Upload
trananh
View
261
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1
CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT JUN 2016
KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI
SIRI 1/2016
Tanjung Surat, 9 Mei 2016:
Cawangan Integriti dengan
kerjasama Unit Latihan dan
AKRAB Jabatan Kastam Diraja
Malaysia telah mengen-
dalikan Kursus Intervensi dan
Pembangunan Pegawai di
Akmal Cawangan Selatan Tg. Surat, Johor pada 9 hingga 12 Mei 2016.
Seramai 17 orang pegawai dari gred H11, N11 , W17 sehingga ke gred W44
telah menghadiri kursus tersebut. Antara objektif kursus ini adalah untuk
meningkatkan nilai integriti pegawai di samping membina dan memantapkan
personaliti pegawai kearah kecemerlangan diri pegawai dan Jabatan.
2
BENGKEL SISTEM PENGURUSAN
AUDIT NILAI (SPAN) 2016
Rantau Panjang, 28 April 2016 :
Pada bulan April yang lalu, satu bengkel Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) 2016 telah
dijalankan di AKMAL Rantau Panjang, Kelantan. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari itu
bermula daripada 25 – 28 Mei 2016.
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan segala maklumat SPAN dari
seluruh negeri termasuk dari AKMAL, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga PCKP bagi tahun
2015 dan seterusnya akan disiapkan menjadi satu laporan SPAN 2015. Sebelum
berlangsungnya bengkel tersebut, maklumbalas SPAN secara online telah dijalankan di
seluruh Negara melalui portal rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu
www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai.
Sistem maklumbalas ini akan memberi
maklumat mengenai pandangan warga
Jabatan terhadap pentadbiran Kastam
secara amnya dan dari situ kajian dan juga
penambahbaikan akan dilakukan
berdasarkan hasil maklumbalas yang
diterima. Selain itu juga, maklumbalas
daripada pelanggan Jabatan juga dikumpul
bagi mengetahui pandangan masyarakat/
orang awam terhadap Jabatan.
Laporan SPAN yang telah lengkap perlu diserahkan kepada pihak JPA oleh kerana ianya salah
satu faktor dalam menentukan Sistem Penarafan Bintang Jabatan. Program ini merupakan
program tahunan Jabatan dan ianya diuruskan oleh Cawangan Integriti Ibu Pejabat Kastam
Diraja Malaysia.
Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Tn. Shahili Bin. Hj.
Ahmed menyerahkan sijil penghargaan kepada Wakil SPAN
dari Johor, Penguasa Kastam, Pn. Noryati Binti Mat Yunus
3
PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH
Program Kecemerlangan Sahsiah telah diadakan pada 2 -3 Jun 2016 yang lalu diadakan di Surau Ar -
Rahman Kuarters Kastam Kelana Jaya. Salah satu daripada program yang telah dijalankan adalah
Rakaman Takbir Raya yang telah disertai oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Pengarah -Pengarah
Kastam Negeri dan juga barisan Pegawai -Pegawai Kanan dan Pegawai Pelaksana JKDM.
Program Kecemerlangan Sahsiah ini
meliputi program-program ceramah,
qiyammullail, solat berjemaah dan
juga sesi forum.
Dari kiri, 1. Ustaz Imran Abd Rahman
menyampaikan Khutbah Jumaat. 2.
Ustaz Zamri Zainal Abidin
menyampaikan ceramah berkenan
amanah sebagai Penjawat Awam. 3.
Imam Muda Khairul Azhar Ghazali
berforum bersama moderator Ustaz
Mohd Hariri Hj. Mohamad Daud dan
Ustazah Shadiah Abbas. 4. antara
para peserta yang hadir ke Program
Kecemerlangan Sahsiah.
4
Kangar, 20 Mac 2016 :
Naziran Pematuhan Integriti 2016 merupakan
naziran berjadual yang telah dirangka oleh Unit
Pematuhan Integriti Cawangan Integriti Ibu
Pejabat. Naziran yang dilakukan oleh unit ini
merangkumi tugas-tugas pemeriksaan pegawai
dan juga pemeriksaan pematuhan terhadap
perintah, peraturan dan SOP di negeri-negeri
dan juga stesen-stesen Kastam di seluruh
Malaysia.
Naziran pada kali ini telah dilakukan di negeri
Perlis dan diketuai oleh PKPK II, Pn. Shamsiah
Binti Abdul Samad dan di bantu oleh dua orang
PPK iaitu Tn. Kawi Anak Nyomui dan Pn. Azlizan
Binti Mohd Mustama. Naziran yang berlangsung
selama 5 hari ini bermula dari 20 sehingga 24
Mac 2016.
Antara program yang telah dijalankan di Perlis
adalah membuat lawatan ke stesen-stesen
Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam
Wang Kelian, Stesen Kastam Padang Besar,
Stesen Kastam Kuala Perlis dan juga Wisma
Kastam Perlis. Di stesen-stesen ini pasukan
naziran telah menjalankan naziran kehadiran,
perisytiharan harta, pemeriksaan wang saku,
pakaian seragam , prosedur K8 dan pengurusan
kenderaan Jabatan
Satu exit conference telah di jalankan dan dipengerusikan oleh Pengarah Kastam Negeri, Tn.
Hj. Kamarudin Bin Jaafar bersama pasukan Unit Pematuhan Integriti dan juga pegawai-
pegawai JKDM Perlis.
5
PERLANTIKAN WAKIL INTEGRITI NEGERI
Putrajaya, 17 Mei 2016:
Satu majlis Perlantikan Wakil Integriti Negeri telah diadakan di Dewan Persidangan Sri
Rampai, Ibu pejabat Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini. Program yang berlangsung
selama sehari ini dimulakan dengan ucapan amanat daripada Ketua Pengarah Kastam
Malaysia kepada wakil-wakil yang hadir dari setiap negeri dan diteruskan dengan
penerangan daripada Cawangan Integriti tentang tanggungjawab dan peranan wakil
integriti negeri.
6
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI
SIRI 2/2016
Besut, 19 Mei 2016 :
Cawangan Integriti dengan kerjasama
JAKIM telah menagnjurkan Kursus Pen-
gukuhan Integriti Siri 2/2016 yang
diadakan di Institut Latihan Islam
Malaysia, Wilayah Timur di Besut,
Terengganu pada 16 sehingga 19 Mei
2016. Seramai 39 orang pegawai
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
dari gred N11, H11 sehingga ke gred
W48 dari seluruh semenanjung
Malaysia telah menghadiri kursus ini.
Kursus yang sama juga akan dil-
aksanakan di Sabah dan Sarawak pada
bulan September dan Oktober tahun
ini. Antara objektif kursus ini adalah
untuk melahirkan warga JKDM yang
berintegriti, mantap rohani dan
jasmaninya serta mempunyai jati diri
yang tinggi.
Kursus Pengukuhan Integriti
merupakan kursus yang
dianjurkan oleh Unit
Pengukuhan Integriti,
Cawangan Integriti Ibu
Pejabat dengan kerjasama
Institut Latihan Islam
Malaysia (ILIM) daripada
JAKIM
Unit ini diketuai oleh
pegawai kader dari JAKIM
iaitu Ustaz Ab. Khawi Bin
Che Abdul Rahman dan
dibantu oleh Ustaz Imran
Bin Abd Rahman yang juga
daripada JAKIM
Tahukah
anda?
GAMBAR DI MUKA SURAT SETERUSNYA
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
7
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI JKDM SIRI 2/2016
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA WILAYAH TIMUR
ANJURAN CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT
8
PROGRAM MESRA INTEGRITI TAHUN 2016
Sepanjang bulan Mac hingga Mei
2016, sebanyak lapan (8) siri ceramah
telah diadakan melalui Program JKDM
Mesra Integriti 2016 yang telah
disampaikan kepada pegawai-pegawai
JKDM di Negeri Terengganu, Sabah
(Lahad Datu dan Tawau), Perlis, Pulau
Pinang dan Kedah (Langkawi dan Alor
Setar). Antara pengisian-pengisian
program tersebut adalah ceramah
Nilai-Nilai Murni oleh Ustaz Ab. Khawi
Bin Che Abdul Rahman, ceramah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan)
2002 oleh Tuan Shahili Bin Ahmed dan
ceramah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat oleh Tuan Hazman Bin
Ahmad. Pada masa yang sama,
pegawai dari Unit Pematuhan
Cawangan Integriti turut
melaksanakan naziran keatas ke-
hadiran pegawai, pelaksanaan
pemeriksaan wang saku dan juga
pengurusan kenderaan Jabatan di
Pejabat-Pejabat Kastam yang dilawati.
Tn. Shahili Bin Ahmed, PKPK I Cawangan Integriti
menyampaikan ceramah berkenaan Peraturan -
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
kepada pegawai-pegawai Kastam stesen Langkawi
Tn. Hazman Bin Ahmad, PKPK II Unit Whistleblower
memberikan ceramah pengenalan berkenaan Akta
Perlindungan Pemberi Maklumat di JKDM Kedah
Pemberian cenderahati oleh PKN Kedah, Dato’
Abdul Latif Bin Abdul Kadir kepada Tn. Hazman Bin
Ahmad
9
Unit Tatatertib merupakan salah satu
sub-unit di dalam Cawangan Integriti
yang melaksanakan fungsi urusetia
Lembaga Tatatertib
Mengumpul maklumat mengenai kes-
kes tatatertib yang diterima melalui
hasil siasatan dalaman/ laporan Ketua
Jabatan/ aduan awam/ laporan Agensi
Kerajaan Lain (OGA).
Menyediakan kertas cadangan
tindakan tatatertib ke atas Pegawai
Kena Tuduh untuk dibentangkan
semasa Mesyuarat Lembaga Tatatertib
Menyediakan laporan Tatakelakuan
pegawai ke Jabatan Perkhidmatan
Awam bagi kumpulan Pengurusan dan
Profesional (Gred 48 ke atas).
Dari kiri, Ketua Unit
Tatatertib Cawangan
Integriti, Tn. Mohd Halim Bin
Mohd Yusof, Penolong Kanan
Pengarah Kastam II. Dibantu
oleh 2 orang Penolong
Pengarah Kastam iaitu Pn
Masitah Binti Mohd Saibi dan
Tn. Naharizal Bin Mohamad
Nasir
10
STATISTIK ADUAN
AWAM 2016
SEHINGGA APRIL 2016
SALURAN BILANGAN
SISTEM E-ADUAN 638
EMEL 137
HADIR 0
SURAT/MEMO 27
TELEFON 0
SAMPUL KECIL 3
BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN 0
JUMLAH 805
KATEGORI BILANGAN
ADUAN AWAM 692
PERTANYAAN 5
MAKLUMAT 108
JUMLAH 805
BAHAGIAN BILANGAN
UNIT ADUAN HQ 95
UNIT ADUAN NEGERI 171
GST 526
PENGUATKUASAAN 13
JUMLAH 805
BILANGAN MENGIKUT SALURAN YANG
DITERIMA
BILANGAN MENGIKUT KATEGORI
BILANGAN MENGIKUT BAHAGIAN
STATISTIK
TATATERTIB
SEHINGGA JUN 2016
KESALAHAN / HUKUMAN BIL.
Jenis Kesalahan: Tidak hadir bertugas 22
Rasuah / Salahguna kuasa 20
Penyalahgunaan Dadah 1
Kegiatan politik -
Tidak Mengikut Prosedur Kastam 8
Tatakelakuan 10
Jumlah kes 61
Keputusan Lembaga Tatatertib:
Bersalah 36
Bebas 25
Tahan Kerja / Gantung Kerja 0
Tangguh / Pinda Pertuduhan
(DNAA) 0
Hukuman:
Amaran 11
Denda 4
Lucut Hak Emolumen 2
Tangguh Pergerakan Gaji 7
Turun Gaji 5
Turun Pangkat 1
Buang Kerja 13
Kes Kehilangan :
Surcaj 1