Upload
willnoop6156
View
278
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Laporan mengenai pelaksanaan kursus
Citation preview
1. PENDAHULUAN
Kursus Kemahiran Pertanian Jangka Pendek(Upskilling) Pakej Teknologi Tanaman Padi Siri 1 merupakan kursus anjuran Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur yang telah diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu pada 10 hingga 13 Ogos 2015. Kursus ini merupakan kursus yang menggunakan peruntukan khas daripada NATC.
2. OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
Meningkatkan kemahiran tentang agronomi dan pengurusan tanaman padi
Meningkatkan pengetahuan dalam teknologi-teknologi yang digunakan dalam pengeluaran tanaman padi
3. PESERTA
Kursus ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri dari
pegawai pengembangan dari Jabatan Pertanian, IADA dan Lembaga
Pertubuhan Peladang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani di wilayah timur. Senarai nama, jawatan, tempat bertugas
dan nombor yang boleh dihubungi adalah seperti di Lampiran 1.
3.1 Analisis Peserta Mengikut Jawatan
Graf i menunjukkan peserta Kursus Kemahiran Pertanian Jangka
Pendek(Upskilling) Pakej Teknologi Tanaman Padi Siri 1 dari pelbagai
gred perkhidmatan yang bertugas di Jabatan Pertanian, IADA Ketara,
IADA Kemasin-Semerak, IADA Pekan dan Lembaga Pertubuhan
Peladang.
1
3.2 Analisis peserta mengikut tempat bertugas
Merujuk kepada Graf ii, seramai 20 orang peserta (71 %) berkhidmat
di Persekutuan manakala 8 orang peserta (29 %) berkhidmat di Negeri.
2
Graf i
Graf i i
4. PENCERAMAH
ENCIK MUSTAFFA BIN OTHMAN
- Bertugas di Bahagian Padi, Tanaman Industri dan
Florikultur, Gerai, Besut, Terengganu
ENCIK MOHD SAMSU KAMAL BIN MOHD HASSAN
- Bertugas di Bahagian Padi, Tanaman Industri dan
Florikultur, Gerai, Besut, Terengganu
ENCIK NOR HASSUDIN BIN ABDULLAH
- Bertugas di Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Kuantan,
Pahang
ENCIK AIMANUDDIN BIN YUSOFF
3
- Bertugas di Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan
Sumber Tanah Negeri Terengganu
TUAN HAJI WAN KAMAL BIN WAN IBRAHIM
- Bertugas di IADA KETARA
CIK NURULJANNAH BINTI ALIAS
- Bertugas di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Gerai, Besut,
Terengganu
TUAN HAJI PUDZI BIN HARON
- Bertugas di Bahagian Padi, Tanaman Industri dan
Florikultur, Lundang, Kelantan
ENCIK SYAMSUL AMRI BIN SAIDON
- Penceramah merupakan pegawai penyelidik dari MARDI
Seberang Perai, Pulau Pinang.
5. PELAKSANAAN KURSUS
5.1 Jadual Kursus
Perjalanan kursus adalah selama 4 hari dan jadual waktu kursus
adalah seperti di Lampiran 2 . Metodologi Latihan yang dijalankan
adalah ceramah / perbincangan sindiket dan lawatan.
Masa
Tajuk/Latihan Metodologi
Hari 1 Pendaftaran Kursus, Taklimat dan Pre Test
Hari 2 Pengenalan Tanaman Padi
Agronomi Tanaman Padi Ceramah
Penggunaan Benih dan Penanaman Padi
Penyediaan Tanah & Perataan Sawah
Pengapuran, Pembajaan dan Simptom Kekurangan Nutrien
4
Pengurusan Air
Hari 3
Lawatan ke Sawah PadiLawatan/
Latih Amal
Pengurusan Perosak, Penyakit dan Kawalan Rumpai Tanaman Padi
Ceramah
Hari 4
Penuaian Hasil dan Pengendalian Lepas Tuai
Teknologi dalam Pengeluaran Padi
Penilaian Kursus & Majlis Penutup
5
6. PENILAIAN KURSUS
6.1 Laporan Penilaian Kursus
Laporan Penilaian Kursus yang dijana daripada sistem i-TIMS adalah
seperti di Lampiran 3. Analisis yang dilaksanakan adalah berdasarkan
keputusan daripada analisis sistem i-TIMS. Skala penilaian ialah 1 –
7 (tidak tercapai – tercapai sepenuhnya) dan 9 (tidak berkenaan).
Berdasarkan kepada analisis yang telah dilaksanakan, purata skor
bagi objektif kursus adalah 6.39 iaitu berada di dalam lingkungan
yang baik dan objektif kursus telah tercapai.
Bagi purata penambahan pengetahuan dan kemahiran terdiri
daripada dua (2) perkara , iaitu pengetahuan yang berkaitan (skor
6.39) dan kemahiran dalam bidang berkaitan (skor 6.25).
Graf iii menunjukkan responden mempunyai penambahan pengetahuan
yang berkaitan lebih tinggi daripada kemahiran bagi Kursus Kemahiran
Pertanian Jangka Pendek(Upskilling) Pakej Teknologi Tanaman Padi Siri 1.
6
Graf i i i
Penilaian isi kandungan kursus dinilai berdasarkan tiga (3) perkara
iaitu Kesesuaian Pemilihan Kursus (skor 6.46), Persembahan
Topik-Topik (skor 6.50) dan Penekanan kepada Teori (skor 6.43)
serta Penekanan kepada Praktis (skor 5.96).
Graf iv menunjukkan responden telah menilai Persembahan Topik-
topik yang mendapat skor 6.50 bagi penilaian isi kandungan kursus yang
paling tinggi.
Purata Skor bagi teknik latihan pula dinilai berdasarkan daripada dua
(2) perkara iaitu Syarahan/Ceramah (6.54) dan Latih amal (6.07).
7
Graf iv
Graf v menunjukkan penilaian skor teknik latihan yang digunakan dalam
Kursus Pengurusan Tanah Terbiar iaitu teknik Syarahan/Ceramah
mendapat skor yang tertinggi (6.54).
Pengurusan kursus turut dinilai berdasarkan tiga (3) perkara iaitu
Tempoh masa (skor 6.50), Kemudahan-kemudahan (Graf vi) seperti
Penginapan (skor 6.50), Makanan (skor 6.46), Bilik Kuliah (skor 6.57),
Nota-nota (skor 5.68) dan Fasilitator Kursus (Graf vii) seperti Interaksi
Dengan Peserta (6.43), Kesediaan Menerima Maklumbalas (skor 6.43),
Kesediaan Bertindak Atas Maklumbalas (skor 6.43) dan Pengurusan
Keseluruhan (skor 5.68).
8
Graf v
Graf vi menunjukkan penilaian skor bagi pengurusan kursus untuk
kemudahan-kemudahan. Berdasarkan graf, Bilik Kuliah mendapat
skor tertinggi iaitu 6.57. Penilaian skor terendah adalah Nota-nota yang
disediakan iaitu 5.68.
9
Graf vi
Graf vi i
Graf vii menunjukkan penilaian skor bagi pengurusan kursus untuk
Fasilitator kursus. Berdasarkan graf, Pengurusan Keseluruhan mendapat
skor tertinggi iaitu skor 6.54 manakala untuk butiran penilaian yang lain,
masing-masing mendapat skor 6.43.
Kursus ini telah disampaikan oleh sembilan orang penceramah bagi
10 topik yang dibentangkan iaitu Pengenalan Tanaman Padi,
Agronomi Tanaman Padi, Penggunaan Benih & Penanaman Padi,
Penyediaan Tanah & Perataan Sawah, Pengapuran, Pembajaan &
Simptom Kekurangan Nutrien, Pengurusan Air, Lawatan,
Pengurusan Perosak, Penyakit & Kawalan Rumpai Tanaman Padi,
Penuaian Hasil & Pengendalian Lepas Tuai dan Teknologi dalam
Pengeluaran Padi. Di mana, 3 skop penilaian iaitu Persembahan, Isi
dan Kaitan telah dinilai oleh responden.
Penceramah yang membentangkan 10 topik dalam Kemahiran
Pertanian Jangka Pendek(Upskilling) Pakej Teknologi Tanaman Padi Siri 1
ini ialah Encik Mustaffa bin Othman (2 topik) , Encik Hairunizam bin
Yaacob (1 topik), Encik Mohd Samsu Kamal bin Mohd Hassan (1 topik)
Encik Nor Hassudin bin Abdullah (1 topik), Encik Aimanuddin bin Yusoff (1
topik), Tuan Haji Wan Kamal bin Wan Ibrahim (1 topik), Cik Nuruljannah
binti Alias (1 topik), Tuan Haji Pudzi bin Haron (1 topik), dan Encik Syamsol
Amri bin Saidon (1 topik).
10
Graf viii menunjukkan dua (2) topik yang telah dibentangkan oleh Encik
Mustaffa bin Othman.
Graf ix menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Encik
Hairunizam bin Yaacob.
11
Graf vi i i
Graf ix
Graf x menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Encik
Mohd Samsu Kamal bin Mohd Hassan.
Graf xi menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Encik
Nor Hassudin bin Abdullah.
12
Graf x
Graf xi
Graf xii menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Encik
Aimanuddin bin Yusoff.
Graf xiii menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Tuan
Haji Wan Kamal bin Wan Ibrahim.
13
Graf xi i
Graf xi i i
Graf xiv menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Cik
Nuruljannah binti Alias.
Graf xv menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Tuan
Haji Pudzi bin Haron.
14
Graf xiv
Graf xv
Graf xvi menunjukkan satu (1) topik yang telah dibentangkan oleh Encik
Syamsol Amri bin Saidon.
Berdasarkan Graf viii, ix, x, xi, xii, xiii, xiv, xv, dan xvi penilaian skor
tertinggi diberi kepada topik Penuaian Hasil dan Pengendalian Lepas
Tuai (skor 6.29) yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Pudzi bin Haron.
Penilaian skor kedua tinggi adalah topik Pengurusan Air (skor 6.07)
oleh Tuan Haji Wan Kamal bin Wan Ibrahim.
Berikut adalah ulasan penyelaras berdasarkan laporan I-TIMS dan
pemerhatian kelas:15
Graf xvi
A. MAKLUMAT PESERTA KURSUS :
B. ULASAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KURSUS BERDASARKAN PEMERHATIAN PENYELARAS DAN KOMEN PESERTA
ULASAN/KOMEN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Pembentang perlu daripada pakar yang berpengalaman.
2. Sepatutnya P&P yang lead dalam penyampaian kursus dan dibantu oleh pegawai sokongan berpengalaman.
Penceramah yang telah menyampaikan ceramah dalam kursus ini terdiri daripada pegawai yang berpengalaman dan pegawai baru. Penceramah telah ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing untuk memberi ceramah dan mempunyai pengalaman sedikit sebanyak dalam bidang mereka.
3. Lawatan ke Petak Sawah Gemilang perlu ada taklimat mengenai Sejarah, Konsep, Penglibatan agensi.
4. Pergerakan kenderaan perlu diselaras dengan teratur untuk jimatkan masa.
5. Penyelarasan dan maklumat semasa lawatan perlu disampaikan dengan jelas.
Perkara ini akan diperbaiki sekiranya kursus dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
6.2 Laporan Analisis Pre Dan Post Test
Graf x menunjukkan skor markah bagi Pre dan Post Test untuk Kursus
Pegawai Pengelas. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan skor
16
markah antara Pre dan Post Test yang dijalankan bagi semua peserta. Ini
membuktikan bahawa kursus ini memberi banyak kefahaman dan
pengetahuan kepada para peserta.
Merujuk kepada Laporan Analisis Pre dan Post Test seperti di
Lampiran 4, peratus purata markah peserta bagi Pre Test adalah 45%
manakala peratus purata markah bagi Post test adalah 57%. Ini
menunjukkan berlaku peningkatan markah selepas peserta menghadiri
kursus iaitu sebanyak 12%.
7. KESIMPULAN
17
Graf xvi i
Daripada hasil penilaian didapati Kursus Kemahiran Pertanian Jangka
Pendek(Upskilling) Pakej Teknologi Tanaman Padi Siri 1 adalah berkesan.
Ini kerana skor purata keseluruhan adalah lebih daripada 5 iaitu 6.36 dan
skor ini menunjukkan kursus ini berjaya memberikan kesan yang baik
kepada para peserta dengan penyampaian dan pemilihan tajuk yang
bersesuaian dengan kehendak peserta untuk penambahan pengetahuan
dan kemahiran mereka.
Oleh itu, berdasarkan kepada respon yang baik daripada peserta,
adalah disyorkan agar kursus ini diteruskan dengan menambah beberapa
penambahbaikan modul yang terkini terutamanya. Dan juga
sepertimana cadangan beberapa peserta kursus, nota yang diberi
hendaklah disediakan lebih awal agar nota tersebut lebih ringkas dan
senang dibaca. Adalah lebih baik jika kursus ini menggunakan
maklumat terkini dan contoh-contoh semasa pada kursus yang
akan datang agar para peserta sentiasa dapat menambah ilmu terkini.
18