Upload
others
View
78
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
11-1 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
11.0 URUS TADBIR CEMERLANG DAN BERDAYA LAKSANA
11.1 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN
Kejayaan pelaksanaan dan pengurusan Majlis Perbandaran Segamat amat bergantung kepada
struktur organisasi yang utuh. Ianya juga melibatkan peranan agensi pelaksana dan pihak swasta
yang efektif di samping pengurusan yang realistik. Berdasarkan penemuan isu dan potensi yang
telah dikenalpasti, terdapat beberapa cadangan terperinci bagi melicinkan pengurusan dan
pelaksanaan RTD Segamat kepada agensi pelaksana.
Antara strategi utama bagi teras urus tadbir cemerlang ini ialah:
Memperkukuhkan Kewangan
MPS
a. Cadangan Meningkatkan
Hasil Pendapatan dan
Sumber Kewangan
b. Penguatkuasaan Akta dan
Undang-Undang Kecil
c. Unjuran Perbelanjaan dan
Pendapatan
1 Pengukuhan Pentadbiran dan
Pengurusan Agensi Teras
a. Kriteria bagi Mencapai Taraf
Majlis Perbandaran
Pengukuhan Jentera Pentadbiran
ke Arah Majlis Perbandaran
b. Memperkasa Fungsi Jabatan
Pertanian, Pejabat Daerah
dan Tanah Segamat dan
Penubuhan Unit Pengurusan
Risiko Bencana di Bawah
Pejabat Daerah dan Tanah
c. Penyusunan Semula Organisasi
dan Pengisian Jawatan
Professional
d. Meningkatkan Mutu
Perkhidmatan & Pelaksanaan
yang Efektif dan Produktif
Memperkasa dan Penjenamaan
Semula Organisasi
a. Penjenamaan Semula MPS
Melalui Logo
Program dan Projek
Pembangunan Pembangunan
RTDS
a. MPS Sebagai Agensi Pelaksana
dalam Pelaksanaan RTD
b. MPS Sebagai Penyelaras RKK
c. MPS Sebagai Penyelaras
Kajian Pembangunan
Semula Pekan-Pekan Kecil
2
3
4
d. Konsep Sharing Cost & Return
e. Pembangunan Aplikasi Online
bagi Memasarkan Produk
Tempatan
11-2
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
11.1 Strategi Pembangunan 1: Pengukuhan Pentadbiran dan Pengurusan Agensi Teras
a. Pengukuhan Jentera Pentadbiran ke Arah Majlis Perbandaran
MPS perlu memperkemaskan jentera pentadbiran sebagai persediaan penting yang membolehkan
majlis menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan projek pembangunan. Oleh itu, bagi
memantapkan kedudukan sebagai Majlis Perbandaran Segamat, organisasi sedia ada perlu
dijalankan dengan penambahan unit/ jabatan baru yang meliputi cadangan seperti berikut:
i. Bahagian Pelancongan dan Warisan untuk Sektor Pelancongan
Cadangan jabatan pelancongan dan warisan adalah bertujuan untuk memantau dan
menguruskan projek pelancongan dan warisan di Daerah Segamat. Daerah ini mempunyai
pelbagai jenis tarikan pelancongan yang merangkumi:
Pemuliharaan Tapak Warisan dan Bangunan Warisan Sejarah
Kawasan Warisan Khas dan Tapak Bersejarah – Tapak Warisan Semula jadi
Gaya Seni Bina Bangunan Rumah Kedai Lama
Budaya Setempat
Foto: Jambatan Kereta Api di Segamat
Tanggungjawab Jabatan Pelancongan dan Warisan Majlis Perbandaran Segamat:-
Pemantauan secara efektif oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama agensi
swasta
Mengadakan produk-produk pelancongan dan menyediakan perkhidmatan sokongan,
memperhebatkan promosi pelancongan
Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat
tempatan atau antarabangsa
Memberi galakan, bantuan dan sokongan kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat
dalam perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan
Mengkaji kedatangan pelancong asing, perbelanjaan serta maklumbalas terhadap
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
11-3 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
b. Memperkasakan Fungsi Jabatan Pertanian, Jabatan Penternakan dan Penubuhan Unit
Pengurusan Risiko Bencana Di Bawah Pejabat Daerah dan Tanah Segamat
Guna tanah utama bagi Daerah Segamat pada tahun 2017 adalah guna tanah pertanian iaitu
sebanyak 59.88% daripada keluasan daerah. Hal ini menyokong polisi kerajaan negeri untuk
menjadikan Segamat sebagai Agriculture Powerhouse. Pertanian utama Daerah Segamat
merupakan tanaman komoditi seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Oleh itu, Bahagian
Pertanian akan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Pertanian di mana skop tugas memberi
khidmat nasihat mengenai aspek pertanian, melakukan penyeliaan dan pengawasan kerja-kerja
pertanian yang dijalankan. Jawatan desk officer juga dicadangkan untuk memantapkan organisasi
Jabatan Pertanian di mana menjalankan tugas memantau pelanggan pelaburan pertanian di
Daerah Segamat. Selain itu, Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah bagi Daerah Segamat perlu
menubuhkan satu unit khas untuk memperkasakan pengurusan pembangunan Agriculture
Powerhouse. Jabatan penternakan juga perlu menambah pegawai bagi meningkatkan urus tadbir
untuk sektor penternakan di Segamat. Unit pembangunan pertanian Majlis Perbandaran Segamat
mesti diwakili oleh setiap jabatan sama ada pertanian, penternakan, perikanan dan sebagainya.
Antara cadangan jabatan di bawah Unit Pembangunan Pertanian MPS ialah:
FELCRA
MARDI
MOA
Jabatan Veterinar
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Di samping itu, faktor topografi Daerah Segamat mempengaruhi situasi banjir di mana kedudukan
sebahagian besar Daerah Segamat adalah rendah. Walaubagaimanapun, faktor utama banjir
Daerah Segamat adalah disebabkan kadar purata hujan yang melebihi kemampuan tampungan
saliran. Oleh itu, pemantapan unit ini bertujuan untuk menangani masalah banjir ini secara responsif
dan bersifat ad-hoc bersama-sama agensi teknikal. Unit Pengurusan Risiko Bencana di bawah
organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Segamat boleh membantu dalam menguruskan risiko
bencana.
c. Penyusunan Semula Organisasi dan Pengisian Jawatan Professional
Penyusunan semula organisasi Majlis Perbandaran Segamat adalah satu langkah ke arah keutuhan
pengurusan sebagai Majlis Perbandaran. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kerjasama,
berganding bahu, meningkatkan prestasi kerja dan penghasilan kualiti kerja mantap. Sehubungan
itu, penambahan kakitangan diperlukan selaras dengan kewujudan unit/ bahagian baru (Rujuk
Rajah 11.1.1).Cadangan unit baru adalah Jabatan Perancang dan Landskap (bahagian
Pelancongan dan Warisan) iaitu cadangan jawatan Pegawai Perhubungan Awam.
11-4
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
d. Meningkatkan Mutu Perkhidmatan dan Pelaksanaan yang Efektif dan Produktif
Pemantauan mutu perkhidmatan dalam menghasilkan kualiti kerja baik memberi impak yang besar
terhadap majlis. Hal ini amat penting dalam mengukuhkan dan memantapkan peranan Majlis
Perbandaran Segamat ke arah pembangunan yang kukuh. Strategi yang berterusan bagi
mewujudkan budaya kerja yang memberangsangkan dan membentuk integriti. Malah ianya akan
meningkatkan prestasi kerja, pencapaian dan penambahbaikan organisasi yang berpanjangan.
Antara penambahbaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ialah:
a) Sistem penilaian produktiviti pekerja yang konsisten dan dilakukan secara berkala dan
dimaklumkan kepada pekerja oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
b) Pendedahan yang berterusan melalui kursus, latihan dan program untuk meningkatkan
pengetahuan
c) Pelaksanaan Penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya
d) Mengoptimumkan penggunaan sistem teknologi maklumat (IT)
e) Pengurusan berdasarkan MS ISO 9002
11-5 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Rajah 11.1.1 : Cadangan Struktur Organisasi Majlis Perbandaran Segamat
Sumber : Kajian RTD Segamat 2030
YANG DIPERTUA
Setiausaha
JABATAN KHIDMAT
PENGURUSAN
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Sumber
Manusia
Bahagian Teknologi
Maklumat
24 Orang Ahli Majlis
JABATAN
PERBENDAHARAAN
Bahagian Hasil
Bahagian
Perbelanjaan dan
Perakaunan
PENGURUSAN
Pejabat Yang
Dipertua
Unit Audit Dalam
Unit Undang-
Undang
Unit Pusat Setempat
(OSC)
Unit Korporat dan
Perhubungan
Awam
Bahagian
Pelancongan dan
Warisan
JABATAN
PERANCANG
BANDAR DAN
LANDSKAP
Bahagian Kawalan
Perancang
Bahagian Landskap
Bahagian Rancangan
Pembangunan dan
GIS
JABATAN
BANGUNAN DAN
KEJURUTERAAN
Bahagian Pelan
Bangunan
Bahagian Pelan
Struktur
Bahagian
Penyelenggaraan
dan Projek
JABATAN
PENILAIAN DAN
PENGURUSAN
HARTA
Bahagian Penilaian
Bahagian
Pengurusan Harta
Bahagian
Pengurusan Aset
Bahagian
Penguatkuasaan
JABATAN
PENGUATKUASAAN
JABATAN
PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
JABATAN
KESIHATAN
AWAM
Bahagian
Perlesenan
Bahagian
Kesihatan
Persekitaran
Bahagian Baru
Nota:-
11-6
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
11.2 Strategi Pembangunan 2: Memperkukuhkan Kewangan MPS
a. Cadangan Meningkatkan Hasil Pendapatan dan Sumber Kewangan
Tahun 2015 mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan bagi hasil pendapatan Majlis
Perbandaran Segamat iaitu sebanyak RM 27,876,604.84 berbanding tahun sebelumnya. Secara
umumnya, kewangan MPS berada pada keadaan stabil. Walau bagaimanapun, sumber
pendapatan perlu dirancang dengan lebih teratur untuk melonjakkan nilai pendapatan.
Rajah 11.1.2 : Kedudukan Kewangan MPS bagi Tahun 2011-2015
Hasil pendapatan MPS dijangka meningkat berdasarkan perancangan projek-projek cadangan
akan datang. Oleh itu, cukai taksiran MPS akan bertambah memandangkan pertambahan
bilangan unit rumah dan ruang lantai perdagangan. Manakala, bagi meningkatkan pendapatan
majlis dalam jangka pendek dan sederhana, penekanan kaedah pengutipan hasil, cukai, denda
dan kompaun adalah amat efektif.
22,382,047.66
24,558,298.30
24,690,809.74
22,649,922.71
27,876,604.84
21,411,995.25
24,417,320.94
23,896,073.79
25,979,140.02
25,185,197.90
0.00 5,000,000.00 10,000,000.0015,000,000.0020,000,000.0025,000,000.0030,000,000.00
2011
2012
2013
2014
2015
Tah
un
00
0
Perbelanjaan Hasil
LEBIHAN/ KURANGAN
RM 970,052.41
RM 140,977.36
RM 794,735.95
RM 3,329,218.310
RM 2,691,406.94
Sumber: Kajian RTD Segamat 2030
11-7 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Jadual 11.1.1 : Strategi bagi meningkatkan dan mengukuhkan sumber kewangan MPS
STRATEGI TINDAKAN
Pungutan cukai taksiran tertunggak Cukai taksiran merupakan sumber pendapatan utama MPS
Cukai taksiran yang tertunggak perlu dipungut untuk
mempertingkatkan pendapatan MPS
Mempelbagaikan kaedah pembayaran seperti melalui
aplikasi online dan bank
Mengenalpasti maklumat-maklumat premis yang boleh
mendatangkan hasil melalui pungutan cukai dikemaskini
Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pemilik
cukai tertunggak seperti menyita harta melalui notis amaran
dan notis bayaran
Penilaian semula ke atas kesemua pegangan di dalam
kawasan majlis dan penguatkuasaan kadar nilaian baru
Pemutihan Industri Tanpa
Kebenaran
MPS perlu melaksanakan program pemutihan industri tanpa
kebenaran melalui pengezonan kawasan tersebut sebagai
industri
Industri ini mestilah mendapatkan lesen/permohonan tukar syarat
(sekiranya berkaitan) untuk meningkatkan hasil kutipan bayaran
Keperluan untuk memiliki aset
tetap/pembangunan hartanah
MPS perlu memiliki aset tetap seperti tanah yang boleh dibangunkan
dengan cadangan pembangunan yang melibatkan projek
pembangunan dan mampu memberi pulangan kepada majlis
Menubuhkan perbadanan Merujuk kepada Seksyen 41, Akta 172 di mana Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (PBPT) boleh menubuhkan perbadanan
untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab dan
pengurusan projek untuk memajukan sesuatu kawasan pemajuan
Membantu PBT mempertingkatkan kemampuan dan
meningkatkan hasil pendapatan
Peningkatan penglibatan sektor
swasta dalam pembangunan
Segamat
Mewujudkan usahasama dengan pihak swasta dalam
membangunkan tanah
MPS perlu mengenalpasti tanah/ projek pembangunan yang
berpotensi dilaksana secara penswastaan
Proses kelulusan perancangan hendaklah dipermudahkan dan
dipercepatkan untuk menjadi lebih efisien
Insentif kepada pihak swasta untuk menyumbang kepada
pembangunan kemudahan bandar
Harta dan kemudahan yang dimiliki oleh PBT boleh dipajakkan
kepada sektor swasta bagi tempoh tertentu. Pihak PBT boleh
mengenakan bayaran sewa dan ini akan membantu
meningkatkan sumber pendapatan majlis
Pungutan hasil bukan cukai Hasil pendapatan MPS boleh ditingkatkan dengan peluasan kutipan
bayaran tempat letak kereta, tandas awam dan lain-lain
perkhidmatan yang bersesuaian
Peruntukan kewangan dari
kerajaan
Usaha bagi mendapatkan kuota peruntukan kewangan yang lebih
tinggi dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu dipertingkat bagi
menampung keperluan luar jangka
Sumber: Kajian RTD Segamat 2030
Taksiran atau dikenali sebagai cukai pintu
dikenakan ke atas harta-harta atau pegangan
dalam kawasan majlis:
• Rumah kediaman
• Harta perniagaan/ perusahaan
• Homestay
• Lesen Penjaja
11-8
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
b. Penguatkuasaan Akta dan Undang-Undang Kecil
Penguatkuasaan bahagian tertentu di dalam akta yang telah diwarta, Akta 172 Bahagian IV hingga
IX bagi meningkatkan pendapatan majlis.
Jadual 11.1.2: Tahap Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perkara Berkaitan di MPS
BIL. PERKARA PELAKSANAAN DAN
PENGUATKUASAAN
1 Bayaran Pemajuan (Development Charge) - Seksyen 32, Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976)
Masih tidak diguna pakai
2 Notis Permintaan dan Notis Beli Tidak diguna pakai
3 Wang Kumpulan Kemajuan (Infrastructure Service Fund/ ISF) Diguna pakai sepenuhnya
4 Pengisytiharan Kawasan Pemajuan kepada Kawasan Perancangan/
Kawasan Khas termasuk Kawasan Pemuliharaan (Conservation Area)
Peruntukan kawasan pemajuan
belum pernah diguna pakai
5 Akta/ Undang-Undang Kecil – Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Diguna pakai bagi tujuan
penguatkuasaan
Sumber: Kajian RTD Segamat 2030
Undang-undang kecil yang telah diwartakan dan diguna pakai bagi tujuan penguatkuasaan di
peringkat MPS. Tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang
mengingkari undang-undang yang termaktub di dalam akta tersebut dan usaha ini dapat
meningkatkan pendapatan bagi Majlis Perbandaran Segamat.
c. Unjuran Perbelanjaan Pendapatan Majlis sehingga Tahun 2030
Rajah 11.1.3 : Unjuran Perbelanjaan dan Pendapatan MPS Mengikut Tahun
Sumber: Kajian RTD Segamat 2030 Nota: KPPT = 2-3%, Unjuran yang dibuat meruopakan anggaran kasar.
Rajah 11.1.3 menunjukkan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi Majlis Perbandaran
sehingga tahun 2030. Unjuran pendapatan MPS menjangka bahawa pendapatan meningkat
sehingga RM 39.78 juta pada tahun 2030. Situasi ini menunjukkan ekonomi Daerah Segamat
berkembang maju dan mampu menjana semula hasil pendapatan bagi majlis. Sektor perindustrian
yang berkonsepkan kluster dijangka memberi impak yang positif kepada pembangunan ekonomi
daerah. Antaranya adalah Hub Industri Eco Halal Park. Di samping itu, konsep terbaru yang cuba
diterapkan di dalam pembangunan industri bagi daerah Segamat ialah ‘Gated & Guarded’ dan
‘Clean & Green’ yang mampu menarik lebih banyak pelabur tempatan dan antarabangsa.
Sektor perniagaan juga turut mendapat berpotensi tinggi untuk lebih maju dengan tarikan pasaraya
baru yang akan memenuhi keperluan penduduk dan mengembalikan imej Bandar Segamat
sebagai bandar tekstil (pameran, fashion show, Saturday textile market sales). Hal ini secara tidak
langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong ke daerah Segamat.
21.4125.19 27.95
32.5635.95
22.3827.88 30.93
36.0339.78
0
10
20
30
40
50
2011 2015 2020 2025 2030
Perbelanjaan Pendapatan RM (Juta)
11-9 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
11.3 Strategi Pembangunan 3: Memperkasa Dan Penjenamaan Semula Majlis Daerah
Segamat
a. Penjenamaan Semula MPS melalui Logo
Seiring dengan penarafan Majlis Perbandaran, ianya perlu diberi penjenamaan semula untuk
meningkatkan imej yang lebih kreatif dan berdaya saing. Oleh itu, MPS dicadangkan supaya
menukar logo bagi pembaharuan. Penjenamaan semula melalui logo ini dilakukan supaya ia lebih
menarik dan lebih dikenali. Pemilihan logo yang terbaik boleh dibuat melalui:-
Pertandingan mencipta logo bagi Majlis Perbandaran Segamat antara jabatan
Cadangan mencipta logo untuk penyertaan umum
11.4 Strategi Pembangunan 4: Program Dan Projek Pembangunan MPS
a. MPS sebagai Agensi Teras dalam Pelaksanaan RTD
MPS berperanan sebagai agensi pelaksana bagi menjayakan projek-projek yang dicadangkan di
dalam pembangunan RTD. Pelaksanaan projek-projek selain daripada projek-projek berunsur
infrastruktur dan sosial perlu kepada projek ekonomi melalui:-
Pembangunan Perniagaan
Penglibatan dalam aktiviti ekonomi secara radikal – MPS menubuhkan syarikat milik penuh/
Perbadanan (dengan kelulusan Kerajaan Negeri) yang melabur atau menjalankan
perniagaan bagi sektor yang mampu meningkatkan sumber kewangan MPS
Syarikat MPS/ Perbadanan ini boleh menjalankan usahasama dalam perniagaan berskala
sederhana dan besar dengan risiko sederhana dengan GLC (Syarikat Milik Kerajaan) seperti
FELDA, Petronas, Khazanah Nasional dan lain-lain
Perniagaan boleh dalam bentuk pembangunan perniagaan, pertanian, peruncitan dan
perkhidmatan
Pembangunan Hartanah
Pembelian Aset Hartanah – Pembelian/ pengambilan aset di pasaran boleh memberi
pulangan dalam bentuk pendapatan sewa and apresiasi nilai modal dalam masa panjang
Pendekatan melalui Penswastaan
Penyertaan sektor swasta amat penting bagi mempercepatkan pembangunan selain
dapat meringankan beban kewangan MDS dari segi pembiayaan kos projek dan risiko
tanggungan kewangan
11-10
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Pendekatan Pelaksanaan adalah seperti berikut:
i. Pembangunan Harta Tanah Milik MPS
Tanah milik MPS atau tanah kerajaan yang dikurnia atau serah boleh dibangunkan dari sumber
kewangan sendiri melalui geran pembangunan/pinjaman/secara usahasama dengan sektor
swasta yang melibatkan perkara-perkara berikut:
Garis panduan terperinci pembangunan mengambil kira keperluan MPS dan dasar
perancangan. Garis panduan ini disediakan oleh MPS.
Cadangan pembangunan dari pihak swasta perlu melalui proses penelitian pihak MPS dari
aspek sosial dan fizikal, nilai modal atau entiti MPS, balasan dari segi tunai atau pemberian
dan jangka masa diterima serta risiko merealisasikannya, keperluan kajian teknikal yang perlu
disediakan oleh pihak swasta, keupayaan pemaju swasta melaksanakan pembanguan dan
MPS melantik panel penasihat sama ada dari personel pentadbiran, agensi kerajaan atau
perunding bebas.
Jadual 11.1.3 : Kaedah Pelaksanaan Projek Pembangunan oleh Agensi Kerajaan (Pembangunan &
Tanah Dikenalpati) Tanah Rizab/Agensi
Menentukan Keperluan
Pembangunan Sumber Kewangan Kaedah
Tan
ah
Riz
ab
Ke
raja
an
/
Ag
en
si
Penentuan Belanjawan Mohon Belanjawan
Geran Pembangunan
Kerajaan
Pinjaman
Peruntukkan Negeri/
Persekutuan
Tender terbuka/ terpilih
Penswastaan
Reka bentuk dan bina
Tan
ah
Be
rsta
tus
Tan
ah
Ne
ge
ri
Penentuan Belanjawan
– Permohonan Tanah
daripada Kerajaan
Negeri
Mohon Belanjawan
Geran Pembangunan
Kerajaan
Pinjaman
Peruntukkan Negeri
Tender terbuka/ terpilih
Penswastaan
Reka bentuk dan bina
Tan
ah
Sw
ast
a
Penentuan Belanjawan Mohon Belanjawan
Geran Pembangunan
Kerajaan
Pinjaman
Peruntukkan Negeri/
Persekutuan
Pembelian
Pengambilan secara wajib
Tanah diperolehi melalui
serahan (berdasarkan rizab
dalam pembangunan
swasta)
Tanah diperolehi melalui
usahasama
Sumber: Kajian RTD Segamat 2030
Bentuk balasan yang boleh dimanfaatkan oleh MPS ialah:
Jadual 11.1.4 : Pendekatan Penswastaan dan Bentuk Balasan yang boleh dimanfaatkan oleh MPS
PENDEKATAN/ BENTUK BALASAN PENERANGAN
Berasaskan ekuiti minoriti dalam syarikat
pembangunan
Tidak digalakkan
Berasaskan pembahagian tetap hasil
kewangan kasar pembangunan
Asas ini baik tetapi risiko yang tinggi kepada pemaju bagi projek
yang kurang berdaya maju atau komersil
Berasaskan pembahagian fizikal projek
yang disiapkan. Contohnya sebahagian
unit atau ruang lantai
Asas ini baik tetapi aspek pengurusan/ tanggungan mesti jelas
11-11 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Mekanisma ‘Build-Operate-Transfer’ iaitu
pemaju membina dan menjalankan
operasi untuk jangka masa tertentu dan
selepas tamat tempoh, seluruh
pembangunan diserahkan kepada MPS
Sesuai untuk pembangunan yang kurang berdaya maju atau
jenis perniagaan berisiko sederhana tinggi di mana jangka hayat
pembangunan perlu dititikberatkan
Mekanisma ‘Build-Lease-Manage-
Transfer’
Sesuai untuk pembangunan yang kurang berdaya maju atau
jenis perniagaan berisiko sederhana tinggi di mana jangka hayat
pembangunan dan ‘payback period’ perlu dititikberatkan.
Dalam kaedah ini pemilik/ pelabur akan memajak semula
pembangunan kepada pemaju
Mekanisma Reka dan Bentuk Pembelian pembangunan siap daripada pemaju/ kontraktor
dengan keputusan reka bentuk binaan dan ruang tertakluk
kepada pembeli. Urusan pembelian/ pengambilan balik tanah
dan menender pembinaan tidak perlu dijalankan
Sumber: Kajian RTD Segamat 2030
ii. Pembangunan Tanah Kerajaan dan Rizab Berpotensi Ekonomi
MPS perlu proaktif dengan kerjasama Unit Perancang Negeri Johor (UPEN) untuk mengenalpasti
kawasan tanah yang boleh dipohon daripada kerajaan untuk pembangunan ekonomi yang boleh
memanfaatkan kedudukan kewangan MPS. Pembangunan bukan sahaja bercorak binaan tetapi
meliputi projek pertanian. Pendekatan usahasama dengan pihak swasta yang memerlukan
pembiayaan yang tinggi boleh dikongsi tanggungannya.
iii. Pengurusan Harta Perniagaan atau Kemudahan yang Dimiliki atau Khidmat Pengurusan Harta
dan Fasiliti
Harta dan kemudahan awam yang dimiliki oleh MPS boleh diswastakan untuk mengurangkan
perbelanjaan operasi atau pengurusan. Ini melibatkan perkara-perkara seperti berikut:-
Laporan aspek penyewaan dan fizikal
Pengurusan penyewaan atau pajakan
Keputusan pengurusan dalaman atau yang diswastakan bergantung kepada skala
pembangunan
Pembahagian hasil boleh berdasarkan kadar yang ditetapkan atau peratusan keuntungan
kasar
MPS juga perlu meneliti dari aspek pelaburan tambahan atau pembangunan semula
Pengurusan perkhidmatan kepada pihak swasta perlu memastikan bahawa kos tidak
melebihi dari kos perkhidmatan dalaman
Alternatifnya, unit pengurusan harta yang ditubuhkan di MPS perlu diperkukuhkan dari segi
organisasi dan fungsi. Perancangan ke hadapan unit ini ialah di mana unit ini boleh menawarkan
khidmat pengurusan harta dan fasiliti bukan sahaja kepada pihak awam malah pihak swasta yang
dapat menjana sumber pendapatan baru kepada MPS.
iv. Pendekatan Melalui Pengambilan Tanah Secara Wajib
Memperolehi tanah untuk pembangunan memerlukan pengambilan tanah secara wajib ke atas
tanah bermilik (alienated lands) sekiranya tidak dapat dibeli di pasaran, atau mendapat tanah
yang dirizabkan.
Kaedah pengambilan balik tanah ini adalah tertakluk di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Kuasa pengambilan tanah terletak pada Pihak Berkuasa Negeri, menurut peruntukan di bawah
11-12
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Butiran 2(d), Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan, Perlembangan Persekutuan. Pihak Berkuasa
Negeri (PBN) mungkin bertindak bagi pihaknya sendiri dalam urusan pengambilan tanah ataupun
sebagai wakil bagi individu atau badan-badan yang lain bagi beberapa maksud dan tujuan
tertentu. Tujuan pengambilan tanah ini diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1), Akta Pengambilan
Tanah 1960:
Pihak Berkuasa Negeri bolehlah mengambil balik tanah yang dikehendaki:
Bagi apa-apa maksud awam
Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN
adalah benifisial untuk kemajuan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian dari itu atau
kepada orang ramai secara am
Atau mana-mana kelas orang ramai atau bagi maksud perlombongan atau untuk maksud
kediaman, pertanian, perdagangan, perindustrian atau rekreasi atau mana-mana kombinasi
tersebut
Sebagai balasan ke atas pengambilan balik tanah, pemilik tanah berkepentingan berdaftar akan
menerima pampasan. Selain daripada nilai pasaran untuk tanah yang diambil, beberapa perkara
lain juga diberikan pampasan atau diambil kira akibat daripada pengambilan balik tanah iaitu (rujuk
Rajah 10.1.4)
Kerugian Pecah Pisah (Severence Loss)
Kerugian Penjejasan Terbabit (Injurious Affection Loss)
Kos Perpindahan
Kerja-kerja Pembinaan Semula (Kerja Akomodasi)
Kerugian pecah pisah ialah kerugian yang dialami oleh pemilik ke atas tanahnya yang lain
(bahagian lain atau lot berdampingan di bawah pemilikan yang sama) disebabkan
pengambilan di atas tanah terjadual di ambil; kerugian dialami disebabkan pemisahan tanah,
menghalang perhubungan, tanah tertinggal menjadi kurang atau tidak ekonomik, tanah sukar
diuruskan secara keseluruhan dan kesannya ialah penurunan nilai tanah tertinggal yang
dijangkakan
Kerugian tanah lain disebabkan kesan negatif daripada kegunaan tanah yang diambil; contoh
kegunaan yang tidak bersesuaian seperti loji kumbahan sedangkan tanah tertinggal digunakan
untuk kediaman; kesan kemudaratan ini menurunkan nilai tanah tertinggal dan kerugian ini
boleh dituntut dan diberi pampasan; kerugian dialami bukan saja semasa pengambilan tetapi
adalah berterusan kemudaratan berlaku
Sekiranya terpaksa berpindah dari tempat tinggal dan berniaga disebabkan pengambilan,
apa-apa kos berkenaan boleh dituntut; kos memindah perabot, peralatan, perkakas; kos
lekapan pada bangunan baru dan kos sampingan lain
Kos kerja-kerja pindaan untuk mengambil kira perubahan disebabkan pengambilan boleh
dituntut; alternatifnya pihak yang mengambil tanah menjalankan kerja-kerja tersebut dan
perkara ini tidak boleh dituntut sekiranya sedemikian
11-13 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Naik Nilai (Betterment) Tanah Lain Disebabkan Penggunaan Tanah yang Diambil
Pihak berkepentingan di bawah status boleh menerima pampasan ialah sehingga penyewa
bulanan. Penyewa sukarela (penyewa tanah/ bangunan yang menduduki dengan kerelaan pemilik
tetapi tidak membayar) atau setinggan tidak berhak menuntut pampasan di bawah status.
Bagaimanapun, terdapat polosi kerajaan Negeri Johor memberi pampasan perpindahan dan
penempatan semula dalam bentuk pampasan ehsan (ex gratia).
Rajah 11.1.4 : Prinsip-Prinsip Pampasan dalam Pengambilan Tanah
- Pecah-pisah dan penjejasan terbabit boleh dituntut oleh A, D, F & H
- Nilai tanah yang lebih tinggi untuk C,D & F boleh dipotong
v. Pendekatan Melalui Notis Beli (Seksyen 37) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
Pemilik tanah boleh menggunakan notis beli disebabkan perancangan negatif
Ditolak Kebenaran Merancang (KM) disebabkan tanah dizonkan untuk maksud awam dan
tidak boleh digunakan dengan berfaedah
Pematuhan Notis Permintaan (Seksyen 30)
Kemukakan Notis Beli dengan sokongan fakta serta pendapat Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan (PBPT)
PBPT mengemukakan kepada pihak Berkuasa Negeri (PBN)
PBN boleh menolak Notis Beli sekiranya bersetuju mengarahkan PBPT untuk mengambil
tanah berkenaan melalui pengambilan tanah secara wajib di bawah Seksyen 3(b) Akta
Pengambilan Tanah 1960
Pampasan kepada tanah dengan tidak mengambilkira perancangan negatif berkenaan
Kesan ini berlaku kepada tanah tertinggal dengan menaikkan nilai tanah tertinggal disebabkan
kegunaan maksud pengambilan bagi tanah yang diambil; kesan kenaikan ini mestilah ditolak
(set off) dari amaun pampasan; kaedah yang digunakan ialah kaedah sebelum dan selepas;
dan ianya hanya boleh digunakan jika ada bukti sesuai tentang kenaikan nilai
Pecah-Pisah Lot
PAMPASAN
Kerugian ke atas tanah diambil
Kerugian lain
Lot kecil-Penjejasan (Kesan Mudarat)
Penjejasan Terbabit Kesan Mudarat – memerlukan bangunan diorientasikan semula Kawasan saki-baki jalan yang
kecil menjadi terbiar
Sebelum Pengambilan Balik Secara Wajib
Selepas Pengambilan Balik Secara Wajib
Persediaan/ Awalan Notis Siasatan
Kurniaan/ Pampasan Posessi Pembinaan
Peringkat Pengambilan Tanah Secara Wajib
11-14
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Rajah 11.1.5 : Carta Alir Pengambilan Tanah Secara Wajib
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (SEK 3A)
PERMOHONAN SEK.3(1)(a) PERMOHONAN SEK.3(1)(b) atau (c)
JAWATANKUASA KHAS PENGAMBILAN TANAH 3(c)
PIHAK BERKUASA NEGERI
SETUJU TOLAK
CHARTING
CARIAN RASMI
LAPORAN TANAH
PENYEDIAAN KERTAS RINGKASAN
PERSETUJUAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN
KELULUSAN PBN
SEKSYEN 4 (BORANG A)
MASUK & UKUR/ KAJIAN KESESUAIAN (BORANG B) SEK.5
TIDAK SESUAI SESUAI MENANDA KAWASAN YANG HENDAK DIAMBIL SEK 9(1)(B)
PENGELUARAN BORANG E (DAN F JIKA PERLU) SEK 10 dan SEK 11
PENGELUARAN PERAKUAN SEGERA BORANG B SEK. 19
PENGELUARAN BORANG 3 (Jika Terdapat Bangunan) SEK. 20
PEMILIKAN RASMI BORANG K SEK.22
PENERIMAAN BORANG N & BAYARAN DEPOSIT SEK. 38(1)
MENGEMUKAN BORANG O KE MAHKAMAH SEK.38(5)
MENAIKKAN AWARD
PENTADBIR TANAH
BAYARAN PAMPASAN
TAMBAHAN DAN FAEDAH
MENGEKALKAN AWARD
PENTADBIR TANAH
SIASATAN PENGAMBILAN TANAH SEK. 12&13
AWARD PAMPASAN BORANG G SEK.14
PENGELUARAN BORANG H SEK.16
SEKSYEN 8 (BORANG D)
PENDAFTARAN FAIL PERMOHONAN
SEMAKAN
WARTA
KEPUTUSAN
Jika Ada Bantahan Jika Tiada Bantahan
Jika Diperlukan
ULASAN JABATAN TEKNIKAL
CATITAN DALAM DOKUMEN HAKMILIK DAFTAR SEK.9(1)(b)
LAPORAN JABATAN PENILAIAN PERKHIDMATAN
HARTA (SEK 12) DAN PERANCANG BANDAR DAN
DESA (SEK 9A)
PERINTAH
MAHKAMAH
MENGURANGKAN AWARD PENTADBIR
TANAH
TUNTUT BAYAR PAMPASAN YANG
TERLEBIH BAYAR
BAYARAN PAMPASAN SEK 29.29A
PEMILIKAN RASMI BORANG X SEK.22
PENYEDIAAN PERMOHONAN LIXUR SEK.25
PENYELESAIAN SURIHAN ALIH DAN SURIHAN PENEMPATAN
PENYELARASAN PAMPASAN SEK.26
PENYEDIAAN PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN HAKMILIK
SAMBUNGAN SEK.26
SELESAI
11-15 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Rajah 11.1.6 : Carta Alir Kerja Proses Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(b) atau 3(1)(c), Akta
Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 1997)
KEPUTUSAN
PERMOHONAN
BORANG 1
PENTADBIR TANAH
UPEN
TIADA TIADA PROJEK
PEMBANGUNAN
LAIN
PROJEK KEMUDAHAN AWAM
LAPORAN
PERUNDINGAN
GAGAL
JKPT
SELEPAS
TOLAK
LULUS
PENTADBIR
TANAH
PEMOHON TOLAK SIASATAN
PENTADBIR
TANAH DEPOSIT AKAN
DIRAMPAS
PEMOHON
PBN
KEPUTUSAN
TIDAK BERSETUJU
PEMULANGAN BAKI DEPOSIT
KEPADA PEMOHON
SETUJU
PENGAMBILAN
TANAH
ADA
PERUNDINGAN
SEK 3A (3)
SESUAI
KELULUSAN
PEMBANGUNAN
SEMAKAN UPEN
BERJAYA
TIDAK SESUAI
PERAKUAN UPEN
SETUJU
Sek. 3(6)
i) Kertas cadangan projek ii) Pelan tatatur & pelan
pengambilan iii) Laporan awal nilaian tanah iv) Fi dan deposit
a) Kepentingan awam b) Keupayaan dan
kemampuan pemohon c) Daya maju projek d) Kelulusan
pembangunan
Sek. 3(4) Sek 3A(1) Kaji permohonan
a. Pentadbir Tanah Tolak i. Sek 3(5)
ii. Sek 3(5) b. Rundingan berja
i. Sek 3A(5) c. Tolak terma syarat
PBN i. Sek 3 E(5)
ii. Kaedah
10(2)
Sek. 3(2) Kaedah 3 Sek. 3(3) - Kepilkan
Sek. 3A (2) Sek. 3(B)
a) Kepentingan awam b) Keupayaan dan
kemapuan
pemohon c) Daya maju projek Kaedah 6
Borang 3(6 minggu)
Sek. 3A (4)
Sek. 3A (7) Kaedah 7 Borang 4 (14 hari)
Sek. 3 E (5) Kaedah 10(2) Borang 6 (14 hari)
Sek. 3 F (2) Kaedah 11(1) (21 hari)
Sek. 3A (5) Kaedah 9
Sek. 3D (3) 2 bulan
Sek. 3E (1) Sek. 3E (3) Kaedah 10(1) Borang 5 (14 hari)
Kaedah 5(1)(b) Baki Deposit 75% (30
hari)
Kaedah 11(3)
Kaedah 11(2) Borang 7 (14 hari)
Kaedah 11(4) Borang 8 (30 hari)
Kaedah 11(5) (14 hari)
3 bulan
11-16
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
b. MPS sebagai Penyelaras Rancangan Kawasan Khas (RKK)
Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk
tujuan pelaksanaan. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan.
Jawatankuasa Perancang Negeri yang akan meluluskan Rancangan Kawasan Khas ini.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii), yang mana Pengarah JPBD/ Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK)
ini. Berikut merupakan cadangan RKK di dalam kawasan pentadbiran MPS:
Jadual 11.1.5 : Cadangan Rancangan Kawasan Khas, Pelan Tindakan Khas atau Pelan Induk
CADANGAN
RKK/PTK/PELAN INDUK KEPERLUAN RKK/PTK/PELAN INDUK
PTK Segamat 'Agriculture
Powerhouse' (MPS)
Keperluan kajian pembangunan ini adalah untuk menyokong hasrat kerajaan
negeri yang dijangka membantu pembangunan pertanian daerah. Ini akan
melibatkan pengekalan kawasan pertanian, pembangunan sepenuhnya
tanah pertanian, peningkatan produktiviti, membentuk imej, pengekalan
kawasan dan produktiviti tanaman serta buahan termasuk durian Segamat
sebagai penjenamaan daerah. Kajian ini juga termasuk pengeluaran industri
akuakultur serta ternakan seperti ikan baung, rusa, telur ayam dan lain-lain.
PTK Pembangunan
Pelancongan Segamat
(MPS)
Keperluan penyediaan kajian ini adalah untuk menyokong pembangunan
pelancongan di dalam Daerah Segamat. Pembangunan pelancongan yang
perlu difokuskan adalah pelancongan yang berasaskan agro dan eko seperti
berikut:
MPS
i. Gunung Ledang
ii. Ladang Kelulut
iii. Dusun Durian Kampung Bumbun
iv. Jeram Tinggi Jementah
v. Pusat Konservasi Hidupan Liar
Pelan Induk Pelancongan
Wilayah Utara Johor
Kajian ini perlulah mempunyai denai/jejak ke Gunung Ledang, nature trail,
gateway ke Gunung Ledang dan lain-lain. Selain itu, kajian pembangunan ini
perlu diintegrasi bersama daerah utara Johor lain seperti Tangkak dan Muar.
PTK Kawasan Bencah
Keperluan kajian ini adalah perlu bagi memelihara kepentingan kawasan
bencah kepada alam sekitar dan hidupan. Selain itu, Kawasan tanah bencah
berfungsi sebagai tempat penahan dan penyimpanan air semasa hujan
lebat. Kawasan ini berupaya membantu mengawal jumlah air dan halaju air
yang mengalir ke sumber air permukaan yang berdekatan. Kawasan yang
luas ini berupaya melindungi kawasan rendah daripada dilanda banjir.
11-17 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 6
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Sambungan...
CADANGAN RKK/PTK/PELAN
INDUK KEPERLUAN RKK/PTK/PELAN INDUK
RKK Bandar Segamat (Bandar
atas dan Bawah)
Penyediaan pelan pengurusan kepada warisan dan pemeliharaan Bandar
serta peningkatan aktiviti yang boleh menghidupkan suasana Bandar Lama
Segamat yang mampu menarik kedatangan pelancong ke Bandar
Segamat. Selain itu, kaedah reka bentuk bandar seperti pembaharuan
bandar (urban renewal), pembangunan semula bandar (urban
redevelopment), penjanaan semula bandar (urban regeneration),
pemulihan bandar (urban recovery), revitalisasi bandar (urban
revitalization), dan lain-lain kaedah perlu digunakan mengikut kesesuaian.
Fokus utama kajian RKK ini adalah lebih kepada pemeliharaan warisan
bandar Segamat.
RKK Sungai Segamat
Keperluan kajian terperinci Sungai Segamat bertujuan untuk meningkatkan
pengindahan landskap Sungai Segamat dan infrastruktur. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengatasi masalah banjir yang berpunca daripada
limpahan air Sungai Segamat. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk
mengukuhkan dan mempertingkatkan tarikan pelancongan, pengkajian
sejarah dan lain-lain yang berkaitan.
RKK Kampung Abdullah-
Kampung Jawa
Penyediaan pelan tindakan akibat daripada tekanan pembangunan
kawasan perbandaran kepada Kampung Baru Cina ini memerlukan
kawasan ini dirancang dan dimajukan dengan kesesuaian keadaan
semasa kawasan tersebut. Selain itu, kawasan perkampungan tradisi yang
menerima tekanan perbandaran yang memerlukan kajian terperinci bagi
memelihara kawasan kampung tradisi tersebut.
PTK Kawasan Perindustrian
Segamat (SIP dan Sekitar)
Kajian ini akan mengkaji sekitar kawasan Segamat Inland Port (SIP) bagi
meningkatkan fungsi pelabuhan darat digunakan sepenuhnya oleh pihak
industri. Selain itu, ianya juga mengkaji mengenai kemudahan sokongan,
infrastruktur dan laluan yang perlu ada bagi menyokong pembangunan SIP
serta sekitarnya.
c. MPS sebagai Penyelaras Kajian Pembangunan Semula Pekan-Pekan Kecil
Pembangunan semula pekan-pekan kecil adalah bertujuan untuk meningkatkan pembangunan
sosio-ekonomi yang seimbang bagi semua kawasan di Daerah Segamat dan menambah pemilikan
hartanah komersial bumiputera luar bandar. Kajian ini adalah penting bagi mencapai matlamat
dan sasaran perancangan pembangunan di pekan-pekan kecil untuk mengukuhkan taraf sosio-
ekonomi rakyat tempatan. Oleh itu, pekan-pekan kecil yang mempunyai kekuatan ekonomi dari
segi pertanian, pelancongan, potensi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ataupun industri yang
berasaskan sumber asli dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
setempat.
Antara komponen yang dicadangkan dalam kajian pembangunan semula ini adalah pembinaan
kedai desa, gerai dan kemudahan mengikut kesesuaian kawasan. Kajian ini memerlukan kerjasama
antara Majlis Perbandaran Segamat, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Johor, perunding dan juga agensi teknikal yang berkaitan.
11-18
RANC
ANGA
N
JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
Laporan Draf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030
11.0
TER
AS 5
PEN
GU
RU
SA
N D
AN
PELA
KSA
NA
AN
Antara cadangan pembangunan semula pekan-pekan kecil ialah:-
Gemas Baharu
Pekan Jementah
Buloh Kasap
Batu Anam
d. Konsep Sharing Cost and Return antara Pemaju dan Tenaga Nasional Berhad
Konsep sharing cost and return di dalam pembangunan industri di Segamat boleh diaplikasikan
kepada permohonan kawasan perindustrian atau apa-apa pembangunan yang dicadangkan
dalam Daerah Segamat. Konsep ini membawa maksud kos pembinaan Pencawang Masuk Utama
(PMU) akan ditanggung oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebagai contoh, apabila terdapat kawasan pembangunan yang dilaksanakan, akan dikenakan
caj penyambungan daripada PMU ke pencawang elektrik (PE) kawasan pembangunan tersebut
mengikut keperluan MVA yang diperlukan oleh pembangunan tersebut. Pihak pemaju akan
membayar semula kos tersebut kepada TNB apabila kawasan tersebut telah maju.
e. Pembangunan Aplikasi Online bagi Memasarkan Produk Tempatan
Pemasaran produk tempatan bagi Daerah Segamat boleh dipergiatkan melalui aplikasi online
secara interaktif. Hal ini bertujuan untuk mempromosikan dan memperkukuhkan produk tempatan
dan memudahkan pengguna untuk mengakses produk tersebut. Antara produk yang boleh
diketengahkan ialah produk ukiran kayu, makanan tempatan dan produk pertanian.