24
Islamic Finance and Business Journal 2 nd Islamic Finance and Business Journal: Best Paper Award Seminar 2014 Pelancongan Islam Sebagai Bidang Baru Dalam Perkembangan Ekonomi Islam Masa Kini Mohd Noor Faris Bin Zool a* a Fakulti Ekonomi dan Pengurusan a Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya berteraskan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid. Skop ekonomi Islam adalah luas, bukan hanya pada urusniaga perbankan dan pelaburan tetapi pelancongan juga menyumbang kepada ekonomi Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis potensi destinasi pelancongan dan potensi pasaran bagi pelancongan Islam di Malaysia dalam memainkan peranan di dalam perkembangan ekonomi Islam moden. Kajian juga melihat kepada sejarah pelancongan Islam dan pandangan Islam terhadap pelancongan Islam dari sudut Al-quran dan hadith. Metodologi kajian adalah secara konsep dan teori dimana menggunakan kaedah kualitatif dan eksploratif. Data yang digunakan bersumberkan dari buku, jurnal, majalah, laman internet, dan dokumen rasmi. Dapatan kajian mendapati bahawa pelancongan Islam di Malaysia mempunyai potensi yang besar dengan adanya destinasi yang menarik dan moden serta lengkap dengan kemudahan. Potensi pasaran pelancongan Islam di Malaysia pula dilihat dari trend kedatangan pelancong Muslim dari negara asing dari tahun 2000 sehingga 2012. Ini menjadikan industri baru ini sebagai salah satu instrumen yang dapat membantu dan memberikan kesan positif dalam perkembangan dan perencanaan ekonomi Islam sebagai hub ekonomi. Kajian ini membantu memberikan kefahaman kepada ahli akademik untuk dijadikan rujukan * Corresponding author: Mohd Noor Faris bin Zool, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel.: +6013-7903040 E-mail address: [email protected].

pelancongan islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pelancongan islam sebagai satu medium baru dalam pasaran masa kini

Citation preview

Islamic Finance and Business Journal

2nd Islamic Finance and Business Journal: Best Paper Award Seminar 2014

Pelancongan Islam Sebagai Bidang Baru Dalam Perkembangan Ekonomi Islam Masa Kini

Mohd Noor Faris Bin Zoola*

aFakulti Ekonomi dan PengurusanaUniversiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya berteraskan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid. Skop ekonomi Islam adalah luas, bukan hanya pada urusniaga perbankan dan pelaburan tetapi pelancongan juga menyumbang kepada ekonomi Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis potensi destinasi pelancongan dan potensi pasaran bagi pelancongan Islam di Malaysia dalam memainkan peranan di dalam perkembangan ekonomi Islam moden. Kajian juga melihat kepada sejarah pelancongan Islam dan pandangan Islam terhadap pelancongan Islam dari sudut Al-quran dan hadith. Metodologi kajian adalah secara konsep dan teori dimana menggunakan kaedah kualitatif dan eksploratif. Data yang digunakan bersumberkan dari buku, jurnal, majalah, laman internet, dan dokumen rasmi. Dapatan kajian mendapati bahawa pelancongan Islam di Malaysia mempunyai potensi yang besar dengan adanya destinasi yang menarik dan moden serta lengkap dengan kemudahan. Potensi pasaran pelancongan Islam di Malaysia pula dilihat dari trend kedatangan pelancong Muslim dari negara asing dari tahun 2000 sehingga 2012. Ini menjadikan industri baru ini sebagai salah satu instrumen yang dapat membantu dan memberikan kesan positif dalam perkembangan dan perencanaan ekonomi Islam sebagai hub ekonomi. Kajian ini membantu memberikan kefahaman kepada ahli akademik untuk dijadikan rujukan kepada kajian lanjut dan membantu kerajaan dalam membangunkan sektor pelancongan Islam secara tidak langsung.

© 2014 Published by LPPM STEI TAZKIA. Selection and/or peer-review under responsibility of STEI TAZKIA, Bogor Indonesia, Kata Kunci : Ekonomi Islam, pelancongan Islam, potensi destinasi, potensi pasaran, sejarah pelancongan islam.

* Corresponding author: Mohd Noor Faris bin Zool, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel.: +6013-7903040 E-mail address: [email protected].

2 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

1. Pengenalan

Pelancongan merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi

negara. Sektor ini dilihat mampu memberikan kesan positif kepada pendapatan negara dan

perubahan positif itu dilihat berlaku pada trend perubahan permintaan pada tahun 2000-2010

(Musa, Omar, Islam, Mohamad, & Adaha, 2013). Pelancongan dilihat belum mampu memenuhi

sepenuhnya keperluan dan permintaan bagi pelancong Muslim ketika melancong dimana

penerapan nilai-nilai Islam tidak dipraktikkan dan kemudahan untuk ibadah dalam perjalanan

kerohanian tidak diberi penekanan sepenuhnya. Hal ini berkait rapat dengan permintaan dan

penawaran bagi pelancongan Islam dan mampu menggambarkan potensi yang wujud dalam

sektor ini. Selain itu, populasi Muslim di dunia juga mampu menggambarkan potensi

pelancongan Islam dalam pasaran dan tempat yang menarik untuk dilawati. Menurut Wikipedia,

hampir 1.6 billion dari keseluruhan penghuni bumi adalah Muslim, hampir suku dari pecahan

penghuni bumi, dan merupakan agama kedua terbesar dan paling pantas perkembangan

pergerakan bagi pertambahan penganut beragama islam (Wikipedia, 2014). Ini menunjukkan

bahawa industri pelancongan Islam mempunyai potensi yang besar dalam memenuhi permintaan

para pelancong Muslim di dunia.

Perkembangan budaya setempat yang dipengaruhi oleh agama Islam juga menjadikan sesuatu

tempat itu dilabelkan sebagai tempat pelancongan Islam yang berpotensi. Sebagai contoh, batu

bersurat di Terengganu merupakan bukti penyebaran dan dakwah agama Islam dari para

pengembara dan pedagang dahulu yang memberi kesan kepada budaya setempat, kini ianya

boleh dijadikan salah satu tarikan dalam pelancongan Islam di Malaysia. Selain itu, Islam

menggalakkan setiap Muslim untuk mengembara dan berjalan menerokai dunia ciptaan Ilahi

dalam menghargai dan mensyukuri pemberian Allah di dunia dan berfikir akan kekuasaan-Nya

dalam menciptakan dunia yang penuh dengan keindahan dan keunikan demi mendekatkan diri

kepada-Nya dan meningkatkan keimanan seseorang terhadap pencipta-Nya. Secara pemahaman

kasar dari pandangan sejarah, pelancongan Islam didefinasikan sebagai aktiviti bagi sekumpulan

Muslim dalam menjalankan ibadah haji di Mekkah dan melawat tempat setempat di Mekkah dan

Madinah dalam musim haji dimana ianya merupakan tuntutan agama terhadap setiap individu.

Walaubagaimanapun, wujud permintaan dari pelancong Muslim untuk mengembangkan cara

hidup islam ketika bercuti dan melancong, tidak terhad kepada aktiviti menjalankan ibadah

sahaja sebagai contoh para pelancong mudah mendapatkan makanan halal di kawasan

pelancongan tertentu sama ada di negara islam atau negara bukan islam, kemudahan dalam

melaksanakan solat lima waktu di tempat pelancongan telah disediakan dengan selesa dan

terancang. Hal ini dapat menambahkan keimanan ketika melancong kepada Allah (Munirah,

Kamarudin, & Ismail, 2012).

Malaysia telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dimana mengfokuskan 12 sektor dalam “National Key

Economics Areas” (NKEAs) dimana sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang

dipandang serius oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan akan memberi focus kepada usaha dalam

memajukan sektor pelancongan dan pelancongan islam yang mampu memandu kadar

pendapatan negara kasar untuk kekal pada tahap positif (ETP, 12 National Key Economic Areas,

2011).

4 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Rentetan itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis dan mengenalpasti potensi yang wujud

dalam faktor potensi destinasi pelancongan dan faktor potensi pasaran dalam indsutri

pelancongan Islam di Malaysia. Kajian ini dilakukan secara konsep dan teori dimana

memberikan penerangan dan penjelasan yang kompleks dan holistik. Kajian ini merupakan

kajian awal yang dijalankan dalam mencari dan mengenalpasti potensi pelancongan Islam di

Malaysia.

2. Ulasan Literatur

2.1. Definisi pelancongan Islam

Bermulanya industri pelancongan di negara ini secara tersusun dan strategik sejak tahun

1970an. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada ogos 1972, sebagai sebuah

badan berkanun yang diberi kuasa dalam memajukan sektor pelancongan dan rekreasi negara

dan bertanggungjawab dalam hal-hal pelancongan serta Persidangan Kesatuan Pelancongan

Kawasan Pasifik (PATA) telah membuka peluang yang lebih luas kepada industri pelancongan

negara. (Halim, Choy, Adam, Afiq, & Juhari, 2012).

Bagi menjelaskan dengan lebih rapi, definisi “pelancong” dan “Islam” atau “Muslim” perlu

difahami serta siapakah pelancong islam atau pelancong muslim itu sendiri. Menurut Mathieson

& Wall (1982), mengatakan bahawa pelancongan melibatkan pergerakkan sementara manusia

kepada destinasi di luar tempat kerja biasa dan tempat tinggal serta melibatkan aktiviti yang

dilakukan di tempat yang dituju dan kemudahan yang diwujudkan untuk menampung keperluan

mereka (Jahi, 2009). Pelancong Muslim pula adalah seseorang yang tidak tahu akan tempat

tersebut atau budaya dan adat termpat tersebut dan dia berusaha berada di tempat itu dan

mempelajari tentang tempat itu dan mengetahui keseluruhannya.

Pelancongan didefinisikan sebagai konsep yang rumit untuk diaplikasikan dimana

mengambil kira faktor yang luas dalam hal sosial, tingkah laku perangai, budaya, ekonomi,

politik, dan faktor persekitaran setempat (Tajzadeh Namin A, 2013). Menurut Organisasi

Pelancongan Dunia (WTO), ada menyatakan bahawa “Tourism comprises the activities of

persons travelling to and staying in places outside their usual environment for not more than

one consecutive year for leisure, business, and other purposes not related to the exercise of an

activity remunerated from within the place visited” (Duman, 2011). Organisasi Pelancongan

Dunia (WTO) juga menyatakan definisi pelancongan Islam dimana ia menyatakan bahawa

“Islamic tourism can be defined as the activities of muslim travelling to and staying in places

outside their usual environment for not more than one consecutive year for participation of that

originate from Islamic motivation which are not related to the exercise of an activity

remunerated from within the place visited” (Duman, 2011)

Pelancongan Islam juga mampu ditakrifkan sebagai mana-mana kegiatan, peristiwa,

pengalaman, atau penglibatan, yang dilalui dalam keadaan penjelajahan yang akur pada nilai

serta hukum Islam, dengan tujuan untuk menikmati dalam sebuah kerangka Islam, sama ada

salah satu atau semua aspek seperti sejarah, seni, seni bina, budaya, warisan, cara hidup,

ekonomi, kesihatan, pendidikan atau mana-mana dimensi hidup manusia (Abu, 2013)

2.2. Sejarah pelancongan Islam

6 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Sejarah pelancongan Islam bermula dengan pengembaraan ahli ilmuan Islam dan para

pedagang Islam ke negara–negara lain seperti asia tengah, afrika, negara asia tenggara dan

beberapa negara eropah sejak zaman pemerintahan Abbasiyah. Percampuran budaya dan

dakwah Islam ketika pengembaraan telah menerbitkan peluang pelancongan Islam itu untuk

terus diperkenalkan dan dikembangkan. Contohnya, pada tahun 870, Ibn Wahb Al-Qorashi telah

mengembara ke Canton, China dari Basra dengan menaiki kapal bersama pedagang dari India.

Tujuan beliau adalah berdakwah menyebarkan Islam, sehingga sekarang telah meninggalkan

kesan sejarah Islam yang berpotensi dijadikan pelancongan Islam di China. Selain itu, Ibnu

Battuta yang berasal dari Morocco adalah pengembara Islam yang telah meninggalkan kesan

kepada pelancongan Islam pada masa kini. Pada tahun 1304, telah mengembara ke beberapa

daerah di eropah seperti Andalusia, North Russia, dan Damascus (Kadhim, Monqid, &

Baghdadi, 2008). Hasil pengembaraan seperti ini telah memberikan kesan peninggalan artifak

Islam, karya-karya seni Islam, pengislaman kota dan bandar yang membawa kepada potensi

pelancongan Islam. Masjid Besar Cordoba antaranya hasil peninggalan pengembara dan

pendakwah Islam yang mampu dijadikan produk dalam pelancongan Islam. (Wikipedia, 2013).

2.3. Pelancongan Islam di dalam Al-Quran dan Hadith

Al-Quran merupakan sumber rujukan utama umat Islam dalam segala aspek kehidupan.

Pelancongan Islam telah lama diperkatakan di dalam Al-Quran dan Islam juga menyarankan

semua Muslim untuk melancong dan mengembara di bumi Allah ini. Antara ayat yang

disebutkan di dalam Al-Quran adalah seperti berikut;

على الل�ه إَّن� األخرة النشأة ينشئ الل�ه ثَّم� الخلق بدأ كيف � !نظروا فُا األرض في � سيروا قل

قدير شئ* كل�

Katakanlah wahai Muhammad, “Mengembaralah kamu di muka bumi serta lihatlah

bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk dari asal kejadiannya, kemudian Allah

akan memulakan ciptaan itu semula pada hari akhirat dalam bentuk kejadian yang baharu.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.” (Surah Al-ankabut, ayat 20)

Selain itu, pelancongan Islam juga telah disebut di dalam hadith dimana umat Islam

disarankan untuk mengembara dan melancong untuk menimba ilmu dan meningkatkan

pengetahuan disamping menambahkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah ketika

menjalankan aktiviti melancong. Menurut Imam al-Ghazali (1967, 313-321) dalam kitabnya,

ihya’ Ulum al-Din, kitab Adab al-Safar, diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Abu Hurairah

r.a, Rasulullah s.a.w bersabda pada hadith seperti berikut:

الل�ه علمُا فيه يلتمس طريقُا سلك ومن سَّه�ل �ة إلى طريقُا به له، الجن

Maksudnya: barangsiapa yang menempuh suatu jalan mencari ilmu padanya, nescaya Allah

akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

2.4. Agama dan budaya di Malaysia

Malaysia adalah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, etnik dan budaya.

Agama rasmi bagi Malaysia adalah Islam seperti yang tertulis dalam perlembangaan Malaysia.

Malaysia dihuni oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan

bumiputera Sabah dan Sarawak. Masyarakat Melayu adalah kaum bumiputera yang paling besar

di Malaysia. Bangsa Melayu sering dikaitkan dengan beragama Islam dan adat-adat Melayu.

(Noor Munirah Isa, 1995). Bangsa Cina dan India lebih rapat dikaitkan dengan Kristian, Buddha

dan Hindu sementara di Sabah dan Sarawak memiliki pelbagai etnik dan kepercayaan. Terdapat

pelbagai budaya di Malaysia mengikut kepercayaan dan bangsa masing-masing. Hal ini akan

memberikan gambaran cara hidup dan budaya bagi rakyat di Malaysia.

3. Permasalahan dan persoalan kajian

8 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Pelancongan keagamaan merupakan langkah dan strategi baru dalam mengembangkan

industri pelancongan. Unsur kerohanian dan kesedaran tanggungjawab adalah antara faktor

yang menjadi tarikan kepada keputusan para pelancong Muslim untuk melancong (Haq &

Wong, 2010). Statistik pelancongan Malaysia menunjukkan 21.75 peratus daripada 25 juta

orang pelancong asing yang melawat Malaysia pada tahun 2012 terdiri daripada pelancong

Muslim. Pelancong Singapura dan Indonesia merupakan pelancong paling ramai diikuti

pelancong dari negara-negara timur tengah. Peningkatan yang ketara dicatatkan dari tahun 2000

sehingga 2012. Contohnya, pelancong Muslim Iran pada tahun 2000 hanyalah sebanyak 4,496

orang dan terus meningkat pada 115,787 orang pada tahun 2010, dan 126,894 pada tahun 2012

(Abu, 2013). Rentetan itu, potensi yang besar dilihat oleh kerajaan telah membawa kepada

tertubuhnya Pusat Pelancongan Islam (ITC) di Malaysia. Oleh itu, kajian ini adalah respon atau

tindak balas dari fenomena yang memberikan petanda positif dalam pelancongan Islam di

Malaysia. Kajian terhadap potensi tempat dan pasaran pelancongan islam di Malaysia masih

boleh dikaji dan dianalisis kerana masih banyak ruang yang boleh dikaji sebagai contoh di

daerah Sik, Kedah berpotensi dibangunkan kawasan pelancongan pengembaraan “rainforest

product” (Aziz, Ariffin, & Vien, 2009) dan kawasan air terjun yang masih boleh

dikomersialkan lagi. Kajian ini adalah untuk menjelaskan dan menerangkan konsep

pelancongan Islam dan potensi tempat dan pasaran dalam pelancongan Islam di Malaysia.

4. Metodologi kajian

Kajian pelancongan Islam dari sudut potensi tempat dan pasaran adalah masih di peringkat

awal dan belum banyak kajian yang dilakukan dalam tajuk ini. Oleh itu, kajian berbentuk

kualitatif dengan menggunakan kaedah penerokaan “exploratory method” di lakukan. Kajian ini

dilakukan adalah untuk memberi penjelasan dan penerangan yang konkrit dalam penerokaan

terhadap potensi tempat dan pasaran dalam pelancongan Islam di Malaysia. Data yang

digunakan di dalam kajian ini adalah bersumberkan kepada koleksi jurnal, buku, terbitan

risalah, majalah, keratan akhbar, laman internet dan dokumen rasmi. Kajian ini memberikan

fokus kepada penerangan terhadap tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan berpotensi

dikomersialkan di Malaysia dimana membahagikan penerangan kepada wilayah ekonomi pantai

timur, wilayah ekonomi pantai barat dan wilayah ekonomi bumi Borneo. Manakala, potensi

pasaran ditentukan dengan melihat kepada jumlah kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia

dan potensi kemudahan asas dan potensi makanan halal kepada pelancong Muslim.

5. Dapatan kajian dan perbincangan

5.1. Potensi destinasi pelancongan di Malaysia

Malaysia adalah negara Islam moden yang berada di kawasan Asia tenggara dimana terdapat

banyak infrastuktur Islam, masjid-masjid yang bertemakan pelbagai seni bina budaya Islam,

tapak peninggalan khazanah Islam dan muzium sejarah Islam. Malaysia memiliki potensi

pelancongan islam yang amat luas kerana negara ini memiliki tempat yang menarik dengan

budaya islam dan adat melayu yang unik (Bhuiyan, Siwar, Ismail, & Islam, 2011). Malaysia

terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan dimana terbahagi dari tanah

semenanjung Malaysia dan tanah kepulauan Borneo. (Wikipedia, 2013). Tanah Semenanjung

Malaysia boleh diklasifikasikan kepada wilayah pantai timur dan wilayah pantai barat. Tempat-

tempat pelancongan Islam yang menarik dan berpotensi di Malaysia dapat ditunjukkan seperti

jadual berikut.

5.1.1. Wilayah ekonomi pantai barat

10 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Negeri Destinasi Pelancongan IslamJohor Teluk Sengat, Zoo Johor, Kubu Lama Johor, Mawar Galeria, Kota Iskandar,

Nusajaya, Homestay Semenchu, Sungai Lebam, Legoland, Masjid Sultan Abu Bakar, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Banggunan Sultan Ibrahim, Gunung Ledang, Endau-Rompin, Desaru, Air Terjun Kota Tinggi, Danga Bay, Tanjung Piai, Mersing, Pulau Sibu, Palau Rawa, Pulau Aur, dan Pulau Besar.

Melaka Telaga Hang Li Poh, Muzium Warisan Baba Nyonya, Makan Hang Tuah, Mini Asean, Kubu Banggunan A Famosa, Stadhuys Melaka, Kubu St. John, Muzium Maritim, Dataran Portugis, Zoo Melaka, Muzium Kebudayaan Cheng Ho, Cape Rachado Lighthouse.

Negeri Sembilan

Istana Lama Sri Menanti, Port Dickson, Air Terjun Kijang, Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kompleks Kraftangan dan Kebudayaan, Muzium Negeri, Masjid Negeri, Taman Air dan Kolam Air Panas Pedas, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Eagle Ranch Resort, Ladang Burung Unta.

Selangor KidZania, i-city Shah Alam, Litar Antarabangsa Sepang, Rumah Biru Shah Alam, Batu Caves, Pusat Lawatan Diraja Selangor, Zoo Negara, Institut Penyelidikan Hutan, Kanching Falls, Kota Darul Ehsan Arch, Pulau Ketam, Bukit Melawati, Pantai Morib, Taman Hutan Komenwel Gombak, Mine Wonderland, Paya Indah Wetland, Istana Bandar Kuala Langat, Pulau Carey, Taman Tasik Shah Alam, Bandar Sejarah Jugra, Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Kuala Selangor, Galeria Shah Alam.

Kuala Lumpur Menara Berkembar Petronas KLCC, Muzium Negara, Menara Kuala Lumpur, Lake Garden, National Monument, Istana Sultan, Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Kraftangan dan Kebudayaan Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia, Masjid Jamek, Tunku Abdul Rahman Putera Memorial, Tun Abdul Razak Memorial, Aquaria KLCC, Petrosains, Taman Tema Cosmo, Jalan Petaling, Muzium Islam Negara, Pusat Pasar Negara.

Perak Pulau Pangkor, Muzium Diraja, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Istana Kellie, Banggunan Dewan Bandar Ipoh, Stesen Keretapi Ipoh, Bukit Chandan, Masjid Kuala Kangsar, Menara Teluk Intan, Tasik Bandar Taiping, Zoo Taiping dan Night Safari Walk, Gua Tempurung, Sungai Klah Hot Spring, Taman Tema Tambun, Bukit Merah.

Kedah Pulau Payar, Tasik Duyung Bunting, Pulau Langkawi, Kulim Wild Site of Langkawi, Kawasan Syurga Burung, Galeria Perdana, Balai Besar, Muzium Diraja, Pantai Cenang, Pantai Kok, Pekan Rabu, Muzium Padi, Menara Alor Setar, Masjid Zahir, The Tree Top Walk, Bukit Kayu Hitam, Lembah Bujang, Gunung Jerai, Kota Mahsuri, Kompleks Kraftangan, CableCar, dan Dunia Bawah Air .

Perlis Gua Kelam, Taman Perlis, Gua Wang Burma, Taman Wang Kelian, Ladang Herba, Padang Besar, Chuping, Taman Ular, Tasik Timah, Arau, Masjid Syed Alwi, Muzium Kota Kayang.

Penang Khoo Kongsi, Kuil Ular, Kek Lok Si, Crane Hill, Cheong Fatt Tze Mansion, Kubu Cornwallis, Chinatown, Muzium Perang Penang, Masjid Kapitan, Rumah P.Ramlee, Bukit Penang, Jambatan Pulau Penang, Tropical Spices.

Putrajaya Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan, Istana Kehakiman, Putrajaya Cruise, Dataran Perdana, Jambatan Putra, Taman Warisan Agriculture, Taman Tema Air, Taman Botani, Taman Pertanian.

5.1.2. Wilayah ekonomi pantai timur

Negeri Destinasi Pelancongan IslamKelantan Pusat Kebudayaan Kelantan, Perkampungan Kebudayaan Dan Kraftangan,

Muzium Kraf, Pasar Siti Khadijah, Pantai Cahaya Bulan, Taman Negara Kuala Koh, Taman Negara Gunung Stong, Muzium Kelantan, Muzium Islam, Istana Jahar, Muzium Perang, Muzium Diraja, Sungai Nenggiri, Buluh Kubu Bazar.

Pahang Taman Hutan Negara, Taman Kenong Rimba, Jeram Besu, Taman Pelindungan Gajah Kuala Gandah, Pulau Tioman, Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak, Cameron Highland, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Endau-Rompin Taman Negara, Lombong Timah Sungai Lembing, Pantai Balok, Gua Kota Gelanggi.

Terengganu Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Kapas dan Tenggol, Pantai Tanjung Jara, Air Terjun Cemerung, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Tanjung Mentong, Gua Bewah dan Taat, Pulau Duyung, Gunug Tebu, Pasar Payang, Muzium Terengganu, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kampung Cina, Batu Bersurat, Taman Tamadun Islam, dan Istana Maziah.

5.1.3. Wilayah ekonomi bumi Borneo

Negeri Destinasi Pelancongan IslamSarawak Taman Negara Loagan Bunut, Taman Bukit Lambir, Taman Similajau,

Taman Negara Niah, Kuching Waterfront, Kuching Main Bazar, Muzium Sarawak, Perkampungan Budaya Sarawak, Semengoh Wildlife Rehabilition Centre, Muzium Kucing, Pantai Damai, Pasar Jalan Satok Sunday, Taman Bako, Taman Kubah, Gunung Gading.

Sabah Muzium Sabah, Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Taman Tunku Abdul Rahman, Perkampungan Budaya Monsopaid, Pasar Gaya Streer Sunday, Pulau Kapalai, Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok, Saukau Rainforest, Lembah Danum, Tabin Wildlife Reserve Sabah, Rumah Panjang Kudat.

Labuan Perkampungan Air, Taman Keamanan, Terowong Tanjung Kubong, dan The Chimney.

12 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Jadual 1 : Destinasi menarik di Malaysia dalam pelancongan Islam

5.2. Potensi pasaran di Malaysia

Malaysia juga adalah berpotensi tinggi dalam pelancongan Islam dari sudut pasaran kerana

Malaysia diklasifikasikan negara yang selamat untuk dilawati dan rakyat Malaysia adalah

peramah dan tidak asing dengan para pelancong. Sifat budaya timur yang diterapkan dalam

semua rakyat Malaysia menjadikan Malaysia adalah negara pilihan oleh para pelancong Muslim

untuk dilawati. Oleh itu, analisis ini akan mengkaji ke atas trend kedatangan pelancong Muslim

dari negara asing ke Malaysia dan faktor kemudahan asas serta makanan dan produk halal yang

tersedia di Malaysia bagi menentukan potensi pasaran yang wujud dalam sektor pelancongan

islam di Malaysia. Kajian ke atas permerhatian dan pembacaan dalam menjelaskan potensi

pasaran pelancongan Islam di Malaysia merupakan peringkat awal. Kajian lanjutan bakal

dilakukan bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat, holistik dan padat.

5.2.1. Kedatangan pelancong Muslim

Peningkatan jumlah pelancong Muslim dalam trend kedatangan pelancong Muslim dari

negara asing menunjukkan Malaysia mempunyai potensi yang amat besar dalam

mengembangkan lagi sektor itu ke arah yang baik. Kajian mendapati bahawa potensi yang amat

besar dilihat ke atas pelancong dari Indonesia dan Singapura. Hal ini berlaku kerana kedudukan

geografi yang hampir dengan kedudukan Malaysia serta budaya dan bahasa yang hampir sama

dengan penduduk di Malaysia. Selain itu, faktor pekerjaan dan pendidikan juga mendorong

mereka datang ke Malaysia sekaligus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan. Hal

ini menjadikan Malaysia adalah pilihan utama bagi dua buah negara tersebut. Tambahan pula,

perubahan trend yang ketara terhadap pelancong dari negara timur tengah menunjukkan

peningkatan dari tahun 2000 sehingga 2012. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai

potensi yang besar untuk menarik pelancong dari negara timur tengah untuk terus datang ke

Malaysia dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan dalam pelancongan Islam.

Malaysia menjangkakan kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia pada tahun–tahun yang

akan datang akan terus meningkat. Hal ini menunjukkan permintaan ke atas sektor ini akan terus

meningkat tahun demi tahun dan pihak kerajaan dan badan–badan yang terlibat harus

memperbaiki setiap sudut sama ada menambahbaik kemudahan yang sedia ada di setiap pusat

pelancongan ataupun membuka destinasi pelancongan yang baru bagi menarik lebih banyak

pelancong dan memastikan momentum kestabilan kedatangan pelancong ke Malaysia akan

barada di tahap yang baik. Trend perubahan kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia boleh

dilihat pada jadual di bawah.

14 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Negara 2000 2010 2011 2012Timur Tengah(Emeriah Arab bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Syria, Lubnan, Mesir, Yaman, Oman, Qatar, Iraq, Kuwait, Jordan, Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia, Sudan, Habsyah, Djibouti, Mauritinia)

29,341 109,557 109,032 138,869

Iran 4,496 115,787 139,059 126,894Brunei Darussalam 130,690 753,352 830,401 842,907Indonesia 480,735 2,210,741 1,882,524 2,101,458Singapura 813,030 1,956,301 2,005,897 1,952,140Pakistan *** 63,149 70,855 77,589Bangladesh *** 57,753 58,853 78,164Turki 8,705 9,131 8,540 ***Uzbekistan *** 1,133 *** ***China 10,032 22,605 25,011 31,176India 17,705 92,574 92,870 92,630Russia 3,77 2,085 2,530 2,910JUMLAH 1,495,111 5,272,133 5,225,572 5,444,737

Jadual 2: Anggaran Ketibaan Pelancong Muslim ke Malaysia, Sumber: Tourism Malaysia.

5.2.2. Kemudahan asas dan makanan halal

Keyakinan yang tinggi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap jaminan produk halal

melalui pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

merupakan antara faktor utama mendorong kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia.

Persidangan Halal Sedunia atau World Halal Forum menjadikan platform terbaik

mempromosikan pelancongan Islam di Malaysia kepada komuniti pedagang dan khalayak dunia

(Abu, 2013). Faktor ini membantu para pelancong untuk menjalankan aktiviti pelancongan

dengan lebih selesa dan tersusun. Disamping itu, terdapat kemudahan tempat beribadah yang

banyak dan strategik. Perkara ini juga mendorong kepada potensi yang besar kepada para

pelancong Muslim dari negara asing untuk datang dan melancong ke Malaysia.

6. Kesimpulan

Kepelbagaian produk pelancongan dalam pelancongan Islam di Malaysia akan menjadikan

industri ini terus berkembang maju. Kajian yang dilakukan secara keseluruhan menjelaskan

tempat-tempat dan pasaran yang berpotensi di Malaysia dalam sektor pelancongan Islam. Faktor

utama daya tarikan ke Malaysia dalam pelancongan Islam adalah para pelancong Muslim akan

mudah mendirikan ibadah ketika melancong, mudah mendapatkan makanan halal, sifat rakyat

yang peramah dan iklim negara yang bearada pada di garisan khatulistiwa (Abu, 2013).

Keunikan dan keindahan tempat-tempat dan khazanah peninggalan yang berada di Malaysia

serta kesopanan semua rakyat Malaysia menjadikan negara ini destinasi pelancongan pilihan

yang mempunyai identiti yang tersendiri. Pada tahun 2020, Malaysia menjangkakan hampir 36

million pelancong akan datang ke Malaysia dan membawa anggaran keuntungan RM168 billion

dalam tempoh berkala (Laderlah, Rahman, Awang, & Man, 2011). Oleh itu, Malaysia

sememangnya mempunyai potensi yang amat luas dalam sektor pelancongan Islam untuk masa

kini dan akan datang.

Penghargaan

16 Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000–000

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai dan

Prof. Madya Dr. Norlida Hanim Binti Mohd Salleh dalam membantu dan memberi komen yang

berguna semasa penyediaan artikel ini. Sokongan yang bernilai untuk proses penyediaan dari

keluarga dan rakan-rakan amat dihargai.

Rujukan

Abu, A. G. (2013). Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Islam.pdf. Dewan Budaya, 10–17.

Aziz, N. A., Ariffin, A. A. M., & Vien, T. W. (2009). Kajian Awalan ke atas Potensi Pelancongan Kembaraan dalam Pasaran Remaja di Malaysia.

Bhuiyan, A. H., Siwar, C., Ismail, S. M., & Islam, R. (2011). Potentials of Islamic Tourism : A Case Study of Malaysia on East Coast Economic Region, 5(6), 1333–1340.

Duman, T. (2011). Value of Islamic Tourism Offering : Perspectives from the Turkish Experience Value of Islamic Tourism Offering : Perspectives from the Turkish Experience. In World Islamic Tourism Forum 2011.

ETP. (2011). 12 National Key Economic Areas. Retrieved july 8, 2014, from economics transformation programme: http://etp.pemandu.gov.my/annualreport2011/12_National_Key_Economic_Areas-@-12_National_Key_Economic_Areas.aspx

ETP. (2011). 12 National Key Economic Areas. Retrieved from Economic Transformation Programme : http://etp.pemandu.gov.my/annualreport2011/12_National_Key_Economic_Areas-@-12_National_Key_Economic_Areas.aspx

Halim, N. A., Choy, E. A., Adam, J. H., Afiq, M., & Juhari, A. (2012). Potensi pelancongan di Matu-Daro , Sarawak : Persepsi komuniti lokal Local tourism potentials as perceived by the local community : The case of Matu Daro , Sarawak, 9(9), 13–21.

Haq, F., & Wong, H. Y. (2010). Is spiritual tourism a new strategy for marketing Islam? Journal of Islamic Marketing, 1(2), 136–148. doi:10.1108/17590831011055879

Jahi, J. M. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru . Sejak dulu lagi sektor negara . Dalam era globalisasi kini , banyak negara dunia berlumba-lumba pelancongan . Dalam rangka membangun, 10(2), 71–88.

Kadhim, M., Monqid, O. Bin, & Baghdadi, A. El. (2008). History of Tourism in Islam Muslims knew tourism since their early centuries, (34).

Kane, F. (2013, October 6). Seven pillars of wisdom for Dubai’s three-year Islamic hub strategy. Retrieved July 8, 2014, from The National Business: http://www.thenational.ae/business/industry-insights/finance/seven-pillars-of-wisdom-for-dubais-three-year-islamic-hub-strategy

Laderlah, S. A., Rahman, S. A., Awang, K., & Man, Y. C. (2011). A Study on Islamic Tourism : A Malaysian Experience, 17, 184–189.

Munirah, L., Kamarudin, B., & Ismail, H. N. (2012). Muslim Tourist S ’ Typology In Malaysia : Perspectives And Challenges, (Thic).

Musa, C., Omar, C., Islam, M. S., Mohamad, N., & Adaha, A. (2013). Perspectives On Islamic Tourism And Shariah Compliance, I(1), 1–8.

Noor Munirah Isa. (1995). Perspektif Malaysia Pendahuluan : Pengenalan Ringkas kepada Bioetika.

Tajzadeh Namin A. (2013). Value Creation in Tourism : An Islamic Approach, 4(0).

Wikipedia. (2013). Kerajaan Bani Abbasiyah. Retrieved from wiki- kerajaan abasiyah - kronologi: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyyah

Wikipedia. (2013, Mei). Malaysia. Retrieved from Malaysia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

Wikipedia. (2014, July 24). Muslim. Retrieved from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Muslim