Click here to load reader
Upload
azrin2312
View
91
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Hikayat raja-raja pasai
Citation preview
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRB 3063 – PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
PUSAT PEMBELAJARAN:
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:
0
TUGASAN BAHAGIAN A
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAIa. Falsafahb. Pandangan Hidupc. Nilai Ilmu
PEMARKAHAN
1
PenghargaanA lhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan KRB3063 –
Penghayatan Karya Agung Melayu ini. Sekalung penghargaan
saya ucapkan kepada tutor e-learning En Bazrul bin Bahaman,
tutor PJJ Dr Maskiah bt Masrom kerana membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
sepengajian yang tidak lokek dengan ilmu dan berkongsi
banyak maklumat yang diperoleh. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada staf Pusat Rujukan Persuratan Dewan Bahasa
Dan Pustaka Wilayah Selatan yang telah membantu saya dalam
mendapatkan maklumat dan rujukan berkenaan Karya Agung
Hikayat Raja-raja Pasai. Semoga segala kerjasama yang
diberikan dirahmati oleh yang Maha Esa.
KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Pengenalan 4
3.0 Falsafah 4
3.1 Kegagahan/Keberanian/Kebijaksanan Pahlawan
Melayu 5
3.2 Sistem Feudal/Sistem Pemerintahan Beraja 6-7
3.3 Sistem Sosiobudaya Melayu dalam Zaman
Feudalnya 7-8
4.0 Pandangan Hidup 8-9
5.0 Nilai Ilmu 9
5.1 Nilai Kasih Sayang Terhadap Insan Lain yang
Tiada Tempat Untuk Bergantung 9-10
5.2 Nilai hormat-menghormati kepada keluarga dan juga
orang lain 10-11
5.3 Tidak Berputus Asa Dalam Menempuhi Ranjau
Kehidupan 11-12
6.0 Kesimpulan 12-13
7.0 Rujukan 14
8.0 Lampiran 15-16
1.0 Pendahuluan
2
“Karya” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud buatan atau ciptaan
sesuatu. Manakala “Agung” pula membawa maksud paling besar, terutama, tertinggi,
teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung boleh diertikan sebagai ciptaan
atau buatan yang terutama, tertinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang.
Karya Agung Melayu merupakan karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau
hasil kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam
menggambarkan idealisme, nilai pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari segi agama dan
moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi
nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah
kekal sepanjang zaman dalam kehidupan bangsa Melayu. Secara amnya, ketamadunan
Melayu amat sekali dipengaruhi dan dibentuk oleh tradisi sastera ini sendiri.
Menurut Yayasan Karyawan, Karya Agung Melayu adalah karya yang melambangkan
keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam
melambangkan idealism, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa
dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni,
budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bagsa Melayu. Tamadun
Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.
Hashim Awang (1998) memberi maksud kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa sama ada ditutur atau ditulis. Definisi yang diberikan oleh
Hashim Awang ini mendekati definisi yang dikemukakan oleh Bressler di mana kedua-
duanya menitikberatkan aspek seni.
2.0 Pengenalan
3
Hikayat Raja-raja Pasai merupakan salah satu karya agung yang telah dikaji sejak beratus
tahun yang lampau. Ia telah berusia lebih daripada 600 tahun dimana kewujudannya lebih tua
daripada Sejarah Melayu. Ramai pengkaji yang terdapat di dalam dan luar negara cuba
merungkaikan kisah sebenar yang terdapat dalam hikayat ini. Karya agung Hikayat Raja
Pasai mencakup satu jangka waktu dalam sejarah Pasai yang menceritakan perihal agama
Islam mula bertapak di gugusan pulau-pulau Melayu iaitu antara akhir abad ke-13 dan awal
abad ke-14. Menurut Russell Jones (1987), kita tidak mempunyai bukti yang langsung
tentang tarikh Hikayat Raja Pasai ini disusun. R.O Winstedt dalam The Chronicles of Pasai
(JMBRAS 16.2, 1930 hal. 24-26) pula menyatakan bahawa karya ini mendapat bentuknya
berkemungkinan besar pada abad ke-15 atau dari sumber lain pada abad ke-14. Amin
Sweeney (1967: 94) pula bersetuju dengan tarikh yang kemudian dan menjangka tarikh
penyusunan bahagian terakhirnya pada tahun-tahun 1383-90 Masihi.
Dengan mengambil kira semua keadaan yang dapat kita ketahui, tarikh sebenarnya
mungkin pada akhir abad ke-14, yang diakui oleh A.H Hill bahawa ada kemungkinan teks ini
dahulunya telah disusun berperingkat-peringkat yang meliputi berbagai-bagai urutan
peristiwa.
3.0 Falsafah
Menurut Socrates (469-399 SM), falsafah ialah usaha-usaha melalui penyelidikan sejati
bagi mencapai kebajikan yang berpusatkan kepada manusia dan tingkah lakunya. Beliau cuba
menyelidiki pengetahuan murni dengan mengamati masalah yang kongkrit dan
menganalisanya sehingga timbul sesuatu yang murni. Beliau dianggap sebagai pengasas ilmu
kesusilaan.
Plato (427-347 SM) pula berpendapat bahawa falsafah ialah usaha mencari kearifan
melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato telah
mempengaruhi pemikiran barat amnya.
Aristotle (348-322 SM) pula menegaskan dimana falsafah ilmu berkenaan dengan
kebenaran, kebenaran itu diperolehi seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika,
estetika, ekonomi dan politik.
4
Dalam karya agung Hikayat Raja-raja Pasai ini, konsep falsafah yang tersirat serta
dititikberatkan adalah melibatkan latar belakang ketika karya ini dihasilkan. Antara falsafah
yang terdapat dalam karya agung ini adalah dari segi :
3.1 Kegagahan/ keberanian/ kebijaksanaan pahlawan Melayu
Hikayat Raja Pasai menceritakan tentang pahlawan Melayu bernama Tun Beraim
Bapa.
a) Watak ini digambarkan seorang yang terlalu perkasa seperti pahlawan yang tiada
tandingannya pada akhir zaman itu.
…Tingginya tujuh hasta dan bidang dadanya dua hasta. Jikalau tujuh depa tebal
kota tanah, dilontarnya dengan batang kelambir, luluh tembus. Nama Tun
Beraim Bapa masyhur hingga benua Keling…(ms 36)
b) Kepahlawanannya terserlah apabila Tun Beraim Bapa berlawan dengan empat
orang pendekar yang sangat hebat yang datang dari benua Keling
…. Maka dilontarnya kelambir kotai lalu diparangnya oleh Tun Beraim Bapa
penggal dua kelambir itu, sebelah ghaib tiada kelihatan, dan sebelah terhantar di
bumi penuh airnya… Maka Tun Beraim Bapa pun melompat ke kanan sekali dan
ke kiri sekali serta dikertangkannya perisai itu, lalu ghaib tiada kelihatan… (ms
46)…. Maka sabda Sultan, “Hai segala kamu pendekar Keling, lawanlah oleh
kamu hulubalangku ini dan pendekarku ini”,.. Maka segala pendekar Keling itu
pun berdiam dirinya, lalulah ia kembali ke kapalnya dengan malunya menutup
kepalanya, lalulah ia berlayar… (ms 47)
c) Keberanian makan racun
... Tun Beraim Bapa pun mengambil peniram itu, lalu dimakannya yang tinggal
daripada dimakan oleh saudaranya itu. Setelah itu maka bias racun itu pun
menyelap-nyelap. Maka segala tubuhnya itu pun gatallah, maka disuruh baginda
garu kepada mamaknya Perman Isap dan Orang Tikar.(ms 56-57)
5
3.2 Sistem feudal/ sistem pemerintahan beraja
Hikayat Raja-raja Pasai memaparkan kezaliman raja seperti yang terdapat dalam
kisah Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Baginda adalah seorang raja yang memiliki
hawa nafsu syahwat yang tinggi sehingga memiliki 30 orang anak
… Hatta maka beberapa lamya baginda dalam kerajaan, maka dianugerahkan Allah
subhanahu wattaala akan Sultan itu tiga puluh anaknya, dalam pada itu yang seibu
sebapa lima orang, tiga orang laki-laki, yang pertama namanya Tun Beraim Bapa, kedua
bernama Tun Abdul Jalil, ketiga bernama Tun Abu’l Fadil, dan dua orang perempuan,
seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernama Tun Takiah Dara. (ms 36).
Baginda ingin meniduri anak perempuannya sendiri. Tun Beraim Bapa cuba
menghalang hasrat bapanya yang sangat bertentangan dengan akhlak itu. Bagaimanapun,
cubaannya untuk menyelamatkan maruah adik-adiknya iaitu Tun Medam Peria dan Tun
Takiah Dara menyebabkan dia terpaksa minum racun yang diberikan oleh bapanya.
Sultan Ahmad Perumudal Perumal menyatakan hasratnya ingin membunuh Tun Beraim
Bapa kepada Dara Zulaikha Tingkap. Pelbagai cubaan telah dilakukan oleh baginda
antaranya, baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di dalam sungai dan
apabila timbul, baginda menyuruh hulubalangnya menetaknya tetapi Tun Beraim Bapa
menyelam dan telah timbul jauh dari itu. Selain itu, perahu Sultan Ahmad Perumudal
Perumal telah terlekat pada batang. Baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa
membuangnya namun Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu itu serta selamat
daripada mati lemas.
Cubaan bunuh yang ketiga dilakukan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal dengan
menyuruh orang Seri membuat cucur peniaram beracun. Baginda memberi kepada Tun
Beraim Bapa supaya memakan peniaram beracun itu agar dapat memanaskan tubuh yang
dingin selepas menyelam. Tun Beraim Bapa mengetahui helah yang di buat lalu memberi
peniaram beracun itu kepada anjing dan ayam dan menyebabkan kedua binatang itu mati
serta-merta. Manakala adik-adiknya Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara juga telah
makan peniaram beracun itu menyebabkan kedua-duanya mati.
Mereka telah dikebumikan di Bukit Fudul Allah. Oleh sebab tidak mahu menderhaka
kepada ayahandanya, Tun Beraim Bapa telah makan cucur peniaram beracun. Dalam
6
keadaan yang lemah Tun Beraim Bapa menyelam dalam Lubuk Turai untuk menangkap
ular lembu bagi mengurangkan sakitnya. Tetapi sakitnya juga tetap tidak sembuh. Tun
Beraim Bapa telah melontar lembingnya lalu terhunjam di antara dua kubur adiknya.
Akhirnya Tun Beraim Bapa mati. Ia telah dikebumikan di tempat lembing tercacak itu.
Sultan Ahmad Perumudal Perumal amat gembira dengan kematian Tun Beraim Bapa.
Hal ini menunjukkan sistem feudal yang diamalkan ketika itu amat kejam sehingga
bapa sanggup mengorbankan anaknya sendiri. Hal ini dinyatakan seperti berikut
... Maka Tun Beraim Bapa pun daiflah rasanya. Maka segala ikan itu sekalian
disuruhnya persembahkan kepada Sultan Ahmad dan disuruhnya tanyakan di mana
baginda ditanamkan oleh orang akan dia. Maka pergilah orang yang disuruhnya
membawa ikan itu, setelah sampailah orang itu kepada Sultan, maka
dipersembahkannyalah itu. Maka sembahnya, “Ya tuanku sembahnya tun Beraim Bapa,
jika ia mati dimana ditanamkan akan dia.” Maka sabda Sultan, ‘Di sanalah ia kamu
tanamkan, karna di Pasai pun bumi Allah, di sana pun bumi Allah jua.’ (ms58)
Sistem pemerintahan beraja di Pasai terdapat jawatan-jawatan penting iaitu
…. ada Perdana Menterinya yang besar empat orang iaitu Tulus Agung Tukang
Sukara, kedua bernama Baba Mentuha dan ketiga bernamaSulaiman Dendaeng Air dan
keempat Tun Syah Alam Kota. (ms37)
Ada jawatan hulubalang dan sebagainya yang menyokong pelaksanaan sistem feudal
di Pasai. Perdana Menteri seperti Baba Mentuha pernah diminta pendapatnya oleh Sultan
Ahmad.
3.3 Sistem sosiobudaya Melayu dalam zaman feudalnya
Hikayat Raja-raja Pasai merupakan karya tentang sosiobudaya dalam zaman feudal.
Hal ini menunjukkan pemerintah atau raja mempunyai kuasa mutlak untuk membuat
keputusan atau menjatuhkan hukuman termasuk hukuman mati, Dalam teks Hikayat
Raja-raja Pasai, perkara ini dinyatakan seperti berikut;
‘…Maka Sultan Malikul Mansur pun berangkatlah berjalan ke tepi laut pergi bermain-
main serta berjamu segala menteri hulubalang makan minum bersukaan-sukaan. Maka
7
tatkala ia kembali sampailah berjalan kepada hampir kota Sultan Malikul Mahmud itu,
maka terlihatlah oleh Sultan Malikul Mansur seorang perempuan keluar dari dalam
istana terlalu baik sekali parasnya. Maka Sultan Malikul Mansur pun berahilah akan
dia: maka disuruh baginda ambil perempuan itu lalu dibawanya kembali ke istananya
dengan segala hulubalangnya.’(ms 30)
Sultan Malikul Mahmud berdendam dan membalas dendam dengan menangkap
adiknya semasa adiknya datang untuk upacara berkhatan puteranya. Hal ini dinyatakan
dalam teks Hikayat Raja-raja Pasai seperti berikut;
‘Setelah sampai lalu masuklah baginda menghadap paduka kakanda Sultan Malikul
Mahmud itu. Bermula segala hulubalangnya tinggallah di luar. Demi datanglah ia ke
hadapan Sultan Malikul Mahmud, maka Sultan Malikul Mahmud pun memberi isyarat
menyuruh tangkap Sultan Malikul Mansur disuruh penjarakan dengan segala
hulubalangnya, dan Sayid Semayamuddin tertangkaplah. Maka Sultan Malikul Mansur
disuruh penjarakan dengan segala hulibalangnya, dan Sayid Semayamuddin pun dalam
penjara juga...(.ms31), adiknya dipenjarakan manakala pembesar adiknya, Sayid
Semayamuddin telah dihukum pancung (ms 32).
4.0 Pandangan Hidup
Dalam Karya Agung Hikayat Raja-raja Pasai ini, terdapat pelbagai konflik yang
diutarakan. Ia kaya dengan pelbagai unsur seperti unsur dongeng, kesaktian, mitos, lagenda,
ghaib, fantasi, perjuangan dan yang lain-lain. Peristiwa-peristiwa dalam peringkat permulaan
berperanan sebagai pengesah keturunan raja-raja Pasai. Peristiwa-peristiwa itu juga
menegaskan pengislaman dan keagungan Pasai. Kesemua peranan itu dilaksanakan melalui
mitos, wasiat dan mimpi.
Mitos Puteri Buluh Betung, Merah Gajah, rambut emas, cacing gelang dan semut besar
berperanan merakamkan keturunan raja-raja Samudera. Pengislaman Merah Silu melalui
mimpi menjelaskan perbezaan taraf antara raja dengan rakyat demi mengukuhkan kedudukan
raja sebagai peribadi yang suci dan berdaulat. Pelaksanaan wasiat Nabi Muhammad, iaitu
mendatangkan alat-alat kerajaan dari Mekah, menegaskan sahnya Pasai sebagai negeri Islam.
8
Mitos pelanduk berdakapan dengan anjing membayangkan bahawa Pasai akan menjadi
negeri yang agung.
Pandangan hidup ketika itu sangat dikuasai oleh kepercayaan bahawa raja mempunyai
kuasa sakral, daulat ataupun tulah. Justeru apabila raja ingin melakukan perkara sumbang
tidak ada rakyat yang berani menghalang kerana hukuman amat berat. Sebagai contoh Sultan
Malikul Mahmud, menjatuhkan hukuman penjara kepada adiknya kerana merampas
dayangnya, Sultan Ahmad menjatuhkan hukuman mati kepada anaknya Tun Beraim Bapa
yang menghalang hasratnya.
Tun Beraim Bapa digambarkan memiliki kesaktian iaitu
…Tun Beraim Bapa pun fikir dalam hatinya, “Jikalau ku makan makanan ini, nescaya
matilah aku, jikalau tiada ku makan makanan ini nescaya derhakalah aku, tetapi baiklah aku
mati daripada nama derhaka.” Maka diambilnya peniram itu sebiji lagi, maka hendak
dimakannya, maka tatkala itu dilihat oleh Tun Medam Peria hal yang demikian itu, maka
diperebutnya daripada tangan saudaranya lalu dimakannya, maka ia pun lalu matilah...(ms
57 –58 baris 107 – 112).
5.0 Nilai Ilmu
Mengkaji naskah lama seperti HRP membolehkan kita memperolehi pengetahuan tentang
masyarakat dan kebudayaan zaman lampau. HRPA dapat dijadikan sebagai bahan penting
bagi penyelidikan bahasa dan sastera. Meneliti isi kandungan HRP terdapat unsur-unsur
sastera yang menarik di dalamnya. Antara nilai ilmu yang terdapat dalam Hikayat Raja-raja
Pasai adalah :
5.1 Nilai Kasih Sayang Terhadap Insan Lain yang Tiada Tempat Untuk Bergantung
Nilai kasih sayang merupakan aspek yang terpenting dalam membina diri seseorang
insan itu. Kita harus sedar bahawa kelahiran seseorang itu ke dunia yang fana ini adalah
beraspirasikan perasaan kasih sayang. Jika pupusnya nilai ini dalam diri insan, kesannya
kita boleh lihat pada masa sekrang di mana manusia sanggup menyakiti orang lain
sehinggakan mereka sanggup saling membunuh antara satu sama lain untuk mendapatkan
matlamat masing-masing. Kisah seperti ini juga terkandung di dalam Hikayat Raja Pasai
9
yang mana aspek nilai kasih sayang boleh diterapkan kepada pembaca seterusnya
memberikan kesan yang positif. Petikan daripada hikayat ini adalah seperti berikut:
“…maka hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka keluar seorang
kanak-kanak perempuan terlalu baik parasnya; maka dibuangkannyalah gedubangnya,
lalu segera diambilnya kanak-kanak itu, [di]dukungnya lalu dibawanya pulang ke
rumahnya. Serta dilihat oleh isteri baginda Raja Muhammad mendukung kanak-kanak
itu, maka segeralah didapatkan oleh isteri baginda lalu disambut.”(ms 1)
Kisah tersebut boleh dijadikan teladan kepada pembaca khususnya golongan
pelajar untuk mengadaptasi niai tersebut ke dalam diri masing-masing. Kitaa tidak mahu
negara kita mempunyai manusia yang tandus sifat kasih sayang mereka kerana apabila
tiada lagi sifat kasih sayang dalam diri seseorang itu, maka sifat yang bertentangan
daripada sifat kasih sayang itu akan wujud dalam diri, iaitu sifat kekejaman
5.2 Nilai hormat-menghormati kepada keluarga dan juga orang lain
Selain nilai kasih sayang, nilai hormat-menghormati juga perlu wujud dalam diri
seseorang pelajar itu bagi membentuk satu personality yang positif. Jika kita hidup pada
zaman dahulu, adat sopan berkaitan dengan soal hormat ini sangat dititikberatkan. Adalah
sangat pantang apabila orang yang lebih muda berkelakuan kurang adap kepada orang
yang lebih tua. Mereka akan dianggap tidak hormat ataupun kurang ajar kepada orang
tua. Nilai hormat-menghormati ini sudah lama wuwjud dalam masyarakat Melayu dan
telah termaktud dalam Hikayat Raja Pasai. Petikannya adalah seperti berikut:
“…Setelah baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka adinda
pun memberi hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk. Maka baginda pun duduk
duduklah dua laki isteri dan adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.”(ms 2)
Jika diselusuri dengan lebih dalam petikan di atas, kisah di atas menunjukkan
adinda iaitu Raja Muhammad dan kakandanya iaitu Raja Ahmad. Kedua-dua orang ini
adalah raja kepada kerajaan masing-masing. Kedudukan kedua-dua orang ini adalah
10
setara, walau bagaimanapun nilai hormat yang ada dalam diri Raja Muhammad kepada
abangnya iaitu Raja Ahmad membuatkan Raja Muhammad memberi hormat kepada Raja
Ahmad.
Melalui pembelajaran pelajar terhadap Hikayat Raja-raja Pasai ini, kisah-kisah
yang berkaitan dengan nilai hormat-menghormati seperti yang ditonjolkan dalam petikan
di atas banyak dapat ditemui seterusnya sering mengingatkan kepada pelajar yang
membacanya untuk bersikap hormat-menghormati kepada sesiapa sahaja yang berada di
dalam kalangan mereka.
5.3 Tidak Berputus Asa Dalam Menempuhi Ranjau Kehidupan
Kita sudah maklum bahawa hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan
rintangannya. Sejak dari kecil lagi kita sudah mempunyai keinginan untuk mencapai
atau memiliki sesuatu. Namun setiap apa yang kita inginkan itu semestinya
mempunyai cabarannya tersendiri untuk ditempuhi. Setaip orang mempunyai
datangnya daripada latar belakang yang berbeza, ada yang datang daripada golongan
yang sederhana dan ada juga datang daripada golongan sederhana ataupun miskin.
Walau dari mana pun datangnya seseorang itu, mereka tentunya akan mempunyai
cabarannya yang tersendiri dan masing-masing juga akan menggunakan
pendekatannya yang tersendiri untuk mengatasi cabaran yang datang menghadap
tersebut. Pengajaran yang boleh pelajar curi dalam mengatasi cabaran atau halangan
tersebut ada di dalam Hikayat Raja Pasai dan kisah tersebut berbunyi seperti berikut:
“Maka segala orang dalam negeri itu pun dengaranlah akan Merah Silau itu.
Maka kata segala orang dalam negeri itu, ‘Binatang apa dibawa ini; jikalau
demikian janganlah tuan-tuan duduk berama-sama dengan kami.’ Setelah Merah
Silau menegar kata mereka sekalian, maka kata Merah Silau, ‘Hai segala tuan-tuan
dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat
duduk.”(ms 8)
Petikan di atas menyoroti peristiwa di mana Merah Hasum menggunakan tipu
helah untuk mengusir keluar Merah Silau daripada tanah jajahan Merah Hasum.
11
Setelah dihalau keluar negeri, Merah Silau terpaksa merantau ke tempat-tempat lain
untuk mencari kawasan baharu untuk didiami. Dalam perjalanannya, Merah Silau
terpaksa menghadapi pelbagai dugaan seperti tidak diterima oleh orang setempat
apabila dia baru sahaja mahu menetap di sesuatu kawasan kerana dia membawa
kerbau yang banyak dan kerbau itu telah merosakkan banyak tanaman orang
kampung. Merah Silau tidak putus asa untuk meneruskan perjalanan mencari tempat
baharu. Dengan menggunakan kebijaksanaan dia dan sikap tidak berputus asa dia,
akhirnya dia berjaya mendapatkan tempat baharu dan yang lebih penting dia juga
diangkat menjadi raja di kawasan baharunya itu.
Sikap seperti inilah yang perlu ada dalam diri pelajar. Kita harus ingat, orang
yang gagal akan mempelajari perkara yang baharu untuk berjaya. Hal ini disebabkan
mereka yang gagal ini sudah mengetahui cara betul untuk berjaya dan tidak lagi
menggunakan cara yang salah kerana mereka sudah mempunyai pengalaman. Perkara
ini akan berlaku apabila seseorang pelajar itu tidak berputus asa.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa Hikayat Raja-raja Pasai ini boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, sejarah jurai keturunan, sejarah
pembukaan Pasai, sejarah pengislaman Pasai da kejatuhan Pasai.
Sejarah jurai keturunan ini dapat dilihat jelas melalui watak-watak yang ada dalam
hikayat ini seperti Raja Ahmad dan Raja Muhamad, Merah Gajah dan Puteri Betung, Merah
Silau atau Sultan Malikul Saleh dan Merah Hasum, Sultan Malikul Mahmud dan Sultan
Malikul Mansur, Sultan Ahmad Perumudal Perumal, Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun
Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara.
Sejarah pembukaan Pasai pula bermula apabila ia berburu di dalam hutan bersama
seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai. Ketika sedang berburu, si Pasai menyalak
kepada seekor pelanduk putih. Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk yang
disalakkannya. Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan Pasai. Ia
merupakan suatu kejadian yang pelik sehingga membuatkan para penasihat kagum dan
12
mencadangkan kepada Malikul Saleh untuk mendirikan karajaan baru di sana. Itulah
Kerajaan Pasai didirikan berdekatan dengan Lho Seumawe sekarang (Indonesia).
Pengislaman Pasai pula bermula daripada pengislaman Merah Silau yang bermimpi
bertemu Nabi Muhammad s.a.w yang menyuruhnya mengucap dua kalimah Syahadat.
Setelah memeluk agama Islam Merah Putih telah menukar namanya kepada Sultan Malikul
Saleh.
Kejatuhan Pasai berlaku disebabkan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal sendiri
mempunyai sikap buruk. Ia dengki terhadap anak kandungnya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa
dan Tun Abdul Jalil. Ia tergamak berahi terhadap dua orang puterinya iaitu Tun Medan Peria
dan Tun Takiah Dara. Oleh sebab iri hati, Sultan Ahmad Perumudal Perumal sanggup
membunuh anak-anaknya
13
7.0 Rujukan
Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan Dalam Cerpen dan Novel. Shah Alam,
Fajar Bakti
Ismail Ahmad (penyelenggara). 2004. Siri Karya Sastera Klasik untuk Remaja : Hikayat
Raja-raja Pasai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Russell Jones. Hikayat Raja Pasai. 1987. Fajar Bakti Sdn. Bhd; Petaling Jaya.
Mok Soon Sang (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme
Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
Hill, A.H., 1960, Hikayat Raja-raja Pasai, a revised romanised version 8c, JMBRAS , 33,
Bah 2
Seri Lanang Jaya Rohani, Mana Sikana, Mohd. Rashid Md. Idris dan Naffi Mat. 2013.
Modul Penghayatan Karya Agung Melayu (KRB 3063). Universiti Pendidikan Sultan
Idris: Pusat Pendidikan Luar.
Teuku Iskandar. 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Universiti Brunei Darussalam: Jabatan Kesusasteraan Melayu
http://www.yayasankaryawan.com/index.php?
option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1 diperoleh pada 19 Oktober 2014.
14
8.0 Lampiran
Kedudukan Kerajaan Pasai
15
16
Raja Ahmad(Semerlangga)
Raja Muhammad(Semerlangga)
Merah Gajah
Puteri Buluh Betung
Merah Silu(Malik’ul-Salleh, Samudera, 1297)
Merah Hasum
Malik’ul-Tahir(Pasai)Malik’ul-Tahir(Pasai)
Sultan AhmadPerumudal Perumal(mangkat 1360)
2 puteri
Muham
ma
d (mangkat
1326)
Tun Beraim Bapa
Yang lain-lain(30 orang anak semuanya)
Tun Abdul Jalil
Malik’ul-Mansur
putera
2 puteri
Tun Abu’l-Fazil
+
Salasilah Keturunan Raja Pasai
17
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRB 3063 – PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
PUSAT PEMBELAJARAN:
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:
18
TUGASAN BAHAGIAN B
Penerapan Karya Agung ( Hikayat Raja-raja Pasai) dalam melaksanakan dua aktiviti dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah
PEMARKAHAN
KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1.0 Pengenalan 19
2.0 Aktiviti Pertama – Bercerita 19
2.1 Pengenalan 19-20
2.2 Konsep dan Teknik Bercerita 20-21
2.3 Langkah-langkah Bercerita 21
2.3.1 Persediaan Awal 21
2.3.2 Semasa Bercerita 21-22
2.3.3 Selepas Bercerita dan Aktiviti Susulan 22-23
3.0 Aktiviti Kedua – Main Peranan 23
3.1 Pengenalan 23-24
3.2 Matlamat Main Peranan 24
3.3 Langkah-langkah Main Peranan 24-25
4.0 Kesimpulan 25
5.0 Rujukan 26
19
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang
tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid
dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak
berpusatkan murid. Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti diskusi,
main peranan, simulasi, permainan bahasa, sosio-darma dan bercerita. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat,
kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran
murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan,
tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk
Menurut Naffi Mat (2006: 6), mengajar bahan sastera dalam pendidikan bahasa
Melayu berbeza daripada mengajar Kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu diajar
secara khusus. Segala tinjauan dan kajian yang dibuat pada teks-teks banyak difokuskan
kepada struktur. Antaranya seperti tema, persoalan, aliran dan aspek luaran karya seperti
sejarah, perkembangan sesuatu genre dan latar belakang pengarang. Ia berbeza dengan
mengajar bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu iaitu pelajar-pelajar tidak diajar
kesusasteraan Melayu sebagai bidang ilmu yang khusus tetapi hanya sebagai komponen
yang menjadi sumber tambahan bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu. Apabila
membaca karya sastera, pelajar dapat menikmati serta menghayati Kesusasteraan Melayu
yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Manakala penggunaan bahan
sastera dalam pengajaran bahasa digunakan bagi mengajar kefahaman, perbendaharaan
kata dan sebagainya.
2.0 AKTIVITI PERTAMA- Teknik Bercerita
2.1 Pengenalan
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
20
perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita
merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
murid. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia
harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid.
Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan
teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan,
nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.
2.2 Konsep dan Teknik Bercerita
a) Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif
pengajaran.
b) Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan
sesuatu kaedah pengajaran.
c) Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik
bercerita.
d) Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum
pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
e) Mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997),
teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
f) Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
21
g) Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
h) Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras
dengan pendekatan yang digunakan.
i) Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan
mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton.
j) Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat
memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene,
1976).
2.3 Langkah-langkah Bercerita
2.3.1 Persediaan Awal
a) Cerita yang menarik dipilih oleh guru berdasarkan naskah Hikayat raja-raja Pasai
- Penerangan tentang sinopsis cerita.
b) Cerita tidak terlalu panjang.
- Elemen positif dan negatif dalam Karya Agung Hikayat Raja-raja Pasai diti-
tikberatkan
c) Bahan bantu mengajar digunakan.
- Dalam teknik bercerita, bahan bantu mengajar amatlah penting. Ini adalah ker-
ana bahan tersebut akan membantu penceritaan tersebut dengan lebih menarik,
tersusun dan lebih dramatic.
d) Pelajar perlu dilatih bercerita
- Latihan bercerita adalah penting untuk memastikan aktiviti tersebut berjalan
dengan sempurna. Ini juga kerana dengan latihan, murid akan lebih yakin
untuk bercerita di hadapan kelas.
2.3.2 Semasa Bercerita
Pelajar perlu menguasai kemahiran:-
a) Kemahiran verbal
- Aspek amat dititikberatkan dalam kemahiran verbal adalah seperti
perbendaharaan kata, kecepatan, intonasi suara, humor, singkat dan jelas.
22
Aspek-aspek tersebut memastikan kelancaran dan ekektifnya sesuatu
penceritaan itu.
b) Kemahiran bukan verbal.
- Kemahiran ini menggunakan ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, ke-
dudukan tubuh dan gaya berjalan, suara, dan gerak isyarat. Informasi dapat
diperoleh dengan memerhatikan ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan,
dan lain-lain lagi.
c) Guru memain peranan mengawal suasana kelas.
- Peranan guru adalah penting untuk memastikan suasana pembelajaran adalah
tersusun dan sempurna. Pengawalan kelas adalah aspek terpenting untuk
memastikan kelancaran aktiviti bercerita tersebut.
2.3.3 Selepas Bercerita dan Aktiviti Susulan
a) Membina soalan berdasarkan cerita.
- Pembinaan soalan adalah aspek yang penting untuk memastikan bahawa cerita
yang disampaikan oleh murid difahami dengan jelas oleh rakan-rakannya. Ini
kerana soalan yang dikemukakan perlu melibatkan watak, jalan cerita, konflik
dan mitos yang terdapat dalam naskah Karya Agung tersebut.
b) Meringkaskan cerita
- Aktiviti ringkasan cerita juga merupakan aktiviti susulan yang perlu untuk di-
laksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan murid dapat meringkaskan cerita
yang didengar dengan bahasa mereka sendiri. Ini secara tidak langsung dapat
memberi peluang kepada murid untuk mengetengahkan idea masing-masing.
c) Latihan memperkaya perbendaharaan
- Murid juga boleh diuji dari segi perbendaharaan kata. Ini kerana dalam naskah
Karya Agung Hikayat Raja-raja Pasai, terdapat pelbagai perbendaharaan kata
klasik yang disajikan. Oleh itu, adalah perlu untuk murid mengetahui perben-
daharaan kata tersebut untuk memastikan kelangsungan pembelajaran mereka.
d) Melukis gambar watak dan menulis semula cerita.
23
- Untuk mematikan murid memahami cerita tersebut, aktiviti melukis ini boleh
diadaptasikan. Murid boleh diminta untuk membayangkan watak-watak yang
terdapat dalam cerita yang disampaikan. Ini secara tidak langsung dapat meli-
hat kebolehan imiginasi murid-murid yang tidak pernah dicungkil bakatnya.
Fryland (1994) dalam Omardin (1999) menyatakan minat yang timbul dalam setiap
diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat
dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga
mencapai apa yang dicita-citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar
sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang digunakan.Secara
kesimpulannya, kaedah bercerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu berkesan untuk menarik minat murid dalam bilik darjah.
3.0 AKTIVITI KEDUA- Teknik Main Peranan
3.1 Pengenalan
Menurut John Pollock dalam Wardrip-Fruin, Noah & Montfort, Nick (2003),
teknik drama merupakan satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan
pengucapan atau persembahan gerak laku serta lakonan atau peniruan watak-watak.
Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, puncak dan kesimpulan.
Teknik drama melibatkan pergerakan tubuh badan, selain berkait dengan segala bentuk
perlakuan yang meliputi semua kegiatan tentang kehiduipan manusia. Teknik ini
dilakonkan oleh watak-watak tertentu sebagai usaha mencerminkan keadaan sebenar atau
meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam masyarakat. Di sekolah,
drama merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid kerana dikendalikan
dalam konteks bermain dan bersuka ria. Murid-murid diberikan peranan untuk berkata-
kata secara bebas, melahirkan pendapat, bergaya, beraksi dan menambahkan kemahiran
berbahasa murid (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad 2012: 201-202)
Antara drama yang boleh dilakukan ialah main peranan. Main peranan bererti
murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa,
novel, cerita atau situasi. Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai. Menurut Naffi Mat (2006: 102), walaupun main
24
peranan boleh dikatakan lanjutan daripada bentuk drama, tetapi ia ada perbezaaannya.
Main peranan berbeza kerana kerana cara lakonannya mengikut cerita tertentu dalam
situasi yang lengkap penerangannya. Main peranan melibatkan gambaran atau
membayangkan sesuatu situasi dan dilakonkan tanpa bantuan skrip. Bentuk lakonan yang
sering dikaitkan dengan main peranan adalah sosiodrama. Main peranan mudah
dikelolakan dalam kumpulan kecil ataupun besar. Proses main peranan bermula dengan
memilih masalah yang sesuai. Masalah ini biasanya berkaitan tindakan, kepercayaan dan
nilai manusia.
3.2 Matlamat Main Peranan
a) Murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.
b) Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu memahami
diri sendiri dengan mendalam.
c) Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan
mengalami sendiri sesuatu situasi.
d) Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial.
e) Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut
situasi watak.
f) Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri.
g) Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.
h) Membantu murid berkomunikasi secara berkesan.
i) Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.
3.3 Langkah-langkah Main Peranan
a) Menyediakan situasi main peranan disamping mengenal pasti dan merancang
masalah dengan teliti. Tentukan peranan-peranan yang diperlukan seperti memilih
pelajar yang sesuai melakonkan watak Merah Gajah, Puteri Buluh Betung, Sultan
Ahmad Perumudal Perumah, Tun Beraim Bapa, dan lain-lain. Pastikan setiap
kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan mencukupi seperti replika kapak,
keris, kostum, lembing, botol racun, props pokok, props takhta yang realistik dan
25
sebagainya. Terlebih dahulu guru perlu menerangkan perkara yang perlu
dilakukan serta peranan yang perlu dimainkan berkaitan situasi.
b) Murid-murid yang mengambil bahagian perlu sukarela melakonkan watak-watak
yang diberi. Hal ini kerana main peranan lebih berjaya sekiranya murid-murid
memahami peranan mereka dan dapat melakonkan watak tanpa segan silu.
Sebelum memulakan aktiviti ini, setiap murid yang berlakon sebagai Merah
Gajah, Puteri Buluh Betung, Sultan Ahmad Perumudal Perumah, Tun Beraim
Bapa, dan lain-lain perlu diberikan penjelasan.
c) Semasa lakonan main peranan sedang dijalankan, pelajar-pelajar lain perlu
memberi perhatian. Walaupun tindakan spontan digalakkan, pelajar-pelajar
diingatkan jangan terkeluar daripada peranan mereka. Aktiviti ini dilakonkan
antara tiga hingga enam minit. Apabila sampai pada penghujung yang sesuai guru
perlu menamatkan aktiviti ini.
d) Apabila selesai melakonkan main peranan, perbincangan diadakan dengan
bertanyakan soalan kepada pelajar yang memainkan peranan mereka. Kemudian
soalan-soalan diajukan kepada pelajar-pelajar yang tidak berlakon tentang
kekuatan dan kelemahan main peranan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka.
4.0 Kesimpulan
Sifat sastera adalah mementingkan kehalusan dan keindahan. bahasanya indah dengan
susunan yang membentuk irama dan bunyi yang menarik. Karya sastera mempunyai daya
tarikan supaya pembaca terus berminat membacanya. Dengan ciri-ciri ini, bahan sastera
dapat dijadikan sumber bagi mengajar bahasa yang berkesan. Pengajaran bahasa yang
disampaikan kepada pelajar perlu disesuaikan dengan trend dan keperluan semasa sama
ada daripada segi pemilihan bahan, strategi, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, keupayaan berfikiran kritis dan kreatif serta aspek pentaksiran yang
menuntut penilaian kembali. Di samping itu, guru-guru bahasa Melayu perlu
menyerlahkan kemampuan menggunakan pelbagai aktiviti kebahasaan agar pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu menjadi menarik dan berkualiti
5.0 Rujukan
26
Russell Jones. Hikayat Raja Pasai. 1987. Fajar Bakti Sdn. Bhd; Petaling Jaya.
Ismail Ahmad (penyelenggara). 2004. Siri Karya Sastera Klasik untuk Remaja : Hikayat
Raja-raja Pasai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Seri Lanang Jaya Rohani, Mana Sikana, Mohd. Rashid Md. Idris dan Naffi Mat. 2013. Modul Penghayatan Karya Agung Melayu (KRB 3063). Universiti Pendidikan Sultan Idris: Pusat Pendidikan Luar.
Teuku Iskandar. 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Universiti Brunei Darussalam: Jabatan Kesusasteraan Melayu
Naffi Mat. 2006. Teknik Mengajar Komsas. Kuala Lumpur: PTS Proffesional.
Yahya Othman. 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Proffesional.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. 2012. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd
.
27