Tumu dijadikan ubat kulit serta untuk merawat malaria di Kemboja,
merawat keracunan ikan di Marshall Island serta merawat sakit perut dan
demam di Indonesia. Selain itu, buahnya dijadikan ubat untuk merawat mata,
dan menghentikan pendarahan (dengan menghancurkan kulit buah dan
meletakkan pada sumber pendarahan). Di India, daunnya dijadikan ubat
mengawal penyakit darah tinggi oleh keranan sifatnyya yang kelat.
5. Kegunaan lain
Dijadikan pulpa kayu setelah diproses, serta boleh diproses menjadi sutera
buatan (rayon) dan dijadikan fabrik.
3.3 Pokok Bakau Minyak ( Rhizophora mucronata )
Bakau Minyak adalah bakau yang lebih toleran dan mampu hidup dikawasan
berpasir atau lumpur. Ia mampu hidup walaupun tenggelam semasa paras
pasang surut tinggi. Nama Kurap diperolehi daripada keadaan buahnya yang
berbiji-biji seolah-olah ketuat.
Habitat
Pokok Bakau Minyak merupakan salah satu tumbuhan bakau yang biasa
dijumpai di hampir keseluruhan hutan paya bakau di Malaysia.
Ciri morfologi
Pokok ini mempunyai ketinggian hampir 15-25m. Ia terdiri daripada sistem akar
Jangkang, dimana akar-akar yang baru akan tumbuh dibawah akar-akar lama
dan menyokongnya sehingga akar lama kelihatan terangkat (Prop root).
Daunnya pula berwarna kekuning-kuningan dan bahagian bawah daun terdapat
bintik-bintik hitam yangkecil. Bunga-bunganya langsing dan kuning serta
pendek (0.5-1.5mm). Buahnya berwana coklat, keras, bujur/kon. Biji benih
bercambah dalam buah membentuk sebatang anak pokok sehingga sepanjang
60cm. Anak benih pula tumbuh lurus, permukaannya berlekak-lekuk, berketuat
dan mempunyai hujung yang tajam.
Kegunaan dan khasiat
1. Sebagai makanan
Sesetengah orang mendakwa buahnya boleh dimakan setelah kulitnya dikikis
dan didihkan bersama abu kayu dan sesetengah lagi meragui buahnya selamat
dimakan.Di India, buahnya didakwa manis dan boleh dimakan, serta jusnya
boleh dijadikan wain. Walaupun buahnya dimakan, madu dari bunganya adalah
dikatakan beracun.
2. Bahan binaan
Kayunya yang berat, dan tidak tahan lama, tetapi sekiranya dikeringkan bagi
tempoh masa yang mencukupi, ianya cukup kuat untuk dijadikan bahan binaan
seperti kayu cerucuk dan tiang.
3. Bahan bakar
Bakau minyak merupakan bahan utama utuk arang kayu di sesetengan negara
seperti Indonesia dan Malaysia. Walaupun begitu, kegiatan ini adalah
berkurangan setelah kejadian Tsunami dimana semua negara mula menyedari
peranannya sebagai benteng untuk menahan ombak.
4. Ubatan tradisional
Digunakan sebagai astrigen dan untuk merawat angina, merawat hemorrhages
(melalui ekstrak daripada anak pokok oleh penduduk Indochina), merawat cirit-
birit (China, Jepun), merawat kencing manis dan hematuria. Demah daun
adalah sudah biasa bantuan ikan berperisai menyakiti. Daunnya digunakan oleh
orang-orang Melayu semasa kelahiran. Kulitnya digunakan untuk merawat
pendarahan semasa membuang air (Burma).
5. Kegunaan lain
Ditanam di pesisir pantai sebagai penghalang hakisan dan mengurangkan
kesan ombak, sebagai sutera buatan (Rayon) dan tannin.
4.0 3 JENIS FAUNA YANG DITEMUI DI HUTAN PAYA BAKAUDAN FUNGSINYA
Di hutan bakau, terdapat tiga keadaan sekitaran yang penting iaitu air laut yang
masin, dataran berlumpur dan tumbuhan hijau pengaruh air pasang surut.
Keadaan ini menjadikan hutan bakau sebagai satu ekosistem yang diduduki
oleh pelbagai jenis haiwan yang berbeza daripada yang menghuni di hutan
tanah pamah atau hutan bukit. Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang
besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia
yang besar seperti buaya muara.
Haiwan-haiwan di hutan bakau merangkumi haiwan-haiwan yang tinggal di
bawah tanah seperti cacing; yang hidup di permukaan berlumpur seperti ketam
rebab, ketam lumpur dan ikan belacak serta juga yang hidup di pokok seperti
monyet , lotong kelabu dan yang menerbang seperti serangga, burung dan
kelawar dan yang hidup di dalam air seperti pelbagai jenis ikan marin krustasia
dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari
makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak
perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok
bakau.
4.1 Ketam Rebab
Ketam rebab mempunyai warna yang menarik dan suka tinggal didataran
berlumpur yang lapang. Oleh itu, banyak jenis ketam rebab boleh didapati di
pinggir laut, kuala sungai dan pinggir sungai yang ditumbuhi pokok bakau
kerana di sini terdapat dataran berlumpur. Ketam rebab mencari makanan
dengan menggunakan penyepit kecilnya. Ia mengikis tanah lumpur dengan
penyepit kecil untuk mendapatkan sisa makanan, alga, bakteria dan
mikroorganisma lain.Ketam rebab jantan mempunyai satu penyepit besar dan
satu penyepit kecil. Jika ketam rebab jantan kehilangan penyepit kecilnya ia
akan menggunakan penyepit besar untuk mencari makanan. Selepas beberapa
minggu dan bulan, penyepit kecil akan tumbuh balik. Ketam jantan melambai-
lambai penyepit besarnya untuk menarik perhatian ketam betina dan
menghalau ketam jantan lain.
4.2 Belangkas
Nenek moyang belangkas sudah wujud di bumi kita sejak 550 juta tahun
dahulu. Ia sudah wujud selama 300 juta tahun semasa dinosaur mula wujud!
Akan tetapi, rupanya tidak banyak berubah sejak zaman purba. Oleh itu, ia
kadang-kadang digelar fosil hidup. Kerangka luarnya berbentuk bujur. Ia
mempunyai ekor yang panjang. Habitat kegemaran belangkas ialah kuala
sungai dan dataran berlumpur hutan bakau. Belangkas adalah haiwan omnivor.
Ia seolah-olah penghisap vakum yang bergerak di atas dataran berlumpur untuk
mencari bangkai haiwan, ikan, kerang dan lain-lain. Ia juga makan sisa-sisa
organik dan alga. Ekor belangkas yang panjang dan tajam itu sebenarnya tidak
beracun, di luar jangkaan umum. Apabila badan belangkas terbalik secara tidak
sengaja, ia mencucuk ekornya ke dalam pasir untuk membantunya kembali
kepada kedudukan biasa. Darah belangkas berwarna biru. Darah belangkas
mengandungi sesuatu bahan yang dapat bertindakbalas dengan sejenis
bakteria yang merbahaya kepada manusia. Dengan itu, ia digunakan oleh
manusia untuk menguji kehadiran bakteria dalam bidang perubatan.
4.3 Ikan Belacak
Ikan Belacak sering dilihat di kawasan dataran berlumpur.Semasa air pasang,
ia akan berehat di atas akar pokok bakau dan batu yang berdekatan dengan
sarangnya. Semasa air surut, ia akan aktif mencari makanan di dataran
berlumpur atau menjaga di pintu sarangnya. Ikan Belacak bernafas dengan
insang. Akan tetapi, ia tidak boleh tinggal di dalam air untuk selama-
selamanya. Ikan belacak dapat bernafas di dalam udara melalui kulitnya. Mata
Ikan Belacak bulat dan menonjol, ini membolehkannya melihat kawasan seluas
360° di atas darat. Ikan Belacak juga mempunyai sirip seperti tangan yang
membolehkannya bergerak di atas tanah lumpur dan memanjat ke atas akar
pokok bakau.
5.0 PERANAN HUTAN PAYA BAKAU KEPADA MANUSIA, TUMBUHAN DAN HAIWAN
Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan
hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan hutan itu
menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis
hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai
hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara
lautan dan daratan.
Berikut disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan
manusia:-
A) Nilai Ekologi
Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua
persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak
dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan
persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi
perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai
kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan
paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Pinggir Pantai denganPerlindungan Hutan Bakau Pinggir Pantai tanpa P erlindungan
Hutan Bakau
Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah
tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku
apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan
paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah
berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan
laut untuk menengelami daratan.
Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies
tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian
paling ketara ialah :
* Avicennia (Api-api)
* Rhizophora (Bakau)
* Sonneratia(Perepat)
* Bruguiera (Berus/Tumu)
Pokok-pokok Bakau Yang Utama di Hutan Paya Bakau
Jenis-jenisPokok Bakau
Akar Bunga Buah
Jenis Bakau(Rhizophora)- Bakau Minyak- Bakau Kurap
Akar JangkangJenis Api-Api(Avicennia)- Api-api Putih- Api-api Jambu- Api-api Ladat Akar Pernafasan /
PneumatoforJenis Perepat(Sonneratia)- Perepat- Berembang- Gedabu
Akar Pernafasan /Pneumatofor
Jenis Tumu(Bruguieragymnorrhiza)- Tumu merah- Berus- Lenggadai
Akar Lutut
Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi perlindungan,
pencarian makan serta pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam,
udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan
berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Struktur
akar jangkang yang ada pada pokok bakau memberi perlindungan
kepada haiwan-haiwan ini dari pemangsa dan pergerakan arus air serta
ombak. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak
langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara
akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan.
B) Nilai Ekonomi
Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau
dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api
dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus
dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa
merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya boleh
mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.
Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok
bakau masih lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit.
Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat
persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera
selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya
boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu
sendiri dari tuntutan komersial.
Hutan bakau juga menjadi sumber makanan dan ubat-ubatan. Pucuk
daun pokok bakau boleh dimakan sebagai sayur. Kekacang pokok Api-
api hitam direbus untuk mendapatkan kacang yang boleh dimakan.
Buah Perepat digunakan dalam pembuatan bahan minuman. Sap pokok
nipah digunakan dalam penghasilan cuka dan nira. Daun-daun nipah
digunakan untuk penganyaman tikar, atap, bakul dan rokok daun. Hasil
perubatan Cina seperti kulit pokok Tumu merah digunakan untuk
merawat cirit-birit; asap daripada pembakaran kayu Buta-buta untuk
merawat penyakit kusta dan daunnya untuk merawat penyakit sawan.
C. Nilai Sosio-Budaya
Hutan bakau juga boleh dikomersialkan menjadi tempat pelancongan,
penyelidikan dan pendidikan. Nilai estetikanya dapat menarik perhatian
burung air dan haiwan. Hutan bakau juga unik sebagai tapak
pelancongan dan rekreasi. Ia merupakan suatu sumber yang amat
sesuai untuk program-program pendidikan alam sekitar dan untuk
menjalankan penyelidikan saintifik.
Tidak dapat digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia.
samada secara langsung mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan
tunggu sahajalah akibatnya.
6.0 KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGARUH LUAR KEPADA EKOSISTEM
Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang paling
terancam. Hutan ini lenyap pada kadar yang tinggi tetapi tidak diketahui
umum. Thailand telah hilang lebih daripada setengah hutan bakaunya
semenjak 1960. Di Filipina pula, keluasan hutan bakau telah menurun daripada
448,000 hektar pada tahun 1920 ke 110,000 hektar pada tahun 1990. Di
Ecuador, dianggarkan 20% ke 50% bakau telah lenyap dari muka bumi
disebabkan oleh kegiatan manusia. Kawasan Muisne di Ecuador telah hilang
hampir 90% hutan bakaunya.
Secara sejagat, lebih kurang 50% kemusnahan bakau sejak
kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan hutan bakau untuk tujuan
menternak udang. Kemusnahan hutan bakau boleh dibahagikan secara umum
kepada 2 perkara:
(1) kemusnahan akibat kegiatan manusia; dan
(2) Kemusnahan akibat bencana dan kejadian semulajadi.
Hutan paya bakau di rantau Asia menerima berbagai-bagai jenis ancaman.
Ancaman yang serius dan sering berlaku kepada kawasan hutan paya bakau
dan hidupannya di kawasan Asia Tenggara adalah daripada kegiatan memburu
(42%), gangguan daripada pembinaan kawasan perumahan dan aktiviti
penerokaan (34%), pembalakan dan pertanian (30%) dan aktiviti penebangan
kayu untuk bahan bakar dan projek-projek perparitan (27%).
Dilaporkan bahawa kegiatan menukar kawasan paya bakau untuk berbagai
kegunaan meningkat setiap tahun (Aksornkoae 1989). Sebagai satu ekosistem
yang menjana pelbagai sumber yang boleh diperbaharui, menyediakan habitat
kepada berbagai spesies flora dan fauna, tempat perlindungan dan pembiakan
berbagai organisma akuatik dan terestrial (Khan 1995), dan memberi berbagai
fungsi seperti kawalan banjir, menahan hakisan dan mengendapkan nutrien
(Groombridge 1992) maka hutan paya bakau ini perlulah dipelihara untuk
memastikan faedah dan kemudahan yang berterusan.
7.0 PENUTUP
Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu sahaja, namun
begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini akan musnah. namun
begitu membiarkan hutan ini begitu sahaja kurang memberi manafaat, seelok-
eloknya ambilah jalan tengah agar kewujudnnya berkekalan. Satu sistem
pengurusan hutan paya bakau yang efisien perlu dilaksanakan supaya tidaklah
nanti yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran.
Pemusnahan kawasan paya bakau akan terus berlaku jika langkah-langkah
memeliharanya tidak dijalankan dengan serius. Buat masa ini, paya bakau
adalah dilindungi di bawah berbagai-bagai rangka perundangan yang kurang
memberikan perlindungan secara menyeluruh terhadap hutan paya bakau.
Perundangan yang ada mempunyai keutamaan yang berbeza-beza terhadap
pemeliharaan paya bakau dan juga cara-cara pendekatan yang berbeza-beza.
Memandangkan paya bakau adalah berkait dengan tanah, air, hutan dan
hidupan liar, maka mana-mana peraturan berkenaan perkara-perkara tersebut
adalah berkait secara lansung dengan paya bakau.
8.0 REFLEKSI
Paya bakau merupakan anugerah tuhan yang tak ternilai harganya . Oleh itu kita perlu pertahankan agar ia tidak pupus dek kemodenan yang tidak terancang ini. Sekiranya terputus sahaja rangkaian habitatnya maka ia akan memakan masa yang lama untuk diperbetulkan.
Saya berasa amatlah bertuah kerana dapat meredah hutan paya bakau ini kerana kalau tiada program seperti ini maka rasa-rasanya tiadalah saya mengetahui apa itu hutan paya bakau.
Pengetahuan yang diperolehi ini akan saya teruskan kepada anak-anak didik saya semoga di masa hadapan nanti mereka akan mengetahui betapa pentingnya hutan paya bakau di dalam kehidupan mereka .
Terima kasih sekali lagi kepada pensyarah yang telah memberikan kami pengalaman yang baru dan amat berguna ini.Sekian Terima Kasih
Yang benar …………………………………(Shazli bin Talib )