21
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KRB3063 – Penghayatan Karya Agung Melayu TUGASAN INDIVIDU Group UPSI01(A141PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIN D20102041699 019-6331610 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI TARIKH SERAH : 13 NOVEMBER 2014

KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan krb3063

Citation preview

Page 1: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRB3063 – Penghayatan Karya Agung Melayu

TUGASAN INDIVIDU

Group UPSI01(A141PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIN D20102041699 019-6331610

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI

TARIKH SERAH : 13 NOVEMBER 2014

Page 2: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

SEULAS BICARA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dan segala puji hanyalah untukNya

kerana telah diberi kekuatan dan semangat kepada saya untuk menyempurnakan Tugasan Individu

KRB3063 Penghayatan Karya Agung Melayu. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah rahmat dan keizinannya jua, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang

ditetapkan walaupun terdapat banyak halangan dan rintangannya.

Terima kasih kepada Yang Dihormati Dr. Seri Lanang Bin Haji Rohani selaku Pensyarah E-

Learning bagi Group UPSI 01 yang banyak membimbing. Dengan ini adalah diharapkan agar tugasan

ini menepati kehendak dan format yang ditetapkan pihak UPSI. Sebagai guru yang sedang melanjutkan

pelajaran, saya amat berharap ilmu yang diperoleh ini dapat dijadikan bahan rujukan dalam

menjalankan tugas sebagai seorang guru. Seterusnya, memenuhi kehendak negara dalam melahirkan

guru-guru yang berpengetahuan, serba boleh untuk mendidik pelajar agar menjadi insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan sahsiah (JERI) selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan di dalam penghasilan

tugasan ini. Saya harap semoga tugasan ini menepati kehendak Tuan yang saya hormati.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Page 3: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

TUGASAN A – Novel Interlok (Karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain)

PENGENALAN

Sasterawan Negara, Dato' Abdullah Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Pada tahun 1926, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu sehingga lulus darjah lima dalam tahun 1931 dan meneruskan pendidikannya di Sekolah St. Michael, Alor Star, Kedah dari tahun 1932 hingga 1933. Kemudian pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo Chinese School, Alor Star, Kedah, hingga lulus darjah VII. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau sempat belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-Pegawai Tinggi) di Singapura selama tiga bulan.

Karya pertama beliau ialah sebuah cerita lucu yang disiarkan dalam majalah Tanah Melayu iaitu pada sekitar tahun 1939. Kemudian beliau terus menghasilkan karya dalam bidang cerpen, novel, biografi / autobiografi, terjemahan dan esei sastera. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan buah terjemahan , sebuah autobiografi dan enam buah biografi. Selain menggunakan nama pena Zamroed, beliau juga dikenali sebagai Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta.

Menerusi hasil tulisan yang dihasilkan, beliau berusaha menampilkan nilai-nilai positif masyarakat dan berusaha membina jati diri kepengarangannya. Beliau merupakan seorang sasterawan veteran yang terus komited dan gigih dalam mengembangkan bakat kreativitinya. Dalam usianya yang sudah menjangkau 74 tahun, semangat perjuangannya dalam dunia penulisan masih terus bersemarak.

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan S.E.A Write Award di Bangkok pada tahun 1981 (pemenang pertama hadiah Sayembara Novel Nasional - mengenang Pak Sako), Hadiah Pertama Novel Nasional anjuran Syarikat Utusan Malaysia dan Public Bank pada tahun 1992/94 menerusi novel Iman, Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh pada tahun 1995, Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1996 yang membawa gelaran Dato'.

Penulis yang cukup prolifik lagi konsisten ini, mempunyai pengalaman yang luas. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan beliau adalah salah seorang penulis Malaysia yang kaya dengan pelbagai pengalaman yang menarik hati. Pengalamannya yang luas serta penguasaannya dalam beberapa bahasa merupakan faktor-faktor yang membantu beliau dalam lapangan karang-mengarang. Hasilnya, kita temui pelbagai tema dengan latar belakang yang berbeza-beza pula dalam karya-karyanya.

Page 4: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

Pengetahuannya dalam bidang bahasa dapat diukur daripada buku-buku bahasa dan peribahasa, serta terjemahan karya-karya sastera luar negeri yang telah diusahakannya. Di samping itu, Abdullah juga seorang penulis biografi yang teliti, juga pernah menghasilkan puisi, ulasan sastera dan rencana umum. Namun, sumbangannya yang cukup bererti dalam kesusasteraan Melayu adalah dalam bidang cerpen dan novel.

SINOPSIS NOVEL INTERLOK

Seman anak kepada Pak Musa dan Mak Limah rasa tertekan setelah bapanya meninggal dunia. Dia baru mengetahui semua harta peninggalan bapanya sebenarnya milik Cina Panjang atau Cing Huat. Mereka hanya menumpang di tanah itu. Hal ini demikian kerana Pak Musa telah mengadaikan segala hartanya termasuklah rumah dan tanahnya kepada Cina Panjang.

Cing Huat ialah tauke sebuah kedai runcit di pekan Simpang Empat. Cing Huat yang berasal dari China datang ke Tanah Melayu bersama-sama dengan bapanya, Lee Kim Lock. Setelah melalui pelbagai dugaan akhirnya bapanya telah membeli sebuah kedai runcit di pekan Simpang Empat. Sejak itu, kehidupan Cing Huat dan bapanya bertambah baik. Apabila bapanya meninggal dunia, Cing Huat mewarisi perniagaan kedai runcit tersebut.

Lebih dua puluh tahun dahulu, Maniam telah meniggalkan isteri dan keluarganya di India menuju ke Pulau Pinang. Sesampainya di Pulau Pinang, Maniam telah bekerja sebagai kuli di pelabuhan Maniam terlalu kecewa menerima berita bahawa isterinya, Ambika telah mengikut Pillay, seorang lelaki kaya di kampung mereka. Dia telah membuat keputusan untuk ke seberang. Setelah berbulan-bulan bekerja dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya Maniam bekerja di sebuah kebun kelapa di Cangkat Lima.

Maniam telah berkahwin dengan Malini, anak kepada Perumal, mandur di kebun kelapa tempatnya bekerja. Kehidupan Manian dan isterinya sangat bahagia sehinggalah Suppiah muncul. Suppiah menyebarkan cerita bahawa Maniam sebenarnya telah berkahwin di India dan membuat fitnah kononnya Maniam sengaja meninggalkan isterinya itu. Suppiah turut menghasut rakan-rakannya supaya mengusir Manian. Oleh itu, Maniam terpaksa meninggalkan Malini yang sedang sarat mengandung Sewaktu dalam perjalanan meninggalkan kebun itu, Maniam telah dipukul oleh dua orang lelaki namun Maniam diselamatkan oleh Musa. Sebulan selepas peninggalan Maniam, Malini melahirkan seorang anak lelaki, Ramakrisynan. Tiga tahun kemudian, Malini jatuh sakit dan meninggal dunia.

Seman yang ingin mencari pekerjaan datang ke kebun tempat Maniam bekerja. Daripada cerita Seman, Maniam mengetahui Seman anak kepada Musa. Maniam berjanji mahu membantu Seman. Dua hari kemudian, Seman membawa ibunya, Mak Limah ke kebun getah Cangkat Janggus Bahagian II dan dia diterima bekerja di situ. Sesudah dua tahun setengah Seman dan ibunya meninggalkan Kampung Nyiur Condong, Seman pulang ke kampung itu. Impian Seman untuk memperisteri Upik tidak kesampaian kerana sudah dua tahun Upik berkahwin dengan Lazim. Akhirnya, Seman berkahwin dengan Gayah, anak perempuan tunggal Mat Ranggi. Seman dan ibunya kembali menetap di Kampung Nyiur Condong.

Tidak lama kemudian, penduduk gempar dengan kemasukan tentera Jepun Orang Cina tidak suka akan orang Jepun kerana sebelum ini Jepun telah berperang dengan negara China. Oleh itu, ada dalam kalangan orang Cina yang telah menyertai Parti Komunis Malaya. Parsukan gerila komunis ini telah dianggotai oleh Yew Sang, iaitu anak Cing Huat yang telah melarikan diri daripada keluarganya. Yew

Page 5: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

Seng tidak suka dengan sikap bapanya yang prejudis terhadap orang Melayu dan melarang dia bergaul dengan anak-anak Melayu.

Seman hampir membunuh Poh Eng, anak Cina Panjang namun dia tidak meneruskan niatnya kerana kasihan akan gadis itu. Seman membawa ibunya, Mak Limah dan Poh Eng berlindung di kebun Cangkat Janggus Bahagian II. Walau bagaimanapun, Yew Seng dan pasukannya telah datang ke kebun tersebut dan menangkap pengurus ladang yang berbangsa Jepun itu. Kedatangan Yew Seng telah menemukannya dengan Poh Eng. Yew Seng telah membawa adiknya itu masuk ke hutan bersama-sama dengannya.Maniam dan Mak Limah telah ditangkap. Maniam disoal siasat oleh Inspektor Ramakrisynan. Akhirnya, Maniam mengetahui Inspektor Ramakrisynan ialah anaknya. Inspektor Ramakrisynan telah membebaskan Maniam dan Mak Limah.

Inggeris telah masuk semula ke Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah. Di balai polis, Yew Seng dan Poh Eng yang mencari Mak Limah telah menemui Lazim yang dipenjarakan akibat gerakannya membangkitkan semangat menentang penjajah . Poh Eng dan Yew Seng telah membebaskan Lazim. Inggeris pula telah memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu. Lazim memimpin orang Melayu menentang Malayan Union. Yew Seng dan kumpulannya yang diketuai oleh Kong Beng masuk ke hutan semula untuk melakukan kegiatan gerila apabila hasrat mereka memerintah Tanah Melayu terhalang. Inggeris mengumumkan ddarurat.

Suppiah yang menyertai kumpulan gerila komunis telah menawan Maniam. Berikutan itu, Inspektor Ramakrisynan dan pasukan polis masuk ke hutan untuk menjejaki gerila komunis . Akhirnya, Maniam dapat diselamatkan . Sementara itu, Kong Beng dan Suppiah telah dibunuh. Sebelum berlaku pertempuran membebaskan Maniam, Yew Seng dan Poh Eng telah sedar bahawa perjuangan mereka hanya sia-sia.

Cerita berakhir dengan masyarakat sibuk untuk menyambut dan merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Yew Seng mengajak Seman menyambut Hari Kemerdekaan bersama-sama dengannya dan beberapa orang kampung yang lain di bandar. Seman bersetuju unuk mengikut Yew Seng. Yew Seng terpaksa menggunakan kaki kayu kerana kakinya yang cedera telah dipotong.

TEMA

Integrasi antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India melalui tiga keluarga yang berusaha untuk hidup bersama di Tanah Melayu yang aman, merdeka dan bersatu padu.

Sebagai buktinya, Seman, Maniam, Cing Huat dan Yew Hock hidup saling membantu dalam urusan kehidupan seharian dan seterusnya bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat Malaya yang bersatu padu, aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum tersebut merupakan keistimewaan yang wujud secara semula jadi berdasarkan fakta sejarah apabila orang Cina yang diwakili oleh Cing Huat, dan orang India yang diwakili oleh Maniam datang ke Tanah Melayu pada masa itu untuk mencari rezeki dan seterusnya tinggal dan menetap di negara ini.

Dalam kehidupan mereka, setiap kaum itu hidup saling bergantungan antara satu sama lain. Orang Melayu meminjam wang daripada orang Cina dan orang Cina pula menggunakan orang Melayu untuk membeli tanah orang Melayu. Sebagai contohnya, Cina Panjang (Cing Huat) memberikan wang iaitu dengan meminjamkannya kepada Musa dan sebaliknya Cing Huat menggunakan Musa untuk membeli tanah orang Melayu. Musa pula telah menyelamatkan Maniam daripada dipukul dengan teruk dan

Page 6: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

Maniam membalas jasa Musa dengan memberikan bantuan kepada anaknya iaitu Seman untuk mendapatkan kerja di ladang di tempat Maniam bekerja sebagai tandil.

Kehidupan pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, dan India itu berlangsung dengan aman, saling bergantungan dan tiada persengketaan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni serta menjadikan negara ini negara yang merdeka dan berdaulat.

FALSAFAH

Falsafah bermaksud cintakan hikmah atau sukakan hikmah namun dalam erti kata lainnya ialah orang yang menyintai hikmah. Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang sungguh-sungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Dengan ertikata lainnya falsafah di sudut bahasa ialah seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang luas.

Novel Interlok Edisi Pelajar mengisahkan kehidupan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum itu memang terdapat di Malaysia pada masa kini dan semakin utuh dalam mewujudkan perpaduan antara kaum masing-masing.

Tiga bab pertama Interlok iaitu bab satu, bab dua dan bab tiga telah diceritakan sebagai satu latar masyarakat yang hidup secara realiti setiap kaum yang diwakilinya iaitu keluarga Seman (Melayu), keluarga Ching Huat (Cina) dan keluarga Maniam (India) dengan watak dan perwatakan masing-masing. Penceritaannya dalam ketiga-tiga bab tersebut tidak mengambil kira watak dan perwatakan yang baik atau buruk seperti yang telah diperagakan oleh pengarang sebagai rakaman sejarah. Watak dan perwatakan yang baik atau buruk itu hanya diperhalusi oleh pengarang untuk menimbulkan plot penceritaan yang menarik.

Pengulas telah memilih Bab Empat : Interlok sebagai bab yang menarik untuk dijadikan panduan dan pengajaran kepada semua pembaca. Sinopsisnya adalah seperti yang berikut :

Ketika Maniam teringat akan Rama Krishnan dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama 21 tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

Selepas Ching Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak

Page 7: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat Ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Ching Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Ching Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Ching Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu

Page 8: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakkan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.

Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Ching Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.

Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.

Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

Secara rumusannya boleh dikatakan novel interlok,mengisahkan tiga watak utama. Watak utama dalam Novel Interlok adalah 3 watak iaitu Cing Huat (Cina), Maniam(India) dan Seman (Melayu) yang terdiri daripada pelbagai asal usul dan latarbelakang dan didapati hidup aman dan damai malah berkerjasama antara satu dengan lain dalam majukan diri dan keluarganya. Watak Cing Huat

Page 9: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

digambarkan sebagai seorang anak muda Tionghua yang bekerja keras meneruskan perniagaan bapanya sehingga menjadi kaya raya dan dihormati oleh masyarakat. Manakala, watak Maniam pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga akhirnya berjaya menjadi tandil estet. Malah melalui pendidikan, anak Maniam iaitu Ramakrisnan berjaya menjadi inspektor polis.Watak Seman pula ditonjolkan sebagai anak seorang petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi insan yang berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.

PANDANGAN HIDUP

Sasterawan Negara, Dato' Abdullah Hussain merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas serta berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan yang tegas dan ada kalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (universal). Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis.

novel Interlok adalah sebuah karya yang amat baik demi memupuk dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Oleh itu, keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Pada masa yang sama, kita akan memastikan sebarang pindaan yang dibuat pada novel ini tidak akan menjejaskan jalan cerita dan juga mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya.

Novel Interlok adalah satu novel sastera yang merakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Interlok memaparkan kegigihan watak-watak dalam keluarga berketurunan Melayu, Cina dan India di zaman sebelum merdeka untuk mengubah nasib diri dan menjadi manusia yang bermaruah dan bermartabat. Watak utama dalam Novel Interlok adalah 3 watak iaitu Cing Huat (Cina), Maniam(India) dan Seman (Melayu) yang terdiri daripada pelbagai asal usul dan latarbelakang dan didapati hidup aman dan damai malah berkerjasama antara satu dengan lain dalam majukan diri dan keluarganya. Watak Cing Huat digambarkan sebagai seorang anak muda Tionghua yang bekerja keras meneruskan perniagaan bapanya sehingga menjadi kaya raya dan dihormati oleh masyarakat.Manakala, watak Maniam pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga akhirnya berjaya menjadi tandil estet. Malah melalui pendidikan, anak Maniam iaitu Ramakrisnan berjaya menjadi inspektor polis.Watak Seman pula ditonjolkan sebagai anak seorang petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi insan yang berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.

NILAI ILMU

• Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.

• Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan sekiranya mereka gigih berusaha.

• Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Aspek kerjasama dan hormat menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan Maniam dan Musa.

Page 10: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

• Dalam novel ini, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang jasa sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun Musa telah lama meninggal dunia. Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai penghormatan kepada Maniam, Seman memanggil Maniam dengan panggilan tuan.

• Rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan agama dan kaum, berpeluang memajukan diri sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.

• Semangat kerjasama anatara kaum dan cintakan negara ditonjolkan sepanjang perjalanan cerita dalam novel ini. Malah, penulis menggambarkan watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan.

Selain daripada iti,novel Interlok juga mempunyai pengajaran kemasyarakatan yang boleh menjadi pengajaran dan tauladan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Nilai kemasyarakatan dalam novel Interlok

1. Tolong-menolong dalam kehidupan bermasyarakat.

Seman menolong Poh Eng dengan membawanya ke ladang di tempat Maniam berkerja untuk menyelamatkan diri.

2. Kerajinan dalam mencari rezeki.

Seman rajin bekerja di sawah bapa mentuanya iaitu selepas menuai padi, dia menanam sayur-sayuran dan kacang dan sebagainya di atas tanah itu.

3. Ketabahan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.

Seman tabah menghadapi hidupnya dan berusaha untuk mencari pekerjaan bagi memulakan hidup baru bersama-sama dengan emaknya selepas disuruh meninggalkan rumahnya oleh Cina Panjang.

4. Kegigihan untuk memajukan diri.

Seman gigih bekerja di ladang getah dan berjaya mengumpulkan wang untuk dijadikan belanja majlis perkahwinannya dengan Gayah.

5. Ketaatan kepada perintah agama.

Seman menunaikan sembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong selepas dua tahun setengah meninggalkan kampungnya itu..

6. Semangat cinta akan negara yang aman dan tenteram.

Lazim, Cing Huat dan Raman sama-sama berjuang untuk kaum masing-masing dan mereka berpendapat agar setiap kaum itu bersatu untuk mewujudkan satu masyarakat Malaya yang aman dan damai.

7. Menghormati orang yang lebih tua dalam masyarakat.

Mat Ranggi menghormati Lebai Seman yang menjadi wakil kepada Seman walaupun dia tidak bersetuju dengan hasrat Seman untuk mengambil anaknya sebagai isteri.

8. Semangat bermasyarakat dalam kehidupan seharian.

Page 11: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

Semua penduduk kampung menziarahi mayat Musa yang meninggal dunia dan masing-masing melakukan kerja untuk menguruskan mayatnya itu.

9. Menghargai jasa atau budi orang lain.

Poh Eng memberitahu bapanya bahawa Seman dan Mak Limah yang menyelamatkannya daripada malapetaka walaupun ayahnya mengatakan mereka yang menyebabkan Poh terpisah dengannya.

10. Keberanian dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Poh Eng berani menembak Suppiah demi menyelamatkan nyawa Maniam yang pernah membantunya.

11. Semangat perpaduan tanpa mengira kaum.

Yew Seng dan Lazim bermain bersama-sama dan mereka berkawan baik walaupun ayahnya Cing Huat melarangnya daripada berbuat begitu.

12. Kekejaman tentera Jepun dan komunis.

Tentera Jepun merampas basikal, jam tangan dan bahan makanan penduduk kampung. Anggota komunis pula membunuh sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan pihak Jepun.

13. Kesabaran dalam menghadapi cabaran.

Malini sabar menanti kepulangan Maniam yang bekerja di tempat lain hinggalah dia meninggal dunia.

14. Perjuangan yang sia-sia perlu ditinggalkan.

Yew Seng dan Poh Eng menyedari bahawa perjuangan mereka bersama-sama dengan pengganas komunis ialah perjuangan sia-sia dan perjuangan yang dilakukan oleh ayahnya dan Lazim itulah perjuangan yang sebenar.

15. Kasih sayang dalam keluarga.

Maniam sayang akan isterinya Malini, dan amat berat untuk meninggalkannya. Begitu juga dengan Seman yang sayang akan ayahnya dan dia sanggup menjaga bapanya yang sedang sakit tenat sepanjang malam. Cing Huat juga sayang akan anak dan isterinya dengan menyuruh isterinya Tua Pao dan anaknya Poh Kheng berlindung di rumah bapa mentuanya ketika kedatangan tentera Jepun.

Page 12: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

RUJUKAN:

Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain: Interlok,Dewan Bahasa Dan Pustaka,2008

Dewan Sastera Mei 2012.

Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Abdullah Hussain,Dewan Bahasa Dan Pustaka,2011

http://mimbarkata.blogspot.com/2014/09/sasterawan-negara-abdullah-hussain

http://ahmarizam.blogspot.com/2010/12/novel-interlok-karya-abdullah-hussain.html

Page 13: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

TUGASAN B

1. PENGENALAN

Ada banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik., berkesan dan sebagainya. Kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid belajar secara langsung. Di antaranya adalah bercerita, projek, simulasi, main peranan, demontrasi, permainan bahasa dan sebagainya.

2. AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA

MAIN PERANAN

Main peranan adalah satu lakonan secara spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Ianya adalah lakonan adalah daripada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayangkan itu secara spontan.

Main peranan bermula dari situasi yang ditimbulkan oleh guru. Guru membagi murid kepada 6 kumpulan. Arahan ataupun tajuk main peranan terdapat di dalam kertas arahan guru. Arahan untuk main peranannya ialah: keadaan atau suasana di sebuah kampung yang berbilang kaum dan agama mengadakan aktiviti sambutan Hari kemerdekaan kali ke – 57 di kanmpung mereka. Murid-murid dalam kumpulan mereka akan cuba melakonkan main peranan tersebut secara spontan. Selepas itu sesi perbincangan akan diadakan mengenai pengajaran yang mereka dapati dari keadaan atau situasi main peranan tersebut.

i) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil lebih kurang lima orang satu kumpulan.

ii) Setiap kumpulan guru mengarahkan murid supaya memberi nama bagi kumpulan mereka dan melantik seorang ketua.

iii) Guru menyuruh ketua datang kehadapan dan mengambil arahan yang terdapat dalam sekeping kertas.

iv) Ketua dan ahli kumpulan berbincang apa yang harus mereka lakukan berdasarkan kertas arahan tadi.

v) Guru memanggil secara rawak setiap kumpulan untuk datang ke hadapan kelas melakonkan main peranan yang telah mereka dapat dari arahan yang telah diberi oleh guru tadi.

vi) Setelah semua kumpulan tadi melakonkan main peranan tersebut, guru mengadakan sesi perbincangan mengenai apa yang telah mereka perhatiankan serta pelajari juga pengajaran yang mereka dapat dari sesi main peranan tersebut.

vii) Murid cuba menyenaraikan keadaan atau situasi yang berlaku jika mereka tinggal di kampung yang telah mereka lakonkan tadi.

Page 14: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

viii) Guru memanggil murid secara rawak dan bertanya apa yang mereka akan lakonkan untuk memperbaiki keadaan kampong yang terdapat di dalam sesi main peranan tersebut.

ix) Guru juga meminta murid memberi cadangan bagaimana untuk menambahbaik aktiviti sambutan kemerdekaan di kampung yang seperti mereka lakonkan tadi.

x) Akhir sekali guru meminta murid menuliskan semua cadangan mereka di buku latihan.

AKTIVITI PENERAPAN KEDUA.

SOSIODRAMA

Sosiodrama merupakan aktiviti lakonan yang menarik minat murid, ia adalah berdasarkan satu cerita yang mengambarkan satu situasi atau isu konflik, mempunyai perwatakan yang menentang social. Oleh kerana sosiodrama ini merupakan sinambungan dari sesi main peranan yang telah guru lakukan semasa dalam pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah maka sosio drama ini lanjutan dari aktiviti tersebut guru memilih 4 kumpulan yang terbaik untuk melakonkan sosiodrama ini di pentas sekolah mengikut skrip yang telah guru sediakan dan kumpulan yang menang akan menerima hadiah. Guru memberi masa selama seminggu kepada murid untuk berlatih lakonkan tersebut.

Semua kelengkapkan lakonan termasuk pakaian murid dari kumpulan tersebut yang menyediakannya. Guru Cuma menyediakan pentas dan skrip lakonan murid sahaja.

i) Guru memberi skrip lakonan kepada 4 kumpulan yang memengang sesi main peranan sebelum ini.

ii) Guru memberi masa selama seminggu untuk kumpulan tersebut berlatih berlakon.

iii) Guru menyediakan pentas untuk pertandingan tersebut.

iv) Guru memilih murid sebagai juri untuk pertandingan tersebut.

v) Kumpulan yang menang dipilih berdasarkan keberkesanan lakonan, pakaian yang sesuai dan kelancaran skrip yang mereka lakonkan.

1) OBJEKTIF AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA DAN KEDUA

i) Murid boleh menguasai kemahiran bertutur dan menyelesaikan masalah murid secara spontan.

ii) Untuk melihat perbendaharaan murid dan juga menambah perbedaharaan murid ketika mereka melakonkan sesi main peranan.

iii) Main peranan dan sosiodrama merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik minat murid dan menyeronokan.

iv) Murid dapat berlakon dengan gaya yang betul dengan bimbingan guru.

v) Selain menggalakkan interaksi antara murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik mengubah sikap negative dan membina sikap positif.

vi) Secara tidak langsung bakat lakonan dapat diasah.

Page 15: KRB3063 - Penghayatan Karya Agung Melayu

2) RUMUSAN

Bermacam-macam kaedah yang ada dalam pengajaran namun tidak semuanya sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah main peranan dan sosiodrama ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran.