Author
mohammad-shafei
View
268
Download
3
Embed Size (px)
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
1/21
PTPL AMPANG
PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN
Subjek : Operasi Pengembaraan Tahap 2
Kod subjek : CHT 1323
Tugasan 1 : Individu
Tajuk : Produk Pelancongan di Pulau Pinang
Nama Pelajar : Mohammad Shafei b. Asdi 1032011100023
Pensyarah : En. Mohd Shahriman Ikram b. Mohd Hanapiah
1 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
2/21
Tarikan Pelancongan
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat
terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira- kira 13.5 KM di mana 8.4 KM
daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong,
Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada 1985. Disiapkan dalam masa 3
tahun dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada
Negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana
struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel penahan yang terawal di dunia.(cable
stayed bridge).
2 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
3/21
3 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
4/21
Bukit Bendera
Bukit Bendera mempunyai ketinggian 830 meter (2730 kaki) dari paras laut, boleh dilawati
dengan dua cara samaada mendaki ke puncak atau dengan kereta api kabel yang telah beroperasi
sejak 1922. Selain ketenangan, iklim menyegarkan dan pandangan hebat di puncaknya, pelawat-
pelawat juga bole melihat bangle-banglo indah, kebun bunga yang cantik dan taman burung.
Terdapat juga trek berjalan kaki ke atas bukit. Ia mengambil masa 4 jam untuk sampai ke puncak
bukit. Cara yang paling popular untuk sampaike puncak bukit ialah dengan kereta api kabel yang
mengambil masa setengah jam.
Pembinaan kereta api itu dibina di antara 1906-19022 dengan kos 1.5 juta. System kereta api
tersebut berusia 85 tahun.
4 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
5/21
Peta Lokasi Bukit Bendera
5 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
6/21
Pelancongan Budaya
Tokong Kek Lok Si , Ayer Hitam
Tokong Kek Lok Si dibina pada tahun 1890. Tokong ini merupakan tokong agama Buddha yang
terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Selain itu, tokong ini juga dikenali sebagai
Pagoda of Ten Thousand Buddhas. Di dalam tokong ini ada taman-taman yang indah, kolam
kura-kura, skulptur unik serta makam. Tidak dikenakan bayaran untuk melawat tokong ini.
Tarikan utama di Tokong Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada
biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamaerkan 10 000 imej Buddha.
Senibinanya menggabungkan asas oktagon cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan
punca seni bina Burma. Tokong yang terukir indah ini memakan masa 20 tahun untuk dibina dan
berkembang secara berterusan.
6 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
7/21
Masjid Terapung, Tanjung Bunga
Masjid ini terletak di tepi pantai terkenal di Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Rekaan masjid
berharga RM 15 juta ini adalah gabungan seni bina tempatan dan timur tengah. Keindahan
senibinanya berkonsepkan bentuk mutiara selaras dengan nama jolokan sebagai Mutiara
Timur. Ruang sembahyang utama boleh memuatkan kira-kira 1000 jemaah dan 500 lagi di
bahagian luar. Masjid ini berkeluasan 1295 meter persegi dan mempunyai ruang solat lelaki dan
wanita serta bole menampung kira-kira 250 kereta.
Masjid ini adalah yang pertama dibina di laut selepas masjid di Kuala Ibai di tepi pantai dan
Putrajaya yang dibina di dalam tasik. Masjid ini juga dibuka kepada orang islam dan bukan islam
yang melihat sturktur yang unik terutama apabila lampu dipasang pada waktu malam.
7 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
8/21
Pengunjung diingatkan supaya memakai baju yang sopan dan menanggalkan kasut apabila
memasuki kawasan masjid.
Beca Pulau Pinang
Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Pulau Pinang pengayuh
berada dibelakang penumpang. Bumbung juga dipasang bagi member teduhan kepada
penumpang. Rekod terawal beca adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15
beca didaftra dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia sukar
dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku.
Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi ada juga beca yang digunakan khusus bagi
mengangkut barang-barang.
8 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
9/21
Tarian Boria
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia terutama Pulau Pinang.
Secara umumnya asal boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria
mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian.
Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat
penunjuk ketika tarian). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap
kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam
orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nanyian
muzik tukang karang tadi. Alat-alat muzik yang biasa digunakan ialah violin, marwas, gendang
panjang akordian, dan harmonica.
9 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
10/21
10 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
11/21
Flora dan Fauna
Taman Botanikal Pulau Pinang
Taman ini juga dikenali sebagai Taman Kebun Bunga Pulau Pinang yang terletak berhampiran
dengan Georgetown, Pulau Pinang. Taman ini juga menjadi sebuah taman riadah dan rekreasi
awam yang utama di Georgetown. Menerima kehadiran pelancong yang tinggi dan ia tersenarai
sebagai taman tercantik di dunia. RM 1 juta diperuntukkan setahun bagi kerja penyelenggaraan.
Pada tahun 2010 RM 7 juta diperuntukkan untuk menaik taraf taman ini.Taman ini seluas 30
hektar dan menempatkan pelbagai tumbuhan tropika yang terdapat di Pulau Pinang.
11 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
12/21
12 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
13/21
Taman Negara
Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran barat daya Pulau Pinang. Taman
Negara tersebut hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak
perkhemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut.
Perkhemahan hanya dibenarkan bagi program-program tertentu.
Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang ialah Hutan Pamah dan Bukit
Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik
Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi.
Terdapat lebih daripada 1000 spesis tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah
perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah,
pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan
13 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
14/21
paya bakau. Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti
merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.
14 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
15/21
Alam Semulajadi
Pulau Jerejak Pulau Pinang
Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecik di selatan Pulau Pinang yang terkenal pada suatu
ketika dahulu kerana Penjara Jerejak. Pulau seluas 362 hektar ini kaya dengan flora dan fauna.
Pada satu ketika dulu ia terkenal sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri.
Pengunjung boleh berkunjung ke pulau ini dengan menaiki feri dari Bayan Lepas.
Di pulau tersebut terdapat banyak tempat penginapan seperti hotel, resort dan lain-lain.
Walaupun pulau ini tidak terkenal seperti pulau-pulau lain di Malaysia tetapi telah berkongsi
sejarah atau peristiwa yang menarik dan bertuah. Iaitu berkenaan mulanya Francis Light
bertapak di Pulau Pinang.
15 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
16/21
16 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
17/21
Kraftangan
Kraf paip
Kreativiti penghasilan kraf paip memperlihatkan keindahan seni dalam kelas yang tersendiri. Jika
dahulu ia antara peralatan terpenting bagi penghisap rokok tembakau, tetapi kini kewujudannya
sebagai aksesori hiasan dan cenderahati yang paling bermakna.
Reka bentuk dan material yang digunakan untuk membuat kraf paip adalah berkualiti dan tahan
lasak. Selain membuat kraf paip menggunakan kayu yang diimport daripada Algeria ada juga
yang mengunakan tanduk kerbau untuk membuat kraf paip.
17 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
18/21
Makanan dan Minuman
18 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
19/21
Nasi Kandar
Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular dan berasal dari Pulau Pinang. Ia
satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa dan disajikan dengan pelbagai
kari dan hidangan sampingan. Perkataan nasi kandar timbul se waktu kelihatan penjaja nasi
menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu kekal dan hari ini
perkataan nasi kandar ada kelihatan di kebanyakan restoran tamil islam atau mamak Malaysia
dan gerai hidangan india muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi
yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam
goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu
biasanya adalah seperti terung,bendi atauperia. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini
dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
19 | P a g e
http://ms.wikipedia.org/wiki/Limpahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bendihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Periahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Limpahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bendihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peria7/27/2019 Tarikan Pelancongan
20/21
20 | P a g e
7/27/2019 Tarikan Pelancongan
21/21
RUJUKAN
http://syuxermelankolia.blogspot.com/2012/03/8-tempat-wajib-bila-kunjungi-pulau.html
http://www.hmetro.com.my/articles/Keunikankrafpaip_piuter_batikdankayu/Article
http://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-
ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l
=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les
%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav
=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=b
http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/TamanNegaraPulauPinang.aspx
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuil_Kek_Lok_Si
21 | P a g e
http://syuxermelankolia.blogspot.com/2012/03/8-tempat-wajib-bila-kunjungi-pulau.htmlhttp://www.hmetro.com.my/articles/Keunikankrafpaip_piuter_batikdankayu/Articlehttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/TamanNegaraPulauPinang.aspxhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuil_Kek_Lok_Sihttp://syuxermelankolia.blogspot.com/2012/03/8-tempat-wajib-bila-kunjungi-pulau.htmlhttp://www.hmetro.com.my/articles/Keunikankrafpaip_piuter_batikdankayu/Articlehttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.google.com.my/#hl=en&tbo=d&sclient=psy-ab&q=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&oq=flora+dan+fauna+di+pulau+pinang&gs_l=serp.12...0.0.1.8227.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0.les%3B..0.0...1c.eLiexgALNJg&pbx=1&fp=1&bpcl=40096503&biw=1366&bih=667&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=bhttp://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/TamanNegaraPulauPinang.aspxhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuil_Kek_Lok_Si